Friday, February 19, 2010

AnDaI ItU TakDiR CiNta (28)

“Mana Ary” Puan Aisyah bertanya sebaik sahaja tiba di rumah anak saudaranya itu. Tergesa gesa dia datang kesitu sebaik sahaja menerima panggilan Amyra.

“Kat atas auntie. Cepat auntie. Dia tengah mengamuk tu” Amyra memberitahu. Sudah seminggu Ariana berkeadaan begitu. Sehingga dia buntu. Tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan sudahnya dia menghubungi Ibu saudara Ariana memohon bantuan sekaligus memberitahu keadaan temannya itu.

Ariana menghempaskan barang barangnya lagi. Barang barang di atas meja solek semuanya ditepis ketepi. Berkecai kesemuanya. Air mata yang masih lagi setia menemaninya diseka kasar. Sungguh dia tidak mampu menerima Kenyataan itu. Hatinya hancur setiap kali mengingatkan Ilham yang pergi meninggalkannya dengan gelaran tunangan orang. Tidak beertikah cinta mereka selama ini. Hatinya merintih sayu.

“Ary.. bukak pintu ni sayang..” Puan Aisyah mengetuk pintu perlahan. bimbang. Apatah lagi telinganya dapat mendengar dengan jelas bunyi barang barang dihempas.

“Ariana.. bukak la” Amyra turut memanggil nama temannya itu.

“Ary.. kenapa ni? Bagitahu maklong kenapa.”

“Pergi.. pergi semua. Ary benci semua orang…” Ariana menjerit kuat. Frame ditangan dibaling ke pintu. Dia tidak mahu berjumpa sesiapa.

“Ya Allah.. Ziq. Tolong umi bukak ni” Puan Aisyah menyuruh anak sulungnya itu membuka pintu pula. Dia yakin Ariana tidak akan membuka pintu bilik untuk mereka.

“Kunci pendua mana” Haziq bertanya Amyra. Serasanya bilik Ariana ada kunci pendua.

“Ariana dah ambik..” Amyra memberitahu pula. Entah bila kunci itu diambil tidak pula dia tahu. Tetapi sebaik melihat kunci yang selalu diletakkan di dalam laci ditepi tangga itu tiada apa lagi yang mampu dia katakan. Pastilah kunci itu sudah diambil Ariana.

“Macam mana ni umi” Haziq mengaju soalan pula.

“Kamu pecahkan je la pintu ni” Puan Aisyah memberi cadangan. Dia benar benar sudah tidak mampu bersabar lagi.

Haziq mengaru garu kepalanya. Pintu besar itu dipandang lama.. ahh.. mana mungkin pintu itu mampu dipecahkan.. besar tu! Silap hari bulan badan dia yang hancur berkecai.

“Tak boleh umi.. besar ni..” Dia memberitahu puan Aisyah.

“Apa la Abang ni, tepi nak try” Shahrul menolak abangnya lalu menghulurkan besi halus ke tempat kunci. Dia mengucap panjang apabila kunci pintu itu terbuka. Tidak sia sia dia mengambil jurusan arkitek. Hatinya sempat memuji diri sendiri.

“Aftarfirullahhalazim.. kenapa ni Ary..” Puan Aisyah mengucap panjang apabila melihat keadaan bilik Ariana yang tungang langgang apatah lagi dengan kaca yang berselerakan di atas permaidani bilik itu.

Ariana hanya mengetap bibirnya. Dia menangis lagi.

“Kenapa ni Ary.. kenapa jadi macam ni..”

Ariana hanya berdiam diri.

“Ary.. jangan la buat maklong macam ni. Bagitahu kenapa..” Tubuh Ariana digoncang berkali kali.

“Ariana.. cakap dengan Abang ziq kenapa. Siapa buat kamu macam ni..” Haziq turut menyampuk. Teruk benar keadaan sepupunya itu membuatkan dia benar benar mahu tahu siapa penyebabnya.

Ariana yang tadi duduk di kerusi meja solek berlalu menuju kekatilnya. Dia berbaring meniarap. Melepaskan tangisannya di situ pula.

“Ya Allah.. kenapa ni... Ary bagitahu maklong kenapa. Cakap la Ary” Puan Aisyah merayu lagi. Tubuh Ariana ditarik supaya menghadapnya.

Ariana yang terasa bahunya ditarik kuat akhirnya memeluk Puan Aisyah erat. Dia sudah tidak mampu menelan kenyataan itu sendirian. “Ilham maklong..Ilham..”.

“Kenapa dengan Ilham” Puan Aisyah bertanya lagi. Bahu Ariana diusap lembut.

“Dia dah bertunang maklong. Dia tipu Ary..” Ariana bersuara lirih. Sakit hatinya apabila Ilham mencurangi. Sakit hatinya apabila Ilham pergi meningalkannya tapi lagi sakit hatinya disaat tahu Ilham sudah bertunang. Pergi dengan gelaran tunangan orang. Tidak. Dia tidak mampu menerima itu.

“Apa!!” Amyra terkedu. Tidak pula dia tahu tentang itu. Patut sahaja temannya itu menangis sebaik balik dari lapangan terbang hari itu. Tetapi apabila ditanya Ariana hanya membisu lalu berlari kebiliknya.

“Apa Ary cakap ni? Siapa yang cakap..” Puan Aisyah tidak percaya. Mana mungkin Ilham melakukan itu kepada Ariana. Selama mereka bersua muka dia benar benar pasti betapa Ilham menyayangi anak saudaranya itu.

Ariana menangis lagi.. “Ary dengar dia cakap mak long..”

“Binatang..” Haziq menyumpah kuat. Tidak sangka dia Ilham tega berbuat begitu kepada sepupunya.

Ariana mengogoi lagi. Hatinya terluka. Dia cintakan Ilham. Dan dia sayangkan Ilham. Dia tidak mampu menerima kenyataan itu. Tidak akan mampu..

“Tak pe biar Abang pergi ajar dia. Kurang ajar betul” Haziq sudah mengenggam tangannya. Hiba dia melihat Ariana menangis begitu sedangkan selama ini Ariana dilihatnya benar benar bahagia.

“Tak guna Abang.. tak guna. Dia dah tak der..” Ariana memberitahu lagi. Air matanya diseka. Jikalau Ilham masih dibumi Malaysia pasti dia sendiri yang akan pergi bertanya tidak perlu menunggu abang sepupunya itu.

“Dia pergi mana..” Shahrul bertanya pula.

Ariana hanya mengeleng geleng tidak tahu. Dia benar benar tidak tahu Ilham ke mana. Yang pasti Ilham sudah keluar dari bumi malaysia.

“Err.. dia orang dah bertolak ke oversea..”Amyra menyampuk setelah dilihat Ariana hanya mengeleng gelengkan kepalanya.

“Tak pe la Ary.. tak de jodoh Ary ngan Dia” Puan Aisyah menenangkan. Pasti ada hikmah disebaliknya. Pasti ada sesuatu yang mereka tidak tahu.

“Tapi Ary cintakan dia maklong. Dia dah janji untuk hidup ngan Ary..” Ariana bersuara lirih. Dia sanggup melupakan kejadian di resort itu hanya kerana cintanya. Apa yang dia tidak mampu terima hanyalah pemergian Ilham dengan gelaran tunangan orang. Hampir setahun mereka berkenalan tetapi mengapa dia tidak pernah tahu jikalau dia ditipu hidup hidup oleh Ilham. Perit hatinya hanya Tuhan yang tahu.

“Lelaki macam tu tak layak untuk Ary. Nasib baik dia dah berambus. Kalau tidak dah lama abang bunuh dia..” Haziq menambah. Geram. Dia tidak mahu Ariana menangis kerana lelaki yang tidak tahu menghargai sepupunya itu. Ilham tidak layak membuatkan air mata Ariana mengalir bagai air sungai.

