Sunday, January 3, 2010

AnDaI ItU TakDiR CiNta (18)


Pagi pagi lagi telefon rumah yang berada di sudut banglo mewah itu sudah melalak minta diangkat. Ariana yang ketika itu baru sahaja keluar dari bilik air tergesa gesa menyarung bathrobe dan turun ke tingkat bawah. Berpeluh peluh dia dibuatnya. Adoii.. siapa la yang call pagi pagi buta ni. Tak boleh ke nak call handset.. menyusahkan betul. Ariana membebel sendiri. Bayang Mak Ilah dan Elly langsung tidak kelihatan.
            “Hello??”
            “Assalamualaikum, Ary?”
Kedengaran suara dari talian sebelah sana membuatkan Ariana mengerutkan dahinya. Ary? Siapa Ary? Setahunya ahli keluarga  memanggilnya dengan panggilan Ariana, Ilham lebih selesa memanggilnya  Sofea atau Fea, kawan kawan yang lain pula memanggilnya dengan panggilan Ryan. Jadi siapa Ary?
            “Maaf, takder orang nama Ary kat sini!!” Dia bersuara yakin.
            “ARIANAAAAAA.. kamu jangan la main main ini maklong ni”
            Sebaik mendengar kata kata Itu Ariana menepuk dahinya. Lor maklong ker. Lupa pula dia. Mak long dan saudara yang lain kadang kadang memangilnya dengan nama Ary dek kerana malas mahu menyebut Ariana. Panjang sangat kata diaorang. Ish pemalas betul kan insan insan yang terlibat tu.. hehehe.
            “Sory  mak long. Dah lama tak dengar nama ‘Ary’ tu. Ingatkan nama orang gaji mana la tadi” Ariana berselorah.
            “Ish, nama sendiri dikatanya nama orang gaji. Kamu macam tak tahu, malas mak long nak menyebut nama kamu yang panjang berbelit tu!!”
            Ariana tersengih. Nur Ariana Sofea. Bukan sikit punya cun ker nama tu. Betul Tak??  Ader ke dikatanya berbelit.. mak long mak long..
            “Hehehe.. nama Ary yang sikit punya cun maklong kata berbelit. Marah mama nanti tau.. hahaha.. ni maklong call kenapa?”
            “Tak boleh ke Mak long nak call anak saudara Mak long yang CUN tu” Puan Aisyah bertanya kembali. Bermain kata kata dengan Ariana memang boleh buat dia sakit jantung.
            “Heheheh.. yer la.. gurau je. Ada apa Mak long?”
            “Err.. mak long nak tanya minggu ni besday kamu kan?” Puan Aisyah teragak agak untuk bersuara. Tapi tidak boleh tidak pesanan arwah adiknya Salina harus disampaikan.
            “A`ah kenapa? Mak long nak bagi hadiah ker?” Ariana mengiyakan. Tiga hari lagi umurnya genap 21 tahun.
            “Kamu nak celebrate tak?”
            “Celebrate?? Entah! Macam tak jer. Lagipun mama..” Ariana tidak meneruskan kata katanya. Yakin Maklong faham akan kata katanya. Selama ini setiap tahun dia menyambut hari jadinya dan semuanya diuruskan oleh mamanya. Dan sekarang.. mama dan papa sudah tiada..
            “Dulu mama Ary pernah cakap pada mak long, dia nak celebrate besday Ary besar besaran sebab umur Ary dah masuk 21 tahun. Jadi..” Puan Aisyah menerangkan. Dulu memang adiknya pernah memberitahu begitu. Malah tanpa dia sedari kata kata itu juga merupakan satu pesanan yang dititipkan adiknya untuk anak tunggalnya itu. Sekarang sudah menjadi tugasnya untuk memastikan kemahuan adiknya itu terlaksana.
            “Ermm.. Ary fikit dulu la mak long. Nanti Ary call mak long balik erk?” Ariana meminta masa. Sungguh dia tidak mempunyai kata putus lagi.
            “Ye lah.. nanti bagitau mak long tau. Jaga diri baik baik…” 
            Sebaik talian diputuskan Ariana tersandar lemah di sofa tempat dia duduk tadi. Ahh.. mama keputusan apa yang harus Ariana buat? Mana mungkin Ariana celebrate dengan hati yang gembira sedangkan mama dan papa takder kat sisi Ariana.

“Ni lawa lawa nak pergi mana ni?” Puan salina menegur sebaik sahaja melihat Ariana yang sedang mengayakan gaun separa lutut di hadapan cermin besar di biliknya itu.
             “Lawa tak mama..” Ariana mengunjukkan ke bajunya beberapa kali. Mahu meminta pendapat mamanya yang kini sedang tekun menilik penampilannya.
            “Mama memang lawa .. tapi..”
            “Ala mama ni. Ariana tanya baju bukan mama. Mama perasaan..”
             “Cuba jangan disampuk apa yang mama nak cakap. Mama memang lawa tapi Anak mama ni lagi lawa!! Hah puas hati” Puan salina bersuara geram. Mana tidaknya ada aje yang nak disampuk oleh anak gadisnya itu. Tak reti reti nak bersabar.
            “Hehehe.. anak siapa” Ujarnya bangga. Wajah mama tersayang direnung dalam. Melihat wajah cantik Puan Salina itu dia yakin kecantikan itulah yang diwarisi dari mamanya.
“Mama esok besday Ariana yang ke 20 nak celebrate tak?” Ariana buat muka kasihan pula. Biarpun setiap tahun dia menyambut hari jadinya tetapi tidak boleh tidak kadang kala hatinya risau juga jikalau kedua ibu bapanya lupa akan hari bersejarahnya itu.
            “Of course la buat.. Anak papa ngan mama ni sorang jer” Tuan Hadi yang baru sahaja  tiba kebilik anak gadisnya turut menyampuk.
            “Besar besaran erh..”
            “Ish nak besar mananya..” Puan salina mengerutkan dahinya. Selama ini mereka menjemput seluruh ahli keluarga dan jiran jiran. Tak lupa juga teman teman anaknya itu. Kalau buat besar lagi, siapa yang nak dijemput nanti? Menteri Bangladesh?
            “La.. ye la umur Ariana dah 20 tahun..”
            “Ala.. umur je 20 tapi perangai macam budak kecik. Kan Abang?” Puan Salina berselorah.
            “Tahu tak per..” Tuan Hadi mengiyakan. Mungkin kerana Ariana anak tunggal dan mukanya yang agak kebudak budakan mendorong Ariana berperangai begitu barangkali. Apatah lagi mereka berdua selalu memanjakan Ariana. Ye la satu satunya permata hati, siapa yang tak sayang??
             “Ala papa.. mama, please.. bukan umur 20 tu dah umur remaja ker? So kena la buat besar besaran..” Ariana memujuk lagi. Dia yang tadinya berdiri kini sudahpun menyelit diantara kedua orang tuanya yang sedang duduk di atas katil peraduannya.
             “Ish.. mana ader. Umur 21 la sayang. Mama ingat nanti besday yang ke 21 baru kita buat meriah. Betul tak Abang? Kita buat majlis doa selamat sekali sempena umur Ariana yang ke21”
            “kenapa?” Ariana buat muka sedih. Kecewa!
            “Sebab.. masa tu Ariana dah boleh  fikir sendiri dan Ariana boleh buat keputusan sendiri. Dah matang. Kahwin pun dah boleh!!” Tuan Hadi berselorah sambil mencuit hidung anaknya itu.
            “Ya ker? Ya ker?” Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Ariana bertanya lagi.
            “Ya. Dah pergi kemas katil tu. Bersepah sepah. Pastu tolong mama masak, kata nak kahwin…” Tubuh Ariana yang menyelit diantara mereka ditolak perlahan.
“Papa sokong!!” Tuan Hadi turut mengiyakan.
“Mamaaaaaaa……papaaaaaa…….” Ariana menjerit nyaring. Merah mukanya bila diusik begitu.

Ariana mengerutkan dahinya apabila terasa pipinya diusap perlahan. Menyeringai bulu romanya disaat itu. Matanya tiba tiba celik dek kerana tidak tahan dengan rasa yang entah dari mana datangnya. Makin membuntang matanya disaat melihat Ilham yang duduk ditepinya. Eii.. buat terkejut orang jer. Baling ke laut baru tahu. Hatinya membentak geram. Apatah lagi apabila mengingatkan kedinginan Ilham semalam. Dia menjeling Tajam. Nak boikot!!
            “Kenapa ni..??” Ilham bertanya tenang. Pelik melihat reaksi Ariana ketika itu.
            “Macam mana Abang masuk?” Ariana melontarkan soalan juga dek kerana  tidak dapat mencari jawapan bagaimana lelaki dihadapannya itu boleh masuk ke rumahnya. Dah tu seawal pagi pulak tu. Baru pukul 8.00 pagi.
            “Tu mak Ilah ngan Elly” Tangan Ilham mengunjuk kearah Mak Ilah yang berada di ruang rehat ditemani Elly yang sedang menonton tv.
            Aik.. ada pulak. Tadi tak der pun. Kemudian dia hanya menganguk ganguk. Faham.
            “Marah kat Abang?” Ilham bertanya lagi. Salahnya juga kerana tidak melayan Ariana semalam dek kerana fikirannya rungsing dengan masalah diantaranya dan Nisha. Ditambah dengan kepenatan melayan karenah Nisha semalam.
            “Malas nak fikir. Banyak lagi benda lain yang nak kena fikir” Sungguh dia malas mahu memikirkan itu semua. Bosan. Perkara yang dibawa mak long tadi sahaja benda yang berada di pemikirannya ketika ini.
            “Ok i`m sory. Now i`m yours. Apa benda lain yang nak kena fikir tu.” Ilham memerli. Sambil tangannya tidak lepas dari memegang tangan Ariana yang kesejukan. Mungkin suasana pagi hari membuatkan tangan Ariana menjadi begitu sejuk.
            Sory sory sory.. naik lory la.. betul tak?? …Ahh whatever!!
             “Tak der aper la”
            “Sayang janganla macam ni. Cerita la kat abang. Cepatla..” Ilham memujuk lagi. Bimbang pula dia melihat muka Ariana yang keruh sedari tadi. Khuatir jikalau Ariana benar benar punya masalah.
            Lama Ariana berdiam diri. Sesaat kemudian dia berpaling menghadap Ilham yang berada ditepinya itu. Sukar pula untuknya berbicara bila tak nampak muka.
             “Mak long call..”
            Kelihatan Ilham menganguk. Tanda bersedia untuk mendengar kata kata darinya.
             “Tiga hari lagi my besday. Mak long tanya nak sambut tak? Sebab setiap tahun mama ngan papa celebrate besday Fea..”
             “So.. sayang cakap apa dengan Mak long?”
             “Nak fikir dulu. Abang.. takkan Fea nak celebrate kot? Mama ngan papa takder, baru je pergi..” Ariana mengadu lirih.
             Ilham merenung Ariana lama. Baru?? Serasanya sudah hampir setahun Tuan Hadi dan Puan Salina pergi meninggalkan dunia ini.
             “Ok fine! Dah lama pergi. Cuma Fea yang tak dapat terima. And now takkan Fea nak buat majlis besday pulak..” Ariana yang bagai dapat memahami riak muka Ilham membetulkan kata katanya kembali. Malas mahu berbalah kata dengan Ilham.
            “Kenapa maklong tanya?” Setelah memahami jalan cerita Ilham menanyakan soalan pula.
              “Mama.. mama pernah bagitahu nak buat majlis sempena umur Fea yang ke 21. Mama pun pernah bagitahu Fea jugak. So itu la yang mak long tanya tu”
             “Selama ni buat majlis yang macam mana?”
            “Macam mana? Macam tu la. Potong kek, then panggil jiran jiran, keluarga ngan kawan kawan Fea. Makan. Catering!!” Ariana menerangkan. Ye lah macam mana lagi kan?
            “Ouh.. so why not Fea sambut jer!! Tapi buat doa selamat sempena umur 21, bacaan yassin untuk arwah mama dan papa sekali. Jemput orang makan, sama jer!!” Ilham memberi cadangan.
Ariana berdiam diri tanpa reaksi.
“Umur 21 la sayang.. mama ingat nanti besday yang ke 21 baru kita buat meriah. Betul tak Abang? Kita buat majlis doa selamat sekali sempena umur Ariana yang ke 21”
Masih diingat kata kata mama untuknya dan papa sehari sebelum hari jadinya yang ke 20 itu. Apa mungkin…
“Kita buat majlis doa selamat sekali sempena umur Ariana yang ke 21”
             “Ye tak ta jugak. Fea baru ingat. Mama pernah cakap macam tu dulu. Thanks Abang..” Ariana mengucapkan terima kasih. Gembira kerana sudah mencapai kata putus.
            “Eh lupa nak tanya, abang buat apa pagi pagi buta kat rumah Fea ni”
            Ilham hanya tersenyum. Bunga ros merah yang disembunyikan tadi dihulurkan kepada Ariana. Sengaja dia datang pagi hari ini untuk mengenguk Ariana apatah lagi mengingatkan kedinginan dia semalam terhadap Ariana. Sungguh dia tidak sengaja. Lebih dari itu dia rindu memandangkan sudah tiga hari tidak melihat Ariana .
             Ariana yang terpinga pinga hanya tersenyum. Kelakar!! Tidak ada angin tidak ade ribut tiba tiba dapat bunga. Namun tangannya laju sahaja mengambil bunga ditangan Ilham lalu dibawa ke hidungnya untuk dicium baunya. Keningnya sempat digerak gerakkan memberi isyarat pertanyaan  kenapa?
“Abang minta maaf sebab semalam. Risau jugak abang Fea merajuk..”
Ariana hanya ketawa perlahan. Merajuk?? Tak de masa. Tubuhnya disandarkan di bahu lelaki itu. Sambil tangan Ilham memaut pinggannya erat. Ahh.. sudah tidak sabar pula rasanya dia untuk menjadi milik mutlak Ilham.
“Abang tak kerja ker?” Ketika itu Ilham dilihatnya lengkap berpakaian pejabat. Cuma tie sahaja yang belum dipakai Ilham.
“Kerja. Masuk lewat..” Tadi dia sudah menghubungi Anisah memberitahu akan kelewatannya hari ini dengan alasan emergency case. Bohong!!
“Amboi macam company dia jer, suka suka hati..” Ariana memerli laju.
Ilham hanya tersenyum. Dah memang company papa dia yang punya. Ahh.. dia maklum Ariana tidak tahu dan dia pun tidak pernah memberitahu.
“Abang dah breakfast?” Ariana bertanya lagi.
“Belum. Kenapa? Fea nak sediakan ke?” Ilham mengusik. Sedang tangannya sudah mengusap lembut tangan Ariana. Sungguh dia tidak dapat mengawal dirinya apabila bersama gadis itu. Dia seakan ‘tenggelam’ dari dunia apabila bersama Ariana. Nasib baik Mak Ilah dan Elly ada berdekatan dengan mereka. Jikalau tidak bimbang juga dia jika tersasar jauh dalam niatnya untuk mendidik Ariana. Ahh.. sofea.. Abang akan pastikan kita akan bersama nanti. Hatinya berdetus kecil. Semakin yakin dan pasti dengan niatnya untuk mengambil Ariana sebagai isterinya yang sah suatu hari nanti.
“Tak dernya. Tu hah mak Ilah dah sediakan. Pergila breakfast..”
“Ermm ok gak tu. Sayang pergila tukar baju. Seksi benar abang tengok. Rambut pun tak sikat..” Ilham mengiyakan sambil menyuruh Ariana  menyalin pakaiannya. Manakan tidak ketika itu Ariana hanya memakai bathrobe berwarna pink.
“Ouh my god ness..” Ariana menepuk dahinya. Disebabkan tergesa gesa mengangkat call tadi dia lupa akan segalanya. Merah mukanya disaat itu. Nasib baik Bathrobe yang dipakai itu labuh hampir ke lutut. Jikalau tidak.. mampus!!
“Abang, kenapa tak cakap dari tadi. Ya Allah malunya..”
Ilham hanya ketawa.  Dia sendiri pun tidak sempat menegur tadi dek kerana ralat mendengar cerita Ariana. “Alah.. dengan abang pun nak malu ker? Cepat pergi karang abang makan sayang pulak..” Dia mengusik. Langkahnya sudah menuju kearah mak Ilah dan Elly pula setelah dilihat Ariana naik ke tingkat atas sambil berceloteh panjang. Tidak berpuas hati!

1 comment:

hana_aniz said...

ish...
something fishy..
ilham tu cm sng jer berubah hati?
x leh jd ni..