Saturday, July 31, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 51

“Siapa Nisha” Ariana bertanya Zairil apabila lelaki itu hanya tunak memandang wajahnya. Biarpun dia tahu siapa Nisha tetapi dia ingin tahu dari mulut Zairil sendiri. Biar jelas dihatinya. Biar jelas dimatanya apa sebenarnya yang berlaku.
“Nisha??” Zairil mengulang nama itu. Hairan bagaimana nama Nisha boleh timbul secara tiba tiba.
“Ermm.. Nisha”
Zairil tersenyum Cuma. “Nisha bekas tunang angah.. kenapa?” Merasakan Ariana tidak mengetahui apa apa dia menjawab begitu.
“Kenapa mereka putus tunang? Apa hubungan awak dengan Nisha? Berterus terang dengan saya Aril..” Suaranya separuh mendesak. Tidak usah Zairil berpura pura dengannya kerana dia sudah tahu. Dia Cuma ingin mendengar buat kali kedua biar jelas. Hanya itu.
“Nisha tunang angah. Tapi sebelum tu abang bercinta dengan Nisha. Sebelum ayah Nisha meninggal dia mewasiatkan supaya Angah ditunangkan dengan Nisha..”
“ Awak tak marah.. awak tak cintakan Nisha” Ariana bertanya lagi.
“Siapa yang tak marah bila kekasih sendiri jadi tunang adik kandung. Tapi semua kisah tu dah berlalu. Kenapa Ary tanya??” Zairil bertanya kembali. Pelik.
“Awak tak marahkan Ilham.. err.. maksud saya angah” Tergagap dia menyusun kata.
“Mula dulu abang marah jugak.. tapi tak boleh nak salahkan angah seratus peratus sebab Nisha pun salah jugak, dia Cuma menerima. Langsung tak pertahankan cinta kami. Lagi pula Abang tahu angah cintakan orang lain. Reen dah ceritakan segala galanya pada abang..”
Ariana menganguk Cuma. Wajah zairil dipandang lagi. “Awak cintakan Nisha?”
Mendengarkan itu Zairil mengengam tangan Ariana kejap. Lalu dielus lembut. “Abang dah ada Ary. Abang tak perlukan Nisha..”
Ariana memejamkan matanya. Bibirnya bergetaran. Namun dia mahu bertanyakan soalan lagi. Supaya hatinya tidak berpaling daripada Zairil. Biar rasa bersalah dan sebak terus mengepung hatinya supaya dia sentiasa kekal bersama lelaki itu. “ Awak.. awak cintakan saya??”
Zairil tersenyum. Tubuh Ariana yang sedang duduk berhadapan dengannya di bawa ke dalam pelukan. “Abang cintakan Ary. Ary takkan tinggalkan abang kan..?” Dia bertanya pula. Bimbang sebenarnya, bimbang Ariana meninggalkanya setelah dia benar benar cintakan isterinya itu. Biarkan. Biarkan Ariana tidak mencintainya asalkan gadis itu setia bersamanya.
Airmata Ariana menitis. Jikalau sudah begitu kata Zairil. Apa mampu hatinya berpaling untuk melihat Ilham. Tidak. Dia tidak sanggup melukakan Zairil biarpun hatinya tidak pasti akan perasaanya buat lelaki itu. Yang pasti dia tidak akan sesekali berpaling dari Zairil. “Saya takkan tinggalkan awak.. saya janji..”
Ilham?? Biarlah. Biarpun dia tahu lelaki itu kecewa kerana semua yang berlaku bukan atas permintaanya. Namun dia tiada kuasa untuk merawat hati lelaki itu. Dia tidak mampu kerana dia terikat dengan janjinya sendiri…pergilah Ilham.. pergi..


Zairil mengusap lembut kepala Ariana yang terletak di ribanya itu. Dia rasa gembira kerana sudah meluahkan cintanya kepada Ariana biarpun hubungan mereka masih tiada perubahan. Ahh.. sekurang kurangnya dia tahu gadis itu tidak akan berpaling darinya. Biarpun hingga saat ini bibir itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan Abang apatah lagi mengungkapkan kata kata yang senada dengannya.
“Cerita dah habis” Ariana bersuara perlahan sebaik sahaja cerekarama yang ditonton tamat. Dia yang tadi berbaring santai kini sudah duduk menegak di atas sofa di ruang tamu itu sebaik melihat Shireen dan Ilham mara ke arah mereka.
“Tengok cerita apa kak Ary??” Alisha menegur.
“Suraya!!” Ariana menjawab sambil menunjuk kearah screen tv di hadapan mereka.
“Angah dah sihat?” Zairil menegur pula Ilham yang dilihatnya masih sedikit pucat. Wajah adiknya yang susut dipandang lama. Masih tidak selesaikah masalahnya itu?
Ariana turut melihat Ilham biarpun fikirannya melarang namun gerakan tubuhnya sudah terlebih dahulu beraksi. Tidak dapat tidak wajah pucat lelaki itu mengundang sayu dihatinya.
“Dah kurang sikit..” Ilham memberitahu lemah. Luluh hatinya melihat Ariana yang sedang bersandar di bahu Zairil. Ah.. mengapa bukan dia yang berada di tempat itu. Tidak teringatkan Ariana akan kenangan mereka dahulu?
Zairil hanya menganguk. Dia ingin bertanya lagi. Namun handsetnya yang berdering minta diangkat membuatkan dia berlalu ke luar rumah. Mahu menjawab panggilan itu sendirian.
Melihatkan Ariana yang turut berdiri Ilham pantas menarik tangan itu setelah bayang Zairil hilang disebalik dinding. “Jangan macam ni Fea.. Fea tak cintakan dia”
“Siapa awak untuk tentukan sama ada cinta saya untuk siapa” Bibirnya menahan getar suara. Bimbang ada yang mendengar.
“Abang, abang orang yang Fea cintai seumur hidup Fea. Jangan musnah kan diri macam ni”
“Saya tak cintakan awak.. lepas Ilham..”
“Tak.. Fea bohong. Kalau Fea tak cintakan abang, kenapa Fea risau bila abang sakit hari tu? Jangan butakan mata dan hati Fea hanya untuk membalas budi yang Zairil taburkan”
“Cinta tak penting dalam hidup saya Ilham, lepaskan saya”
“Sayang.. buka mata hati. Kembali pada abang ya? Kita mulakan semula” Ilham merayu lagi. Tangan Ariana dipegang kejap.
“Tidak! Saya tak nak.. lepas” Tubuh Ilham ditolak menjauh. Air mata yang mengalir diseka perlahan. Selagi mampu bertahan dia akan terus bertahan, itu janjinya.

Sunday, July 25, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 50

Sebaik sahaja selesai pasu bunga itu dipunggah Ariana melepaskan penatnya dengan bersandar dikerusi di laman banglo itu. Hari minggu begini tahap keboringannya terasa berasa di tahap maksima. Apatah lagi dengan ketiadaan Zairil di rumah. Dia tersenyum sebaik melihat Shireen yang menuju ke arahnya bersama dua gelas mug.
“Nah.. untuk kak Ary. Mesti penat kan?” Shireen menyapa. Hari ini dia malas mahu kemana mana. Langsung terlihat Ariana di laman rumah terus dia menuju ke dapur mahu menyediakan air untuk kak iparnya itu.
“Thanks… Reen tak keluar hari ni?” Air yang diberi diminum rakus. Terasa sejuk hatinya disaat terasa air sejuk itu melalu kerongkongnya yang sememangnya dahaga kerana sedari tadi ralat bermain dengan pasu bunga.
“Tak lah.. malas. Kak Ary tak keluar ke. Abang long mana?” Dia bertanya ramah. Kesibukan mereka dirumah itu membuatkan mereka jarang dapat berbicara berdua.
Ariana hanya mengeleng. “Dia keluar kot..”
“Abang mesti suka dapat kahwin ngan kak Ary kan? Mesti abang bahagia sekarang.” Shireen memulakan cerita. Sengaja dia berkata begitu. Dia ingin mengcungkil rahsia Ariana hari ini.
“Entah lah.. maybe” Ariana menjawab sambil memandang laman mereka. Tidak mahu bertentangan mata dengan Shireen. Bimbang gadis itu dapat membaca riak wajahnya.
“Reen risau la kak..” Suaranya dilirihkan.
“Risau apa?” Wajah keruh Shireen dipandang. Cuba memberi perhatian akan kata kata Shireen yang seakan akan ingin meluahkan masalahnya itu.
“Abang ngah. Abang long dah hapy. Abang ngah bila lagi ya” Dia berkata seakan bertanya.
“Kenapa dengan dia?”
“Kak Ary nak tahu?” Suaranya bersungguh. Teruja kerana Ariana bertanya kembali akan masalah Abang ngah nya itu.
Ariana ketawa perlahan. Kelakar melihat reaksi Shireen. “Kenapa dengan dia ? Cerita je lah.. mana tahu kak Ary dapat tolong”
“Dulu Abang ngah pernah bertunang. Nisha nama dia.”
Ariana hanya tersenyum hambar. Dia sudah tahu itu.
“Tapi dia orang dah putus tunang..” Shireen menyambung lagi. Cuba mencari riak yang terukir di sebalik wajah ceria Ariana.
“Kalau kak Ary nak tahu.. abang terpaksa bertunang dengan kak Nisha. Atas permintaan umi ngan papa sebab nak tunaikan wasiat ayah kak Nisha. Tapi sebenarnya takder siapa yang tahu kecuali Reen kalau kak Nisha sebenarnya bercinta dengan abang long.” Ya dahulu hanya dia yang tahu akan percintaan abangnya bersama Nisha. Ilham pula hanya tahu setelah mereka berdua hampir ditunangkan berikutan Zairil mengamuk kerana tidak dapat menerima berita itu. Terpinga pinga abang ngahnya itu kerana langsung tidak tahu menahu akan sebabnya abangnya itu mengamuk. Tetapi ketika itu semuanya sudah terlambat. Biarpun Ilham membantah pertunangan yang diikat tanpa relanya itu tetapi kedua orang tua mereka tetap berkeras mahu mengikat pertunangan tersebut.
Mata Ariana membuntang. Tidak percaya.. bibirnya diketap perlahan, cuba mengawal riak wajah.
Shireen memandang langit biru. Sengaja buat buat tidak nampak akan reaksi Ariana yang jelas sudah terkedu.
“Habis apa yang jadi lepas tu?” Tidak dapat menahan hati dari ingin tahu. Dia bertanya juga.
“Abang long mengamuk. Nyaris dia nak tumbuk abang ngah.. tapi selepas je selesai majlis abang long pergi Uk. Then we all pun turut pindah Uk. Cuma abang ngah yang tinggal kat sini. Tapi tiba tiba abang long pulak nak balik sini. Abang long betul betul marah dengan keputusan papa ngan umi disebabkan tu la bila we all pindah sana, abang long nekad nak balik Malaysia balik. Sebab dia betul betul marah ngan kami semua. Sebagai pertukaran abang ngah terpaksa transfer ke Uk untuk uruskan company.
Wajah Ariana dipandang sekilas. Masih beriak tenang. Ahh.. sudak matikah hati Ariana ?
“Bila sampai sana.. umi nak cepatkan pernikahan Abang ngah. Tapi abang ngah tentang keras keputusan umi. Dia tak nak dia cakap dia cintakan orang lain. Reen kesian sangat kat angah. Lama lepastu Abang ngah nekad. Dia putuskan pertunangan.. Dia nak balik Malaysia. Tapi umi ugut takkan mengaku angah anak kalau Angah tinggalkan Uk. Abang ngah betul betul tersiksa. Dia jadi gila pada kerja. Abang ngah betul betul cintakan kekasih dia tu”
Air mata Shireen menitis. Biarpun hanya kedua abangnya yang tersiksa. Dia turut merasa tempiasnya. Kehilangan gelak ketawa kedua abangnya itu. “Lama lepas tu.. baru umi sedar. Umi benarkan angah balik Malaysia. Tu pun lepas tengok angah berubah macam orang yang takder perasaan..”
“Syukurlah bila terputusnya pertunangan tu hubungan abang ngah ngan abang long dah bertambah baik sekarang. Mungkin sekarang abang long dah tahu kalau abang ngah tak bersalah. Tapi.. sekarang.. Abang ngah bagitau Reen kalau.. kekasih dia dah kahwin dengan orang lain. Reen kesian tengok Abang kak Ary. Reen ada masa dia sedih dulu. Bila agaknya hidup abang ngah akan berubah ya..” Tangan Ariana digoncang perlahan. Seolah meminta jawapan pada Ariana.
Ariana terkedu. Benarkah apa yang dicerita Shireen? Jikalau bohong mengapa cerita yang disampaikan sama seperti apa yang Ilham cuba sampaikan padanya? Begitu tersiksakah Ilham? Jikalau tidak mengapa Shireen sudah teresak esak menangis dibahunya. Ahh.. Ilham.. apa sebenarnya yang terjadi? Hatinya bertanya pula apatah lagi bila mengingati kejadian di resort dulu. Ahh.. hati tenanglah.. semuanya sudah berlalu.
“Abang ngah” Shireen menjerit nyaring sebaik melihat Ilham yang dipapah keluar oleh Haikal. Pelukan kakak iparnya dilerai perlahan. Air matanya disapu. Gusar dia melihat abangnya itu.
“kenapa ngan abang, Abang kenapa ni?” pertanyaanya bertalu talu. Tidak mampu untuk bersabar lagi.
Haikal hanya mengeleng. Ilham pengsan sewaktu mereka keluar tadi. Terlalu penat barangkali. “Tak tahu lah.. tolong Abang Haikal.. papah Ilham masuk” Dia meminta pertolongan pula.
Tidak menunggu lama tubuh abangnya dipaut. Lalu dia membaringkan Ilham di sofa diruang tamu. Pucat muka abangnya direnung lama. Air matanya menitis lagi.
Ariana mengetap bibirnya. Perlahan lahan. Airmatanya meluncur dipipinya. Terkilan melihat Ilham begitu. Pedih hatinya. Untuk menolong langkah kakinya terasa membeku. Sudahnya dia hanya tersedu di laman banglo itu. Tidak tahu harus berbuat apa lagi.
Shireen mengosok kepala Ilham perlahan. Sayu hatinya. “Abang..” Dia menyeru Ilham supaya bangun. Wajah Haikal teman abangnya dipandang pula. “Abang ngah sakit ker.. kenapa abang ngah pengsan”
“Abang Kal tak tahu Reen. Mungkin Ilham tertekan agaknya” Haikal menjelaskan. Cuba menenangkan Shireen yang sedang gelisah itu.
“Abang.. sampai bila abang nak macam ni. Sudah lah abang. Sudahlah.. Reen tak larat tengok abang macam ni. Bangunla abang..”
“ Reen jangan la kejutkan dia.. biarkan dia. Abang kena balik dulu ni.. ada hal”
Shireen hanya menganguk. Dia hanya menghantar Haikal dengan pandangan matanya.
Sebelum melangkah keluar Haikal sempat memandang Ariana yang sedang sendu di laman rumah itu. Ahh.. Ariana jikalau benar cinta mengapa harus menyiksa diri sendiri. Tidak kasihankah dia melihat Ilham begitu. Dia yang lelaki pun tersayat melihat keadaan temannya itu. Apakah gadis yang pernah berkongsi hati itu langsung tidak punya rasa terkilan?
“Kak Ary.. tolong jaga Abang ngah kejap boleh? Reen nak pergi beli ubat sekejap” Shireen bersuara merayu. Dia jikalau boleh tidak mahu meninggalkan Ilham sendirian tetapi dia harus mencari ubat buat abangnya itu. Takut jikalau kesakitan abangnya itu melarat. Langsung terlupa untuk melihat atau mencari ubat dahulu, mahupun bertanyakan Ariana sekiranya kak iparnya itu mempunyai panadol untuk diberikan buat abangnya itu.
Ariana hanya memandang Shireen. Ahh.. bolehkah dia. Akhirnya dia menganguk perlahan.
Shireen tersenyum lega. Wajah Ilham dipandang pula. “Abang.. Reen tak nak tinggalkan abang sorang.. tapi Reen nak pergi beli ubat untuk abang.. abang rehat ya” Dahi Ilham dicium perlahan. Dia benar benar kasihkan abangnya itu.
Ariana hanya memandang lama. Serasanya sudah sejam Ilham membeku begitu. Tiada tanda tanda yang lelaki itu akan berjaga. Tubuh Ilham yang berbaring di sofa dihampiri. Tangannya menyentuh dahi lelaki itu. Panas!! Hatinya terasa sayu. Demam kah Ilham? Dia kemudian menuju ke biliknya. Mencari cari sekiranya masih terdapat Panadol yang disimpan di dalam almari soleknya. Setelah terlihat akan ubat tersebut dia lantas menuju ke dapur untuk mengambil seggelas air.
“Am.. bangun” Tubuh Ilham digerakkan supaya lelaki itu sedar. Dia tidak tahan melihat Ilham begitu. Lelaki itu harus makan ubat supaya cepat sembuh. Ahh.. hati mengapa terlalu mengambil berat akan lelaki dihadapannya itu?
Ilham mengurut kepalanya perlahan. Wajah Ariana berbalam di matanya. Wajah yang sembab dengan air mata itu direnung sedalamnya biarpun ketika itu dia sebenar benarnya tidak larat.
“Makan ubat ya” Tanganya menghulurkan panadol.
“Tak payah.. Fea bukannya sayangkan abang. Biarkan abang mati. Bukan itu yang Fea nak” Ilham menepis tangan Ariana yang berada di hadapannya. Sakit hatinya melihat Ariana yang selamba begitu. Tidak tahukah Ariana bahawa sakit dia disebabkan terlalu melayan rasa kecewa dengan sikap Ariana yang langsung tidak mahu menghiraukannya hampir seminggu ini.
Ariana terkedu. Namun wajahnya tetap juga mempamerkan senyuman. Tangan Ilham dicapai lalu diletakkan gelas dan panadol. “Awak makan ya?”
Ilham mengeleng perlahan. Tidak percaya Ariana boleh sekejam itu dengannya. Dek kerana sakit hati terus dijatuhkan gelas yang diberi Ariana tadi. Berderai kaca pecah di lantai. “Tak usah berpura pura ambil berat kalau Fea sememangnya suka abang mati. Cinta abang pada Fea langsung tak bernilai di hati Fea..”Dia mencuba untuk bangun. Digagahkan tubuhnya supaya dia dapat menuju kebiliknya.
Ariana hanya melihat. Harus apa lagi yang dikatakan. Dia kakak ipar lelaki itu. Biar sakit dihati pun dia harus memastikan lelaki itu sentiasa berkeadaan baik. Melihat tubuh Ilham yang terhuyung hayang memanjat tangga. Dia menerpa. Tangan lelaki itu dipaut. Berharap dapat membantu.
“Tak payah” Ilham menolak kasar.
“Saya kakak ipar awak Ilham.. saya bertanggungjawab untuk jaga awak” Ariana turut menengking. Benarkah dia membantu Ilham kerana itu tidak pula dia mahu ambil tahu. Tangan itu sekali lagi dipaut namun terlerai sekali lagi apabila Ilham menolaknya keras. Ahh.. Ilham mengapa tidak pernah mengerti hatiku?


Nisha memandang wajah Zairil lama. Kaku lidahnya untuk bersuara apabila Zairil dilihatnya hanya memandangnya dengan pandang tajam. Marah kah lelaki itu kepadanya?
“Ril.. I minta maaf” Dia bersuara lagi. Merayu dan terus merayu. Dan sememangnya hanya itu yang selalu diungkapkan oleh bibirnya apabila berhadapan dengan Zairil
Zairil tersenyum sinis “Berapa kali you nak minta maaf Sha.. takde ertinya..”
Air mata Nisha menitis buat kesekian kalinya. “ I menyesal Ril.. I sayangkan you..”
“Selepas you tinggalkan I .. bertahun Nisha.. baru sekarang you nak kembali pada I .. tak de gunanya.”
Matanya ditutup perlahan. Berharap jikalau dia mampu terus bersabar. “I cintakan you Ril.. I tahu I salah. Sekarang I sedar I hanya cintakan you..’
“Huh.. you tinggalkan I Nisha. You ikut Ilham biarpun you tahu Ilham tak cintakan you. Sedikitpun you tak pertahankan cinta kita, apa makna cinta pada you Nisha?”
Nisha mengetap bibirnya. Ya dia akui dia salah. Dia sememangnya mencintai Zairil. Tapi Zairil seorang yang sukar difahami. Apabila ayahnya mewasiatkan supaya dia ditunangkan dengan Ilham. Adik lelaki itu. Dia terus sahaja bersetuju. Apatah lagi melihatkan layanan Ilham yang ramah kepadanya. Berharap jikalau hatinya dapat dialihkan kepada Ilham.
Tapi dia silap. Ternyata Ilham tidak pernah mencintainya. Langsung tidak berpuas hati dia melakukan pelbagai perkara supaya lelaki itu jatuh cinta kepadanya. Dengan wajah Ilham yang kacak dan gaya yang berkarisma perempuan mana yang tidak jatuh hati.
Zairil?? Lelaki itu turut bisa mengetarkan hati wanitanya. Masalahnya sikap Zairil yang serius sepanjang masa membuatkan hatinya keliru. Sama ada hanya mengikut wasiat ayahnya atau terus bertahan dengan cinta mereka itu.
Malas mahu memikirkan dia langsung mengambil jalan mudah. Tinggal di Malaysia bersama Ilham dan hanya membiarkan Zairil membawa diri ke Uk. Lebih parah dari itu. Apabila lelaki itu balik ke Malaysia dengan hati yang tegar dia pula mengikut Ilham ke Uk.
Tapi lain pula jadinya bila Ilham berterusan mempertahankan cintanya dengan Ariana Sofea. Pertunangan mereka diputuskan. Dan dia kini mula menyedari tidak ada yang mencintainya melainkan Zairil. Tapi sekarang? Bisakah dia mendapatkan cinta Zairil kembali?
“Beri peluang pada I Ril. I cintakan you.. I betul betul menyesal.” Tangan Zairil digengam erat.
Zairil menolak perlahan tangan Nisha. Wajah Nisha dipandang. Masih cintakah dia kepada gadis itu? “I dah kahwin Nisha.. I dah punya isteri” Dia berterus terang. Tidak ada gunanya dia menyembunyikan hakikat sebenarnya kerana itu adalah hakikat yang nyata.
Nisha menekup mulutnya. Tidak percaya. “You bohong kan..”
“I tak bohong”
“You tak cintakan dia kan Ril? You cintakan I kan” Wajah Zairil dipandang. Berharap lelaki itu memberi jawapan yang sejujurnya. Yang boleh memberikan harapan buat hatinya yang sudap ranap apabila mendengar pengakuan Zairil.
“I dah beristeri dan I akan kekal bersama dia.. sebab I sayangkan dia..” Seusai berkata dia berlalu pergi. Berharap Nisha benar benar mengerti hubungan mereka sudah berada di pengakhirannya. Tidak guna merayu kerana dia akan kekal bersama Ariana sofea.


Ariana mundar mandir di dalam biliknya. Hatinya tidak tenang selagi tidak mengetahui keadaan Ilham ketika ini. Ahh.. curangkah dia terhadap Zairil. Tidak dia hanya ingin membantu Ilham. Ingin melihat lelaki itu berdiri seperti sedia kala.
Dengan langkah perlahan Ariana menuju ke bilik Ilham. Pintu dikuak perlahan. Dia mengucap lega sebaik melihat lelaki itu lena. Namun kakinya tetap juga melangkah. Sekali lagi dia menekap tangannya ke dahi lIlham. Merasakan masih panas dia bergegas kedapur.
Seusai itu dia menuju ke biliknya pula. Mengambil sehelai tuala kecil. Lalu kembali ke bilik Ilham dengan sebesen air asam jawa. Dia mahu mendemah kepala lelaki itu. Biar kebah demam yang menimpa lelaki itu.
Dihati Ariana berdoa panjang. Berharap jikalau tiada siapa yang pulang ketika ini. Bimbang. Dia bimbang ada yang melihat kelakuannya itu. Selebihnya dia bimbang Zairil melihat dia berada bersama Ilham. Tidak mahu lelaki itu menyangka yang bukan bukan. Kerana dia tidak tergamak melihat Zairil terluka selepas apa yang dikorbankan untuknya.
Selesai memdemah kepala Ilham. Wajah itu direnung lama. Ada rasa rindu yang mengebu. Bibirnya diketap perlahan. Tidak. Dia hanya mencintai Zairil itu janjinya dan itu juga sumpahnya. Ahh.. lena benar awak Am.. mudah mudahan awak cepat sembuh. Air mata yang mengalir diseka.
Dia sendiri tidak pasti mengapa air matanya harus mengalir. Sedangkan dia sudah pasti dan yakin hatinya hanya untuk Zairil. Lalu apa ertinya semua ini ya Allah..
Sebelum keluar sempat dia meletakkan panadol dan segelas air. Mudah mudahan Ilham akan menelan ubat itu sebaik terjaga nanti. Hatinya berdoa kecil.
Langkahnya diatur lemah ke pintu utama namun terhenti apabila ternampak sesuatu di dalam rak kecil lelaki itu. Didesak rasa ingin tahu dia menuju ke tempat itu.
Ahh.. air mata tolonglah berhenti. Wajahnya dan Ilham di dalam gambar itu ditatap lama. Mengapa lelaki itu masih menyimpan gambar itu. Mengapa? Kepalanya tergeleng perlahan. Sudah lah hati cukup lah. Cukup sampai disini.. dia berlari keluar. Tidak mahu berlama disitu.
Ilham membuka matanya sebaik Ariana keluar. Matanya dipejam lama. Sofea.. nama itu diseru perlahan. Benarkah tiada cinta lagi dihati Fea untuk abang? Lalu apa maknanya semua ni sayang.. ahh.. Fea.. abang benar benar cintakan Fea. Katakanlah pada abang. Walau hanya sekali bahawa Fea memang cintakan abang.

Saturday, July 24, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 49

Ariana tekun menatap kertas kerjanya. Masuk hari ini sudah hampir seminggu dia memulakan tugasnya di HS Holding. Serasa tidak cukup tangan pula dia untuk memahami perjalanan syarikat yang dibimbing abang sepupunya itu.
“Hello.. rajinnya dia” Haziq menegur sebaik melihat wajah berkerut Ariana. Apa saja yang difikir sepupunya itu pun dia tidak tahu.
“Nak mengacau la tu” Ariana membidas laju. Sudah tahu akan aktiviti kesukaan Haziq yang tidak betah membiarkan dia bertenang biarpun hanya untuk seketika.
“Ala.. usik sikit pun tak boleh. Ary.. abang nak mintak tolong ni” Suaranya tergesa gesa. Dia sememangnya berharap akan pertolongan Ariana ketika ini.
Ariana memangung kepalanya. Mahu memberi perhatian buat lelaki itu “Ada apa?”
“Abang kena attend meeting sekejap lagi. Ary tolong ganti tempat abang boleh tak” Rayunya perlahan.
Ariana mengerutkan dahinya. Bimbang. Bagaimana dapat dia menguruskan meeting sedangkan dia baru sahaja mahu belajar selok belok pentadbiran company mereka itu. “Mana boleh abang Ziq.. Ary kan baru kerja..”
“Ala.. senang jer. Meeting tentang projek pembinaan Perumahan Taman Indah tu jer. Kan minggu lepas abang dah terangkan?” Haziq memintas laju.
Ariana merengus geram. Memang dia sudah punya maklumat terperinci tentang itu. Tapi masalahnya yakinkah dia untuk bermesyuarat sendirian tanpa Haziq disisinya. “Abang Ziq nak pergi mana?”
“Adahal la. Lagipun Ary kena ingat Ary pemilik company. Ary kena biasakan diri dengan semua ni” Haziq mengingatkan. Dia hanyalah timbalan pengarah di syarikat itu. Tugasnya sudah selesai sebaik sahaja Ariana melangkah masuk ke pejabat. Namun tidak pula dia berniat untuk meletak jawatan. Cukup jikalau dia memerhati Ariana dalam pentadbiran syarikat.
“Lagi lagi itu yang diungkit. Adahal tu apa” Ariana bertanya lagi. Benar benar tidak berpuas hati.
Haziq mengaru kepalanya. “Abang nak jemput kak Ila.. dia balik hari ni”
Makin membuntang mata Ariana mendengar alasan sepupunya itu. Shahila yang dipanggil kak Ila itu merupakan tunang Haziq. Geram pula dia apabila Haziq lebih memilih untuk menjemput tunangnya dari menguruskan meeting mereka itu. “Penting sangat ker?”
“Siapa tak sayang tunang cik adik oi” Hidung Ariana dicuit sambil buat muka kasihan. Dia benar benar berharap sepupunya itu akan setuju.
Ariana mencebik. “Iye lah.. meeting dengan siapa ni..?”
“Dengan pengurus projek ni lah.. Aidil!”
Aidil? Tidak pernah pula dia mendengar nama itu. “Ermm.. ye lah. Pukul brapa..”
“Ok bagus..” Haziq berdiri. Bertujuan untuk keluar dari pejabat Ariana. “Pukul 11.. two hour from now. Abang keluar dulu. Apa apahal tanya Syazmeen” Tombol pintu dipulas.
Ariana hanya menganguk. Namun seketika dia menepuk dahinya perlahan. Terlupa pula dia untuk bertanya projek itu dilaksanakan dengan Syarikat mana. Intercom ditekan untuyk menghubungi Syazmeen. Setiusahanya itu.
“Ada apa cik Ariana?”
“Meen syarikat mana yang uruskan projek perumahan Taman Indah?” Dia bertanya sebaik mendengar suara yang menyapa di talian sebelah sana.
“Putra holding Cik Ariana..”
Putra holding? Dahi Ariana berkerut. “Meeting selama ni Encik Haziq buat kat mana?”
“Pun di Putra Holding cik Ariana..”
Nafasnya terasa sesak pula. Mana mungkin dia menapak ke Putra Holding. Apatah lagi setelah tahu Putra Holding adalah tempat Ilham bekerja. Masih bekerja disitukah lelaki itu? Ceo? Siapa ceo putra holding sebenarnya? Ilham kah?? Ahh.. untuk apa dia takuti akan pertemuan itu. Sedangkan mereka kini sudah tidak punya hubungan apa apa. Lagi pula dia akan bermesyuarat dengan pengurus projek bukannya dengan lelaki itu.
Ariana tergesa gesa masuk sebaik sahaja bangunan yang tersergam indah itu berjaya dijejakinya. Lelah dia mencari alamat syarikat Putra Holding itu. Geram pula dia mengenangkan abang sepupunya itu yang pasti kini sedang bermanja dengan tunangnya. Sebaik terpandangkan wajah seseorang disitu terus sahaja dia menyapa. Bertanyakan di mana pertemuannya dengan lelaki yang bernama Aidil itu.
“Meeting diadakan di bilik mesyuarat. Saya akan bawa cik Ariana ke sana”
Ariana hanya menganguk. Ralat dia melihat susun atur syarikat yang baru pertama kali dijejakinya itu. Sebaik masuk dia menegur lelaki yang membelakanginya itu. Difikirannya pasti itu adalah Encik Aidil. “Morning Encik Aidil..”
“Morning..” Ilham terpana melihat Ariana yang berdiri dihadapannya.
Ariana mengetap bibirnya. Dia berpaling kearah perempuan yang membawanya tadi. “Saya nak jumpa Encik Aidil bukan dia. Meeting saya dengan Encik Aidil.”
“Maaf cik Ariana. Encik Aidil mc hari ini. Meeting tentang projek perumahan Taman Indah Akan diuruskan oleh Tengku Fakrul..” Shima memberitahu lagi.
“Awak boleh pergi” Ilham menyampuk apabila melihat Ariana yang ingin bertanya lagi. Tidak berpuas hati barangkali. Dia pun hari ini hanya mengantikan tempat Aidil. “Duduk la Fea”
“Maaf... Tengku.. kita mulakan meeting sekarang” Ariana bersuara serius. Hatinya sebal menahan geram akan pertemuan yang tidak dirancang itu.
“Fea..” Ilham ingin menegur. Dia tidak suka Ariana memanggilnya begitu. Bagai terasa ada beban yang menghempap pundaknya dikala itu.
“Tengku Fakrul Ilham. Saya tak tahu pun nama awak TENGKU FAKRUL ILHAM. Ahh banyak benar rahsia kan..” Dia bersuara mendatar. Sememangnya itu yang ingin ditanya sebaik dia diperkenalkan dengan insan yang bernama Tengku Fakrul Ilham itu. Cuma dia tidak berkesempatan.
“Fea.. abang..” Ilham ingin menerangkan. Bukan sengaja dia merahsiakan. Lagi pula apa ada pada nama Tengku. Nothing! Disebabkan itulah dia tidak pernah memberitahu Ariana. Kerana sangkanya itu semua tidak penting.
“Jadi tengku la Ceo Putra Holding ya..ermm not bad” Mulutnya memerli lagi. Melihat riak wajah Ilham yang berubah Ariana tersenyum sinis. “Why not kita mulakan perbincangan kita sekarang”
Ilham terkedu pula. Namun melihatkan reaksi Ariana yang serius dia hanya mampu menganguk. Tidak mahu mengeruhkan keadaan yang sedia keruh.
“Ok.. thank for your information. Apa apa hal akan diuruskan oleh Encik Haziq nanti..” Tangannya dihulurkan untuk bersalam tanda perbincangan sudah tamat setelah hampir sejam mereka berbincang .
Ilham menyambut dengan hati yang sebal. Sudah tidak punya hatikah gadis itu?
“Tangan saya Tengku” Ariana menegur apabila tangannya digengam kemas bagai tidak mahu dilepaskan. Menyesal pula dia menghulurkan salam tadi. Tadipun dia melakukan sekadar menghormati Ilham tanda perbincangan mereka sudah termenterai. Perkara biasa yang dilakukan oleh mereka semua.
“Kenapa Fea berubah macam ni? Fea tak sayang kan Abang..” Ilham menegur. Rontaan tangan kecil itu langsung tidak dihiraukan.
Dengan sekuat hati Ariana menarik tangannya. “Maaf.. saya balik dulu” Serentak dengan kata kata itu dia membuka pintu. Ingin melangkah keluar. Namun tiba dipintu Ariana kembali berpaling. Wajah keruh Ilham dipandang lama. “Belajar menghormati saya Tengku Fakrul Ilham, walau hanya sebagai kakak ipar Tengku!”

“Ariana?” Haikal menegur sebaik menapak masuk ke bilik Ilham. Tadi dia seakan akan terlihat bayangan seseorang yang menyerupai Ariana, itupun ketika gadis itu melewati pintu keluar Putra Holding.
Ilham hanya menganguk. Wajahnya diraup beberapa kali.
“Kenapa dia kat sini.. jumpa kau?” Haikal bertanya lagi .Tidak berpuas hati.
“Attend meeting projek usahama perumahan Taman Indah” Suaranya hambar. Tertekan dengan sikap Ariana apatah lagi apabila mengingati kata kata terakhir gadis itu.
“Ouh..” Hanya itu yang mampu dikatakan Haikal. Dia sememangnya sudah tahu Ariana pemilik HS Holding kerana pernah diberitahu Ilham dahulu. Ketika mereka balik dari bercuti dahulu.
“Yang kau kenapa kusut sangat ni??”
Ilham memejamkan matanya perlahan. Tubuhnya disandarkan. “Dia dah tak berperasan Kal.. aku tak sangka” Hatinya kesal melihat kedinginan Ariana.
“Tak berperasaan.. maksud kau?”
“Hatinya beku.. aku kesal tengok dia macam tu”
“Entah lah.. aku tak tahu nak kata apa. Kau betul betul cintakan dia ker? Kau lepaskanje dia..”
“Kau gila apa Kal? Setelah apa yang terjadi antara kita orang.. berbaloi ke.. lagipun aku cinta kan dia.”
“Hati dia macam mana?? Lagipun dia isteri Zairil abang kau. Kalau betul dia bahagia dengan Zairil.. tergamak kau hancurkan kebahagiaan dia?” Haikal memberi nasihat pula. Serasanya tidak ada salah Ilham berkorban untuk Ariana jikalau benar cintanya buat gadis itu betul betul tulus.
“Ini masalah perasaan Kal. Bukan boleh ditolak ketepi macam tu je, kalau betul dia bahagia aku pun rela hati lepaskan dia. Masalahnya sekarang betul ke dia cintakan Zairil. Mata aku tak buta untuk lihat betapa hancurnya hidup dia bila aku pergi. Sama hancurnya hidup aku bila terpaksa tinggalkan dia”
“Layanan dia pada kau macam mana?”
“Huh.. beku bisu sepi. Macam orang yang takder perasaan..” Ilham merungut kecil. Bayang Ariana yang beriak tenang tadi bagai terlihat dimatanya.
Haikal mengerutkan dahinya. Bagai orang yang takder perasaan? Serasanya tadi dia sempat melihat Ariana menyapu sesuatu dimukanya. Air mata barangkali.
“Apa yang dia cakap pada engkau tadi?”
“Hormati dia sebab dia kakak ipar aku”
Haikal menganguk pula tanda mengerti. “Gerakan badan dia tak seiring dengan kata kata dia. Aku rasa dia masih cintakan kau” Dia memberitahu pula. Mungkin hati Ariana tersentap apabila menuturkan kata kata sebegitu. Dan pastilah kata kata yang diluahkannya itu sebenarnya turut memakan dirinya. Jikalau tidak mengapa pula Ariana harus menangis?

Tuesday, July 20, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 48

Ariana melihat jarinya lama. Sesekali matanya melirik melihat Ilham yang kaku dihadapannya. Terasa menyesal pula dia turun keruang tamu ini. Tadipun dia turun akibat terpaksa apabila Ilham mengugutnya supaya cepat turun. Tapi sekarang mengapa lelaki itu hanya diam membisu?
“Kalau nak cakap.. baik cakap sekarang before Zairil balik” Dia bersuara akhirnya. Ketika ini Zairil masih belum pulang dari keluar entah kemana. Tidak pula dia tahu. Dan sememangnya dia tidak pernah ambil tahu.
“Kenapa?? Fea takut Zairil tahu” Ilham turut mengikut rentak gadis itu membahasakan Abangnya dengan pangilan Zairil bukan Abang long. Wajah Ariana ditatap sedalam dalamnya.
“Kalau tak de apa apa saya naik dulu” Badannya digerakkan. Tidak mahu berlama disitu. Bimbang Shireen melihat. Gusar apa kata adik iparnya nanti.
“Abang dah tahu semuanya..”
Mata Ariana tunak memandang Ilham. Apa maksud lelaki itu apabila mengatakan dia sudah tahu semuanya. “Maksud awak?”
“Kenapa Fea? Kenapa Fea buat semua tu..” Ilham bersuara lirih. Namun tetap tenang. Dia sudah nekad. Dia akan menceritakan segala galanya kepada gadis itu.
“Sudahlah..” Seakan mengerti apa yang ingin disampaikan Ilham Ariana pantas menghalang. Dia tidak mahu mendengar tentang kisah lalunya. Biarpun hatinya berdetak ingin tahu siapa yang menceritakan kepada Ilham akan kisahnya itu.
“Tak usah awak ceritakan kisah lalu saya .. sebab saya yang mengalaminya. Apa yang awak tahu tak sama dengan apa yang saya rasa dan takkan dapat tandingi pedih hati saya yang terluka kerana awak”
“Kenapa .. kenapa Fea tak halang abang? Kenapa Fea tak minta penjelasan abang? Kenapa Fea tingalkan klia tanpa dengar penjelasan abang?” Dia bertanya pula. Kalau la dia tahu Ariana mencarinya di Klia pasti dia akan terus bertahan disisi gadis itu. Paling tidak dia akan menyuruh Ariana menunggunya kembali.
“Kalau saya tanya.. awak ada jawapan untuk soalan saya?” Ariana menyoal kembali. Dadanya turun naik menahan getar pelbagai rasa.
“Abang cintakan Fea. Seumur hidup abang cuma cintakan Fea. Tak boleh Fea bertahan sepertimana abang bertahan selama ni? Kenapa mesti hancurkan diri sendiri Fea? Kenapa?”
“Awak tunangan orang Ilham. Awak fikir macam mana saya dapat terima kenyataan tu sedangkan hari hari saya dijamu dengan kata manis awak. Pedih Ilham. Hati saya tersayat bila kenyataan disuakan didepan mata” Air matanya menitis. Ketenangan di wajah Ilham dipandang lama.
“Abang memang bertunang dengan Nisha. Tapi bukan atas kerelaan hati abang. Abang terpaksa.. atas permintaan umi dan papa dan atas wasiat ayah nisha. Abang terpaksa.. Fea faham tu?”
“Hakikatnya still sama kan? Awak still menipu saya.”
“Fea.. abang terpaksa pindah ke Uk untuk uruskan syarikat sebab Abang Zairil tekad nak pindah sini.. sebagai pertukaran abang kena pergi sana. Tambah tambah Umi turut sama desak abang supaya balik Uk..”
Ariana hanya memandang. Tidak berniat mahu menyampuk ataupun bertanya. Biar seribu kali diterangkan pun. Semuanya tetap tidak akan berubah. Kesuciannya sudah tercela. Dan dia? Dia sudahpun berkahwin dengan Zairil. Abang lelaki itu. Biarpun pahit untuk ditelan kenyataan itu. Dia tetap harus menerimanya.
“And bila sampai sana. Abang berhabisan menentang keputusan parent abang. Putuskan pertunangan abang.. hanya kerana nak pertahankan hubungan kita, tapi Fea..”
“Kalau awak sayang kan saya kenapa tidak awak kembali ke Malaysia? Kenapa tidak awak terangkan pada saya? Kenapa awak terus biarkan saya hanyut dalam menelan rasa kecewa dengan pemergian awak Am?”
“Fea..” Ilham menyeru perlahan. Bagaimana harus dia terangkan segala yang terjadi sekiranya reaksi Ariana hanya kaku bagai orang tidak berperasaan. Tenang. Biarpun sebentar tadi dia melihat ada tititsan air mata yang mengalir dipipi gadis itu. Berbeza dengannya yang melihat dengan hati yang berbuku dan kesal.
“Sudahlah.. biar beribu kali awak terangkan, kenyataannya tetap sama. Saya.. saya perempuan yang awak tinggalkan yang cuba melupakan awak dengan merosakkan diri sendiri. Saya menyesal. Awak tahu tak saya benar benar menyesal? Diri saya dah terpalit seribu satu dosa. Dan awak? Awak insan yang berjaya melukakan hati saya.. tahniah Am..” Dengan langkah perlahan dia menuju ke tingkat atas.
Ilham memaut tubuh Ariana perlahan.“Fea.. Fea kembali pada Abang. Kita mulakan hidup baru.” Dia benar benar sudah terdesak dikala ini. Ketenangan Ariana mengoyahkan ketenangan diwajahnya yang sedari tadi dipamerkan.
Ariana mengeleng perlahan. Mana mungkin dia melakukan itu sedangkan dia kini sudah punya suami. “Saya kakak ipar awak Ilham. Tolonglah.. jangan ganggu saya lagi.” Tangan Ilham yang memegang bahunya ditolak perlahan.
“Tapi Fea tak cintakan Zairil kan? Cukup Fea.. jangan hancurkan hidup sendiri. Abang cintakan Fea. Abang akan jaga Fea sampai bila bila.” Ilham bersuara yakin. Dia pasti Ariana mencintainya.
Sepi. Ariana hanya membisu.
“Fea.. abang minta maaf. Maafkan abang. Abang akan terima Fea biar apapun yang terjadi. Fea kembali pada abang ya..” Dia mendesak lagi.
“Takde apa yang akan berubah awak.. tetap sama” Tubuhnya ditarik supaya menjauh. Namun kembali berpaling kerana direntap Ilham.
“ Fea cintakan abang kan? Fea tak cintakan Zairil kan?”
Ariana tersenyum hambar. Tersenyum dalam tangisan. Biar apa pun berlaku dia takkan mungkin berpaling dari Zairil. Tidak mungkin. Wajah Ilham dilihat lama. Biar tersemat kukuh dihatinya kerana ini kali terakhir dia akan melihat wajah itu. “Saya cintakan Zairil. Saya tak cintakan awak” Air mata turut mengalir seiring dengan kata kata yang terluah dibibirnya.
Ahh.. air mata mengapa masih mahu keluar jikalau benar luahan kata katanya tadi. Mengertilah wahai hati. Jangan sesekali berpaling dari suami mu. Hatinya merintih sayu.
Ilham yang mendengar terkedu. Benar benar cintakah Ariana kepada abangnya. Lalu apa pula kesudahan cinta mereka?

“Kenapa abang jadi lecturer? Kenapa abang tak uruskan company??” Ilham bertanya Zairil. Hanya malam ini mereka berpeluang bersua muka. Itupun kerana Ariana dan Shireen masih belum pulang dari keluar berjalan jalan.
“Abang bahagia?” Ilham bertanya lagi apabila Zairil tidak menjawab pertanyaanya. Dia benar benar berharap soalanya kali ini dijawab. Dan sememangnya itulah soalan yang ingin diajukan kepada abangnya sedari dulu.
“Maksud angah??” Zairil bertanya kembali. Tidak mengerti. Untuk soalan yang pertama sengaja tidak dijawab. Kerana dia tahu adiknya itu tahu yang dia benar benar berpatah arang dengan keputusan umi dan papa yang memaksanya pergi menjauh dari keluarganya itu.
“Abang cintakan Nisha kan? Kenapa abang berkahwin dengan..” Dia tidak meneruskan kata. Yakin abangnya itu tahu. Yang abangnya itu tidak tahu isterinya itu adalah kekasihnya hanya itu.
“Nisha bertunang dengan Angah.. bukan dengan abang…”
“Abang tahu kan angah terpaksa ikut kata kata umi ngan papa. Bukan kehendak angah. Angah tak pernah cintakan Nisha tapi yang angah hairan macam mana abang boleh kahwin dengan Ariana. Bukan ke abang cintakan Nisha??”
“Kisah abang dengan Ary biar lah hanya abang yang tahu. Kisah abang dengan Nisha biarkan berlalu. Mungkin tak de jodoh antara kami..”
“Abang bahagia” soalan itu diulang lagi.
Zairil hanya menganguk. Bahagiakah dia? Ya dia bahagia punya isteri seperti Ariana biarpun hubungan mereka tidak ubah seperti digantung tidak bertali. Tidak ubah seperti seorang kawan rapat. Hanya bergerak seiring dengan masa.
“Abang cintakan Ariana” Bibirnya bergetar untuk bertanyakan soalan itu. namun dia terpaksa. Dia ingin tahu sedalam mana hubungan Ariana bersama abangnya itu.
“Angah ni kenapa? Pelik betul soalan.. dah tu panggil la isteri abang tu kak Ary. Memang dia muda dari angah tapi dia isteri abang” Zairil menegur sambil ketawa perlahan. Kelakar melihat adiknya yang serius berkata kata.
Kak Ary? Bagaimana harus dia memanggil Ariana dengan panggilan kakak sedangkan hatinya terlalu mencintai gadis itu. Dan yang pasti Ariana adalah kekasihnya.
“Ermm.. pasal cinta tu..abang tak pasti. Tapi yang pasti cinta boleh dipupuk kan??” Zairil berkata lagi setelah melihat Ilham hanya membisu.
“Abang dah tak cintakan Nisha..”
“Angah.. berulang kali abang katakana, kisah abang dan Nisha dah lama berlalu. Abang dah punya isteri. Dan abang akan terus kekal bersama isteri abang..”
Ilham terkedu. Apakah dengan kata kata itu bermakna Zairil akan terus bersama Ariana. Lalu bagaimana pula dengan hatinya?
“Kenapa angah diam..so what about your girl. Adik cakap angah balik Malaysia because of her??” Zairil bertanya pula. Shireen pernah memberitahunya bahawa Ilham memutuskan pertunangannya dengan Nisha kerana dua sebab. Kerana dia dan kekasihnya itu.
“Entahlah .. rumit..” Ilham bersuara lirih. Tidak mengertikah abangnya itu bahawa ‘girl’ yang dikata abangnya itu adalah Ariana. Lalu bagaimana pula penerimaan Zairil sekiranya tahu tentang semua itu.
“Kenapa pulak?” Dia bertanya pelik. Tidak mengerti.
Bahunya hanya diangkat perlahan. Tiada jawapan. Sememangnya dia tidak tahu harus memberitahu apa lagi. Kenyataan sudah tersua di hadapan mata. Zairil sudah menerima Ariana sebagai isterinya. Dan peluangnya untuk memiliki Ariana terlalu nipis. Apatah lagi untuk terus pertahankan cinta mereka itu.
“Ary.. baru balik” Zairil menegur sebaik melihat Ariana masuk melalui pintu utama.
Ariana berpaling perlahan. Wajah Ilham dipandang sekilas. Kemudian dia menuju kearah Zairil perlahan. Lalu tangan suaminya itu dicium. “Ermm.. keluar kejap”
Ilham mengetap bibirnya perlahan. Pedih hatinya melihat situasi dihadapannya itu. Ayu wajah Ariana yang berbaju kurung dengan tudung yang dipin kemas dipandang lama,
“Ary dah makan” Zairil bertanya lagi. pucat wajah isterinya ditenung. Pelik pula dia melihat betapa pucat wajah itu.
“Belum!!” Dia menjawab sepatah.
“Kenapa tak makan lagi? Tu muka pucat kenapa .. sakit” Teguran diberikan sambil tangannya menekap ke dahi Ariana perlahan. Risau pula dia melihat keadaan Ariana itu.
Tangan Zairil ditolak perlahan. senyuman hambar terukir dibibirnya. “Saya ok.. takpelah.. saya tak lapar..”
“Angah pergila naik tidur. Selesaikan masalah elok elok. Dah lewat malam ni” Zairil menegur Ilham apabila dilihat adiknya itu hanya berdiam diri. Sayu wajah adiknya itu direnung. Dia tidak tahu apa masalah Ilham tapi dia yakin adiknya itu pasti punya masalah yang besar. Mungkin berkaitan dengan kekasihnya itu. Ahh.. hebat benarkah perempuan yang bisa mengucar ngacirkan hidup adiknya itu kerana setahunya Ilham seorang yang tenang selama ini.
Ilham hanya tersenyum hambar. “Abang naik dulu.. angah nak ambil angin kat luar jap”Dia beralasan. Sedangkan hatinya ketika ini hanya tuhan yang tahu apabila melihat tangan Zairil erat merangkul bahu Ariana.
“k lah.. abang naik dulu” Bahu Ilham ditepuk perlahan. Wajah Ariana dipandang pula. ‘”Jom la naik tidur.. mesti dah penat kan” Hidung isterinya dicuit perlahan.
Ilham melihat dengan pandangan yang berpinar. Tidak percaya cinta yang dibina dan dipertahankan selama ini terlerai begitu sahaja. Dan tidak tergamak memikirkan Ariana yang menuju ke biliknya bersama Zairil. Kepalanya dipicit perlahan bagi mengurangkan rasa sakit. Ahh.. Tuhan peritnya hati menahan rasa cinta.

Ariana yang baru sahaja keluar dari bilik air terus menerpa Zairil yang dilihatnya leka memandang ke bawah. Entah apa saja yang menarik di balkoni itu dia sendiri tidak pasti untuk bertanya hatinya tiada rasa kearah itu. Penat.
“Awak buat apa kat sini?” Pandangannya turut dihalakan kearah pandangan yang sama dengan Zairil.
“Itu..”
Ariana hanya tersenyum. Zairil sedang memerhatikan Ilham rupanya. Mengapa pula dengan lelaki itu? “Kenapa dengan dia?”
“Abang risau tengok dia.” Zairil bersuara sambil memandang adiknya yang sedang tekun bersandar sambil memejam mata di laman rumah mereka. Hairan pula dia melihat betapa berkerutnya muka yang selama ini hanya tenang itu.
“Risau? Kenapa?” Sakitkah Ilham. Tapi tadi lelaki itu dilihat baik baik sahaja.
“Entah.. abang rasa dia ada masalah..”
“Awak tak tanya?” Dia menyoal pula. Bagai terasa ingin turut tahu apa masalah lelaki itu.
Zairil berpaling. Wajah Ariana ditatap sedalamnya. “Dia tak jawab.. tapi abang rasa mungkin tentang girlfriend dia. Dia tak cerita pada Ary”
Ariana hanya mengankat bahunya. Tanda tidak tahu. Dan sememangnya dia tidak mahu ambil tahu. Benarkah? “Buat apa dia cerita pada saya..”
“Mana tahu.. Ary kan akak ipar dia”
Ariana tersenyum lagi. kakak ipar? “Awak rapat dengan dia sebelum ni?”
“yups..” Hanya ketika sebelum Ilham bertunang dengan Nisha. Sebaik dia tahu akan permintaan uminya itu, hampir saja adiknya itu ditumbuk namun di tahankan hatinya apatah lagi mengenangkan betapa eratnya hubungan mereka sebelum ini.
Shireen! Adiknya itu yang berulang kali memberitahunya bahawa Ilham tidak bersalah. Sudahnya dia menjauh dari keluarganya itu. Itupun selepas bertahun pertunangan antara Nisha dan Ilham diikat. Tidak disangka pula Ilham berani memutuskan pertunangannya itu. Dan atas sebab itulah rasa marahnya kepada Ilham sudah semakin berkurangan, membuatkan hubungan mereka agak baik kini.
“Awak sebenarnya tak pernah tahu isi hati Ilham, Zairil” Perlahan suara Ariana. Bertujuan untuk memberitahu diri sendiri.
“Apa Ary cakap” Zairil bertanya kembali. Dia bagaikan dapat mendengar kata kata Ariana itu. Namun tidak pula jelas ditelinganya.
“Saya tak cakap apa apa pun” Dahinya dikerutkan. Tidak mahu Zairil bertanya lagi. “Ermm.. saya tidur dulu” Dia berlalu. Seperti biasa comforter ditepi katil dibuka lalu dihamparkan. Mahu menyediakan tempat tidur lelaki itu. Dia malas mahu menyesakkan fikirannya lagi. Biar beribu kali difikirkan keadaan tidak akan berubah.
Zairil hanya memandang gerakan Ariana. Sesekali matanya melirik pula kepada Ilham yang sedang termenung dibawah. Ah.. rumit. Mengapa rumah itu bagaikan tiada serinya. Seperti terkena sumpahan pula apabila setiap orang disekelilingnya punya masalah biarpun tidak jelas di matanya.

Sunday, July 18, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 47

Ilham berkeluh kesah di tempat duduknya. Terasa bagai menanti buah yang tidak gugur pula dikala ini. Wajah sahabatnya dipandang lagi. “Mana Amyra?”
“Kau ni sabar la sekejap.. on the way la tu kot” Haikal berkata lagi. Geram pula dia melihat Ilham yang bagai cacing kepanasan itu. Sudahlah tadi dia dikejutkan dengan kedatangan Ilham di Putra holding sedangkan sedikit pun tidak pernah sampai ke pengetahuannya bahawa Ilham sudah kembali ke Malaysia.
“Aku tak boleh sabar dah. Rasa macam nak gila” Mukanya diraup beberapa kali. Setelah mendengar kata kata Ariana hari itu dia benar benar ingin mengetahui apa makna kata kata itu. Ingin tahu apa yang terjadi selama ketiadaanya. Dan disebabkan itulah dia kini berada di Restoren Kirana itu bertujuan untuk berjumpa Amyra.
“Ilham” Amyra terjerit kecil. Tidak percaya Ilham kini berada dihadapannya. Bila pula lelaki ini kembali ke Malaysia? Lalu apa pula yang membawa Ilham datang untuk berjumpanya. Tadi dia mendapat panggilan Haikal menyuruh mereka bertemu di restoren itu. Setelah sekian lama tidak berjumpa baru hari ini mereka bersua muka. Itu pun kini dia dikejutkan pula dengan wajah kelam kabut Ilham.
“Oh my god.. awak tahu tak berapa lama saya ngan Am tunggu” Haikal membebel panjang. Tangan Amyra ditarik supaya duduk di kerusi disebelahnya.
“Kenapa ni?” Kelam kabut langkahnya akibat ditarik laju begitu.
“Minum air ni” Tangan Ilham menyua segelas air ke hadapan gadis itu.
Amyra tersenyum Cuma. Sepatutnya dia yang menghulurkan lelaki itu air bukan sebaliknya, kerana lelaki itu yang kelihatan semput lagaknya bukannya dia biarpun agak terkejut dengan pertemuan yang tidak diduga itu.
“Ok sekarang ceritakan pada saya .. apa yang jadi pada Sofea selama ini” Ilham terus mangajukan soalan. Tidak dihiraukan Haikal yang memandangnya tidak berkelip.
Amyra mengerutkan dahinya. Dia tidak tahu hendak menceritakan apa. Sudah lama dia tidak bertemu temannya itu biarpun ada rasa rindu mendengar suara itu, tetapi mengingatkan Ariana yang sudahpun mengusir nya jauh dari hidupnya dia rela. “Bila awak balik?” Soalan diajukan dengan soalan.
“One week. Apa yang jadi selama ni Myra?” Suaranya lirih pula.
“Saya tak tahu Ilham..”
“Awak dah tak contact dengan Sofea” Dia bertanya pelik.
“Selepas awak pergi Ariana jadi tak tentu arah, terlalu kecewa. Entah lah dalam masa satu hari je dia berubah” Amyra memulakan cerita. Masih diingat lagi Mak Ilah yang tergesa gesa menuju ke tingkat atas setelah dipanggil Ariana. Kemudian muncul pula dengan membawa pakaian yang seingatnya dibeli oleh Ilham.
“Kemudian” Ilham bertanya lagi.
“Sejak hari tu dia berubah. Dia pergi clubbing, balik lewat pagi. Dia dah berubah..” Lirih suara Amyra. Sungguh dia sayangkan Ariana tapi siapa sangka persahabatan mereka tidak bernilai di hati gadis itu.
“Awak tak nasihatkan dia” Haikal menyampuk.
Amyra tersenyum hambar. Airmatanya terasa ingin menitis mengingati saat dahulu. “Puas saya nasihatkan dia, dia terlalu kecewa bila awak tinggalkan dia Ilham.. dan dia.. dia.. dia halau saya.”
“What!!” Mereka berdua bersuara serentak. Terkejut. Tidak menyangka Ariana tergamak menghalau teman baiknya sendiri.
Amyra hanya menganguk “Ya.. dia halau saya. Saya pindah sehari sebelum dia kahwin..”
“Ariana dah kahwin?” Haikal bertanya tidak percaya.
“Erm.. ngan lecturer kita orang..”
“Siapa?”
“Sir Zairil.. Tengku Zairil Iskandar.”
“Abang kau?” Haikal bertanya Ilham pula. Dia kenal akan Abang Ilham biarpun hanya sekali mereka bersua muka. Kerana lelaki itu pernah sekali datang ke Putra Holding. Hanya sekali.
“Apa?? Abang awak..” Amyra menekup mulut. Tidak percaya.
Ilham hanya menganguk. “Kenapa mereka kahwin. Diaorang bercinta ker?”
Amyra mengeleng lagi. “Keadaan Ariana terlalu teruk. Dia keluar saban malam, dengan lelaki yang berlainan.. you just imagine. Hidupnya dah tak berarah. Sir Zairil risau tengok keadaan dia.. lagi lagi bila dia nampak Ariana.. Ariana” Bibirnya terketar ketar menyudahkan kata. Dahulu Zairil pernah memberitahu jikalau dia selalu terlihat Ariana berpeleseran dengan lelaki yang berlainan dan sesekali berpelukan juga. Temannya itu benar benar sudah sesat. Lantaran itu, biarpun dia tidak suka namun jauh disudut hati dia mengizinkan Zairil menjaga Ariana biarpun dia tahu cinta Ariana hanya untuk Ilham.
“Ariana berpelukan dengan lelaki kan..” Haikal bertanya pula. Dulu dia pernah terserempak dengan Ariana. Tapi hanya dari jauh. Lalu diyakinkan hatinya itu bukan Ariana apatah lagi melihat pakaian gadis itu yang bukan seperti Ariana yang dikenali selama menjadi kekasih sahabatnya itu.
“Awak dah bertunang kan Ilham?” Amyra mengaju soalan pula.
Ilham hanya menganguk. Tidak lagi mampu bersuara sebaik mengetahui cerita itu. Pantas saja Ariana mengatakan dirinya tidak ubah seperti pelacur. Ahh.. sofea mengapa harus memilih jalan yang salah? Dia juga turut kecewa tetapi bukan begitu caranya. Hatinya mula menyesal.
“Kenapa? Kenapa awak mainkan Ariana? Awak tahu dia pergi klia untuk cari awak.. tapi.. dia terkejut bila tahu awak dah bertunang. Dan akhirnya.. awak yang menyebabkan hidupnya merana Ilham.” Wajah Ilham ditentang berani. Padanya Ilham adalah penyebab mengapa Ariana berubah menjadi begitu.
Ilham mengeleng Cuma. Hatinya sebak. Tidak mahu menjawab soalan dia terus berlalu pergi. Ahh.. Fea.. maafkan Abang!! Patutlah Sofea membencinya. Mengapa begini takdir cinta mereka. Sudah benar benar cintakah Sofea kepada Zairil?? Abangnya itu.

Air tasik yang tenang dipandang lama. Biarpun dia tahu hatinya tidak setenang itu. Gusar dia memikirkan mengapa begini berakhirnya kisah mereka. Ilham mengeluh. Siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan. Bodohkah dia kerana menghambakan dirinya kerana cinta.
Fea salah abang tinggalkan Fea.. tapi tahukah Fea abang turut merana bila kita berpisah? Kenapa harus Fea musnahkan diri sendiri? Kenapa bukan Fea bertahan demi cinta kita?
Ilham tersandar lesu di kerusi tasik putrajaya itu. Tasik yang menjadi saksi cintanya dan Ariana. Sebak hatinya apabila mendengar cerita dari Amyra. Langsung tidak berpuas hati dia bertemu pula dengan Mak Ilah. Hancur hatinya ketika mendengar cerita perempuan tua itu.
Sofea..bukan itu caranya sayang. Ahh.. terlewat benarkah dia kembali ke Malaysia?
“Ariana memang dah berubah.. keadaan dia betul betul teruk sejak kamu tingalkan dia”
Kata kata Mak Ilah masih segar di ingatannya. Tidak tergamak rasanya dia untuk melihat keadaan huru haru gadis yang dicintainya itu.
Ahh.. siapa sebenarnya yang bersalah? Dirinya sendirikah? Tapi bukankah dia sudah berjuang habis habisan demi mempertahankan cinta mereka.
Sofea?? Tidak!! Biar sampai mati pun dia tidak akan pernah menyalahkan gadis yang dicintainya itu. Cuma jauh di sudut hati dia benar benar terkilan kerana Sofea lebih memilih untuk melupakan dia dengan cara yang menghambakan diri kepada dunia hiburan.
Zairil? Abangnya itu kah yang harus dipersalahkan?? Tapi bukankah abangnya itu yang membawa Sofea kembali kepada jalan yang benar?? Biarpun dia terpaksa berpindah ke Uk gara gara abangnya yang sudah berpatah arang dengan pertunangannya dengan Nisha. Tapi tahukah abangnya itu bahawa dia sedikit pun tidak pernah mencintai Nisha? Tidak walau sebesar kuman. Hubungan yang diikat hanya disebabkan dia terpaksa menurut perintah umi dan papa di atas wasiat ayah Nisha.
Nisha?? Ahh.. dia malas mahu memikirkan bekas tunangnya itu. Sudah jelas dia tidak pernah mencintai Nisha. Tentang kejadian di resort itu dia sendiri tidak pasti sama ada ia dirancang ataupun tidak. Yang pasti dia tidak pernah curang kepada Ariana. Tidak pernah dan tidak akan.
Tapi mengertikah hati gadisnya itu? Tidak Ariana lebih percaya kalau dia sudah melakukan perbuatan terkutuk itu dari percaya pada kata katanya. Lalu siapa lagi yang harus dipersalahkan?
Umi? Papa? Tega benarkah dia menyalahkan kedua orang tua yang sudah lama berbakti kepadanya itu. Biar pun umi yang memaksanya kembali ke Uk sekaligus meninggalkan Ariana tapi tergamakkah dia?
Atau segala yang terjadi itu sebenarnya adalah takdir cinta. Takdir cinta diantara mereka berdua. Takdir cinta yang memaksa mereka berpisah. Atau sememangnya sudah tertulis di lut mahfuz bahawa manusia yang bernama Nur Ariana Sofea Bukanlah ditakdirkan untuk bergandingan dengan nya yang bernama Tengku Fakrul Ilham??
Jikalau benar begitu mengapa rasa cinta itu tidak pernah berkurang biarpun mereka sudah berpisah lama. Malahan lewat pertemuan mereka kembali rasa cinta yang tertanam di hatinya semakin mekar biarpun gadis yang dipujanya itu sekarang sudah menjadi isteri orang.
Isteri?? Ahh.. dari dulu hingga sekarang dia benar benar berharap untuk menjadikan Ariana sebagai isterinya. Supaya dapat dia luruhkan segala kasihnya buat gadis itu.
Tetapi kini.. “Arghhhh….” Ilham menjerit kuat. Dia benar benar sudah buntu dikala ini. Berharap segala masalah hilang dalam sekelip mata. Paling tidak putarkan kembali masa supaya dia dapat bersama Ariana buat selama lamanya.

Zairil menekur lantai lama. Bagaikan terdapat bayang Ariana disitu. Entahlah dia sendiri tidak pasti perasaan apa yang sedang membelengunya kini. Memang diakui layanannya kepada isterinya itu masih sama. Layanan Ariana terhadapnya pun masih sama. Masih hambar. Adakalanya ceria. Biarpun tidak sedikit pun berubah.
Ahh.. sudah jatuh cintakah dia? Lalu bagaimana pula dengan cinta hatinya yang pertama? Jikalau bukan cinta yang menyapa mengapa dia terasa ingin membelai Ariana biarpun gadis itu tidak pernah sudi menerima sentuhannya.
Dia juga manusia biasa. Sudah lumrah bagi seorang lelaki apabila berduaan dengan seorang perempuan. Pasti mereka punyai perasaan dan keinginan yang sama.
Masalahnya apakah wajar dia melakukan itu sekiranya tiada rasa cinta dia kepada Ariana. Yang lebih serius apakah Ariana mencintainya sekiranya dia benar benar jatuh cinta kepada Ariana?
Kusut. Fikirannya benar benar kusut. Jikalau dia diberi peluang untuk mencintai isterinya itu pasti dia akan benar benar menjaga Ariana. Tapi sayang seribu kali sayang dia tidak diberi peluang itu biarpun jelas dimatanya layanan Ariana semakin baik untuknya
Masalahnya sekarang dia bukan buta untuk menilai hati wanita itu. Dia yang berada disisi Ariana. Melihat sendiri Ariana menghancurkan hidupnya gara gara cinta yang tidak kesampaian. Melihat sendiri betapa Ariana tega memilih untuk menghambakan diri pada lelaki hanya kerana orang yang dicintai sudah membuangnya jauh.
Syukur. Dia bersyukur kerana sempat menyelamatkan Ariana dari terlanjur jauh. Dia akui jauh disudut hati dia sayangkan Isteri yang dinikahi atas rasa tanggungjawab untuk menyedarkan gadis itu. Masalahnya sekarang sampai bila mereka harus begini?
Perkahwinan itu langsung tiada ertinya jikalau mereka berdua langsung tidak punya gerakan yang sama. Langsung tidak seirama. Tapi untuk melepaskan Ariana mampukah dia?
Sudah lebih setahun dia dan Ariana menjadi suami isteri tapi sayang hubungan yang Nampak ceria di mata semua hanya palsu semata mata. Ariana? Biarpun isterinya itu sudah berjanji akan setia bersamanya. Melupakan kisah lalu dan tidak akan berpaling darinya. Tapi mampukah dia membutakan mata melihat betapa hambarnya hubungan mereka?
Dia sendiri biarpun sudah berjanji tidak akan meninggalkan Ariana. Akan terus setia menjadi suami Ariana, dan berjanji akan terus membimbing isterinya itu apakah mampu untuk terus mengotakan janjinya?
Jikalau isterinya itu tidak dicintai mengapa pula dia menghadiahkan ciuman dipipi dan dahi gadis itu saban hari. Tanda kasihkah? Dan sesekali tubuh itu tetap dipeluk erat biarpun hanya kaku. Ah.. mengapa dia melakukan itu semua?
Tidak peritkah hatinya untuk jatuh cinta. Jikalau benar cinta. Lalu bagaimana pula dengan Nisha Elissa? Bukankah dia pernah berjanji akan setia menunggu Nisha. Apatah lagi setelah diketahui pertunangan antara Nisha dan adiknya sudah terlerai.
Ahh.. cinta. Begitu hebat mempermainkan manusia. Nisha meninggalkannya tanpa langsung menghalang ikatan pertunangan yang diatur kedua orang tua mereka berbeza langsung dengan adiknya yang berhabisan mencuba meleraikan ikatan yang tidak dipersetujui nya itu.
Sudahnya, Ilham merana disebabkan terpaksa bertunang dengan Nisha, itupun dia tahu dari Shireen. Nisha? Nisha kini kembali merayu cintanya. Memohon maaf diatas keterlanjurannya kerana berpaling tadah dengan cinta mereka. Namun masih cintakah dia terhadap kekasihnya itu?
Ariana? Kini menjadi isterinya biarpun dulu ikatan yang dipaut langsung tidak berkaitan dengan cinta. Tapi bukankah isterinya itu turut parah dikerjakan cinta.
Dia? Dia pula dahulu pernah berharap keajaiban akan menjelma. Dia benar benar cintakan Nisha. Tapi kesudahannya? Ahh.. bukan kah dia sudah punya isteri. Ariana Sofea. Dia akan memastikan gadis itu sentiasa bahagia bersamanya. Harus. Dia harus memupuk perasaan cinta diantara mereka berdua kerana sememangnya hubungan mereka sudah terpatri lama.

Friday, July 16, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 46

Ariana yang tadi sedang berbaring santai kini kembali berdiri sebaik mendengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah mereka. Dia kemudian menuju ke pintu utama. “Lambat Awak balik” Dia menegur sebaik melihat Zairil bersama Ilham dan Alisha. Waktu ini jam sudah menunjukkan angka 11. Entah kemana tiga beradik itu pergi tidak pula dia tahu.
“Abang ada kerja la Ary. Sory” Pipi Ariana dicium perlahan. Seterusnya dia menarik tubuh itu lalu dibawa ke sofa.
Ilham membuntangkan matanya. Tidak berpuas hati. Geram pula dia melihat muka Ariana yang langsung tidak beriak apabila menatap wajahnya itu.
“Kerja apa??” Ariana bertanya lagi.
Tubuh Ariana dipaut lalu bahu gadis itu dipeluk erat. Tidak dihiraukan kedua adiknya yang sudah duduk dihadapan mereka.
Ariana terpingga pingga. Merasa tidak selesa diperlakukan begitu namun untuk menolak serasanya tidak wajar pula. Sudahnya dia hanya membiarkan.
“Adela kerja sikit.... Ary dah makan.. ”
“Amboi abang tak sabar sabar.. relax la baru pukul 11. Kak Ary makan jom!!” Shireen menegur. Wajah Ilham yang sudah berubah dijeling. Ikutkan hatinya dia mahu melambakkan ketawanya disaat itu juga. Manakan tidak baru kini dia tahu abangnya itu punya sikap cemburu yang mengalahkan anak kecil. Pantang melihat Ariana bersama Zairil muncung sahaja mulutnya itu. Sudahnya dia menuju kedapur sambil menarik tangan abangnya itu.
“Ermm.. kak Ary pun dah lapar ni.. awak nak makan” Dia menawar pula. Kuih pisang goreng yang berada di atas meja kecil dihadapannya itu ingin dicapai. “Ish.. lepasla.. nak makan ni” Ariana merungut sedikit. Tidak sampai tangannya apabila bahunya kemas dipaut Zairil.
Melihatkan itu Zairil melepaskan Ariana perlahan. Namun belum sempat Ariana mencapai makanan di atas meja tubuhnya sudah ditarik kembali “Ary naik.. abang nak mandi.. jom!!”
Ariana terkedu. Sebaik sahaja tiba dibilik Zairil terus menuju ke bilik mandi. Badannya terasa melekit akibat kepanasan tadi. Sengaja diajak Ariana menemaninya.
Ariana hanya memandang. Bosan menunggu dia kembali keluar untuk keruang tamu. Namun langkahnya terhenti sebaik melihat Ilham yang berada di anak tangga. Mungkin mahu naik ke biliknya barangkali. Matanya lama menatap wajah itu. Ada rasa rindu yang bertandang.
“Sayang sihat” Ilham bertanya perlahan.
Airmata Ariana jatuh. Mengapa lelaki itu masih memanggilnya sayang. Jikalau sayang mengapa dia tinggalkan sendirian. Tidak.. Air matanya diseka. Dia tidak boleh melayan kenangan lama.
“Saya sihat.. awak?”
Ilham terkelu. Ternyata panggilan Ariana untuknya juga sudah berubah. “Tak.. abang rindukan sayang..rindu sangat” Dia mendekat. Tangan Ariana dicapai.
Ariana mengeleng perlahan. Dia berlari menuju kebiliknya kembali. Hatinya tersayat pilu setiap kali melihat Ilham. Ahh.. benar benar tiada rasa cintakah dihatinya untuk Ilham?

