Friday, August 27, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 60

Dia menyiapkan meja makan. Selepas siap semuanya langkahnya menuju kearah Zairil yang sedang membaca surat khabar. Bahu lelaki itu dicuit perlahan. Sebaik melihat Zairil berpaling dia tersenyum. “Kita makan jom.. makanan dah siap”
Zairil hanya menganguk.
Melihat angukan itu Ariana bersyukur di dalam hati. Sudah tiga bulan Zairil dan dia mampu duduk semeja. Makan bersama. Dan sekali sekala bergurau senda biarpun pada hakikatnya hubungan mereka masih tidak ubah seperti dahulu. Entahlah sukar benar untuk menelah hati lelaki yang bernama Zairil itu.
Adakalanya mulut lelaki itu tetap juga menyakitinya. Namun dia tetap bersabar. Yakin segalanya akan berubah selari dengan masa yang berlalu. Masuk hari ini juga sudah tiga bulan dia tidak bertemu dengan Ilham. Biarkan. Biarkan semuanya berakhir disitu.
“Esok Ary kerja?” Zairil bertanya pula. Suasana sepi di meja makan membuatkan dia tidak betah.
Ariana tersenyum. Dia menganguk. “Tapi saya ingat nak pergi rumah maklong lepas balik kerja. Awak nak ikut?” Soalan diajukan pula. Sudah lama rasanya tidak berjumpa ibu saudaranya itu.
“Pukul berapa?”
“Erm.. kul lima..”
“Ermm.. esok pergi kerja dengan abang. Esok kita pergi sama sama. Nanti balik abang ambil” Zairil terus sahaja bersetuju. Lagi pula dia pun sudah lama tidak berjumpa keluarga isterinya itu. Wajah Ariana ditatap. Biarpun masa berlalu keadaan masih sama. Sudah berubahkah isterinya itu? “Ary sihat?” Dia bertanya pula.
Ariana ketawa perlahan. Pelik . “Saya sihat la. So sedap tak saya masak? Awak tak pernah puji pun” Suaranya mengusik. Mahu memeriahkan suasana.
Zairil tersenyum Cuma. Lalu menganguk perlahan. Masakan Ariana memang sedap. Sebaik sahaja selesai dia menarik Ariana menuju keruang tamu. Dia ingin memberitahu sesuatu.
“ Ada apa” Ariana bertanya sambil berdiri. Wajah Zairil dipandang.
“Dudukla dulu” Zairil mengajak pula. Tangannya menepuk tempat kosong di sebelahnya.
Ariana yang memahami terus sahaja duduk disebelah Zairil. Tangannya yang dicapai Zairil hanya dibiarkan. “Umi dengan papa akan sampai minggu depan. Diaorang tinggal kat sini untuk sementara waktu. Ary tak kisahkan”
“Apa pulak nak kisah. Umi ngan papa awak kan mertua saya jugak. Tak kisah pun. Suka lagi ada la. Tak sabar nak jumpa. Umi baik tak? Papa garang ker?” Dia bertanya ramah. Gembira menanti untuk berjumpa ibubapa suaminya itu.
Zairil memaut bahu Ariana supaya bersandar dibahunya. Dia suka akan saat begitu jikalau bersama isterinya. “Umi ngan papa baik. Ary jangan la risau..” Tangannya membelai lembut rambut isterinya itu.
Ariana mendongak. “Tak risau.. tapi takut jugak. Takut umi ngan papa tak suka saya..”
“Tak de lah.. dah tengoklah tv tu. Itu pelakon kegemaran Ary berlakon” Dia meyakinkan. Tiada sebab untuk uminya tidak menyukai Ariana. Seterusnya matanya menatap Ariana. Isterinya itu apabila Faizal Yusof berlakon pasti sudah tidak menghiraukan orang lain. Akhirnya dia tersenyum sendiri.
Ariana yang leka menatap tv sempat memandang Zairil. Gembira dia melihat senyuman itu. Doanya biarlah senyuman itu kekal selamanya. Bukankah benar katanya masa adalah nurse terbaik buat merawat luka dihati??

“Maklong.. teka siapa yang datang” Ariana menutup kedua belah mata puan Aisyah sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibirnya. Menyuruh Zairil diam. Kerana dia mahu mengusik ibu saudaranya itu.
“Alah.. kalau dah suara macam tu.. tu tak payah nak main teka teka lah” Puan Aisyah berkata selamba. Macamla dia tidak tahu sikap suka mengusik Ariana itu. Lagi pula telingannya tadi sempat menangkap bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah.
“Hehehe.. tak boleh usik sikit la maklong ni..” Dia menyalam tangan Puan Aisyah.
“Hah Ril masukla.. apa tercegat kat situ tu” Puan Aisyah menegur Zairil pula. Pelik melihat Zairil yang hanya tunak memandang Ariana .
Zairil tersenyum. Tangan tua itu dicium. Tadi sebenarnya dia sedang galak melihat Ariana yang mengusik Puan Aisyah. Ceria wajah itu. Dan dia benar benar suka.
“Paklong ngan abang Ziq ngan abang Shah tak balik lagi ya” Ariana bertanya pula. Sunyi sepi sahaja dirasakan rumah puan Aisyah.
“aii.. kamu kan satu tempat kerja ngan Abang ziq. Takkan tak tahu kot” Puan Aisyah bertanya kembali.
“opss..” dahinya ditepuk perlahan. “Lupa.. tadi masa Ary balik dia ngah wat kerja lagi.. al maklumlah orang busy..”
“Banyak la kamu lupa. Hah itu dia dah balik panjang umur. Kamu pergilah mandi. Dah nak magrib ni. Sekejap lagi boleh makan sama sama” Puan Aisyah menyuruh Ariana pula sebaik melihat Ariana yang lengkap berbaju kurung. Pasti terus kesini selepas balik kerja tadi.
“Mandi kat mana.. baju takder” Ariana bertanya seakan blur. Sengaja.
“Eii.. budak ni.. saja je. Pergila bilik tetamu yang dah tak macam bilik tetamu tu. Baju kamu ngan Ril kan ada kat situ..” Puan Aisyah mengetuk kepala Ariana perlahan. Geram pula dia. Sedangkan bukan ini kali pertama Ariana kerumahnya. Lebih dari itu bilik tetamu itu pun sudah menjadi bilik Ariana kerana anak saudaranya itu kerap juga tidur dirumahnya. Masih lagi buat tak tahu ker?
“Yer la.. gurau jer.. jom” Dia tersengih Kelakar melihat muka bengang puan Aisyah. Tangan Zairil ditarik menuju ke tingkat atas. Tidak sabar rasanya mahu makan selepas ini.
“Ary mandi dulu lah.. abang nak rehat kejap..” Zairil bersuara seraya berbaring di atas tilam itu. Penat sebenarnya. Apabila melihat Ariana menganguk dia menutup matanya. Mahu tidur seketika.
Sebaik sahaja selesai berpakaian tubuh Zairil dihampiri.” Awak.. bangun.. dah magrib ni. Saya turun dulu tau. Nak tolong maklong masak.” Seusai berkata dia menuju ke dapur. Namun melihatkan sepupunya yang sedang bergurau senda dia menyergah. “ Haa.. buat apa tu. Ngumpat erh?”
Shahrul hanya mengeleng. Sepupunya itu walau sudah berkahwin tetap juga begitu. Nakal. “A`ah.. ngah ngumpat..”
“Ngumpat apa?” Dia bertanya laju. Menyibuk nak tahu.
Shahrul menjugkitkan kening kearah Haziq. Haziq tersengih. “Ngumpat bila we all nak dapat anak sedara. Nanti mesti comel macam Ary kan..”
Ariana terkedu. Mukanya berubah keruh. Tidak suka akan kata kata sepupunya itu. Langsung terasa dia terus menujuke dapur meninggalkan Shahrul dan Haziq yang terpinga pinga. Sebaik tiba dia melihat semuanya sudah terhidang malahan Zairil turut ada disitu. Langsung dia mengubah haluan. Duduk di meja makan.
“Hah.. makan banyak banyak Ary. Biar gemuk sikit. Ini macam tak cukup makan jer maklong tengok..” Puan Aisyah menegur. Badan Ariana dirasakan sedikit susut.
“Tak sempat nak makan.. busy” Dia tersengih. Pingan Zairil diambil lalu dimasukkan sedikit nasi.
“Aril dera Ary ya” Tuan Helmi berselorah.
Zairil hanya ketawa. Wajah Ariana dipandang. Memang dia akui tubuh itu sedikit susut berbanding dulu. “Dah paksa makan.. Ary ni hah asyik diet jer.”
“Ish mana ader. Badan Ary memang macam ni la maklong. Dah la makan tak baik bercakap.” Dia membalas pula geram.
“ Ye la.. sedangkan dia la yang paling banyak cakap kat sini.” Shahrul memerli.
Ariana mencebik.
“ Ary tidur sini ke? esok tak kerja kan?” Puan Aisyah bertanya pula.
Ariana memandang zairil. Bertanyakan lelaki itu. Melihatkan zairil menganguk. dia turut menganguk sama…

Tepat pukul 11 Ariana sudah berbaring di atas katilnya. Dia benar benar mengantuk apatah lagi penat apabila tadi sibuk menyakat dan disakat sepupunya itu. Sudahnya dia naik dulu meningalkan Zairil sendirian yang sedang bercakap dengan Tuan helmi, bapa saudaranya itu.
Lama selepas itu kelibat Zairil dilihat masuk ke bilik itu. Dengan mata yang mengantuk dia melihat Zairil. Berkerut dahinya disaat melihat Zairil yang sudah mengambil kunci kereta. “Awak nak pergi mana”
“Balik rumah.. tidur”
What! Ariana bangkit dari baringannya. “Awak tak boleh tidur kat sini ker?” Dia bertanya separuh geram.
“Tidur sini.. mana ada comforter. Baik abang balik rumah. Esok abang ambik Ary. Abang dah cakap pada pak long abang kena balik ada hal. So Ary tak yah la risau.” Suaranya tetap tenang.
Ariana mengeleng. Tidak percaya alasan itu yang diberikan Zairil. “Tidur la sini. Atas katil ni.. apa susah”
Zairil tersenyum sinis. “Sebelah Ary.. terima kasih jer” Dia bersuara selamba.
Ariana mengetap bibirnya. Memang ini lah yang terjadi setiap kali mereka tidur di rumah ibu saudaranya itu. Zairil dilihatnya langsung tidak mahu menyentuhnya apatah lagi berbaring disebelahnya. Entah apa yang dimahukan lelaki itu dia tidak pasti. Sakit hatinya melihat sikap Zairil yang berubah ubah itu.
“Apa masalah awak ni sebenarnya. Saya isteri awak zairil” Dia bersuara geram. Aneh. Zairil melayannya tak ubah seperti anak patung biarpun sudah hampir tiga bulan berlalu. Biarpun dia sudah memberitahu lelaki itu dia rela akan kekal menjadi isteri Zairil biar apa pun yang terjadi.
Tapi sayang Zairil masih juga begitu. Dia dilayan elok apabila matahari masih ada. Apabila tiba waktu tidur wajah itu terus berubah. Zairil langsung tidak mahu memandangnya.
“Tak pelah abang balik.. “ Zairil masih bertegas.
“kalau awak tak suka saya.. awak ceraikan saya zairil. Jangan buat saya macam ni” Dia merintih sayu. Biar pun tidak pernah sekalipun dia mengharapkan mereka bercerai namun perkataan itu terlotar jua. Entahlah. Zairil tidak pernah mencuba untuk memahaminya biarpun berulang kali dia mencuba memahami suaminya itu.
“Abang takkan ceraikan Ary” Suaranya mendatar.
Ariana menghampiri Zairil. Biarlah . Biarlah dia ditampar atau ditolak. Dia tidak kisah. Dia Cuma mahu jawapan yang pasti. Lengan lelaki itu digengam erat. “Kenapa dengan awak sebenarnya. Apa yang awak nak?” tubuh lelaki itu digoyang perlahan.
“Abang nak Ary berpisah dengan Ilham”
“Zairil” Ariana menengking. Geram. “Saya takde apa apa hubungan dengan Ilham. Malahan saya tak pernah berjumpa dengan dia pun sejak keluar hospital hari tu. Saya isteri awak.. awak jangan buat saya macam ni” Dia merayu dalam rasa marahnya.
“Abang tak percaya Ary!” Pautan tangan Ariana ditarik supaya lepas. Lalu dia berlalu pergi.
Air mata Ariana menitis. Sampai bila Zairil? Sampai bila awak nak layan saya macam ni? Silap langkahkah dia memilih Zairil? Ya Allah..

Friday, August 20, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 59

Ilham mundar mandir dihadapan pintu bilik Ariana dengan wajah yang kusut. Hampir luruh hatinya melihat beberapa orang yang menahannya dari masuk kedalam bertemu Ariana. Apa sebenarnya yang terjadi? “Nurse saya nak jumpa Ariana .. please” Dia merayu lagi.
“Maaf. Cik Ariana tidak mahu berjumpa dengan Encik”
“Tapi kenapa? Kenapa?” Ilham menjerit nyaring. Geram pula dia apabila tanpa sebab dia dihalang dari berjumpa Ariana. Rambutnya diraup beberapa kali menahan sabar dan sebak.
“Saya tak tahu encik. Ini di atas arahan cik Ariana.” Sekali lagi nurse itu menyakinkan.
“Tak mungkin.. takmungkin dia bagi arahan macam tu” Tubuh nurse yang berdiri dihadapannya itu digoyang beberapa kali. Hilang sudah ketenangan yang terpamer selama ini. Jiwanya dipagut gusar. Tidak percaya. Mana mungkin Ariana melakukannya begitu. Apatah lagi hubungan mereka baik selama beberapa hari ini.
“Saya tak tipu encik. Ini memang arahan dari cik Ariana dan kami hanya menurut arahan. Saya harap encik boleh pergi dari sini”
Ilham mengeleng kepala. Tidak percaya dia disuruh pergi dari sini. Jikalau tidak mengenangkan pintu bilik yang dikunci pasti dia sudah menerjah masuk. Pintu bilik diketuk berkali-kali. “Sofea.. bukak pintu ni sayang. Kenapa Fea buat abang macam ni..” Dia merayu pula. Benar benar buntu mengapa Ariana berubah mendadak.
Ariana yang berada di sebalik pintu hanya mampu menitiskan air matanya. Maafkan Fea abang.. maafkan Fea.. Hatinya merintih kesal. Tidak tergamak melakukan itu kepada Ilham tapi dia terpaksa. Jikalau dia tidak berkeras segala galanya tidak akan berakhir sedangkan dia benar benar sudah tidak sanggup menahan perasaanya dan melihat Ilham dilukai lagi.
“Sayang.. bukak pintu ni. Jangan macam ni..” Ilham merayu lagi. Sakit hatinya dilayan begitu. Namun perasaan kesal lebih menyelubungi hatinya melihat kekerasan Ariana yang membeku begitu. Keras benarkah hati gadis itu. Tidak bermaknakah dia di mata Ariana?
“Pergilah abang pergi.. pergi tinggalkan Fea sendiri. Kita tak ditakdirkan untuk bersama abang. Hanya ini yang mampu Fea lakukan supaya hati kita berdua tak lagi terluka” Dia bersuara lirih disebalik pintu biarpun dia tahu Ilham tidak mungkin akan dapat mendengarnya. Kerana suaranya begitu perlahan. Cukup untuk didengari nya seorang.
“Fea… sampai hati Fea” Ilham bersuara kesal. Kesal kerana pintu itu masih tertutup kemas. Tanda ia tidak akan terbuka sampai bila bila pun.
“Saya rasa baik encik pergi sekarang. Jangan ganggu pesakit lagi” Nurse itu bersuara pula.
Namun Ilham masih juga seperti tadi. Tidak menghiraukan segala kata kata nurse itu. Dia masih setia menanti. Berharap jikalau pintu itu terbuka.
“Kenapa ni” Doctor Aida bertanya sebaik tiba disitu. Melihat Ilham yang merayu begitu dia terkesima. Dia sudah tahu mengapa sebenarnya biarpun masih tidak difahami keseluruhan cerita. Sengaja dia bertanya dengan juru rawat disitu memandangkan keadaan yang sedikit kecoh di hadapan bilik patientnya itu.
“Maaf doctor, Encik Ilham tidak mahu beredar dari sini. Sedangkan Cik Ariana..” Dia tidak meneruskan kata. Yakin doctor Aida tahu apatah lagi arahan supaya Ilham tidak dibenarkan masuk ke bilik Ariana adalah darinya.
Doctor Aida menganguk Cuma. Tubuh Ilham dihampiri. “Encik Ilham balik lah.. maaf! Kami melakukan ini diatas arahan cik Ariana. Kami harap Encik dapat pergi dari sini secepat mungkin” Dia bersuara pula. Semalam Ariana menangis dibahunya. Dan dia sebagai doctor mencuba untuk menenangkan gadis itu. Apabila Ariana merayu kepadanya supaya tidak membenarkan Ilham melawatnya lagi. Dia hanya akur. Tidak tahan melihat tangisan hiba Ariana.
“Tapi kenapa doctor. Apa salah saya..” Ilham bertanya pula. Air matanya hampir luruh namun masih disabarkan hatinya. Mana mungkin dia begitu dihadapan lima orang perempuan yang sedang menyekatnya dari masuk ke bilik Ariana.
“Maaf, saya pun tak tahu. Tapi itu permintaan dia. Saya harap encik faham..” Tangannya menyeluk poket. Dia sebenarnya sudah bersedia lama. “Ini surat dari cik Ariana..” Tangannya menghulurkan kertas yang diberi semalam kehadapan lelaki yang begitu terluka wajahnya.
“Maafkan.. Fea abang.. maafkan Fea” Ariana masih lagi merayu disebalik pintu itu. Bila kita sayangkan seseorang tapi tidak mampu untuk milikinya.. lepaskan dia.. bebaskan dia… kata kata Amyra masih segar di ingatannya. Ya dia kini mahu melepaskan Ilham. Biar Ilham bebas darinya. Mudah mudahan mereka akan bebas dari perasaan cinta yang memeritkan ini suatu hari nanti. Biarpun dia tidak pasti bila biarlah.. yang penting dia harus memulakan langkah. Bimbang hati yang sudah parah semakin parah jikalau dibiarkan.
Ilham mengambil kertas dengan tanda Tanya. Tidak mahu menunggu lama dia membuka laju kertas yang dilipat kemas itu.

Jikalau Fea ada kuasa pasti Fea akan putarkan masa, paling tidak Fea akan hentikan masa supaya kita kekal bersama. Tapi entahlah, Fea sebenarnya kecewa. Teramat kecewa.. bertahun kita bersama tapi ini kesudahannya..bukan jodoh kita abang..

Salah Fea.. bukan salah abang. Sepanjang kita bercinta tidak pernah abang berbuat salah pada Fea..Cuma Fea yang bodoh.. malangkan? Mungkin itu satu sebab mengapa kita tidak lagi bersama hari ini.

Mungkin ada yang terbaik untuk abang.. dan Fea.. Fea akan teruskan hidup Fea dengan Zairil.. maaf..

Abang…
Jikalau diberi pilihan pasti Fea akan memilih abang tapi .. Fea tak punya pilihan itu abang.. Fea lepaskan abang.. Fea bebaskan abang.. tolong..jangan cari Fea lagi. Jangan munculkan diri abang dihadapan Fea buat seketika. Berikan Fea ruang waktu untuk merawat hati sendiri.

Mulai saat ini juga Nur Ariana Sofea dan Tengku fakrul Ilham bukan lagi sesiapa.. dan disaat kita berjumpa suatu hari nanti.. hubungan kita hanyalah sebagai ipar.. doakan Fea bahagia Abang.. itu jugalah doa Fea buat Abang.. moga masa mampu menjadi nurse yang terbaik buat kita berdua..

Salam ingatan..
Nur Ariana sofea

“Fea lepaskan abang.. pergilah abang pergilah” Air matanya masih lagi laju mengalir. Tapi dia yang tadi berdiri kini sudah jatuh melurut.
Fea.. kenapa begini sayang. Hati Ilham merintih. Namun digagahkan juga untuk membuka kertas yang kedua. Sebaik membacanya Ilham terduduk di pintu bilik itu. Air mata tidak mampu lagi ditahan. Fea sampainya hatimu..

Fea pulangkan lagu ini pada abang.. Maaf.. Fea tak mampu untuk mengisi ruang kosong itu.. Sudah itu takdir cinta kita
Teringat selalu wajah kekasihku
saat ku menuai lalu
coba engkau dengarkan..
ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
ku ceritakan kisah tentang kita
Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
saat kau mulai terjatuh
aku datang menyelamatkanmu
ini surga kita tiada yang menguasainya
tempat kita bersandar dan bertahta
tenang sayang, ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu
Tenang sayang, ku tepati janjiku
karna kau wanita terhebat
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu
……………………………….
………………………………..
jangan menangis, hapus air matamu
………………………………/ yakinkan ku tetap milikmu

Yang akan kekal setia selamanya
Tengku Fakrul Ilham & Nur Ariana Sofea

“Sampai bila bila pun cinta ini akan Fea kenang.. maafkan Fea.” Ariana menyapu air matanya perlahan. Dia mencuba untuk berdiri “Dengar sayang.. ku sambut engkau datang.. kuyakin engkau menjemputku.. yakinkan ku tetap milikmu” Sebaik sahaja selesai menyebut satu persatu ayat itu dia akhirnya terduduk kembali dan meraung disitu. Ahh.. tabahlah engkau Ariana.
Dengan air mata yang bersisa Ilham kembali bangun. Sudah tidak ada gunanya dia berada disitu. Sayang, abang doakan Fea bahagia. Cinta kita akan kekal untuk selama lamanya biarpun ia mati dihati Fea. Kenangan terakhir kita mudah mudahan menjadi kenangan terindah yang akan Fea kenang selama lamanya..

“Lama abang tak tengok Fea senyum..” Ilham mencuit pipi Ariana. Dia gembira apbila melihat Ariana yang tersenyum ceria begitu.
Ariana turut tersenyum. Wajah Ilham dipandang lama. Dia mahu mengabadikan wajah itu disudut hatinya. Kerana esok mereka tidak akan berjumpa lagi. Kenapa? Suatu hari pasti tetap juga akan diketahui sebabnya. “Thanks for everthing” Dia mengucap pula.
“Thank for you too” Ilham turut membalas. Tangan Ariana diusap perlahan. “So.. Fea nak abang buat apa hari ni..” Ilham bertanya kembali. Sebenarnya tadi dia mahu ke tempat kerja memandangkan dia punya mesyuarat hari ini. Tetapi Ariana yang merayunya supaya menemaninya membuatkan dia masih disini. Masih diingat kata kata Ariana tadi ‘Abang.. abang tak yah la gi kerja.. abang teman Fea.. please.. for the last one’ Dia tidak faham sebenarnya mengapa Ariana berkata begitu. Tetapi tetap diturutkan kerana dia akan sentiasa menemani gadis itu untuk selama lamanya.
“Ermm.. any idea..” Ariana bertanya kembali. Hari ini masanya akan dihabiskan bersama lelaki itu. Biar kukuh diingatannya kenangan terakhir bersama orang yang dicintai. Keningnya dijongketkan.
“ Main teka teki je lah.. Fea kan suka main main macam tu”
Ariana memuncungkan bibirnya. Memang dia selalu bermain teka teki bersama Ilham. Tapi jangan la perli perli pulak . Dia membebel geram. “Ala.. kolam tak der kat sini. Kalau main teka teki tepi kolam lagi best. Nanti Fea boleh tolak abang..” Matanya dikenyitkan pula. Mengingati insiden Ilham yang ditolak ke kolam renang kerana mahu menyelesaikan teka teki yang diberi lelaki itu.
“Uit jahatnya dia.. tak baik tau.. ok ok.. apa kata abang bagi Fea hadiah hari ni” Dia berkata riang. Ketawa meletus dibibirnya melihat muka Ariana yang bagai anak kecil itu.
“What..”
“Abang nak nyanyi lagu untuk Fea…just for you.. for my beloved one”
Ariana ketawa mengekek. Ilham! Umurnya dengan gayanya yang tenang langsung tidak padan dengan status lelaki itu sebagai Ceo Putra Holding. Keanakan seperti dia juga.
“Ermm.. Fea nak dengar.. nyanyi sedap sedap tau..” Dia tersenyum mengusik. Tenang wajah Ilham dipandang..
Ilham tersenyum. Matanya memandang tepat ke wajah mulus Ariana. Tangan Ariana digengam kemas..

“Teringat selalu wajah kekasihku
saat ku menuai lagu
coba engkau dengarkan
ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
ku ceritakan kisah tentang kita
Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
saat kau mulai terjatuh
aku datang menyelamatkanmu
ini surga kita tiada yang menguasainya
tempat kita bersandar dan bertahta

Ariana yang tadinya ketawa terus terhenti. Tangannya menutup mulut sendiri. sebak. Air matanya jatuh melurut.

Tenang sayang kupasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu

Ilham menyapu air mata yang membasahi wajah gadis kesayangannya itu. Namun dalam masa yang sama bibirnya masih mengalunkan lagu itu. Lagu cinta untuknya buat Ariana.

jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu
Tenang sayang, ku tepati janjiku
karna kau wanita terhebat
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu…

Sebaik selesai wajah Ariana dipandang.. “Jangan la nangis..”
Ariana menutup matanya.. Ya Allah mengapa begini akhirnya.. “Abang.. kenapa itu Takdir cinta kita..” Dia merintih sayu. Wajah Ilham dipandang. Mengapa dia tidak ditakdirkan bersama Ilham. Mengapa Ya AllAH..
“Jangan la nangis. Abang bukan nak suruh Fea nangis. Sudah lah.. Fea.. berdoalah pada Tuhan. Mudah mudahan bukan ini takdir cinta kita” Ilham turut mengulangi ayat Ariana. Air mata Ariana diseka lagi.
“Errmm..” Ariana beralah. Lagipula bukankah ini kali terakhir mereka bersama. Bukankah sepatutnya dia menceriakan Ilham.. bukan meratap hiba begini? “Lagu apa ya..”
“Yakinlah aku menjemputmu!!.. kangan band. Tapi lagu ni tak selesai lagi tau.. hanya Fea yang mampu selesaikan lagu ni..” Ilham memberitahu pula. Dalam pada masa yang sama tangannya sudah mencapai sehelai kertas. Menulis lirik lagu itu. Lalu dibawahnya dia menulis nama mereka berdua.
Ariana hanya memandang. Wajah Ilham ditatap sedalamnya. Ya ALLAH bahagiakan lelaki ini. Mintanya didalam diam. Lirik lagu itu dihayati. Mengertilah dia kini.
“Nah.. nanti bila dah siap isi. Bagi pada abang. Dah jangan sedih sedih. Tak comel.. makan jom..” Ilham tersenyum. Seterusnya dia menyuap makanan kepada gadis itu pula. Suka hatinya hanya Tuhan yang tahu apabila dapat menghabiskan waktu mereka begini.
“Abang tak nak makan ker..” Ariana bertanya pula.
Ilham tersenyum. “Fea makanlah.. abang makan nanti..”
Ariana menggeleng. Mulutnya ditutup kemas tanda tidak mahu. “kita makan sama sama ya”
“Fea makanla, nanti tak cukup pulak. Fea tu sakit”
Lengan Ilham dipegang. “ kita makan sama sama ya.. for the last one.. please”
Ilham memandang Ariana.. lama. “Kenapa dengan Fea ni.. asyik kata for the last one jer.. Abang akan bersama Fea sampai bila bila k. Abang takkan tinggalkan Fea lagi.. ok lah.. Abang makan sekali.” Ilham beralah. Hairan dengan karenah Ariana hari ini. Tapi tidak pula dia mahu bertanya apa apa.
Pintu bilik yang dikuak membuatkan mereka berpaling serentak. Kelihatan doctor Nisha melangkah sambil tersenyum. “Wah wah wah.. buat adegan romantic ya” dia mengusik. Setelah beberapa hati Ariana disini dia mula ramah dengan pesakitnya itu.
Ilham dan Ariana hanya tersenyum. “Macam mana dengan pinggang Ariana doctor” Ilham bertanya pula.
“Don’t wory lah.. bengkak di pinggang cik Ariana dah berkurang. Tapi jangan la lasak sangat nanti.. bahaya pulak” Dia memberitahu sambil menatap kedua pasangan yang di kata suami isteri itu. “Bertuah cik Ariana dapat husband macam Encik Ilham.. ambil berat pasal cik Ariana. Dah tu hari hari saya tengok dia bawak bunga. Pagi petang melayan cik Ariana Jarang saya tengok pasangan macam kalian.” Dia memberitahu jujur. Lebih kepada perasaan kagum sebenarnya.
Ariana mula terasa sebak. Suami?? Matanya mula terasa berair.
Ilham yang melihat sudah mengeleng kepalanya. Dia mengerti perasaan Ariana. “Cengeng benar la sayang ni. Malu kat doctor..” Dia mengusik. Tidak mahu Ariana berterusan sedih begitu.
Doctor Aida ketawa perlahan. “k lah saya keluar dulu.. mudah mudahan kalian sentiasa bahagia” Ujarnya mendoakan seraya keluar dari situ. Tidak mahu menganggu privasi mereka berdua.
Ilham hanya menganguk. Lama selepas itu jam tangannya dilirik. Pukul 5.00 petang.. ahh.. cepat benar masa berlalu. Wajah Ariana dipandang. “Abang balik dulu ya.. malam karang abang datang..”
Ariana hanya memandang. Lambat lambat dia menganguk. Ahh.. mampukah dia. Sebaik melihat Ilham menghampiri pintu keluar dia menghampiri. Tangan Ilham dicapai.
“Kenapa ni sayang? Pasni abang datang balik, jangan la sedih macam ni” Ilham berkata tenang apabila melihat Ariana yang sudah sebak. Dia tidak tahu kenapa Ariana begitu beremosi hari ini.
Ariana memejamkan matanya. Dia menunduk lalu mencium tangan itu perlahan. Air matanya menitis. “ Maafkan segala salah silap Fea.. Fea sayang abang”
“ Abang pun sayangkan Fea..” Ilham turut menyakinkan.
Gagal mengawal diri Ariana akhirnya memeluk Ilham erat. Pergilah abang.. Hatinya berbisik sendiri.
Ilham turut membalas. Dahi Ariana dicium perlahan. Sempat hatinya meminta ampun diatas keterlanjuran mereka dan sempat juga dia memohon mudah mudahan jodoh mereka masih ada. Apabila melihat Ariana yang sudah tenang dia melangkah pergi.
Ariana menyapu air matanya. Keputusan sudah diambil. Dia sudah benar benar nekad. Kertas disisi katil diambil. Dalam tangisan yang masih bersisa tangannya laju bergerak diatas kertas itu. Ya Allah tabahkan hati….


p/s: alamak ada technical problem la.. so tak dapat nak provide lagu tema.. u all cari sendiri la erk.. wee~~

Saturday, August 14, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 58

Dahi Ariana berkerut sebaik melihat ada Sesuatu di atas mejanya. Pandangannya beralih pula pada lelaki dihadapannya namun riak tanda tanya yang terpamir kemas diwajah itu membuatkan dia turut dilanda tanda tanya. Langsung tidak berpuas hati dia mendengus perlahan.
“Abang.. cakap la.. saper yang bagi bunga ni” Ariana merayu buat kesekian kalinya. Muka kayu Ilham dipandang lagi.
“Mana la abang tahu. Kekasih gelap Fea la kot. Fea agak siapa..” Ilham masih berkata selamba. Mukanya dipalingkan membelakangkan Ariana. Menahan ketawanya dari terletus melihat riak Ariana yang bengang kerana dia menafikan bahawa dia yang memberi bunga itu.
“Sape ya??” Ariana bertanya lagi. Perlahan. Lebih kepada diri sendiri. Bunga ros berwarna merah, pink, putih dan kuning itu dipandang dan dicium berkali kali. Seakan dapat mengagak siapa pemberinya namun sikap Ilham yang menafikan sekeras kerasnya membuatkan dia kembali binggung.
“Amboi.. tak puas tilik sekarang ni cium pula ya. Kalau tuan yang bagi bunga kat depan. Agak agak dengan dia sekali dapat kiss..” Ilham memerli. Aksi Ariana yang mencium bunga ros itu membuatkan dia ingin ketawa.
“Ala.. abang.. abang kan yang bagi bunga ni” Ariana bertanya lagi. Dia yakin bunga ini diberi Ilham. Masalahnya sekarang Ilham berada bersamanya sedari pagi. Dia Cuma meninggalkan Ilham tidak sampai lima minit itu pun dia menuju kebilik air sekejap. Disebabkan itulah dia teragak agak untuk percaya. Apatah lagi Ilham pula masih tidak mahu mengaku.
“Kenapa Fea cakap abang yang bagi. Abang kan ada ngan Fea sejak tadi. Bila pulak abang beli bunga ni cik Sofea sayang oi” Dia berselorah pula.
Ariana mengaru kepalanya perlahan. Sesekali jari telunjuknya mengetuk kepalanya beberapa kali. Membuat gaya bagai orang yang sedang ralat berfikir.“Cuma abang yang selalu bagi Fea bunga ros..” Bukankah hanya Ilham yang tahu apa bunga kegemarannya? Lebih dari itu bukannya lelaki itu tidak boleh membuat tempahan bunga melalui panggilan telefon. Betul tak??
“Ye la sayang. Abang yang bagi.. suka tak..” Ilham mengiyakan. Kesian pula dia melihat wajah binggung Ariana itu.
“Suka sangat” Bunga ros itu dicium lagi. “Tapi kenapa ada tiga kuntum setiap satu.. warna warni pulak tu” Pelik pula dia. Dahulu ilham selalu memberinya sejambak bunga setiap kali lelaki itu berkunjung ke rumahnya. Tetapi sekarang mengapa hanya tiga??
Ilham menghampiri Ariana yang sedang bersandar dikepala katil itu. Kuntum bunga ros dicapai “I” dia mengetuk mata Ariana dengan sekuntum yang pertama. “love” bunga ros kedua pula digunakan untuk mengetuk hidung itu. “You” kali ini kuntum bunga itu menyapa pula bibir mungil Ariana “Banyak warna.. sebab abang harap kalau hidup Fea sentiasa berseri dan meriah.. warna warni.. macam bunga bunga ni”
Ariana tersenyum Cuma.. “Abang agak agak romantic la ni”
Ilham turut membalas senyuman itu. “Abang memang romantic .. Fea je yang tak tahu..” Matanya dikenyit sebelah.
Ariana mengetuk perlahan bibir Ilham dengan bunga ditangannya. “Nakal.. Abang bila Fea boleh keluar hospital ni. Dah lama dah tinggal sini..” Ariana merengek manja pula. Dia benar benar berharap agar dapat keluar dari hospital secepat yang mungkin.
“Selagi Fea tak sembuh selagi tulah Fea kena tinggal sini. Abang nak ensure sebelum keluar badan Fea betul betul sembuh..” Ilham menerangkan sambil meminta pengertian.
Akhirnya Ariana hanya menganguk kerana itu adalah alasan sama yang didengarinya sejak semalam. Teringatkan sesuatu dia kembali bertanya “Kenapa kena ambil bilik Vip.. siapa yang bayar bil ni” Ujarnya bertanya. Bukanlah dia tidak biasa menginap dibilik vip tetapi cuma sedikit hairan akan siapa yang menguruskan bilik penginapannya itu.
“Yang tu Fea tak yah risau abang dah bayar semuanya.. sebab? Abang nak privasi. Abang harap sangat Fea cepat sembuh..”
Ariana melepaskan nafasnya perlahan. Dia serba salah. Zairil? Dimanakah tanggungjawab lelaki itu sebagai suami. Sudahlah bayang lelaki itu langsung tidak kelihatan biarpun dia sudah tiga hari dihospital ini. Apakah lelaki itu sememangnya tidak mencintainya. Lalu apa pula fungsi dia terus bertahan menjadi isteri Zairil.. Ahh hati tenanglahh.. berikan waktu untuk aku bergembira. Melupakan kesedihan dahulu. Walaupun hanya untuk seketika. “Err .. nanti Fea bayar balik pada abang ya” Dia bersuara perlahan. Kesal sebenarnya kerana terlalu berharap pada Ilham sedangkan mereka kini tidak punya apa apa hubungan. Dan tidak mungin akan punya apa apa hubungan.
“Tak payahlah Fea. Tengok Fea hapy, Sihat.. itu dah cukup bagi abang” Suaranya tetap tenang. Bukan wang yang dia mahukan. Dia kini berasa bahagia kerana dapat menghabiskan masanya dengan Ariana. Biarpun dia tidak pasti sampai bila. Biarlah. Dia tidak kisah. Yang penting sekarang hanyalah kesembuhan dan kebahagiaan Ariana. Melihat senyuman Ariana sudah cukup memberinya semangat untuk terus berjuang mempertahan kan cinta mereka. Biarpun dia tahu Ariana masih tegar memilih Zairil walaupun Zairil tidak pernah mengambil tahu tentangnya.
“Mak long ” Ariana menjerit nyaring sebaik melihat kelibat ibu dan bapa saudaranya berserta kedua orang sepupunya muncul disebalik pintu yang dikuak perlahan.
“Apa yang lelaki ni buat kat sini Ary” Haziq bertanya tegas sebaik melihat Ilham yang sedang duduk disamping Ariana. Apa lagi yang dimahukan lelaki itu setelah pergi meningalkan Ariana. Apa yang lebih penting bila pula Ilham dan Ariana kembali bertemu?
Ilham terkedu. Dia dapat melihat dengan jelas api kebencian di sebalik wajah Haziq yang menyinga. Dia maklum lelaki itu pasti tidak dapat menerima perbuatannya meninggalkan Ariana dahulu.
“Err..” Suara Ariana tersekat sekat. Tidak tahu mahu memberi alasan apa. Dia tahu Haziq dan Shahrul benar benar marahkan Ilham kerana menipunya dahulu. Apatah lagi apabila melihat dirinya yang merana akibat ditingalkan Ilham. Tetapi sekarang dia sudah tahu Ilham tidak bersalah. Apa harus dia menceritakan segala galanya?

Ariana terpaku. Gerakannya terasa terhenti. Wajah Amyra ditatap lama. Pipinya ditepuk perlahan. Cuba memastikan yang berada di hadapannya itu adalah Amyra bukan orang lain. Benar benar Amyra teman baiknya itu. Bukan mimpi. Bukan juga bayangan semata mata.
“Tak usah la awak tepuk pipi awak banyak kali. Memang saya depan awak” Amyra menyakinkan. Kesian pula dia melihat Ariana yang masih tidak berkelip memandangnya. Dia yakin dengan gerak hatinya. Yakin dia masih diterima menjadi teman baik gadis itu. Oleh itu dia muncul dihospital hari ini.
“Saya minta maaf Myra.. saya betul betul minta maaf” Ariana memegang tangan Amyra erat. Sejak dia sedar dari ‘lenanya’ hari itu dia memang benar benar mahu memohon maaf kepada temannya itu. Cuma dia yang tidak mampu untuk menyapa Amyra setiap kali mengingati perbuatan kejamnya terhadap Amyra.
“Sudah lah, benda dah lepas…” Amyra tersenyum Cuma. Dia memang kesal dahulu. Tapi kesalnya lebih kepada melihat perubahan Ariana. Melihat Ariana kembali pulih dan lebih baik dulu itu sudah cukup mengembirakannya. Bukankah itu fungsi sebenar seorang kawan?
“Awak tak marahkan saya” Ariana bertanya lagi. Tidak percaya dirinya dimaafkan semudah itu.
“Uit.. saper kata saya tak marah. Kalau ikut hati saya dah lama saya cincang awak. Buat sup.. mesti sedap kan..” Dia berselorah pula. Hidung Ariana dicuit perlahan.
Ariana memuncungkan bibirnya. “Saya serius awak gurau pulak.. thank tau” Dia beralah dalam ketawa. Syukur kerana hari ini temannya itu sudah kembali.
“Ni kenapa masuk hospital? Awak kalau bab yang satu ni memang tak ubah ubah ya? Itula orang suruh mandi bunga tak nak. Tu bunga banyak tu buat apa.. nak mandi erh.. kantoi” Dia mengusik lagi. Sambil itu dia turut ingin tahu apa yang terjadi sebenranya. Dia tahu Ariana ditahan dari Hospital itu pun kerana Haikal yang memberitahunya.
Meletus ketawa Ilham dan Haikal sebaik mendengar kata kata Amyra itu. mendengarkan itu wajah Ariana kembali memuncung tapi tidak lama kemudian dia turut tersenyum sama. Ahh.. Amyra juga masih seperti dulu. Langsung tidak berubah. “Awak sihat?”
Amyra menganguk Cuma. Dia tersenyum. Dalam pada menanti hari bahagianya itu pastilah dia berada di dalam keadaan sihat.
“Ni muka berseri seri kenapa” Ariana mengusik pula. Muka Amyra dilihatnya berseri seri. Seperti orang yang sedang berbahagia.
Amyra tersengih lagi. Sesuatu diambil dari beg tangannya lalu dihulurkan ke hadapan Ariana.
Ariana terganga. Tidak mahu percaya. “Betul ke ni.. awak nak kahwin dengan Haikal” Dia bertanya pula. Kad yang bersulam nama HAIKAL & AMYRA di belek belek lagi.
Amyra hanya menganguk. Siapa tahu dia yang dulu pernah menolak lelaki itu kini benar benar sudah jatuh cinta dengan Haikal. Kesudahannya dia hanya menurut apabila Haikal mencadangkan mereka terus bernikah. Bayangkan lah semua nya berlaku dalam hanya beberapa bulan. Bermula dari pertemuan mereka semula bersama Ilham hari itu. Ahh.. jodoh pertemuan ditangan TUHAN Siapa yang tahu?
Ariana tersenyum gembira. “Saya yang bercinta dengan Ilham, awak yang kahwin ya? Bila masa you all flirt around ni ermm” Dia mengusik sambil memandang Haikal dan Amyra. Tetapi sebaik melihat wajah Ilham senyuman yang tadi ceria bertukar sirna. Sayu. Ternyata impian cinta ILHAM & ARIANA tidak kesampaian. Ahh.. takdir TUHAN siapa yang tahu?
Amyra yang memahami gelojak hati temannya itu memegang erat tangan Ariana. “Awak ingat kata kata saya…”

Zairil melangkah masuk ke Hospital. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke bilik wad isterinya itu. Wajah Ariana yang serius memandangnya turut ditentang lama. “Bila Ary boleh keluar” Pertanyaannya mendatar.
Ariana memejamkan matanya perlahan. Sukar mempercayai. Setelah berhari hari dia ditahan baru hari ini Zairil muncul?? Ahh.. benar benar tidak patut. “ Saya tak tahu..” Dia menjawab lemah.
Zairil hanya membuat muka selamba. Tiada riak bimbang yang terpamer diwajahnya biarpun jauh disudut hati dia bimbangkan isterinya itu. Entahlah hatinya sendiri sebenarnya sudah tawar.
Melihatkan Zairil yang diam. Ariana menatap wajah itu lagi. “Kenapa awak berubah Aril? Kenapa baru hari ni awak muncul..” Kenapa zairil? Kenapa? Sudah tidak diperlukan kah dia dimata lelaki itu.
“Apa perlu abang disisi Ary kalau Ary dah ada lelaki lain” Zairil memerli sinis. Sampai ke hari ini hatinya masih sakit apabila ditipu hidup hidup oleh Ariana. Sudahlah begitu Ilham pula berhabisan menyuruhnya melepaskan Ariana. Terbukti sudah jikalau Ariana dan Ilham mempunyai hubungan dibelakangnya.
“Saya dan Ilham tak de apa apa” Ariana memberitahu pula. Kisah hubungan mereka dahulu tidak perlu lah dia menceritakan buat suaminya itu kerana dia pasti Zairil tetap tidak mahu mendengar. Lalu apa pula fungsi nya kisah lalu untuk diungkit dihadapan Zairil?
“Sudahlah Ary.. Abang tak nak dengar sandiwara Ary” Zairil merengus geram. Biar seribu kali diceritakan pun dia tetap tidak mahu percaya. Dia bukan sebebal itu untuk mempercayai kata kata Ariana yang pastinya lebih banyak bohong dari kebenaran.
“Awak dah tak sayangkan saya?” Pertanyaanya perlahan. Dia mahu tahu isi hati Zairil. Dia mahu tahu sama ada dia masih diperlukan atau tidak oleh suaminya itu. Ahh.. dia benar benar berharap zairil menerimanya seperti dulu. Paling tidak dia dapat memastikan segala pengorbanan Zairil kepadanya terbalas biarpun tiada istilah cinta diantara mereka.
“Jangan tanya abang. Tanya hati Ary sama ada Ary sayangkan abang atau tidak” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.
Ariana sebak. Berapa kali harus dia mengulang ayat yang sama. Sayang atau tidak. Cinta atau tidak dia akan tetap kekal menjadi isteri Zairil. Dia tidak akan berpaling dari janjinya itu. Kerana dia benar benar sudah pasrah. Ilham bukan miliknya. Dan dia milik lelaki itu biarpun tidak sepenuhnya “Saya sayangkan Awak Aril..”
“Sayang je tak cukup kalau hati Ary bukan pada Abang. Tak guna Ary jadi isteri abang kalau hati tak iklas nak jadi isteri abang. Abang sayang dan cintakan Ary. Setelah apa yang abang korbankan untuk Ary, tergamak Ary tikam belakang abang” Luahnya kesal. Jikalau diturutkan hatinya yang baran pasti kedua insan itu sudah tidak bernyawa dimuka bumi ini.
“Dulu awak tenang je. Sekarang kenapa awak jadi macm ni. Awak yang tak percayakan saya, bukan saya tak nak jadi isteri awak.. Aril.. cinta atau tidak saya akan kekal jadi isteri awak. Itu janji saya. Saya takkan berpaling dari awak, walau apa pun yang jadi.” Nadanya sayu. Sesayu hatinya yang perit dengan permainan hidup yang harus ditempuhi dari masa ke masa.
“Siapa sebenarnya di hati Ary? Abang.. Ilham, atau kekal menjadi hak milik kekasih Ary yang pergi tinggalkan Ary tu” Zairil bertanya pula. Dia benar benar ingin tahu. Ingin tahu siapa sebenarnya di hati Ariana Sofea. Isteri yang disayanginya itu.
Ariana terkedu. Benarlah telahannya Zairil tidak tahu dan tidak pernah tahu jikalau Ilham dan kekasih yang dikata pergi meningalkannya itu adalah orang yang sama. Jika jawapan itu yang lelaki itu mahukan dia Cuma punya dua pilihan. Persoalan siapa yang berada dihatinya itu sudah tentu tidak penting kerana biar dimanapun keadaan tetap tidak akan berubah. Ahh.. mengertikah Zairil dengan hatinya??
“Sudah lah.. Ary simpan je jawapan Ary tu. Abang tak nak dengar. Abang nak balik” Dia berjalan laju. Entah angin apa yang menimpanya dia tidak mahu tahu. Apa yang pasti dia mahu berada jauh dari Ariana. Kesabarannya benar benar teruji apabila berhadapan dengan isterinya itu. Entahlah dia sendiri tidak pasti mengapa dia dulu yang tenang boleh bertukar menjadi sinis seperti itu.
“Awak tak nak teman saya?” Ariana bertanya sebaik menyedari batang tubuh Zairil yang menghala kepintu. Tetapi melihatkan tubuh itu yang tetap tidak mahu berhenti dia menjerit lagi “Awak dah tak suka saya? Apa awak takkan kembali pada saya Zairil?”
Langkah Zairil terhenti. Namun tangannya tetap jua memulas tombol pintu. Tanpa berpaling Zairil membalas pertanyaan Ariana tadi. “Abang akan kembali pada Ary bila Ary putuskan hubungan Ary dengan Ilham..” Seusai berkata dia terus melangkah pergi.


p/s: enjoys your reading.. sory lambat post..busy.. hehehe.. =p

Tuesday, August 10, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 57

“Kak Ary kita pergi klinik ya” Shireen memujuk lagi. Dia tidak tahu apa yang terjadi kerana dia baru sahaja balik dari perak. Beberapa hari yang lalu dia menghabiskan masa di rumah temannya itu.
Ariana mengeleng lagi. Dia benar benar tidak larat untuk bangun. Apatah lagi untuk ke klinik.
Wajah pucat Ariana bersama kesan lebam yang sudah hampir sembuh dilihat dan ditilik beberapa kali. “Apa yang terjadi sebenarnya kak Ary? Kenapa kak Ary jadi macam ni” Dia bertanya tidak percaya. Tidak tahu harus membuat tanggapan apa akan keadaan kak iparnya itu.
“Tak de apa.. kak Ary jatuh” Dia menjawab juga biarpun dia malas. Kasihan pula dia melihat riak bimbang Shireen itu.
“Jom la kak Ary kita pergi klinik..” Tubuh Ariana ditarik supaya bangun.
Menyeringai suara Ariana sebaik ditarik begitu. Biarpun tidak kuat tapi sakitnya tetap terasa. Riak Shireen yang terkejut hanya dipandang sepi.
“Kenapa sebenarnya ni kak.. Reen nak call abang long lah” Dia berkata seraya menekan phonenya beberapa kali. Tapi hampa apabila hanya mesin suara yang menjawab panggilannya.
“Dapat” Ariana bertanya perlahan. Dia ingin tahu betapa tahap kebencian Zairil setakat mana. Melihat gelengan di wajah Shireen dia tersenyum Cuma. Entahlah jiwanya sudah mati. Dia benar benar tidak mengharapkan apa apa lagi.
“Takpelah.. Reen call Angah” Shireen membuat keputusan lagi. Dia yakin Ilham pasti gusar kerana dia tahu cinta Ilham pada Ariana terlalu kuat.
“Jangan” Ariana menahan. Dia tidak mahu Ilham makan penumbuk Zairil lagi. Dia yakin Zairil pasti menyinga sebaik melihat wajah Ilham. Selebihnya dia tidak mahu punya apa apa hubungan dengan Ilham lagi.
“Apa yang jadi sebenarnya ni kak” Dia bertanya pula. Tidak berpuas hati. Dia bukannya anak kecil yang mudah dibohongi begitu sahaja.
“Tak payah susahkan orang lain. Reen akak nak rehat la.. akak tak larat sangat ni” Suaranya tersekat sekat. Matanya dipejamkan. Kepalanya rasa teramat sakit.
“Sudahlah kak. Reen dah tahu semuanya”
Mata Ariana celik. “Apa yang Reen tahu?”
“Reen tahu siapa Sofea dihati lelaki bernama Ilham”
Telinga Ariana berdesing. Sofea? Dia tahu hanya Ilham satu satunya orang yang memanggilnya ‘Sofea’. Ahh.. apa sebenarnya yang diketahui gadis ini. Untuk bertanya dia benar benar tidak larat. Sudahnya dia hanya memandang Shireen. Berharap Shireen menceritakan apa yang dia tahu.
Shireen tersenyum Cuma. Wajah Ariana dipandang “Seperti yang Reen pernah beritahu akak dulu.. Reen sentiasa ada ngan abang ngah. Reen tahu betapa terseksanya dia kehilangan kak Ary. Hari hari dia tengok gambar kak Ary. Sebab tu la Reen tahu. Cuma apa yang we all tak tahu.. kak Ary isteri abang long. Hanya itu.. sudahlah kak Ary. Reen nak call Abang ngah, Reen tahu dia pasti datang.” Seusai berkata dia menghubungi Ilham pula.
Ariana hanya berdiam diri. Ahh.. Ilham.. apa akan jadi dengan cerita kita. Matanya kemudian pejam. Sudah tidak larat mahu memikirkan.

Sebaik sahaja menerima panggilan Alisha Ilham bergegas keluar. Tanpa menunggu enjin kereta viosnya panas dia terus sahaja memecut laju. Khabar yang dibawa adiknya benar benar mengusarkan dia yang sedang bermesyuarat itu.
Tangannya menghentak hentak stereng. Terasa lambat pula lampu untuk bertukar berwarna hijau. Tidak disangka dalam menunggu dia terpandangkan seseorang. Menyirap darah Ilham disaat itu. Tidak menunggu lama dia terus memarkirkan kereta. Pintu kereta ditutup kasar menandakan dia benar benar baran.
“Abang” Ilham menjerit nyaring. Ketika ini Zairil dilihatnya sedang berjalan bergandingan dengan Nisha di tepi jalan raya itu. Mahu menuju ke kereta mereka barangkali. Tidak tahukah Zairil bahawa Ariana sedang sakit?
Malas mahu berbicara panjang Ilham terus sahaja menumbuk muka lelaki itu. Dia benar benar sudah tidak sabar. Zairil memang melampau.
“Kau ni kenapa.. gila!” Zairil memekik nyaring.
“Kau yang gila.. kau tahu Ariana sakit. Tapi apa yang kau buat? Bergelak ketawa dengan Nisha.. suami apa kau ni hah”
“Huh.. padan muka dia” Zairil merengus geram. Langsung tidak ada riak bersalah diwajahnya.
“Kalau kau tak nak Ariana .kau lepaskan dia. Kau ceraikan dia. Biar aku yang jaga dia”
Zairil ketawa perlahan. Sinis. “Aku takkan ceraikan dia. Kau peluk la bayang dia sampai bila bila” Suaranya kedengaran mengejek.
“ Ril” Nisha menjerit. Tidak percaya Zairil sanggup mengeluarkan kata kata sebegitu.
“Huh.. you tak payah tunjuk baik Nisha. Kau orang berdua memang sesuai..” Tangannya menunjuk kearah Zairil dan Nisha. “Dasar manusia yang suka menyusahkan orang”
“ Ilham” Nisha menempik lagi. Dia tidak rela maruahnya diperlekehkan begitu sekali. Bukankah dia sudah menyesal?
Malas mahu mendengar apa apa Ilham pantas menuju ke keretanya. Lalu memecut kembali. Dia mahu membawa Ariana ke hospital. Tidak kuasa melayan drama murahan Zairil dan Nisha.
“Mana dia” Tubuh Shireen digoyang bertanyakan dimana Ariana berada.
“Kat atas”
Ilham pantas memanjat tangga. Shireen yang melihat hanya mampu ternganga dalam rasa hendak ketawa melihat kekalutan abangnya itu. Ahh.. benar benar cintakah Ilham kepada Ariana?
“Fea bangun.. kita pergi hospital.” Bahu Ariana digoyang perlahan.
“Fea.. Fea” Ilham menjerit lagi. Panic pula dia melihat Ariana yang langsung tidak bergerak itu.
“Reen rasa..” Suaranya terketar ketar. Shireen memandang lagi. “Kak Ary pengsan!!”
Ilham terpana. Tubuh Ariana diangkat perlahan lalu diletakkan di tempat penumpang. Wajah itu dipandang. Sabar la sayang.. sabar.. abang ada..

Tampang doctor yang memakai tag nama Aida dipandang kejap. Mengharapkan penjelasan mengenai keadaan Ariana yang sudahpun dimasukkan di wad hampir setengah jam yang lalu. “Apa yang jadi doctor? Kenapa dia tak sedarkan diri.”
“Cik Ariana dalam keadaan stabil. Cuma kami terpaksa tahan dia beberapa hari..”
“Kenapa??”
“Dia kekurangan air dalam badan, jadi kami terpaksa masukkan air didalam badan supaya tenaga dia pulih sepeti sedia kala. Badannya terlalu lemah.”
Ilham hanya menganguk. Tidak tahu mahu bertanya apa lagi.
“Awak suami dia” Doctor Aida bertanya pula. Dia harus bertanyakan Sesuatu yang penting sekiranya benar lelaki dihadapannya itu punya kaitan dengan pesakitnya.
Wajah Ariana didalam bilik itu dipandang. Suami?? Ah.. jikalau diizinkan Tuhan pasti dia akan menjadi suami terbaik untuk Ariana. Pasti tubuh itu akan dijaga sehingga tidak ada sedikit ruang masa pun untuk Ariana merasa sakit. Kesal. Dia benar benar berasa kesal melihat Ariana lena begitu. Mana tidaknya dalam sebulan ini sahaja berapa kali gadis itu ditimpa sakit. Bermula dengan demam! Accident! Dan sekarang??ahh.. Tuhan kalau la diberi peluang itu..
“Ya saya..” Ilham mengaku juga dalam terpaksa. Dihati sempat memohon ampun kerana berbohong. Sempat juga dia memohon kepada Tuhan supaya membuka ruang untuknya menjadi suami kepada Ariana.
“Apa yang jadi pada cik Ariana sebenarnya. Saya lihat ada kesan lebam di mukanya.. dan..” Dia teragak agak untuk memberitahu. Bimbang dikata mencerobohi Privasi pasangan suami isteri dihadapannya itu. Selebihnya dia bimbang Ariana adalah mangsa penderaan apabila melihat kesan biru di beberapa bahagian tubuh itu.
“Dan apa doctor?” Ilham mendesak. Dia mahu tahu apa yang terjadi kepada gadis kesayangannya .
“Dibahagian pinggangnya terdapat kesan lebam teruk. Saya khuatir ia boleh menjejaskan hingga ke buah pinggang. Apatah lagi kesan tu kelihatan agak lama..”
Ilham tersandar di pintu bilik itu. Matanya dipejam rapat. Bibirnya diketap menahan geram mengingatkan orang yang bertangungjawab membuat Ariana begitu.. Ya ALLAH selamatkan dia..
“Tapi Encik bertenang. Kami akan buat pemeriksaan lanjut untuk tahu sama ada bahagian pingangnya terjejas atau pun tidak” Doktor Aida kembali memujuk setelah melihat lelaki dihadapannya itu berwajah kesal dan sedih. Pasti ada cerita disebaliknya.
“Buat la doctor.. buat apa saja untuk selamatkan Ariana. Saya akan bayar berapa pun yang pihak hospital mahu..”
“Kami akan cuba sedaya upaya..” Senyuman tulus diberikan. “ Encik Ilham boleh tunggu Cik Ariana didalam.. Cuma buat masa ini pesakit tidak akan sedar memandangkan kami sudah memberi dia ubat tidur. Saya pergi dulu”
Ilham hanya menganguk lesu. Melihat Ariana yang lena dia menuju ke surau berdekatan. Dia mahu bersujud kepada Tuhan. Memohon supaya Ariana diberi kekuatan mengharungi hidupnya dan dia terus tabah membantu dan setia menanti gadis itu.

“Fea bangun sayang..” Ilham menyeru. Tadi dilihatnya Ariana sudahpun bangun. Tapi dek kerana wajah itu masih lemah dia menyuruh gadis itu tidur kembali. Tetapi mengenangkan nasihat doctor Aida supaya Ariana diberi makan untuk memulihkan tenaganya dia kini menepuk perlahan pipi Ariana berharap agar Ariana akan sedar.
“Ada apa?” Ariana bertanya perlahan. Sakitnya dirasakan sudahpun berkurang. Melihat wajah Ilham dia tersenyum Cuma.
“Bangun .. makan. Abang suapkan..” Tangannya menunjuk ke arah nasi berserta lauk yang sudahpun berada dipingan ditepinya itu.
“Pukul berapa ni” matanya melata mencari apa apa yang boleh menunjukkan sekarang ini pukul berapa. Atau lebih tepat dia mencari jam sebenarnya.
“Pukul 10 malam sayang.. bangun ya. Kita makan sikit” Ilham menunjuk jam tangannya.
Ariana mengeleng. “ Dah lewat malam.. tak nak lah”
Ilham mengeluh perlahan. Wajah Ariana dipandang lama. Ahh.. kasihnya sudah benar benar tumpah buat gadis itu. Tangan Ariana digengam lalu dielus perlahan. Bertujuan untuk memujuk. “Please.. abang tak nak Fea sakit lagi. Abang dah tak sanggup tengok Fea ulang alik ke hospital lagi. Abang betul betul tak sanggup tengok keadaan Fea macam ni”
“ Kenapa..teruk sangat ker” Dia bertanya lagi. Wajah kusut Ilham dipandang.
Hidung Ariana dicuit. “Sebab abang sayang Fea. Kita makan ya.. abang suap.. special edition.. lenkali takde tayangan langsung dah ni. Nanti menyesal tak sudah abang tak tahu” Dia berselorah. Sudah lama rasanya dia tidak mengusik Ariana .
Ariana tertawa kecil. Akhirnya dia menganguk perlahan. Melihatkan angukan Ariana, Ilham segera membangunkan tubuh gadis itu. Menyuruh Ariana bersandar perlahan.
“Bukak la mulut tu sayang oi.. macam mana abang nak suap kalau mulut tutup kemas macam tu” Ilham mengerutkan dahinya.
Ariana menjuihkan bibirnya. “Abang suka mengusik orang sakit ya..”
“Bismillahirohmanirohim.. akhirnya dia masuk juga dalam mulut Fea” Ilham. ketawa lepas namun biar dimanapun betapa hambarnya bunyi ketawa itu masih tetap dapat terlihat dipandangan mata kasarnya.
Ariana tersenyum Cuma. “Kenapa Fea masuk hospital ya?” Dia bertanya namun lebih kepada diri sendiri. Yakin Ilham tidak mampu menjawabnya.
“Dah rezeki Fea nak masuk hospital. Nak wat macam mana? Itulah.. abang dah cakap, jangan buas buas kan dah .. ini masa kecik ni mesti terkurung dalam rumah. Bila dah besar takpuas hati.. meloncat je kerjanya.”
“Abang.. Fea serius ok. Dia wat lawak pulak..” Ariana bersuara seakan merajuk. Tapi bila teringatkan sesuatu dia kembali bertanya. “Zairil tak datang? Abang tak berdosa keapa yang Fea buat ni” Pertanyaannya polos. Dia benar benar tidak tahu harus berbuat apa. Berharap pada Zairil sedangkan lelaki itu berterusan menjauhkan dan membenci dirinya. Menjauhkan diri dari Ilham dia tidak mampu kerana Ilham yang saban hari membantunya.
“Apa yang Fea buat?” Ilham bertanya kembali. Tidak faham.
“Kita berjumpa. Kita bergurau senda sedangkan Fea isteri orang.”
Ilham tersenyum. “Layak ker orang macam Zairil dipanggil suami. Suami apa yang sanggup menyakiti hati dan tubuh isteri sendiri. Fea.. abang bukannya nak ajar Fea buat dosa. Membelakangkan suami tapi Fea kena ingat. Berbaloi ke Fea bertahan kalau ini lah yang Fea dapat hari ni.”
“Mungkin dia marah sebab tengok abang ngan Fea. Kalau kita tak jumpa lagi.. mesti dia tak marahkan” Ariana bertanya tulus. Dia buntu tapi dia mahukan penyelesaian. Dan ketika ini dia hanya punya Ilham untuk menjadi tempat dia meluahkan masalah.
“Fea dah tak nak jumpa Abang? Abang betul betul tak bererti ke buat Fea” Ilham bertanya lirih. Sebal kerana Ariana tetap juga memilih Zairil darinya.
“Fea tak larat dah abang. Fea tak nak jadi isteri derhaka. Fea sayang Abang tapi dah bukan jodoh kita nak buat macam mana.” Ujarnya kesal.
“ Fea masih boleh tinggalkan Zairil.. kalau Fea nak.”
“Abang.. perkahwinan bukan something yang main main. Memang dulu Fea saja main main terima lamaran Zairil. Sebab Fea geram bila dia cabar Fea.. tapi ..”
“Sudah lah.. kita bincang nanti ya” Ilham beralah. Lagipula dia tahu hati Ariana tegar memilih Zairil biarpun Ariana mengakui menyayanginya.
Abang.. dulu Zairil tak macam tu..” Ariana menyakinkan. Dia mahu Ilham tahu biarpun mereka tidak punya jodoh tapi dia tetap bisa bahagia.
Ilham meraup mukanya beberapa kali. Dia tahu Ariana serba salah. Dalam dilemma. Dia juga begitu. Cuba bermain api apabila terus terusan mempertahankan cinta mereka biarpun dia maklum Ariana kini sudah menjadi isteri abangnya. Tapi apakan daya sesuatu yang melibatkan hati bukannya boleh ditolak ketepi. Redha dalam paksa dia masih mencuba untuk meraih Ariana supaya sentiasa kekal bersamanya.
“Takpelah Fea.. abang akan sentiasa doakan supaya jodoh kita tetap ada. Fea makan ya..” Dia cuba memujuk. Tidak mahu Ariana terus terusan berfikir.
“Errmm.. thanks” Ariana menganguk Cuma. Sebaik selesai makan dia memandang jam tangan Ilham. Wajah Ilham yang ketika itu sedang menyuakan air minum untuknya dipandang. “Abang tak balik.. dah lewat malam ni”
Ilham mengeleng. “Abang teman Fea”.
“Abang tak kerja ke esok. Takkan abang nak berjaga kat sini sepanjang malam”
Wajah Ariana ditatap lagi. “Yups.. abang akan jaga Fea hingga Fea keluar hospital.. don`t wory lah.. sofa kan ada” Keningnya dijongketkan melihat riak Ariana yang tidak percaya “Kalau Fea nak bagi abang tidur sebelah Fea pun takpe” Dia tersengih sendiri.
Ariana membuntangkan matanya. Geram bila soalannya dipermainkan. Melihat Ilham ketawa dia turut ketawa. Ahh.. bahagianya detik ini. “Esok kan kerja.. abang tak penat ker..”
Ilham tersenyum lagi. “Kalau abang rajin abang pergila. Kalau malas abang tuang. Paling tidak kalau bos tanya abang cakap je Fea tak bagi abang pergi kerja.. apa susah.. nanti bos abang tu mesti cakap.. bagus! Bagus! Lain kali buat lagi.. hahaha” Ilham ketawa sendiri.
Ariana mengeleng. Ilham! tidak pernah sekalipun berubah. Tetap juga menceriakan nya walau dalam apa jua situasi.
“Ala mentang la company sendiri.. kenapa Fea tak tahu ya dulu?” Dia sekadar bertanya. Hari ini dia mahu bercakap itu dan ini dengan Ilham. Dia mahu mengantikan masa masa lalu. Siapa tahu selepas ini mereka mungkin tidak mampu berbual seperti ini lagi.
“Sory sayang.. abang tak de niat nak tipu. Tak tahu macam mana nak cerita. Lagipun umur Fea masa tu baru 19.. budak kecik lagi. Tak sesuai la abang nak cerita pasal company. Lagipula apa ada pada nama Fea. Nothing. Semuanya tak penting. Fea marah?” Ilham bernada tenang.
“Tak marah tapi terkejut. Kalau Fea tahu nama penuh abang pasti Fea tahu kalau abang ngan Zairil adik beradik kan? Mesti tak jadi macam ni kan!!” dia mengeluh kesal. Namun sebaik melihat wajah Ilham yang turut berubah kesal wajahnya diceriakan kembali. “Tapi takpelah.. bangga Fea tahu nama abang Tengku Fakrul Ilham.. sesuai dengan abang yang hensem.. cute.. comel” Dia tersengih sengih.
Ilham terganga. Tidak percaya Ariana masih bergurau begitu. “Ye la.. abang la yang cute .. comel tu. Sesuai tak dengan orang yang nama dia Nur Ariana Sofea yang .. ayu.. remaja.. muda.. cantik .. lawa.. beauty..”
“Dah dah.. jangan nak mengarut. Pujian melantun lantun” Ketawanya mengekek. Jikalau menanti Ilham menghabiskan kata katanya pasti dia yang akan kembang sendiri nanti.
Hidung Ariana dicuit.. “Serius.. abang tak tipu. Fea lawa bila pakai tudung. Sejak bila Fea pakai tudung ni. Abang rasa Fea nampak macam bidadari. So beautiful..” Dia memuji pula. Ariana dilihatnya semakin matang.
“Sejak Fea sedar dulu tapi bodohnya Fea kan abang.. “ Dia bertanya kembali. Namun masih dalam keadaan bergurau. Entahlah dia sendiri tidak pasti mengapa begini jadinya. Mengapa jalan itu yang dipilihnya dahulu.
“Tak de manusia yang tak buat silap Fea. Yang penting Fea dah sedar. Abang tak salahkan Fea seratus peratus. Salah abang jugak..”Ilham bersuara kesal. Ahh.. andai dapat diputarkan waktu. Pasti dia akan memohon itu.
“Abang tak nak tidur. Abang tak penat ker? Teruk benar Fea tengok muka abang, tak cukup tidur erh?” Dia mengusik pula. Tetapi sejujurnya wajah Ilham memang nampak tidak bermaya dimatanya.
“Takdelah..abang ok.. tak ngantuk pun.” Wajah Ariana dipandang serius. Seketika keningnya dijongketkan beberapa kali. “Tapi kalau Fea nak tahu sebenarnya Fea la penyebabnya. Macam mana abang nak tidur kalau Fea still macam ni. Fea jangan la susahkan abang lagi ya. Ini tidak pasal Fea la abang bagaikan mandi tak lena. Tidur tak kenyang. Makan tak basah.. huhuhu.. parah betul tu..”
Bedebuk!! Bahu lelaki dihadapannya itu ditampar perlahan. Geram pula dia bila Ilham mengejek ngejeknya. Wajah Ilham dipandang berani. “Abang kalau membebel memang macam mak nenek.. sebijik!!”
“Yes you are right.. makin sayang abang pada Fea, memahami betul. Dah tu dalam bab bab mengutuk memang pandai.”
Ariana mencebik. Tidak lama kemudian ketawa mereka beradu sama.
“Dah la tu. Kalau ketawa tak ingat dunia. Fea tidurlah dah lewat.. abang teman” Ilham menegur. Gembira melihat Ariana ketawa.
“Tak nak lah.. Fea tak ngantuk lagi” Dia memberitahu sebaik ketawanya terhenti. Kini senyuman pula menghiasi bibirnya. Sakit yang dirasakan seakan hilang bila dilayan baik begitu.
“Tidurlah sayang… tidur” Ilham berkata sambil merebahkan badan Ariana. Menyuruh gadis itu berbaring. Melihat kepala Ariana yang tergeleng tanda tidak mahu dia hanya tersenyum. Selimut ditarik sehingga separa dada Ariana.
“Abang nak seru Fea ya” Ariana bertanya perlahan. kenangan dia yang tertidur akibat diseru Ilham beberapa kali menjengah ingatannya. Namun ketawanya meletus sebaik teringat lelaki itu lewat ke tempat kerja kerana menemaninya yang tidak mahu tidur. Ahh.. Ilham.. ada ada saja..
“Tidur ya.. good nite.. sweet dream.. I love you..”

p/s: ada wish untuk kamu semua di blog satu lagi.. apa apapun selamat membaca n selamat berpuasa.. ngee..

Sunday, August 8, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 54 dan 56

BAB 56
Ariana hanya kaku di tempat duduknya itu. Itu jugalah yang dilakukannya sejak dua tiga hari ini. Jikalau tidak berbaring. Dia berdiri. Hanya kadang kadang dia menuju kebilik air. Untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk setiap kali masuk waktunya. Untuk makan dia benar benar tidak terasa lapar. Tiada selera.
Imej yang terbias dicermin dilihat lama. Ahh.. teruknya muka engkau Ariana. Dia mengutuk diri sendiri. Manakan tidak dipinggir bibirnya masih lagi berwarna merah dan kebiruan. Masih mempunyai tanda betapa dia dipukul suami sendiri.
Dia ingin bangun. Tapi kembali terduduk apabila pinggangnya terasa sakit. Ya ALLAH. Nama itu diseru berkali kali. Air matanya menitis. Zairil?? Kejamnya lelaki itu. Sakit pinggangnya pun gara gara lelaki itu menolaknya sehingga dia terkena bucu almari.
Ahh.. tidak ada rasa belaskah di hati lelaki itu. Apa sebenarnya yang terjadi dia tidak tahu. Memang dia akui dia salah kerana terlanjur memeluk Ilham di hospital. Itupun kerana dia berasa benar benar sedih setelah mengetahui cerita sebenar.
Kalau la dia tahu Ilham tidak bersalah pasti dia menghalang lelaki itu dari berlepas. Dan hidupnya tidak akan terumbang ambing begitu. Sudahnya kini dia hanya mampu meratap sendiri.
Zairil?? Setelah apa yang dikorbankan buatnya dia benar benar tulus mahu terus kekal menjadi isteri zairil. Tapi apa pula kesudahannya. Disaat dia nekad tidak akan menerima Ilham biarpun hatinya ternyata berada dekat dengan hati lelaki itu. Apa pula dia dapat? Jikalau diturutkan hatinya yang marah sudah lama dia kembali ke pelukan Ilham.
Ilham?? Lelaki itu tidak pernah biar sekali pun mengasari tubuhnya. Bersama Ilham hatinya terbuai gembira dengan seribu rasa. Tapi dia redha. Dia tulus melepaskan Ilham kepada perempuan yang lagi baik.
Perempuan baik?? Itulah salah satu sebabnya mengapa dia tidak mampu untuk melihat Ilham lagi. Dia sudah kotor. Biarpun dia masih suci namun kesuciannya tetap tercela diatas segala salah dan silapnya. Dan Ilham bisa mendapat yang terbaik untuknya.
Itu juga bukanlah bermakna dia tidak kasihankan Zairil yang mendapatnya yang sudah tercela. Tapi dia benar benar mahu berkorban untuk menjadi isteri lelaki itu setelah apa yang Zairil korbankan untuknya. Teringat betapa baiknya Zairil melayannya dahulu. Hatinya menjadi sayu.
Dia akui dulupun dia tidak menerima Zairil didalam erti kata yang sebenarnya tapi tetap juga dia membiarkan sesekali pipi dan dahinya dicium mesra oleh suaminya itu. Dan kadang kadang tetap juga dia bersandar manja di bahu lelaki itu. Sesekali suara rajuk dia mahupun Zairil tetap kedengaran di banglo ini.
Tetapi sekarang?? Dulu dia tidak mampu kerana dia benar benar cintakan Ilham. Sekarang pun masih jua sama. Cintanya tetap utuh. Cuma yang pasti dia sudah tidak mahu bersama Ilham. Kenangan mereka sedikit demi sedikit terlerai kerana dia yakin jodoh mereka tidak ada.
Tapi siapa sangka Ilham rupa rupanya adik kepada Zairil. Luka kerana ditinggalkan adik tidak disangka mampu dan terus terusan dirawat oleh si abang. Gembiranya dia menanti untuk berjumpa iparnya akhirnya menjadi mimpi ngeri kerana Ilham adalah salah satu darinya.
Namun jauh disudut hati dia tetap gembira. Akhirnya wajah lelaki itu mampu ditatap lagi. Tapi dia akur hidup bukan berdasarkan cinta semata mata. Oleh itu dia nekad perkahwinannya akan diteruskan. Seluruh hidupnya akan diserahkan buat Zairil.
Lagipula, ikatan perkahwinan bukannya semudah itu untuk dilerai. Bukan seperti kayu yang mudah untuk dipatahkan. Bukan juga seperti kertas yang terus sahaja bercerai sebaik dikoyak. Perkahwinan sesuatu yang amat sulit untuk dirungkai.
Tapi… Disaat dia menerima Zairil apa yang dia dapat. Air mata. Herdikan demi herdikan. Malahan lebih dari itu Zairil tetap juga melayannya kasar biarpun Ilham sudah melangkah meninggalkan banglo mereka.
Pelacur? Apakah itu dia dimata Zairil. Lalu mengapa pula Zairil meluahkan kata cintanya pada dia. Curang? Sedikitpun tidak terniat dihatinya. Ahh.. perit. Hidup memang memeritkan. Sudahlah begitu. Zairil kini dilihatnya selalu sahaja keluar. Kemana dia tidak tahu.
Lelaki itu memang benar benar tidak mahu mengerti. Tetap juga tubuhnya disakiti. Malahan perit dibibirnya langsung tidak dihiraukan. Sudah bekukah hati lelaki itu? Kalau bukan mengapa sehingga kini Zairil masih tidak mahu merawat lukanya itu. Ahh.. Ilham.. mungkin itu takdir cinta kita. Jikalau ini harga yang harus dibayar kerana mencintaimu.. aku redha dalam pasrah.

Zairil mengerakkan tangannya seketika, sengal. Tangannya berasa sakit akibat sudah lama tidak memukul orang. Siapa sangka akhirnya tangan yang sesekali bergurau menyekeh kepala Ilham akhirnya terlepas juga penumbuk di tubuh adiknya itu.
Kini mulutnya pula digerakkan. Sakit akibat pukulan Ilham masih juga berbekas sehingga kini. Ahh.. dia dan Ilham memang sudah ditakdirkan saling berebut di antara satu sama lain.
Ariana?? Ahh.. dimana keadaan isterinya itu? Dia sendiri tidak pasti. Dia benar benar berpatah arang dengan Ariana. Sakit dihatinya hanya Tuhan yang tahu betapa orang yang disayangi tergamak berpaling darinya.
Tapi benarkah Ariana sememangnya dicintai? Jikaulau ya mengapa kini dia bersama orang lain, bukannya merawat sakit isterinya akibat terlanjur memukul tubuh kecil itu.
Jikalau tidak dicintai. Mengapa darahnya terasa memuncak sebaik melihat Ariana memeluk Ilham dihospital hari itu. Tetapi tetap disabarkan hatinya. Tetap juga dia meluahkan kata kata ‘Abang sayang Ary’
Tuhan.. apa sebenarnya yang terjadi. Apakah disebabkan Ariana tidak pernah memeluknya seerat itu dia berasa marah. Atau sememangnya dia dahagakan belaian dari isterinya itu. Sekali. Ya hanya sekali Ariana menunjukkan kemesraanya. Mencium pipinya sebagai tanda terima kasih kerana assigmentya sudah disiapkan.
Memang dia akui sesekali Ariana tetap menyandarkan kepala dibahunya. Dan dia juga sering mencium dahi dan pipi gadis itu biarpun Ariana hanya kaku membeku. Ahh.. Ariana siapa sebenarnya dihatimu. Apakah aku, Ilham atau sememangnya ia kekal menjadi milik orang yang pernah meninggalkan kau dulu..
“Sakit lagi Ril”
Mendengarkan suara itu Zairil berpaling. Nisha! Atau .. atau sebenarnya aku yang harus bertanyakan kepada TUHAN siapa dihatiku sebenarnya. Nisha?? atau Ariana??
“Dah kurang..”
Nisha membelek lagi wajah Zairil. Kesian pula dia melihatnya. Tetapi untuk memarahi lelaki itu dia tidak mahu. Kesal kerana Zairil sedikit pun tidak mahu mendengar kata katanya.
“ Ilham dan Ariana sebenarnya..”
“Berapa kali I cakap. Jangan disebut nama mereka berdua” Zairil mendengus geram. Dia tidak mahu mendengar nama itu lagi.
Nisha melepaskan keluhan. Masuk hari ini sudah berapa kali dia mencuba memberitahu Zairil akan hubungan Ariana dan Ilham. Dia mahu membaiki salahnya yang lalu. Tapi lihatlah sendiri. Pantang saja bagi Zairil apabila nama Ariana dan Ilham diadun sekali. Cepat sahaja wajah yang kacak itu berubah menjadi seperti singa lapar. Nisha tersenyum. Sempat pula dia mengutuk Zairil yang hanya bersandar di sofa sambil memejam mata itu.
“Pukul berapa ni” Zairil bertanya perlahan. Namun matanya tetap turut terhala kearah jam dinding yang terletak di kondo Nisha itu.
“11 malam” Nisha menjawab sepatah. Dia tidak risau membiarkan Zairil menenangkan dirinya disini. Malahan dia gembira apabila Zairil kini rapat dengannya. Namun dalam pada bergembira dia tetap berjaga jaga. Risau keadaan menjadi lebih parah. Bayang pembantu rumahnya dicari. Dia tersenyum apabila melihat Tuti yang sedang mengemas meja.
“k lah.. I balik dulu” Seusai berkata dia membuka pintu. Dia ingin pulang. Ingin menatap wajah Ariana yang sudah tentunya lebam teruk dikejutkan olehnya. Ahh.. entah bagaimana rupa gadis itu sekarang?

“Sakit lagi” Zairil menyapa sebaik sahaja pulang malam itu. Ariana dilihatnya hanya baring mengiring sambil memejam mata. Tapi dia tahu Ariana tidak tidur kerana dia dapat melihat gerakan nafas di badan Ariana.
Ariana hanya diam membeku. Setelah berhari hari Baru hari ini Zairil bertanya padanya. Tak usahlah. Hatinya sudah beku. Malahan hanya semakin menambahkan sakit yang sedia ada.
Tubuh Ariana, Zairil hampiri. Kepala gadis itu Diusap lembut. “Abang minta maaf” Luahnya perlahan
Ariana mencebik. Dia berpaling kearah lain apabila dirasakan Zairil terlalu lama memandangnya. Hatinya sakit. Terlalu sakit.
“Abang mengaku abang salah.. terlanjur memukul Ary. Terlanjur berkata bukan bukan.. tapi salah Ary jugak” Dia berkata mendatar.
Ariana berpaling. Dia ingin memberitahu sesuatu. Dia ingin berterus terang. “Saya dan Ilham sebenarnya”
Bam!! Bunyi jam jatuh berdesing ditelinga Ariana. Jelas wajah Zairil yang menyinga memandangnya.
“Jangan disebut boleh tak.. sakit telinga saya tahu” Zairil memebebel panjang. Entah lah dia benar benar baran dikala ini. Buktinya Ariana baru sahaja menyebut nama Ilham dia sudah mula menunjukkan belangnya.
Ariana hanya mencebik. Tak takut pun. Biarpun badannya sudah sedikit menggigil.
“Ary tidur lah.. Abang nak keluar” Dia berkata sambil berlalu. Tidak mahu berlama disitu. Takut tanganya naik ke pipi Ariana.
“Awak nak pergi mana?” Ariana bertanya perlahan. Dia mahu bertanya biarpun dia tidak mahu tahu.
“Disco.. enjoys.. bukan itu ker cara nak selesaikan masalah?” Mulutnya memerli laju. Langsung tidak perasan riak Ariana yang sudah berubah.
Ariana berdiam diri. Kelu untuk bersuara. Pergilah Aril.. pergi.. dia merintih perlahan.


p/s:- saya da post! hehehe...

tengok korang teruja membaca (bg y teruja la) tetiba lak rasa sayang nak delete blog ni.. huhuhu.. kalau saya tarik balik kata kata saya macam mana.. hahaha..

apa apa pun enjoys the entry k...

Friday, August 6, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 54 dan 55

BAB 54


Zairil mengetap giginya. Geram. Tidak menduga Ariana akan bertindak senekad itu hanya untuk membutakan matanya. Tubuh Ariana ditolak kuat.
“Jangan Ary ingat bila Ary buat macam ni abang akan percaya pada cinta palsu Ary..”
Ariana hanya memandang. Apa sebenarnya yang dimahukan lelaki itu dia tidak tahu. Ahh.. Tuhan benarkah jodoh ku bersamanya? “Apa yang awak nak sebenarnya Aril? Awak nak bukti yang saya cintakan awak kan? So ini buktinya, saya serahkan diri saya pada awak. Tak cukup lagi?”
Tubuh Ariana ditolak pula supaya jatuh ke katil. Ariana memejamkan matanya. Tidak sanggup menghadapi semua itu.
“Huh.. Ary tak ikhlas. Jangan buat perkara bodoh Ary” Zairil merengus geram. Dia tidak sebodoh itu untuk mengambil isterinya dalam keadaan begini. Dia bukannya manusia yang bertuankan nafsu. Cuma hatinya yang retak sebaik mengetahui Ariana tergamak berpaling darinya.
Ariana berdiri. Tubuh zairil dihadap supaya bertentang dengannya. “Saya relakan diri saya untuk bersama dengan awak Aril..saya relakan.” Dia cuba menyakinkan. Namun matanya tetap terpejam rapat. Ya Allah redhakan ketulusan hati.. hatinya sempat memohon.
Prang!! Berderai bunyi kaca jatuh sebaik sahaja tubuh Ariana mengena frame di atas almari apabila tubuhnya sekali lagi ditolak Zairil. Menitis air matanya disaat melihat darah merah keluar dari kakinya. Ya ALLAH sakitnya.. Ariana menyeringai seketika. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Wajah zairil ditentang berani. “Awak dah gila ker?”
Zairil hanya tersenyum sinis. Langsung tidak ada rasa kasihan di matanya. Padanya Ariana tidak layak dikasihani kerana sudah ‘berpaling’ darinya. “Memang , memang abang dah gila.. dan abang gila sebab Ary. Ary!!”
Dalam kesakitan Ariana cuba berdiri. Tidak betah bercakap sedangkan Zairil membelakangkannya. “Apa yang saya dah buat pada awak??”
“Jangan pura pura tak tahu Ary, Jangan pura pura jadi isteri yang baik kalau diri memang tercela!”
“Aril!!” Tangan zairil dipaut. Dia ingin mendapatkan penjelasan mengapa lelaki itu mengamuk secara tiba tiba. Tapi lain pula angapan Zairil kerana mengangap Ariana mencuba menguji kesabarannya. Tidak semena semena tangan itu melekap dipipi Ariana. Ariana terduduk. Terketar ketar tubuhnya akibat terlalu terkejut dengan tamparan yang tidak diduga itu. Mukanya ditekup ke lantai. Air matanya mengalir laju. Ya Allah seumur hidupku tidak pernah aku mengharapkan perkahwinan ku berakhir begini.. hatinya terasa sayu. Silap langkah kah dia kerana tegar bersama Zairil.
Bedebuk!! Zairil terjatuh sebaik pipinya ditumbuk oleh seseorang. Matanya tajam sebaik melihat Ilham mara ke arah Ariana.
“Ya ALLAH.. Fea bangun ya sayang kita pergi dari sini..” Tubuh Ariana yang sedang menunduk ditepuk beberapa kali. Sebak hatinya melihat Ariana begitu. Seumur hidupnya tidak pernah biarpun sekali tubuh itu dikasarari. Ahh.. tergamaknya kau Abang.
Ariana mendongakkan wajahnya. Tidak pasti bila Ilham masuk ke biliknya. Membuntang matanya disaat melihat muka Ilham yang sedikit lebam.
“Kau tak payah nak buat drama kat sini. Itu isteri aku. Kau lepaskan tangan dia” Zairil membentak geram. Ya inilah yang membuatkan dia naik angin. Sungguh tidak disangka isterinya sanggup bermain kayu tiga dengan adiknya sendiri.
“Fea.. ikut abang ya” Ilham tidak menghiraukan . Pipi Ariana ditilik lagi. Darah yang mengalir dipinggir bibir mulus itu disapu perlahan.
“Apa yang jadi Am.. kenapa muka awak lebam?” Digagahkan juga hatinya bertanya dek terasa terlalu ingin tahu.
“Lepaskan dia!! Jangan kau ingat aku akan benarkan untuk kali ni. Dulu kau rampas Nisha dari aku dan sekarang kau nak rampas pulak bini aku. Huh aku takkan benarkan” Tubuh Ilham ditarik lalu ditumbuk bertalu talu.
Ariana terkedu. Langsung tidak menyangka Zairil kini sedang memukul Ilham. Ilham yang langsung tidak bersedia hanya mampu menepis seadanya.
“Sudah la tu.. kenapa ni??”
“Kenapa??” Berdesing telinga Zairil sebaik mendengar perkataan itu. Tidak mengertikah isterinya itu bahawa dia sedang baran akibat kecewa apabila melihat Ariana berpelukan dengan Ilham, adiknya sendiri. Tidak ada rasa sesalkah di hati gadis itu.
Rambut Ariana ditarik kuat menyuruh gadis itu berdiri. “Kenapa kau tanya.. kau curang dengan aku. Kau ni kan memang dasar perempuan murahan. Aku selamatkan kau. Aku jaga kau, tapi tergamak kau curang dengan aku ..”
Curang?? “Lepasla Aril.. bila masa saya curang dengan awak?”
“Kau ingat aku tak nampak kau berpelukan dengan Ilham hari tu!! Dasar perempuan pelacur” Tubuh Ariana ditolak tepat mengenai bucu katil.
Air mata Ariana menitis. Pelacur?? Zairil mengangap dia pelacur?? Tidak! Dia tidak mahu mendengar itu.
Ilham terkesima. Tersayat hatinya mendengar tuduhan Zairil terhadap Ariana. Langsung sakit hati dia menarik pula tubuh Zairil. “Kau jangan sesekali hina Sofea macam tu.. “ Tangan Zairil direntap lalu ditolak menjauh.
“Fea, kita kena pergi dari sini. Fea ikut abang ya” Ilham merayu lagi. Dia tidak sanggup melihat Ariana disakiti begitu. Tidak untuk seumur hidupnya.
Ariana hanya kaku membeku. Dia masih tidak percaya dengan ayat yang keluar dari mulut Zairil. Tidak walaupun hanya sekali.
Ilham menarik tangan kecil itu supaya berdiri. Dia mahu membawa Ariana keluar dari situ. Sudah tidak ada gunanya Ariana bertahan disitu. “Fea ikut abang ya sayang.. tak guna Fea tinggal kat sini, abang akan jaga Fea.
Mata Zairil memerah. Perkataan ‘Abang’ dan ‘sayang’ yang meniti dimulut Ilham benar benar membuatkan dia baran. Untuk menumbuk lelaki itu dia terasa tidak mahu mengotorkan jarinya. Akhirnya dia tersenyum sinis menatap Ariana dan Ilham yang berada sedikit jauh darinya. “Jangan kau orang berangan nak hidup bersama. Huh!! Dengar sini, bersaksikan kau” Tangannya menunjuk ke arah Ilham. “Perkahwinan aku dan Ariana aku gantung. Biar padan muka dengan perempuan macam kau” Tangannya menujuk pula pada Ariana. Seusai berkata dia ketawa perlahan. Puas hati.
Pegangan Ilham di tangan Ariana terlepas. Dia beku melihat Ariana yang sudah terkedu. ‘Abang kau kejam’ Tubuh zairil ditarik. Kolor baju itu dicekak. Padanya kini sudah tidak ada istilah adik dan abang di dalam hidup mereka. Dia ingin menghadiahkan penumbuk kepada lelaki yang kakinya sudah tidak injak ke bumi kerana dicekak olehnya itu. Zairil sudah melampau. Melampau!!
“ Ilham” Ariana menjerit nyaring sebaik tangan lelaki itu ingin mencecah muka Zairil. Dia mengeleng perlahan. Tanda tidak membenarkan Ilham memukul Zairil.
“Kenapa Fea? Biarkan abang pukul dia, dia tak layak buat Fea macam ni” Ilham merengus geram. Pegangannya di badan Zairil masih tidak dilepaskan.
“Sudahlah abang. Pergilah.. pergi.. biarkan Fea.. biarkan” Airmatanya luruh laju.
“Tidak.. abang tak kan puas hati selagi dia tak tarik balik hinaan dia pada Fea..” Ilham bertegas.
Ariana berdiri. Tubuh Ilham dan Zairil dihampiri. Sakit. Perit untuk dia melangkah namun digagahkan jua. Tangan Ilham yang memegang Zairil dipegang kejap. “Pergila abang. Biarkan Fea. Fea tak layak untuk abang. Apa yang Zairil kata semuanya betul. Biarkan biarkan.. Fea mohon.”
Pegangan Ilham terlepas. Kepala Ariana dipegang dengan kedua belah tangannya. “Fea.. ikut abang. Abang terima Fea walau apa pun yang jadi. Fea bukan macam tu sayang. Jangan percaya cakap dia”
Tangan Ilham ditolak perlahan. Dia mengeleng lemah. “Fea takkan tinggalkan Zairil.. abang pergilah.. pergi..”



BAB 55

Sesekali Ilham menyeringai sakit. Tangan Haikal yang masih menyapu ubat diseluruh mukanya langsung tidak dihiraukan. Fikirannya kini hanya terarah kepada Ariana. Bagaimana agaknya keadaan Ariana sekarang?
Fea.. kenapa Fea degil. Kenapa terus bertahan disisi Zairil. Abang kenal Fea.. Abang tahu Fea tak sekuat tu sayang.
Hatinya merengus geram. Ada rasa geram dan ada rasa kesal. Geram! Geram kerana Zairil tega memukul Ariana sehingga tubuh gadis itu lebam begitu. Kesal! Kesal kerana Ariana tidak mahu mengikutnya.
Fea .. cinta abang pada Fea seluas lautan. Tak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Ahh.. mengapa Fea tak mahu mengerti sayang.
Pedih. Hatinya tersayat. Hiba. Dia tidak tergamak untuk melihat Ariana begitu. Tidak walaupun sekali dalam hidupnya. Gadis itu dicintai sepenuh hati. Dia terlalu mencintai Ariana.
Salah diakah yang membuatkan hidup Ariana penuh dengan duka? Ahh.. tidak mereka berdua adalah mangsa permainan Nisha. Nisha kau kejam!!
Fea sayang.. mata Ilham terpejam. Masih terbayang wajah yang menangis tersedu merayunya pergi tadi. Jikalau diturutkan hati pasti tubuh gadis itu turut dibawa keluar dari banglo itu. Namun melihatkan Ariana yang berkeras mahu kekal disitu dia akhirnya mengalah.
“Auch” Ilham terjerit nyaring. Tangan Haikal ditolak kasar. “Sakit lah” Geram pula dia apabila lamunanya berderai begitu sahaja.
Haikal tersengih sengih. “Alah sakit sikit pun nak menjerit jerit. Macam perempuan.” Ketawanya kedengaran mengejek.
Ilham menjengilkan matanya. Geram. Sudahlah dia kini punya masalah. Badannya sakit sakit akibat dipukul abangnya itu. Kini Haikal dengan muka tidak bersalah langsung terus terusan ketawa tanpa menghiraukan hatinya. Kejam betul!!
“Ok ok.. sory.. ni kau ni apehal. Macam zombie”
Bedebuk!! Kepala Haikal ditepuk perlahan. Namun dia kembali mengaduh sebaik selesai berbuat begitu. Terlupa pula tangannya itu turut perit.
“Tu la.. tangan tu jaga sikit kepala aku ni berdaulat tahu” Haikal memerli laju. Wajah temannya yang lebam teruk dipandang lama. Tak depasal cari pasal. Memang padan muka. Opss!! “Teruk betul abang kau pukul kau ya” Dia menegur pula.
“Maunya tidak.. dah macam orang gila aku tengok..” Ilham hanya mengiyakan. Dalam fikirannya pasti abangnya itu ingin membalas sakit hati dahulu. Dulu dia juga hampir ditumbuk Zairil sebaik lelaki itu tahu dia dan Nisha akan ditunangkan. Namun tidak sempat apabila Alisha berterusan menahan dan merayu. Sudahnya sebaik sahaja dia bertunang Zairil sudahpun berlepas ke Uk. Tetapi lewat kata kata Zairil tadi bahawa dia merampas Nisha membuatkan dia mula berfikir sendiri. Dahulu dia tidak pernah tahu bahawa Nisha dan Zairil bercinta. Dia Cuma tahu beberapa hari sebelum mereka bertunang. Itupun dia tahu dari adiknya. Tapi semuanya sudah terlewat. Biar dia menentang keras pertunangan itu tetapi umi dan papanya masih berkeras mahu dia bertunang dengan Nisha? Lalu apa pilihan yang dia ada? Dan kini Zairil mengungkit kisah lalu. Malahan kini abangnya itu mengubah fakta pula dengan mengatakan dia merampas Nisha. Sedangkan bukankah Zairil sudah jelas akan hal yang berlaku dahulu?
“Tu la kau, bini orang jangan dikacau” Haikal membuat lawak. Cuba berselorah tapi terhenti sebaik melihat wajah mencuka Ilham. Teruk benar kawannya itu dikerjakan cinta.
“Apa yang patut aku buat Kal?” Ilham bertanya tenang. Dia buntu harus berbuat apa sebenarnya. Mengharapkan Ariana kembali kepangkuannya lalu dijadikan isteri agak sukar untuk direalisasikan memandangkan perkahwinan Ariana sudah digantung tidak bertali.
“ Kau lepaskan dia”
Mata Ilham sekali lagi terjegil. “Kau nak suruh aku lepaskan dia? Depan mata aku Sofea dipukul dan diherdik. Aku pun tak pernah pukul dia apatah lagi mama dan papa dia. Zairil memang dah melampau” Dengusan kasar dilepaskan.
“Teruk benar ke keadaan Ariana tu?” Haikal bertanya lagi. Ada rasa tidak percaya yang menghuni fikirannya. Manakan tidak Zairil sorang lecturer. Apa pantas seorang lecturer berkelakuan begitu?
Ilham memejam matanya. Pedih. “Teruk tak teruk, luka dikaki, bibir. Lebam pulak tu.. eii.. geramnya aku”
“Tak sangka aku dia buat macam tu. Abang kau tu sebenarnya cintakan Ariana ke tak. Bingung kepala aku ngan kau orang dua beradik ni” Haikal merungut kesal.
“Entahlah. Kepala dia tu yang bodoh. Suka suka hati lempang Sofea..” Hatinya mula bertunas demdam. Dia tidak kisah luka dibadannya bertambah asalkan jangan sesekali hati Ariana apatah lagi tubuh gadis itu disakiti. Dia tidak rela. Biar atas alasan apa pun dia tidak rela.
“Mungkin dia cemburu bila tahu hubungan kau dengan Ariana, itu maknanya dia sayangkan Ariana. Suami mana tak jelous bila isteri ada hubungan dengan adik ipar.”
“Pembetulan. Lelaki mana tak sakit hati bila kekasih jadi isteri abang sendiri. Kau kena ingat Kal.. aku dan Sofea dah kenal dulu.”
Haikal merengus. Temannya ini memang tidak mahu mengerti. “Memang kau dan Ariana pernah bercinta tapi kalau dari segi hak, Zairil lebih berhak keatas Ariana sebab dia suami Ariana. Kau.. kau hanya orang yang dia cintai. Ikatan perkahwinan tidak semudah itu untuk dileraikan. Kau ingat dengan membawa Ariana jauh dari Zairil kau dan Ariana akan hidup bahagia? Tidak Am!! Sampai mati pun kau takkan mampu menyentuh Ariana selagi Ariana masih bergelar isteri orang. Apatah lagi nak membahagiakan dia..”
“Kalau benda tu mudah untuk dileraikan.. tak payah aku susah susah pujuk Sofea tinggalkan Zairil.”
“Aku nasihatkan kau sebagai kawan Am. Bukan aku tak suka kau dengan Ariana. Tapi jalan yang akan kau tempuh dengan Ariana terlalu rumit. Silap hari bulan hidup Ariana merana dek terus terusan dibenci oleh suami sendiri.”
“Sebab itulah aku nak Sofea balik pada aku. Aku tak rela Zairil sakiti dia, apatah lagi dengan gantung Ariana tak bertali macam tu”
“What!! Gila!! Cinta memang gila. Kau yakin Ariana akan tinggalkan Zairil. kalau kau je yang berusaha tapi Ariana tak.. tak der guna jugak”
“Ahh.. pusing cakap dengan kau. Aku cintakan Sofea dan Fea cintakan aku. Kalaupun suatu hari ditakdirkan Sofea bukan untuk aku, aku akan tinggalkan dia tapi sehingga aku pasti jikalau dia benar benar bahagia. K lah.. aku nak tidur. Lenguh badan aku ni. Kau pergila naik tidur. Dah lewat malam ni. Howewer thanks you sebab sapu ubat kat aku.. nanti aku belanja cendol jiran sebelah.”
Mulut Haikal ternganga. Ahh.. Ilham selalu begitu. Dia sudah kenal temannya itu. Jikalau mulut becok begitu pasti temannya itu mahu ditinnggalkan sendirian. Nak melayan sendu. Tak brutal langsung. Namun dia akur hati insan mana yang tidak terluka melihat orang yang dicintai dilukai. Melihat Ilham yang sudah terpejam di sofa empuk itu dia terus memanjat tangga mahu menuju kekamarnya.
Ilham membuka matanya sebaik bayang Haikal tidak kelihatan. Ahh.. akukah yang bersalah? Maafkan abang sayang. Dia merintih perlahan sebaik mengingati sebab mengapa abangnya itu baran dengannya dan Ariana

Pintu bilik Ilham dikuak kasar. Sebaik melihat Ilham yang sedang berdiri dihadapannya dia terus menerpa. “Aku nak kau jauhkan diri kau dari isteri aku”
Ilham mengerutkan dahinya. Dia yang baru sahaja selesai solat isyak benar benar tidak tahu apa yang membuatkan abangnya masuk kebiliknya lalu berkata kasar begitu “Apa yang abang cakap ni”
“Jangan berpura pura dengan aku. Dulu kau rampas Nisha dari aku. Sekarang kau nak rampas Ariana dari aku. Apa yang ada dalam kepala kau sebenarnya hah!!” Ujarnya baran. Dikala ini segala fakta mula diputar belitakan. Biarpun dia tahu Ilham terpaksa bertunang dangan Nisha tetapi Fikirannya yang waras sudah berubah songsang sebaik mengetahui Ilham mempunyai hubungan dengan Ariana. Isterinya itu. Hubungan apa dia tidak tahu. Tapi dia yakin hubungan itu pasti akan diketahuinya nanti.
“Abang” Ilham turut terjerit nyaring. Tidak percaya Zairil mengherdiknya begitu. “Kau sendiri tahu, aku tak pernah dan tak hingin bertunang dengan Nisha dan sampai mati pun aku tak pernah hingin perempuan macam tu!! Aku terpaksa.” Bahasanya turut bertukar. Mengikut rentak Zairil yang sudahpun memandangnya garang.
“Huh.. terpaksa. Terpaksa apa kalau kau selalu berulit dengan Nisha. Kehulu kehilir dengan Nisha. Menyesal aku dengar kata Reen” Dia meluahkan kekesalanya pula kerana percaya kata adiknya itu bahawa Ilham tidak bersalah. Kalau tidak pasti Ilham sudah lama makan penumbuknya itu.
“Kau jangan menuduh aku yang bukan bukan ya. Gara gara kekasih kesayangan kau tu lah.. hidup aku merana. Aku hilang segalanya dalam hidup. Dan sekarang kau nak salahkan aku pulak.”
“Diam.. aku bagi amaran pada kau jangan hampiri Ariana. Kalau tak kau boleh berambus dari rumah ni” Dia mengugut.
“Apa maksud kau.. kenapa pulak aku kena jauhkan diri aku dari Ariana?” Kesabarannya turut memuncak. Kalau inilah akhirnya. Memang sudah lama dia membawa Ariana keluar dari rumah itu.
“Itu isteri aku kau faham”
“Masalahnya sekarang.. apa yang aku dah buat hingga aku kena jauhkan diri aku dari dia?” Dia masih ingin bertanya.
“Kau jangan ingat aku tak tahu.” Buk!! Penumbuknya tepat mengena Ilham. Geram. Dia benar benar baran melihat muka tidak bersalah Ilham itu.
Ilham hanya terpaku. Tidak berniat untuk membalas pukulan abangnya. Biar dimanapun abangnya itu tetap dihormati. Cuma yang dia ingin tahu sekarang mengapa?? Mengapa abangnya marah begitu. Sudah tahukah abangnya mengenai hubungan dia dan Ariana? Kalau ya tidak ada belaskah di hati lelaki itu untuk melepaskan Ariana kepadanya?
“Apa yang abang tahu” Pinggir bibirnya diusap perlahan. Sakit. Perit. Tapi dia tetap ingin bertanya.
“Kau ingat jangan hampiri Ariana” Zairil tidak mahu menjawab soalan itu. pintu bilik Ilham dihempas dengan kasar. Meluahkan rasa tidak puas hatinya.
Ilham hanya mampu memandang. Kelu! Lama selepas itu dia mendengar bunyi berdesing kaca jatuh membuatkan langkahnya laju menuju ke bilik abangnya. Terpana dia melihat Ariana yang kaku begitu. Langsung geram terus sahaja lelaki itu ditumbuk.


p/s- sory sory tak sempat nak rep komen anda.. insyaallah nanti sayer reply.. btw saya nak tutup blog sebab after posting semua bab sal cerita ni.. saya tak rasa nak buat cerita baru lgi.. tak sempat.. that why nak tutup.. but no worries.. hanya akn ditutup after habis post.. n saya akan beritahu tarikhnya.. so jangan risau.. korang mesti sempat baca cerita ni till the end,..=p

thanks for comment yerk..
nanti ada time saya rep... hehehe.. tq..=p

Wednesday, August 4, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 52 and 53

BAB 52


Melihat Ariana yang bersendirian di laman rumah Ilham menerpa. Selagi mampu dia akan terus merayu Ariana kerana dia tahu Ariana cintakan nya bukan Zairil. Dia mahu menebus salahnya. Dia mahu Ariana berada di sisinya kerana dia cintakan gadis itu seumur hidupnya.
“Apa lagi yang awak nak? Tolongla pergi jauh dari hidup saya” Ariana merayu lirih. Dia benar benar rawan apabila hari hari dikejar lelaki itu. Tidak penatkah Ilham mengejarnya.
“Abang akan terus seru Fea. Sampai Fea kembali pada abang” Ilham bersuara perlahan. Namun masih jelas untuk ditangkap oleh telinga Ariana.
“Saya takkan kembali pada awak, biar beribu kali awak seru pun. Saya tak cintakan awak” Dia bersuara lagi. Memohon pengertian. Bimbang hatinya yang sudah retak pecah berderai.
“Gerakan badan Fea tak seiring dengan kata kata Fea. Percayalah Fea, cinta Fea hanya untuk abang”
“Saya tak cintakan awak Ilham. Tak, saya tak cintakan awak” Dia bersuara lagi.
“Kalau tak cintakan abang kenapa rantai yang abang bagi Fea masih pakai. Dekat dileher Fea. Menunjukkan cinta kita lekat dihati Fea” Ilham menunjuk pula pada rantai loket yang terletak kemas dileher Ariana. Tidak cukup lagi kah bukti yang ditunjukkan bahawa gadis itu turut punya perasaan yang sama dengannya.
Ariana mengetap bibir. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak pernah mencuba untuk membuang jauh rantai itu dari lehernya. Biarpun selepas ditegur Zairil dahulu. Dengan gerakan longlai dia menanggalkan rantai itu. Berat hatinya namun dia harus melakukannya juga.
Sebaik rantai ditanggalkan dia menarik tangan Ilham lalu diletakkan ditelapak tangan lelaki itu. “Ambillah..”
“Fea.. jangan macam ni sayang..” Tangan Ariana digengam erat.
“Pergilah Am.. pergi” Ariana merayu perlahan. Apatah lagi dia bagai dapat mendengar suara Zairil yang memanggilnya dari dalam rumah.
“Fea..” Ilham mengetap bibirnya. Benar benar keraskah hatimu sayang? Pegangan tangannya terlerai.
“Apa yang Ary ngan angah buat kat sini?”
Mendengarkan suara itu. Ariana berpaling. Wajahnya pucat melihat Zairil yang sedang tunak berdiri beberapa langkah dihadapannya. “Err.. saya ambil angin..”
“Ouh..” Langsung tidak mengesyaki apa apa Zairil menerpa ke tempat Ariana. Tetapi dahinya kembali berkerut sebaik melihat rantai Ariana berada di tangan Ilham. Dan wajah adiknya itu kusut semacam. “Kenapa rantai Ary ada dengan angah? ”
“Err.. angah nak tengok rekaan dia tadi. Nak hadiahkan buat girlfriend dia” Suaranya diceriakan sambil mendatar memberi alasan yang dianggap logic.
“Ouh.. angah dah baik dengan kekasih angah ya..” Zairil bertanya pula. Langsung tidak perasan riak wajah yang sudah ketara berubah itu.
“Eh.. bukan la. Rantai tu sebenarnya Reen yang nak” Shireen menyampuk sebaik mendengar kata kata abang longnya.
Ariana terpinga pinga. Sandiwara apa yang dimainkan adik iparnya itu?
“Ouh..” Zairil menganguk pula. “Abang ingatkah angah nak bagi pada kekasih baru dia tadi” Dia berselorah.
Ketawa Shireen lepas. Wajah abangnya dipandang “Wow.. abang ngah ada kekasih baru ya..” Dia turut menyakat. Sengaja mahu memeriahkan suasana yang suram.
“Seumur hidup, abang hanya akan cintakan seorang perempuan Reen.. hanya seorang” Seusai berkata dia berlalu pergi.
Shireen mengetap bibir. Terasa serba salah apabila terasa dia sudah terlampau mengusik abangnya itu.
Zairil yang mendengar terpinga pinga. Tidak faham mengapa adiknya perlu berkata serius begitu.
Air mata Ariana mengalir perlahan. Tersentap dengan pengakuan Ilham yang tidak diduga itu. Ahh.. Ilham benar benar cintakah awak kepada saya??

“Achum!!” Ariana bersin buat kesekian kalinya. Hidungnya digosok perlahan. Lemah badannya dirasakan apabila tiba tiba badannya mendadak diserang panas.
“ Ary ok tak ni” Zairil bertanya lagi. Bimbang pula dia melihat isterinya itu.
“Saya ok” Dia berkata sambil tangannya mengurut perlahan kepalanya yang sakit. Pening! Kepalanya benar benar pening.
“Tak payah pergi kerja la ya, kita pergi klinik” Zairil memujuk pula. Sedari tadi dia memberitahu Ariana supaya tidak usah ke pejabat namun gadis itu tetap berdegil. Tetap mahu berkerja seperti biasa.
Ilham memandang dengan riak bimbang. Ingin turut serta bertanya namun kata katanya tidak terluah. Lagi pula apa kata Zairil nanti apabila melihatnya yang beria menjaga Ariana itu.
“Saya.. saya..” Tidak sempat Ariana menghabiskan kata katanya dia yang tadi berdiri kembali jatuh melurut ke lantai. Pengsan akibat didesak rasa yang teramat sakit dikepalanya.
“Ya Allah Ary” Tubuh Ariana dipaut lalu Zairil membawanya ke sofa. Pipi Ariana dditepuk perlahan. Bertujuan untuk menyedar kan Ariana yang pengsan tiba tiba.
“ Reen ambil air…” Zairil menjerit nyaring.
Shireen yang baru sahaja tiba terus pergi kedapur lalu kembali dengan segelas air ditangan. Sebaik gelas bertukar tangan dia melihat wajah Ariana yang pucat bagaikan mayat hidup itu. Demamkah Ariana? Sama seperti Ilham. Begitu kuatkah kasih mereka sehingga sakit Ilham turut dapat dirasa Ariana? Hatinya berdesis kecil. Dia tahu Ilham turut demam ketika ini. Malahan demam lelaki itu masih tidak kebah hingga ke saat ini cuma abang ngah nya itu yang tetap mahu bekerja. Sama degil seperti Ariana.
Wajah Ilham dipandang pula. Pucat?? Pucat kerana melihat Ariana yang terbaring lemah di sofa itu. Terlalu sayangkah abangnya itu kepada Ariana? Jikalau benar cinta mengapa begini akhirnya.
Zairil? Zairil yang sedang mengelus lembut pipi Ariana bagi menyedarkan isterinya itu dipandang pula. Lalu bagaimana pula dengan Zairil andainya Ariana kembali kepada Ilham? Ahh.. benar benar cintakah Zairil kepada Ariana .
Buntu. Dia yang melihat pun terasa sukar untuk memihak kepada siapa. Tidak tahu mahu melihat abangnya yang mana bahagia. Apatah lagi Ariana. Ahh.. Ariana siapa sebenarnya yang engkau cintai?
Pelik!! Aneh. Jika dihitung kira Zairil lebih berhak keatas Ariana kerana abang long nya itu suami kepada Ariana sedangkan Ilham. Ilham hanya cinta pertama gadis itu. Masih ada peluangkah untuk Cinta Ilham dan Ariana bersatu??
“Angah.. hantar abang pergi klinik. Abang nak bawak Ary pergi klinik.” Tubuh Ariana didukung. Dia sudah tidak sabar menanti isterinya itu sedar.
Ilham hanya menganguk. Hanya mampu memandang Zairil mendukung Ariana erat. Ahh.. mengapa bukan dia ditempat itu. Mengapa TUHAN??

“Berehat ya. Nanti abang call Haziq bagitahu Ary tak sihat” Zairil berkata seraya mencium perlahan dahi isterinya. Dia harus ke university kerana studentnya exam hari ini. Jikalau tidak pasti dia mengambil cuti untuk menjaga Ariana.
Ermm.. Ariana mengangguk perlahan. Tubuhnya sudah terasa sedikit segar sebaik balik dari klinik tadi.
Dahi isterinya diusap sekali lagi. Selimut ditarik untuk menutupi tubuh Ariana yang pasti sedang kesejukan itu. Selepas itu wajah Shireen dipandang pula. “ Reen jaga kak Ary ya.. pukul lima abang balik”
Shireen hanya menganguk. Menghantar Zairil pergi dengan pandangan matanya. Sebaik melihat mata Ariana yang terpejam rapat dia turut keluar. Tidak mahu menganggu lena Ariana.
“Dia dah tidur” Ilham menyapa Shireen sebaik adiknya itu tiba diruang tamu.
Dahi Shireen berkerut. Bukankah Ilham sepatutnya sudah ketempat kerja? “A`ah.. abang tak pergi kerja lagi?”
Ilham hanya mengeleng. Dia tidak sampai hati meningalkan Ariana sendirian. Matanya dipejam sambil menyandar di sofa.
Shireen mendekat. Dia seakan dapat membaca apa yang ada difikiran Ilham ketika itu “Abang ngah, kalau benar kak Ary bahagia dengan abang long.. kenapa tidak abang biarkan je”
Ilham menjengilkan matanya. Terasa tidak percaya Shireen berkata begitu. Pandangannya tajam melihat adiknya itu
“Reen keliru abang. Tak tahu nak berpihak pada siapa. Abang long atau abang ngah, dua dua Reen sayang. Kalau betul kak Ary cintakan abang long dan sebaliknya kenapa tidak abang biarkan. Sekurang kurang abang tahu orang yang abang cintai bahagia.. bukan itu definisi cinta?”
Argh… Ilham terasa bagai ingin menjerit. Kenapa mereka semua menyuruhnya melepaskan Ariana. Tidak tahukah mereka bahawa cintanya terlalu kuat buat Ariana. Wajah Shireen ditatap lama “Kalau benar Fea bahagia disisi Zairil abang akan lepaskan dia, tapi sampai ke saat ini abang yakin cinta kami kukuh dik. Abang akan terus berusaha sehingga abang yakin yang Fea bahagia dengan pilihannya sama ada abang atau abang long..”
“Abang nak pergi tengok dia kejap” Ilham berjalan menuju ketingkat atas. Dia mahu menjenguk Ariana.
“Abang..” Shireen menjerit perlahan. Gusar.
Ilham memandang wajah Shireen kembali. “Abang tahu apa yang abang buat. Reen jangan risau..” Melihat senyuman Shireen, Ilham kembali melangkah. Pintu bilik Ariana merangkap bilik abangnya itu dikuak perlahan.
Kepala Ariana diusap lembut . “Abang sentiasa cintakan Fea biarpun Fea cakap Fea dah tak cintakan abang..” Wajah Ariana yang lena ditatap lama.
“Kenapa Fea? kenapa begini jadinya? Kalau betul Fea cintakan Zairil beritahu abang yakinkan pada abang kalau Fea benar benar memilih Zairil bukan abang.” Hatinya bergetar menahan seribu rasa.
“Kalau dapat diputarkan masa pasti akan abang lakukan hanya untuk Fea. Bangkitla Fea.. beritahu pada abang. Yakinkan abang yang Fea tak cintakan abang..” Ilham merayu pula.
“Kalau benar Fea cintakan Zairil dan tak perlukan abang lagi, beritahu abang. Supaya abang dapat pergi jauh dari hidup Fea” Wajahnya diraup perlahan. Ahh.. dia benar benar tertekan dikala ini. Tangan Ariana dicapai lalu digengam erat.
“Bangunla sayang. Beritahu abang kalau Fea hanya cintakan abang supaya abang tetap mampu bertahan. Tetap mampu bertahan di sisi sayang” Sebak benar hatinya. Ya ALLAH lemahnya dia sebagai seorang lelaki.
“Awak..” Ariana memanggil perlahan. Tekaknya perit tetapi dia tetap mahu berbicara. Dia mendengar kata kata Ilham itu. Dia dengar segala galanya.
“ Fea dah bangun.. Fea nak air” Ilham bertanya pantas.
Air mata Ariana menitis. Cukup la Ilham .. cukup. Jangan dibelai hati yang sedia terluka ini.
“Jangan menangis sayang. Abang ada dekat dengan Fea” Tangannya menyeka air mata yang mengalir laju dipipi gadis itu.
Ariana mencuba untuk bangun. Dia menyandar disisi katil. Wajah Ilham ditenung. “Pergila Ilham..” Dia merintih sayu.
“Fea dah tak cintakan abang?” Ilham bertanya lagi. Merasakan ada sesuatu disisi katil dia berpaling. Berkerut dahinya melihat benda itu. Namun jauh disudut hatinya dia mengucapkan syukur. Yakin peluang buatnya masih ada.
“Saya tak cintakan awak”
“Sudah la Fea. Jangan bohong lagi. Itu apa maknanya? Mengaku la hati Fea hanya untuk abang dan sampai bila pun ia tetap tersedia untuk abang” Dia menunjuk comforter yang dilihat tadi. Dia yakin Ariana dan Zairil sebenarnya hanya berpura pura semata mata. Ceria yang terlakar di sebalik wajah pasangan itu hanya palsu semata mata
Air mata Ariana menitis lagi. Harus apa lagi yang dia katakan. Ya dia mengaku dia cintakan Ilham untuk seluruh hidupnya. Dan disebabkan itulah dia tidak mampu menyerahkan dirinya kepada Zairil biarpun suaminya itu punya hak. Biar berulang kali dia menjerit mengatakan dia sudah tidak cintakan Ilham namun cintanya tetap utuh malah makin bertambah. Tapi apa lagi yang mampu dia lakukan. Biar diputar seribu kali perasaanya pun. Dia tetap isteri kepada Zairil. Tetap menjadi kakak ipar kepada Ilham.
Zairil?? Dia tidak tergamak meninggalkan Zairil setelah apa yang dikorbankan lelaki itu untuknya. Dia tidak tergamak dan dia tidak mahu melukakan hati lelaki itu. Biarlah. Biarlah dia dan Ilham kekal terluka. Setidak tidaknya dia tahu dia sudah membahagiakan Zairil. Lelaki yang telah banyak berkorban untuknya. Biar kan. Biarkan semuanya berlalu.
“Fea kembali pada Abang ya” Muka Ariana dipegang dengan kedua belah tangannya.
Ariana mengeleng lagi. Tangannya turut memegang wajah Ilham. Lelaki yang akan dicintai seumur hidup. “Fea memang cintakan abang. Seumur hidup Fea, Fea Cuma cintakan abang.. tapi Fea mohon.. berilah pengertian hanya untuk sekali ini. Lepaskan Fea. Biarkan Fea kekal menjadi isteri Zairil”
“Tapi Fea tak cintakan Zairil kan” Ilham bertanya tidak mengerti.
“Fea cintakan abang. Zairil dah banyak berkorban untuk Fea. Fea tak nak dan tak sanggup lukakan hati dia, biar kan.. biarkan semuanya berlalu. Cukup kalau abang tahu cinta Fea hanya untuk abang..”
Ilham berdiri. “Abang akan berterus terang dengan Zairil. Biar dia tahu semuanya” Dia melangkah ingin keluar.
Ariana pantas memaut tangan Ilham. Lalu mengeleng perlahan. “Fea takkan kembali pada abang.. biar apa pun yang terjadi!!”



BAB 53


Sebulan berlalu keadaan masih sama. Mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Tiada apa yang berubah. Hambar. Kehidupan mereka yang berada dirumah itu sememangnya hambar. Langsung tiada serinya.
“Ril” Nisha memanggil perlahan. Suasana rumah yang sepi membuatkan suaranya bagaikan bergema diserata banglo itu.
“You buat apa kat sini Nisha” Zairil bertanya nyaring. Geram pula dia melihat Nisha yang masih ingin bertemunya biarpun jauh disudut hati dia terasa sayu melihat wajah tidak bermaya Nisha.
“I nak jumpa you” Nisha bersuara lirih. Dia nekad dia ingin berjumpa Zairil. Dia ingin terus merayu. Hingga yakin Zairil bukan untuknya.
“Ada apa lagi Nisha?” Pandangannya dihalakan kepada gadis itu. Namun terlihat pula pada Ariana yang berada di tangga. Terus dicapai tangan isterinya itu. lalu dibawa ke hadapan Nisha.
“Siapa ni Ril.. apa yang you buat kat sini Ariana?” Jantungnya mula berdegup kencang melihat tangan yang bertaut itu.
“Ini isteri I.. Ariana Sofea!!”
Nisha terpempam. Terasa bagai dihumbam ke dalam lurah api. Hukum apa yang menimpanya sekarang. Dulu dia memisahkan Ilham dan Ariana dan sekarang.. Sekarang Ariana merupakan isteri Zairil?? Tidak. Dia tidak mahu percaya.
“Ariana??”
Ariana hanya menganguk dalam rasa terkejutnya melihat Nisha. Akhirnya mereka bertemu lagi. Apa pula tujuan Nisha datang kesini? Mahu bertemu Ilham atau Zairil? Hatinya tertanya sendiri.
“You isteri Zairil??”
Ariana menganguk lagi.
Sebaik melihat wajah Ilham, Nisha kembali berpaling. Tubuh Ilham dihampiri. Menatap wajah lelaki itu pula.. “Semua ni tipu kan Am”
Ilham hanya kelu tanpa suara. Tidak mampu untuk menuturkan hakikat yang sudah nyata.
“Kenapa? Bukan ker” bukan ker Ariana berkasih dengan Ilham. Suaranya bergetaran. Hakikat yang tersua menyakitkan hatinya.
“Abang naik atas kejap, phone call” Zairil yang tidak perasan apa apa terus naik sebaik melihat Ilham berada bersama dengan Nisha. Dia yakin Ilham dapat melayan Nisha sementara dia menjawab panggilan yang diterimanya itu.
“Kenapa? Kenapa awak jadi isteri Zairil bukan Ilham” Tubuh Ariana digoncang kuat.
Ariana hanya tersenyum. Sinis. Teringat kejadian diresort dia memandang wajah Nisha sedalamnya dia bukanlah berdendam. Cuma merasa aneh melihat wajah keruh Nisha. Dia cuma mahu menyedarkan gadis itu. “Bukan itu yang you mahu Nisha? Bukan you yang pisahkan I dengan Ilham? Jodoh I dengan Zairil.. bukan dengan Ilham”
Airmata Nisha luruh dipipinya. Menyesal. Dia menyesal. “I minta maaf.. sebenarnya Ilham tak bersalah. Semua tu I yang rancang” Ya peristiwa dulu memang dirancang. Sengaja dia menelan ubat tidur supaya dia dapat kelihatan seperti orang yang benar benar sakit dan dapat pengsan dengan mudah. Sengaja juga dia menumpahkan kopi dibaju Ilham. Sengaja juga dia memakai baju tidur lalu berpaut erat didada Ilham supaya kelihatan seperti mereka benar benar sedang memadu asmara. Semuanya dibuat kerana rasa cemburu. Dia mahu Ilham mengalihkan cintanya kepada dirinya. Selebihnya dia mahu Ilham meninggalkan Malaysia tanpa ada rasa kesal. Tapi dia lupa Tuhan maha adil. Cinta Ariana dan Ilham kukuh, biarpun mereka tidak bersama. Dan dia kini kembali merayu cinta Zairil.
“NISHA” Ilham menjerit kuat. Sungguh dia tidak sangka semua yang terjadi itu sudah dirancang oleh Nisha. Sangkanya apa yang terjadi adalah dugaan dalam hubungannya dan Ariana. Pernah juga dia berfikir begitu tapi ditolak sekeras keras oleh hatinya. Yakin Nisha benar benar sakit malam itu.
Ariana terkedu. Dia mengeleng perlahan tidak percaya. Jadi selama ini.. selama ini mereka terpisah gara gara perbuatan Nisha. Dulu dia pernah beranggapan Ilham memang melakukan perbuatan terkutuk itu namun tidak pula dia mengungkit kerana dia terlalu sayangkan ilham. Lalu dia memaafkan Ilham. Ahh.. Nisha kejamnya engkau. Gara gara engkau hidupku hancur.
“Maafkan I Ilham.. Ariana..” Nisha merayu sambil menangis. Tangan Ariana dipegang kejap.
“ I tak sangka Nisha, you sanggup buat macam tu.” Ilham menarik tangan Nisha yang memaut lengan Ariana. Dia tidak mahu Ariana disakiti lagi. Cukup lah. Tubuh nisha yang jatuh akibat ditarik kasar langsung tidak dihiraukan. Hatinya benar benar kesal.
“ Ilham.. I minta maaf..” Tangan Ilham digengam pula.
“You buat hidup I dan Ariana menderita.. seumur hidup I .. I takkan maafkan you Nisha. Tidak untuk kali ini” Ilham bersuara tegas. Nisha harus dihukum diatas kesalahannya.
Nisha terpempam. Badannya mengeletar mendengar kata kata tegas Ilham. Dia mahu merayu lagi tapi melihat Zairil yang mara kearah mereka membuatkan kata katanya terhenti.
“Kenapa ni?” Zairil bertanya sambil memandang satu persatu wajah yang berada diruang tamu itu.
Ariana terus berlari keluar. Dia tidak mahu mendengar apa apa lagi. Tidak. Cukuplah. Hatinya sudah hancur berderai. Selama ini dia kuat kerana yakin memang itu ujian dariNYA tapi sebaik tahu semuanya berlaku gara gara perbuatan Nisha. Dia terasa rebah. Betapa hidupnya dipermainkan oleh orang yang langsung tidak mempunyai kaitan dengannya.
Poooooonnnnnnnnn. Kuat bunyi hon kereta membuatkan langkah Ariana terpaku. Matanya terasa berpinar. Kepalanya terasa berat. Biarkan biarkan semuanya mati.. Biarkan semuanya berakhir disini..
“Ary”
“Fea”

Tubuh kaku Ariana yang terbaring di atas katil di Hospital Pantai dipandang tidak bertepi. Ilham masih setia menunggu. Berharap jikalau Ariana akan sedar.
Tangan kaku Ariana dipengang kejap. Sesekali tangannya membelai rambut Ariana. ‘Fea bangunla sayang..’ Semalam dia terasa bagai mahu rebah disaat melihat Ariana yang terbaring kaku dengan darah yang keluar laju. Dan hari ini?
Hari ini Ariana masih lena. Tiada tanda tanda mahu bangun. Matanya dipejam kejap. Cuba meneliti seraut wajah yang sendu itu.
Zairil?? Dia tidak tahu kemana abangnya itu pergi. Setahunya abangnya masih tidak memunculkan wajahnya dihospital ini.
Sebaik melihat Ariana tersedar Ilham lantas berdiri. Ya ALLAH syukur ke hadratmu! Ilham berdesis kecil. Gembira apabila gadis itu sudar sedar.
“Fea dah sedar?”
Ariana menutup matanya kembali. Sebaik mengingati apa yang terjadi air matanya kembali menitis.
“Kenapa ni Fea??” Ilham bertanya lembut. Mujur saja abangnya itu tidak ada. Jadi dia boleh menjaga Ariana buat seketika ini.
Ariana menyembamkan wajahnya di dada Ilham. Pedih. Hatinya benar benar tersayat. Sekujur tubuh Ilham dipeluk lama. “Abang..”

Tiga hari berada di hospital bayang Zairil masih tidak kelihatan. Pelik pula dia. Kemana perginya suaminya itu tidak pula dia tahu. Melihat Ilham yang mara dia tersenyum Cuma. Beberapa hari ini hatinya bahagia kerana Ilham berada disisi.
“Fea nak makan buah?” Ilham bertanya lembut.
Ariana hanya menganguk. “Thanks” Ujarnya sebaik sahaja buah disuakan dihadapannya.
“ Fea sakit lagi?” kepala Ariana yang luka berbalut dibelek perlahan.
“Tak dah ok.” Tangan Ilham yang memegang kepalanya digengam. Sebak hatinya apabila tahu kisah sebenar. Lagi sebak hatinya apabila dilayan baik begitu.Tuhan.. mengapa jodohku bukan dengannya?
“Jangan sedih sedih, nanti sakit. Abang tak nak Fea sakit, sebab abang sayang Fea..” Ilham berkata jujur. Sebaik melihat ada air mata yang bergenang di tubir mata Ariana. Dia faham akan rasa yang dialami Ariana itu kerana dia turut punya rasa yang sama. Ahh.. Nisha? Perempuan itu pasti akan menerima pembalasan kerana telah memisahkan mereka.
“Zairil mana?” Ariana bertanya pula. Tidak mahu melayan perasaan. Bimbang dia akan berpaling dari suaminya itu.
“Abang tak tahu.. Fea” Wajah Ariana ditatap. “Fea kembali pada abang ya” Dia merayu lagi buat kesekian kalinya.
Ariana mengeleng. “Fea dah berjanji pada dia Fea takkan berpaling dari dia. Tak der jodoh kita abang. Abang doakan Fea bahagia” Hatinya masih berkeras tidak akan sesekali kembali kepada Ilham. Ya dia akui hatinya pedih apabila mengetahui hakikat cinta mereka yang berkecai adalah disebabkan oleh orang lain. Bukan salah Ilham tapi biar dimanapun bukankah semuanya sudah terlambat? Sudah tidak ada jalan untuk dia kembali kembali kepada Ilham. Biarlah. Dia sudah redha kini.
Ilham hanya menganguk. Pedih. Tapi dia cuba memahami. Andai itu keputusan Ariana siapa dia untuk menghalang. Tidak mahu menatap wajah lembut itu dia menuju ke tingkap pula. Membelakangkan Ariana. “Kalau itu yang Fea mintak. Cuma apa yang abang nak Fea tahu, seumur hidup abang hanya Fea yang abang cintai..” Kata katanya mati sebaik terdengar pintu dikuak. Dia berpaling. Wajah Zairil ditatap. Engkau bertuah Abang..desis hatinya kecil.
“Awak sihat?” Ariana bertanya ramah. Hairan melihat wajah Zairil yang serius.
“Sepatutnya abang yang tanya Ary.. Ary sihat”
Ariana menganguk. Tangan Zairil dicapai lalu dicium perlahan.
“Angah keluar dulu.. lepas ni Reen sampai” Ilham bersuara seraya keluar. Tidak mahu berlama disitu. Bimbang tangannya naik ke muka abangnya sendiri. Biarpun dia tahu abangnya itu tidak bersalah.
Setelah menghantar Ilham pergi dengan pandangan matanya Ariana memandang Zairil pula. Pelik dia melihat Zairil yang hanya membeku melihatnya. “Kenapa??”
“Abang sayang Ary!!”

Zairil mundar mandir. Hatinya rawan apabila hakikat tersua didepan mata. Wajah Ariana yang berdiri dihadapannya ditatap. “Ary cintakan abang? ”
Ariana mengetap bibirnya. Tidak pasti mengapa soalan itu yang berulang kali ditanya Zairil semenjak dia keluar hospital. “Saya sayangkan awak” Dia bersuara yakin. Dia sememangnya menyayangi Zairil. Budi yang lelaki itu taburkan tidak akan dia lupa sampai bila bila.
“Abang tanya sama ada Ary cintakan abang atau tidak?”
Ariana mengerutkan dahinya. Cintakah dia pada lelaki itu?? Malas mahu memanjangkan cerita dia hanya menganguk. Pusing kiri atau kanan dia tetap milik Zairil. Tidak akan berubah.
Zairil tersenyum hambar. “Kalau Ary cintakan Abang, kenapa Ary tak bahasakan abang dengan panggilan abang?” Dia menyoal lagi.
Ariana terkedu. Sukar memberi jawapan yang pasti. Tidak lama kemudian dia tersenyum pula. “Mulai hari ini saya akan panggil awak abang..”
“ Ary tak cintakan Abang kan??” Tubuh Ariana digoncang bertalu talu.
Ariana mencuba menahan tangan kekar itu dari mengoncang dirinya. Sakit pula kepalanya bila dibuat begitu. “Awak ni kenapa? Saya isteri awak. Sama ada cinta atau tidak saya akan tetap kekal menjadi isteri awak”
Zairil ketawa perlahan. Sinis ketawanya di pendengaran Ariana “Huh.. Ary memang tak pernah cintakan abang!!”
Ariana memandang pelik. Kalau diturutkan hatinya dia malas mahu melayan. Namun disabarkan hatinya. Dia sudah nekad akan kekal menjadi isteri Zairil. “Saya sayangkan awak”
“Lagi lagi itu yang Ary sebut tapi pernah Ary kata Ary cintakan abang? Tak kan?”
“kenapa dengan awak ni” Ariana bertanya kembali. Zairil dilihatnya sedikit kasar dan mendesak. Sedangkan lelaki itu dulu tidak pernah menyebut apa apa berkaitan perasaan. Cuma beberapa kali sahaja telinganya dijamu dengan kata kata bahawa lelaki itu sayangkannya. Cintakannya dan meminta dia supaya tidak berpaling darinya. Lalu apa lagi yang tidak kena.
“Kalau Ary cintakan abang, itu apa maknanya…” Tangan Zairil menunjuk comforter ditepi katil tempat tidurnya itu. Tidak perlu dia ungkapkan. Dia yakin Ariana faham akan maksudnya.
Sekali lagi Ariana terkedu. Dia berdiam diri.
Gagal mengawal diri tubuh isterinya itu ditolak sehingga terduduk di katil mereka. Zairil lantas keluar. Dia ingin bersemuka dengan seseorang. Dia mahu membuat perhitungan
Ariana yang melihat langkah Zairil hanya mampu memandang sayu. Air mata yang mengalir diseka perlahan. Abang.. maaf.. Fea terpaksa. Doakan Fea bahagia. Hatinya berdesis kecil.


p/s:- starting from today saya akan post dua tiga entri sekali.. dalam masa y terdekat.. selepas novel ini tamat .. blog ini akan ditutup serta merta.. so sila baca secepat yang mungkin yerp...=p