Saturday, December 19, 2009

aNDaI itU taKdIR CiNta ( 5 )



Ariana mengambil handset di atas meja. Tangannya ligat mendail talian seseorang. Seketika dia tersenyum perlahan. Hari ini banglo peninggalan arwah orang tuanya akan menerima satu tetamu yang bakal menjadi penghuni tetap di rumah itu. Kamar disebelahnya yang selama ini dijadikan kamar tetamu sudah kemas dihias. Peluh yang menitik di dahinya di seka perlahan. “Hello Myra kat mana?” Dia menyoal laju sebaik talian disambung.
            “Assalamualaikum cik Ariana..” Amyra membalas selamba, sambil menahan tawa. Kelakar mendengarkan suara Ariana yang laju menyapa telinganya.
            Ariana tersenyum sendiri sebaik sahaja mendengar sayup sayup suara ketawa dari sebelah sana. Tak lain tak bukan saja la tu. “Wassalam cik Amyra, kat mana ni..”
             “Hah tahu pun bagi salam. Ingatkan dah lupa dah tadi..” Amyra membalas lagi. sengaja mahu menguji kesabaran temannya itu.
            “Ala.. tak ingat la ustazah. Kat mana ni?”
            “Banyak la awak punya tak ingat..”
            “Ish Myra cepat la cakap kat mana ni? Dah penat dah mulut ni bercakap tau..” Tangannya yang sedari tadi bermain di rambutnya dicekak kepinggang. Geram bila pertanyaanya masih tidak berjawab sedari tadi.
            “I`m home..”
            “Hah.. home mana ni?” Ariana berdiri sambil menjengah ke halaman rumahnya. Home? Home aku ke home dia?
            “Rumah sewa lah..”
            “La.. bilanya nak datang? Saya tunggu dari tadi lagi tau..” Akhirnya dia tersenyum sendiri. Buat penat je dia tertinjau tinjau di halaman rumahnya itu. Nasib baik takder yang perasan. Agak agak da ader gaya pencuri nak pecah masuk rumah tak?
            “Lah, Haikal tak datang lagi, tengah tunggu dia ni..” Amyra membalas sambil mengeleng gelengkan kepalanya. Ariana , Ariana.. tak pernah pernahnya nak bersabar. Dia mengomel sendiri. Disaat dan ketika itu bagikan terbayang bayang aksi Ariana yang mundar mandir apabila sesuatu yang ditunggu masih tidak kunjung tiba.
            “What!! Haikal? Don`t tell me yang you all ader scandal .. hahahah” Ketawanya lepas sebaik sahaja mendengar luahan teman disebelah sana.
            “Hah, banyak la awak punya scandal. Dia nak tolong lah. So saya terima je lah..”  Amyra memberitahu lagi. Semalam Ilham memberinya number telefon Haikal. Kata lelaki itu Haikal akan membantunya dalam proses pemindahan barang. Manakala mereka, Ilham  dan Ariana akan menunggu mereka berdua di rumahnya. Dia yang sememangnya tiada pengangkutan untuk memunggah barangnya terus bersetuju menerima bantuan yang dihulurkan. Bak kata pepatah.. kecik tapak tangan nyiru kami tadahkan..hehehe
            “oo.. yeah.. I will ask Ilham about that..” Dia kembali menyakat. Ader peluang ni nak tengok muka si Amyra bercinta macammana. Ahaks!
            Mata Amyra separuh membulat. Bibirnya kemudian mengukir senyum. “Don`t you dare.. hahaha.. Eh dia dah sampai. Nanti sampai saya call. Ok by.. salam..” Talian dimatikan sebaik sahaja salamnya dijawab oleh temannya itu. Ahhh.. Ariana.. Ariana.. macam mana agaknya yer tahap kekecohan bila kita serumah nanti ya..

“Hai.. dah siap pack ker?” Haikal bertanya sambil menutup pintu keretanya perlahan sambil itu matanya melilau memerhati rumah sewa gadis di hadapannya itu. ‘Ermm kemas betul, kalo rumah aku? Uish takder maknanya nak sapu sapu semua ni’
            “Awak pandang apa” Amyra bertanya sambil mempelawa Haikal duduk di atas buaian di anjung rumah sewanya itu. Ralat benar lelaki itu memerhatikan halaman rumahnya.
            Haikal tersenyum Cuma. “Takder ni hah, kemas betul rumah awak. Kalau rumah saya. Ermmm…” Dia meleretkan suara. Tidak jadi meneruskan kata. Segan kowt!
            “Ermmm…” Amyra menjungkitkan keningnya beberapa kali, kemudian bibirnya mengukir senyum.. “Err.. maksudnya sebaliknya la yer? Dalam erti kata lain bersepah la yer.. heheheh”
            “Uit.. pandai la awak…” Haikal tersengih sengih.. kantoi.
            “La betul la tu da kata SEBALIKNYA.. Ala tak payahla segan. Saya da tahu dah…” Amyra ketawa sambil menekup muluynya.. kelakar!!.
            “Hah mana awak tahu ni?” Ada ilmu psikik keapa minah ni. Hatinya mengomel sendiri.
            “Ala.. saya tahu la, tu..” Bibirnya dimuncungkan kearah lelaki itu. Biarpun baru sekali berjumpa Haikal entah mengapa keramahan Haikal membuatkan dia selesa. Lantas turut menjadi diri sendiri. Suka menyakat!
            Haikal mengerutkan dahinya. Keningnya digerakkan sebagai membalas isyarat si gadis.
            Amyra yang melihat aksi Haikal meletuskan ketawanya sekali lagi.. “Tu hah! Kat dahi awak tu da tertulis jelas dah. RUMAH SAYA BERSEPAH” Selepas itu dia mengangukkan kepalanya beberapa kali. Yakin benar dengan kata katanya itu.
            Haikal terlopong. Uit minah ni nak kenakan aku ya. Akhirnya ketawanya turut bersabung dengan Amyra. ‘Err.. comel la pulak dia gelak macam tu’ Desis hati kecilnya tanpa disedari.
            Amyra mengaru garu kepalanya yang tidak gatal sebaik sahaja menyedari renungan Haikal yang static kemukanya itu. Mukanya terasa memerah. ‘Apehal la pulak mamat ni’ Ketawanya terhenti “Err.. awak dah jom. Saya  dah siap kemas. Marah pulak si Ariana nanti..”
            Haikal hanya menganguk nganguk, sambil memunggah barang gadis itu masuk ke dalam bonet keretanya. Sempat dia   memberikan senyuman buat Amyra yang  jelas bagai orang yang kebinggungan.. huhuhu.. tau pun.. nak mainkan aku lagi yer.

Ariana berlari lari anak sebaik sahaja terlihat kelibat kereta Gen-2 Ilham memasuki perkarangan rumahnya. Jam didinding dilihat sekelas. Pukul 5.30. ‘ouh awak datang lambat yer! Siap awak..’ Hatinya berdesis kecil apabila mengingati janji Ilham untuk bertamu ke rumahnya pada pukul lima.
            “Ni apehal datang rumah orang petang petang ni” Dia bertanya sambil buat muka serius. Marah ni.
            “Err.. sory saya tak sengaja la Fea. Traffic jammed.” ujar Ilham laju. Kalut pula dia melihat serius muka Ariana.
           “Hah! Jem? Jem nenas ker jem strawberry ni? Petang petang ni sedap jugak makan. Tengah LAPAR NAK MAKAN ni..” Mukanya masih lagi serius seperti tadi. Geram melihat ketenangan di wajah Ilham walaupun sudah terpamer sedikit kekalutan diwajah yang tenang itu.
            Diam.
            ‘hah tahu pun.. terkanyak kat situ’ Ariana tersenyum perlahan. Mukanya kembali diseriuskan sebaik sahaja Melihat Ilham yang seakan ingin menyampuk dia bersuara lagi “Ker awak nak syorkan apa apa jem yang menarik lagi hmm.. En. Ilham”
            Ilham mengaru garu kepalanya yang tidak gatal. Ralat menafsir maksud kata kata Ariana itu. Binggung sebenarnya apabila Ariana berterusan membuat muka serius begitu.
            Ariana yang melihat hampir meletuskan tawanya.. adoii… jangan la wat sengal cam tu Ilham. Nak ketawa da ni…
            Melihatkan reaksi Ariana itu dia bagaikan dapat menghidu sesuatu. “La .. awak tak makan lagi ker? Kenapa pulak nak makan jem tu jer? Makan la nasi. Tak pun saya syorkan awak beli peanut butter. Lagi bagus, kenyang” Hahahah…
            “Hah! what?” Dahi Ariana berkerut seribu.
            “Awak nak suruh saya tolong beli ker? Pasaraya bukak lagi ni…”
            Mendengarkan itu Ariana ingin menyampuk. Entah apa apa ntah Ilham ni. Hatinya sempat mengomel. Aku nak kenakan dia ke dia yang nak kenakan aku ni? Namun belum sempat dia menghabiskan kata katanya sekali lagi Ilham memotong.
           “Ker awak nak suruh saya buat sendiri semua jem tu? Boleh ajer nanti saya buat. Saya import khas dari..”
            “Wait wait wait..” Tangannya dihalakan dihadapan lelaki itu, menyuruh Ilham berhenti bercakap “Amboi da la datang lewat. Sempat lagi awak promote jem strawberry awak tu yer” Seusai berkata kata tangan kembali diletak ke pinggang. Geram tambah dengan tension dah ni.
            “Hehehe.. tahu pun. Dah tak payah buat muka kesian macam tu. Saya tak sengajalah Fea. Kat simpang sana ader accident..” Ilham menerangkan pula. Sengaja dia mengikut rentak Ariana tadi. Bukannya dia tidak kenal gadis itu. Pantang ada peluang laju sahaja otaknya berfikir cara mahu mengenakannya.
            “Apa kena mengena ngan awak pula?” Ariana bertanya lagi. Buat muka blur, tak faham. Orang lain yang accident so apa kena mengena dengan dia? Alasan tak relate langsung.
            “Kalau da namanya accident.. traffic jammed la sayang oi…”
            Ariana mencebik. Sayang la sangat. Namun jauh disudut hati dia senang dengan pangilan yang meluncur keluar dari bibir Ilham. “Well .. alasan diterima la. Eh mana kawan awak tu yer. Amboi  lama bebenar dia amik kawan saya yer. Bawak pergi jalan jalan ke aper” Ujarnya kembali merungut. Geram apabila bayang Amyra masih tidak kelihatan. Bukankah tadi temannya itu memberitahu bahawa Haikal sudah datang menjemput.
            “Hahaha.. on the way la tu. Sabar la bagi Haikal waktu nak MENGAYAT kawan awak tu” Ketawanya meletus. Sengaja berkata begitu. Terbayang di wajahnya muka Haikal yang berseri sebaik dia meminta pertolongan Haikal untuk membantu Amyra memindah barang. Benar benar suka barangkali.
            Mulut Ariana terlopong.. “Ouh.. jadi betulla yang Haikal suka kat A….”
            “Syhhhh…dia datang” Ilham memotong sebaik sahaja terlihat bayang Haikal bersama Amyra.
            Ariana mencebik.. kantoi….  
            “Ni kenapa senyum senyum ni..” Haikal bertanya pelik.
            “Heheheh… rahsia! I know that Haikal. Better you buat baik ngan I tau. Kalau tidak I sebarkan you punya rahsia. You jangan main main.. hahahaha” Seusai berkata dia mengenyitkan mata kearah Ilham yang sedang menepuk kepalanya perlahan.               “Lor..Tak boleh simpan rahsia betul la Sofea ni…” ILham mengeleng gelengkan kepalanya perlahan. Wajahnya dislumberkan sebaik melihat Haikal memandang ke arahnya. Buat buat tak tahu sudah!
            “Dah la. Jom masuk. Angkat barang tu semua yer encik berdua. Tq sila datang lagi” Ariana mematikan kata sambil buat gaya ala ala receptionist. Tangan Amyra ditarik masuk ke dalam rumah.
            Sebelum berlalu  Amyra turut sama membuat thumb ups kepada kedua lelaki dihadapannya itu. Gembira mendengar arahan Ariana. Dibibirnya jelas terukir ‘senyuman padan muka’
            Ilham memandang Haikal. Haikal memandang pula temannya itu. Pandangan mereka beradu. Tidak lama kemudian masing masing mula mengelengkan kepala. Tak tahan nak gelak dengan perangai kedua mereka yang bagai budak tak cukup umur tu.

No comments: