Saturday, December 19, 2009

aNDaI itU taKdIR CiNta ( 4 )



Ilham berjalan dari kiri kekanan. Seusai berjalan dia kembali duduk namun tidak sampai beberapa saat dia kembali berdiri. Haikal yang melihat hanya mengeleng gelengkan kepalanya beberapa kali. Pening!! “Woi! Apa kau ni? kehulu ke hilir. Pusing kepala aku tau tak? Cuba la duduk diam diam?” Dia menjerkah Ilham.
            “Ish kau ni. kalau tak kejutkan aku tak sah gamaknya. Kalau aku ader sakit jantung dah lama jalan tau tak?” Ilham memarahi Haikal sambil mengurut gurut dadanya perlahan. Lemah jantung dia dek sergahan teman baiknya itu. ‘Sekali aku cepuk baru tahu’
            Haikal mencebik.. “Kau ni kenapa macam orang tak betul je aku tengok…”
            Ilham hanya diam membisu. Kata kata Haikal langsung tidak kedengaran di telinganya. Di fikirannya ketika ini ada benda yang lebih penting untuk difikirkan daripada menjawab soalan temannya itu.
            Bam!! Haikal menepuk meja dihadapannya kuat.. ‘Aku cakap ngan dia, sempat lagi dia duk berangan’  Hatinya membebel geram.
           “Ish kau ni kenapa? Cuba la duduk diam diam. Ini hospital kau tau tak..” Ilham berkata sebaik sahaja kedengaran kuat bunyi meja yang ditepuk Haikal. Apa temannya itu tidak tahukah dihospital adalah tempat yang tidak dibenarkan membuat bising?
             Haikal mengerutkan keningnya seketika.. ‘Aku kata dia, dia kata aku pulak. Hampeh sungguh’ “Ye la aku la yang salah..” Dia bersuara seakan merajuk. Geram!!
            “La.. kau ni. Itu pun nak touching ker?” Ilham kembali bertanya. Sedih pula dia mendengar kata kata Haikal itu.
            “Abis apa guna kawan? Penat aku datang sini tau. Kau pulak dari tadi tak reti duk diam. Pastu nak marah marah aku pulak..”
            Ilham mencebik. Wat lawak pulak mamat ni. Sudah lama dia dan Haikal berkawan jadi dia sudah maklum akan taktik yang selalu Haikal gunakan sekiranya dirinya diabaikan. Sekali tengok macam perempuan pun ader. Betul tak? “Aku risau la.. Sofea..” Ujarnya pula.
             “Kenapa dengan Ariana Sofea tu? Dia dah selamat dah kan” Haikal bertanya lagi. Semalam Ilham menghubunginya menyuruh dia bergegas ke Medical Centre. Mengetahui kejadian buruk yang menimpa Ariana dia turut bergegas ke situ. Ariana dikenalinya pun kerana Ilham mengenalkan mereka berdua. Tapi lewat pagi tadi Doktor sudah memberitahu mereka kalau Ariana Cuma pengsan kerana badannya terlalu lemah. Itu sahaja.
           “Kau tahu kan. Aku tak lama kat sini..” Ujar Ilham lirih. Itulah yang membelenggu pemikirannya diketika ini.
          “Maksud kau..” Haikal bertanya tidak mengerti.
          “Kau ni kan. Hari tu kan aku dah citer umi suh aku tinggal kat Uk in one month time!!” Dia membentak geram. Buat penat je dia meluahkan masalahnya kepada temannya itu dahulu jikalau benar benar Haikal sudah lupa.
          “Ouhh.. Umi kau serius ke nak maustautin kat Uk”
          “Hmm. Tu la pasal. Papa aku pun dah bising-bising. Abang aku pun satu hal. Tak sabar sabar nak balik sini..” Dia membebel pula.
          “Ouh..” Haikal menganguk lagi. Dia berasa kasihan dengan nasib temannya itu. Dia sendiri pun tidak tahu harus membantu apa.  
             Beberapa bulan yang lepas keluarga Ilham mengambil keputusan untuk menetap di United Kingdom dan mengarahkan Ilham supaya menguruskan business mereka di sana bagi menggantikan posisi Abang longnya di company mereka. Pada permulaannya Abang longnya yang menguruskan syarikat mereka itu dan dia menguruskan syarikat yang terletak disini. Tetapi kini abangnya itu mahu kembali ke Malaysia. Memaksa dia berpindah kesana. Memandangkan hanya mereka berdua sahaja yang tahu selok belok perniagaan. Mahu mengharapkan adik mereka yang seorang lagi. Tidak mungkin memandangkan adiknya itu masih lagi menyambung pelajarannya.
            Ilham mengeluh perlahan. Masanya hanya tinggal kurang dari seminggu sahaja lagi. Sedangkan hatinya semakin hari semakin terasa berat untuk meninggalkan Malaysia apatah lagi melihatkan keadaan Ariana sekarang. Hatinya sekarang yakin yang dia menyayangi Ariana. Cinta? Itu dia tidak pasti. Tetapi yang dia terlalu pasti keadaan Ariana pasti tidak terjaga apabila dia meninggalkan gadis itu sendirian.
            “So apa kau nak buat sekarang?” Haikal bertanya kembali. Mahu tahu tindakan yang akan diambil temannya itu.
          “Entah lah. Jiwa aku kacau..”
          “Kau tak cuba pujuk Abang kau supaya kekalkan position macam sekarang? I mean kau uruskan company dekat sini and dia kekal dekat sana. So kau tak payah la tukar pergi sana”
“Susah lah.. kau tahu kan ‘masalah’ aku ngan dia?”
“ ‘Perkara tu’ dah  berlalu Am. Hampir dua tahun”
“Entahlah. Sekarang ni kita orang memang dah tak ‘macam dulu’. Maksud aku dia dah tak mengelak dari aku.”
“So.. kau bincang la ngan dia.”
“Payah Kal. Umi suruh aku ikut je kehendak abang aku supaya hubungan kami kembali pulih. Dia tak nak aku ingkar cakap abang aku. Dia harap kalau bila aku ikut cakap Abang aku, rasa benci dan marah abang aku tu akan berkurang.”
“Kau bincang baik baik ngan umi kau. Suruh dia bincang baik baik ngan Abang kau. Kalau kena dengan cara dia aku rasa masalah ni boleh settle punya”
          “Aku dah call ngan bincang ngan umi aku tadi. Dia kata dia nak bincang ngan papa dulu. And then bincang ngan abang aku pulak. So tengok je la nanti…” Ilham memberitahu pula. Dia benar benar berharap uminya dapat memujuk abangnya supaya kekal dengan position mereka sekarang. Paling tidak berikan lagi sedikit masa buatnya sebelum dia berpindah ke Uk.
            “Ouh.. Ariana Sofea.?”
“kau suka sebut nama penuh dia ya?”
Haikal ttersengih Cuma. Turut perasan akan panggilan yang dia gunakan buat Ariana. “Dah tu aku nak panggil dia apa? Orang sekeliling panggil dia Ariana. Tapi kau panggil Sofea.”
“Apa masalahnya?”
“Kalau aku panggil dia ‘Ariana’ and then kau sebut ‘Sofea’. Confuse la kau tau tak.”
“Depan aku kau panggil je la dia Sofea. Apa susah! Tapi depan dia and orang lain better kau panggil Ariana sebab dia cuma bahasakan Sofea or Fea  ngan aku jer. Ader faham?”.
“Ok, ok. So now. Kau Serius ke dengan Sofea?
“Maksud kau?”          
“Kau pasti faham maksud aku”
“Entahlah. Yang aku tahu aku sayangkan dia. Terlalu sayangkan dia. Hanya dia yang penting dalam hidup aku”
“Ye lah tu. Careful Am. Aku tak nak kau taruh harapan yang tinggi pada hubungan kau orang. By the way what wrong with Sofea?” Dia menasihati sebelum bertanya lebih lanjut. Mengapa dia berkata begitu? Suatu hari pasti akan diketahui sebabnya juga.
“Kenapa dengan Sofea?” Ilham bertanya pelik. Tidak memahami akan pertanyaan itu. Tetapi lewat kata kata nasihat yang diutarakan temannya itu sudahpun terpahat kemas di kotak fikirannya.
            “Kenapa ngan dia tu? Satu satu  masalah datang. Aku agak dia kena mandi bunga la..” Haikal berkata selamba. Mana tidaknya satu satu masalah menimpa gadis itu. Bak kata pepatah Ariana ngan masalah dah macam isi ngan kuku, tak dapat dipisahkan. Akhirnya dia tersengih sendiri. Apa punya pepatah la yang aku bagi ni.
            “Woii.. kau ni nak mengata agak agak ar. Dengar dek Sofea nanti. Kan merajuk pulak dia..” Ilham berkata serius walaupun berasa agak lucu, namun jauh disudut hati puncak kerisauannya terasa semakin mengunung.
            “Alah aku gurau je lah. Tapi betul la. Usahkan engkau aku yang menengok ni pun risau mana tidaknya, lepas satu satu masalah dia…” Haikal membela diri.
            Ilham mengeluh lagi. Dia tahu itu. Dan atas alasan itu jugalah dia tidak mahu meninggalkan Ariana. Tampang Haikal dipandang lama.. “Entahlah weyh. Aku pun tak faham. Tapi apa yang aku tahu aku memang tak nak tinggalkan dia dan aku harap sangat kalau aku memang tak perlu tinggalkan dia.”


Ariana memandang sekeliling. Matanya pejam celik. Memandang bilik yang didiami. Hidungnya terhidu bauan persis bau ubatan. Seketika keningnya kembali bertaut. Melihat sekeliling dia pasti dia kini berada di hospital biarpun tidak jelas di hospital mana. Bunyi kriut pintu dibuka membuatkan matanya terarah ke pintu bilik yang berwarna merah jambu itu.
            “Hey Ryan, how are you?”Adilla bertanya sebaik sahaja memasuki kamar merah jambu itu. Dia tersenyum melihat Ariana yang terbaring bagai orang bingung. Hairan la tu..
             Ariana hanya tersenyum bagi membalas pertanyaan Adilla, teman satu kampusnya itu. Seketika kemudian muncul wajah Ana dan Hani dibelakang Adilla.
            “Kau kenapa Ryan? Kecoh satu Café kau tahu tak? Apa yang Hafiz buat kat kau..” Dia bertanya sebaik menghampiri katil Ariana.
            Ariana hanya berdiam diri. Mengingati kejadian yang dia hampir diperkosa Hafiz semalam dia terasa bagai mahu menjerit. Aku benci kau Hafiz…  
            “Kau kenapa Ryan? Senyap je. Cite la kenapa wey. Kau tau tak sekarang Hafiz kat mana..” Hani menyampuk sebelum sempat pertanyaan Adilla dijawab
            Ariana mencebik.. Ah.. ader aku peduli dia dekat mana. Pergi mampus la. Hatinya memberontak geram.
            “Kat mana wei..” Ana bertanya laju. Teruja mengetahui keadaan lelaki itu.
            “Kat mana lagi? Kalau dah wat macam tu lokap la jawabnya wei..” Adilla menyampuk.
          Hah!!! Ariana terjerit kecil. Terkejut! Bersabung dengan jeritan yang keluar dari bibir Ana.
            “Lah.. yang kau ni kenapa? Nama lagi report polis. Mana mana pun mesti la kena tahan, siasat sampai habis..” Adilla berkata sambil mengerutkan keningnya. Hairan melihat reaksi yang dipamerkan Ariana.
            “Mana kau tahu ni..” Ana bertanya lagi. Menyampuk!! Semalam dia tidak turun ke Diz`z Café jadi cerita tentang hal yang berlaku di sana semalam hanya diketahui melalui kedua temannya itu. Itu pun dia langsung tidak tahu menahu tentang berita Hafiz masuk balai.
            “La..dia call aku pagi tadi. Tidur balai la mamat tu semalam. Dengan muka lebam dah macam mafia dah aku nengok tadi…” Ujarnya pula. Mereka berlima sudah berkawan lama. Selain dari Ariana, dia juga turut rapat dengan Hafiz. Itu pasal la lelaki itu menghubunginya pagi tadi.
            Hah.. Ariana terjerit lagi. Hafiz tidur balai?
            “Lah kau ni kenapa? Sawan erk? Bukan kau ke yang buat report? Nasib baik Hafiz tu anak Da`to. So kau tahu la kan? Ayah dia guna pengaruh dia la tu. So tak kena masuk lokap la tapi apa yang aku tahu, after dapat kau punya persetujuan baru dia orang akan lepaskan si Hafiz tu. Tu pun kalau kau tarik balik dakwaan kau pada dia. Dengan ikat jamin la”
            Erk.. Ariana termenung seketika. Bila masa lak dia buat report polis? Jangan jangan.. Ilham.. Tapi bagus jugak mamat tu masuk lokap tapi.. ish kesian lak ngan auntie ngan uncle.. maunya tak tidur malam auntie Zara anak laki dia aku sumbat dalam lokap.. “Eh.. bukan aku yang buat report” Tiba tiba kata kata itu terluah dibibirnya.
            “Habis siapa..” Mereka bertiga bertanya serentak.
            Belum sempat Ariana menjawab tiba tiba pintu bilik dikuak dari luar. Matanya terpegun melihat gerangan pelawat yang memasuki kamarnya itu.
            “Ryan auntie minta maaf. Auntie tak sangka Hafiz sanggup buat kamu macam ni.” Datin Zara berkata sambil memegang erat tangan gadis dihadapannya itu. Hancur hatinya apabila mengetahui akan perbuatan anaknya itu kepada Ariana.
            “Auntie.. saya..”
            “Ryan, auntie mintak tolong dengan kamu. Auntie memang marahkan Fiz tapi,  auntie tak sanggup tengok dia duduk dalam lokap.. auntie..”
            “Auntie, Ryan tahu auntie.. Ryan..”
            Bunyi ketukan pintu sekali lagi mematikan perbualan mereka. Ariana melihat wajah Ilham dan Haikal disebalik pintu yang terbuka. Dia ingin memanggil Ilham mahu  bertanyakan ‘hal’ itu. Tapi melihat wajah Ilham yang serius sementara esak tangisan auntie Zara membatalkan hasratnya. Dia hanya menghantar pergerakan Ilham yang akhirnya terhenti di sudut jendela kamarnya itu.
             “Auntie, saya maafkan Hafiz…”
            “Err.. jadi kamu akan tarik balik dakwaan kamu pada dia..” Datin Zara bertanya lagi. Lega hatinya apabila Ariana sudi memaafkan anaknya itu.
            Ariana menarik nafas perlahan. Dia memandang Ilham. Seketika kemudian dia menganguk perlahan.
            “Terima kasih Ryan. Nanti auntie suruh dia minta maaf dengan kamu.”
            “Tak payah auntie. Saya tak nak jumpa dia..”  Ariana berkata tegas. Kata maaf yang diberikan tidak menjamin bahawa dia akan melupakan. Bak kata orang, kata maaf hanya dibibir hatinya belum pasti menerima. Biarlah jikalau mereka mahu mengatanya talam dua muka pun. Yang pasti itu keputusannya dan keluarga lelaki itu harus menerimanya. Muktamad!!
            Datin Zara tersenyum hambar. Apa lagi yang mampu dia harapkan. kesudian Ariana memaafkan anaknya itu sudah cukup. Biar teruk manapun perangai anaknya namun hati kecilnya tetap tidak mampu melihat anaknya itu berada di sebalik tirai besi.
            “Terima kasih Ryan. Auntie minta maaf sekali lagi auntie balik dulu..”
            Ariana hanya tersenyum. Pelukan auntie Zara dibalas perlahan..
            “Weyh.. k lah. Aku pun nak balik dulu. Kau jangan risau nanti aku brainwash Hafiz banyak banyak. Kau jaga diri tau Bye.” Adilla bersuara sebaik sahaja kelibat Datin Zara hilang di pandangan. Terlalu lama melihat drama sebabak Ariana dengan Datin Zara dia tidak sedar kalau dia sudah terlalu lama disitu.
            Apabila semua berlalu Ariana berpaling menghadap Ilham. Kelu lidahnya disaat melihat raut wajah lelaki itu yang tenang bersandar.

            Ilham hanya memandang dengan renungan tajam. Sakit hatinya apabila mendengar kata kata maaf yang keluar dari bibir gadis itu. Tidak tahukah Ariana bahawa perbuatan lelaki itu  tidak patut dimaafkan?
            Haikal mengaru garu kepalanya yang tidak gatal. Suasana sepi diantara mereka bertiga membuatkan dia rasa canggung. Lengan Ilham disiku beberapa kali. Seketika dia mencebik melihat riak selamba yang dipamerkan temannya itu “You okey..” Haikal bertanya apabila Ilham langsung tidak menghiraukan mereka berdua. Apa punya kawan la mamat ni..
            “Ermm..okey..” Ariana menjawab sambil membalas senyuman yang dilemparkan lelaki tersebut.
            “Dah makan..” Haikal bertanya lagi.
            “Belum..”
            “Lah kenapa tak makan lagi..”
            “Errr.. baru bangun..”
            “Ouh.. nak makan.. nak I suapkan ke” Dia berselorah..
            Ariana tersenyum Cuma. Sekali lagi pintu biliknya diketuk dari luar. Haikal yang melihat terus menuju ke pintu dan membukanya dari dalam. Seketika muncul seorang perempuan yang manis bertudung dari sebalik pintu.
            “Hei.. Ariana. Awak ni kenapa? ” Amyra yang baru sahaja tiba terus bertanya Ariana sebaik pintu dikuak dari dalam. Tubuh Ariana dipeluk perlahan. Dia tersenyum sekilas kepada dua lelaki yang berada di bilik itu..
            “Kenapa? kenapa apa..? ” Ariana bertanya pelik. Serasanya tidak ada yang tidak kena pada dirinya ketika itu
            “Ye la.. asyik dapat masalah je. Saya rasa awak kena mandi bunga la..” Amyra berkata selamba sambil bibirnya terukir seulas senyuman.
            Hahahaha.. Haikal ketawa lepas. Kelakar betul dia mendengar kata kata gadis yang baru sahaja melangkah  ke tempat mereka bertiga. Sama seperti kata katanya tadi!!
            Ilham hanya tersenyum. Faham akan ketawa yang dihamburkan oleh temannya itu.
            Ariana memandang binggung. Seketika pandangannya berlaga dengan Amyra
            Amyra memandang pelik. Sambil tangannya mengaru kepalanya yang tidak gatal.. “Ada apa apa yang tak kena ke sampai macam tu sekali awak ketawa?”
            “Erk.. tak de aper aper. Awak berdua sembang la saya pergi sana..” Haikal berkata sambil tersenyum senang. Matanya sempat merlirik gadis tersebut. Ermm.. ayu.. comel!!
            Ditinggalkan berdua mereka kembali menyambung cerita. Amyra merupakan satu satunya teman baik nya yang boleh dikatakan agak warak. Amyra yang dikenalinya itu merupakan seorang wanita yang lembut, baik dan sopan, tapi kuat berceloteh. Nasib gadis itu lebih sadis dari hidupnya. Amyra merupakan anak yatim piatu dan tidak mempunyai  adik beradik. Lebih parah apabila dia lahir dari keluarga yang susah. Apabila ibubapanya meninggal dia terpaksa bekerja keras untuk menyara hidupnya itu.
            Hampir dua jam mereka berbual. Amyra meminta diri. Ariana mengerutkan dahinya apabila melihat Haikal turut tergesa gesa keluar sebaik temannya keluar. Tinggal berdua dengan Ilham yang sedari tadi membisu membuatkan dadanya sesak. Marahkah Ilham kepadanya?

“Awak marah saya?” Ariana bertanya sambil kakinya melangkah menuju ke tempat Ilham berdiri. Tidak betah apabila berterusan berdiam begitu.
            “Kenapa cakap macam tu?” Ilham bersuara mendatar. Apa pantas untuknya tidak marah kepada Ariana? Biarpun hanya sebagai kawan Ariana dia berhak memarahi gadis itu. Sangkanya Ariana sudah tidak menjejakkan kaki ke tempat begitu lagi. Sakit pula hatinya.
            “Dah tu awak diam dari tadi lagi..” Ariana bertanya bingung.
            “Saya kesal!!” Dia berterus terang.  Dia kesal dengan Ariana yang masih lagi kekal dengan perangai lamanya itu.
            “Kenapa?”
            “Kenapa? Awak tanya kenapa? Awak tahu tak kalau saya tak ikut awak, apa yang jadi pada awak Fea? Kenapa?  Kenapa? .. awak langsung tak nak dengar cakap saya..” Ilham bersuara meluahkan ketidak puasan hatinya. Bingung dia bila disoal begitu.
            “Saya.. saya minta maaf..” Ujarnya benar benar menyesal.
            “Bukan kata maaf awak yang saya nak Fea..” Ilham bersuara sedikit kesal. Jujur bukan itu yang dia mahukan.
            “Saya minta maaf. Saya tahu saya salah..” Air mata Ariana mengalir keluar. Terasa bagai anak kecil apabila dimarahi begitu.
             “Berulang kali saya bagitahu awak, jaga diri. Tapi awak? Saya tak selalu ada untuk awak Fea..”
             “Awak, nak gi mana..”
             Ilham hanya diam.. buntu..
            “Am.. Fea minta maaf. Awak jangan lah marah Fea lagi. Fea janji Fea tak buat lagi..” Ariana merayu lagi.  Sungguh dia tidak sanggup kehilangan lelaki itu. Sekiranya Ilham sudi memaafkannya dia berjanji akan menurut segala kata kata Ilham selepas ini.
            Ilham hanya memandang sayu. Hiba hatinya melihat Ariana merayu nya sebegitu Tubuh Ariana didekati. Kemudian dia berbisik perlahan.. “Saya takkan tinggalkan awak . Saya janji! Tapi.. dengan syarat!!”

No comments: