Saturday, March 13, 2010

AnDaI ItU TakDiR CiNta (29)


“Maklong buat apa tu?” Ariana menegur sebaik sahaja turun dari kamarnya. Terasa bosan pula bersendirian di dalam bilik.
“Tengah masak lontong. Tiba tiba terasa nak makan pulak” Puan Aisyah memberitahu.
Ariana hanya tersenyum. Dia membuka peti lalu mencapai buah mempelam. Dipotong buah itu sambil melihat puan Aisyah yang sedang sakan memasak dibantu Elly dan Mak Ilah. “Mak long  nak  tinggal sini sampai bila?” Dia bertanya pula. Serasanya sudah dua malam puan Aisyah bermalam di rumahnya itu.
“Kenapa kamu tak suka ker..” Puan Aisyah bertanya kembali. Sengaja mahu mengusik. Terasa senang apabila Ariana mula bercakap banyak. Tidak seperti dua tiga hari lepas.
“Ada cakap macam tu.. Tanya jer..”
“Alah.. mak long gurau je. Ada la dua tiga minggu..” Pertanyaan Ariana dijawab juga setelah melihat muncung dibibir Ariana. Sengaja dia memilih dua tiga minggu untuk tinggal disini. Bertujuan untuk menemani Ariana. Tidak tergamak pula dia meninggalkan Ariana sendirian di saat begini.
“Ouh..” Ariana hanya mengangguk.
“Dari kamu berangan kat situ mai kamu tolong mak long masak” Puan Aisyah mengajak Ariana pula. Mana tidaknya Ariana dilihat hanya termenung sendirian.
“Masak apa? Benda tu? Tak reti lah..” Dia berkata selamba.
“Hah.. bukan ke kak Ariana dah terror ke masak lontong” Elly menyampuk sebaik sahaja mendengar kata kata Ariana. Seingatnya dahulu sudah dua kali Ariana masak lontong sendiri setelah belajar memasak dengan Abang Ilham hari itu.
“Elly” Mak Ilah menegur apabila perasan wajah Ariana yang sudah kelat. Dia faham akan perasaan Ariana itu.
“Mana  ada. Elly berangan je tu. Kak Ariana mana reti masak benda ni.” Ariana menafikan lagi. Dalam pada masa yang sama riak mukanya masih juga tetap diselambakan. Tanda dia benar benar tidak berbohong.
“Hah.. tak per la tak reti boleh belajar. Jom.. masak sini..” Puan Aisyah memujuk lagi.
“Ermm.. ye lah..” Ariana mengalah akhirnya. Kuah lontong itu dipandang sepi.
“Ary tolong potong sayur kacang tu. Potong macam ni” Puan Aisyah menunjuk sambil memotong tegak kacang panjang itu.
 “Hah.. eh bukan macam ni la maklong. Dulu Ilham pernah cakap yang..”.. yang kena potong menyerong. Kata katanya terhenti separuh. Entah bagaimana dia tersasul memberitahu. Terkejut barangkali dengan cara ibu saudaranya itu.
“Apa Ary?” Puan Aisyah bertanya kembali.
“Errr.. mana ada apa apa. Ary tak cakap apa apa pun” Ariana menafikan.
 “Ok” Puan Aisyah hanya mengangguk. Bukan dia tidak dengar kata kata anak saudaranya itu. Sengaja mahu menyuruh ayat itu diulang.
Ariana memandang kacang panjang itu lagi. Dia berfikir fikir sama ada mahu memotong menyerong atau menegak. Dia akui dia sebenarnya sudah mahir memasak lontong. Tapi entah lah.. fikirannya benar benar buntu. Mengaku bererti mendekatkan dia dengan kenangan lama apatah lagi ini adalah makanan kegemaran Ilham.
“Mak long.. Ary potong menyerong erh..”
“Kenapa?” puan Aisyah bertanya kan alasan pula biarpun dia bagaikan dapat mengagak.
“Tak lawa la mak long potong macam ni.. tau tau..” Ariana meminta persetujuan lagi.
“Ye lah.. asal siap sudah” Puan Aisyah hanya mengeleng geleng melihat telatah Ariana itu. Banyak alasan betul!!
Selesai memotong kacang Ariana kembali duduk. Namun tidak berapa lama kemudian Ariana kembali berdiri. Dia menjenguk kearah kuah lontong itu.Entah kenapa tangannya terasa gatal untuk memasukkan garam dan gula pula.
“Mak long Ary masukkan gula ngan garam erh?” Ariana menjerit perlahan.
“Eh kamu reti ke tu?”
“Ala mak long Ary dah tahu la Ilham dah pernah...” Ariana menghentikan kata katanya. Bekas garam diletak kembali. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal “Ish tak reti pulak.. tadi saje je nak berlagak..” Dia memberi alasan lagi.
Puan Aisyah melihatnya tanpa berkelip. Pelik!!
Ariana hanya tersenyum. “Err.. Ary nak pergi kat kolam lah.. bye”

Ariana melibas libaskan air di kolam renang dengan hujung kakinya beberapa kali. Duduk dengan gaya santai.
“Sayang.. kenapa duduk bersantai macam tu. Kalau nak berenang.. pergi je la” Ilham mengusik.
“Saja nak main air” Ariana menjawab selamba.
“Tu kaki cuci ke tak..”
Bedebukk!! Bahu lelaki itu ditepuk kuat.“Ingat kaki Fea ni apa.. tengok orang ar” Dia mencebik. Geram pula dia bila disoal begitu. Macam la kakinya kotor.
“Tengah tengok la ni.. cute” Ilham turut melabuhkan punggungnya disebelah Ariana dipinggir kolam itu.
“Eii.. abang puji Fea ker.. thank you thank you” Dia tersengih sengih gembira.
“Nanti kalau kita dah kahwin.. pagi pagi boleh main air kat sini. Fea tunggu abang kat sini .. betul tak” Ilham bertanya tenang.
Disaat itu Ariana hanya tersenyum. Bahagia..
“Ary.. makan jom”
Ariana berpaling menghadap arah suara itu. Dia hanya tersenyum apabila melihat Abang Haziq yang turut melabuhkan punggung ditepinya. Berderai segala lamunannya.
“Tak nak la makan. Dah kenyang” Dia menolak pula. Dia tiada selera untuk memakan apa apa sahaja. Apatah lagi makanan itu.
“Kenyang makan apa? Makan angin” Haziq memerli laju. Setahunya Ariana sudah jarang makan. Tadi pun Ariana dilihatnya hanya makan mempelam. Masakan kenyang setakat memakan buah itu?
“Tak lah makan hati” Seperti biasa Ariana menjawab selamba. Untuk apa dia menyembunyikan hakikat yang nyata.
Haziq memandang sepupunya lama. Berat benar dugaan yang dihadapi Ariana dirasakan. Bermula dengan kematian Puan Salina dan Tuan Hadi dan kini orang yang diharapkan pun sudah pergi menjauh. Ahh.. Ilham tega benar hati kau melukakan hati Ariana.
“Dari makan hati.. baik masuk dalam rumah makan lontong tu. Lagi best..” Dia memujuk pula. Tidak mahu Ariana berterusan melayan perasaan .
“Nanti lah.. Ary nak main air dulu. Abang Ziq pergila makan” Ariana menolak sedikit tubuh Haziq. Bertujuan untuk menghalau sebenarnya kerana dia benar benar mahu bersendirian di kala ini.
“Takperla.. abang temankan Ary. Ary tak nak pergi kampus ker? Dah lama Ary tak pergi kan?” Haziq bertanya pula. Dia sebenarnya tidak mahu Ariana terlalu melayan perasaan sehingga lupa tangungjawabnya sebagai seorang pelajar.
“Esok kot. Yups esok Ary pergi kampus..” Ujarnya sambil tersenyum. Seperti kata katanya pada Amyra itu jugalah kata katanya kepada Haziq.
“Kenangan lama jangan diingat sangat..” Haziq menasihatkan. Ariana dilihatnya terlalu lama melayan perasaan. Sebihnya dia tidak mahu Ariana sakit. Bukan dia tidak tahu sepupunya itu mudah benar jatuh sakit. Tidak padan dengan sikapnya yang lasak.
Ariana tersenyum hambar.. “Bukan sengaja nak ingat.. tapi dah terbiasa..” Ya, dia memang sudah terbiasa dengan semua memori itu. Setiap hari dalam hidupnya ada sahaja kenangan baru yang tercipta diantaranya dan Ilham. Tidak pernah sekalipun hidupnya sunyi tanpa gelak ketawa Ilham. Cuma seminggu sebelum mereka benar benar berpisah jauh hubungan mereka hambar. Hanya ketika itu.
“Putus cinta bukan satu perkara yang mengerikan Ary..” Haziq menambah pula. Bukannya Ariana tidak pernah putus cinta. Setahunya dahulu sebelum Ilham, Ariana pernah bercinta banyak kali. Seingatnya salah seorang dari mereka Hafiz. Namun dilihatnya Ariana tidak pula menangis. Apa hebat benar cinta Ilham kepada Ariana? Mungkin ya? Ariana yang dulu selalu keluar berpeleseran  pun dilihatnya sudah lama tidak berbuat begitu.
“Memang tak ngeri pun. Tapi untuk Ary.. hancur seluruh hidup Ary, abang Ziq.. sebab Ary dah anggap dia sebahagian dari hidup Ary..” Ujarnya jujur. Bukankah Ilham dan dia pernah berkongsi rasa hati?
“Abang tahu adik abang ni kuat. Dah jom la.. membebel pulak umi nanti..” Haziq menarik tangan Ariana supaya berdiri. Sudah tidak tahu mahu mengunkapkan apa lagi.

“Hah muncul pun. Umi ingat kamu dah hilang tadi” Puan Aisyah memerli anak lelakinya. Tadi dia menyuruh Haziq memanggil Ariana namun hampir sejam selepas itu baru anaknya itu muncul. Entah apa apa sahaja dibuat mereka berdua itu.
“Ada cakap macam tu. Ni hah Ziq ngah melayan Ary ni..” Hidung Ariana ditarik perlahan. Mahu mengusik.
Ariana membuntangkan matanya. Geram bila tidak pasal pasal hidungnya ditarik.
“Hah dudukla makan..”
Haziq yang melihat hidangan terus sahaja menerpa ke meja makan. Tidak menunggu lama dia terus mengisi pingannya dengan nasi himpit.
“Ariana kenapa tercegat lagi tu. Jom makan..” Puan Aisyah mengajak sekali lagi.
Ariana yang mendengar namanya dipanggil melangkah perlahan. Teragak agak dia untuk menghampiri hidangan itu. Langkahnya terasa berat.
“Dudukla..” Puan Aisyah mengajak lagi. Hairan pula dia melihat batang tubuh Ariana yang kaku sahaja di tepi kerusi itu.
Lama berdiri Ariana akhirnya duduk. Satu persatu makanan dimasukkan ke pingannya.
“Ni hah.. kepak ayam special untuk Ary. Ary suka makan kan” Haziq meletakkan kepak ayam itu dipinggan Ariana.
 “Nah kepak.. tadi Fea berebut dengan abang kan.. nih abang bagi special untuk Fea”
Ariana mengeluh. Kenapa segalanya mengingatkan aku kepadanya..
Dengan perlahan lahan dia menyuap nasi himpit kemulutnya. Namun baru sahaja satu kunyahan dia tiba tiba menjerit kecil. Tidak dapat lagi menahan rasa hati.
“Tak sedap la maklong. Tak nak makan lah” Tekaknya terasa tidak dapat menerima makanan itu.
Uhuk uhuk!! Haziq yang sedang enak makan tersedak apabila mendengar kata kata sepupunya itu. Tidak sedap? Berkerut dahinya mendengar luahan yang tidak diduga itu.
Err.. Ariana mengetap bibirnya. Terasa bersalah pula berkata begitu.. “Err.. maaf.. Ary tak bermaksud nak kata macam tu..Ary..”
“Ary..”  Lidahnya terasa kelu untuk memberi alasan.
“Tak pe lah.. maklong masak makanan lain untuk Ary” Puan Aisyah memintas. Faham akan keadaan anak saudarannya itu. Tadi mak Ilah sudah memberitahunya  bahawa makanan itu adalah makanan kegemaran Ilham dan Ariana. Mungkin Ariana tidak mampu untuk menelannya setelah Ilham berlalu pergi. Ahh.. kuat benar penangan cinta Ilham!!
“Takpe la maklong. Ary tak nak makan Ary naik dulu” Seusai berkata dia berlari naik ke tingkat atas. Air mata yang mengalir diseka perlahan.

No comments: