Saturday, March 13, 2010

AnDaI ItU TakDiR CiNta (30)


Ariana melangkah perlahan menuju ke kampusnya. Pandangan dan senyuman teman teman lain langsung tidak dihiraukan. Dia melirik jam. Pukul 10.15. Kelasnya bermula pada pukul 10.00. Ah.. lewat pun lewat la. Hatinya mengalah lemah. Malas  mahu berfikir panjang. Bukankah kedatangannya ke kampus ini sudah dikira cukup bernasib baik.
Sebaik sahaja sampai di dewan kuliah matanya terhendap hendap. Mencari kelibat puan Rosnah, lecture businessnya itu. Namun seketika kemudian dia mengerutkan dahinya pula apabila melihat seorang lelaki muda yang berdiri dihadapan. Dia sempat mencebik kerana yakin itu hanya salah seorang pelajar mereka. Dia mengetuk pintu perlahan. Lalu melangkah masuk dan menuju ketempat paling hujung.
“Exuse me.. are you new student”
Ariana hanya mengeleng geleng.
“Ouh.. so you are late right??”
Ariana mengerutkan dahinya. Lecture ker? Dia memandang dari atas ke bawah wajah dihadapannya itu. Tak pernah nampak pun? Hatinya berbisik sendiri. Yakin dihadapannya hanya pelajar baru kelasnya semata mata.
Yups.. I`m so sory..” Ariana menjawab jua walau hatinya tidak kenal siapa gerangan dihadapannya itu.
“Its ok.. so what your name”
Tidak berpuas hati dengan pertanyaan demi pertanyaan yang keluar dari bibir lelaki itu. Ariana memberanikan diri bertanya. “Awak ni siapa? Kenapa awak tanya saya pulak?” Ujarnya separuh geram. Namun itonasi suaranya masih dikawal.
Lelaki dihadapannya itu dilihatnya hanya memandangnya. Manakala teman teman yang lain sudah tersenyum senyum kepadanya. Ahh.. sudah..
“Ouh.. I .. Tengku Zairil Iskandar. Your new business lectures” Zairil menjawab selamba. Geram pula dia bila disoal kembali. Namun bila melihatkan wajah muram itu. Dia seakan akan teringat pada seseorang. Serasanya sudah dua tiga kali dia masuk ke kelas ini namun tidak pula dia pernah melihat wajah muram itu. Lalu dimana pula mereka pernah berjumpa?
Ariana mengetap bibirnya. Terkedu! “Err.. sory Sir..”Dia meminta maaf. Sedar akan keterlanjurannya menyoal begitu. Bukankah dahulu Amyra pernah memberitahu ramai lecturer baru. Ahh.. dia sendiri tidak pernah menyimpan maklumat itu di dalam kotak memorinya. Lebih banyak lagi perkara yang harus difikirkan.
“Its ok.. so what your name and how can I address you??” Zairil menyoal kembali. Raut wajah itu diteliti lagi. Ahh.. mengapa aku rasa seperti pernah mengenalinya? Hatinya bertanya sendiri. Tidak berpuas hati.
“Nur Ariana sofea.. err just call me Ariana” Ariana menjawab lagi. Wajahnya ditundukkan apabila menyedari lecturernya itu memandangnya dari atas ke bawah. Ada apa apa yang tidak kenakah? Ahh.. biarlah pemikirannya sudah tidak larat untuk memikirkan tentang semua itu.
“Ouh.. kalau I nak panggil you Sofea”
Mendengarkan itu Ariana membulatkan matanya.
“Fea..abang serius k. Nak main main pulak.. lagi satu.. ‘Sofea’.. nama tu Cuma untuk abang je.. ok…”
 “No” dia berkata sepatah. Tegas!! Mana mungkin dia membenarkan lelaki lain memanggilnya dengan pangilan itu.
Zairil hanya menjungkitkan bahunya. Tanda tidak kisah biarpun sedikit tersentap apabila mendengar jawapan yang tegas begitu.
Melihatkan itu Ariana kembali duduk. Menyalin nota nota. Disaat ketika teman temannya bertanya itu dan ini dia hanya berdiam diri. Tidak ada hati untuk bersuara walau hanya sepatah.

“So are you agree?” Zairil bertanya gadis yang bernama Ariana itu. Ariana yang dilihat hanya termenung sedari tadi kini masih lagi berada di dalam keadaan yang sama.
Ariana tersentap “what..” Dia bertanya sepatah. Gila keapa lecturer ni . Tiba tiba jer tanya macam tu. Hatinya sempat mengutuk.
“Awak berangan?” Zairil menyoal pula. Dia tahu Ariana melamun. Apa yang dia tidak tahu adalah apa yang diangankan pelajarnya itu. Tangan gadis itu dilihatnya sedari tadi ligat menyalin nota yang diberikan. Tetapi disaat suara teman yang lain bertanya itu dan ini gadis itu tetap juga begitu. Static melakukan sesuatu yang sama.
Err.. Ariana mengeleng gelengkan kepalanya.
Its ok.. I have divide your friend into several group. And now I ask you whether you agree or not  with your new clik” Zairil megalah. Tiada gunanya dia menyoal Ariana yang dilihatnya bagai orang yang kebingungan itu. Yakin jawapan yang diterima hanyalah angukan atau gelengan sahaja.
Ariana mengetapkan bibirnya kembali. Setuju? Dia sendiri tidak tahu dia satu kumpulan dengan siapa kerana tidak mendengar apa yang dikatakan lecturernya itu. Lalu bagaimana harus dia menjawab soalan itu.
“Sofea.. Ariana sofea right.. ok now I want you to lend me you ears. Please be focus in my class. I will not repeat anymore if you did it again..” Zairil berceramah panjang. Bukan dia tidak lihat gadis itu melamun jauh. Namun disabarkan hatinya apabila melihat wajah muram itu.
Ariana menganguk nganguk tanda faham.
Ok.. thanks.. your group is..Dila , Hani, Ana and Hafiz..” Ujarnya sambil melihat nama nama yang tercatat kumpulan tiga itu. Kertas yang diberi oleh salah seorang ahli kumpulan tiga itu tadi.
Ariana mengetap bibir. Hafiz??.. ahh.. whateverla..hatinya sempat mencebik dia benar benar buntu untuk berfikir dikala ini. Bukan masanya untuk memikirkan permusuhan antara dia dan Hafiz.
“Ok”
“So your group will have to tend extra class with me every Wednesday. Are you agree with that..” Zairil menyoal lagi. Yakin Ariana sudah memahami duduk perkara sebenar.
“Ermm..”  Ariana menganguk Cuma.
“So you can go now.. semua student dah keluar dah pun”
“Hah??” Ariana terjerit kecil. Dia memandang sekeliling. Patutla sunyi semacam. Tidak sedar pula dia entah bila teman temannya itu keluar dari dewan kuliah.
“Ermm” Dia menganguk kembali.
“Ariana...” Zairil memanggil lagi..
Ariana memalingkan wajahnya. Tanda bersedia untuk mendengar arahan lecturer nya itu.
“Are you ok” Zairil bertanya. Dia sudah ingat siapa gadis dihadapannya itu. Iaitu gadis yang sama yang melangarnya di klia dulu. Gadis yang menangis tanpa henti, yang tidak diketahui kenapa. Tadi dia tidak cam mungkin kerana hari itu Ariana manis bertudung. Sekarang ini Ariana dilihatnya hanya mengikat satu rambutnya. Inipun dia cam disebabkan muka sungul gadis itu.
Ariana mengerutkan dahinya. Pelik? Namun untuk menyoal lebih dia malas..
“Yups.. i`m ok”
Seusai berkata dia berlalu pergi. Meningalkan lecturer itu terpinga pingga sendirian.

Sebaik melihat kelibat Ariana yang keluar dari bilik kuliah itu,  ketiga tiga sahabat baik itu terus sahaja menerpa. “Kau kenapa ni? Tiba tiba je cuti seminggu?” Hani bertanya Ariana. Sengaja mereka  menunggu Ariana dihadapan dewan kuliah tadi.
Nothing..” Ariana menjawab sepatah.
“Kau kalau ada masalah bagitahu aku?” Ana menyoal pula. Risau dia melihat keadaan Ariana itu.
Ariana tersenyum hambar. Masalahnya biar dia yang tanggung sendiri. Lagi pula tiada siapa mampu menolongnya jadi tidak usahlah membazir waktu memberitahu mereka semua.
“Ryan.. kita orang tengah bercakap dengan kau. Jawab boleh tak?” Adila menyampuk. Geram dengan keselumberan temannya itu. tidak tahukah Ariana betapa dia gusar melihat betapa sungulnya wajah Ariana. Ariana? Siapa yang tidak tahu sikap Ariana yang ceria itu. Mana pernah gadis itu bermasam muka. Hari hari Ariana bukankah penuh dengan gelak tawa.
“Apa?” Ariana bertanya lemah. Malas pula dia mahu melayan. Namun disabarkan sahaja hatinya itu. Tidak nampakkah temannya itu betapa dia memerlukan waktu untuk bersendirian buat seketika.
“Kau kenapa?” Hani menyoal kembali.
Nothing..”
“Ryan.. listen to me. Kita kawan kan? Kenapa kau berdiam macam ni ni?” Adila mengocangkan tubuh Ariana berkali kali. Tidak berpuas hati.
“Lepasla..” Tubuhnya dibawa menjauh. Sakit apabila diperlakukan begitu. Terasa ingin menangis pula dia apabila terus terusan didesak temannya itu.
“Ryan.. please la..” Ana bersuara pula.
“Apa yang you all nak tahu..”
Everything.. kenapa kau berubah macam ni? Dulu kau berubah jugak.. tapi kau ceria. Ini sungul semacam. Kau bukan macam ni Ryan!!” Hani menerangkan.
Ariana hanya diam.
“Wake up Ryan wake up..
“Diam.. jangan cakap apa apa lagi” Telinganya ditekup rapat. Dia terduduk. Ahh.. Ilham hebat benar kah penangan awak sampai saya jadi begini? Hatinya merintih sayu. Tanpa dapat ditahan dia menangis lagi.
Zairil yang melihat dari jauh terkedu. Hatinya mula berfikir akan masalah gadis itu. Serasanya sudah hampir seminggu kejadian di klia itu dan hari ini dia melihat Ariana masih menangis lagi. Soalnya mengapa?

3 comments:

epy elina said...

hohohoho...
kcia fea....
mmg ssh nak lupakan kngan ngn org yg kte syg....
melupakan memerlukan msa or smpai bila2 x akn dpt mlupakan dia....
tbahkan atimu fea....

miz ruha said...

kesian kt ary,,,,
tabahkn hati ary,,,

sinichies_girl88 said...

nak ary kembali ngn ilham semula...
huhuhuhu
plz...plz....
:)