Sunday, May 9, 2010

andai Itu Takdir Cinta (39)


Sebaik sahaja air didalam gelas  habis diminum Ariana membuka peti ais pula. Sebiji epal diambil lalu dia mengigit perlahan. Dengan langkah perlahan dia menuju ke ruang tamu berniat untuk bersantai seketika di sofa yang terdapat di ruang tamu itu. Namun melihat kan Zairil yang sedang menonton tv dia terus melangkah ke Almari untuk mengambil kunci keretanya. Seperti biasa dia ingin menghabiskan masanya dengan berseronok diluar.

“Ary nak pergi mana?” Zairil bertanya sebaik sahaja melihat Ariana melangkah ke pintu utama.

Ariana berpaling. Wajah zairil ingin dipandang. Namun dilihatnya lelaki itu masih memandang televisyen, membelakangkannya. “Ahh.. Aril dah hampir dua bulan dah pun. Awak still tanya soalan yang sama. Awak tak bosan ker” Ariana menjawab selamba. Mana tidaknya sudah hampir dua bulan mereka bergelar suami isteri tetapi bukan sahaja hari ini malahan setiap kali dia melangkah keluar lelaki itu pasti bertanya kemana arah tujuannya sedangkan bukannya Zairil tidak tahu arah tujunya hanya satu.

“Abang tanya, Ary nak kemana?” Zairil bertanya lagi. Tidak dihiraukan kata kata perlian yang keluar dari mulut isterinya itu.

“Berapa kali I nak bagitahu you Aril, tak usah bahasakan diri you abang. Tak sesuai” Ariana tidak menjawab soalan Zairil sebaliknya dia memerli lagi. Dia tidak suka dengan panggilan Abang yang menyusur dibibir lelaki itu biarpun sudah hampir berminggu Zairil membahasakan dirinya begitu. Dan entah apa angin lelaki itu, Zairil memanggilnya dengan nama Ary biarpun sudah beberapa kali ditegahnya. Sudahnya dia hanya membiarkan.  

“Abang Tanya, Ary nak kemana. Ary faham tak??” Zairil bertanya lagi. Bibirnya diketap menahan geram. Sudah hampir dua bulan usia pernikahan mereka. Tetapi Ariana masih juga begitu. Keluar setiap hari dan pulang lewat malam. Sakit hatinya apabila tegahannya langsung tidak dipedulikan, sebaliknya perlian demi perlian yang diterima dari  gadis itu.

“Nak keluar la..” Ariana menjawab juga biarpun dia terasa bosan menjawab soalan yang sama. Jam ditangan sesekali dilirik pula. Bimbang sekiranya Zakuan menungunya lama. Sedangkan dia sudah berjanji mahu menemani Zakuan malam ini.

“Abang tahu la keluar tapi kemana..” Zairil merengus geram. Tak usah dijawab begitu. Saat melihat tubuh yang berbalut pakaian seksi itu mengambil kunci kereta itu pun dia sudah tahu kemana Ariana mahu pergi. Yang dia mahu tahu sekarang adalah kemana arah tujunya?

“Club.. la mana lagi” Ariana menjawab sambil berjalan menuju ke pintu utama. Tidak kuasa mahu melayan drama sebabak Zairil. Drama yang diulang tayang skripnya setiap hari.

“Tak payah!!” Zairil memberi arahan serius. Selama ini dia hanya melihat gelagat Ariana tetapi tidak mulai hari ini! Matanya dan telinganya sudah perit melihat aksi Ariana itu. Cukup! Dia sudah tidak mahu lagi berterusan bersabar begitu.

Ariana mencebik. “Suka hati I la” Seusai berkata dia membuka pintu utama. Namun baru sahaja dia ingin melangkah tubuhnya terdorong kebelakang akibat direntap kuat.

“Sakit la Aril..” Ariana menempik. Sakit tangannya apabila ditarik kasar begitu. Wajah menyinga Zairil ditentang berani.

“Abang kata tak payah.. so tak payah la..” Pintu ditutup kembali.

Ariana yang melihat mula terasa geram. Tubuh Zairil ditolak supaya dia dapat membuka pintu kembali. Sambil itu mulutnya membebel panjang “Suka hati I ..”

Zairil yang melihat sekali lagi merentap tangan Ariana. Matanya tajam merenung gadis itu. Langsung tidak mahu bertoleransi dengan kelembutannya itu. Langsung terus terusan mengangapnya sebagai patung yang hanya menunggu dan melihat gerakan keluar masuk Ariana.

“Sakit la aril.. lepasla..” Ariana menarik tangannya. Kemas cengkaman lelaki itu membuatkan tangannya terasa perit. Sudahlah perit yang tadi pun belum pulih ini tangannya ditarik pula sekali lagi.

“Ary jangan ingat abang diam selama ni, Ary boleh buat sesuka hati Ary, keluar masuk rumah sesuka hati..” Ujar Zairil geram. Sungguh kesabarannya sudah tiada lagi di ketika ini.

“Lepasla Aril sakit” Ariana menarik tangannya lagi. Tidak dihiraukan kata kata lelaki itu. Siapa Zairil untuk memarahinya begitu? Siapa Zairil untuk menghalang gerakannya?

Mendengarkan itu Zairil melepaskan tangan Ariana. Namun kembali direntap sebaik tangan gadis itu kembali mencecah ke pintu utama. Degil betul!! Hatinya berdetak geram. Tangan Ariana ditarik lalu dibawa gadis itu ke sofa.

“Aril sakit la bodoh” Ariana menyumpah pula dek kerana terlalu sakit ditarik begitu.

Mendengarkan itu Zairil menekan pula rahang mulut Ariana. “Jaga mulut tu, ingat sikit dengan siapa Ary bercakap”

Air mata Ariana menitis dek karana terlalu sakit.

“Ary dengar sini.. mulai hari ni, Ary jangan mimpi nak keluar rumah lagi.. Faham!!” Ujarnya serius. Benar benar memberi arahan yang harus dituruti. Muktamad! Tiada kompromi lagi.

“Awak ni kenapa? Biarla saya  hidup saya!!” Ariana bertanya geram. Ini kali pertama Zairil memarahinya begitu. Entah apa pula salahnya kali ini. Jikalau Zairil marah kerana dia yang masih keluar malam sepantasnya lelaki itu tahu siapa dia yang mahu menghalang gerak langkahnya.

“Cukup Ary !! cukup.. Jangan nak melawan je kerjanya.!!” Zairil berkata lagi. Masih serius!!

Ariana tidak membalas sebaliknya dia menuju kebiliknya. Air mata yang mengalir dipipi diseka perlahan. Sempat tubuh Zairil ditolak sebelum dia berlalu pergi. Benci dia benci lelaki itu. BENCI!!

 

Sebaik sahaja balik dari tempat kerja Zairil terus sahaja menerpa ke bilik Ariana. Lalu ditarik tubuh Ariana dibawanya ke meja makan. Selama mereka berkahwin tidak pernah pun mereka makan sekali diatas meja yang sama masakan tidak isterinya itu kan lebih suka ‘makan luar’.

“Makan ni” Zairil menyua nasi bungkus kehadapan Ariana yang hanya membeku sedari tadi. Bagai orang yang tidak berperasaan. Cuma dia perasan tangan Ariana yang meronta kecil minta dilepaskan sebaik tangan itu dipegang tadi.

Ariana hanya memandang kosong bungkusan polistren itu. “Tak nak!!” Ujarnya keras. Apa lelaki itu ingat hanya dia saja yang  yang boleh bersuara tegas begitu. Huh, jauh pangang dari api lah. Hatinya berdesis sendiri.

“Abang kata makan makan je la, jangan banyak songeh pulak” Zairil memberi arahan pula. Tidak dihiraukan suara tegas  Ariana. Jangan disangka dia akan takut dengan suara tegas begitu!

“Saya kata tak nak.. maknanya tak nak la” Ariana bersuara mendatar pula. Dah orang tak nak, tak usahlah nak paksa paksa. Membebalkan betul! Hatinya membentak geram.

“Jangan sebab abang tak bagi Ary keluar, Ary nak mogok pulak” Zairil mengungkit pula. Dia yakin Ariana membeku begitu gara gara dia yang tidak membenarkan Ariana keluar malam.

Ariana mencebik. Masuk hari ini sudah tiga hari dia tidak dibenarkan keluar. Setiap kali dia ingin melangkah Lelaki itu pasti merentap tangannya. Sudahnya dia hanya boleh keluar untuk ke kelas.

“Mati ke Ary kalau tak pergi club tu” Zairil bertanya lagi. Geram melihat kebisuan Ariana. Jikalau begitu la cara Ariana dek kerana dihalang dari pergi ke club nampaknya gadis itu benar benar ketagih untuk terkinja kinja dibawah sinaran lampu itu. Dan sudah pastilah usahanya untuk menghilangkan ketagihan Ariana itu sukar. Ah.. dia sendiri pun tidak tahu entah apa sahaja yang menarik dengan Dizz CafĂ© dan club club itu. Benar benar tempat yang menjengkelkan.

“Suka hati la.. tak payah sibuk sibuk” Ariana mendengus kasar. Bosan!! Hampir pekak telinganya itu mendengar bebelan Zairil semenjak dari mereka berkahwin lagi. Langsung tidak mahu berhenti dari memberi syarahan. Ingat forum perdana apa. Baik jadi perempuan la kalau nak membebel je kerjanya. Hatinya mengutuk geram.

“Berapa kali abang nak cakap, belajar hormat sikit. Ini suami Ary tau.. bukan lelaki yang Ary berseronok sakan tu!!” Zairil menengking pula. Ariana dari dulu hingga sekarang tidak pernah walau sekali pun mencuba untuk menghormatinya. Sebal pula hatinya disaat itu.

“Huh.. suami.. tak de maknanya!!” Ariana mencebik lagi. Biar seribu tahun sekalipun lelaki yang bernama Zairil itu tidak akan pernah dinobatkan sebagai suaminya. Tidak akan!!

“Dah tak payah banyak cakap. Makan sekarang!!” Zairil mengarah sekali lagi. Penat! Dia benar benar sudah penat mahu melayan karenah Ariana itu.

“Saya tak lapar, saya tak nak makan!!”

Bang!! Berdesing bunyi kerusi jatuh sebaik sahaja direntap Zairil. Ariana terkedu. Namun seperti biasa dia tidak mahu menunjukkan sebarang reaksi.

“Makan!!” Sebaik habis berkata Zairil menuju ke tingkat atas. Malas mahu melayan karenah gadis itu lagi. Dia sudah nekad tidak mahu berlembut lagi dengan isterinya itu. Muktamad!!

 

Ariana melirik jam ditangannya. Pukul 12 malam.Dia tidak kira hari ini dia nekad untuk keluar juga. Apatah lagi sudah lama dia tidak merasa angin malam. Lagi pula hari ini hari minggu. Esok dia tiada kelas. T-shirt yang dipakai dibetul betulkan sekali lagi. Kunci kereta diambil. Pintu biliknya dibuka perlahan bimbang Zairil tersedar dari lenanya kerana dia yakin Zairil pasti sudah tidur.

“Nak pergi mana tu!!” Zairil menegur. Dia yang ketika itu berada di dapur menyergah Ariana  yang dilihatnya sudahpun menuju ke pintu utama. Waktu waktu begini masih juga Ariana tidak tidur. Ahh..  menunggu waktu untuk keluar barangkali.

“Nak keluar” Ariana menjawab selamba. Tadi dia memang terhendap hendap kerana bimbang Zairil terjaga. Sekarang Zairil benar benar sudah berada dihadapannya. Alang alang sudah bertamu muka lebih baik dia berterus terang sahaja. Tidak usah ditunjukkan rasa gentarnya melihat wajah yang bengang itu.

Zairil merengus kasar. “Ary ni degil kan.. berapa kali abang cakap tak payah keluar..” Tercabar pula dirinya apabila Ariana berterusan mancabar kesabarannya itu. Benar benar melampaui batas!

“I nak keluar jugak..you jangan nak sibuk..” Langkahnya dilajukan. Dia malas mahu memanjangkan bicara. Dia tidak kira walau apa pun yang terjadi dia tidak akan sesekali membenarkan dirinya kalah ditangan Zairil.

“Ary!!” Zairil menengking.

Tubuh Ariana ditarik masuk kerumah. Lalu ditolak ke sofa hingga gadis itu terduduk.

“Ary jangan nak cabar abang ya!! Abang dah cakap jangan keluar. Ary tak faham ker!!” Ujarnya membentak geram. Geram kerana Ariana dirasakan benar benar bersikap kurang ajar dengannya.

“Saya kata nak keluar nak keluar la..” Ariana turut menengking. Dia ingin berdiri. Namun tangan kekar Zairil yang mengepung badannya membuatkan dia sukar untuk bangun.

“Duduk!! Tak payah nak bergerak!!” Zairil menengking lagi. Tidak dihiraukan batang tubuh yang meronta meminta dilepaskan itu. Dia tidak akan membenarkan Ariana keluar lagi. Apatah lagi jarum jam yang sudah menginjak ke pagi hari itu. Ahh.. Ariana benar benar tidak mampu menguna otaknya kah sehingga tidak boleh membezakan waktu yang sesuai untuk keluar ataupun tidak.

“Eii.. suka hati la..” Tubuh Zairil ditolak. Dia benar benar geram dengan tengkingan tengkingan yang singah ditelinganya itu. Sebal pula dia apabila dilakukan sesuka hati begitu.

Pang!!

Ariana terpana. Pipinya diusap perlahan. sakit!!

“Kalau Ary berani berani nak keluar. Lebih teruk dari ni abang buat.. faham!!” Zairil mengugut. Dia tidak sengaja menampar Ariana tadi. Namun tidak pula dia memohon maaf. Tidak ada gunanya. Sekiranya dia memohon maaf pun Ariana pasti tetap tidak akan memaafkannya. Lebih dari itu dia tidak mahu Ariana mengangap dia tidak serius dengan kata katanya tadi sehingga gadis itu tergamak mengulangi perbuatannya itu.

“Sakit awak tahu tak sakit..” Ariana memukul mukul bahu Zairil. Sakit hatinya apabila ditampar sebegitu. Seumur hidupnya ini kali pertama dia ditampar. Air matanya menitis laju.

“Ini lebih bagus dari seksa api neraka Ary” Zairil memerli pula. Tidak dipedulikan kesakitan dibahunya akibat ditumbuk Ariana. Sekurang kurangnya tamparan ini dapat menjadi bukti betapa dia benar benar tegas dengan ucapannya.

“Aahhhh.. diam!!” Ariana menempik nyaring. Dia berlari ke tingkat atas. Hatinya sebal apabila dilakukan sebegitu. Hatinya sakit. Air matanya semakin laju menuruni pipi.

 

5 comments:

Anonymous said...

makin best lerrr..go zairil with ariana...

akira_bita said...

uit?? hai.. sabar leh ye zairil.. wat lah apa sahaja tuk tarik kembali ariana dari terus dibelengu dosa... hohoho go zairil... even masih suka ilham.. huwa!!

iVoRyGiNGeR said...

I want zairi with ary.
Zairi should be respect for what he trying to do.
To change ary to its trueself.

lolfyAnG said...

gler hebat!!!!
baik punyer....

Anonymous said...

salam...
ble nk smbung lg cite ni...
ilham ble nk kluar...