Wednesday, October 13, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta (EPILOG)

Ariana memandang Ilham lama. Senyumannya mereka bersatu. Tangannya dihulurkan untuk bersalam sebaik sahaja mereka selesai bersujud kepada TUHAN yang maha Esa . Tuhan yang memberi keajaiban yang tidak terhingga kepada mereka berdua. Sebaik sahaja tangan itu dicium perlahan air matanya turut sama menitis.

Ada pelbagai rasa yang bergelojak dalam jiwa. Ada rasa hiba . sedih. Dan sudah pastinya gembira. Syukur di atas takdir Yang diberikan yang maha esa akhirnya TENGKU FAKRUL ILHAM B. TENGKU FARIZAL dan NUR ARIANA SOFEA BT. MOHD HADI akhirnya bersatu juga. Semalam acara perkahwinan mereka yang gilang gemilang diadakan dirumah banglo yang ditinggalkan orang tuanya itu. Sengaja dia dan Ilham memilih untuk meraikan perkahwinan mereka di sini. Sebagai ingatan supaya kenangan indah itu akan dikenang sampai bila- bila.

Ilham hanya tersenyum. Dahi Ariana dicium perlahan. Memahami perasaan isteri yang baru dinikahi semalam itu dia menarik tubuh Ariana erat ke dalam pelukannya. Air matanya turut sama menitis.

“Terima kasih. Terima kasih sebab sudi ambil Fea jadi isteri abang” Ariana berkata sebak.

Tubuh Ariana ditarik dia mahu melihat muka itu. Air mata diwajah itu diseka perlahan. “Terima kasih sebab sudi terima abang jadi suami sayang” Dia turut mengulangi kata kata itu. “.. dah jangan sedih sedih.. mulai hari ni abang tak nak tengok ada lagi air mata..” Ujarnya pula. Bukankah dia sudah berjanji bahawa isterinya itu akan dijaga sebaiknya?

Ariana menganguk Cuma. Dia bangun lalu membuka telekung yang dipakai. Sempat dia menongkat tangannya di bahu Ilham. Matanya dikenyit sebelah. Sengaja mahu bermanja. Sebaik sahaja selesai dia berbaring di katil mereka. Wajah Ilham dipandang.

Ilham yang melihat sudah mengeleng kepala. Nakal isterinya itu memang takkan habis. “Itu tu?? Sayang nak tidur ker?? Tak nak sediakan sarapan buat suami tercinta ker” Dia mengusik. Songkok dikepalanya dibuka lalu diletakkan diatas almari berdekatan pintu kamar mereka itu.

Ariana tersenyum. “Nak sarapan apanya.. baru pukul enam setengah” Ujarnya pula.

“Melawan ya” Ilham mengusik lagi.

Ketawa Ariana meletus. “Mana ada, Abang nak breakfeast ker? Fea pergi siapkan ya..” Ujarnya seraya bangun.

Ilham menghampiri. Dia duduk di birai katil. Wajah Ariana dipandang “Tak delah sayang. Abang gurau je..sayang tidurlah, mesti penatkan..”
Ariana mengeleng. “Penat, tapi gembira..” Ujarnya lalu bersandar di bahu Ilham. Sungguh dia benar benar bahagia di ketika ini.

“Sayang tidurlah..” Dia berkata pula. Tubuh Ariana dibaringkan. Lalu dicium perlahan dahi isterinya penuh kasih.

Ariana menganguk lagi. Melihat Ilham yang berdiri dia memandang pelik. Sebaik Ilham mara kearahnya dengan kertas persis surat. Dia memandang Ilham lama. Berharap Ilham menerangkan kepadanya.

Ilham hanya tersenyum. Tangan Ariana diambil lalu dia meletakkan surat itu. “Surat dari abang Zairil, Fea baca lah. Abang keluar dulu” Ujarnya seraya bangun. Dia mahu memberi ruang buat Ariana membaca surat dari Zairil yang dititipkan dari Shireen itu.

Zairil?? Abangnya itu sudah lama berangkat ke Uk. Sehari selepas dia mengesahkan penceraianya dengan Ariana. Namun surat itu hanya diberikan kepadanya malam tadi. Sebaik selesai akad nikah mereka.

Ariana berpaling. Menatap wajah Ilham yang sudah pun memegang tombol pintu. “Abang tak nak baca sekali??” Tanya nya pula.

“Surat tu untuk sayang.. sayang bacala.”

Ariana mencebikkan bibirnya. “Takde rahsia antara kita abang” Pandangannya penuh berharap. Berharap Ilham membaca surat itu bersamanya.

Ilham tersenyum. Pintu ditutup semula. Tubuh isterinya itu dihampiri lalu dia turut berbaring disebelah Ariana. Kepala Ariana diletakkan diatas lengannya lalu pinggang isterinya itu diraih dan dipeluk erat. “Bacalah.. surat dari..”

“Abang jangan nak mengusik ya.” Ariana memotong. Bagaikan memahami niat Ilham itu.

“Ye lah. Baca kuat sikit, abang nak dengar” Ujarnya seraya memejamkan mata. Mahu menghayati detik detik bersama isterinya itu.

“Jangan ngada ngada. Kita baca la sama.. sama..” Ujarnya pula. Redup pandangan Ilham membuatkan dia terasa bahagia. Indahnya rasa berada didalam pelukan orang yang dicintai hanya Tuhan saja yang tahu.

Apabila melihat Ilham menganguk dia membuka surat itu perlahan. Ingin tahu apa isi kandungan kertas itu.


Maaf,
Abang tahu seribu kali maaf pun belum tentu mampu mengubat luka yang abang hadiahkan buat Ary, tapi abang tetap juga mahu memohon maaf.

Sejujurnya, abang sayangkan Ary, Abang sendiri pun sukar memberitahu bila saat abang benar benar cintakan Ary. Memang kita berdua tahu pernikahan kita bukannya dirancang. Ary terima abang kerana teruja untuk menewaskan abang yang ketika itu berniat mahu mengubah hidup Ary.

Benarlah TUHAN itu maha mengetahui, disaat abang melihat hidup Ary yang tersasar begitu abang betul betul rasa jikalau abang bertanggungjawab untuk ubah Ary biarpun kita tak pernah kenal.. rupa rupanya abang lah orang yang bertanggungjawab membuatkan hidup Ary begitu bilamana Ary terpaksa berpisah dengan orang yang Ary cintai.. iaitu Tengku Fakrul Ilham, adik abang sendiri gara gara perbuatan abang.

Maaf, kerana selalu menyakiti tubuh Ary,.. maaf diatas segala galanya. Semoga Ary berbahagia dengan Ilham. Tentang cinta Abang,, biarlah masa yang menentukan bila ia akan pudar.. oh ya. Abang akan menikahi Nisha nanti. Doakan juga kebahagian abang.. kebahagiaan kami.

Salam terakhir buat Ary.. maaf sekali lagi.. moga kalian sentiasa bahagia..

Yang benar-
Tengku Zairil Iskandar.


Sebaik selesai membaca Ariana menghembuskan nafasnya perlahan. Tidak percaya Zairil benar benar mencintainya. Wajah Ilham dipandang.

“Abang Ril betul betul cintakan sayang” Ujar Ilham perlahan.

Ariana tersenyum Cuma. Dia tidak mahu menangisi benda yang sudah berlalu. Dia sudah memaafkan Zairil sebaik sahaja lelaki itu dengan rela hati menceraikannya. Malahan bukankah Zairil yang membawanya ke lapangan terbang untuk menghalang Ilham dari pergi. Dia percaya Zairil sebenarnya seorang yang punyai hati yang tulus. Ahh.. cinta bukankah cinta bisa membutakan mata hati? “Abang pulak betul betul cintakan Fea ke tak??”

Mendengarkan itu pipi Ariana dicium bertalu talu. Geram pula dia mendengar soalan isterinya itu. Bukannya Ariana tidak tahu betapa dia mencintainya.

“Ish.. abang ni.. Fea tanya. Yang abang pergi kiss kiss buat apa”

“Sayang tak sejuk ker” Ilham bertanya kembali. Tidak dihiraukan pertanyaan Ariana itu. Sebaliknya bahu Ariana yang terdedah itu diusap lembut

Ariana mengerutkan dahinya. “Nak sejuk apa. Dah abang peluk macam tak nak lepas” Ariana mengusik.

Ilham tertawa. Hidung isterinya dicuit. “Abang cintakan sayang. Sayang cintakan abang tak?” tanyanya pula.

Ariana membalas pelukan Ilham. “Ada ker tanya macam tu.. nak merajuklah..” Dia merengek kecil.

“La.. abang tanya jer..”

Ariana tersengih.. hehehe saja je tadi nak menyakat! “Fea cintakan abang. Terlalu cinta. Kalau tak takkan hari hari nangis! Abang pun sama. Mesti nangis jugak kan”

“Ish lelaki mana boleh nangis. Fea lain la.. yake cinta habis kenapa berkeras tak nak balik pada abang dulu” Ujarnya berselorah.

Ariana tersenyum. Bibir Ilham yang berwarna merah tanda tidak merokok itu dimainkan dengan hujung jarinya. “Erh.. kiranya Fea sorang la sedih. Abang sendiri tahu kan apa yang Fea buat dulu.. Fea rasa dirini tak layak untuk abang” Katanya perlahan. Andai waktu dapat diputarkan pasti dia tidak melakukan semua kerja bodohnya itu. Tahulah dia kini, jika sudah ditakdirkan Tuhan sesuatu itu akan menjadi milik kita, biar beribu tahun sekalipun kenyataan itu tetap tidak akan berubah. Takdir yang sudah ditentukan itu, biar seburuk atau sebaik mana percaturan manusia, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Ilham melihat wajah mulus Ariana itu. “Abang sayangkan sayang.. sayang ni cengeng la. Tanya sikit je nak nangis..” ujarnya apabila melihat Ariana yang sudah menyesal begitu.

Ariana ketawa pula. “Ala nak merajuk sikit pun tak boleh” Ujarnya berselorah.
“Bukan tak boleh, tapi abang risau” Ilham berkata sambil meletakkan tangannya dikepala. Benar benar risau barangkali.

“Risau apa?” Ariana bertanya pelik. Bukankah semuanya sudah selesai. Lalu apa lagi yang dirisaukan oleh suaminya itu?

“Macam mana nak jadi mama, kalau sayang asyik nangis. Silap hari bulan bukan setakat baby yang nangis, ngan sayang sayang nangis. Penat la abang nanti, dua dua manja..”

“Abang, kahwin baru sehari dah cakap pasal baby ker??” Ujarnya manja.

“Rezeki sayang. Abang tak sabar sabar nak bina family ngan sayang. Semalam Haikal call abang. Myra dah masuk labour room..” Ujar Ilham pula.

Ariana tersenyum manja pula. “Tapi umur abang baru 26.. boleh ke nak jadi papa, cam tak sesuai jer.” Dia mengejek ngejek.

Ilham menarik hidung Ariana Kemudian tubuh itu dipeluk pula. Lalu bibir itu dicium perlahan. Cinta benar dia kepada isterinya yang nakal itu. “Nanti kita pergi bulan madu ya.. sayang nak pergi mana”

Ariana tersengih sengih. Masih ingatkah Ilham akan janji cinta mereka dulu. “Ermm.. agak agak.. “ ujarnya perlahan.

“ Tak tahu… malas nak agak “ ujar Ilham selamba.

Mendengarkan itu Ariana bangun. Geram pula dia. Namun baru sahaja dia bangun tubuhnya kembali dipeluk erat.

“Abang tahu sayang.. paris..”

Ariana mencebikkan bibirnya. Dia tersenyum Cuma disaat tubuhnya diraih kembali ke pelukan suaminya itu. Ya ALLAH bahagiakan kami. Redhai kami..

*********************************

Ariana mengerutkan dahinya. Nyaring bunyi yang hampir ditelinganya membuatkan dia tersedar dari lenanya. Tangannya dijulurkan untuk mengambil handset Ilham yang nyaring berbunyi itu namun pelukan dipinggangnya membuatkan tangannya tidak mampu menjangkau phone tersebut.

Ariana berpaling. Wajah Ilham yang lena itu di tatap dalam diam. Ahh.. Tuhan bahagianya dia memiliki lelaki ini. Desis hatinya perlahan. Tangannya menepuk pipi Ilham perlahan. “Abang.. bangun..”

“Ada apa sayang” Ilham bertanya perlahan namun matanya masih tetap pejam.
Ariana mengelengkan kepalanya disaat pelukan Ilham dipinggannya semakin erat. Tidak dengarkah Ilham akan telephone yang berbunyi nyaring itu. “Bangunla abang, handset abang berbunyi tu..” Ujarnya lagi.

Sebaik melihat mata Ilham celik Ariana lantas meleraikan pelukan dan handset itu diambil lalu diberi kepada suaminya itu. Kelakar pula dia melihat muka bingung Ilham .

“Sayang ..Myra dah bersalin. Baby girl, jom kita pergi tengok” Ilham berkata sebaik handsetnya ditutup. Suka pula dia mendengar ceria suara Haikal itu. Al maklumlah orang dah jadi papa.

Ariana hanya menganguk. “Yeker.. wow.. Bestnya abang pergi mandi dulu, pasni Fea pergi” Ujarnya seraya tersenyum. Gembira. Sebaik sahaja melihat Ilham berlalu dia menarik kembali selimut itu untuk menutup tubuhnya yang kedinginan. Kenangan indah bersama Ilham bermain di ingatannya.

“Berangan..” Ilham berkata sebaik keluar dari kamar mandi. Tergeleng kepalanya melihat Ariana yang sudah tersenyum itu. Apa saja yang diangankan isterinya itu pun dia tidak pasti.

“Mana ader. Abang bagi setengah jam, Fea nak siap” Ujarnya pula. Sempat dia memberi Flying kiss kepada Ilham yang berada di sebalik Almari itu.

Sayang sayang.. nakal betul. Ilham hanya mampu tersenyum melihat gelagat isterinya itu. Sesudah itu dia berlalu ke bawah. Mahu menegur Mak Ilah dan Elly. Pasti mereka berdua sudah bangun memandangkan jam yang sudah menginjak ke pukul 10 pagi itu.

“Ehem.. pengantin baru bangun lambat nampak..” Elly menegur. Matanya sudah dikenyit sebelah.

Ilham hanya tersengih. Bayang Mak Ilah dicari “Elly dah breakfeast ker? kalau belum jom breakfeast sekali. Mak Ilah breakfeast jom” dia berkata sebaik melihat kelibat Mak Ilah disebalik dapur itu.

“Kita orang dah breakfeast dari pagi lagi abang. Apa kelas bangun lambat tak macam orang tu” ketawanya mengekek.

“MasyaALLAH tak padan dengan budak kecik, menyakat je kerjanya..” Mak Ilah merungut kecil. Sedari tadi lagi dia melihat cucunya itu menyakat Ilham.

“Ilham makanlah. Mak Ilah dah makan. Ariana mana?”

“Abang mana boleh makan lagi opah, mesti nak kena tunggu isteri kesayangan dia.” Elly menyampuk lagi.

Mak Ilah sudah menjengilkan matanya. Geram. Tak makan saman langsung cucunya itu.
Ilham sudah ketawa perlahan. “Elly tak habis habis ya menyakat abang. Ni mesti belajar dari kak Ariana kan..” Tanya nya pula. Mana tidaknya perangai nakal Ariana dan Elly hampir sama saja.

“Apa pulak belajar dari Fea. Abang ni.. mengumpat ya” Ariana berkata sambil tersenyum Sebaik sahaja tiba di meja makan.

“Dah memang ya pun. Dua kali lima.” Ilham mengusik Ariana pula.

“Ala nakal nakal Fea pun abang sayang jugak kan” Ariana membangga diri. Apabila melihat Mak Ilah yang tergeleng kepala melihat aksi selambanya dia tersengih sengih.

“Dah siap breakfeast.. jom, Fea tak sabar nak tengok baby girl ni. Mak Ilah pergi dulu” Ujarnya seraya menuju kekereta. Bergandingan dengan Ilham. Senyuman bahagia masih tidak hilang dari bibirnya itu.

Ariana memandang bayi dihadapannya lama. Pipinya mencubit cubit pipi gebu itu. Langsung tidak berpuas hati dia mengendong pula bayi tersebut. “Lawa la dia, Sama macam muka awak. Tak der iras Haikal pun. Nasib baik” ujarnya kepada Amyra yang sedang bersandar di kepala katil itu. Bibirnya terulas senyuman nakal.

“kenapa pulak nasib baik” Haikal bertanya hairan.

Ariana tersengih. Bahunya dijungkitkan. Melihat muka Haikal yang tidak berpuas hati dia ketawa lepas.

Ilham mengelengkan kepalanya. Tubuh isterinya didekati. Tangannya turut membelai lembut pipi mulus bayi itu. “Tak baik la sayang ni saja jer. Apa nama dia ni kal”
“Nur Batrisha Qistina, amacam ok tak” tanyanya bangga. Tangan Amyra dielus perlahan. Gembira dengan hadiah yang tidak terhingga itu.

Ilham dan Ariana hanya tersenyum. Ariana menatap wajah Ilham pula. “comel kan dia? Nanti besar mesti nakal macam mama dia”

Amyra menjengilkan matanya. “Apa pulak awak la yang nakal. Kalau tak percaya awak tengok la nanti baby awak mesti macam tu.. by the way macam mana majlis semalam. Best” Tanya nya pula.

“Majlis tu ok, meriah. Rugi awak tak datang, kalau tak lagi meriah..” ujar Ariana pula.

Amyra hanya tersenyum. Syukurlah semuanya sudah selesai.
Melihatkan senyuman itu Ariana kembali suara. Idea nakalnya datang lagi. “Tapi kalau awak datang, nanti mesti awak bersalin kat situ.. huhuhu” Dia ketawa mengusik.

“Astaga, sayang mengusik je kerja dia ya” Ilham memandang Ariana geram

“Dari dulu sampai sekarang perangai tak ubah ubah.. macam mana la nanti tu” Haikal berkata pula. Wajah ceria Ariana dipandang. Dia sendiri turut geram dengan perangai yang suka mengusik itu kerana dia selalu terkena dengan usikan Ariana. Namun jauh disudut hati dia gembira. Sekurang kurang sudah tidak ada raut sendu di wajah kedua temannya itu

Ariana tersenyum Cuma. Bayi perempuan itu diagah lagi.

“Sayang suka?” Ilham berbisik perlahan ditelinga Ariana.

“Abang suka?” Ariana bertanya kembali. Disaat melihat Ilham menganguk dia turut menganguk sama.

****************************************

Ariana melihat jam didinding beberapa kali. Puas berdiri dia duduk. Selapas itu dia kembali berbaring pula. Bayang Ilham dicari. Tidak pulang dari kerja lagi kah suaminya itu? Dia menghembuskan nafasnya perlahan. Bosan menunggu frame yang memuatkan gambar mereka berdua ditatap lagi.

Sebaik sahaja mendengar bunyi pintu bilik dikuak dia cepat cepat berdiri. Lalu menyergah Ilham. Ketawanya lepas sebaik melihat wajah tekejut itu.

“MasyaALLAH..” Ilham mengucap panjang. Isterinya yang berdiri di atas katil itu dipandang dengan kepala yang tergeleng geleng. “Sayang turun.. bahaya.. apa berdiri atas katil tu” ujarnya seraya menghampiri katil mereka.

Ariana mengerutkan dahinya. “Apa pulak bahaya? Katil ni bukannya tinggi pun.. abang ni..”

“Turun abang kata” Ilham mengarahkan pula. Tubuh isterinya yang berdiri itu dipaut. Nakal betul isterinya itu. Geram pula dia

Ariana menongkat tubuhnya dengan bahu Ilham sambil tangan suaminya itu erat memaut pinggannya. “Fea tunggu abang la tadi, terkejut bunyi pintu. Itu yang berdiri atas katil tu” ujarnya sambil turun kebawah.

“Sory abang banyak kerja tadi..” pipi Ariana dicium. Setelah itu dahi itu dicium pula.

Ariana turut membalas ciuman suaminya itu. Setelah itu tie Ilham dibuka perlahan sambil tangan Ilham erat merangkul pingangnya “Abang kata ada benda yang nak bagitahu.. apa dia”

“Tak sabar- sabar. Nanti la dulu abang nak mandi ni. Sayang dah mandi?” Dia
bertanya pula.

Ariana hanya menganguk. Lagipula jam kini sudah mencecah ke angka 10 malam. Apa kejadahnya yang dia buat dirumah sehingga belum mandi lagi lain la suaminya itu yang baru pulang dari kerja. Baru tiga hari menjengah perkahwinan mereka suaminya itu sudah bekerja . Dah tu pulang lewat pulak tu. Agak agak kejam tak? Hatinya berdesis kecil.

Ilham hanya tersenyum sebaik melihat muka muram Ariana itu. Marah barangkali apabila dia pulang lewat. Sedangkan dia pulang lewat bersebab. “Patutla abang tengok sayang seksi semacam” Ujarnya berselorah. Tubuh isterinya yang ketika itu memakai gaun tidur bertali halus di bahu itu dipandang lama. Terpukau dia dengan kecantikan isteri sendiri.

Ariana menjengilkan matanya. Mana tidaknya disaat dia sedang merajuk Ilham masih lagi mahu mengusiknya. “Abang baik pergi mandi sekarang. Kalau tidak hari ni tidur luar” ujarnya serius.

Ilham ketawa lepas. Bibir mungil itu dicium pula. “Ye lah. Pasni tunggu abang punya surprise” ujarnya seraya melepaskan Ariana dari pelukannya.
Sebaik melihat ilham hilang dari sebalik pintu kamar mandi Ariana menuju pula kebalkoni. Menatap langit lama. Bintang dilangit dibilang perlahan. Surprise?? Surprise apa agaknya ya? Hatinya tertanya sendiri.

“Sayang suka berangan. Ingat siapa? Ingat abang.. “ Ilham mengusik sebaik selesai mandi. Tubuh itu dipeluk dari belakang.

“Fea tengok langit la. Abang tengok la tu.. banyak bintang.. lawa.. cantik” ujarnya pula sambil merebahkan kepalanya didada Ilham.

“Yang kat dalam pelukan abang ni lagi cantik” Ilham berbisik perlahan ditelinga Ariana.

Ariana tersenyum Cuma. Bahagia. Dia benar benar bahagia disaat ini. Beruntungnya dia kerana memiliki Ilham sebagai suami. Sikap Ilham yang romantic benar benar membuarkan dia selalu berada di awangan. Tidak pun bagai dilangit ketujuh barangkali.

“Sayang..” Ilham memanggil perlahan.

“Ermm..”

“Sayang bahagia? Sayang gembira hidup dengan Abang” dia menyoal pula. Dia ingin tahu apakah dia benar benar dapat membahagiakan isterinya itu.

Ariana berpaling. Wajah Ilham ditatap lama. Lalu dia menganguk perlahan. “Fea bahagia sangat.. Thank for everting that you give me!!” Pipi Ilham dicium sebagai tanda terima kasihnya.

Ilham tersenyum Cuma. Perlahan lahan dia mengeluarkan dua keping tiket dari belakangnya. Lalu ditunjukkan kepada isterinya.

“Apa tu abang?” Ariana bertanya hairan. Mahu mengambil kertas itu tetapi tangannya tidak terjangkau pula apabila Ilham mengerakkan tiket itu kekiri dan kanan. Sengaja membuatkan dia tertanya sendiri.

“Teka la. Kalau betul abang bagi hadiah ni” Ilham tersengih sendiri. Kasihan melihat muka bengang Ariana. Sesekali mengusik apa la salahnya kan?

“Ala apa tu? Tiket ya?” Dia mengagak. Tiket bulan madu mereka kah?
Ilham hanya menganguk.

“Tiket kemana..” Laju sahaja dia bertanya akibat ditekan rasa ingin tahu. Teruja.

“Tiket honeymoon ke paris. Fea suka” Ujarnya seraya meletakkan tiket itu di tangan Ariana.

Ariana membelek tiket itu lama. Tidak percaya. Tangannya menekup mulutnya sendiri. Air mata hampir menitis. Ada rasa terharu dan gembira di dalam hatinya. Tercapai sudah impian bulan madu meraka berdua. Tidak menunggu lama dia memeluk erat tubuh suaminya itu.. “Thanks.. I love you.. really loves you”

Ilham turut membalas pelukan Ariana erat.. “I love you too”

Air mata Ariana menitis semakin laju. Akhirnya.. akhirnya bahagia milik mereka juga. Syukurlah berakhir sudah kisah cinta yang memeritkan itu. Andai ini lah takdir cinta mereka, dia benar benar menerimanya. Benar benar bahagia untuk menerima takdir cinta itu. Moga bahagia ini kekal abadi. Desisnya kecil.



Teringat selalu wajah kekasihku
saat ku menuai lagu
cuba engkau dengarkan
kutuaikan nada lirik lagu sederhana
kuceritakan kisah tentang kita
peluklah tubuhku
bila engkau rapuh
saat kau pula terjatuh
aku datang menyelamatkanmu
ini sudah kita tiada yang menguasainya
tempat kita bersandar dan bertahkta …
dengar sayang kupasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu
dengar sayang ku tepati janjiku
kerna kau wanita terhebat
peluk tubuhku masih lagi perlukanmu
biar seluruh jakatraya tahu
dengar sayang kusambut engkau datang
kuyakin engkau menjemputku
jangan menangis hapus air matamu
yakinkan kutetap milikmu / yakinkan ku tetap milikmu..

Yang akan kekal setia selamanya
Tengku Fakrul Ilham & Nur Ariana Sofea
TAMAT

Monday, October 11, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 68 (Last episode)

Ariana berlari laju. Lebih laju dari dahulu. Dia tidak mahu Ilham berlepas ke bumi Uk meninggalkan dia sendirian di bumi Malaysia ini. Sekalipun Dia dan Ilham tidak ditakdirkan untuk bersama dia tetap mahu menatap wajah itu.

Ya ALLAH berikan aku kesempatan itu. Hatinya merayu lagi. Tubuh tubuh yang dilangarnya hanya dibiarkan. Dia tidak mahu menghiraukan. Dia hanya mahu berjumpa Ilham. Hanya itu. Disaat melihat Haikal dan Amyra yang berada dihadapannya dia terus sahaja menerpa laju.

“Mana.. mana Ilham..??”

Amyra hanya mendiamkan diri. Tidak tahu mahu berkata apa.

“Cakap pada saya Ilham mana” Air matanya diseka.

“Dia dah masuk balai”

Ariana tergadah. Kepalanya digelengkan perlahan.. tak mungkin. Tak mungkin Ilham pergi. Dia berlari lagi. Hati mereka sama dia yakin Ilham pasti dapat merasa kehadirannya. Tidak dihiraukan pangilan Amyra yang menyuruhnya berhenti. Dia berlari lagi..

“Encik dan cik boleh masuk sekarang” Tiket itu dihulurkan kembali kepada mereka berdua. Ilham menatap wajah adiknya. Langkahnya terasa kaku.
Shireen turut memandang abangnya. Lalu dia menganguk perlahan. Meyakinkan. Sebaik melihat angukan itu Ilham membuka langkah.

Ariana berpaling lagi. Sekitar balai berlepas dilihat lama. Abang.. abang dah pergi ke? Hatinya merintih sayu. Matanya bersinar sebaik melihat Ilham yang berada jauh dihadapannya. Benar benar di pintu balai berlepas. Langkahnya kaku. Bagaimana harus dia mengejar Ilham sedangkan lelaki itu sudahpun masuk kesitu. Kepalanya tergeleng perlahan. Dia terduduk disitu.

Apa benar.. jodoh kita sememangnya tidak ada?? Hatinya sebak. Disaat dia masih kekal menjadi isteri Zairil lelaki itu masih ada bersamanya. Disaat dia lemah lelaki itu masih ada bersamanya. Disaat tubuh itu ditolak supaya menjauh darinya lelaki itu tetap ada. Tidak pernah walau sekali meninggalkannya. Terus terusan menyakinkan bahawa lelaki itu akan terus bersamanya. Tidak akan pernah
meninggalkannya. Lalu kini? Disaat dia mengharapkan lelaki itu. Mengapa gerak langkah lelaki itu sudah menjauh.

Matanya dipejamkan. Dulu dia akui dia tekad dia akan berterusan bersama Zairil kerana yakin cintanya pada Ilham akan pudar selari dengan masa. Namun sebaik hatinya dilukai oleh Zairil, Ilham memberitahu bahawa mereka berdua sememangnya ditakdirkan untuk bersama. Menyuruh dia menghentikan niatnya untuk terus terusan berkorban kepada Zairil demi membalas pengorbanan yang sudah dilakukan Zairil dahulu. Dengan secebis harapan dia kembali pada Ilham. Tapi.. tapi kemalangan itu memisahkan mereka sekali lagi. Atas desakan orang ketiga dia terpaksa menjauh. Akhirnya dia kembali kepada Zairil. Dalam rela dia akhirnya pasrah bahawa jodoh mereka sememangnya tidak pernah tertulis di Lut Mahfuz. Tetapi kini disaat ikatan sudah terlerai. Apakah jodoh mereka masih tidak ada?

“Abanggggg” Suaranya nyaring. Berharap Ilham mampu mendengarnya biarpun hanya untuk kali terakhir.

Langkah Ilham terpaku. Dia seakan dapat mendengar sesuatu. Wajah adiknya dipandang pula.

“Kak Ary tak mungkin datang abang.. tak mungkin”

Ilham menganguk lemah.

“Kalau abang sayangkan Fea.. abang jangan pergi.. tolong” Ariana menjerit lagi. Dia kini sudah pun berlari kembali . Benar benar berdiri berdekatan dengan pintu balai berlepas.

Ilham berpaling. Namun dia masih juga kaku disitu..

Ariana tersenyum dalam tangisan. “Abang jangan pergi.. Abang jangan pergi..”
“Sofea” Ilham menyebut perlahan.

“Fea cintakan abang.. terlalu cintakan abang..… jangan pergi” Melihat Ilham yang mara dia turut berlari. Tubuh itu dipeluk erat. “Abang jangan pergi.. abang jangan
tinggalkan Fea.. jangan”

Shireen tersenyum. Akhirnya.. Air matanya menitis laju disaat kedua tubuh itu saling bertatapan. Akhirnya bahagia milik mereka. Terima kasih ya ALLAH.

Air mata Zairil menitis. Melihat Ariana berada di dalam pelukan Ilham dia berpaling. Mahu memulakan langkah. Biarlah.. biar kisah mereka berakhir disini. Bukankah dia yang merelakannya tadi?

*****************************

Ariana berdiri menegak. “Apa awak buat kat sini” Dia bertanya sebaik Zairil menghampirinya. Binggung. Bukankah tadi Zairil sudah menuju ke klia untuk menghantar kedua adiknya itu. Lalu mengapa pula lelaki itu ada disini? Pada saat
ini?

Zairil mendekat. Batang tubuh yang menangis itu dihampiri. Tadi dia sememangnya sudah dalam perjalanan ke klia namun entah mengapa dia terasa ingin kembali pulang kerumah mereka. Dia sudah nekad dia ingin melakukan sesuatu. Buat kali terakhir.

“Pergilah Ary.. pergi halang Ilham dari pergi..” Ujarnya perlahan. Ya dia sudah membuat keputusan. Keputusan yang pasti akan membahagiakan mereka semua biarpun
hatinya luka parah.

“Apa maksud awak?” Bibir Ariana bergetaran. Tidak memahami maksud kata kata Zairil itu. Tidak semena mena dia disuruh menghalang Ilham dari pergi. Tidak!! Cukuplah.. Dia tidak mahu lagi terus terusan melihat Ilham berada dihadapan matanya. Apatah lagi menghalang lelaki itu dari pergi menjauh.

“Cinta Ilham dan Ariana terlalu utuh untuk abang rungkaikan.”

“Saya tak faham, apa maksud awak?” Dia bertanya lagi. Dia benar benar tidak memahami. Sebaik melihat sekali lagi pintu dikuak dan wajah Nisha terjengul di muka pintu hatinya bertambah binggung.

“ Nisha.. Zairil. Apa ni?”

Zairil masih diam membeku. Cuba mencari kekuatan sebelum meluahkan kata kata. Dia mesti benar benar bersedia.

“Zairil apa ni?”

“Nisha.. apa awak buat kat sini?” Tubuh Nisha dihampiri pula.

“Ary”

Ariana berpaling sebaik mendengar namanya dipanggil Zairil. Matanya tunak melihat wajah itu.

“Bersaksikan Nisha.. Abang ceraikan Ary dengan talak satu!”

Ariana tergadah. Permainan apa yang dicipta lelaki itu. Dia diceraikan setelah dia memilih untuk kekal menjadi isteri lelaki itu. Ya ALLAH.

“Pergilah Ary.. pergi kejar Ilham selagi Ary punya masa. Cinta kalian membuatkan abang sedar. Tidak ada sesiapa yang akan bahagia jikalau kita berterusan begini. Pergilah Ary!! Pergi!!”

Sunday, October 10, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 67

Ariana masih berdiam diri. Masih berteluku disitu. Tanpa riak wajah tanpa perasaan. Tidak dihiraukan Amyra yang sedang menangis dihadapannya itu. Dia sendiri tidak tahu apa gunanya temannya itu menangis hiba begitu.
“Jom la Ariana. Pergi halang Ilham..” Amyra merayu lagi. Keras benar hati Ariana itu.
“Buat apa saya nak pergi situ, tak de maknanya.”
“Masalahnya ada. Awak cintakan Ilham, awak boleh halang dia dari pergi..”
Wajah Amyra dipandang. “Biarkan lah dia pergi. Saya bukannya ada apa apa dengan dia”
“Saya tahu. At least awak jumpa dia untuk kali terakhir. Awak tak kesiankan dia?”
Ariana tersenyum Cuma. “Buat apa saya kesian kat dia. Awak tak payah lah hiraukan saya. Saya relakan dia pergi..” Dia berdiri. “Saya ok jer. Tak sedih pun” Suaranya selamba.
Haikal yang hanya melihat sedari tadi terkedu. Tidak percaya.
“Lagipun dia bukannya nak jumpa saya. Saya pun tak nak jumpa dia. Awak pergilah jumpa dia” Ujarnya menambah.
“Awak .. awak tak sedih Ariana” Amyra bertanya pula. Secepat itukah Ariana berubah. Kisah Cinta Ilham dan Ariana padanya terlalu kuat. Lalu apa maknanya kata kata Ariana itu?
Ariana memandang langit biru. “Saya tak sedih pun. Saya kan dah ada Zairil. Dia akan bahagiakan saya.. dia cintakan saya.”
Amyra dan Haikal saling berpandangan. “Takpelah kalau macam tu.. mungkin betul awak sebenarnya tak cintakan Ilham.. kami pergi dulu” Ujarnya seraya berlalu. Sudah habis usahanya untuk memujuk Ariana yang tegar berkeras dengan keputusannya itu.
Ariana hanya berdiam diri. Langsung tiada riak wajah. Ahh.. sudah benar benar matikah hatinya?
“Ary.. jom kita pergi” Zairil mengajak pula setelah tubuh itu dihampiri. Dia baru sahaja pulang dari keluar. Tadi sempat dia berpapasan dengan Haikal dan Amyra namun tidak pula dia tahu mengapa wajah mereka berdua mencuka.
“Pergi mana?” Ariana bertanya kembali. Wajah Zairil dipandang sekilas.
“Hari ni Reen dengan angah kan nak ke Uk.. flight diaorang pukul 12. Kalau lambat nanti takut tak sempat pulak” Ujarnya menerangkan.
Ariana mengeleng lagi. “Saya tak sihatla awak.. awak kirim salam pada Reen.. ngan angah ya.. saya nak tidur” Ujarnya seraya berlalu dari balkoni itu. Dia berlalu masuk kebiliknya lalu berbaring disitu.
“Takkan Ary tak nak jumpa Reen kot. Ary kan rapat dengan Reen” Ujarnya memujuk.
Ariana melihat Zairil lama. “Saya ngantuk. Awak pergilah.” Ujarnya seraya menutup mata.
Zairil terkelu. Benarkah Ariana benar benar sudah melupakan Ilham? Jikalau ya mengapa tidak mahu pergi. Jikalau tidak mengapa masih mahu kekal menjadi isterinya itu. Kejam benarkah dia? Wajah Ariana yang sedang pejam itu dipandang lagi. Benar benar tekadkah Ariana? Atau dia yang sebenarnya tidak memahami? Hatinya berdesis kecil sebelum dia berlalu pergi. Pintu bilik ditutup perlahan.

Selari dengan pintu yang ditutup air mata Ariana menitis laju. Ahh.. hati. mengapa masih tidak mahu mengerti. Sudah lah air mata. Berhentilah menangis.
Ariana berdiri. Sekali lagi dia menuju kebalkoni bilik mereka. Air matanya diseka. Ilham?? Maafkan Fea.. Fea cintakan abang sampai mati. Kenapa mereka semua tidak mahu mengerti. Berterusan mengajak dia berjumpa Ilham.
Apa dia sudah tidak punya perasaankah.. mahu melihat Ilham pergi meninggalkan dia sendirian di muka bumi ini. Apa mereka sangka dia sudah gila mahu berjumpa Ilham setelah dia memilih untuk menjadi isteri Zairil.
Zairil?? Apa lelaki itu tidak mengertikah hatinya bukan dibuat dari kayu. Masih juga mahu mengajaknya berjumpa Ilham selepas lelaki itu dan dia tetap berkekalan sebagai suami isteri. Tidak punya perasaankah Zairil? Tidak tahukan dia jika mereka berdua berjumpa akan lebih menghiris hatinya yang sudah pasrah dan sedikit tenang itu.
Lebih parah. Tidak mengertikah zairil dengan hati adiknya? Tidak tahukah Zairil bahawa hati Ilham akan lebih terluka apabila melihat mereka bersama.
Ilham!! Matanya dipejam. Sungguh kuatkah kasih kita hingga tidak mampu dihilangkan. Semalam.. semalam sebenarnya dia sudah berjumpa lelaki itu. Hiba hatinya melihat Ilham. Lagi hiba hatinya saat Ilham mengatakan padanya. “Abang doakan Fea bahagia.. mungkin betul kata Fea.. Ariana dan Ilham tidak ditakdirkan untuk bersama.. pergilah Fea .. pergi”
Namun ketika itu air matanya masih mampu ditahan. Dia yang semalam pergi ke Tasik putrajaya untuk melepaskan Ilham jauh dari hatinya rupa rupanya? Ilham turut ke sana. Turut mahu merungkai janji mereka. Begitu kuatkah hati mereka sehingga setiap apa yang dia rasa dan mahu turut dirasa oleh Ilham.
Ahh.. hati tenanglah. Jam didinding dilirik lagi. Tidak sampai satu jam sahaja lagi Ilham pasti akan masuk ke balai berlepas.. Ya ALLAH.. air mata yang mengalir hanya dibiarkan. Peritnya melepaskan cinta. Akhirnya dia tersedu disitu.
Ariana mendongak sebaik mendengar pintu dikuak. Air matanya diseka. Zairil? Apa lelaki itu buat disini?

“Mana abang long ni umi” Shireen bersuara sebaik melihat tiada tanda tanda wajah Zairil akan muncul disitu.
Engku Farida hanya mengeleng. Dia sendiri tidak tahu. Kata anaknya itu dia didalam perjalanan tadi. Namun disaat tidak sampai lima minit untuk masuk kebalai berlepas inipun bayang anaknya masih tidak kelihatan.
“Tak pelah.. abang jom..” Ajaknya pula.
Ilham hanya menganguk. Tubuh temannya dihampiri.
“Aku harap kau sabar. Tenangkan hati” Haikal bersuara sambil memeluk tubuh temannya itu. Belakang Ilham ditepuk berkali kali. Memberi kekuatan buat sahabatnya itu.
Ilham turut membalas. Air matanya luruh jua biarpun dia cuba menyabarkan hatinya. Selepas itu tubuh Engku Farida dan Tengku Farizal dipeluk pula.
“Good luck.. jangan lupa balik sini nanti” Amyra turut bersuara. Tangan Ilham disambut untuk bersalam buat kali terakhir.
Shireen turut memeluk kedua orang tuannya itu. Selepas itu wajah abangnya ditatap. Ada sendu diwajah itu. Benar benar terluka kah? “Jom abang” Ujarnya sebaik mendengar pengumuman yang menyuruh para penumpang masuk ke balai berlepas.
Ilham menganguk. Langkahnya longlai sebaik tiba di pintu balai berlepas. Matanya dipejamkan. Ya ALLAh.. andai itu takdir cinta aku dan Ariana Sofea aku relakan. Pergilah sayang.. pergilah.. pergi.. mudah mudahan kita takkan berjumpa lagi selepas ini.

Wednesday, October 6, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 66

Ilham merebahkan badannya di atas katil setelah siap barangnya dikemas. Beg yang sudah berisi baju itu dipandang Cuma.. ahh.. akhirnya dia akan kembali ke bumi Uk. Terasa bagaikan bertahun tahun dia menanti untuk pulang ke Malaysia namun tidak sampai setahun di Malaysia dia kini sudah menempah tiket penerbangan ke Uk pula.
“Abang dah siap kemas” Ujar Shireen sebaik melihat abangnya yang sudah berbaring di katilnya itu.
Melihatkan adiknya Ilham kembali bangun. Tubuhnya disandarkan di kepala katil. Wajah adiknya dipandang lalu dia menganguk perlahan. “Reen dah siap kemas ker?”
“A`ah. Dari semalam lagi. Jom la turun makan, abang tak nak makan ker?” Shireen mengajak pula.
Ilham hanya tersenyum. “Takpelah. Abang kenyang lagi. Reen turun la makan” ujarnya pula. Sebaik melihat Shireen yang menganguk dan melangkah keluar dia menerpa ke almarinya pula. Sebaik melihat rantai loket itu hatinya menjadi sayu.
Ternyata cinta Ilham dan Ariana Sofea tidak ditakdirkan untuk bersatu. Rantai itu digengan erat. Abang doakan Fea bahagia.. desis hatinya.
Dia mengambil kotak pula. Dia mahu melakukan sesuatu. Sebaik kotak biru itu dicapai. Dia memasukkan frame gambar yang memuatkan gambarnya dan Ariana. Album gambar mereka berdua turut diambil lalu ditatap lama.

Kisah cinta aku & dia ( Ilham & Ariana Sofea)
Fea sayang abang.. love you so muchhhhhhhh

Tulisan tangan Ariana ketika mereka sama sama menyusun gambar itu di dalam album dilihat lama. Ah.. kenangan pergilah.. ujarnya seraya memasukkan album itu kedalam kotak. Seusai itu dia mengambil pula nota nota dan kad kecil yang diberi Ariana dulu. Nota itu dilihat satu persatu seusai membaca dia turut menyusun elok kad dan nota itu.

Jgn lupa next week….
kita nak g under water world..
Nota ingatan dari:-
Fea yang teramat abang sayang.. hehehe

Ilham tersenyum. Nota kecil itu diberi kepadanya sebaik dia berjanji mahu membawa Ariana berjalan jalan dek kerana gadis itu mahu bermain air dia berjanji akan membawa Ariana ke under water world. Sudahnya disana dia yang terpinga sendirian oleh kerana Ariana leka bermain air. Ahh.. kenangan..
Nota lain dilihat pula. Airmatanya ditahan. Ahh.. dia harus tabah. Hati Ariana bukan untuknya. Ilham menenangkan dirinya. Sebaik selesai loket yang tadi dipegang dicium pula. Selepas itu dia turut meletakkan loket itu di dalam kotak kecil lalu diselitkan di dalam kotak besar itu. Barang barang mereka bersama turut dimuatkan disitu. Sebaik sahaja selesai dia menolak kotak itu ketepi. Tertutup sudah hatinya sebaik sahaja kotak itu ditutup kemas.
“Angah dah siap kemas” Engku Farida bertanya sebaik masuk kebilik anaknya itu. Dia baru sahaja tahu kisah yang membelenggu antara mereka. Ilham dan abangnya itu.
“Ermm.. umi dah siap makan ker”
“Umi minta maaf angah.. semua ni salah umi.. kalau umi..”
“Sudahlah umi.. angah betul betul dah penat. Yang lepas tu biarlah lepas..” Ilham menepuk tangan Engku Farida perlahan. Uminya itu dilihatnya sudah berulang kali meminta maaf dengannya sedangkan hatinya ketika itu sudahpun terlerai. Biar seribu maaf sekali pun keadaan tetap tidak akan berubah.
“Kamu tetap nak pergi ke uk?” Tanya nya pula. Dulu anaknya itu berkeras untuk balik ke Malaysia namun dia mengugut tidak akan mengaku Ilham anak dan sekarang? Tidak. Dia tidak mahu menghalang lagi. Cukuplah dia melihat Ilham menderita. Namun dia kesal. Sekiranya dia tidak berkeras dulu. Pasti keadaan tidak serumit ini.
Ilham menganguk lagi. Dia perlu pergi jauh dari sini. Hampir sebulan lebih dia di hospital, namun bayang Ariana langsung tidak kelihatan. Puas dia merayu untuk menatap wajah itu.. tapi.. akhirnya dia pasrah Ariana akan terus kekal bersama Zairil. Bukan dia.. biarlah.. biar dia yang membawa diri. “Angah nak uruskan company kat Uk” Dia memberi alasan pula.
“Bukan ker Azlan dah kerja kat situ, biarla dia yang uruskan” Dia masih mahu memujuk. Company mereka kini diuruskan oleh anak saudaranya itu. Jadi tiada sebab mengapa Ilham perlu kembali ke Uk atas alasan itu.
Ilham tersenyum. Tangan Engku Farida dipegang. “Angah kena pergi jauh dari sini umi. Angah tak nak ganggu kebahagian Abang long..”
Air mata Engku Farida menitis. Semuanya salahnya. Kasihan anaknya itu. “kalau itu yang kamu kata.. kamu pergilah. Bila hati kamu dah reda kamu balik la kesini ya” Dia beralah.
Akan redakah hatinya yang terluka itu? Entahlah dia tidak tahu. Dalam keterpaksaan Ilham menganguk jua. “Angah nak keluar sekejap ya umi..” Dia meminta pula. Dia ingin ke suatu tempat. Tempat dimana kisah cintanya bermula. Andai ia sudah berakhir bukankah patut jika ia melihat tempat itu untuk terakhir kalinya.

Zairil berdiri lama memandang wajah yang sedang berbaring di katil itu. Dia menghampiri. Wajah Ariana ditatap. “Ary tak nak bangun ker? Dari semalam lagi Ary berbaring”
Ariana tersenyum Cuma. “Saya penatlah.. saya nak rehat”
“Angah akan berangkat esok. Ary tak nak pergi?” Ujar zairil pula. Dia kini sudah tidak marah. Andai dikatakan Ariana mahu berjumpa Ilham buat kali terakhir dia mengizinkan.
Ariana memejam matanya . Dia malas mahu berkata apa apa. Cukuplah..
“Ary.. abang izinkan kalau Ary nak pergi tengok Ilham” Ujarnya menyakinkan.
Ariana bangun. Riak mukanya masih selamba. “Buat apa saya nak pergi jumpa dia.. tak de hal pun..”
“Untuk terakhir kali”
Ariana ketawa lirih. “Saya isteri awak. Buat apa saya jumpa lelaki lain. Tak de maknanya.. k lah saya nak solat. Awak dah solat?”
Zairil hanya menganguk. Wajah ceria Ariana hanya dipandang. Benar benar ceriakah? “Abang dah solat. Ary pergilah solat” Ujarnya pula.
Ariana hanya menganguk. Dia berpaling mahu menuju ke bilik air. Namun langkahnya terhenti sebaik tangannya dipegang.
“Ary tak menyesal dengan keputusan Ary” Zairil bertanya lagi. Dia mahu tahu. mahu tahu sekiranya Ariana benar benar pasti dengan pilihannya itu.
Ariana berpaling. Dia tersenyum. “Saya tak menyesal” Ujarnya seraya menuju ke bilik air.
Lama Ariana berteleku di sejadah itu. Dia ingin berdoa. Dia ingin memohon. Memohon agar diberi seribu kekuatan. Air mata yang menitis dipipi hanya dibiarkan. Malam ini adalah pengakhiran bagi segala galanya. Kerana esok Ilham akan pergi jauh. Jauh juga dari hatinya.
Sebaik selesai berdoa dia teringatkan sesuatu. Jam tangan dilihat. 10 malam. Tidak mahu menunggu dia lantas menyarung tudung lalu berlalu keluar. Dia ingin menuju ke suatu tempat. Tempat di mana bermulanya kisah mereka.

Saturday, October 2, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 65

Airmata Shireen menitis. Sungguh dia tidak menyangka begini akhirnya. Tangan doctor dihadapannya masih dipegang kejap. “Macam mana keadaan mereka semua doctor ?”
“Cik Ariana Cuma cedera ringan, Encik Zairil berada dalam keadaan stabil, Cuma kaki dan tangannya retak. Kami akan pindahkan mereka berdua ke ke wad biasa” Doctor yang bernama Ahmad itu menerangkan.
“Abang Ilham..”
“Err.. dia” Suaranya teragak agak
“Kenapa? kenapa dengan Ilham doctor” Ariana bertanya sebaik keluar dari bilik rawatan. Kepalanya yang sakit tidak dihiraukan. Dia benar benar ingin tahu keadaan Ilham.
“Encik Ilham.. masih tidak sedarkan diri!!”
“Kenapa? kenapa abang masih tak sedar doctor?” Shireen bertanya lagi. Air matanya diseka.
“Maaf.. dia berada dalam keadaan kritikal kerana kecederaan teruk dikepala. Sekarang ni Encik Ilham masih berada di unit icu. Kami harap Cik berdua dapat bersabar” Dia menenangkan.
Tak!!tak mungkin. Kepala Ariana tergeleng. Tidak mahu percaya. Air matanya menitis laju.. Abang.. tak mungkin kan..
Shireen menatap Ariana yang sedang duduk sambil menangis itu. Kasihan dia melihatnya tetapi lagi kasihan abangnya. Rasa kasihannya tiba tiba terasa hilang. Bukankah Ariana penyebab abangnya itu menjadi begitu?? “Kau.. semua ni gara gara kau”
Ariana terpaku. Wajah Shireen dilihat. Apa maksud Shireen apabila mengatakannya begitu?
“Kau.. pasti sebab kau abang jadi macam tu. kenapa Ariana? Kenapa? kenapa kau buat abang macam tu? Dulu aku biarkan kau memilih. Bila kau pilih Zairil aku biarkan biarpun aku tahu Abang ngah menderita. Bertahun dia tunggu kau.. dan aku ada kat situ. Aku tahu perasaan dia, aku sayangkan abang ngah aku sayangkan abang long, dan aku sayangkan kau Ariana sebab aku tahu abang sayangkan kau. Tapi kenapa kau buat macam tu?”
Ariana mengeleng kepalanya. Dia ingin menyatakan sesuatu. Namun tidak terluah dibibirnya.
“Kau jangan ganggu abang ngah lagi..”
“Kenapa?” Bibirnya bergetaran.
“Kau balik la pada Abang long. Kau jaga dia. Kau jangan ganggu abang ngah. Aku tak rela abang ngah disakiti. Pergi.. pergi jauh dari sini” Rayunya sambil teresak.
“Tapi saya sayangkan Ilham.. Ilham perlukan saya.” Dia bersuara lagi.
Shireen mengeleng. “Kau sayangkan Abang ngah. Tapi kau tetap isteri abang long. Kehadiran kau Cuma akan melukakan hati dia” Shireen melurut di kaki Ariana. “Aku mohon.. jangan.. jangan sakiti abang ngah lagi. Kau pergi la.. pergi pada Abang long” Dia merayu.
Ariana menjauh. Dia bukan malaikat yang perlu Shireen merayu begitu. Lagipula tegarkah dia meninggalkan Ilham. Ariana mengeleng tidak mahu.
“Reen rayu.. kalau Kak Ary sayangkan abang ngah. Kak Ary pergi jauh.. cukuplah.” Suaranya sudah kembali sebak. Tidak lagi kasar seperti tadi.
Ariana menutup matanya. Tidak percaya. Untuk melihat Shireen terusan merayu begitu dia tidak mampu. Dalam keterpaksaan dia menganguk. Dia melangkah menjauh namun terhenti sebaik melihat ada doctor yang menyapa Shireen. Dia mahu mendengar. Mahu tahu keadaan Ilham.
“Macam mana doctor?”
“Maaf.. Encik Ilham koma!!”
Ariana terjelepok dilantai. Tidak! Tidak mungkin!
“Tapi keadaan dia sudah stabil, kami akan pindahkan dia ke unit jagaan rapi” Ujar doctor Ahmad seraya berlalu.
Abang.. Ariana memejamkan matanya. Dia menangis tersedu di lantai. Ya semua ini pasti gara garanya. Jikalau bukan Ilham yang menyelamatkan dia pasti dia sudah tidak bernyawa di muka bumi ini. Dia masih mengingati kedudukan kereta mereka. Treller yang berada dihadapan mereka berdua membuatkan dia menjerit nyaring. Sebaik mendengar suaranya Ilham terus menyerongkan pemanduan. Dan.. dan.. sepatutnya mereka berdua yang berlanggar dengan kepala treller tapi disebabkan Ilham menyerong kenderaan hanya belah pemandu yang berlanggar dengan sipi kepala treller itu. Itupun mereka bernasib baik kerana treller itu sudahpun mengelak dari bertembung dengan mereka menyebabkan kereta yang dipandu Ilham terbabas ke penghadang jalan. Air matanya menitis.. Ilham!!
“Abang cintakan Fea”
Itu! Itu jeritan terakhir yang didengari dari Ilham seiring dngan kereta mereka yang berlanggar. Selapas itu kereta Zairil turut sama terbabas demi mengelak turut berlanggar dengan mereka. Aah.. abang disaat genting begini pun abang masih ingatkan Fea, tapi Fea.. Fea .. Akhirnya dia tersedu lagi. Sudah tidak mampu memikirkan apa apa lagi.
“Ya ALLAH.. Ariana bangun” Amyra memekik apabila melihat Ariana yang sudah tersedu disitu.
“Myra” Ariana yang melihat tubuh Amyra mara kearahnya terus memaut bahu temannya.
“Syh.. sabarla..” Amyra memujuk.
“Ilham macam mana?” Haikal bertanya pula.
Ariana menangis tersedu. “Ilham.. Ilham koma”
Ya ALLAH! Haikal terduduk. Untung saja dia berdiri berhampiran dengan kerusi jikalau tidak pasti dia turut terjelepok di lantai bersama Amyra dan Ariana.

Ariana memandang langit lama. Itu jugalah yang dilakukan berhari hari ini. Langsung tidak dihiraukan makan dan minum. Aktiviti sehariannya hanyalah melihat langit. Tidak cukup dengan siang hari dia menatap bintang pula di setiap malam.
Air mata yang mengalir dipipi hanya dibiarkan. Dia sudah tidak larat menyeka air mata itu lagi kerana dia tahu selepas ini pasti akan ada lagi air yang mengalir dipipinya. Dia benar benar sudah tidak larat. Biarkan sahaja. Biarkan air itu kering sendiri.
Rindu. Dia sebenarnya rindu dan terlalu teringin menatap wajah Ilham tapi rayuan dari Shireen membuatkan langkahnya kaku. Ada ketikanya dia mencuba juga. Cuba menyusup masuk ke bilik rawatan yang menempatkan Ilham. Tapi entahlah mungkin Tuhan tidak mengizinkan lantaran itu dia sememangnya tidak pernah berjaya berjumpa Ilham.
YA ALLAH peritnya hati menahan rindu. Apakah Ilham juga merinduinya. Dia tersenyum hambar. Tidak mungkin Ilham merinduinya kerana lelaki itu sudah berminggu minggu tidak sedarkan diri. Masih juga koma. Ahh.. Tuhan mengapa bukan dia saja yang berada di tempat Ilham.
“Ariana.. sudah lah tu” Amyra bersuara memujuk. Ariana dilihatnya hanya menangis sedari tadi. Dia sendiri sudah buntu untuk berbuat apa. Jauh disudut hati dia tahu hanya Ilham yang mampu menghentikan tangisan itu. Masalahnya sekarang lelaki itu masih tidak sedarkan diri. Masih juga lena.
“Saya rindukan dia Myra. Saya nak jumpa dia” Ariana merayu buat kesekaliannya biarpun bukan pada Amyra sebenarnya patut dia merayu.
“Saya tahu, jom awak ikut saya kita pergi tengok dia”Amyra mengajak pula. Selama ini pun bukan dia tidak pernah mengajak cuma Ariana yang tidak mahu mengikutnya melawat Ilham.
“Saya tak boleh pergi, Reen tak bagi saya jumpa dia” Dia merintih. Sayu.
“Awak tak payahla ikut kata dia, jom ikut saya kita pergi”
Ariana mengeleng lagi. Seperti kata Shireen kedatangannya pasti akan menyakiti Ilham kerana biar apa pun yang terjadi dia masih isteri Zairil. Tidak akan berubah.
“Kalau macam tu awak ikut saya pergi jumpa Zairil. Dia nak sangat jumpa awak” Ujarnya pula. Keadaan zairil sudah semakin stabil. Biarpun marah namun kakinya tetap juga melangkah masuk ke wad untuk melawat Zairil. Apatah lagi Zairil juga merupakan lecturernya dahulu. Hiba pula dia melihat Zairil yang berterusan merayu untuk berjumpa dengan Ariana. Seperti Ilham, Ariana juga tidak pernah memunculkan wajahnya di hadapan Zairil. Hanya menangis di dalam bilik nya di apartmentnya. Hanya itu.
Ariana mengeleng perlahan. Dia benar benar sudah tidak mahu berfikir apa apa lagi. Tekadnya selagi Ilham koma dia tidak akan kemana mana. Biarkan saja dia meratap sendiri.
“Sampai bila Ariana? Sampai bila awak nak macam ni?” Amyra bertanya lirih.
Ariana memejamkan matanya. Melihat Haikal yang masuk kebiliknya dengan wajah yang berseri membuatkan dia bertanda tanya.
“Ilham dah sedar!!”
Ariana menekup mulutnya. Air matanya menitis lagi. Syukurlah!!

Zairil memeluk tubuh Ariana erat. Dia benar benar berasa kesal. Dalam pada masa yang sama dia takut kehilangan Ariana setelah apa yang dilakukan. Reaksi Ariana yang hanya membeku hanya dibiarkan. “Maafkan abang. Abang cintakan Ary. Terlalu cintakan Ary”
Ariana hanya berdiam diri. Tidak mahu berkata apa apa . Hari ini pun dia memunculkan diri setelah mengetahui Ilham sudah sedar dari komanya. Tekadnya hari itu dia tidak akan menggangu Ilham lagi. Benar kata Shireen biar apapun yang terjadi dia masih juga isteri Zairil kakak Ipar Ilham biarpun cinta mereka utuh. Biarlah. Biar dia kembali pada Zairil.
“Ary maafkan abang ya? Ary takkan tinggalkan abang kan?” Zairil bertanya pula. Tangan Ariana digengam erat. “Abang cintakan Ary. Abang takkan mampu hidup tanpa Ary..” Dia merintih lagi.
Air mata Ariana menitis. Jikalau begitu apa lagi yang mampu dia katakan. Wajah Zairil ditatap. “Awak takkan pukul saya lagi? Awak takkan hina saya lagi?”
“Maafkan abang. Abang khilaf. Ary takkan tinggalkan abang kan?” Tangan itu digengam semakin erat.
Dalam rela Ariana menganguk. Biarkan. Biarkan dia terus bersama Zairil. Ilham? Ilham pasti akan bahagia tanpanya.

Zairil masih setia juga memegang tangan Ariana. Dia tidak mahu Ariana pergi jauh darinya. Hati isterinya itu akan dijaga. Itu tekadnya.
“Ary dah makan” Dia bertanya pula.
Ariana mengeleng perlahan. Dia tidak punya selera. Lagi pula dia datang kehospital ini Cuma untuk melihat suaminya itu. Zairil dilihatnya semakin sembuh Cuma masih tetap menginap di hospital memandangkan pihak hospital mahu keretakan di tangan dan kaki Zairil pulih sebelum lelaki itu keluar.
“Nanti Ary sakit. Dah seminggu Ary teman Abang tapi sekali pun abang tak pernah Nampak Ary makan.” Zairil bertanya pula.
Ariana hanya tersenyum. “Awak yang sakit bukan saya” ujarnya perlahan. Sudah seminggu? Ini bermakna sudah seminggu juga Ilham sedar. Ya ALLAH redhai kami semua. Ujarnya. Mengharapkan semua ini sudah selesai.
“Ary tak lawat Ilham” Zairil mengerutkan keningnya.
Ariana tersenyum. “Tak payahlah. Saya isteri awak, bukan isteri dia” ujarnya selamba. Cuba menahan hati.
“Maaf. Sebab abang Ary dan Ilham berpisah. Sebab abang, Ilham koma. Abang betul betul minta maaf”
Ariana melepaskan nafasnya perlahan “Sudah lah.. benda dah berlalu. Saya dah redha..”
“Ary tak nak kembali pada Ilham” Ujarnya bertanya.
Ariana mengetap bibirnya. Tangan Zairil dipegang. “Saya dah pilih awak. Saya isteri awak, dan saya akan kekal bersama awak”
Zairil memandang wajah isterinya itu. Benar benar tuluskah kata kata itu??

Ariana mengemas barang barang Zairil lalu dimasukkan kedalam beg lelaki itu. Hari ini Zairil sudah dibenarkan pulang. Wajah girang suaminya itu hanya ditatap perlahan. Melihatkan Shireen yang masuk lewat melalui pandangan matanya dia hanya berdiam diri.
“Abang long dah sihat?” Shireen bertanya pula. Wajah abangnya yang tenang dilihat. Pasti gembira kerana Ariana sudah kembali kepadanya.
“Abang sihat. Reen?” Zairil bertanya kembali. Adiknya itu tidak pernah culas dalam melawatnya biarpun ada sendu di muka itu.
Shireen tersenyum Cuma. “Abang dah boleh keluar wad ya?” dia bertanya lagi. Ariana yang dilihat sedang mengemas barang membelakanginya hanya dipandang sepi. Salah diakah kerana menghalang Ariana berjumpa abang ngah??
“Ermm.. err.. angah?” Zairil bertanya pula. Biar marah dan berdendan dengan adiknya itu. Perasaan kasih seorang abang tetap ada. Apatah lagi dia yang menyebabkan Ilham koma. Dia tahu adiknya itu mencintai Ariana. Tapi entah lah. Hatinya benar benar tidak mahu melepaskan Ariana. Kerana dia juga mencintai Ariana.
“Abang ngah pun dah ok..lusa dia boleh keluar” Shireen memberitahu pula. Wajah abangnya dipandang lagi. “Abang tak bencikan Abang ngah kan? kita bertiga adik beradik kan?”
Zairil berdiam diri lama. Rambut adiknya diusap perlahan.
Shireen yang merasa sentuhan abangnya itu terasa sebak. Sudah bertahun abangnya itu tidak melakukan begitu. Jadi benarlah kata katanya. Sekurang kurangnya salah satu dari abangnya bahagia. Abang ngah? Biarkan masa mengubati luka abangnya itu. Dan dia akan menolong untuk menyembuhkan luka itu dengan membawa Ilham jauh dari sini. Jauh dari bumi Malaysia.
“Abang tak bencikan angah..” Ujarnya pula. Dia menganguk apabila Shireen tunak memandangnya. Dia ingin menyakinkan. Air yang dicincang takkan putus.
“Thank you abang..” Tubuh zairil dipeluk. “Maafkan Reen.. Reen sayangkan abang..”
“Abang sayangkan Reen. Abang sayangkan angah” Ujar Zairil pula.
“Reen.. Reen.. Reen dengan abang ngah akan berangkat ke uk dalam masa beberapa hari ni..” Ujarnya perlahan. Dia harus membawa abangnya pergi jauh dari sini. Dia mahu abangnya itu melupakan segala galanya yang berlaku di bumi Malaysia.
Tanpa sedar air mata Ariana menitis. Abang.. akhirnya abang pergi juga.. pergilah abang pergi….