“Tapi dia baik dengan Ary abang. Ary cintakan dia. Macam mana Ary pasni maklong..” Ariana mengadu lagi. Benar Ilham memang baik dengannya. Teramat baik. Tidak pernah biar sekalipun Ilham menyakiti hatinya. Meminggirkan dia. Ilham yang sarat dengan kasih sayang. Melayannya bagai seorang puteri. Lelaki yang selalu membisikkan kata kata cinta dan kata kata semangat untuknya saban hari. Lalu apa maknanya kenyataan pahit yang didengarinya itu. Apa??

“Sabarlah Ary. Mungkin ada hikmahnya. Ary kena kuat..” Puan Aisyah memberi semangat. Dia tahu Ariana benar benar terluka. Melihat air mata itu sahaja dia sudah tahu betapa dalamnya luka yang ditoreh Ilham.

“Ary tak kuat mak long tak kuat..” Ariana menjerit lagi. Tidak! Dia tidak akan mampu menerima kenyataan itu.


“Ary makan sayang..” Puan Aisyah menyua nasi kehadapan Ariana

Ariana mengeleng geleng. Air di dalam kolam dipandang lama. Air matanya menitis. ‘Abang.. sampai hati abang tinggalkan Fea.’ Hatinya berdetus lagi.

Puan Aisyah mengetap bibirnya. Sebak apabila melihat keadaan Ariana .Dia tahu Ariana benar benar terluka apatah lagi Ilham menjadi penguatnya apabila kedua orang tuanya meninggal. Dia sendiri buntu memikirkan atas alasan apa Ilham meninggalkan Ariana .

“Ary.. jangan macam ni. Mama ngan papa mesti tak suka tengok Ary macam ni..”

Ariana hanya tersenyum hambar. “Ary dah tak der siapa siapa maklong..” mama? papa? Bukankah mereka juga sudah tiada. Dan sekarang Ilham pula meningalkannya. Hidupnya benar benar sudah kekosongan sekarang.

“Maklong kan ader..”

“Tak cukup… Ary nak Ilham..” Ujarnya sayu. Ilham? Dia benar benar menginginkan lelaki itu sebagai teman sehariannya. Tanpa Ilham dia benar benar lemah.

“Ary.. Ilham bukan jodoh Ary. Mengucap ya sayang..”

“Tapi kenapa. Kenapa dia perlu bohong Ary mak long?” Ariana bertanya mendatar. Hatinya benar benar mahu tahu mengapa Ilham pergi meningalkannya sendirian. Tidak tahukah Ilham betapa dia mempercayai lelaki itu.

“Mak long pun tak tahu Ary. Mesti ada sebabnya!” Puan Aisyah menjawab tenang. Jikalau Ilham ada di hadapannya pasti dia sendiri sudah menyoal anak muda itu, mengapa? Soalnya sekarang bukankah Ariana sedang menangisi permergian Ilham. Lalu bagaimana pula dia harus menjawab pertanyaan Ariana itu.

“Tak cukup kuat ke cinta Ary maklong..” Ariana bertanya lagi. Tidak berpuas hati. Bukan Ilham tidak pernah tahu betapa dia menyayangi lelaki itu. Terlalu sayang.

“Cinta anugerah tuhan sayang. Bila bila masa je boleh hilang..”

Ariana mengetap bibirnya. Menahan sebak. Rambutnya yang berserabai kerana ditiup angin hanya dibiarkan. “Ary terlalu cintakan dia maklong. Lemah jiwa Ary saat Ary tahu dia takkan balik lagi. Bila Ary tahu dia tunangan orang.”

“Mak long tahu.. tapi Takdir tuhan Ary. Kamu janganla lemah macam ni..”

“Entahlah maklong. Ary betul betul cintakan dia. Terlalu cintakan dia. Ary tak tahu macam mana nak hidup tanpa dia..” Ujarnya jujur. Benar. Dia benar benar tidak tahu bagaimana harus berhadapan dengan kehilangan itu.

“Ary mesti boleh punya. Ary kena kuat. Ingat tuhan banyak banyak..” Bahu Ariana diusap lembut. Dia yakin Ariana pasti tabah.

Ariana tersenyum cuma. Air matanya diseka perlahan.

“Hai..” Amyra menegur Ariana yang sedang duduk di buaian berdekatan taman banglo itu. Sudah lama rasanya dia tidak berbicara dengan temannya itu. Mana tidaknya sudah seminggu Ariana berkurung di dalam bilik. Hanya semalam Puan Aisyah berjaya memujuknya untuk keluar. Itu pun hanya setakat di kolam renang. Tidak cukup dengan di dalam kamar, Ariana dilihat menyambung tangisannya di kolam pula. Ahh.. Ariana benar benar terlukakah hati awak?

Ariana hanya tersenyum. Kakinya menghayun hayun buaian supaya bergerak lebih laju.

“Awak buat apa?” Amyra bertanya lagi. Sengaja mahu mengajak Ariana berbual. Siapa tahu Ariana mahu berbicara dengannya.

“Layan perasaan.” Ariana berterus terang.

Amyra ketawa perlahan. “Orang tua tua cakap tak baik layan perasaan lama lama. Nanti cepat tua” Dia mengusik. Terkejut juga sebenarnya apabila Ariana berterus terang begitu.

Ariana tersenyum cuma.

“Awak sedih lagi?” Amyra bertanya pula. Alang alang Ariana sudah membuka cerita tentang perasaanya apalah salahnya jika dia mencuba menyelami hati sahabat baiknya itu.

Ariana hanya mengangguk. Bohong jika dia tidak sedih dan menerima semua itu dengan hati terbuka.

“Hidup harus diteruskan” Amyra menasihati pula. Dia tidak tahu mengapa Ilham meningalkan Ariana. Patutlah sewaktu Ilham menyerahkan bungkusan kepadanya untuk diserahkan kepada Ariana lelaki itu sempat berpesan supaya menjaga Ariana bagi pihaknya. Dia yang tidak mengerti apa apa hanya menganguk tanda faham. Lagi pula melihat betapa sayangnya Ilham kepada Ariana tidak pula pernah terlintas di pemikirannya betapa Ilham tega meninggalkan Ariana.

“Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Awak tahu kan?” Dia menambah apabila Ariana hanya diam membisu.

Ariana tersenyum hambar. Dia mengangguk nganguk tanda faham. Walau sebenarnya setiap apa yang dikata orang disekelilingnya hanyalah bagai angin lalu sahaja. Langsung tidak melekat di pendengarannya.

“Bagus.. that my girl..” Amyra berselorah.. “Dah seminggu awak tak gi kelas. Esok ahad.. lusa isnin. Awak tak nak pergi lagi ker?” Amyra menyoal pula. Semester baru, baru sahaja menjengah. Namun Ariana dilihatnya sudah tidak hadir kekelas sedangkan bukankah awal semester adalah tempoh yang penting. Dia tahu Ariana sedih. Tetapi jikalau Ariana berterusan tuang kelas ada kemungkinan temannya itu akan dibar dari menduduki perperiksaan. Dan dia sebagai teman baik sudah pasti tidak mahu itu semua terjadi kepada Ariana.

Ariana diam termenung. Ya sudah hampir seminggu dia tidak ke kelas sedangkan semester tidak sampai sebulan pun lagi bermula. Ahh.. ini semua gara gara dia yang terlalu melayan perasaan. Tetapi didalam keadaan begini mampukah dia untuk menerap masuk segala ilmu. Paling tidak dia hanya memberatkan pemikirannya sahaja.

“Dengar kata ramai lecture baru masuk tau..” Amyra memberitahu pula.

“Ok lah.. saya masuk dulu. Dah pukul 12 malam ni.. anak dara tak baik berembun” Amyra mengusik lagi. Apabila melihat Ariana tersenyum dia melangkah pergi.

“Ilham…”

“Sayang buat apa kat buaian ni..”

“Tengah ingat kekasih lama..”

“Aii.. sejak bila ada kekasih lama.. amboi.. kekasih baru kat depan ni dah lupa la ya..”

“Memang pun.. yang baru ni tak best. Tak romantic..” Ariana menambah.

“Amboi.. kalau abang terlebih romantic nanti Fea jugak yang susah nanti..”

“Kenapa pulak” keningnya sudah digerak gerakkan . Mengusik.

“Ye la.. nanti hari hari Fea duduk dekat buaian ni teringatkan Abang..”

“Huhuhu.. takder maknanya” Ariana ketawa bersorak. Sempat dia mengejek ngejek lelaki dihadapannya itu.

Ariana tersenyum.. ahh.. kenangan. Kolam di laman rumah dilihat lama…

“Abang bohong.. nak main teka teki tak reti..” Ariana menjerit jerit tidak berpuas hati.

“Apa pulak.. sayang la yang tak reti ..” Ilham turut menjerit nyaring.

“Ish ada ke patut.. 1 tolak 1.. kosong la jawapan dia” Ariana membebel lagi. Soalan lelaki itu tadi satu tolak satu jadi apa? Jawapannya kosong la kan? Betul tak?

“Bukan la sayang.. 1 tolak 1.. satu jatuh..”

“Ye ker?bukan lah.” Ariana tidak mahu mengalah. Entah dari mana entah Ilham mendapat teka teki itu. Langsung tak logic.

“Iya.. betul la..” Ilham menyakinkan lagi.

“Abang..” Ilham didirikan tegak dihadapannya. “Abang kita anggap sebagai satu.. sayang pun satu.. and then satu tolak satu.” Bedebuss!! Tubuh Ilham ditolak ke kolam renang.

“A`ah lah.. satu tolak satu. Jatuh la jawapan dia kan.. hahahaha..” Ariana ketawa lepas. Suka hatinya disaat itu.

Air matanya terasa menitis lagi.. Ilham …..

“ Abang .. cepat la kata nak keluar..lambat betul..”

“Sabar tak boleh ker. Abang nak pakai kasut ni..”

“Ala abang ni skema lah. Malu la Fea nak keluar ngan abang” Ariana mengutuk ngutuk.

“Apa pulak” Ilham bertanya tidak berpuas hati.

“Ye la.. pakai kemeja. Pastu seluar slack. Kasut pulak tu.. abang tak tengok ker Fea yang cun melecun ni. Tak sesuai lah..”

“Ya ker” Ilham bertanya lagi.

Ariana hanya menganguk nganguk. Ketika itu dilihatnya Ilham menghampiri pili air. Ingin membasuh tangan barangkali.

“Betul??” Ilham bertanya lagi.. sengaja..

“Ye la..”

“kiranya Fea perasan. Fea tu dah comel la tu”

“Of course la.. tengok la ni..” Ariana memusingkan badannya beberapa kali. Dia yang ketika itu memakai jeans putih bersama blouse kuning lembut yang diikat belt dipinggang kelihatan bergaya apatah lagi dengan rambut yang diikat tinggi dan dililit sepasang scarf.

“Hah amik ni.. comel nya dia” Ilham memerli sebaik sahaja air paip yang dipegang mengena Ariana yang sengaja disemburkan kepada gadis itu dek kerana geram dengan bebelan Ariana. Basah lencun Ariana dikerjakan olehnya.

Ariana mengeluh lagi. Bagai terlihat lihat bayangannya bersama Ilham di serata sudut banglo nya itu. Lama dia menatap setiap sudut itu. Mengimbas kembali kenangan lama. Tanpa sedar air mata semakin lebat menuruni pipinya. Ahh.. Tuhan tabahkan hati.

Tuesday, February 16, 2010

AnDaI ItU TakDiR CiNta (27)

Ariana berlari laju. Airmata yang mengalir dipipinya sesekali diseka perlahan. Kain baju kurung diangkat sedikit tinggi supaya mudah untuk dia berlari. Dia harus cepat. Ya dia tidak mahu terlewat walau hanya untuk sesaat. Dia tidak mahu Ilham hilang dari pandangannya. Dia yakin Ilham tidak bersalah. Dia yakin kasih lelaki itu hanya untuknya. Dia yakin Cinta mereka berdua utuh.. dia yakin itu semua. Ya dia yakin itu semua.

Pandangannya dihalakan ke board klia. Kemudian dihalakan pula kearah hadapan kiri dan kanan. Bayang Ilham dicari diseluruh pelusuk lapangan terbang Klia itu. Jam ditangan dilirik. Dia masih punya waktu untuk mengejar Ilham. Dia masih boleh menghalang lelaki itu dari pergi jauh darinya. Ahh.. Ilham.. mana awak? Hatinya bertanya lagi. Tidak dihiraukan pandangan mata yang melihat. Tidak Dihiraukan tubuh tubuh yang dilanggarnya akibat terlalu laju berlari.

Dalam kegembiraan dia menyeka air matanya yang semakin laju keluar apabila terlihat sesusuk tubuh itu.. Langkahnya dilajukan. Dia mendekat..

“Wah lawa awak hari ni. Nak gi jumpa Ilham erh?” Amyra menegur apabila melihat Ariana yang ayu berbaju kurung beserta selendang putih yang dipin kemas dikepalanya. Pastilah selendang yang diberi Ilham hari itu. Ahh Kuasa cinta Ilham kepada Ariana memang hebat sehingga mampu membuatkan Ariana mengikut kata katanya. Dan pastilah tudung itu dipakai setelah Ariana menimbang tara nasihat yang diberi Ilham itu.

Ariana hanya tersenyum. Entah kenapa jiwanya tenang sebaik sahaja mendengar penjelasan Ilham itu. Itupun setelah berhari hari dia menyelidik surat itu. Dan demi itu juga dia kini mahu memulakan langkah baru dan mengambil keputusan untuk menutup auratnya itu. Dan dia teramat yakin, Ilham pasti akan gembira dengan perubahannya.

“Awak rasa betul ker Ilham tak tipu saya? Semua tu salah faham” Ariana bertanya lagi.

“Saya yakin 100 percent. Ilham sayang awak.” Amyra menyakinkan.

“Saya pun harap macam tu. Saya nak pergi jumpa dia malam nanti. Saya nak minta maaf ngan dia. Saya nak terima dia balik. Awak rasa dia maafkan saya?” Ariana memberitahu. Memang hatinya luka dengan perbuatan Ilham. Namun jauh disudut hatinya dia sayangkan lelaki itu.

“Ilham akan maafkan awak sebab dia sayangkan awak, dia cintakan awak” Amyra memberitahu lagi. Dia benar benar gembira dengan keputusan yang diambil Ariana.

“Saya pun harap macam tu..”

“Err.. tapi kenapa malam ni? kenapa bukan sekarang?”

“Lepasni saya ada kelas. So malam ni la.. kenapa?”

“Err.. tapi bukan ke flight dia pagi ni ker”

Flight.. apa awak cakap ni” Ariana bertanya pelik. Perasaanya sudah tidak menentu.

“Abang buntu, tapi untuk pergi tanpa memberi penjelasan untuk Fea.. mustahil bagi Abang.”

“untuk pergi tanpa memberi penjelasan untuk Fea.. mustahil bagi Abang”

“Yups kali ini Abang akan pergi jauh dari Fea.. hingga mungkin kita takkan mampu untuk berjumpa lagi..”

“kali ini Abang akan pergi jauh dari Fea.. hingga mungkin kita takkan mampu untuk berjumpa lagi..”

Perkataan itu bagai tergiang giang ditelinganya. Ariana memandang Amyra lama. Memohon penjelasan.

“Semalam, Haikal call. Dia kata diorang akan bertolak ke oversea pagi ni. Ilham akan stay kat sana.. dia maybe takkan balik sini lagi”

Ariana mengeleng gelengkan kepalanya. Tidak mungkin Ilham pergi meninggalkan dia sendirian.. “Awak bohong kan?” Bahu Amyra digoncang berkali kali.

“Saya tak bohong Ariana..” Amyra menyakinkan lagi

No.. tak mungkin..” Ariana terduduk.

“Awak pergi kejar dia. Saya rasa sempat lagi..”

Ariana mendongak mengharapkan penjelasan temannya itu.

“Kata Haikal flight pukul 11. Sekarang ni pukul 9 lebih. Sempat lagi ni. Awak pergila kejar dia..”

“Betul Ariana.. pergila cepat..” Amyra mengesa apabila dilihatnya Ariana hanya memandang jam lama.

Thanks…” Seusai berkata keretanya dipecut laju menuju ke klia. Tidak mungkin dia membiarkan Ilham pergi dari hidupnya.



Ilham melirik jam ditangannya lama. Sesekali matanya mencari cari sesusuk tubuh itu. Kata Haikal dia sudahpun memberitahu Amyra akan keberangkatannya hari ini. Dia yakin Amyra pasti memberitahu Ariana. Dan jikalau gadis itu masih mempercayainya, Ariana pasti menghalang kepermergiannya itu.

“Apa yang you tengok lagi tu Ilham..”

Please give me time..” Ilham bersuara perlahan namun masih jelas dipendengaran Nisha.

“ Ariana takkan datang. Hubungan you ngan dia dah berakhir. Dah berakhir! Can you understand that” Suaranya sedikit meninggi. Geram dengan sikap Ilham yang hanya mementingkan Ariana semata mata. Cukuplah dia sudah tidak mampu untuk menahan perasaan nya lagi. ‘Rahsia’ dan janji yang terikat, yang selama ini dirahsiakan dari pengetahuan semua orang akan diungkit dan dirungkai dihadapan Ilham pada hari ini. Biar lelaki itu sedar akan segala galanya.

Ilham menjengilkan matanya kearah Nisha. Perasaan marahnya datang membuak apabila Nisha berkata begitu kepadanya. “You shut up!.. please leave me alone.”

Leave you alone.. eh I tunang you ok.. and I remind you again that we will fly back to uk.. uk.. that mean apa je yang terjadi kat sini you kena hentikan semuanya..”

Stop it Nisha.. sape yang bagi you kebenaran untuk mengaku I tunang you.. you kena ingat..

“Ingat! Ingat apa! Ingat kalau I tak boleh beritahu pada sesiapa yang I tunang you. Ilham walau seribu kali pun you suruh I rahsiakan siapa I sebenarnya.. tapi pada hakikatnya you tetap tak boleh nak nafikan kalau I tunang you.. Tunang you..” Puas, puas sudah hatinya kerana dapat mengingatkan Ilham tentang kenyataan yang satu ini. Selama ini dia hanya membiarkan statusnya dirahsiakan kerana menurut segala kata kata Ilham. Dia maklum Ilham tidak mencintainya rentetan pertunangan yang diikat diantara mereka bukanlah kerana perasan cinta diantara kedua pihak. Namun demi meraih hati lelaki itu dia sanggup merahsiakan hubungan mereka dan membiarkan Ilham bermain cinta dengan Ariana kerana dia yakin cinta Ilham kepada Ariana hanyalah perasaan yang muncul sementara semata mata. Dia berharap dengan peluang yang diberi buat Ilham akan menyedarkan lelaki itu bahawa cinta mereka berdua tidak akan kekal lama seterusnya Ilham akan kembali kepadanya semula.

“Diam Nisha diam..”Ilham memintas sekali lagi. Tidak! Dia tidak mahu mendengar hakikat itu. Tidak walaupun sekali. Cintanya hanya untuk Ariana. Dulu mahupun sekarang. Tentang bagaimana ikatan pertunangan mereka disimpul biarlah ia menjadi rahsia dikala ini. Dia sudah tidak mampu untuk merungkaikan segala galanya lagi. Apa yang dia pasti dan apa yang dia tahu dia tidak pernah menganggap Nisha sebagai tunangnya dan dia tidak pernah dan tidak akan pernah mencintai gadis itu kerana cintanya hanya untuk Ariana.

“No.. I takkan diam lagi. Cukup I bagi you masa. Cukup I tengok sandiwara you dengan Ariana. Cukup I telan hati tengok tunang I bercinta dengan orang lain. Mahu atau tidak you ngan I akan balik ke uk hari ni… and it`s all over! over!” Nisha bersuara nyaring. Ya sama ada Ilham mahu atau tidak dia akan memastikan mereka akan tetap berangkat ke Uk hari ini.

“Huh.. tunang?? I tak pernah cintakan you Nisha.. and I remind you for once.. don`t you dare to declare yourself as my fiancees.. even for once I never love you..

“Yes.. I Tahu semua tu lama dulu. Tapi please.. tak boleh ke you bagi pengertian pada I mahupun diri you sendiri.. yang kita dah bertunang. Yang I tunang you.. and mahu atau tidak you and me , we will get married sooner or later!”

Ilham yang mendengar hanya mampu menelan kenyataan pahit itu. Matanya dipejamkan. Dia mahu membalas lagi tetapi fikirannya sudah tidak mampu berfungsi lagi membuatkan dia terdiam sendiri. Sudah tidak mampu mengulas lanjut. Biarlah. Perkara itu tidak penting buat masa ini. Apa yang penting hanyalah kekasih hatinya itu.

Ahh.. Fea.. puas menunggu akhirnya Ilham menghembus nafas perlahan. Tahulah dia kini Ariana takkan pernah diketemuinya lagi. Jikalau diturutkan hatinya pasti dia akan terus menunggu. Menunggu hingga gadis itu datang kepadanya. Tetapi desakan dari keluarganya yang menyuruhnya kembali ke Uk menyebabkan segalanya seakan terhenti di sini. Waktu yang diberikan keluarganya sudah pun tamat. Mahu atau tidak dia terpaksa melangkah pergi meninggalkan Ariana dengan segala salah faham dan ‘rahsia’ yang sehingga kini tidak mampu dirungkaikan lagi. Ahh.. Apa benar ini kali terakhir dia di bumi Malaysia?

Ariana terkedu. Dia yang berada disebalik tiang tidak mampu melangkah lagi. Telinganya berdesing. Dia tidak berapa memahami akan butir bicara kata kata mereka berdua tetapi telinganya masih mampu menangkap dan memahami sesuatu. Sesuatu kenyataan yang membuatkan hatinya luluh sendiri.

‘Tunang??’

‘Ilham bertunang ngan Nisha?’

‘Nisha tunang Ilham??’

Tak mungkin.Silap mendengar kah dia? Tidak! Tak mungkin telinganya silap mendengar kali ini. Jalannya mengundur. Tidak percaya. Air mata merembes laju. Hatinya terluka dengan kenyataan yang baru sahaja didengarinya itu.

“Ilham..” Dia menyeru perlahan nama itu. Tanpa sedar dia terduduk di salah sebuah kerusi disitu.

‘Tunang??’

‘Ilham tunangan orang??’

‘Tak mungkin..’

‘Tak mungkin abang tipu Fea kan..’

‘Tak mungkin’ Ariana berlari laju. Terus kehadapan.

“Ouch sakit..” Kedengaran suara lelaki dihadapannya mengaduh sebaik sahaja tubuh mereka berlaga. Ariana yang jatuh hanya menunduk. Dia menangis teresak esak. Tidak!! Dia tidak percaya Ilham sudah bertunang!! Tak mungkin..!!

“Cik.. awak tak apa apa??”

Pemuda dihadapannya bertanya. Tidak tahu kenapa gadis bertudung dihadapannya itu menangis hiba.

“Tak mungkin” Ariana bersuara lirih..

“Err.. cik awak ok tak ni.” Dia bertanya lagi. Hairan melihat muka gadis itu yang sudah memerah. Selebihnya dia pelik dengan gadis itu yang dilihatnya terus terusan mengeleng gelengkan kepalanya beberapa kali. Seolah olah tidak ingin menerima kenyataan tentang sesuatu.

Ariana menangis lagi. Hatinya luluh . Hatinya hancur. Setelah mendapat kekuatan dia berlari lagi. Tidak dihiraukan manusia yang bertanya itu dan ini tadi. Sebaik sahaja kakinya keluar dari lapangan terbang langkahnya semakin perlahan. Tanpa dapat ditahan akhirnya dia terduduk disitu. Melepaskan tangisan yang bernada sendu tanpa menghiraukan mereka semua yang sedang memandangnya itu.