Wednesday, September 29, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 64

Dahi Ariana berkerut. Hatinya berdebar. Kereta yang berada dihalaman rumah ditilik seketika. Nisha. Dia tahu kereta berwarna hitam itu milik Nisha. Tapi soalnya apa yang perempuan itu buat dirumahnya sekarang?
Pintu rumah yang sememangnya tidak ditutup rapat ditolak perlahan. Handbag ditangan diletak disofa. Bayang Zairil dicari. Tiada! Setelah itu dia naik ketingkat atas pula. Namun masih juga sepi.
Ariana menuju kebiliknya pula. Kakinya melangkah perlahan melalui pintu bilik yang tidak ditutup itu. Langkahnya terhenti.
YA ALLAH. Tubuhnya kaku. Airmatanya menitis. Patutlah. Patutlah hatinya tidak enak hari ini. Patut saja dia beria mahu pulang awal hari ini. Rupa rupanya Tuhan mahu menunjukkan sesuatu buatnya.
Zairil!! lelaki itu. Suaminya itu?? Suaminya itu sedang berpelukan dengan Nisha. Didalam bilik tidur mereka ? apa maknanya semua itu? Tubuhnya terasa lemah. Tangannya mencari sesuatu untuk bepaut. Dia tidak mahu jatuh disitu. Namun tangannya silap memegang hingga barang hiasan kaca itu jatuh berderai.
Zairil yang terkejut akibat bunyi yang dekat dengannya terus sahaja berpaling. Lingkarannya di pinggang nisha turut terlepas. Zairil pucat. Wajah Ariana dipandang bergilir gilir dengan wajah Nisha yang berdiri disebelahnya. Nisha mengeleng perlahan. Mahu menafikan.
Ariana menutup matanya. Sungguh dia tidak percaya. Zairil yang sedang mara kearahnya ditatap tajam. “Tergamak awak.. sampai hati awak” Dia merintih sayu. Jelas. Jelas dimatanya mereka berpelukan biarpun tiada apa yang berlaku.jikalau dia tidak tiba tepat pada masanya apakah yang akan terjadi pada mereka berdua? Akan hanyutkah? Ya Allah! Tangannya menekup mulut. Tidak. Dia tidak mahu percaya.
Zairil menerpa kearah Ariana. “Ary.. abang tak salah.. Ary semua ni salah faham .” Dia menyakinkan.
Ariana mengeleng legi. Salah faham!! Wajah Nisha ditatap pula. Jikalau dulu dia akan lari. Tapi tidak untuk kali. Tidak sehingga dia mendengar penjelasan lelaki itu biarpun jelas situasi dahulu dan sekarang berbeza. “Apa kali ini pun you yang rancang Nisha”
“Tak Ariana.. tak.. saya.. saya minta maaf.. saya tak sengaja..” Suaranya terketar ketar. Dia tadi benar benar tidak menyangka akan hayut dalam pelukan zairil. Biarpun hanya berpelukan tapi Sungguh dia benar benar tidak sengaja.
“Saya tak sangka Nisha..” Wajah Zairil ditatap pula. “Kenapa? Kenapa awak buat saya macam ni..” Dia merintih . Sangkanya Zairil sudah berubah. Hidup mereka akan bahagia selepas ini. Apatah lagi mengingatkan kebaikan Zairil semalam, tetapi..
“Abang minta maaf Ary.. abang sayangkan Ary..” Zairil merayu. Tangan Ariana digengam.
Ariana mengeleng perlahan. “Saya tak percaya kata kata awak lagi.. tergamak awak..”Seusai berkata dia berlari keluar.
Melihatkan Ilham yang masih berada diluar dia menarik tubuh itu. “Abang.. cepat abang.. Tolong bawak Fea keluar dari sini.. cepat”
“Kenapa Fea” Ilham ingin bertanya juga. Tadi dia sengaja menunggu. Hatinya dapat merasakan sesuatu yang buruk akan menimpa gadis kesayangannya. Melihat Ariana yang pucat beserta muka yang dibasahi air mata dia ditekan rasa ingin tahu.
Ariana mengeleng perlahan. Airmatanya diseka. “Kalau abang sayangkan Fea, abang cepat. Bawak Fea keluar dari sini” Dia merayu.
Melihatkan Zairil yang mara. Tubuh itu dipaut lagi. “Cepat abang.. cepat”

Ilham memandang wajah yang lena dibahunya itu. Sesekali kepala Ariana diusap perlahan. Sakit hatinya disaat mendengar cerita Ariana sakit lagi hatinya melihat air mata yang tidak berhenti mengalir itu. Inipun serasanya hampir tiga jam gadis itu menangis dibahunya. Puas dipujuk supaya berhenti tetapi tetap juga Ariana menangis. Dia sendiri tidak pasti entah bila Ariana terlena. Air mata yang masih bersisa disapu perlahan.
Zairil?? Mengapa lelaki itu masih juga menyakiti Ariana. Tidak puas puaskah? Tidah tersentuhkah hatinya melihat hidup Ariana yang bertemankan air mata itu. Jikalau diturutkan hatinya pasti abangnya itu sudah lama menjadi arwah. Kurang ajar. Tergamak berbuat begitu di saat Ariana menerimanya biarpun tubuh itu tidak henti disakiti.
Matanya dipejam rapat. Cuba menenangkan diri. Ahh.. Fea mengapa masih mahu bertahan. Kembalilah pada abang Fea, abang akan bahagiakan Fea selalu. Takkan pernah abang sakiti hati Fea. Sedarlah sayang. Dia merintih sayu. Bagaimana harus dia melepaskan Ariana jikalau dihadapan matanya sendiri dia melihat betapa Ariana terseksa. Benar benar sudah berpatah arangkah Ariana dengannya?
“Nah air kau”
Mata Ilham yang pejam kembali celik. Gelas yang berisi air diambil lalu diminum rakus dek kerana terlalu dahaga. Wajah Haikal bersama Amyra dihadapannya hanya dipandang tenang. Tidak tahu mahu berkata apa. Tadi apabila Ariana mengesanya supaya pergi membawanya hanya rumah temannya itu yang berada dikepala. Sudahnya sehingga kini mereka masih disini. Masih disofa itu biarpun jarum jam sudah menjengah ke malam hari.
“Ariana dah ok” Amyra bertanya. Hiba hatinya melihat keadaan temannya itu. Dia yang melihat sudah merasa sebak. Ariana yang menangung apatah lagi. Turut merana sudah pastilah Ilham kerana mereka berkongsi hati yang sama walau tidak bersama.
Ilham melepaskan nafasnya perlahan. Pasangan suami isteri dihadapannya itu dipandang lagi. “Macam nilah dia. Aku betul betul dah buntu Kal. Tak tahu nak buat apa.. Ariana masih berdegil. Kalau ikut hati aku dah lama aku bunuh abang aku tu” Dia melepaskan geram.
“Kau cuba la bincang baik baik dengan Ariana” Haikal menasihati lagi. Dia sendiri tidak tahu harus menolong apa.
“Saya tak sangka Sir Zairil sanggup buat macam tu!” Amyra menyampuk. Sungguh dia tidak menyangka lelaki yang berpelajaran tinggi itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Cinta boleh membutakan mata hati sayang.. macam sayang tak tahu” Haikal memberitahu Amyra pula.
Amyra berpaling. Muka Haikal dilihat. Tidak berpuas hati dengan kata kata suaminya itu. “Memangla cinta boleh membutakan mata hati.. tapi bodoh benar ke dia tu.. tergamak dia pukul Ariana macam tu. Sudah tu buat maksiat kat dalam rumah sendiri. Memalukan je abang. Orang macam tu tak layak hidup kat muka bumi ni” luahnya geram.
“syhh.. tersedar Ariana tu nanti. Abang tak tahu nak kata apa Myra. Manusia mana yang tak buat salah..” Haikal menenangkan Amyra yang dilihatnya sudah beremosi.
“Entahlah Myra.. Kal.. aku sekarang tak mintak apa apa pun, cukup kalau hidup Ariana bahagia Cuma itu. Mungkin betul kata Ariana. Tak de jodoh kita orang.” Dia turut beralah. Kali ini dia benar benar tidak mahu mengharapkan apa apa lagi.
“Saya doakan awak Am. Oh ya.. takkan awak nak biarkan Ariana lena macam tu jer..” Dia bertanya pula. Kasihan melihat Ariana yang tidur sambil bersandar di bahu Ilham itu.
Ilham tersenyum. Wajah Ariana ditatap pula. “Biarkan lah dia. Pasni aku angkat dia masuk bilik. Kau jangan lupa sediakan bilik untuk aku sekali. Aku nak tidur sini tau malam ni..”
“Ye lah.. macam tak biasa pulak” Haikal berselorah. Dahulu sebelum Ilham berpindah ke villa bukankah dirumahnya itu yang menjadi tempat tinggal Ilham. Sebaik sahaja dia menikahi Amyra terus sahaja isterinya itu diajak tinggal disini memandangkan apartment nya itu sudah cukup besar.
“Thank” Ucapnya iklas. Tidak tahu bagaimana harus berterima kasih kepada dua teman yang sudah banyak membantunya itu.

Amyra memandang Haikal. Haikal memandang Ilham. Dan kemudiannya ketiga tiga mereka kembali memandang Ariana. Tidak tahu mahu berkata apa apabila melihat keadaan Ariana itu.
“Fea tak ok lagi ker” Ilham bertanya tenang. Ariana dilihatnya dari tadi tidak henti henti menyumpah. Biar tidak jelas ditelinga mereka ayat yang keluar dari bibir itu tapi juraian demi jurain air mata tetap menarik perhatian mereka bertiga.
“Fea benci dia abang. Fea benci dia” Ariana merintih lagi. Zairil. Tergamaknya awak.. sampai hati awak. Ahh.. Tuhan sakitnya hati hanya Tuhan yang tahu.
“Abangpun benci dia jugak, tapi Fea berhentilah nangis. Sudahlah tu, Nanti Fea sakit.. Siapa yang susah..”
“Dia jahat!! Dari dulu sampai sekarang dia tak pernah layan Fea dengan baik. Fea tak larat abang. Fea betul betul tak larat” Bibirnya diketap.
Ilham menghampiri. Tangan Ariana diusap lembut. Air mata Ariana diseka perlahan “kita sama sama doa .. mudah mudahan ada hikmahnya semua ni..”
“Kenapa abang.. kenapa?” Air mata yang baru sahaja diseka Ilham luruh lagi. “Fea korbankan segala galanya. Fea rela pilih dia dari abang sebab Fea betul betul terhutang budi dengan dia. Fea dengar je hinaan dia. Fea biarkan dia sakiti tubuh Fea. Fea maafkan dia.. tapi… tapi.. kejamnya dia..” Dia kembali tersedu. Kesal!!
Melihatkan itu Ilham menarik Ariana supaya dekat dengannya. Tubuh Ariana dipeluk erat. “Sudahlah sayang.. jangan nangis lagi.. abang ada..”

“Kau nak apa lagi hah? Lepaskan Ariana” Ilham menyinga. Tangan Ariana yang ditarik Zairil direntap kuat. Melihat air mata yang mengalir dipipi mulus itu dia terasa bagai mahu menendang Zairil
“Ariana isteri aku, bukan kau” Zairil menbentak geram. Dia mahu berjumpa isterinya itu. Dia mahu menerangkan sesuatu kepada Ariana. Dia mahu memohon maaf.
“Abang Fea tak nak jumpa dia” Ariana merayu pada Ilham. Dia benar benar sudah tidak larat.
Mendengarkan itu Ilham terus menarik tubuh Ariana lalu diletakkan dibelakangan tubuhnya. Dia tidak mahu Ariana dikasari. Dia tidak rela Ariana disakiti lagi.
“Ary.. abang minta maaf. Abang betul betul tak sedar. Abang sayang kan Ary” Zairil tetap merayu.
Ariana mengeleng. “Awak bohong!! Cukuplah jangan ganggu saya lagi. Saya tak pernah cintakan awak. Saya cintakan Ilham… tolong.. tolong ceraikan saya” Ariana merayu pula.
Zairil terkesima. Wajah muram Ariana ditenung.
“Fea tak payah merayu pada lelaki semacam dia.. kita tuntut fasakh..” Ilham berkata pula. Dia tidak rela Ariana merayu begitu.
“Tidak.. abang takkan ceraikan Ary!!” Suaranya tegas. Dia tidak akan sesekali menceraikan Ariana. Tidak mungkin.
“Sudahlah.. Fea jom” Tangan Ariana ditarik supaya masuk kekeretanya. Dia memecut laju.
Zairil turut menhidupakan enjin keretanya. Dia mahu mengejar Ariana. Dia tidak akan merelakan Ariana lari darinya begitu sahaja. Aku suaminya bukan Ilham.. aku!! Aku!! Suara hatinya bergema. Rasa kasihan yang dulu menerpa sebaik kisah Ariana dan Ilham diketahui bagaikan hilang apabila melihat Ariana yang berpaut erat pada Ilham.
Ariana pucat. Wajah Ilham dipandang. Sesekali matanya melirik pula pada kereta Zairil yang sedang mengekori mereka. “Abang.. dia ikut kita. Macam mana ni..”
Ilham hanya memandang Ariana serius. Hidup atau mati dia tetap akan membawa Ariana jauh dari Zairil. Cukup. Dia tidak mahu Ariana disakiti lagi.
“Fea tak yah risau lah. Ingat biar apa pun yang terjadi abang sayang kan Fea.. Abang cintakan Fea..” Tangan Aryana digengam. Setelah itu dia kembali memandu tenang.
Zairil memecut laju. Sebaik keretanya menghampiri kereta Ilham dia menekan hon. Meyuruh Ilham menghentikan keretanya.
Ariana kaget. Tubuhnya mengeletar apabila kereta Ilham dirasakan memecut terlalu laju. Kereta Zairil disebelah dilihat pula. Dalam pada dia memandang kiri kanan matanya membulat sebaik melihat treller dihadapan mereka.
“Abang!!”

Friday, September 24, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 63

Zairil berdiri disisi tubuh yang sedang lena itu. Wajah Ariana yang sedang lena ditatap lama. “Maaf kan abang Ary.. maafkan abang” Dia merintih kesal.
Ya ALLAH apa yang aku lakukan. Wajah Ariana yang masih bersisa air mata itu ditatap lagi. “Abang cintakan Ary. Abang sayangkan Ary, abang rindukan Ary” Dia merayu perlahan biarpun dia tahu Ariana ketika itu masih lena. Polos. Wajahnya benar benar polos.
Melihatkan pipi yang masih merah tanda tapak tangannya itu air matanya menitis perlahan. Sukar mempercayai bahawa dia yang melakukan itu. Ahh.. mengapa aku sekejam itu? Ary.. abang cintakan Ary. Abang rindu saat kita bergurau senda dulu. Abang rindu nak dengar ketawa Ary. Hati abang sakit bila tahu Ary tak cintakan abang.
Hati abang lebih sakit bila Ary berpelukan dengan Ilham. Abang tak dapat terima Ary. Apatah lagi abang tahu Ary cintakan orang lain. Abang akui pernikahan kita bukanlah berasakan cinta. Tapi abang sayang Ary.
Zairil mengusap lembut bibir yang bengkak itu. Tubuh Ariana yang sedang lena dipeluk erat dari belakang. “ Maafkan Abang.. maafkan abang”
Ariana terkesima. Titis air mata yang jatuh dimukanya membuatkan dia tersedar dari lenanya. Dia mendengar dengan jelas kata kata zairil. Air matanya turut sama menitis. Dia tahu zairil cintakan dia. Dia tahu itu. Berulang kali juga dia mengatakan pada lelaki itu bahawa dia turut menyayangi Zairil tapi mengapa Zairil tidak mahu mengerti. Tetap juga menyakiti hatinya.
YA ALLAH mengapa sesukar ini untuk mengapai bahagia?

“Sudahlah tu Ril..” Nisha menenangkan. Wajah kusut Zairil dipandang. Tersentap benarkah Zairil dengan kenyataan yang baru diketahuinya itu.
“I tak sangka.. Ilham kekasih Ariana..” Fikirannya kusut. Setelah seminggu kejadia di villa itu hatinya bagai tertarik tarik untuk mencari makna kata kata Ariana itu. Dia mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi diantara Ilham dan Ariana.
“Dia orang memang dah lama bercinta. Salah I. I yang pisahkan diaorang.” Nisha mengaku kesalahannya. Benar. Memang dia yang salah.
“Kenapa you tak bagitahu I dari dulu Nisha..” Zairil merintih sayu. Sesayu hatinya disaat mengetahui memang dia penyebab Ilham dan Ariana berpisah. Dia tidak dapat menerima itu.
“You sayangkan Ariana” Nisha bertanya pula . Dia ingin tahu.
Zairil menutup matanya. Ariana? Isterinya itu sebenarnya seorang yang mulia hatinya. Teringat malam dia memeluk Ariana sambil meminta maaf rupanya gadis itu sudah berjaga. Dan Ariana dalam tangisannya turut menyatakan kalau dia akan kekal menjadi isterinya. Tapi setelah mengetahui cerita sebenar bolehkah dia terus berbuat tidak tahu akan kisah hidup Ariana itu?
“ I sayangkan dia Nisha.”
Nisha menutup matanya. Berharap jikalau dia tidak mendengar itu kerana dia masih lagi berharap pada Zairil. Berharap agar Zairil kembali ke pangkuannya.
“Jadi you akan terus bersama dia” Mulutnya masih gatal mahu bertanya.Wajah Zairil yang kusut dipandang lagi.
Kepalanya digeleng lesu. “Entah lah .. I tak tahu. I tak mampu tengok dia bila teringatkan salah I pada dia” Zairil mengaku jujur. Selepas hari itu juga dia sudah melayan Ariana baik. Malahan Ariana turut dijaga sehingga sembuh. Hampir menitis air matanya yang melihat Ariana tersenyum gembira apabila dilayan baik. Tidak tahukah gadis itu dia sebenarnya penyebab kepada merananya hidup Ariana. Tahu! Ariana sebenarnya tahu. Tapi memilih untuk melupakan. Ahh.. mulianya hati itu.
“Kalau macam tu you lepaskan dia” Nisha memujuk pula.
Zairil tetap mengeleng juga. “I sayangkan dia. I sayangkan Ariana.” Ya dia sayangkan Ariana. Dia tidak mampu untuk hidup bersama Ariana namun untuk melepaskan dia tidak rela.
“Errmm.. payahlah macam tu. You tak kesian pada Ilham dan Ariana”
“Ahh.. kepala I pusing. You hantar I balik.” Zairil mengarahkan. Lemah. Dia benar benar lemah disaat ini. Sebaik mengetahui cerita sebenarnya pagi tadi dia bergegas ke kondo Nisha. Berharap gadis itu membantunya.
“Ermm ye lah” nafasnya dihembus perlahan. Tidak tahu harus berbuat apa, membiarkan Zairil kekal bersama Ariana ataupun mengunakan peluang yang ada itu. Kunci kereta diambil lalu dia memaut tangan sasa itu.
Sebaik sampai di rumah Zairil dia memperlahankan kereta. Zairil yang sedang berbaring menenangkan diri di sofa sebelah pemandu dipandang. “I cintakan You Ril” Suaranya perlahan. Hanya cukup untuk santapan pendengarannya sahaja.
“Jom I hantar you ke atas” Ujarnya pula seraya membuka pintu rumah Zairil. Pasti Ariana belum pulang. Hatinya berkata sendiri disaat melihat keadaan banglo itu yang sunyi sepi.
Zairil hanya menganguk. Dia bukanlah lemah untuk berjalan sendiri tetapi fikirannya benar benar kusut. Pautan tangan Nisha hanya dibiarkan. Pintu biliknya dikuak perlahan.
“You berehat lah” Nisha berkata seraya menyuruh Zairil berbaring dikatilnya itu sambil matanya meliar memerhatikan bilik Zairil yang dikongsi bersama Ariana itu.
Ralat memerhatikan entah bagaimana Nisha turut terjatuh sama lalu terbaring diatas badan zairil. Hatinya berdebar. Mata mereka saling menatap lama. Disaat Tubuhnya dipaut zairil, Nisha hanya memejamkan mata. Lena dalam dunia sendiri sehingga terlupa bukankah di antara dua manusia yang berlainan jantina akan ada insan yang ketiga?? Ariana ….

“Thanks” Ariana mengucapkan terima kasih sebaik sahaja Zairil menyapu ubat dipipinya. Peritnya bagaikan tidak terasa apabila dia dilayan baik begitu. Sudah sedarkah Zairil?
Zairil tersenyum Cuma. Pipi Ariana diusap perlahan. Selepas itu tubuh itu dipeluk pula. “Ary tidur ya.. abang minta maaf” Ujarnya pula. Ariana hanya menganguk. Senang dengan layanan baik itu. Tidak sedar entah bila dia akhirnya lena di bahu Zairil.
Zairil yang melihat Ariana sudah lena lantas membaringkan tubuh itu. Gebar ditarik untuk menyelimuti tubuh itu lalu dia melangkah keluar. Dia mahu mencari sesuatu. Mencari sesuatu yang boleh memberi jawapan kepada persoalan persoalan yang membelenggu antara dia dan Ariana.
Dia mahu masalah mereka selesai. Dia sudah tidak mahu menyakiti tubuh isterinya itu lagi. Selagi dia tidak mendapat jawapan itu selagi itulah dia tidak akan bahagia dengan Ariana. Itu tekadnya. Sehingga kini telinganya bagaikan tergiang giang kata kata Ariana di villa minggu lepas sebelum tubuh itu ditolak kasar.
“Ilham.. Ilham kekasih saya yang pergi tinggalkan saya dulu..”
Lebih dari itu dia mahu tahu apa makna kata kata yang sempat didengarinya dirumah ini hampir setengah tahun yang lalu. Kata kata yang diluahkan Ilham adiknya itu.
“You buat hidup I dan Ariana menderita.. seumur hidup I .. I takkan maafkan you Nisha.. tidak untuk kali ini”
Dia pernah mendengar ayat ini dulu. Tapi dia mengabaikan. Dia mengangap kata kata itu diluah berikutan Ilham baru mempunyai hubungan dengan Ariana. Keretanya dipecut laju. Mahu menuju ke banglo Ariana. Banglo peninggalan arwah keluarga isterinya itu.
Sebaik sahaja tiba dia terus melangkah masuk sebaik melihat Mak Ilah dan Elly membuka pintu. Pintu bilik Ariana dibuka. Matanya terpana disaat melihat bingkai gambar yang memuatkan gambar Ariana yang memakai gaun berwarna pink dipeluk oleh Ilham dari belakang. Dan tarikhnya? Dua setengah tahun yang lepas. Kepalanya mengeleng tidak percaya. Sememangnya dia tidak pernah menjejakkan kaki di bilik itu melainkan pada malam perkahwinannya apatah lagi keesokannya dia membawa Ariana tinggal di banglo nya. Tidak berpuas hati. Almari kayu itu dibuka pula.
Siapa sebenarnya Ilham Ary?” Zairil bertanya sendiri. Album gambar diambil. Sekali lagi dia terkesima. Melihat betapa banyaknya gambar Ariana dan Ilham di merata tempat. Tiba tiba matanya tertacap pula pada sekeping surat. Dek terasa ingin tahu dia membuka juga.

Salam sayang buat Aryana sofea,

Jujur abang tak tahu apa lagi yang harus abang buat. Fea langsung tak nak dengar kata kata Abang. Abang buntu, tapi untuk pergi tanpa memberi penjelasan untuk fea.. mustahil bagi Abang.

Abang minta maaf jikalau semua kelakuan Abang menyakitkan hati fea.. tapi abang mohon pengertian Fea… cuba sekali Fea renungkan waktu kita bersama.. pernah abang sakitkan hati Fea.. tak pernah kan??.. Apa pun sanggup abang lakukan untuk Fea.. hatta nyawa sekali pun.

Tapi mata Fea terlebih mendahului ingatan Fea terhadap kenangan kita bersama. Fea lebih rela percaya pada pandangan mata dari penjelasan Abang… so.. apa lagi yang harus abang katakan.. Fea pernah mintak abang pergi jauh kan….

Zairil terduduk. Tidak percaya. Namun digagahkan juga dirinya untuk membaca semua isi surat itu. Tarikhnya?? Beberapa hari sebelum Ilham berangkat ke uk.
Uk?? Fikirannya teringat sesuatu. Bukankah kali pertama dia berjumpa Ariana ketika dia di klia. Dia yang ketika itu mahu berjumpa adiknya sebelum Ilham berangkat ke Uk. Dan dia .. dia berlanggar dengan Ariana kerana gadis itu dilihatnya sedang menangis. Apakah Ariana menangis kerana Ilham? Itu dia tidak tahu kerana mereka berjumpa hampir dengan pintu gerbang lapangan terbang itu. Apa mungkin??
Malam itu dia hanya menginap di bilik Ariana. Menjelang keesokannya dia menuju pula ke villa papanya. Ketika itu Ilham sudah pun ketempat kerja. Bilik Ilham diselongkar dan nyata rantai loket itu masih berada di dalam Almari bilik adiknya itu. Dengan teragak agak tangannya membuka pula loket berbentuk hati itu.
ILHAM LOVES SOFEA
Kata kata itu terukir kemas disebalik rantai itu. Didalamnya pula terdapat gambar Ilham dan Ariana. Satu lagi bukti?
Sebaik melihat turut terdapat surat disitu dia membukanya. Jelas tulisan Ariana disitu membuatkan dia tergadah sendiri.

Jikalau Fea ada kuasa pasti Fea akan putarkan masa, paling tidak Fea akan hentikan masa supaya kita kekal bersama. Tapi entahlah, Fea sebenarnya kecewa. Teramat kecewa.. bertahun kita bersama tapi ini kesudahannya..bukan jodoh kita abang..

Salah Fea.. bukan salah abang. Sepanjang kita bercinta tidak pernah abang berbuat salah pada Fea..Cuma Fea yang bodoh.. malangkan? Mungkin itu satu sebab mengapa kita tidak lagi bersama hari ini.

Mungkin ada yang terbaik untuk abang.. dan fea.. fea akan teruskan hidup fea dengan zairil.. maaf..
Abang…
Jikalau diberi pilihan pasti Fea akan memilih abang tapi .. Fea tak punya pilihan itu abang.. Fea lepaskan abang.. Fea bebaskan abang.. tolong..jangan cari Fea lagi. jangan munculkan diri abang dihadapan fea buat seketika. Berikan Fea ruang waktu untuk merawat hati sendiri.

Mulai saat ini juga Nur Aryana Sofea dan Tengku fakrul Ilham bukan lagi sesiapa.. dan Disaat kita berjumpa suatu hari nanti.. hubungan kita hanyalah sebagai ipar.. doakan fea bahagia Abang.. itu jugalah doa fea buat Abang.. moga masa mampu menjadi nurse yang terbaik buat kita berdua..

Salam ingatan..
Nur Ariana sofea

Air mata Zairil hampir menitis. Betapa dia seorang yang tidak pandai menghargai isterinya itu. Bukan Zairil tidak tahu betapa kuatnya cinta Ariana kepada kekasih yang meninggalkannya itu.Cuma apa yang dia tidak tahu Tengku Fakrul Ilham adiknya dan Ilham yang pernah disebut isterinya sewaktu mengigau dulu adalah orang yang sama. Bodohkah dia??
Kertas yang terselit disitu turut dibuka. Dia ingin mengetahui segala galanya.

Fea pulangkan lagu ini pada abang.. Maaf.. Fea tak mampu untuk mengisi ruang kosong itu.. Sudah itu takdir cinta kita ….
Teringat selalu wajah kekasihku
saat ku menuai lalu
coba engkau dengarkan..
ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
ku ceritakan kisah tentang kita
Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
saat kau mulai terjatuh
aku datang menyelamatkanmu
ini surga kita tiada yang menguasainya
tempat kita bersandar dan bertahta
tenang sayang, ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu
Tenang sayang, ku tepati janjiku
karna kau wanita terhebat
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu
……………………………….
………………………………..
jangan menangis, hapus air matamu
………………………………/ yakinkan ku tetap milikmu

Yang akan kekal setia selamanya
Tengku Fakrul Ilham & Nur Ariana Sofea
Kali ini air mata Zairil benar benar menitis. Apatah lagi melihat nama Ariana yang dipotong itu. Pasti lah Ariana sudah nekad memilih untuk hidup disisinya biarpun dia mencintai orang lain. Ya ALLAH kejam benarkah aku ini.
Patutlah Ariana mengatakan dia penyebab kepada hancurnya hidupnya itu. Tapi dia?? Dia menambahkan kesakitan di hati Ariana dengan kata kata yang sinis. Mengata Ariana pelacur biarpun sebenarnya kenyataan itu sebenarnya jauh panggang dari Api. Ariana bukan begitu. Hanya dia yang saja menyebut begitu kerna mahu hati Ariana sakit seperti mana hatinya.
Belakang lirik lagu itu dilihat pula. Pasti tulisan Ilham. Hatinya berdesis kecil.

Fea tegar memilih zairil biarpun Fea cintakan abang.. abang bebaskan Fea abang lepaskan Fea hanya jika Fea bahagia.. YA ALLAH bahagiakan insan yang kucintai SOFEA & ZAIRIL….. sampai bila bila pun cinta ini akan abang kenang.. pergilah sayang.. pergi

Jadi ini bermakna Ilham juga rela melepaskan Ariana kepadanya. YA ALLAH apa yang aku lakukan.
Diserang rasa bersalah dan sedih dia menuju ke rumah Nisha . Berharap agar gadis itu bisa membantunya.

Ariana memandang beberapa dokumen yang berada dihadapannya itu lalu diambil dan diteliti. Dia mahu menyiapkan kerja kerjanya segera. Entah kenapa hari ini dia rasa mahu pulang awal. Sudah bosan barangkali menatap semua kerja kerja itu. Intercom yang berbunyi ditekan pantas.
“Ada apa Syazmeen?”
“Maaf cik Ariana. Ada orang nak jumpa dengan cik Ariana tapi dia tak buat appointment!!”
“Siapa?” Ariana bertanya pelik. Jarang ada yang mahu berjumpannya tanpa temu janji.
“Encik Fakrul Ilham!!”
Ilham!! Ada apa lelaki itu datang berjumpanya disini. Setahunya Ilham tidak pernah datang ke HS HOLDING. “Suruh dia masuk” Ujarnya seraya memandang pintu bilik. Menanti pintu itu dikuak dari luar. Saat wajah Ilham menerpa pandangannya dia tersenyum perlahan. “Ada apa?”
Ilham menghampiri lalu mengikut langkah Ariana kesofa. Dalam diam tubuh Ariana ditilik. Mencari perubahan. “Fea sihat..”
Ariana menganguk. wajah sirna Ilham dipandang. Kerana itukah lelaki itu datang kesini?? “Awak sihat??” Pertanyaan diutarakan. Panggilan turut diubah memandangkan dia adalah kakak ipar Ilham. Sudah tidak pantas membahasakan Iham dengan panggilan itu lagi.
Ilham terkesima. Awak?? Ahh.. benar benar dia sudah dibuangkan dari hati gadis itu?
Wajah Ilham yang berubah dipandang oleh Ariana. Sebak namun dia cuba bertahan. Seminggu ini hubungannya dengan Zairil sudah semakin elok. Oleh itu dia tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan. Cukuplah berakhir disitu.
“Abang datang cuma nak tahu Fea sihat ke tak. Kalau Fea dah ok takpelah. Abang balik dulu” Suaranya hambar . Benar benar berputus asa. Dia bangun.
Ariana menghampiri. Melihat Ilham yang berterusan berjalan ke pintu dia memanggil nama itu. Tahu hanya itu yang mampu membuatkan Ilham berpaling kepadanya. “Abang!!”
Ilham memandang Ariana. Redup pandangannya. “Fea benar benar bahagia.. Zairil dah tak pukul Fea lagi? Fea nekad nak hidup dengan Zairil? Apa abang langsung tak bermakna dalam hati Fea?” Ilham berkata lirih. Harus apa lagi yang dia lakukan.
Ariana menarik tangan itu menyuruhnya duduk. “ Abang.. maafkan Fea. Lepas hari tu Zairil dah tak pukul Fea lagi. Malah dia yang rawat Fea, Fea dah tak nak keruhkan keadaan. Abang dan Zairil tetap adik beradik. Dan Fea? Fea tetap isteri Zairil. Kita takkan mampu ubah hakikat tu” Dia sudah benar benar redha untuk kali ini. Semalam dia lena sambil bersandar di bahu zairil dia yakin keadaan pasti akan jernih semula. Untuk apa dia mengharap lagi sedangkan statusnya sebagai isteri kepada Zairil tetap tidak akan berubah meskipun baik atau buruk layanan yang diterima.
“Fea boleh mintak cerai..”
Ariana tersenyum hiba. “ kalau Fea bercerai, abang sanggup terima Fea? Diri Fea dah kotor abang. Dah kotor, abang tak rasa jijik ke dengan Fea” Dia mengharapkan pengertian. Entahlah. Hatinya benar benar binggung diketika ini. Ingatan tentang masa lalunya membuatkan dia rasa dirinya kotor. Orang sepertinya layak kah bersama Ilham??
“Fea.. abang sikit pun tak rasa macam tu. Sudahlah Fea. Tak usah dikenang kisah lama. Kita boleh mulakan hidup baru. Abang sudi terima Fea biar apapun yang terjadi..” Ilham menyakinkan.
Ariana mengeleng lagi. “Fea tak layak untuk abang.. tak layak. Biarkan Fea terus begini. Abang sayangkan kan Fea kan? Doakan Fea ya..”
Ilham melepaskan keluhan. Ah.. apa ini pengakhirannya? Akhirnya dia menganguk perlahan.
“Ada apa abang Ziq..” Ariana bertanya sebaik handsetnya berbunyi. Wajah Ilham sempat dipandang. Berharap agar Ilham menunggunya buat seketika. Masih ada yang ingin dia katakan kepada lelaki itu.
“Kenapa Fea?” Ilham bertanya sebaik melihat wajah keruh Ariana. Ada berita tidak baikkah?
“Fea tak sedap hatila abang. Fea nak balik, tapi kereta tak der. Abang Ziq pinjam” Ujarnya. Dia tidak tahu mengapa. Tapi dia benar benar ingin pulang.
“Abang hantar Fea ya..”
Wajah Ilham dipandang. Dia mengeleng perlahan. Bimbang sebenarnya. Bimbang jikalau Zairil mengetahui dan mengangap yang bukan bukan.
“Kalau Fea sayang kan abang, izinkan abang hantar Fea untuk kali terakhir” Ilham membuat permintaan. Dia tidak mahu Ariana pulang sendirian. Biarpun Ariana sudah memilih Zairil dia tetap dan akan sentiasa menjaga kebajikan gadis itu. Kerana Ariana akan dicintainya seumur hidup.

Thursday, September 16, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 62

korang selamat hari raya..first thing first..

saya tengok kat komen box ramai yang sedang berperang.. hee.. korang sabar2.. ini hanya cerita.. huwaa.. sya paham ramai yang berkonflik ada yang sokong fea n aril ada yang sofea n ilham.. apa apapun cerita ni da siap .. fully furnished so memang sukar untuk memenuhi setiap jalan cerita yang korang inginkan. tapi jalan cerita dia mungkin akan diubah untuk tujuan penerbitan kat tempat lain berdasarkan komen2 yang diberi..

yang kedua..
kali ni saya dah selang2 kan tulisan.. payah nak baca ke selama ni?/ sian korang... kenapa selama ni takder yang cakap.. huwaa.. tertiba terasa bersalah..

btw thanks for all komen.. korang jangan emo sangat.. nanti kena serangan jantung.. bahaya... hee..i gurau jer lah.. selamat membaca.. ada yang tak pausa hti sila bgtau keyh.. daa... :-)

p/s:- blog ni kelihatan tak terurus sebab masalah teknikal(templates dia diremove tanpa sebab.. sungguh kejam).. n sekarang sememangnya saya suda ngantuk.. tak sempat nak manage balik susunan blog ni.. so sila abaikan jerk erk.. okkk...

**************************************************


Ilham masih lagi berdiam diri. Gambarnya dan Ariana ditatap lagi. Tidak dihiraukan Shireen yang merayu rayu dihadapannya. Apabila tangannya direntap dia hanya memandang. Tidak mahu berkata apa apa.

“Abang ngah. Cepat la bercakap.. eii.. bencila abang ngah ni” Shireen merungut tidak puas hati. Penat saja dia dia datang ke Putra Holding. Berbuih mulutnya bercakap tapi tetap juga abangnya itu berdiam diri.

“Abang..” Air mata Shireen menitis. Terasa dirinya tidak diperlukan Shireen berdiri. “Abang memang tak sayangkan Reen” Dia berlalu ingin keluar. Sedih! Sudah hilang serikah keluarganya itu.

“Yela, yela.. eii macam budak kecik” Ilham menjerit nyaring sebaik tangan Shireen mencecah tombol pintu.

Shireen berpaling. Dia tersenyum. Air matanya diseka. Tidak sia sia dia menangis. Hehehe “Thank you.. sayang abang..”

“Huh. Teruknya adik abang ni. Siap guna air mata lagi” Ilham merengus geram. Terasa diri dipermainkan.

“Hello.. Reen betul betul sedih ok.. abang la.. orang dah siap sedia dah ngan hadiah untuk sambut besday dia.. dia tak nak datang pulak..” Shireen merungut kecil.

“Abang dah tua la Reen, tak sambut besday pun takpe” Ilham memberitahu pula. Umurnya dah masuk 26 pun. Apa kejadahnya nak sambut hari jadi??

“Tua ker. Nampak hensem jer pada pandangan mata Reen.. hehehe.. Bila abang nak kemas barang. Remember umi dan papa nak kita tinggal sama sama kat villa” Shireen bertanya pula.

Ilham hanya berdiam diri. Bolehkah dia??

“Kak Ary dengan Abang long tak tinggal kat sana la..” Dia memberitahu pula. Tahu apa yang membelenggu fikiran abangnya itu.

Ilham hanya tersenyum hambar. Ariana? Ahh.. abang rindu Fea.. kenapa Fea degil? Bahagiakah Fea? Hatinya tertanya. Sudah empat bulan berlalu. Apakah hati Ariana bukan untuknya lagi??



“Bila kita sayangkan seseorang tapi tidak mampu untuk milikinya.. lepaskan dia.. bebaskan dia… tapi bila dia kembali pada kita.. itu ertinya dia ditakdirkan untuk kita..”


Iklas from - Tengku Shireen Alisha for my beloved brother Tengku Fakrul Ilham!!

Ilham memandang adiknya sebaik kertas nota itu dibaca. Mata adiknya yang berkaca dipandang. Ahh.. teruk benarkah keadaan dirinya sehingga kesakitannya turut dirasa Shireen. Lalu apakah Ariana tidak dapat merasa kesakitannya itu. Pen ditepinya diambil lalu dia mencoretkan sesuatu.

Thanks for being my sisters in this world.. I love you.. khas dari Tengku Fakrul Ilham untuk adik tersayang yang teramat cengeng.. Tengku Shireen Alisha. Moga bahagia dengan your prince charming. Ehem.. sape la yang malang dapat adik abang ni hmm..

“Abang ngah!!” Eii.. langsung tak prihatin. Jahat betul. Memang takde bakat nak jadi pelakon, tak dapat nak hayati situasi langsung ” Mulutnya membebel sebaik sahaja kertas nota tulisan abangnya itu dicapai. Air matanya diseka. Buang karan betul.

“Eleh dia yang manja kata kita pulak. Abang lelaki takkan abang nak nangis” Ilham berkata angkuh. Sengaja mahu mengusik Shireen yang jelas merah padam mukanya.

“Eleh.. ye la tu.. k la abang Reen nak balik dulu..” Tangan Ilham dicapai lalu dicium perlahan tanda menghormati abangnya itu. Dia tersenyum sebaik kepalanya diusap lembut. Ahh.. abangnya itu memang penuh dengan sifat kasih sayang berbeza terus dengan Abang long.

“By.. muka tu keruh semacam je, jangan nangis pulak.. malu nanti!!hehehe!” Dia mengusik lagi sebelum keluar.

“Jangan cari nahas kalau Ary nak hidup lama di muka bumi ni” Zairil bersuara tegas sebaik mereka sampai dihadapan villa keluarganya.

Ariana hanya berdiam tanpa reaksi. Tangannya yang perit digengam Zairil hanya dibiarkan. Ahh.. Zairil?? Dia tidak akan pernah berubah.

“Sory umi.. tak dapat datang awal.” Ariana memohon maaf. Sejujurnya dia sudah bersiap untuk ker sini membantu apa yang patut tetapi Zairil yang tidak membenarkan dia datang. Sudahnya dia hanya terperap di dalam rumah. Hanya malam ini tepat pukul 8.00 malam baru kakinya mencecah ke villa mertuanya itu.

“Tak pelah umi faham. Ril kata kepala Ary sakit sebab terjatuh, kuat lagi ke sakitnya tu” Dahi Ariana yang bertampal staple dibelek seketika.
Ariana hanya mengeleng. Pembohong!!

“Dah siap semuanya.. jom kedepan” Tangannya menarik menantunya itu. Sampai kehadapan dia memandang anak perempuannya pula “ Reen.. pergi la panggil Angah..”

“Ok umi” Shireen berkata seraya naik ketingkat atas Villa mereka. Selepas tubuh abangnya dijumpai dia memaut tubuh itu lalu berjalan bergandingan.

Ilham memandang Ariana yang hanya menunduk. Langsung tidak memandangnya. Ahh.. benci benarkah Fea pada abang? Namun matanya tetap saja memandang wajah itu. Cantik! Desis hatinya kecil. Ariana yang mamakai skirt labuh putih bersama baju dan selendang yang berwarna putih itu benar benar persis seorang puteri.

Ariana menutup matanya beberapa kali. Tenanglah duhai hati. Dalam hatinya dia berselawat panjang. Berharap jikalau dia mampu tunduk sampai bila bila. Jangan sesekali wajah Ilham dipandang. Kerana dia tidak mampu memandang wajah itu.
“Dah duduklah semua.. makan..” Tengku Farizal mengajak pula.

“Hapy besday nak” Engku Farida memaut tubuh anaknya itu. Lalu dicium dahi anaknya itu dituruti Tengku Farizal.

Ariana tetap memejamkan matanya. Biarpun hatinya ditarik tarik untuk melihat wajah itu. Ya ALLAH..

“Ary kenapa pejam mata? Dari tadi papa tengok Ary pejam mata” Tengku Farizal menegur. Mengantuk benarkah menantunya itu?

Ariana ketap bibir. Wajah papanya dipandang. “Err.. Ary teringat pada papa ngan mama..” Katanya sebak. Ya itu adalah salah satu mengapa dia berperasaan sebak begitu.

