Friday, January 1, 2010

AnDaI ItU TakDiR CiNta (16)



Wajah Ilham yang berada jauh dihadapannya dipandang buat seketika. “Abang berapa sudu gula nak wat masuk ni?” Setelah itu Ariana menjerit nyaring.  Masuk hari ini sudah hampir sebulan cuti semester bermula. Amyra sudah pun mula bekerja di sebuah butik di ibu kota. Dan dia? Dia kini sedang belajar memasak dari Ilham. Beria lelaki itu ingin mengajarnya memasak dan dia yang sememangnya tiada kerja hanya menurut. Yer la dah orang nak ajar kita terima je la kan?
            “Agak agak jer. Secukup rasa”
            Ariana mengaru garu kepalanya. Macam mana nak agak? Kuah lontong yang bewarna kuning kekuningan yang sedang mengelegak di atas dapur dipandang lama. Tidak berfikir panjang dia lantas menyedok separuh sudu gula menggunakan sudu makan.. “Abang, Fea masukkan tau”
            “Ok!!” Ilham hanya mengiyakan. Langsung tidak dipandang Ariana yang ketika itu sedang berkira kira untuk memasukkan garam pula. Disaat Ariana ingin mencurahkan garam kedengaran suara Ilham menjerit kecil. “Eh.. sayang. Jangan!!”
            Ariana terpinga pingga. “Abang ni kenapa?” Ujarnya dengan suara yang separuh terkejut apabila disergah begitu.
            “Ish banyak nya. Masin la nanti” Ilham sudah membulatkan matanya. Garam di tangan Ariana dilihat dengan mata membulat. Banyak gila! Nak buat ikan masin apa? Dia mengutuk dalam hati.
            “Tadi abang kata agak agak jer..”  Ariana membela diri.
            “Memangla agak agak tapi ni banyak sangat ni. Nanti masin pulak makanan kegemaran abang tu”
            Ariana mencebik. “Eii malas la nak buat lagi. Dari tadi asyik salah jer” Dia mengeluh lemah. Bayang kan lah. Tadi sewaktu dia ingin memotong kacang panjang. Kata Ilham kena potong menyerong. Bila dah diserongkan  kata dia panjang sangat. Bila potong kubis besar besar Ilham kata besar sangat, bila dia potong kecil, lelaki itu berkata sebaliknya pula. Pusing kepalanya disaat itu. Dari duduk disini baik dia duduk diruang tamu menonton tv bersama Mak Ilah dan Elly. Kan senang!!
            “Tadi sayang kata nak belajar masak kan.”
            “Memangla tapi susah la..” Ariana mengadu lemah. Runtuh semangatnya yang berkobar kobar tadi.
            “Abang buat senang jer” Ilham membangga diri. Lebih dari itu dia sebenarnya ingin membangkitakan semangat Ariana yang sudah kelihatan hampir runtuh itu.
            Ariana mencebik lagi. Memang tidak dinafikan lelaki itu cekap didapur. Hairan juga dia apabila melihat  Ilham dengan selambanya memotong motong  ayam yang besar itu. Dan sekarang ayam yang dipotong tadi sudah pun siap diperap untuk digoreng sebentar lagi.
            “Ni mesti tak pernah masuk dapur kan?” Ilham bertanya seraya menutup api dapur. Lega kerana rasa kuah lontong itu masih mempunyai ‘rasa’. Takut juga dia kuah itu sudah terlebih rasa akibat ‘dikerjakan’ Ariana.
            “Masak la. Dulu Fea selalu tolong mama ok”
            “Ye la tu, tolong mama tengok” Ilham mengejek pula. Mahu melihat muka Ariana yang suram kembali ceria.
            “Abang, jangan la cakap macam tu” Sebak hatinya disaat itu. Sudah la sedih apabila semua kerjanya tidak menjadi. Ini diungkit pula tentang mamanya yang sudah lama tiada.
            Ilham mendekati Ariana. Lain yang diharapkan lain pula yang jadi. Tangan Gadis itu dipegang erat. “Ala abang gurau jer. Jangan la sedih sedih. Nanti masin pulak masakan abang ni”
            “Kenapa pulak?” Dalam bersedih seperti biasa dia masih mampu bertanya itu ini.
            “Entah orang tua tua cakap kalau masakan masin tu maksudnya ada orang menangis tak berlagu la tu. Air mata tukan masin. Kot kot la menitis kat dalam  periuk tu ker.”
            “Yer la tu..” Dia berkata tidak percaya. Setakat setitis air mata jatuh ke dalam periuk tu tak kan la masin kot. Betul tak? Hatinya sempat mengomel sendiri.
            “Dah jangan sedih sedih. Tu pergi masukkan ayam dalam kuali tu. Dah panas tu.. hati hati”
            “Ye la.” Sambil mengiyakan Ariana terus memasukkan ayam yang siap diperap ke dalam kuali.
“Auch.. sakit…” Dia terjerit spontan apabila minyak dari kuali mengena tangannya .
            “Ya Allah Fea. Abang kan dah cakap hati hati”
            “Aduiii.. sakitnya.. Abang kenapa dia meletup?” Tangannya yang sudah siap dibasuh oleh Ilham dipandang lagi. Kulit tangannya yang cerah kini sudah bertukar warna. Ilham dilihatnya sudah meningalkan dirinya. Menyudahkan kerjanya tadi. Memasukkan ayam kedalam kuali. Kemudian dia menuju ke luar, beberapa saat kemudian Ilham muncul dengan minyak gamat bersama plaster di tangan.
            “Mai nak sapu ubat..” Tangan Ariana dipegang sambil disapu perlahan dengan ubat yang berada di tangannya itu.
            Ariana menatap Ilham lama….

“Mama sakit..” Ariana mengaduh kecil. Tangannya yang semakin memerah dilibas libaskan.
            “Itula.. mama dah cakap. Ariana jangan kacau.. tapi Ariana degil” Puan salina membebel panjang. Sudah puas ditegah anaknya itu. Tapi beria gadis kecil itu ingin  membantunya. Sudahnya masakannya entah kemana. Sekarang Ariana sedang melalak pula.
            “Hah kenapa ni” Papa menegur mama sebaik sahaja melihatnya yang sedang melalak di atas meja.
            “Papa.. tangan Ariana sakit. Tangan Ariana dah cacat.. tengok la papa”
            Puan salina tergeleng geleng.. “Abang tengok la anak abang ni. Kena minyak tadi. Merah sikit je tu, melalak da tak abis dari tadi”
            Tuan Hadi hanya senyum. Keletah anaknya itu sudah tersedia maklum “Mana mai papa tengok”
            “Ni.. papa sakit..” Ariana merengek manja
            “Eh papa tak sakit pun” Tuan hadi berselorah pula. Tangan Ariana dibelek belek.
            “Papa.. Ariana serius tau. Papa buat lawak pulak..”
            “Alahai.. siannya puteri papa”
            Ariana menganguk nganguk mengiyakan.
            “Jom kita pergi klinik. Dah cacat ni… kita potong..” Tubuh Ariana didukung. Sempat Tuan Hadi mengenyit mata pada isterinya itu.
            “Waaa…” Mendengarkan itu makin kuat dia melalak. Sudahnya seharian dia menangis menanti tanganya pulih kembali.
            Dan mulai hari itu juga dia tidak pernah masuk kedapur. Mana tidaknya mendengar bunyi telur yang digoreng meletup pun dia sudah mencari tempat bersembunyi. Bimbang terkena percikan minyak panas. Sudahnya Mama Selalu membebel kerana dari dulu mama teringin melihat dia memasak… ah.. mama.. papa..

“Sayang.. are you ok?” Ilham menegur sambil melibas libaskan tangannya di hadapan muka Ariana. Serasanya sudah lebih 15 minit Ariana membeku begitu. Ayam yang digoreng tadi pun sudah diangkat.
            Pandangan Ariana dihalakan kearah raut Ilham. Bayangan dia semasa berumur 10 tahun melintas di fikirannya ketika itu. Ditempat itulah dia menjerit ketakutan setiap kali bunyi minyak meletup. Di atas meja inilah tempat dia meloncat loncat apabila tangannya memerah apabila terkena minyak panas. Dan perlakuan Ilham tadi? Itulah yang akan dilakukan oleh mama dan papa setiap kali dia terluka. Mukanya terasa panas. Siapa sangka mama dan papa sudah meningalkannya hampir lapan bulan. Ya.. dia ingat tarikh itu.. dan dia.. sampai sekarang masih tidak mampu menerima kenyataan itu.
            “Sayang..” Ilham mengoncangkan tubuh Ariana beberapa kali. Risau pula dia melihat pandangan Ariana yang kaku begitu.
            Ariana yang mula tersedar dari ‘dunianya’ hanya memandang kaku tangannya. Ahh.. tabahlah engkau Ariana. Dia memberikan senyuman kepada Ilham pula. “I`m ok”
            “Abang.. nasi himpitnya dah masak?”
            “Dah”
            “Punch buah buahan dah siap?”
            “Pun dah” Ilham menjawab lagi
            “kuah kacang?”
            “Dah sayang..”
            Ariana mengaru kepalanya. Kalau semua dah dia nak buat apa?? “Abangggg… tadi kata nak ajar Fea masak. Habis semua dah siap…”
            “La.. tadi kata dah give up..” Ilham memberitahu pula. Sangkanya tadi Ariana sudah tidak mahu berbuat apa apa.
            “Abang.. abang bukan nak kahwin dengan tukang masak kan?”
            Ilham menganguk nganguk. Mengiyakan.
            “Habis.. tak payah la Fea masak. Abang kan ader. Abang masak je la kan. Biar Fea yang gi kerja. Boleh?” Ariana berkata selamba. Mood cerianya sudah kembali.
            “Ish.. tak dernya. Abang tak kisah la sayang. Itu semua kita taruk belakang. Apa kata Fea potong buah. Lepasni boleh makan!!” Ilham mengarahkan Ariana. Tergeleng geleng kepalanya melihat telatah Ariana. Di dalam bersedih dia masih mampu berceloteh. Bukan dia tidak nampak genangan air jernih ditubir mata gadis itu.

“Wow.. banyak nya makanan. Mesti sedap ni” Elly menegur sebaik sahaja melihat Ariana membawa beberapa jenis masakan ke ruang makan.
            “Dah siap. Saper lagi kan? Mak Ilah jom makan!!” Ariana mengangkat keningnya beberapa kali kearah Elly. Sengaja mahu berlagak di hadapan gadis kecil itu.
            Mak Ilah yang ketika itu sedang menyembat baju menghentikan kerja kerjanya itu. Dia kemudiannya melangkah menuju ke ruangan makan.
            “Banyak nya.. sapa nak makan ni” Mak Ilah bertanya. Mana tidaknya penuh satu meja dengan pelbagai hidangan.
            “Mak Ilah ngan Elly la. Siapa lagi. Betul tak Abang?” Ariana berkata sambil tersenyum senang. Sempat dia meminta sokongan Ilham yang baru sahaja keluar dari dapur.
            Ilham hanya tersenyum.. “A`ah.. dah jom la makan. Myra mana?”
            “Kak Myra belum balik lagi. Abang, kak Ariana jom la” Elly mempelawa setelah dilihat Ilham dan Ariana hanya berdiri sedari tadi sedangkan dia kini sudahpun duduk. Hanya menunggu masa untuk mencapai segala jenis makanan di atas meja itu.
            “Eh.. eh.. pelawa orang pulak. Macam la dia yang masak” Ariana ketawa kecil.
            “Orang pelawa duduk jer. Tak suruh makan pun.. huhuhu” Elly turut ketawa sama.
            “Elly.. makan jangan banyak cakap” Mak Ilah menegur bila dilihatnya Elly mengejek ngajek Ariana. Tak padan ngan budak kecik, suka menjawab!
            Ariana tersengih sengih kemenangan apabila melihat Elly yang sudah mati kutu apabila ditegur opahnya itu. Budak kecil pun sesekali kita lawan apa salahnya kan?
           Setelah duduk dia mula mengisi nasi himpit ke pingannya. Kemudian tangannya mengambil pula Kuah kacang. Namun belum sempat dia meletakkan di dalam pinggang Ilham terlebih dahulu bersuara.
            “Fea letak la kuah dulu before masukkan ayam dan kuah kacang .. baru best..”
            “Kenapa pulak..” Ariana bertanya pelik. Sama jerk kan letak mana mana pun. Pusing kiri pusing kanan jadi lontong jugak.
            “Entah.. tapi rasa dia maybe lagi best kot. Betul tak Mak cik”
            “Iya la tu.. itu cara orang zaman sekarang makan..” Mak Ilah mengiyakan.
            “Ouh..” Ariana hanya menganguk tanda faham.
            “Nah kepak. Tadi Fea berebut dengan abang kan? Nih abang bagi special untuk Fea” Matanya dikenyit sebelah. Sambil tangannya meletakkan kepak ayam di dalam pingan Ariana.
            Ariana tersenyum Cuma. Tengah makan pun sempat lagi ke nak mengatal??
            “Sedap betul. Pandai betul Ilham masak” Mak Ilah memuji anak muda dihadapanya itu. Ilham datang dengan pakej yang menarik. Dengan muka yang boleh dikategorikan hensem, sikap sopan terhadap orang tua, pandai serba serbi di dalam segala hal dan yang pasti Ilham seorang yang berkerjaya, berpendidikan biarpun dia tidak tahu Ilham bekerja sebagai apa. Bertuah benar Ariana kerana dapat memikat hati jejaka itu.
            “Dulu selalu tolong umi masak. Tolong tengok. Ini pun tiba tiba terasa teringin. Itu yang praktik tu. Kalau Sofea takder, rasanya saya pun takkan jejak ke dapur” Ilham merendah diri.
            “Eleh.. Ya ker? Ya ker? Ker Abang nak perli Fea. Ye la Fea tolong jugak tadi tolong tengok” Ariana menyindir pula dek kerana terasa ayat yang dituturkan Ilham tadi bagai mengena batang hidungnya sendiri.
            “Iye la. Tolong tengok pun takper la. Dah tu nak wat macam mana? Abang pun bukannya nak kahwin ngan tukang masak.. betul tak mak cik?” Ilham meminta sokongan Mak Ilah sambil memulangkan paku buah keras sebaik mengingati kata kata Ariana sewaktu mereka berada di dapur tadi. Sengaja mahu mengusik.
Mak Ilah yang mendengar hanya ketawa perlahan. Sempat hatinya memohon mudah mudahan kebahagiaan sentiasa mengiringi Ariana  dan Ilham.

1 comment:

Hana_aniz said...

fara.. citer ni bez!!
sambung cepat2 ye?
kawin kn la fea dgn ilham cepat2..