Thursday, March 18, 2010

andai Itu Takdir Cinta (33)


Di dalam kelas Ariana duduk bersama Zakuan. Bagai belangkas kesana kemari berdua. Diketika ini pun tangannya berada di dalam gengaman Zakuan. Dibelai manja oleh lelaki itu. Langsung tidak dihiraukan pelajar pelajar lain yang melihat dengan pandangan pelik.

“Malam ni you nak keluar” Zakuan bertanya sambil mengurai lembut rambut Ariana.

“Kenapa.. you nak pergi mana?” Ariana bertanya kembali.

“Jalan jalan jer. You nak ikut” Zakuan bertanya lagi. Mengharapkan Ariana sudi menemaninya seperti beberapa hari yang lepas.

“Pukul berapa..” Ariana bertanya kembali.

“9.00 malam..”

“Ermmm.. ok .. you ambil I kat rumah” Ujarnya seraya menganguk .

Good morning” Zairil menegur sebaik sahaja masuk ke kelas. Sempat matanya menangkap cengkerama diantara Ariana dan Zakuan. Dia hanya menjeling tajam. Geram betul dia dengan perubahan Ariana yang mendadak itu. Terpana dia disaat melihat Ariana yang berubah dari pendiam kepada seorang yang ceria.  Lama dahulu dia terasa gembira apabila mengetahui Ariana sudah mula senyum namun semangatnya hampir jatuh merudum  bila tahu Ariana sudah mula tersasar jauh.

Good morning” Pelajar pelajar lain turut membalas sapaan lecturernya itu. Seperti biasa pelajar pelajar perempuan akan terdiam sebaik lecturer muda itu masuk. TENGKU ZAIRIL ISKANDAR!!! Segah namanya lelaki itu memang lengkap dengan wajah yang cerah, rambut lurus. dengan muka yang berseri. Cukup segala galanya.

Hani menatap lama. Ahh.. dia sudah lama mengimpikan lecturer muda itu..tapi…

“Hai Ariana. Are you ok ” Zairil bertanya Ariana. Sudah menjadi kebiasaanya untuk menegur gadis itu. Dulu dia menegur kerana selalu melihat wajah mendung gadis itu dan sekarang dia menegur kerana melihat wajah yang ceria itu.

Ariana  tersenyum Cuma. “ I`m ok sir”

Yups.. Zairil hanya ‘memandang’ Ariana didalam kelas mereka itu. Setiap saat dan waktu hanya nama Ariana yang meniti dibibir Zairil. Jelous? Dia mencebik tidak mungkin dia jelous. Dia punya segala galanya. Setakat TENGKU ZAIRIL ISKANDAR.. dia yakin dia bisa mendapat lebih dari itu paling tidak pun dia boleh melakukan berbagai cara untuk memikat lelaki itu.

“Bagus.. So kita discuss jawapan semalam..” Dia memberitahu sambil melihat lihat jawapan pelajarnya itu.

Ariana hanya menganguk. Senang dengan lecturer yang sudah pun menjadi temannya itu walaupun sedikit gusar setiap kali melihat pandangan mata Sir Zairil yang bagai tidak berpuas hati dengannya beberapa hari ini. Ah que sera sera…

 

“Woi.. janji kul berapa.. lambat gila” Ariana merungut rungut. Tengahari tadi Zakuan berjanji dengannya pukul 9.00 malam tetapi kini jam sudahpun mengunjuk ke pukul 10 malam. Bengang pula dia dibuatnya. Jikalau dia tahu tadi pasti dia berbuat janji dengan orang lain. Bukankah ramai yang menanti untuk keluar dengannya?

“Sory k.”Dua batang jarinya ditekapkan kebibir Ariana. Berlagak seolah olah membuat flying kiss. Jikalau diturutkan hatinya pasti dia benar benar sudah mengucup bibir itu. Namun itulah seligat ligat Ariana bibirnya itu bagai menjadi tempat larangan. Langsung tidak mampu disentuh.

Ariana membuntangkan matanya. Geram pula dia dimainkan begitu.

“Dah jom la tuan puteri” Zakuan mempersilakan. Tubuh kecil yang berdiri itu didorong supaya memasuki kereta sportnya.

Sebaik sahaja Ariana masuk ke dalam. Dia meluncurkan keretanya laju menghala ke ibu kota. Bertujuan untuk membawa Ariana berjalan jalan.

Tangan Ariana digengam erat. Sesekali tanganya mengusap gusap paha gebu itu. Ariana yang hari ini memakai skirt separa paha dengan baju t-shirt itu kelihatan seksi sekali. Sudah lama dia tidak melihat Ariana memakai pakaian begini. Hampir setahun rasanya.

Ariana  memegang tangan Zakuan. Matanya melirik manja kearah lelaki itu. Zakuan hanya tersenyum sebaik sahaja tangannya dipegang Ariana. Nampaknya Ariana sudak semakin jinak dengannya. Hatinya berdesis kecil. Gembira kerana gadis pujaan ramai itu bakal rebah di pelukannya.

You look sexy..and I love it” Zakuan memuji. Tangan Ariana dibawa kebibirnya.

“Alah.. macam tak biasa pulak” Ariana memerli. Tubuhnya dihalakan kearah Zakuan. Supaya senang dia melihat wajah lelaki itu.

“Dah lama.. I tak tengok you pakai macam ni..” Dia berterus terang.

“oo.. yeah. Tak pe lepasni hari hari I pakai untuk you” Ariana bergurau. Dalam hatinya dia turut mengiyakan. Mana tidaknya bukankah dia sudah berubah sebaik mengenali Ilham. Tapi itu dulu. Ilham sudah pergi meningalkannya jadi apa pantas dia kekal dengan dengan identitinya itu? Tidak. Dia tidak mahu. Apa yang dia mahu hanyalah bergembira.

“Ryan kita couple nak?”

“Couple .. wif u..” Ariana bertanya kembali. Ketika ini mereka sudah pun berada berhampiran klcc. Merasa angin malam.

Yes.. with me.. you want??” Bibirnya didekatkan ke telinga gadis itu. Dia memeluk Ariana dari belakang. Bergetar jiwanya disaat itu.

“Entah lah.. nanti la I fikir” Ariana berkata selamba. Bercinta? Dia sudah tidak punya hati untuk itu. Lagi pula dia tahu Zakuan hanya mahu berseronok dengannya. Dan dia? Dia turut punya tujuan yang sama.

“Ala.. I tahu la ramai yang tengah tunggu you sekarang”

Ariana memandang pelik. Dia berpusing menghadap Zakuan. Tangannya dilingkarkan ke tengkuk lelaki itu. “What your meaning” Ujarnya sambil tersenyum manja.

“Aahahaha.. jangan buat tak tahu. Sekarang ni ramai yang tengah beratur untuk mencuba nasib. Almaklumlah ARIANA SOFEA sudah kembali. Gadis seksi dan manja kegilaan ramai.”

“Wow.. hot sangat ker minah tu” Ariana mengusik pula.

Sekali lagi Zakuan mendekatkan wajahnya ke wajah Ariana. “Terlalu hot.. dengan rambutnya yang panjang megurai bibir mungil.. and the most is body yang putih melepak tu..so so hot” Tubuh Ariana ditarik supaya semakin dekat dengannya. 

“Ouh.. so now you want to be wif me because of that la..” Dia bertanya lagi sambil ketawa kegelian apabila bibir Zakuan merayap rayap di tengkuknya itu.

“Of course no.. I love you since we know each other..” Zakuan berterus terang pula. Dia sememangnya menyukai Ariana sejak dulu. Ini pun dia terasa bagai bulan jatuh ke riba apabila Ariana tiba tiba sahaja menyapanya dikelas beberapa hari lalu. Detik detik dimana bermulanya kisah mereka berdua.

“Oh yee.. macam tak percaya jer” Ariana memerli pula.

“Ufh.. pleas don`t  mention like that. I really love you. I just want to be with you. Forever and ever..”

Ariana mencebik. Dia sudah benar benar tidak percaya dengan janji lelaki.

 “Ahaa.. so you want to be wif me..’’

“Entahlah.. jomla balik. Dah pukul 12 malam ni. Esok ada kelas tau” Ariana mengingatkan. Tubuhnya diliang lintukkan. Kegelian apabila Zakuan terus terusan meraba tubuhnya itu.

“Ok.. jom..” Tubuh Ariana dipaut lagi. Sempat dia mencium pipi gadis itu.           

Dari jauh Zairil melihat dengan lidah yang kelu. Dia mengeleng tidak percaya. Dia sudah tahu kisah hidup Ariana setelah bertanyakan Amyra. Sungguh dia tidak menyangka Ariana berubah sebegitu agresif apabila ditingalkan kekasihnya itu. Err.. ahh entah apa nama entah lelaki yang telah meningalkan Ariana itu. Tidak pula Amyra memberitahunya.

 

No comments: