Tuesday, August 10, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 57

“Kak Ary kita pergi klinik ya” Shireen memujuk lagi. Dia tidak tahu apa yang terjadi kerana dia baru sahaja balik dari perak. Beberapa hari yang lalu dia menghabiskan masa di rumah temannya itu.
Ariana mengeleng lagi. Dia benar benar tidak larat untuk bangun. Apatah lagi untuk ke klinik.
Wajah pucat Ariana bersama kesan lebam yang sudah hampir sembuh dilihat dan ditilik beberapa kali. “Apa yang terjadi sebenarnya kak Ary? Kenapa kak Ary jadi macam ni” Dia bertanya tidak percaya. Tidak tahu harus membuat tanggapan apa akan keadaan kak iparnya itu.
“Tak de apa.. kak Ary jatuh” Dia menjawab juga biarpun dia malas. Kasihan pula dia melihat riak bimbang Shireen itu.
“Jom la kak Ary kita pergi klinik..” Tubuh Ariana ditarik supaya bangun.
Menyeringai suara Ariana sebaik ditarik begitu. Biarpun tidak kuat tapi sakitnya tetap terasa. Riak Shireen yang terkejut hanya dipandang sepi.
“Kenapa sebenarnya ni kak.. Reen nak call abang long lah” Dia berkata seraya menekan phonenya beberapa kali. Tapi hampa apabila hanya mesin suara yang menjawab panggilannya.
“Dapat” Ariana bertanya perlahan. Dia ingin tahu betapa tahap kebencian Zairil setakat mana. Melihat gelengan di wajah Shireen dia tersenyum Cuma. Entahlah jiwanya sudah mati. Dia benar benar tidak mengharapkan apa apa lagi.
“Takpelah.. Reen call Angah” Shireen membuat keputusan lagi. Dia yakin Ilham pasti gusar kerana dia tahu cinta Ilham pada Ariana terlalu kuat.
“Jangan” Ariana menahan. Dia tidak mahu Ilham makan penumbuk Zairil lagi. Dia yakin Zairil pasti menyinga sebaik melihat wajah Ilham. Selebihnya dia tidak mahu punya apa apa hubungan dengan Ilham lagi.
“Apa yang jadi sebenarnya ni kak” Dia bertanya pula. Tidak berpuas hati. Dia bukannya anak kecil yang mudah dibohongi begitu sahaja.
“Tak payah susahkan orang lain. Reen akak nak rehat la.. akak tak larat sangat ni” Suaranya tersekat sekat. Matanya dipejamkan. Kepalanya rasa teramat sakit.
“Sudahlah kak. Reen dah tahu semuanya”
Mata Ariana celik. “Apa yang Reen tahu?”
“Reen tahu siapa Sofea dihati lelaki bernama Ilham”
Telinga Ariana berdesing. Sofea? Dia tahu hanya Ilham satu satunya orang yang memanggilnya ‘Sofea’. Ahh.. apa sebenarnya yang diketahui gadis ini. Untuk bertanya dia benar benar tidak larat. Sudahnya dia hanya memandang Shireen. Berharap Shireen menceritakan apa yang dia tahu.
Shireen tersenyum Cuma. Wajah Ariana dipandang “Seperti yang Reen pernah beritahu akak dulu.. Reen sentiasa ada ngan abang ngah. Reen tahu betapa terseksanya dia kehilangan kak Ary. Hari hari dia tengok gambar kak Ary. Sebab tu la Reen tahu. Cuma apa yang we all tak tahu.. kak Ary isteri abang long. Hanya itu.. sudahlah kak Ary. Reen nak call Abang ngah, Reen tahu dia pasti datang.” Seusai berkata dia menghubungi Ilham pula.
Ariana hanya berdiam diri. Ahh.. Ilham.. apa akan jadi dengan cerita kita. Matanya kemudian pejam. Sudah tidak larat mahu memikirkan.

Sebaik sahaja menerima panggilan Alisha Ilham bergegas keluar. Tanpa menunggu enjin kereta viosnya panas dia terus sahaja memecut laju. Khabar yang dibawa adiknya benar benar mengusarkan dia yang sedang bermesyuarat itu.
Tangannya menghentak hentak stereng. Terasa lambat pula lampu untuk bertukar berwarna hijau. Tidak disangka dalam menunggu dia terpandangkan seseorang. Menyirap darah Ilham disaat itu. Tidak menunggu lama dia terus memarkirkan kereta. Pintu kereta ditutup kasar menandakan dia benar benar baran.
“Abang” Ilham menjerit nyaring. Ketika ini Zairil dilihatnya sedang berjalan bergandingan dengan Nisha di tepi jalan raya itu. Mahu menuju ke kereta mereka barangkali. Tidak tahukah Zairil bahawa Ariana sedang sakit?
Malas mahu berbicara panjang Ilham terus sahaja menumbuk muka lelaki itu. Dia benar benar sudah tidak sabar. Zairil memang melampau.
“Kau ni kenapa.. gila!” Zairil memekik nyaring.
“Kau yang gila.. kau tahu Ariana sakit. Tapi apa yang kau buat? Bergelak ketawa dengan Nisha.. suami apa kau ni hah”
“Huh.. padan muka dia” Zairil merengus geram. Langsung tidak ada riak bersalah diwajahnya.
“Kalau kau tak nak Ariana .kau lepaskan dia. Kau ceraikan dia. Biar aku yang jaga dia”
Zairil ketawa perlahan. Sinis. “Aku takkan ceraikan dia. Kau peluk la bayang dia sampai bila bila” Suaranya kedengaran mengejek.
“ Ril” Nisha menjerit. Tidak percaya Zairil sanggup mengeluarkan kata kata sebegitu.
“Huh.. you tak payah tunjuk baik Nisha. Kau orang berdua memang sesuai..” Tangannya menunjuk kearah Zairil dan Nisha. “Dasar manusia yang suka menyusahkan orang”
“ Ilham” Nisha menempik lagi. Dia tidak rela maruahnya diperlekehkan begitu sekali. Bukankah dia sudah menyesal?
Malas mahu mendengar apa apa Ilham pantas menuju ke keretanya. Lalu memecut kembali. Dia mahu membawa Ariana ke hospital. Tidak kuasa melayan drama murahan Zairil dan Nisha.
“Mana dia” Tubuh Shireen digoyang bertanyakan dimana Ariana berada.
“Kat atas”
Ilham pantas memanjat tangga. Shireen yang melihat hanya mampu ternganga dalam rasa hendak ketawa melihat kekalutan abangnya itu. Ahh.. benar benar cintakah Ilham kepada Ariana?
“Fea bangun.. kita pergi hospital.” Bahu Ariana digoyang perlahan.
“Fea.. Fea” Ilham menjerit lagi. Panic pula dia melihat Ariana yang langsung tidak bergerak itu.
“Reen rasa..” Suaranya terketar ketar. Shireen memandang lagi. “Kak Ary pengsan!!”
Ilham terpana. Tubuh Ariana diangkat perlahan lalu diletakkan di tempat penumpang. Wajah itu dipandang. Sabar la sayang.. sabar.. abang ada..

Tampang doctor yang memakai tag nama Aida dipandang kejap. Mengharapkan penjelasan mengenai keadaan Ariana yang sudahpun dimasukkan di wad hampir setengah jam yang lalu. “Apa yang jadi doctor? Kenapa dia tak sedarkan diri.”
“Cik Ariana dalam keadaan stabil. Cuma kami terpaksa tahan dia beberapa hari..”
“Kenapa??”
“Dia kekurangan air dalam badan, jadi kami terpaksa masukkan air didalam badan supaya tenaga dia pulih sepeti sedia kala. Badannya terlalu lemah.”
Ilham hanya menganguk. Tidak tahu mahu bertanya apa lagi.
“Awak suami dia” Doctor Aida bertanya pula. Dia harus bertanyakan Sesuatu yang penting sekiranya benar lelaki dihadapannya itu punya kaitan dengan pesakitnya.
Wajah Ariana didalam bilik itu dipandang. Suami?? Ah.. jikalau diizinkan Tuhan pasti dia akan menjadi suami terbaik untuk Ariana. Pasti tubuh itu akan dijaga sehingga tidak ada sedikit ruang masa pun untuk Ariana merasa sakit. Kesal. Dia benar benar berasa kesal melihat Ariana lena begitu. Mana tidaknya dalam sebulan ini sahaja berapa kali gadis itu ditimpa sakit. Bermula dengan demam! Accident! Dan sekarang??ahh.. Tuhan kalau la diberi peluang itu..
“Ya saya..” Ilham mengaku juga dalam terpaksa. Dihati sempat memohon ampun kerana berbohong. Sempat juga dia memohon kepada Tuhan supaya membuka ruang untuknya menjadi suami kepada Ariana.
“Apa yang jadi pada cik Ariana sebenarnya. Saya lihat ada kesan lebam di mukanya.. dan..” Dia teragak agak untuk memberitahu. Bimbang dikata mencerobohi Privasi pasangan suami isteri dihadapannya itu. Selebihnya dia bimbang Ariana adalah mangsa penderaan apabila melihat kesan biru di beberapa bahagian tubuh itu.
“Dan apa doctor?” Ilham mendesak. Dia mahu tahu apa yang terjadi kepada gadis kesayangannya .
“Dibahagian pinggangnya terdapat kesan lebam teruk. Saya khuatir ia boleh menjejaskan hingga ke buah pinggang. Apatah lagi kesan tu kelihatan agak lama..”
Ilham tersandar di pintu bilik itu. Matanya dipejam rapat. Bibirnya diketap menahan geram mengingatkan orang yang bertangungjawab membuat Ariana begitu.. Ya ALLAH selamatkan dia..
“Tapi Encik bertenang. Kami akan buat pemeriksaan lanjut untuk tahu sama ada bahagian pingangnya terjejas atau pun tidak” Doktor Aida kembali memujuk setelah melihat lelaki dihadapannya itu berwajah kesal dan sedih. Pasti ada cerita disebaliknya.
“Buat la doctor.. buat apa saja untuk selamatkan Ariana. Saya akan bayar berapa pun yang pihak hospital mahu..”
“Kami akan cuba sedaya upaya..” Senyuman tulus diberikan. “ Encik Ilham boleh tunggu Cik Ariana didalam.. Cuma buat masa ini pesakit tidak akan sedar memandangkan kami sudah memberi dia ubat tidur. Saya pergi dulu”
Ilham hanya menganguk lesu. Melihat Ariana yang lena dia menuju ke surau berdekatan. Dia mahu bersujud kepada Tuhan. Memohon supaya Ariana diberi kekuatan mengharungi hidupnya dan dia terus tabah membantu dan setia menanti gadis itu.

“Fea bangun sayang..” Ilham menyeru. Tadi dilihatnya Ariana sudahpun bangun. Tapi dek kerana wajah itu masih lemah dia menyuruh gadis itu tidur kembali. Tetapi mengenangkan nasihat doctor Aida supaya Ariana diberi makan untuk memulihkan tenaganya dia kini menepuk perlahan pipi Ariana berharap agar Ariana akan sedar.
“Ada apa?” Ariana bertanya perlahan. Sakitnya dirasakan sudahpun berkurang. Melihat wajah Ilham dia tersenyum Cuma.
“Bangun .. makan. Abang suapkan..” Tangannya menunjuk ke arah nasi berserta lauk yang sudahpun berada dipingan ditepinya itu.
“Pukul berapa ni” matanya melata mencari apa apa yang boleh menunjukkan sekarang ini pukul berapa. Atau lebih tepat dia mencari jam sebenarnya.
“Pukul 10 malam sayang.. bangun ya. Kita makan sikit” Ilham menunjuk jam tangannya.
Ariana mengeleng. “ Dah lewat malam.. tak nak lah”
Ilham mengeluh perlahan. Wajah Ariana dipandang lama. Ahh.. kasihnya sudah benar benar tumpah buat gadis itu. Tangan Ariana digengam lalu dielus perlahan. Bertujuan untuk memujuk. “Please.. abang tak nak Fea sakit lagi. Abang dah tak sanggup tengok Fea ulang alik ke hospital lagi. Abang betul betul tak sanggup tengok keadaan Fea macam ni”
“ Kenapa..teruk sangat ker” Dia bertanya lagi. Wajah kusut Ilham dipandang.
Hidung Ariana dicuit. “Sebab abang sayang Fea. Kita makan ya.. abang suap.. special edition.. lenkali takde tayangan langsung dah ni. Nanti menyesal tak sudah abang tak tahu” Dia berselorah. Sudah lama rasanya dia tidak mengusik Ariana .
Ariana tertawa kecil. Akhirnya dia menganguk perlahan. Melihatkan angukan Ariana, Ilham segera membangunkan tubuh gadis itu. Menyuruh Ariana bersandar perlahan.
“Bukak la mulut tu sayang oi.. macam mana abang nak suap kalau mulut tutup kemas macam tu” Ilham mengerutkan dahinya.
Ariana menjuihkan bibirnya. “Abang suka mengusik orang sakit ya..”
“Bismillahirohmanirohim.. akhirnya dia masuk juga dalam mulut Fea” Ilham. ketawa lepas namun biar dimanapun betapa hambarnya bunyi ketawa itu masih tetap dapat terlihat dipandangan mata kasarnya.
Ariana tersenyum Cuma. “Kenapa Fea masuk hospital ya?” Dia bertanya namun lebih kepada diri sendiri. Yakin Ilham tidak mampu menjawabnya.
“Dah rezeki Fea nak masuk hospital. Nak wat macam mana? Itulah.. abang dah cakap, jangan buas buas kan dah .. ini masa kecik ni mesti terkurung dalam rumah. Bila dah besar takpuas hati.. meloncat je kerjanya.”
“Abang.. Fea serius ok. Dia wat lawak pulak..” Ariana bersuara seakan merajuk. Tapi bila teringatkan sesuatu dia kembali bertanya. “Zairil tak datang? Abang tak berdosa keapa yang Fea buat ni” Pertanyaannya polos. Dia benar benar tidak tahu harus berbuat apa. Berharap pada Zairil sedangkan lelaki itu berterusan menjauhkan dan membenci dirinya. Menjauhkan diri dari Ilham dia tidak mampu kerana Ilham yang saban hari membantunya.
“Apa yang Fea buat?” Ilham bertanya kembali. Tidak faham.
“Kita berjumpa. Kita bergurau senda sedangkan Fea isteri orang.”
Ilham tersenyum. “Layak ker orang macam Zairil dipanggil suami. Suami apa yang sanggup menyakiti hati dan tubuh isteri sendiri. Fea.. abang bukannya nak ajar Fea buat dosa. Membelakangkan suami tapi Fea kena ingat. Berbaloi ke Fea bertahan kalau ini lah yang Fea dapat hari ni.”
“Mungkin dia marah sebab tengok abang ngan Fea. Kalau kita tak jumpa lagi.. mesti dia tak marahkan” Ariana bertanya tulus. Dia buntu tapi dia mahukan penyelesaian. Dan ketika ini dia hanya punya Ilham untuk menjadi tempat dia meluahkan masalah.
“Fea dah tak nak jumpa Abang? Abang betul betul tak bererti ke buat Fea” Ilham bertanya lirih. Sebal kerana Ariana tetap juga memilih Zairil darinya.
“Fea tak larat dah abang. Fea tak nak jadi isteri derhaka. Fea sayang Abang tapi dah bukan jodoh kita nak buat macam mana.” Ujarnya kesal.
“ Fea masih boleh tinggalkan Zairil.. kalau Fea nak.”
“Abang.. perkahwinan bukan something yang main main. Memang dulu Fea saja main main terima lamaran Zairil. Sebab Fea geram bila dia cabar Fea.. tapi ..”
“Sudah lah.. kita bincang nanti ya” Ilham beralah. Lagipula dia tahu hati Ariana tegar memilih Zairil biarpun Ariana mengakui menyayanginya.
Abang.. dulu Zairil tak macam tu..” Ariana menyakinkan. Dia mahu Ilham tahu biarpun mereka tidak punya jodoh tapi dia tetap bisa bahagia.
Ilham meraup mukanya beberapa kali. Dia tahu Ariana serba salah. Dalam dilemma. Dia juga begitu. Cuba bermain api apabila terus terusan mempertahankan cinta mereka biarpun dia maklum Ariana kini sudah menjadi isteri abangnya. Tapi apakan daya sesuatu yang melibatkan hati bukannya boleh ditolak ketepi. Redha dalam paksa dia masih mencuba untuk meraih Ariana supaya sentiasa kekal bersamanya.
“Takpelah Fea.. abang akan sentiasa doakan supaya jodoh kita tetap ada. Fea makan ya..” Dia cuba memujuk. Tidak mahu Ariana terus terusan berfikir.
“Errmm.. thanks” Ariana menganguk Cuma. Sebaik selesai makan dia memandang jam tangan Ilham. Wajah Ilham yang ketika itu sedang menyuakan air minum untuknya dipandang. “Abang tak balik.. dah lewat malam ni”
Ilham mengeleng. “Abang teman Fea”.
“Abang tak kerja ke esok. Takkan abang nak berjaga kat sini sepanjang malam”
Wajah Ariana ditatap lagi. “Yups.. abang akan jaga Fea hingga Fea keluar hospital.. don`t wory lah.. sofa kan ada” Keningnya dijongketkan melihat riak Ariana yang tidak percaya “Kalau Fea nak bagi abang tidur sebelah Fea pun takpe” Dia tersengih sendiri.
Ariana membuntangkan matanya. Geram bila soalannya dipermainkan. Melihat Ilham ketawa dia turut ketawa. Ahh.. bahagianya detik ini. “Esok kan kerja.. abang tak penat ker..”
Ilham tersenyum lagi. “Kalau abang rajin abang pergila. Kalau malas abang tuang. Paling tidak kalau bos tanya abang cakap je Fea tak bagi abang pergi kerja.. apa susah.. nanti bos abang tu mesti cakap.. bagus! Bagus! Lain kali buat lagi.. hahaha” Ilham ketawa sendiri.
Ariana mengeleng. Ilham! tidak pernah sekalipun berubah. Tetap juga menceriakan nya walau dalam apa jua situasi.
“Ala mentang la company sendiri.. kenapa Fea tak tahu ya dulu?” Dia sekadar bertanya. Hari ini dia mahu bercakap itu dan ini dengan Ilham. Dia mahu mengantikan masa masa lalu. Siapa tahu selepas ini mereka mungkin tidak mampu berbual seperti ini lagi.
“Sory sayang.. abang tak de niat nak tipu. Tak tahu macam mana nak cerita. Lagipun umur Fea masa tu baru 19.. budak kecik lagi. Tak sesuai la abang nak cerita pasal company. Lagipula apa ada pada nama Fea. Nothing. Semuanya tak penting. Fea marah?” Ilham bernada tenang.
“Tak marah tapi terkejut. Kalau Fea tahu nama penuh abang pasti Fea tahu kalau abang ngan Zairil adik beradik kan? Mesti tak jadi macam ni kan!!” dia mengeluh kesal. Namun sebaik melihat wajah Ilham yang turut berubah kesal wajahnya diceriakan kembali. “Tapi takpelah.. bangga Fea tahu nama abang Tengku Fakrul Ilham.. sesuai dengan abang yang hensem.. cute.. comel” Dia tersengih sengih.
Ilham terganga. Tidak percaya Ariana masih bergurau begitu. “Ye la.. abang la yang cute .. comel tu. Sesuai tak dengan orang yang nama dia Nur Ariana Sofea yang .. ayu.. remaja.. muda.. cantik .. lawa.. beauty..”
“Dah dah.. jangan nak mengarut. Pujian melantun lantun” Ketawanya mengekek. Jikalau menanti Ilham menghabiskan kata katanya pasti dia yang akan kembang sendiri nanti.
Hidung Ariana dicuit.. “Serius.. abang tak tipu. Fea lawa bila pakai tudung. Sejak bila Fea pakai tudung ni. Abang rasa Fea nampak macam bidadari. So beautiful..” Dia memuji pula. Ariana dilihatnya semakin matang.
“Sejak Fea sedar dulu tapi bodohnya Fea kan abang.. “ Dia bertanya kembali. Namun masih dalam keadaan bergurau. Entahlah dia sendiri tidak pasti mengapa begini jadinya. Mengapa jalan itu yang dipilihnya dahulu.
“Tak de manusia yang tak buat silap Fea. Yang penting Fea dah sedar. Abang tak salahkan Fea seratus peratus. Salah abang jugak..”Ilham bersuara kesal. Ahh.. andai dapat diputarkan waktu. Pasti dia akan memohon itu.
“Abang tak nak tidur. Abang tak penat ker? Teruk benar Fea tengok muka abang, tak cukup tidur erh?” Dia mengusik pula. Tetapi sejujurnya wajah Ilham memang nampak tidak bermaya dimatanya.
“Takdelah..abang ok.. tak ngantuk pun.” Wajah Ariana dipandang serius. Seketika keningnya dijongketkan beberapa kali. “Tapi kalau Fea nak tahu sebenarnya Fea la penyebabnya. Macam mana abang nak tidur kalau Fea still macam ni. Fea jangan la susahkan abang lagi ya. Ini tidak pasal Fea la abang bagaikan mandi tak lena. Tidur tak kenyang. Makan tak basah.. huhuhu.. parah betul tu..”
Bedebuk!! Bahu lelaki dihadapannya itu ditampar perlahan. Geram pula dia bila Ilham mengejek ngejeknya. Wajah Ilham dipandang berani. “Abang kalau membebel memang macam mak nenek.. sebijik!!”
“Yes you are right.. makin sayang abang pada Fea, memahami betul. Dah tu dalam bab bab mengutuk memang pandai.”
Ariana mencebik. Tidak lama kemudian ketawa mereka beradu sama.
“Dah la tu. Kalau ketawa tak ingat dunia. Fea tidurlah dah lewat.. abang teman” Ilham menegur. Gembira melihat Ariana ketawa.
“Tak nak lah.. Fea tak ngantuk lagi” Dia memberitahu sebaik ketawanya terhenti. Kini senyuman pula menghiasi bibirnya. Sakit yang dirasakan seakan hilang bila dilayan baik begitu.
“Tidurlah sayang… tidur” Ilham berkata sambil merebahkan badan Ariana. Menyuruh gadis itu berbaring. Melihat kepala Ariana yang tergeleng tanda tidak mahu dia hanya tersenyum. Selimut ditarik sehingga separa dada Ariana.
“Abang nak seru Fea ya” Ariana bertanya perlahan. kenangan dia yang tertidur akibat diseru Ilham beberapa kali menjengah ingatannya. Namun ketawanya meletus sebaik teringat lelaki itu lewat ke tempat kerja kerana menemaninya yang tidak mahu tidur. Ahh.. Ilham.. ada ada saja..
“Tidur ya.. good nite.. sweet dream.. I love you..”

p/s: ada wish untuk kamu semua di blog satu lagi.. apa apapun selamat membaca n selamat berpuasa.. ngee..

19 comments:

itu_aku +_^ said...

hohohohoho
nk ilham la plak ngan ari
biar zaril ngan nissa
nisa pun brubh kn

epy elina said...

btul 2...
br la ary ngn ilham....
br zairil thu crta sbnr....
n zairil undur diri...

Anonymous said...

kecewa dan sedih!

SELAMAT BERPUASA~

Nur Fara said...

ITU AKU--

BENARKAH ANDA MAHU ILHAM NGAN ARY.. HEHHEHEHE...

SUDA BERUBAH FIKIRAN YERK..=P

Nur Fara said...

EPI ELINA--

WAH ZAIRIL UNDUR DIRI ??
BOLEH KER??
TAK KECEWA KER ANNTI.. HEHEHE=P

Nur Fara said...

ANONYMOUS

KECEWA N SEDIH??
MENGAPAKAH??
PASTI PEMINAT SETIA ZAIRIL NI YERK..
=P

Nur Faizah said...

hohohoho..
pening sudah..
xtau nak ary ngn ilham or ngan aril..
tapi kalau ngn aril lebih elok kot..
xnak la ngn ilham..
yg si nisha tu kenape la ske mengganggu idup org ek??
adoyaiii..
nak ary ngn aril gak :)

aqilah said...

complicated ni.......... ....... . merobohkan sebuah masjid untuk masjid yg baru???????

Anonymous said...

tak mo la ilham ngan ary.......
bagi la aril ngan ari....

Anonymous said...

nak aril ngan ari!!!!!!!!
hukhuk...

Anonymous said...

nak ary & aril
ske ilham & ary kwn je...dorg leh jd best frenz
ary & aril 4 ever..

Nur Fara said...

NUR FAIZAH

HAHAHA.. KELIRU YERK...
OUH WATAK NISHA MEMANG AGAK JAHAT SIKIT.. SENGAJA!! HAHAHA =P

Nur Fara said...

AQILAH

YUPS.. VERY COMPLICATED..
NASIB BAIK JUST DALAM NOVEL JERK..

KALO TAK HARUS SAYA BERDOSA COZ BUAT RUMAH TANGGA THEY ALL CAM NI,. BETUL TAK... HEHEHE...

Nur Fara said...

ANONYMOUS

ERH ERH EPISODE TAK ABIS LAGI.. SO TAK TAU DIA DENGAN SIAPA PUN.. ~NGEE.. TUNGGU ERK..

Nur Fara said...

ANONYMOUS-

YEZZA.. MAHU ARI AND ARIL YERK..
AKAN DIFIKIRKAN.. HEHEHE.. GURAU AJER..

JUST WAITING..=P

fard_kay said...

mok ary dgn aril juak

Nur Fara said...

FARD KAY

MEREKA AMSIH BERSAMA .. ANGAN RISAU. (t_t)

Anonymous said...

sy pn nk aril n ary bersama...

nursya said...

adoi...
x abis lg konfliknyer...
cian ari...
bila la aril nk buka ati dia dgr penjelasan si ari nie...
nti jgn nyesal sudah...

aper2pn still nk ari ngn aril...
huhuhu...