Shireen tersenyum Cuma. “Mesti setiap kali besday kak Ary sambut kan”
Ariana mengeleng perlahan. Dia menunduk. “Tak delah kak Ary tak sambut pun tahun lepas. Ermm dah lah.. jom makan” Dia bersuara sambil tersenyum pula. Memang benar. Sambutan harijadinya yang terakhir adalah bersama Ilham. Dua tahun yang lalu.
Ilham terpegun. Sudah tidak menyambuat harijadikah Ariana? Ahh.. kasihan benar Ariana ..

“Tak pelah kita makan sekarang. Reen radio tu tak nak tutup ker?” Engku Farida mengajukan soalan. Bingit pula telinga dia mendengar bunyi radio itu.

“Takpelah.. umi.. meriah sikit” Dia memujuk perlahan. Sengaja mahu memeriahkan suasana.

“Best umi masak..” ujar Ariana sebaik sahaja selesai makan. Zairil dilihatnya juga sudah selesai makan. Cuma berbual kosong sahaja. Melihatkan itu dia berlalu pergi. Namun langkahnya terhenti sebaik sahaja mendengar nyanyian itu. matanya terpejam..

Di villa indah ini pernah menjadi saksi
temasya yang gemilang suasana meriah
termetri dihatiku kau yang memiliki
kehebatannya di malam itu ..
Bila villa menyepi kenangan pun bertamu
wajahmu menikam memperlahankan waktu
aku pun hilang arah kerna disini bermula cinta
kupadamu ..
akukah yang kesorangan ditimpa percintaan janji manisnya
yang mendera…
Berikan kesempatan bukan nya hukuman
akan ku pastikan cinta ini…
andai dibiarkan ia usang diterangi malam suram
akan tinggal bayang kekosongan
terserahlah kepadaMU
andai kubiarkan ia usang
ditemani unggas malam
hingga tiap kenangan tenggelam
bersamamu selama lamanya…

Tanpa disedari sebaik matanya dibuka matanya dan Ilham bertamu. Air matanya menitis. Belum usai nyanyian itu Ariana berlari keluar.. cukup.. Cukuplah sampai disini..

Ariana menangis tersedu. Dia meronta perlahan. Sakit tangannya dipegang tapi sakit lagi hatinya apbila diperlakukan sedemikian rupa. Wajah zairil ditentang. “Lepaskan saya..” Dia merayu.

“Huh..Ary memang takkan berubah kan?? Kenapa Ary?? Kenapa” Zairil bertanya lantang. Dia tadi mengejar Ariana yang berlari keluar ke laman rumah selepas mendengar lagu itu. Bukan dia tidak nampak mata Ariana dan Ilham beradu. Sungguh sakit hatinya.

“Apa saya dan buat. Lepaskan saya.. sakit awak tahu” Dia merintih lagi.
Tangan itu dilepaskan. Ariana terduduk. Mukanya menekup lututnya sendiri. Kolam dihadapan mata dipandang sepi. Hatinya tidak setenang itu. “Kenapa Aril.. kenapa awak buat saya macam ni. Tak boleh awak layan saya baik- baik? Saya isteri awak, bukan perempuan simpanan awak” Ujarnya perit. Zairil tidak sudah sudah menyakiti tubuhnya dan dia benar benar sudah tidak larat.

“Salah Ary bukan salah abang.. Ary yang curang bukan abang” Ujarnya lagi.

“Kenapa..kenapa awak tak nak percaya saya? Saya sayangkan awak. Awak tahu tak. Saya isteri awak..” Ariana merayu lagi. Dia benar benar sudah letih.

“Sayang je tak cukup Ary, abang perlukan cinta Ary. Setakat cakap sayang semua orang boleh” Zairil merengus geram. Sejujurnya dia menyayangi Ariana. Tapi entahlah.

Ariana berdiri. Wajah Zairil ditentang berani. “Cinta atau tidak saya tetap isteri awak. Macam mana saya nak cintakan awak kalau awak selalu lukakan hati saya, awak tak pernah jaga hati saya.. tak pernah. Hati saya sakit Aril..”

“Hati abang yang sakit Ary tak nak kira.”

“Cakap pada saya apa yang saya buat sehingga saya menyakiti hati awak? Awak musnahkan hidup saya. Awak penyebab musnahnya hidup saya, tapi saya rela hidup dengan awak. Dan sekarang apa yang saya dapat. Hinaan awak .. cacian awak”
Zairil memandang geram. Lagi lagi itu yang Ariana ulang. Tahukan gadis itu jikalau bukan sebab dia, tubuh itu sudah lama menjadi bahan mainan lelaki diluar sana.

“Apa maksud Ary”

Ariana menangis tersedu. Beban dihatinya sudah tidak mampu ditangung “Awak!! awak yang menyebabkan saya terpaksa berpisah dengan Ilham..”

“Apa maksud Ary!!” Suara Zairil menengking. Tahukah Ariana yang dia sedang bercakap dengan siapa. Tahukah Ariana yang dihadapannya itu adalah suaminya. Dan tahukakah Ariana jkalau nama lelaki yang disebut itu adalah nama adiknya. Apa sudah tidak tahu dosakah Ariana masih menyebut tentang Cinta dia dan Ilham yang baru dikenali berbandingnya yang sudah menikahi gadis itu hampir dua tahun.

“Ilham.. Ilham kekasih saya yang pergi tinggalkan saya dulu!! Kenapa dia pergi? sebab awak kan. Awak bertegas nak balik Malaysia memaksa Ilham pergi ke Uk.
Tinggalkan saya. Awak? Awak penyebab hidup saya merana. Awak penyebab hidup saya berubah menjadi pelacur.. awak!! Tapi awak jugak yang selamatkan saya. Berbaloi ker?? Hari hari awak hina saya, itu yang dikatakan kehidupan seorang isteri. Saya rela pilih Awak biarpun saya cintakan Ilham. Terlalu cintakan Ilham. Tapi mengenangkan pengorbanan awak. Saya lebih pilih untuk hidup disisi awak . Biarpun hidup saya tak ubah seperti hidup dalam neraka. Neraka!!” Dia bertempik nyaring.
Pang!!

Airmata Ariana menitis. Berapa kali lagi dia harus dilempang oleh lelaki itu. Gagal menahan diri. Ariana memukul Zairil dengan tangannya. Sakit. Kesal. Dia kesal kerana lelaki itu masih memilih untuk memukulnya sedangkan dia?? Dia dengan rela hati memilih Zairil. Zairil mencuba menepis. Langsung marah tubuh kecil Ariana ditolak kuat sehingga Ariana jatuh ke dalam kolam villa itu. Zairil terkesima.

“Sofea” Ilham menjerit. Dia sebenarnya sedari tadi memerhatikan Ariana dan Zairil. Tidak disangka abangnya itu tergamak memukul Ariana. Dia terjun ke dalam kolam. Tubuh Ariana ditarik ketebing kolam. Wajah yang sedang mengigil itu dipandang lama. Ya ALLAH teruk benarkah kehidupannya?

Ilham memandang Zairil yang hanya membeku sedari tadi. Tangannya dikepal. Zairil memang melampau. Namun baru sahaja dia mahu menumbuk lelaki itu tangannya digengam erat. Ilham berpaling. Wajah Ariana ditentang lama. Bertanya mengapa?? Mengapa masih dipertahankan lelaki binatang ini.

Ariana mengeleng lagi. Air mata masih setia menemaninya “Jangan abang.. jangan..Biarkan Fea.. biarkan!!”

Friday, September 3, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 61

p/s:- saya rasa macam bab 60 tu ader yang tak kena la.. mungkin saya ader terdelete sedikit entry yang hadapan kowt.. huaaa.. sedihnya.. takperasan la pulak haritu.. hurm.. takperlah..

btw sory ta sempat nak rep komen2 semua.. heee.. selamat membaca.. mungkin akan post satu atau dua entry jerk lagi.. if sempat la.. coz lusa saya da nak balik kampung.. kat kampung takder internet.. heee..btw SElamat Hari raye juga..

******************************

Wajah umi Zairil yang baru sahaja keluar dari balai itu dipandang lama. Cantik. Mungkin sebab itu Shireen kelihatan cantik bergaya. Tangan wanita itu dicium perlahan. Sebaik tubuhnya dipeluk erat dia bersyukur di dalam hati. Ternyata dirinya diterima mertuanya.
“Umi” Shireen menjerit kecil. Tubuh uminya dipaut erat. Setelah itu dia menyalami pula papanya yang masih segak bergaya itu. Gembira akhirnya keluarganya sudah bersatu di bumi Malaysia biarpun..
“Angah kamu mana?” Engku Farida bertanya apabila kelibat Ilham langsung tidak kelihatan di lapangan terbang untuk menyambut kepulangannya itu.
“Errr..” Shireen terkaku. Tidak tahu mahu memberi alasan apa.
“Angah mana Ril” Tengku Farizal bertanya pula.
Ariana hanya berdiam diri. Ahh.. kasihan lelaki itu. Pasti kerana tidak mahu muncul dihadapannya membuatkan Ilham tidak ada disini. Maafkan.. Fea.
“Err.. abang ngah outstation umi. Nanti nanti umi jumpa la dia.” Shireen memberi alasan yang logic. Sedangkan tadi puas dia memujuk abangnya itu turut serta ke lapangan terbang. Tetapi abangnya itu berkeras tidak mahu. Kerana Ariana kah? Tidak pula dia tahu.
“Errmm.. ye lah. Ni menantu umi. Senyap je kenapa? kamu pun sama Ril.. kalau angah ada mesti kecoh sikit” Engku Farida membebel panjang. Dia yakin keadaan pasti berlainan bila Ilham turut ada sama.
“Jom balik rumah.. papa mesti dah penat kan” Ariana menyapa. Sebaik melihat Zairil dan Tengku Farizal menganguk dia turut berjalan menuju kekereta yang diparkir diluar. Merasakan ada seseorang yang memerhati dia berpaling. Namun dahinya kembali berkerut saat melihat tiada sesiapa pun yang sedang melihat mereka semua. Ilham kah??
Ilham disebalik dinding lot parking hanya mampu tersenyum hambar. Bukti apa lagi yang mahu ditunjukkan bahawa mereka punya hati yang sama? Jikalau tidak pasti Ariana tidak akan merasa kehadirannya itu?
“Ril buat apa sekarang?” Engku Farida bertanya sebaik tubuhnya mencecah sofa rumah anak sulungnya itu.
“Kerja la umi.. buat apa lagi” Zairil berselorah.
“Maksud umi kamu tu, kamu kerja apa sekarang..” Tengku Farizal bertanya kembali.
“Lecturer umi”
“Ril.. kamu balik la kerja kat company. Buat apa kamu jadi lecturer..” Engku Farida tidak berpuas hati. Buat apa ada syarikat keluarga jikalau anaknya masih bekerja dengan orang?
“Angah kan ada. Biar la dia yang uruskan” Zairil bersuara mendatar sambil memujuk tenang. Mana mungkin dia duduk satu bangunan dengan Ilham setelah apa yang diperlakukan adiknya itu.
“Ril.. umi minta maaf pasal dulu. Maafkan umi ya” Engku Farida berkata kesal. Jika dia tidak berkeras mahu menunaikan wasiat ayah Nisha pasti Zairil dan Ilham tidak merana begitu. Dia tahu dulu Zairil merajuk dengannya lalu membawa diri ke malaysia dan memilih untuk tidak lagi bekerja di Putra Holding.
“Sudah lah.. umi benda dah lepas. Ril pun dah bahagia dengan Ary..” Pandangannya dihalakan kearah Ariana yang sedang menyediakan makan malam buat mereka. Ahh benarkah dia bahagia??
Shireen turut sama melihat. Benar benar bahagiakah pasangan ini. Ahh.. kasihan abang ngah..
“Kamu dah call angah. Bagitahu kami dah sampai” Tengku Farizal bertanya pula pada Zairil. Dia kepingin benar melihat Ilham anaknya yang kedua itu.
Zairil tidak menjawab sebaliknya memandang Shireen. kerana dia tahu Shireen pasti kerap berjumpa Ilham. Adiknya itu walaupun tinggal dengannya tapi lebih rapat dengan Ilham berbanding dirinya.
“Ermm dah.. nanti abang ngah jumpa umi” Shireen berbohong. Namun dia tetap juga mempamerkan muka selamba. Melihatkan makanan siap terhidang dia memandang umi dan papanya. “Makan malam dah siap.. makan jom!!”
“Wah rajin betul Ary. Pandai Ary masak” Tengku Farizal memuji. Bauan masakan kampung itu benar benar menambat seleranya. Sangkanya Ariana tidak pandai memasak tadi memandangkan wajah itu nampak kemodenan biarpun baju kurung tersarung kemas ditubuhnya.

“umi , papa berehatlah dulu. Esok kita sambung lagi. Dah lewat malam ni, mesti penat kan” Zairil berkata setelah melihat jam yang sudah mencecah pukul 12 malam itu. Terlalu lama tidak berjumpa orang tua itu terasa bagai banyak pula yang hendak diperkatakan.
Melihat semua sudah berlalu Ariana turut bangun. “Saya naik dulu”. Sebaik sahaja sampai ke biliknya dia mandi lalu menyalin pakaian nya kerana sedari tadi baju kurung itu melekap kemas dibadannya.
Sebaik sahaja siap. Dia menuju ke katil. Mahu tidur. Penat tetap jua terasa biarpun dia gembira berjumpa dan berbual dengan mertuanya. Namun gerakannya terhenti sebaik terasa pingangnya dipeluk erat.
Ariana berpusing. Wajah Zairil dipandang.dia tersenyum cuma. “Awak tak nak tidur lagi.. suka jumpa umi ngan papa” Dia bertanya pula.
Hidung Ariana dicuit perlahan. “Sepatutnya abang yang tanya Ary macam tu.. Ary suka” Rambut Ariana dicium perlahan.
“Ermm.. suka sangat” Ariana menanti penuh debar. Apakah malam ini kesengsaraan nya akan berakhir? Tapi apakah dia rela? Matanya dipejamkan. Malas bahu berfikir. Bukankah keputusan sudah dibuat lama dahulu
Zairil memeluk erat tubuh Ariana. Dia benar benar teringin bersama isterinya hari ini. Apatah lagi apabila uminya memuji dia bertuah punya isteri semacam Ariana. Lalu apa lagi yang diharapkan. Dia juga turut gembira. Gembira kerana dia adalah suami Ariana bukan Ilham mahupun kekasih gadis itu dahulu.
Wajahnya disembamkan ke tengkuk isterinya itu. Kemarahan semalam terasa bagaikan pergi begitu sahaja apabila merasa Ariana turut membalas pelukannya.
Ariana masih berdiam diri,masih juga berdiri seperti tadi. Sempat dihatinya memohon mudah mudahan ini yang terbaik buatnya. Mudah mudahan cintanya kepada Ilham mampu beralih kepada Zairil.. Mudah mudahan….

Shireen memandang Ariana lama. Dia ingin menegur tetapi terasa takut pula memandangkan wajah keruh Ariana itu. Puas berfikir akhirnya tubuh kak iparnya dihampiri. “ kenapa kak Ary?”
Ariana cepat cepat menyeka air matanya. Wajah Shireen dipandang. Lalu dia mengeleng perlahan. “Reen tak keluar”
Shireen mengeleng pula. Wajah sembab Ariana dilihat. Ahh.. benarkah akaknya itu bahagia? Kalau ya, mengapa pula harus mata itu mengalirkan air. Sudah lah begitu badan Ariana kelihatan susut sekali. Ahh.. Zairil apa sebenarnya yang dimahukan abangnya itu?
“Tapi lepasni Reen nak keluar. Nak bawa umi ngan papa keluar” Dia memberitahu pula. Tidak betah dengan suasana sepi di malam hari itu.
“Keluar ke mana? Tak ajak kak Ary pun” Dia berselorah. Tidak mahu terlalu melayan perasaan. Lagi pula gusar adik iparnya itu tahu akan isi hatinya yang sedang dirundung kecewa.
“Err.. nak bawak umi ngan papa jumpa abang ngah, kak Ary nak ikut” Dia bertanya teragak agak. Setahunya Ariana dan Ilham sudah lama tidak berjumpa. Desakan umi untuk berjumpa abang ngah hampir seminggu ini membuatkan di nekad mempertemukan umi dan papa dengan Ilham diluar. Kerana lelaki itu berkeras tidak mahu datang ke banglo ini.
Tanpa dapat ditahan air mata Ariana luruh jua. Ahh.. rindunya dia kepada Ilham. Mengapa Zairil tidak sebaik Ilham?
“Kak.. kenapa ni.. cerita pada Reen” Shireen menarik tangan Ariana. Air mata yang mengalir laju sebaik nama Ilham disebut membuatkan dia tertanya sendiri.
“Takde apa Reen. Baik Reen pergi sekarang sebelum umi ngan papa datang sini” Ujarnya separuh mendesak. Bimbang mertuanya pula yang melihat dia menangis begitu.
“Err.. ermm ye la ye la” Katanya teragak agak. “Umi jom..” Terus ditarik tangan Engku Farida masuk kekereta. Tidak mahu uminya turut bertanya itu dan ini. Kasihan melihat Ariana itu.
Abang.. Ariana menangis lagi. Perit. Hidupnya sebenarnya perit semenjak dia nekad meningalkan lelaki itu. Keindahan yang terpamir sebenarnya palsu semata mata. Malam itu dia menyangkakan dirinya benar benar sudah diterima Zairil. Kisah ngeri hidupnya akan berakhir. Dan nama Ilham akan lupus dihatinya. Tapi…
“Maaf.. abang tak boleh..”
Itulah ayat zairil yang didengarinya sebelum sempat mereka melakukan apa apa biarpun tubuhnya sudahpun dipeluk lelaki itu.Dalam rasa terkejut dia tetap juga bertanya kenapa..
“Aku tak kan sentuh isteri curang semacam engkau!!”
Berdesing telinganya disaat itu. Dan malam itu juga Zairil terus menyarung pakaian nya dan mengambil kunci kereta lalu meningalkannya sendirian. Perit. Pedih. Terhina!! Itulah yang dia rasakan. Apa sebenarnya yang dimahukan lelaki itu. Apa!!
Bengang! Geram! Jikalau diturutkan hati pasti Zairil sudah lama dibunuh. Lelaki itu sebenarnya langsung tidak mahukannya tetapi sengaja tidak mahu melepaskannya kerana berdendam dengannya.
Apa ini harga yang harus dibayar olehnya diatas pengorbanan Zairil dahulu. Tidak tahukah lelaki itu bahawa hidupnya cukup perit. Tidak cukup lagikah dengan segala apa yang dia lakukan selama ini.
Ilham!! Dia tega melihat Ilham terluka dari dia berpaling dari Zairil. Apa tidak cukup lagi segala pengorbanannya itu. Pergorbanannya yang akan memakan masa seluruh hidupnya itu. Ahh.. Zairil tegarnya engkau.

“Papa dah beli rumah baru untuk kita semua.. next week kita pindah. Macam mana?” Tengku Farizal bertanya sebaik melihat Zairil dan Ariana sudah berada di hadapannya.
“Err.. biar Ril ngan Ary tinggal kat sini je lah” Zairil bersuara laju. Dia tidak mahu tinggal serumah dengan Ilham. Wajah keruh Ariana dilihat sekilas. Tidak dia tidak akan membiarkan Ariana bersama Ilham. Isterinya itu akan digantung tidak bertali sampai bila bila!
“Kenapa pulak? Rumah tu lagi besar. Keluarga kita dah la kecil..” Engku Farida memujuk. Wajah Ariana dipandang. “Ary tak suka ke tinggal ngan umi”
Ariana mengeleng perlahan. “Ary tak kisah umi. Ary ikut jer” ahh.. benarkah? Mampukah dia berhadapan dengan Ilham. Melihat muka Zairil yang serius dia pasti Zairil tidak akan bersetuju. Namun dia hanya membuat muka selamba.
“Ril nak hidup berdikari la umi.. papa.. please” Zairil merayu pula. Dalam hatinya sudah membara melihat wajah selamba Ariana.
Tengku Farizal berdiam diri. Lama. “ ermm.. ye lah. Kalau dah itu kata kamu, tapi selalu selalu la kamu balik ya. Rumah tu ada tujuh bilik. Sunyi pulak bila kosong selalu.”
“Ermm.. yela” Dia mengalah.
“Minggu depan hari jadi abang ngah.. boleh la kita sambut kat rumah baru, betul tak umi!!” Shireen bertanya pula.
“Ye tak ya jugak abang. Mesti angah suka” Engku Farida berkata kepada suaminya pula. Melihatkan suaminya menganguk dia tersenyum kepada anak perempuannya pula.
Yes!! Shireen nak call abang.. nak bagitau..” Dia bergerak lalu mengambil phonenya.
“Masyaallah.. sabar sabar la. Macam la dia dah tak jumpa angah dia tu” Engku Farida mengeleng perlahan. “So minggu depan Ril bermalam la kat sana tau”
Zairil terpinga pinga. Belum sempat dia menjawab uminya itu bersuara lagi.
“Nanti Ary boleh tolong umi masak? Ary mintak cuti ya nanti”
Ariana ketawa perlahan. Makin meletus ketawanya disaat melihat mulut Engku Farida melopong gara gara mendengar kata kata Shireen.
“Nak mintak cuti apa umi.. kak Ary tu CEO. Tak datang pun sape nak marah”
“Hah betul ker ..”
Ariana hanya menganguk.
Engku Farida tersenyum pula. Kagum dengan menantunya itu. “Kalau macam tu boleh kita masak sama sama.. angah suka makan lontong..” Engku Farida memberitahu lagi.
Ariana hanya menganguk. Dia tahu itu. Bukankah lelaki itu yang pernah mengajarnya memasak lontong. Wajah menyinga Zairil hanya dipandang sipi. Sudahlah dia benar benar penat. Tidak terlarat lagi melayan karenah Zairil yang gila itu. Apa nak jadi pun jadilah. Hatinya berdesis kecil.

Tubuh Ariana ditarik lalu ditolak masuk kedalam setelah pintu biliknya dibuka. Barannya datang mendadak bila sedari tadi semua orang sedang membicarakan tentang persiapan hari jadi adiknya itu. Sebaik sahaja semua masuk kebilik masing masing terus sahaja tangan itu direntap supaya mengikutnya.
“Sakit la, lepas boleh tak?” Ariana menarik tangannya. Perit cengkaman zairil hanya Tuhan saja yang tahu. Wajah menyinga Zairil tidak dihiraukan. Dia benar benar penat. Penat!
“Huh, suka betul Ary bercakap pasal Ilham ya ” Dia berkata sinis. Pegangannya dilepaskan.
Ariana menghela nafasnya perlahan. Dia berlalu ke katil lalu duduk disitu. Wajah Zairil dipandang. “Apa sebenarnya yang tak kena dengan awak ni ha.. tolongla.. tolong” Matanya pejam. Mengharapkan pengertian.
“Tolong apa! Tolong lepaskan Ary supaya Ary boleh berpeluk dengan Ilham” Dia bertanya pula.
“Ilham adik awak ok. Dan dia tak seteruk itu. Saya minta pengertian awak. Tolong jangan buat saya macam ni. Saya dah tak larat Aril. Tak larat dengan semua permainan dan penyiksaan yang awak beri pada saya. Cukup!” Suaranya mendatar dan tegas.
“Ouh.. jadi sekarang ni Ary nak menangkan Ilham la” Rambut Ariana ditarik sehingga gadis itu berdiri. “Ary nak suruh abang layan Ary macam mana hmm.. bukanke itu layanan yang pantas untuk perempuan macam Ary” Dia menyindir geram. Langsung tidak menghiraukan rengekan Ariana yang sedang sakit itu.
Ariana mengetap bibirnya. “Apa maksud awak cakap macam tu.”
Zairil menolah tubuh Ariana hingga gadis itu terjatuh diatas katil mereka. Tangannya mengurai rambut Ariana. “Perempuan macam Ary, perempuan murahan macam Ary.” Sinis suaranya.
Aryana terkesima. Dengan sekuat hati tubuh Zairil ditolak sehingga menjauh dari tubuhnya. “Awak memang dah melampau Zairil.. jangan cabar kesabaran saya” Ariana bertempik nyaring.
Zairil ketawa kuat. Sinis. “Ingat sikit kalau aku tak selamatkan kau, Kau tak ubah macam sampah.. Ariana.!!”
Ya ALLAH. Nama itu diseru beberapa kali.
“Ya saya mengaku awak yang selamatkan saya dan disebabkan itulah saya masih kekal bersama awak. Masih lagi jadi isteri awak biarpun saya tak pernah rela untuk menjadi isteri awak..
Pang!!
Ariana mengetap bibirnya. Pipinya yang perit diusap perlahan.
“Awak yang musnahkan hidup saya Zairil. Awak!! Kalau awak nak tahu saya jadi macam tu sebab Awak. Awak paksa saya menghancurkan diri saya sendiri. Awak!! Bukan orang lain. Malahan hakikat yang paling nyata dalam dunia ni awak!! Awak yang memusnahkan keseluruhan hidup saya. Awak dan Nisha!!”
Tubuh Ariana ditarik. Rambut itu direntap sekali lagi. “Apa yang kau cakap ni hah? Aku yang selamatkan engkau, aku didik engkau, aku jaga engkau.. dan sekarang kau nak tuduh aku pulak. Perempuan jenis apa kau ni hah”
“Didik!! Apa yang awak didik saya??” Ariana membelakangkan Zairil. Hatinya tersayat pedih. “Didik saya dengan memukul saya, muka saya ni dah lali dengan tamparan awak tu. Dah tak beri maknanya pada saya. Memang. Memang saya perempuan murahan. Habis awak nak buat apa sekarang.??”
Melihat Zairil yang membisu tubuh itu dihampiri. “Kalau awak tak suka saya ceraikan saya Zairil. Ceraikan saya!!” Rasa marahnya benar benar memuncak.
Mendengarkan itu Zairil menolak tubuh itu sekuat hatinya.
Air mata Ariana menitis seiring dengan titisan darah yang mengalir dari dahinya akibat terkena bucu meja solek itu. “Awak kejam.. awak kejam!!”