Saturday, August 14, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 58

Dahi Ariana berkerut sebaik melihat ada Sesuatu di atas mejanya. Pandangannya beralih pula pada lelaki dihadapannya namun riak tanda tanya yang terpamir kemas diwajah itu membuatkan dia turut dilanda tanda tanya. Langsung tidak berpuas hati dia mendengus perlahan.
“Abang.. cakap la.. saper yang bagi bunga ni” Ariana merayu buat kesekian kalinya. Muka kayu Ilham dipandang lagi.
“Mana la abang tahu. Kekasih gelap Fea la kot. Fea agak siapa..” Ilham masih berkata selamba. Mukanya dipalingkan membelakangkan Ariana. Menahan ketawanya dari terletus melihat riak Ariana yang bengang kerana dia menafikan bahawa dia yang memberi bunga itu.
“Sape ya??” Ariana bertanya lagi. Perlahan. Lebih kepada diri sendiri. Bunga ros berwarna merah, pink, putih dan kuning itu dipandang dan dicium berkali kali. Seakan dapat mengagak siapa pemberinya namun sikap Ilham yang menafikan sekeras kerasnya membuatkan dia kembali binggung.
“Amboi.. tak puas tilik sekarang ni cium pula ya. Kalau tuan yang bagi bunga kat depan. Agak agak dengan dia sekali dapat kiss..” Ilham memerli. Aksi Ariana yang mencium bunga ros itu membuatkan dia ingin ketawa.
“Ala.. abang.. abang kan yang bagi bunga ni” Ariana bertanya lagi. Dia yakin bunga ini diberi Ilham. Masalahnya sekarang Ilham berada bersamanya sedari pagi. Dia Cuma meninggalkan Ilham tidak sampai lima minit itu pun dia menuju kebilik air sekejap. Disebabkan itulah dia teragak agak untuk percaya. Apatah lagi Ilham pula masih tidak mahu mengaku.
“Kenapa Fea cakap abang yang bagi. Abang kan ada ngan Fea sejak tadi. Bila pulak abang beli bunga ni cik Sofea sayang oi” Dia berselorah pula.
Ariana mengaru kepalanya perlahan. Sesekali jari telunjuknya mengetuk kepalanya beberapa kali. Membuat gaya bagai orang yang sedang ralat berfikir.“Cuma abang yang selalu bagi Fea bunga ros..” Bukankah hanya Ilham yang tahu apa bunga kegemarannya? Lebih dari itu bukannya lelaki itu tidak boleh membuat tempahan bunga melalui panggilan telefon. Betul tak??
“Ye la sayang. Abang yang bagi.. suka tak..” Ilham mengiyakan. Kesian pula dia melihat wajah binggung Ariana itu.
“Suka sangat” Bunga ros itu dicium lagi. “Tapi kenapa ada tiga kuntum setiap satu.. warna warni pulak tu” Pelik pula dia. Dahulu ilham selalu memberinya sejambak bunga setiap kali lelaki itu berkunjung ke rumahnya. Tetapi sekarang mengapa hanya tiga??
Ilham menghampiri Ariana yang sedang bersandar dikepala katil itu. Kuntum bunga ros dicapai “I” dia mengetuk mata Ariana dengan sekuntum yang pertama. “love” bunga ros kedua pula digunakan untuk mengetuk hidung itu. “You” kali ini kuntum bunga itu menyapa pula bibir mungil Ariana “Banyak warna.. sebab abang harap kalau hidup Fea sentiasa berseri dan meriah.. warna warni.. macam bunga bunga ni”
Ariana tersenyum Cuma.. “Abang agak agak romantic la ni”
Ilham turut membalas senyuman itu. “Abang memang romantic .. Fea je yang tak tahu..” Matanya dikenyit sebelah.
Ariana mengetuk perlahan bibir Ilham dengan bunga ditangannya. “Nakal.. Abang bila Fea boleh keluar hospital ni. Dah lama dah tinggal sini..” Ariana merengek manja pula. Dia benar benar berharap agar dapat keluar dari hospital secepat yang mungkin.
“Selagi Fea tak sembuh selagi tulah Fea kena tinggal sini. Abang nak ensure sebelum keluar badan Fea betul betul sembuh..” Ilham menerangkan sambil meminta pengertian.
Akhirnya Ariana hanya menganguk kerana itu adalah alasan sama yang didengarinya sejak semalam. Teringatkan sesuatu dia kembali bertanya “Kenapa kena ambil bilik Vip.. siapa yang bayar bil ni” Ujarnya bertanya. Bukanlah dia tidak biasa menginap dibilik vip tetapi cuma sedikit hairan akan siapa yang menguruskan bilik penginapannya itu.
“Yang tu Fea tak yah risau abang dah bayar semuanya.. sebab? Abang nak privasi. Abang harap sangat Fea cepat sembuh..”
Ariana melepaskan nafasnya perlahan. Dia serba salah. Zairil? Dimanakah tanggungjawab lelaki itu sebagai suami. Sudahlah bayang lelaki itu langsung tidak kelihatan biarpun dia sudah tiga hari dihospital ini. Apakah lelaki itu sememangnya tidak mencintainya. Lalu apa pula fungsi dia terus bertahan menjadi isteri Zairil.. Ahh hati tenanglahh.. berikan waktu untuk aku bergembira. Melupakan kesedihan dahulu. Walaupun hanya untuk seketika. “Err .. nanti Fea bayar balik pada abang ya” Dia bersuara perlahan. Kesal sebenarnya kerana terlalu berharap pada Ilham sedangkan mereka kini tidak punya apa apa hubungan. Dan tidak mungin akan punya apa apa hubungan.
“Tak payahlah Fea. Tengok Fea hapy, Sihat.. itu dah cukup bagi abang” Suaranya tetap tenang. Bukan wang yang dia mahukan. Dia kini berasa bahagia kerana dapat menghabiskan masanya dengan Ariana. Biarpun dia tidak pasti sampai bila. Biarlah. Dia tidak kisah. Yang penting sekarang hanyalah kesembuhan dan kebahagiaan Ariana. Melihat senyuman Ariana sudah cukup memberinya semangat untuk terus berjuang mempertahan kan cinta mereka. Biarpun dia tahu Ariana masih tegar memilih Zairil walaupun Zairil tidak pernah mengambil tahu tentangnya.
“Mak long ” Ariana menjerit nyaring sebaik melihat kelibat ibu dan bapa saudaranya berserta kedua orang sepupunya muncul disebalik pintu yang dikuak perlahan.
“Apa yang lelaki ni buat kat sini Ary” Haziq bertanya tegas sebaik melihat Ilham yang sedang duduk disamping Ariana. Apa lagi yang dimahukan lelaki itu setelah pergi meningalkan Ariana. Apa yang lebih penting bila pula Ilham dan Ariana kembali bertemu?
Ilham terkedu. Dia dapat melihat dengan jelas api kebencian di sebalik wajah Haziq yang menyinga. Dia maklum lelaki itu pasti tidak dapat menerima perbuatannya meninggalkan Ariana dahulu.
“Err..” Suara Ariana tersekat sekat. Tidak tahu mahu memberi alasan apa. Dia tahu Haziq dan Shahrul benar benar marahkan Ilham kerana menipunya dahulu. Apatah lagi apabila melihat dirinya yang merana akibat ditingalkan Ilham. Tetapi sekarang dia sudah tahu Ilham tidak bersalah. Apa harus dia menceritakan segala galanya?

Ariana terpaku. Gerakannya terasa terhenti. Wajah Amyra ditatap lama. Pipinya ditepuk perlahan. Cuba memastikan yang berada di hadapannya itu adalah Amyra bukan orang lain. Benar benar Amyra teman baiknya itu. Bukan mimpi. Bukan juga bayangan semata mata.
“Tak usah la awak tepuk pipi awak banyak kali. Memang saya depan awak” Amyra menyakinkan. Kesian pula dia melihat Ariana yang masih tidak berkelip memandangnya. Dia yakin dengan gerak hatinya. Yakin dia masih diterima menjadi teman baik gadis itu. Oleh itu dia muncul dihospital hari ini.
“Saya minta maaf Myra.. saya betul betul minta maaf” Ariana memegang tangan Amyra erat. Sejak dia sedar dari ‘lenanya’ hari itu dia memang benar benar mahu memohon maaf kepada temannya itu. Cuma dia yang tidak mampu untuk menyapa Amyra setiap kali mengingati perbuatan kejamnya terhadap Amyra.
“Sudah lah, benda dah lepas…” Amyra tersenyum Cuma. Dia memang kesal dahulu. Tapi kesalnya lebih kepada melihat perubahan Ariana. Melihat Ariana kembali pulih dan lebih baik dulu itu sudah cukup mengembirakannya. Bukankah itu fungsi sebenar seorang kawan?
“Awak tak marahkan saya” Ariana bertanya lagi. Tidak percaya dirinya dimaafkan semudah itu.
“Uit.. saper kata saya tak marah. Kalau ikut hati saya dah lama saya cincang awak. Buat sup.. mesti sedap kan..” Dia berselorah pula. Hidung Ariana dicuit perlahan.
Ariana memuncungkan bibirnya. “Saya serius awak gurau pulak.. thank tau” Dia beralah dalam ketawa. Syukur kerana hari ini temannya itu sudah kembali.
“Ni kenapa masuk hospital? Awak kalau bab yang satu ni memang tak ubah ubah ya? Itula orang suruh mandi bunga tak nak. Tu bunga banyak tu buat apa.. nak mandi erh.. kantoi” Dia mengusik lagi. Sambil itu dia turut ingin tahu apa yang terjadi sebenranya. Dia tahu Ariana ditahan dari Hospital itu pun kerana Haikal yang memberitahunya.
Meletus ketawa Ilham dan Haikal sebaik mendengar kata kata Amyra itu. mendengarkan itu wajah Ariana kembali memuncung tapi tidak lama kemudian dia turut tersenyum sama. Ahh.. Amyra juga masih seperti dulu. Langsung tidak berubah. “Awak sihat?”
Amyra menganguk Cuma. Dia tersenyum. Dalam pada menanti hari bahagianya itu pastilah dia berada di dalam keadaan sihat.
“Ni muka berseri seri kenapa” Ariana mengusik pula. Muka Amyra dilihatnya berseri seri. Seperti orang yang sedang berbahagia.
Amyra tersengih lagi. Sesuatu diambil dari beg tangannya lalu dihulurkan ke hadapan Ariana.
Ariana terganga. Tidak mahu percaya. “Betul ke ni.. awak nak kahwin dengan Haikal” Dia bertanya pula. Kad yang bersulam nama HAIKAL & AMYRA di belek belek lagi.
Amyra hanya menganguk. Siapa tahu dia yang dulu pernah menolak lelaki itu kini benar benar sudah jatuh cinta dengan Haikal. Kesudahannya dia hanya menurut apabila Haikal mencadangkan mereka terus bernikah. Bayangkan lah semua nya berlaku dalam hanya beberapa bulan. Bermula dari pertemuan mereka semula bersama Ilham hari itu. Ahh.. jodoh pertemuan ditangan TUHAN Siapa yang tahu?
Ariana tersenyum gembira. “Saya yang bercinta dengan Ilham, awak yang kahwin ya? Bila masa you all flirt around ni ermm” Dia mengusik sambil memandang Haikal dan Amyra. Tetapi sebaik melihat wajah Ilham senyuman yang tadi ceria bertukar sirna. Sayu. Ternyata impian cinta ILHAM & ARIANA tidak kesampaian. Ahh.. takdir TUHAN siapa yang tahu?
Amyra yang memahami gelojak hati temannya itu memegang erat tangan Ariana. “Awak ingat kata kata saya…”

Zairil melangkah masuk ke Hospital. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke bilik wad isterinya itu. Wajah Ariana yang serius memandangnya turut ditentang lama. “Bila Ary boleh keluar” Pertanyaannya mendatar.
Ariana memejamkan matanya perlahan. Sukar mempercayai. Setelah berhari hari dia ditahan baru hari ini Zairil muncul?? Ahh.. benar benar tidak patut. “ Saya tak tahu..” Dia menjawab lemah.
Zairil hanya membuat muka selamba. Tiada riak bimbang yang terpamer diwajahnya biarpun jauh disudut hati dia bimbangkan isterinya itu. Entahlah hatinya sendiri sebenarnya sudah tawar.
Melihatkan Zairil yang diam. Ariana menatap wajah itu lagi. “Kenapa awak berubah Aril? Kenapa baru hari ni awak muncul..” Kenapa zairil? Kenapa? Sudah tidak diperlukan kah dia dimata lelaki itu.
“Apa perlu abang disisi Ary kalau Ary dah ada lelaki lain” Zairil memerli sinis. Sampai ke hari ini hatinya masih sakit apabila ditipu hidup hidup oleh Ariana. Sudahlah begitu Ilham pula berhabisan menyuruhnya melepaskan Ariana. Terbukti sudah jikalau Ariana dan Ilham mempunyai hubungan dibelakangnya.
“Saya dan Ilham tak de apa apa” Ariana memberitahu pula. Kisah hubungan mereka dahulu tidak perlu lah dia menceritakan buat suaminya itu kerana dia pasti Zairil tetap tidak mahu mendengar. Lalu apa pula fungsi nya kisah lalu untuk diungkit dihadapan Zairil?
“Sudahlah Ary.. Abang tak nak dengar sandiwara Ary” Zairil merengus geram. Biar seribu kali diceritakan pun dia tetap tidak mahu percaya. Dia bukan sebebal itu untuk mempercayai kata kata Ariana yang pastinya lebih banyak bohong dari kebenaran.
“Awak dah tak sayangkan saya?” Pertanyaanya perlahan. Dia mahu tahu isi hati Zairil. Dia mahu tahu sama ada dia masih diperlukan atau tidak oleh suaminya itu. Ahh.. dia benar benar berharap zairil menerimanya seperti dulu. Paling tidak dia dapat memastikan segala pengorbanan Zairil kepadanya terbalas biarpun tiada istilah cinta diantara mereka.
“Jangan tanya abang. Tanya hati Ary sama ada Ary sayangkan abang atau tidak” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.
Ariana sebak. Berapa kali harus dia mengulang ayat yang sama. Sayang atau tidak. Cinta atau tidak dia akan tetap kekal menjadi isteri Zairil. Dia tidak akan berpaling dari janjinya itu. Kerana dia benar benar sudah pasrah. Ilham bukan miliknya. Dan dia milik lelaki itu biarpun tidak sepenuhnya “Saya sayangkan Awak Aril..”
“Sayang je tak cukup kalau hati Ary bukan pada Abang. Tak guna Ary jadi isteri abang kalau hati tak iklas nak jadi isteri abang. Abang sayang dan cintakan Ary. Setelah apa yang abang korbankan untuk Ary, tergamak Ary tikam belakang abang” Luahnya kesal. Jikalau diturutkan hatinya yang baran pasti kedua insan itu sudah tidak bernyawa dimuka bumi ini.
“Dulu awak tenang je. Sekarang kenapa awak jadi macm ni. Awak yang tak percayakan saya, bukan saya tak nak jadi isteri awak.. Aril.. cinta atau tidak saya akan kekal jadi isteri awak. Itu janji saya. Saya takkan berpaling dari awak, walau apa pun yang jadi.” Nadanya sayu. Sesayu hatinya yang perit dengan permainan hidup yang harus ditempuhi dari masa ke masa.
“Siapa sebenarnya di hati Ary? Abang.. Ilham, atau kekal menjadi hak milik kekasih Ary yang pergi tinggalkan Ary tu” Zairil bertanya pula. Dia benar benar ingin tahu. Ingin tahu siapa sebenarnya di hati Ariana Sofea. Isteri yang disayanginya itu.
Ariana terkedu. Benarlah telahannya Zairil tidak tahu dan tidak pernah tahu jikalau Ilham dan kekasih yang dikata pergi meningalkannya itu adalah orang yang sama. Jika jawapan itu yang lelaki itu mahukan dia Cuma punya dua pilihan. Persoalan siapa yang berada dihatinya itu sudah tentu tidak penting kerana biar dimanapun keadaan tetap tidak akan berubah. Ahh.. mengertikah Zairil dengan hatinya??
“Sudah lah.. Ary simpan je jawapan Ary tu. Abang tak nak dengar. Abang nak balik” Dia berjalan laju. Entah angin apa yang menimpanya dia tidak mahu tahu. Apa yang pasti dia mahu berada jauh dari Ariana. Kesabarannya benar benar teruji apabila berhadapan dengan isterinya itu. Entahlah dia sendiri tidak pasti mengapa dia dulu yang tenang boleh bertukar menjadi sinis seperti itu.
“Awak tak nak teman saya?” Ariana bertanya sebaik menyedari batang tubuh Zairil yang menghala kepintu. Tetapi melihatkan tubuh itu yang tetap tidak mahu berhenti dia menjerit lagi “Awak dah tak suka saya? Apa awak takkan kembali pada saya Zairil?”
Langkah Zairil terhenti. Namun tangannya tetap jua memulas tombol pintu. Tanpa berpaling Zairil membalas pertanyaan Ariana tadi. “Abang akan kembali pada Ary bila Ary putuskan hubungan Ary dengan Ilham..” Seusai berkata dia terus melangkah pergi.


p/s: enjoys your reading.. sory lambat post..busy.. hehehe.. =p

11 comments:

miz ruha said...

ala,,,
ary cpt kate kn isi kt zairil,,,

nk lg,,,

Nur Faizah said...

aryy!!
cpt ckp yg awk syg gile3 kat die!!
cpt seblom terlambt ary!!
penulis!
saya gile excited nak tunggu bab yg lain..
hehehe :D

Nur Fara said...

mis ruha

sabar sabar.. hehehe

Nur Fara said...

nur faizah..
tunggu ya hehehe..

Hamzah Ian said...

salam ramadhan

fard_kay said...

isyyy
macam mana la penghujung citer cinta ni?

Nur Fara said...

HAMZAH

SLAM RAMADHAN BUAT KAMU KEMBALI..
HEHEHE..=P

Nur Fara said...

FARD KAY..

NAPE ANDA SUDA KELIRU KE OR MAU GIVE BACA CITER NI.. HUHUHU..

JUST WAITING YERK..=P

Anonymous said...

nk fea ngan am

akira_bita said...

tak sabar nak tahu akhir dia.. huhuhu

nursya said...

adoihai....
si aril nie dgr la aper ary nk ckp...
ssh tol la klw suma org nk berahsia nie...
huk huk huk....