Lama Ariana berdiri di balkoni biliknya. Air mata yang masih setia menitis cepat cepat diseka sebaik mendengar bunyi pintu bilik air dibuka. Namun tidak pula dia melihat sama ada Zairil benar benar sudah keluar dari bilik air atau belum.
Zairil yang ketika itu baru keluar dari bilik air hanya memandang Ariana yang tekun menatap langit. Selesai sahaja berpakaian dia menuju ke tempat isterinya itu. “Kenapa?”
Ariana hanya tersenyum. Hairan dengan pertanyaan yang tiba tiba itu “Kenapa apa??”
“Entah, abang rasa dah hampir seminggu Ary macam ni?” Zairil menegur. Manakan tidak sejak dua menjak ini Ariana dirasakan suka berdiam diri.
Ariana mengeleng pula. Tidak pula dia perasan yang sudah hampir seminggu dia melayan perasaan. Tangan zairil dipegang perlahan. “Tak de apalah awak penat kan.. pergilah tidur”
Zairil mendekat tubuh isterinya dipeluk. Langsung tidak perasan riak wajah Ariana yang sudah berubah. Sudah seminggu mereka tinggal sebilik namun keadaan masih sama. Dia tidak pasti sampai bila dia mampu bertahan. Perasaan cintakah itu?
“Err.. kenapa ni” Ariana bertanya perlahan, tubuh Zairil cuba ditolak lembut.
Zairil mencium pula tengkuk Ariana. Tidak tahu kenapa dia benar benar ingin bersama isterinya di waktu malam begini. Mungkin suasana malam yang dingin membuatkan dia rasa begitu.
“Awak.. jangan” Ariana menjerit pula sebaik terasa pelukan Zairil semakin kejap ditubuhnya. Tidak . Dia tidak mahu semua itu. Dia benar benar tidak bersedia.
Gerakan zairil terhenti. “Kenapa?” Dia bertanya perlahan. Sampai bila hubungan mereka harus begitu. Ahh.. dia benar benar tidak mengerti.
“Saya tak bersedia.. maaf”
Zairil mengetapkan bibirnya. Geram. Namun bila teringat akan janjinya yang tidak akan memaksa Ariana melakukan sesuatu tanpa relanya dia mengalah. Tubuh Ariana dilepas perlahan. “I`m sory” Seusai berkata dia mengambil comforter di tepi katil mereka. Dihamparkan di tepi lalu dia berbaring disitu. Ahh.. sememangnya begitulah keadaan mereka apabila tinggal sebilik. Langsung tiada perubahan. Entah kenapa ketika ini fikirannya terasa walang. Jikalau berkahwin dengan orang yang dicintai pasti bukan begini keadaanya?
Ariana menyeka air matanya. Lampu bilik ditutup lalu dia merebahkan badannya di atas katil lelaki itu. “Maafkan saya” Dia berkata perlahan. Yakin Zairil mendengar. Entahlah. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Biarpun dia sudah nekad hatinya hanya untuk Zairil ketika ini namun gerakan tubuhnya tidak seiring. Dia benar benar tidak bersedia dalam erti kata sebenarnya.
Matanya dipejam celik. Jam ditepi dilirik sekilas. Ahh.. fikirannya rungsing. Puas dia berbaring bergerak kiri dan kanan namun matanya tetap juga tidak mahu lelap. Dia bergerak ketepi Katil. Melihat Zairil yang sudah lena dia terus bangun. Dengan langkah perlahan dia menuju ke ruang tamu. Dia ingin kedapur mencari air untuk membasahkan tekaknya yang kering.
“Sofea”
Sebaik mendengar suara itu tangannya mengeletar. Dia kenal suara itu. Tubuhnya dipusingkankan. Dia ingin melihat siapa biarpun dia tahu itu suara siapa. Ah.. hati mengapa masih mahu bergetar setiap kali mendengar suara itu?

Mereka duduk. Mata bertentang mata. Namun sehingga kini masih tiada satu suara pun yang memecahkan kesunyian waktu dinihari begini. Jam yang menunjukkan sudah pukul 3.00 pagi ditatap sekilas. Ahh.. apa sebenarnya yang dia lakukan. Mengapa harus dia berada disini pada waktu begini??
Ilham memandang Ariana lama. Sinar mata gadis itu ditatap sedalam dalamnya. Cuba mencari makna tersirat di sebalik renungan mata itu. “Fea bahagia?” Pertanyaan itu akhirnya terluah jua.
Ariana membetulkan duduknya di atas sofa di ruang tamu itu. Kemudian dia mengetap bibirnya pula. “Awak rasa?” Dia menyoal kembali. Tidak tahukah lelaki itu betapa hidupnya merana dalam meniti kehidupan seharian diatas muka bumi yang dianggap bertuah itu.
“Bahagia” Ilham menjawab sepatah. Dia bagai dapat melihat sinar kebahagiaan di wajah gadis kesayangannya itu. Apatah lagi apabila melihat hambarnya pandangan Ariana terhadapnya. Tidak seperti ketika mereka bercinta dahulu. Malahan layanan manja abangnya terhadap Ariana menguatkan lagi telahannya apatah lagi melihat Ariana yang turut melayan abangnya dengan baik.
Ariana ketawa dalam tangisan. Bahagiakah dia? Ya dia bahagia apabila dilayan baik oleh Zairil sehingga hatinya tidak mampu untuk berpaling walaupun hanya untuk menatap wajah Ilham, lelaki yang pernah dicintai separuh mati olehnya dahulu. Cuma yang dikesalkan sikapnya yang bodoh, terus terusan menyiksa hati Zairil biarpun diketahui Zairil tidak pantas dilukai setelah apa yang dikorbankan lelaki itu untuknya.
“Bila Fea bercinta dengan Zairil” Ilham bertanya lagi. Tidak berpuas hati.
“Bila awak bertunang dengan Nisha” Ariana mengajukan soalan pula.
Ilham terkedu. Tidak pula dia tahu Ariana sudah mengetahui rahsia yang kemas disimpan itu. Tapi tidak tahukah gadis itu rahsia yang disimpan kemas itu bertujuan untuk menjaga hatinya. Kerana dia benar benar mencintai Ariana. Terlalu cinta. Ah.. bodohnya seorang lelaki kerana menghambakan diri dengan cinta.
“Kenapa diam Am..” Ariana menyoal lagi. Raut wajah Ilham yang berubah dipandang lama.
“Mana Fea tahu?”
“Ilham” Ariana bersuara sedikit kuat. Dia mahu lelaki itu sedar. Jangan berterusan bertanya itu dan ini kepadanya sedangkan apa yang terjadi adalah permainan lelaki itu.
“Cukup.. tak usah awak tanya saya macam mana saya tahu. Tak usah awak tanya apa apa pada saya sebab semua jawapan ada pada awak. Permainan yang awak ciptakan ni hanya awak yang mampu selesaikan .. bukan saya”
“Permainan? Fea tahu hidup abang menderita sepanjang waktu hanya disebabkan Fea. Dan sekarang ni Fea tuduh semua yang terjadi disebabkan abang” Tergamaknya gadis itu menuduhya yang mencipta permainan ini. Tahukah Ariana segala yang berlaku itu bukan atas kehendak mereka. Tahukan gadis itu dia turut menjadi mangsa permainan yang langsung tiada penganjurnya itu.
Ariana tersenyum sinis. Entah kenapa rasa rindu dan cinta yang membeku dihatinya selama ini bertukar menjadi rasa marah. Geram. Benci. Sebal. Jikalau diturutkan hatinya sudah pasti Ilham tidak lagi bergembira di atas muka bumi ini. “Menderita? Apa maksud menderita bagi pembohong macam awak Am? Bukan awak sepatutnya bergembira di atas pembohongan awak..”
“Sofea!” Ilham menengking pula. Tidak dihiraukan ketika ini dia berada di mana. Tidak dihiraukan ketika ini dia sedang berbicara dengan Ariana yang sudah pun menjadi isteri abangnya bukan lagi kekasih hatinya. Padanya kata kata gadis itu terlalu melampau. Tidak dia tidak akan membiarkan Ariana mempermainkan cinta nya itu.
“Abang berjuang habis habisan demi Fea. Abang ingkar perintah papa dan umi. Hidup abang tak ubah macam mayat hidup. Menghitung hari untuk berjumpa Fea.. dan sekarang Fea tuduh abang semudah itu.. ”
“Sekarang abang nak kata Fea yang salah la. Abang bertunang dengan Nisha dalam masa yang sama abang bercinta dengan Fea, abang tinggalkan Fea dengan kisah kecurangan abang, depan mata Fea abang berpelukan dengan Nisha. Bertahun abang pergi.. pernah abang fikirkan Fea..” Kepalanya digelengkan perlahan. Dek kerana terlalu marah tidak pula dia perasan panggilan mereka sudah berubah seperti sedia kala. Sakit hatinya.
“No.. abang tak pernah fikirkan Fea. Kalau abang rasa hidup abang tak ubah macam mayat hidup, macam mana pula dengan hidup Fea? Hidup Fea yang tak ubah macam pelacur? Pernah abang fikir kalau hidup Fea akan hancur sebaik sahaja Fea tahu abang tunangan orang..” Tidak! Ilham tidak pernah fikirkan itu. Tidak pernah.
Ilham tersentap. Pelacur?? Apa maksud Ariana apabila mengungkap kata sebegitu. Tubuh Ariana dihampiri. Bahu gadis itu dipegang kejap “Apa maksud Fea cakap macam tu? Cakap pada abang? Cakap Fea” Tubuh Ariana digoncang berkali kali.
“Lepas..” Tubuhnya dipalingkan. Menatap pintu utama. Itu lebih baik dari menatap wajah Ilham. “Tak perlu abang tahu apa yang terjadi, cukup kalau abang tahu, hidup Fea hancur sebaik abang melangkah masuk ke balai berlepas dengan gelaran tunangan orang. Cukup kalau abang tahu Zairil yang selamatkan Fea. Cukup kalau abang tahu semua tu. Cukup!!” Dia ingin melangkah pergi.
Melihatkan itu tangan Ariana direntap kuat. Sehingga wajah itu berada benar benar berhadapan dengan wajahnya. “Fea dah tak cintakan Abang?”
“Cinta je tak cukup dalam hidup ni Abang..”
“Cakap dengan abang Fea.. Fea dah tak cintakan abang?”
“Tidak!! Fea cintakan Zairil. Dan Fea akan pastikan cinta Fea hanya untuk Zairil. Itu sumpah Fea” Seusai bekata dia naik ke tingkat atas. Tidak dihiraukan Ilham yang terpana mendengar kata katanya.
Ilham hanya mampu memandang. Air mata lelakinya jatuh jua. Sebelum ini dia yakin cinta Ariana masih ada untuknya. Tetapi mendengarkan sumpah gadis itu hatinya luluh. Sebelum ini dia masih bersemangat untuk mencari kisah di sebalik perkahwinan Ariana tetapi kini??

Tuesday, July 13, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 45

Hari ini seawal pagi lagi Ariana sudah berada didapur. Entah kenapa hari ini dia terasa ingin memasak. Mungkin kerana hari ini merupakan hari pertama bagi cuti semesternya. Lagi pula Zairil tidak kemana mana hari ini. Apalah salahnya jikalau dia memasak buat suaminya itu. Terasa tubuhnya dicuit dari belakang Ariana tersenyum Cuma. Tidak perlu dia berpaling dia sudah tahu siapa.
“Ary masak apa.. hmm” Zairil menyapa. Wangi rambut Ariana dirasakan begitu menusuk hidungnya. Nafasnya terasa bergelora. Apatah lagi dipagi begini. Namun disabarkan hatinya. Kerana dia kini sudah gembira diatas perubahan Ariana itu. Sayangnya kepada isterinya itu dirasakan semakin kuat.
“Bihun goreng” Ariana menjawab sambil berpaling.
“Ermm.. sedap ker”
“Jahat la awak.. ada tanya macam tu” Ariana bersuara lirih. Sengaja mahu memancing simpati.
“Ala.. gurau pun tak boleh” Pipi Ariana dicium kiri dan kanan. Bibir Ariana dipandang lama.
Ariana mengetapkan bibirnya. Tubuhnya terasa mengigil apabila melihat pandangan mata begitu. Namun dia mengeluh lega sebaik phone Zairil berbunyi nyaring. Dia hanya menghantar Zairil dengan pandangan matanya. Air matanya menitis. Sampai bila harus dia begini. Menidakkan hak Zairil. Sebaik melihat Zairil yang mara ke arahnya dengan wajah yang ceria dia bertanya kembali “Kenapa awak?”
“Adik abang sampai esok.” Zairil memberitahu lagi.
“Parent awak”
“Parent abang akan menyusul nanti..”
Ariana hanya menganguk. Pandangan mereka berlaga buat seketika.
“So Ary kena pindah masuk bilik abang. Tak manis pulak kalau family abang tahu kita tidur bilik asing.”
Ariana hanya mendiamkan diri. Buntu untuk berkata kata.
“Abang takkan paksa Ary buat sesuatu yang Ary tak suka. Ary jangan risau” Tangan Ariana digengam erat. Bertujuan menyakinkan isterinya itu.
Ariana membisu. Lama kemudian dia mengukir senyuman. Biar apa pun yang berlaku dia sudah berjanji dia akan mengikut kata kata Zairil, suaminya itu. Lalu apa alasannya untuk dia berterusan mengingati kisah lalu. “Saya kan isteri awak, saya ikut je apa cakap awak” Dia membuat janji lagi. Yakin hatinya yang luka dahulu mampu diubati oleh lelaki dihadapannya itu.

Ariana yang ketika itu baru sahaja selesai memunggah barangnya untuk dipindahkan ke bilik Zairil terus turun kebawah sebaik sahaja mendengar bunyi kereta. Pada fikirannya tentulah Zairil sudah sampai ke rumah. Langkahnya terkaku ditengah tangga apabila melihat wajah seorang perempuan yang dilihatnya membeku dengan wajah yang pucat memandangnya. Ahh.. pasti adik Zairil .. tapi.. Ariana meneliti lagi raut wajah itu. Hairan pula dia melihat wajah yang pucat itu. Mengapa?
Gadis itu terkedu. “Ariana Sofea” Bibirnya menyebut perlahan.
Ariana memandang pelik. Ariana Sofea?? Itu kan dia. Serasanya Zairil belum pun lagi mengenalkan dia kepada adiknya itu. Bagaimana pula namanya lancar sahaja disebut oleh gadis yang muda setahun darinya itu. Biarpun cukup perlahan namun telinganya masih mampu mendengar sayup suara itu. Ahh.. mungkin Zairil pernah memberitahu adiknya itu tentangnya sepertimana Zairil pernah memberitahunya tentang Tengku Alisha dan Tengku Fakrul kepadanya. Ariana cuba menyedapkan hatinya sendiri yakin gadis yang berdiri dihadapannya ini adalah Tengku Alisha.
Gadis itu menekup mulutnya pula. Tubuhnya terasa lemah memikirkan bagaimana pula ‘dia’ boleh berada disini? Itulah yang dirisaukan olehnya sebaik melihat wajah itu. Tadi sewaktu dijemput oleh Abang long di klia dia sudah dikejutkan dengan berita bahawa abangnya itu sudah punya isteri. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk banglo milik abangnya dia sekali lagi terkejut apabila melihat seorang perempuan yang mirip dengan kekasih ‘abangnya’ itu berada disitu. Persoalannya sekarang siapa isteri abangnya? Dan siapa pula perempuan dihadapannya itu.
“Hah ni kenapa adik” Zairil menegur.
“Err.. tak de apa” Dia bersuara perlahan. Masih tidak yakin dengan apa yang dilihatnya.
“Ary.. sini..” Tangan Ariana ditarik menuju ke arahnya. Lalu bahu isterinya dipeluk erat. “Ini adik abang Tengku Shireen...”
“Tengku Shireen?? Err.. awak kata hari tu adik awak nama Tengku Alisha” Ariana bertanya pelik. Tidak dapat mengenal pasti ini adik Zairil yang keberapa.. Ahh.. dia sendiri terlupa untuk bertanya berapa orang adik suaminya itu.
“Sama la tu.. Tengku Shireen Alisha nama penuh dia”
“Ouh.. hai” Ariana menghulurkan tangan untuk bersalam. Mula memahami akan perkara yang sebenarnya. Yakin zairil hanya punya seorang adik perempuan memandangkan Tengku Alisha dan Tengku Shireen adalah orang yang sama..
“Ini isteri abang long, Nur Ariana sofea”
Prang!! Bunyi kaca jatuh membuatkan Ariana berpaling ke belakang. Dia terkedu. Badannya terasa mengeletar sebaik melihat wajah itu. Pucat wajahnya bagaikan langsung tiada darah. Gemuruh dijiwanya hanya Tuhan sahaja yang tahu sebaik melihat muka itu.
“Kenapa tu angah??” Zairil bertanya sebaik melihat kaca yang berderai dan adiknya yang terkaku.
“Angah??” Siapa Angah? Mengapa lelaki yang berdiri dihadapannya itu dipanggil angah?
“Ini angah, adik abang number dua. Tengku Fakrul Ilham!!.”
Bagaikan halilintar membelah bumi. Ariana terkaku. Ilham!! Tengku Fakrul!! Tengku Fakrul Ilham. Kenapa dia tidak pernah tahu nama Ilham berpangkalkan Tengku. Mengapa dia tidak pernah tahu bahawa Tengku Fakrul, Nama adik lelaki itu adalah Ilham, Ilham lelaki yang dikenalinya. Mengapa? Air matanya terasa ingin menitis namun ditahan sekuat mungkin. Tidak dia tidak mungkin mengalirkan air mata. Ilham bukan sesiapa baginya. Bukan sesiapa. Benarkah??
Ilham terkedu. Hatinya tersayat apabila mendengar pengakuan abangnya. Tapi hatinya lebih tersayat apabila melihat Ariana yang berada di pelukan lelaki lain. Dan lelaki itu? Lelaki itu abangnya? Apa sebenarnya yang terjadi disepanjang ketiadaanya? Apakah kekasihnya itu merupakan isteri yang disebut abangnya di klia tadi?
Ariana menunduk. Dia dapat melihat dengan jelas riak terkejut di wajah Ilham. Tersentap benarkah lelaki itu apabila mengetahui apa hubungan mereka kini?
“Pergila salam dengan adik ipar tu sayang oi. Tunggu apa lagi” Zairil mengusik sambil menguit hidung isterinya itu perlahan. Tubuh Ariana ditarik pula kearah Ilham. Langsung tidak menyedari perubahan wajah ketiga tiga mereka.
Ariana menganguk Cuma. Bibirnya diketap perlahan. Tangannya dihulurkan. Sebaik tangan mereka bertaut hatinya bergetar. Raut wajah Ilham dipandang lama. Ahh.. tidak. Dia tidak akan membiarkan hatinya terusik melihat wajah mendung Ilham. Dia kini sudah punya suami. Dia sudah berjanji yang dia tidak akan berpaling dari Zairil setelah apa yang dikorbankan lelaki itu. Lalu mengapa hatinya terusik? Mengapa hatinya bergetar setiap kali melihat wajah Ilham? Mengapa terasa ada rindu yang mengunung sebaik melihat wajah itu?
Tidak Ariana tidak. Bertahun dia meninggalkan kau. Dengan kenyataan yang teramat pedih. Pandang Zairil. Pandang dia sedalam dalamnya. Lelaki itu? lelaki itu yang telah membawa kau kealam nyata. Lelaki itu yang membawa kau keluar dari dunia kesedihan. Lelaki itu setia bersama kau setelah Ilham meninggalkan kau sendirian.
“Tidak!” Ariana terjerit kecil. Tanganya ditarik lalu dia memekup kedua dua belah telinganya. Dia tidak mahu mendengar suara suara itu lagi. Air matanya menitis. Jikalau benar cintanya kepada Ilham sudah tiada lalu rasa hati siapakah yang menyapa ketika ini? Yang membuatkan air matanya menitis perlahan.
“Kenapa ni Ary” Zairil bertanya pelik.
Ariana cepat cepat mengesat airmatanya. Dia tidak mahu Zairil tahu tentang kisah cintanya dan Ilham dahulu. “Tak de apa apa”
“Ary ni penat ya. Pergila naik atas .. rest” Zairil berkata lagi. Muka Ariana yang mendung dipandang lama.
Ariana yang mendengar hampir menitiskan air matanya lagi. Zairil terlalu baik kepadanya. Lalu mampukah hatinya berpaling dari sisi lelaki ini. Tidak!! Dia tidak akan melakukan itu. Kisah lalu biarlah menjadi sejarah. Antara dia dan Ilham sudah tersurat tiada jodoh diantara mereka. Dia akan terus setia disisi Zairil. Dia akan mencintai lelaki itu hingga keakhirnya. Biarpun hatinya tidak pasti. Dia akan terus mencuba. Mencuba sehingga yakin hanya cinta Zairil yang akan menghiasi hidupnya.

“Sabarla abang” Shireen mengusap bahu abangnya perlahan. Sungguh dia sendiri tidak menduga Ariana sofea yang dicintai abang ngah nya itu merupakan isteri abang longnya.
“Sabar?? Macam mana abang nak sabar bila tengok orang yang abang sayang sekarang ni dengan lelaki lain.. dan lelaki tu?? Lelaki tu abang kandung kita dik” Ilham mengadu lemah. Rambutnya dikuat kebelakang. Pedih!! Hatinya pedih sebaik mengetahui bahawa Ariana kini telah menjadi isteri abangnya. Permainan takdir cintakah yang membelenggunya kini?
“Abang ngah kena kuat. Kita tak tahu apa yang jadi selama ni” Shireen menyakinkan pula. Dia tidak tahu mahu berpihak kepada sesiapa. Ilham?? Zairil?? Ataupun Ariana Sofea?? Kerana dia tidak pantas memberi sebarang kata putus. Mahu menyalahkan Zairil?? Tidak wajar pula kerana setahunya Zairil begitu merana setelah pertunangan paksa diantara Ilham dan Nisha. Bila melihat Zairil tersenyum dia turut gembira. Ariana?? Wajarkah gadis itu dipersalahkan. Sedangkan tadi dia sempat melihat airmata yang diseka kakak iparnya itu. Bagai menyimpan satu rahsia. Rasa sedih barangkali. Ilham?? Sudah tentu tidak. Abang ngah nya itu adalah mangsa keadaan. Terikat dengan pertunangan yang tidak dipinta. Dikerah balik ke Uk. Sudalah begitu kini sebaik tiba dimalaysia dia dikejutkan pula dengan berita kekasihnya sudah menjadi isteri abang kandung mereka merangkap kakak ipar mereka.
“Abang nak bersemuka dengan dia” Ilham berkata sambil berdiri. Dia mahu mencari jawapan.
“Jangan abang” Shireen menarik perlahan tangan Ilham. Dia tidak mahu suasana menjadi semakin kecoh.
“Kenapa?” Ilham bertanya geram. Hampir sahaja adik nya itu ditengking.
Shireen terkedu namun tidak pula dia terasa dengan abangnya itu. “Reen minta maaf.. Reen tak berhak masuk campur.. tapi Abang ngah kena ingat Abang long juga mangsa keadaan, abang long menderita bila kak Nisha bertunang dengan abang, bertahun dia bercinta dengan kak Nisha.. sudahnya!! Reen tak salahkan abang ngah sebab Reen tahu abang ngah pun mangsa keadaan, bila abang long nekad balik Malaysia abang ngah terpaksa pindah ke Uk. Sekaligus tinggalkan kak Sofea.. apatah lagi dengan salah faham yang berlaku di resort tu..and then sekarang bila balik Malaysia kak Sofea dah jadi kakak ipar kita berdua..
Pasti ada cerita yang tersirat abang, jangan hancurkan hidup abang long, sungguh Reen tak sanggup tengok abang long berterusan bersedih, jika benar cinta kak Sofea ada pada Abang ngah kita selidik ada apa sebenarnya. Apa yang terjadi.. abang jangan buat macam ni” Shireen menarik tangan Ilham.
Ilham menunduk. Jikalau adiknya yang baru berumur 21 tahun itu sudah matang untuk memikirkan apa yang terbaik mengapa tidak dia?
“Abang cintakan dia dik.. abang cintakan dia” Ilham mengadu lagi.
“Tak siapa dapat nafikan cinta abang pada dia. Disebabkan cinta abang la, abang putuskan pertunangan abang dengan kak Nisha, abang gila ngan kerja. Reen tahu tu.. sebab Reen ada dengan abang. Reen sedih bila tengok hidup abang yang tak tentu arah tapi kalau kita terus menyerang.. takkan ada apa yang kita dapat abang. Tak der apa. Reen sayangkan abang long dengan abang ngah. Reen tak sanggup tengok orang yang Reen sayang terus terusan menderita disebabkan cinta. Beri masa. kita akan sama sama rungkai semua cerita. Lagipun kita tinggal kat sini kan?” Alisha memujuk lagi.
Ilham mengetap bibirnya. Wajah adiknya dipandang sepi. “Tingalkan abang sendiri”
Shireen tersenyum dalam kehampaan. “Abang ngah rehat lah.. Reen keluar dulu” seusai berkata dia menuju ke pintu bilik. Mahu melangkah keluar. Memberi masa buat abangnya berfikir seketika.
Ilham yang melihat pintu ditutup hanya terduduk lemah. Lemah benarkah dia sebagai seorang lelaki. Sofea?? Matanya dipejam rapat. Mahu mengingati saatnya bersama gadis yang dicintainya..

Suasana sepi di meja makan membuatkan Zairil merasa aneh. Shireen yang mula perasan wajah abangnya yang terpinga pinga berdehem perlahan. Wajah Zairil ditatap lama “Bila abang nikah ngan akak? Tak jemput Reen pun ya??”
Zairil tersenyum Cuma. “Bila ya Ary” Zairil bertanya Ariana pula.
Ariana mengetap bibirnya. Kepalanya digaru perlahan. Tidak mengerti apa apa bila tiba tiba sahaja semua mata menghala kearahnya. “Apa?? Tak dengar”
Zairil mengeleng kepalanya. Rambut Ariana yang terjuntai kehadapan seperti biasa ditebak ketepi. “Berangan ya. Reen tanya bila kita nikah?”
Sekali lagi bibirnya diketap perlahan. Tadi dia tidak mendengar pertanyaan Zairil tapi kini dia benar benar tidak mengingati saat bila dia menjadi isteri lelaki itu. Sudahnya dia hanya mengeleng perlahan. Wajah zairil dipandang menagih jawapan. Berharap Zairil dapat menjawab sendiri.
“Sampai hati Ary tak ingat ya” Zairil menyakat pula.
“Ala..terlupa.. sory” Dia meminta maaf pula. Bimbang sekiranya zairil berangapan yang dia memandang remeh tentang tarikh bersejarah mereka.
Tangan Ariana yang berada di bawah meja dipegang erat. Senyuman dihadiahkan buat isteri kesayangannya itu. “Its ok” Wajah adiknya dipandang pula. “Abang tak sure.. tapi dah hampir setahun..”
“Wow lamanya” Shireen menganguk tanda memahami. Biarpun fikirannya sekarang ini sedang ligat memikirkan bagaimana abangnya boleh mengatakan tak sure?? Bukankah majlis perkahwinan yang dipatri berdasarkan rasa cinta bakal menjadi tarikh yang bersejarah. Akang dikenang sampai bila bila. Pelik??
“Kak Ary kerja ker sekarang” Shireen bertanya lagi. Wajah Ariana dipandang lama. Dia akui Ariana cantik padanla Abang ngah nya itu mencintai perempuan di hadapannya itu.
Ariana mengeleng perlahan. “kak Ary baru je habis degree.. maybe next weekend baru start kerja. Reen?”
“Reen still study lagi.. eh lama dah kak Ary kenal abang long”
“Err.. setahun lebih.. betul tak” Wajah zairil dipandang lagi.
“Ermm.. ye la tu. Angah kenapa senyap” Zairil menegur Ilham yang hanya sepi sedari tadi.
Mendengarkan itu Ilham mendongak memandang abangnya. “Jet lack lagi la Abang long.. biasa la kan.. penat” Dia memberi alasan. Sedangkan sedari tadi dia ralat memerhati wajah Ariana. Rindu! Dia benar benar rindu untuk menatap wajah itu.
Ariana tersenyum Cuma mendengar alasan itu. Bukan dia tidak nampak Ilham yang sedari tadi memerhatikannya.
Shireen mengalih perhatian kepada abang ngah nya pula “Ala macam tak biasa naik flight la pulak abang ni” Bahu Ilham ditolak perlahan lalu dia tertawa kecil. Kelakar mengenangkan alasan abangnya itu biarpun dia tahu abangya itu cuma beralasan.
“Ganas betul la dia.. sakit abang ngah tau” Ilham mengaduh. Rambut adiknya ditarik perlahan. Terjerit Shireen apabila rambutnya ditarik.
Ariana yang melihat melakarkan senyuman. Bagai terlihat bayangan dahulu. Namun senyuman nya mati sebaik melihat kedua beradik yang sudah tunak memandangnya.
“Kenapa??” Dia bertanya perlahan.
“Kita orang yang nak tanya kenapa kak Ary senyum macam tu. Macam teringat seseorang je” Shireen menyakat. Selebihnya dia ingin tahu benarkah Ariana mengingati sesuatu. Kenangan lama barangkali?
Ariana mengeleng Cuma.
Shireen tersenyum lagi. “Lawa la loket kak Ary.. beli kat mana” Dia bertanya apabila mata Ilham dilihatnya lama memandang kearah loket yang melekap di leher kakak iparnya itu. Ada rahsia kah disebalik loket itu??
Ariana mengetap bibirnya. Rantai yang sekian lama dipakai dipandang sekilas.
“A`ah lah.. abang dah lama perasan, tapi tak sempat nak tegur. Ary beli kat mana ni” Zairil turut menegur. Loket itu dipegang dengan jarinya.
Ariana menolak perlahan tangan Zairil. Wajahnya terasa pucat. Bimbang Zairil melihat ‘gambar’ yang terletak kemas di dalam loket itu.
“Err.. ada orang bagi” Dia berterus terang. Setakat jawapan sebegitu serasanya tiada apa yang menghairankan.
“Nak tengok boleh. Siapa yang bagi” Shireen meminta pula. Rantai emas itu benar benar menarik perhatiannya.
“Err..” Ariana teragak agak. Mana mungkin dia menyerahkan rantai itu kepada Shireen. Entah bagaimana matanya terpandang Ilham yang hanya berdiam diri. Masih ingat lagikah lelaki itu tentang cerita disebalik loket yang tergantung dilehernya itu??
Ilham yang melihat wajah pucat Ariana menguit tangan Shireen perlahan. Mengharap pengertian adiknya itu. Jauh disudut hati dia merasa gembira apabila melihat rantai pemberiannya ketika hari jadi gadis itu masih dipakai sehingga ke hari ini. Dia yakin cinta Ariana masih untuknya. Tapi yang membuatnya kelu mengapa Ariana bagaikan orang yang tidak berperasaan sebaik mereka bertentang mata. Tiada rasa rindukah di hati gadis itu disepanjang waktu perpisahan mereka.
“Errmm takpelah kak Ary..tapi serius lawa sangat rantai tu..”
“Siapa yang bagi sayang..” Zairil masih tidak berpuas hati.
“Err.. janganla tanya lagi.. orang tu dah mati” Mati dalam hidup seorang manusia yang bernama Ariana Sofea. Ya. Bukankah disaat dia menerima Zairil di dalam hidupnya nama Ilham sudahpun tengelam dari diari hatinya?
“What” Ketiga tiga mereka bersuara serentak terkejut. Ilham terkejut apabila Ariana beralasan begitu. Sedangkan dia yang memberi rantai itu kepada Ariana. Sudah benar benar dia dianggap matikah dirinya di hati gadis itu?
Alisha mengetap bibirnya. Terkejut kerana sangkanya rantai itu pemberian Abang ngahnya. Tapi benarkah pemberinya sudah meninggal. Kalau ya mengapa abangnya menarik tangannya tadi bagai memberi erti bahawa ‘dah jangan tanya lagi.. rantai tu abang yang bagi’ tapi sekarang??
“Apa la sayang ni.. buat orang terkejut jer” Zairil menepuk bahu Ariana perlahan. Terjerit kecil pula dia sebaik mendengar kata kata Ariana itu.
Ariana hanya tersenyum hambar. Malas mengulas panjang. Sempat dia melihat reaksi Ilham yang jelas terkejut dengan kata katanya itu. Ahh.. tergamaknya dia berkata begitu. Benar benar sudah tiada rasa cintakah dihatinya buat Ilham??

Sunday, July 11, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 44

Ariana mundar mandir. Geram pula dia menanti Zairil diruang tamu itu. Rasanya sudah hampir sejam barangkali. Hari ini entah kenapa nasibnya begitu malang sekali. Assigment yang sepatutnya dihantar hari ini rosak apabila terkena air yang tidak sengaja tertumpah di atas meja belajarnya. Sudah lah begitu laptopnya pula tidak mahu hidup. Dia pula tidak sempat membuat backup di dalam pendrive sudahnya dia terpaksa menaip sekali lagi kertas kerja itu. Masalahnya sekarang dia ingin meminjam laptop Zairil tetapi bagaimana? Bayang lelaki itu langsung tidak kelihatan.
Puas menunggu Ariana menuju ketingkat atas. Pintu bilik Zairil diketuk berkali kali. Sebaik sahaja mendengar suara menyuruhnya masuk dia menguak daun pintu perlahan.
“Ada apa Ary” Zairil bertanya lembut. Buku yang berada ditangan ditolak ketepi.
Ariana mendengus perlahan sebaik melihat Zairil yang enak bersandar di kepala katilnya itu. Ini kali pertama dia masuk ke bilik Zairil. Terpana dia disaat melihat gambarnya yang berada di sudut meja di tepi katil. Untuk melangkah keluar tidak mungkin dia lakukan kerana dia benar benar memerlukan pertolongan. Akhirnya dia tekad untuk berdiri dihadapan pintu sahaja. “Awak buat apa kat sini?”
“Baca buku.. kenapa” Zairil bertanya kembali. Buku ditangan diangkat sedikit bertujuan untuk menunjukkan kepada Ariana akan buku yang sedang dibacanya itu.
“Kenapa tak turun??”
Zairil mengerutkan dahinya. Turun? Entah dia terasa mahu menghabiskan masanya dibiliknya sahaja hari ini. “Kenapa?”
“Saya nak pinjam laptop awak, laptop saya rosak. Assigment saya kena air so kena type balik”
“Ary tak buat backup ker” Dia bertanya pelik. Cuai betul!!
Ariana mengeleng perlahan.
Zairil hanya tersenyum cuma. “Guna la..” Dia mengunjuk kearah laptop yang sememangnya berada di sebelahnya itu.
Hah.. Ariana terjerit kecil. Laptop itu berada di atas katil Zairil. Masakan dia mahu membuat kerjanya disitu.
“Nak buat kat luar boleh”
Zairil mengeleng perlahan. Dia Nampak riak wajah yang sudah berubah itu namun dia hanya membuat tidak tahu. “Buat aje kat sini, pergi ambil kertas tu..”
“Ala.. kat bawah la” Ariana merayu pula. Dia tidak mahu berada di kamar lelaki itu. Bimbang terjadi sesuatu yang tidak sepatutnya.
Zairil ketawa perlahan. “Nak buat datang la sini.. kalau tidak tak yah buat” Dia mengusik pula. Ahh.. entah apa yang ditakuti Ariana pun dia tidak tahu. Bukannya mereka berbuat sesuatu yang haram pun. Dia mengerti akan ketidak sediaan Ariana itu. Dia akui dia bukannya manusia yang tidak punya perasaan. Hatinya bergelora setiap kali melihat senyuman di wajah Ariana apatah lagi sejak menyedari yang dia kini sudah semakin sayangkan isterinya itu. Tetapi dia tidak akan sesekali memaksa Ariana melakukan sesuatu yang tidak disukai gadis itu kerana dia benar benar menyayangi Ariana apatah lagi sudah hampir tiga bulan semenjak Ariana pulih mereka hidup bersama secara baik.
Ariana mencebik bibirnya. Lalu dia melangkah perlahan. Laptop diambil untuk diletakkan di permaidani di lantai bilik itu.
“Tak payah.. buat aje kat atas..” Zairil menegah pula.
“Banyak songeh la awak ni” Ariana mengeluh perlahan. Malas melayan Zairil yang berada disebelahnya, dia terus sahaja menaip kembali kertas kerjanya itu. Kertas kerja sebanyak 14 helai itu harus dihantar sebelum lima petang esok. Tadi dia leka menyiapkan kertas kerja pensyarah lain. Sudahnya jam yang kini sudah beranjak ke pukul 11 malam namun dia kini baru sahaja masuk ke helaian yang ke empat. Gusar juga hatinya bimbang tidak sempat menaip semuanya. Untuk mendengar puan Jamilah membebel serasanya tidak sanggup pula dia menadah telinganya untuk mendengar kata kata perempuan separa tua itu. Garang mengalahkan singa! Huhuhu.. mengutuk pulak. Bukannya nak berterima kasih dia bagi tempoh hantar esok petang.. tak baik sungguh Ariana …Ariana. Hatinya berdesis kecil.
“Banyak nya .. sempat ker” Zairil menegur.
“Sempat kalau awak tak kacau.” Tubuhnya direngangkan seketika. Penat apabila duduk begitu.
“Bersandarla.. sakit tulang tu baru tahu”
“Tak nak..!!” Ariana membuat muka selamba.
“Degil” Zairil mengusik lagi.
“Awak pun sama” Ariana mengata pula. Tubuh zairil ditolak perlahan. Sudah biasa bergurau begitu .
Bila melihat Zairil keluar dari bilik. Dia bersandar sambil mengangkat laptop bertujuan meletakkan laptop di atas ribanya. Setelah itu dia menyambung menaip lagi. jam sudah pun menginjak ke pukul satu. Dia memandang ke pintu bilik. Memikirkan kemana Zairil pergi. Terasa penat menyandar dia meniarap pula.
“Huh.. lagi 7.. berehat la kejap” Ariana berkata sendiri. matanya terasa semakin memberat. Yakin dia mampu menyiapkan kertas kerja itu untuk dihantar sebelum pukul lima esok.
Zairil yang baru sahaja tiba kebilik hanya mengeleng perlahan. Tadi takut? Ni siap tidur lagi? Sempat dia mengutuk isterinya itu. Tadi sengaja dia keluar kerana tidak mahu menganggu Ariana yang tidak selesa dengan kehadirannya. Kertas kerja di tangan Ariana di ambil perlahan. Lalu diteliti. Laptop ditepi Ariana diangkat berhati hati. Tidak mahu mengejutkan Ariana yang sudah lena. Tubuh yang sudah terbaring lena itu dipandang lama. Rambut Ariana yang terjuntai ketepi ditebak perlahan. Memang tak suka ikat rambut betul. Dia membebel lagi. Selimut ditarik untuk menutup tubuh isterinya itu. Kemudian dia mencium perlahan dahi Ariana perkara yang sentiasa dilakukan setiap malam.
“Good ninght” Zairil berbisik perlahan ketelinga Ariana. Lalu dia berlalu pergi.
Zairil merengangkan tangannya. Siap sudah akhirnya kertas kerja isterinya itu. Jam yang sudah menginjak kepukul lima pagi dipandang sepi. Dek kerana terasa mengantuk dia terus lena di sofa.
Keesokan harinya sebaik terjaga Ariana menguap beberapa kali. Matanya terasa perit apabila mukanya dijamah cahaya matahari. Sebaik sahaja tersedar Ariana mengetap bibirnya. Ish macam mana boleh tidur sini ni? Macam mana ngan kerja? Dia mengucap panjang apabila melihat bajunya yang masih melekap kemas dibadannya. Risau sebenarnya. Dengan langkah perlahan kertas kerja di atas meja solek diambil setelah terlihat beberapa helaian kertas putih disitu.

p/s:- kertas kerja Ary abang dah siapkan.. jangan lupa breakfeast. Abang pergi kerja dulu. Tak sampai hati nak kejut Ary yang lena tidur macam tak tidur sebulan.. macam mana best ker tidur bilik abang.. hehehe.. lainkali tidur la lagi ya..

Ariana mengetap bibirnya. Geram apabila disakat begitu. Sudahnya dia ketawa perlahan. Ahh.. zairil.. maaafkan saya..dia bersuara perlahan. Yakin lelaki itu sebenarnya terlalu banyak makan hati hanya untuk menjaga hatinya itu.

Sebaik sahaja tiba di kampus Ariana terus menuju kebilik lecturernya. Melihat wajah Zairil dia tersenyum Cuma. Zairil dilihatnya ketika itu sedang menanda kertas kerja pelajar kelas lain.
“Cepat awak siap” Puan Jamilah menegur. Waktu yang diberikan untuk studentnya itu adalah pukul lima petang namun jam baru sahaja menginjak ke pukul 10.00 pagi.
Ariana mengaru kepalanya yang tidak gatal. Cepat siap pun salah ker?? Hatinya sempat mengutuk sendiri. “Err..” Bibirnya tidak tahu mahu memberi alasan apa.
Zairil yang melihat tersengih Cuma. Sempat dia mengenyit mata buat isterinya yang kehabisan idea itu. Melihat Ariana yang terganga melihat reaksinya dia memandang puan Jamilah pula.
“Hmm.. takpelah.. baguslah kalau macam ni. Lainkali awak tumpahkan lagi air kat kertas kerja awak yer Ariana” Puan Jamilah memerli selamba apabila melihat Ariana yang kaku membisu sedari tadi.
Ariana tersenyum lagi. “Saya pergi dulu puan” Sebaik sahaja melihat anggukan dari puan Jamilah dia memulakan langkah mahu menuju kekelasnya kembali.
“Ariana mari sini sekejap” Zairil bersuara serius. Menyuruh Ariana menuju ketempatnya.
“Ada apa sir Is” Dia bertanya selamba. Maklum tiada siapa yang tahu akan hubungan mereka itu. Sengaja dipanggil sir Is setelah mengetahui itu adalah panggilan yang digunakan pelajar buat lelaki itu dikampus.
Zairil kemudian menghulur sehelai kertas kecil, sambil menahan tawa.
-PADAN MUKA-
“Jahat” Ariana terjerit kuat. Geram pula dia melihat Zairil yang tidak sudah sudah menahan tawanya itu.
“Apa awak cakap Ariana?” Puan Jamilah menegur keras.
Ariana mengetap bibirnya. Alahai telinga lintah betul perempuan ni.
“Awak marah lecturer awak.. Awak tahu tak..”
“Err.. puan..” Zairil menyampuk. “Kami tengah bincang pasal something.. bukan Ariana marah saya” Dia membela. Muka Puan Jamilah yang sudah berusia 50 itu dipandang mengharapkan pengertian. Kesian pula dia melihat muka Ariana yang sudah keruh itu sedangkan niatnya tadi hanya ingin bergurau.
“Betul ni”
“Ya puan” Zairil menganguk lagi.
“Betul Ariana”
Ariana mencebik dari arah belakang. Geram. “Ya puan”
“Saya keluar dulu puan. Sir ISKANDAR!!” Dia mencebik disaat melihat senyuman lelaki itu. Terasa tidak puas hati dia menolak pensil case di meja Zairil sehingga jatuh semuanya pen di atas meja itu. Disaat melihat Puan jamilah berpaling melihatnya kembali, dia hanya tersengih lalu menyusup keluar. Sempat jari tunjuknya digerakkan kekirikanan sambil ketawa perlahan. Padan muka!!
Sebaik sahaja Zairil pulang dari kerja dia terus menerpa Ariana yang sedang santai menonton tv sambil ketawa perlahan sebaik mengingati kejadian pagi tadi. Ariana yang melihat hanya berdiam diri. Keningnya dikerutkan. Zairil yang masih lagi ketawa dipandang lama. Gila apa sedari tadi tak henti henti ketawa??
“Tak baik mengutuk dalam hati. Dah tu depan abang pulak tu” Zairil menegur. Dia perasan akan mulut Ariana yang sedari tadi bergerak gerak tapi tidak pula dia mendengar apa apa.
“Suka hati la”
“Ary tak baik tau.. penat abang buat kerja Ary semalam. Pukul lima pagi baru siap tau”
Ariana mencebik. Tidak percaya. Namun melihatkan riak Zairil yang sememangnya tidak bermaya itu dia mendekat. “Betul”
“Erm.. buat apa abang tipu”
“Kenapa awak buat” Ariana bertanya lagi.
“Sebab abang sayang Ary!! Takkan abang nak biar isteri abang ni bersengkang mata buat assignment..”
Ariana tersenyum. Tangan zairil dicapai. “Thank you”.
Zairil yang memejam mata bertujuan untuk merehatkan diri seketika kembali memandang Isteri disebelah. “Thank you jer.. bagila kiss kea pa ker??” Zairil mengusik.
Ariana terkaku. Seakan pernah mendengar kata kata itu. Kemudian dia tersenyum hambar. Kenangan lama tidak harus diingat bukankah dia sudah berjanji mahu setia kepada lelaki itu. Wajah zairil dipandang lama. Dia kemudian mencium pipi suaminya itu.
Zairil terkedu. Dia hanya bergurau tadi. Wajah Ariana dipandang mencari kepastian akan kelakuan isterinya seketika tadi.
Ariana tersenyum lagi. Kemudian dia menyandar perlahan di bahu Zairil. Tangan Zairil digengam erat. Kalau bukan kini dia memulakan bila lagi? Harus berapa lama dia berkeadaan begini sedangkan masa terus berlalu? Dia yakin hatinya pasti dapat memberi ruang kepada Zairil untuk bertahta dihatinya. Benarkah?