Friday, January 22, 2010

AnDaI ItU TakDiR CiNta (22)

“ tak payah panggil aku abang, aku bukannya abang kau pun.. faham”

Perkataan itu masih tergiang giang giang ditelinganya. Ya kata kata itu. Kata kata itu pernah diucapkan oleh Ilham kepadanya dahulu sewaktu dia memanggil lelaki itu dengan panggilan Abang, memandangkan Ilham tua dua tahun darinya.

Masih diingat dengan jelas betapa garang wajah itu dan betapa tegas kata kata itu ditujukan untuknya. Dan dua hari lepas..

“Alaa…. Relax la.. gurau senda mengeratkan silaturahim..mencambahkan kasih sayang.. betul tak abang..”

“Sayang jangan nak usik Abang lebih lebih ya..”

“ kenapa .. pulak tu.. tak puas hati lagi.. sampai hati sayang tolak abang erh..”

“Alaaa.. abang tu hah yang gatal.. fea Cuma nak kurangkan kegatalan abang je.. hehehe”

Dia mendengar satu persatu kata kata Ilham bersama gadis itu. Luluh hatinya saat itu. Rasa tidak puas hatinya semakin bercambah. Puas dia berfikir dimana caranya untuk menjauhkan pasangan itu selama tiga hari percutian ini. Tapi sayang semuanya tidak menjadi. Dia melihat bagaimana tubuh sofea dipaut erat oleh Ilham. Dan dia disini bagai tidak terlihat pada pandangan mata pasangan itu.

Dia melihat lagi. di ketika ini sofea dan ilham sedang makan malam bersama. Dan dia disini hanya melihat dengan pandangan kelabu. Ahh..Ilham benar benar cintakah kau kepada gadis kecil itu. Hatinya gusar. Gusar kehilangan lelaki buat kali kedua. Sungguh dia tidak mahu. Tetapi untuk bertindak melampau dia tidak mampu. Dia tidak mahu kelihatan jahat di mata lelaki itu. Oleh kerana itu dia cuba berbuat baik dengan Ariana. Dan dilihatnya gadis itu mula rapat dengannya . Riang berceloteh di hadapannya.

Ahh.. best women win.. dia akan pastikan itu.. Dengan langkah perlahan Nisha mula melangkah menjauh.

------------------------------------------------


“Kenapa awak sombong ya??” Haikal bertanya Amyra yang sedang makan malam bersamanya malam ini. Sengaja dia membiarkan Ariana dan Ilham menghabiskan waktu bersama Almaklumlah orang sedang hangat bercinta la katakan.

“ saya sombong.. awak ni rabun agaknya..” Amyra membalas selamba.

“Yes.. you sangat sangat sombong orangnya.” Haikal memandang wajah Amyra yang tanpa perasaan itu.

“Apa yang awak tak puas hati sebenarnya..” amyra mula memandang Haikal. Geram pula dia bila tiba tiba dikata sombong oleh lelaki itu. Sudu yang dipegang diletak di pingan.

“semuanya..kenapa dengan sofea awak ceria je.. bila dengan saya.. huh.. bisu.. beku”

“Hello.. Ariana tu kawan saya.. of course la saya sentiasa hapy dengan dia.. awak tu siapa..” ujarnya membalas. Tidak faham mengapa harus haikal menyoal caranya itu.

“So orang tu mesti jadi siapa siapa pada awak la.. baru awak akan ceria..”

“Yups..”

“Kalau macam tu kita bercinta.. awak sudi jadi isteri saya…” Haikal meluahkan isi hatinya. Dia sebenarnya jelous melihat Ariana dan Ilham yang hangat dilamun cinta itu. sedangkan dia. Dia mencintai Amyra tapi sayang Amyra tidak begitu.

“Awak jangan gila haikal.. saya terlalu muda untuk semua itu”

“Muda.. sofea ngan awak sama baya.. jangan lupa tu..” Haikal mengingatkan.

“Saya ngan Ariana lain.. Ariana cukup segala galanya dalam hidup.. dan dia pantas untuk semua tu… sedangkan saya .. kami jauh beza awak.. saya nak kejar cita cita saya.. saya nak berjaya dalam hidup saya..” Amyra menerangkan lagi. masakan dirinya yang kerdil disamakan dengan Ariana. Gadis comel, manja lagi kaya itu.

“Saya tak halang pun.. malahan saya akan sentiasa sokong awak” Haikal menyakinkan. Dia benar benar berharap untuk memiliki Amyra.

“Haikal..”

“Yups..”

“Saya tak sedia untuk semua tu.. saya harap awak faham.. what ever happen kita still kawan kan..” Amyra bertanya pula. Sungguh dia tidak punya rasa untuk bercinta di ketika ini.

“Of course.. kalau dah itu kata awak..” haikal hanya tersenyum hambar. Dia sudah meluahkan isi hatinya dan Amyra sudahpun menolaknya secara terang terangan. Jadi apa lagi yang harus dikatakan.

----------------------------------------------

Hari ini merupakan hari terakhir mereka semua berada di sini. Ariana tersenyum puas. Gembira dengan percutian kali ini. Diketika ini Dia sedang makan tengahari bersama dengan Nisha dan Amyra kerana Ilham mempunyai beberapa urusan yang perlu dibereskan sebelum berangkat balik pagi esok. Apatah lagi malam ini terdapat upacara penutup dimana terdapat pelbagai persembahan. Cabutan bertuah dan berbagai lagi. Itu pun dia tahu setelah diberitahu Ilham ketika makan malam semalam.

“You dah lama kenal Ilham??”

Ariana berpaling melihat wajah nisha sebaik sahaja pendengarannya menangkap suara dari gadis itu.

“Ermm.. adalah about one years” Ariana hanya menjawab tenang. Dia tersenyum sebaik menyedari yang dia pernah berjumpa Nisha di mall sewaktu dia keluar dengan Hafiz berbulan dulu. Perempuan yang memaut erat tangan Ilham itu. untuk bertanya hubungan mereka tidak terluah pula pada ilham.

“Ouh.. so macam mana dia..” nisha bertanya lagi.

“Ok jer..”

“Do you love him”

“Yups of course..” Ariana tersenyum cuma.. “kenapa kak Nisha Tanya??”

“Takder lah saja jer.. eh dah siap makan.. jom karoeke” nisha mengajak pula.

Ariana memandang Myra lama.keningnya digerakkan beberapa kali. Meminta persetujuan Amyra. Setelah melihat senyuman dibibir temannya itu. Dia mengangguk pula kepada Nisha.

No comments: