Saturday, December 26, 2009

AnDaI ItU TakDiR CiNta (15)



BAB 15
Lantang bunyi phone menyebabkan Ilham terjaga dari tidurnya. Dalam kantuk dia menekan button on. Langsung tidak melihat nama si pemanggil disebelah sana.
            “Am.. kau kat mana, tak masuk pejabat ker hari ni” Haikal meneriak kuat.
            “Apa pulak tak masuknya. Kan ada mesyuarat pasni” Ilham bersuara lemah. Matanya masih terasa berat.
            “Abis yang kau tak datang lagi ni kenapa. Kau tahu tak skang ni 8.45. Kata nak jumpa staff before meeting”  Geram pulak aku ngan mamat sorang ni.
            8.45!! 8.45.. perkataan itu tergiang giang di kepala Ilham yang masih tidak berfungsi sepenuhnya. Matanya tiba tiba celik.. “Ya Allah. Kal aku terbabas la. Kau handle meeting ngan staff tu” Dia meloncat turun dari katil. Tuala dicapai. Adoii.. macam mana boleh terbabas subuh ni? Meeting lagi? Hatinya membebel sendiri.
            “Habis meeting ngan board?”
            “Itu aku la yang handle. Cuma aku lewat sikit. Pandai pandai la kau bagi alasan.” Klik!! Talian dimatikan. Tergesa gesa dia bersiap.
            Haikal disebelah talian tidak sempat menyahut apabila talian telah pun dimatikan. Mulutnya tidak henti henti membebel dek kerana terlalu geram dengan sikap temannya itu.
            Tanpa memakai Tie Ilham terus menyarung kasutnya. Enjin kereta dihidupkan. Dan dia terus memecut laju menuju ke pejabatnya yang terletak di bangunan klcc itu. Menyumpah nyumpah hatinya disaat berada di traffic light merah ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas di jalan jalan tertentu  sedangkan jarum jam sudah menginjak ke pukul 9.40 pagi.
            Teringat sesuatu dia lantas mendail number seseorang.
            “Fea kat mana?”
            “Kampus” Ariana yang terkejut diterjah tanpa salam hanya menjawab sepatah.
            “Ouh.. bila sampai?” Lega hatinya sebaik tahu Ariana sudah sampai ke kampusnya. Bimbang juga dia tadi, khuatir gadis itu lewat menuju ke dewan exam. Atas alasan yang sama sepertinya. Lewat bangun!! Haru nanti.
            “Tadi.. pukul 9 suku tadi. Kenapa? Abang kat mana??”
            “Fea Kenapa tak kejutkan abang?” Ilham bertanya sebaik mengetahui Ariana sudah lama tiba di kampus. Sedangkan dia masih terpinga pinga di atas jalan raya itu untuk menuju ke pejabatnya.
            “Lah.. kenapa abang ni? Da abang tak suruh..” Ariana bertanya kembali. Pelik pula dia bila disoal begitu. Sedangkan bukan Ilham tidak tahu dia hanya akan mengejutkan lelaki itu sekiranya disuruh.
            “Fea .. tahu tak abang lewat dah ni” Ilham berkata tanpa nada.
            “Hahahaha ..” Ariana ketawa sakan..
            Ilham yang mendengar terasa darahnya mula menyirap. Geram pula dia mahu menengking gadis itu. Kalau tidak kerana menemankan Ariana Semalam mustahil dia akan lewat hari ini.
            “Tu la abang. Semalam bukan main lagi. Seru Fea suruh tidur.. tidur la tidur la tidur la sayang...hehehehe” Dia mengajuk kata kata lelaki itu semalam. Mana tidaknya dia yang akhirnya diseru beberapa kali akhirnya terlelap entah bila langsung tidak disedarinya.
           Mendengarkan alasan itu perasaan marah Ilham terasa hilang diganti dengan rasa geram. “Feaaaaaaaa… masih lagi nak ketawa..” Orang tengah lewat ni sempat lagi dia ketawakan. Bukannya nak dipujuk. Sofea Sofea.. macam mana la abang  nak marah kalau dah gitu gelaknya. Kepalanya tergeleng sendiri. Dengan Ariana dia tidak akan mampu untuk berbicara serius.
            “Abis.. hukum karma la tu abang. Hehehehe so abang kat mana ni?” Ujarnya masih mahu menyakat. Dengan Ilham dia bebas berkata apa sahaja dan berbuat apa sahaja.
            “Tengah drive la sayang oii. Dah macam David Shumaker dah ni. Abang call ni ingat Fea tak bangun lagi. Nak tolong kejutkan..” Ujarnya seraya memecut kenderaanya laju sebaik lampu merah bertukar hijau.
            “Ala... Baiknya abang.. ahaks..” Ariana memerli pula.
            “Dah breakfast ke belum ni” Ilham bertanya lagi. Perlian Ariana tidak dipedulikan. Sudah maklum akan perangai Ariana yang suka bergelak ketawa itu.
            Ariana yang tadi ketawa kini menguntum senyum. Ahh Ilham.. tengah kelam kelibut ni pun ingat lagi pasal breakfast dia.. “Dah.. abang?”
            “Tak sempat, nanti la. k lah.. good luck tau. Abang nak cepat ni. Tak sempat nak berbual panjang..”
            “Ok. Abang bawak hati hati tau kereta tu.. relax
            “Abang..” Ariana memangil lagi. Lembut. Terasa ingin mengatakan sesuatu buat lelaki itu. Terharu dia akan layanan Ilham Yang selalu mementingkan dirinya itu. Salahnya juga kerana menganggu waktu tidur lelaki itu malam tadi.
            “Ada apa..”
            “I love you. Hati hati tau. Fea sayang abang..”
            “Okey.. I love you too.. Good luck..”  Mendengar kata kata Ariana hati Ilham  terasa semakin tenang. Seakan hilang rasa gentarnya biarpun tahu dia harus berhadapan dengan Ahli lembaga pengarah selepas ini. Sebaik telefon dimatikan dia memecut semakin laju.
            Tepat pukul 10. 30 Ilham sampai di pejabatnya. Tergesa gesa dia menyarung kot dan tienya lalu menuju ke bilik mesyuarat yang sepatutnya berlangsung pukul 10.00 pagi tadi. “Maaf.. saya lambat”

“Yahoo… merdeka.. !!”  kedengaran suara beberapa orang pelajar menerpa pendengaran Ariana dan Amyra. Mereka yang ketika itu baru sahaja keluar dari dewan untuk menuju ke parkir kereta hanya tersenyum. Tidak mahu terlalu menunjukkan keriangan dihati. Sedangkan didalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya mereka berdua kerana sudah melewati minggu minggu yang menguji minda itu.
            “Ryan..”
            Kedengaran suara Hani menyapa dari belakang membuatkan Ariana berpaling.
            “Jom celebrate”
            “Good idea.. kat mana?” Dia membalas senang.
            “Diz `z ?”
            Diz `z CafĂ©?  No.. Ariana sudah nekad tidak akan menjejakkan kakinya kesitu lagi. Lagi pula bukankah dia sudah berbahagia dengan Ilham lalu untuk apa lagi dia mencari keseronokan diluar.
            “Tak nak lah. Tempat lain.. any idea?”
            “Errmm.. k la kla. Sunway pyramid. Tengok wayang. Bowling, ski board and   karoeke…. Ok?”
            Ariana memandang Amyra. “Nak pergi tak?”
            “Jom la Myra..” Ana turut menyampuk. Biarpun Amyra berbeza course dengan mereka tapi dia tidak kisah. Padanya kawan Ariana kawannya juga.
            “Ermm ok lah. Nah kunci.. awak drive.”  Amyra menghulurkan kunci kereta. Hari ini  dia dan Ariana menaiki kereta yang sama untuk ke kampus.
            Sebelum itu sempat Ariana menghantar pesanan ringkas kepada Ilham memberitahu akan kepermegiannya itu. Al maklumlah orang dah ada kekasihkan. Hatinya berdesis kecil. Kelakar mengingatkan karenahnya itu. Tapi jauh disudut hati dia gembira. Tidak pula dia merasa Ilham mengongkong pergerakannya sebaliknya terasa diri dihargai dan punya tempat bergantung.

+ ok.. enjoys yourself.. love u..

Sebaik membaca balasan mesej yang dihantarnya tadi Ariana tersenyum lagi. Ilham lelaki itu tidak pernah sekalipun tidak mengakhiri mesej dengan perkataan love you.. benar benar cintakah?

“Tahniah!!” Haikal mengucap lembut. Wajah Amyra ditatap lama biarpun kata kata itu sebenarnya ditunjukan buat Ariana dan juga Amyra. Dia akui dia menyukai Amyra tapi sayang reaksi Amyra yang sentiasa kaku membuatkan dia hanya mampu menjeruk rasa.
            Amyra hanya tersenyum. Malam Ini terpaksa pula dia mengikut Ariana keluar bersama Ilham untuk menyambut hari ‘kemerdekaan’ mereka berdua. Bersungguh sungguh Ariana dan Ilham mengajak tadi tidak sampai hati pula dia untuk menolak.
            “Tahniah jer.. at least Cadbury ker.. bunga ker? Betul tak Abang ?” Matanya dikenyit kearah Ilham. Sengaja menyampuk perbualan yang dirasakan agak kaku itu.
            Serentak dengan itu Amyra mencubit kuat paha temannya itu. Geram pula dia dimainkan begitu.
            “Auch.. sakit” Ariana terjerit kecil..
            Amyra mendekatkan bibirnya ke telinga Ariana. Perlahan dia bersuara “Awak usik la saya lebih lebih kalau awak nak suruh saya baling awak ke laut”
            Ariana menahan tawanya. Kelakar bila diugut begitu. Namun tangannya masih mengosok gosok pahanya yang sakit dek dicubit Amyra tadi.. tak sangka kan kat Restaurant lima bintang pun ada ketam bawah meja..hehehe
            “Abang cepat la order. Myra dah lapar dah ni” Ariana berkata seraya mengunjuk kearah Amyra. Hampir tersembur air yang diminum temannya itu dek kerana terkejut. Ariana yang melihat makin melambakkan ketawanya. Puas hati dapat membalas balik.
            “Ish.. tak habis habis nak mengacau orang. Abang cubit karang” Ilham mengugut Ariana. Kesian pula dia melihat Amyra yang terkulat kulat dikerjakan kekasihnya itu.
            “Hehehe.. gurau lah. Ok now serius. Tadi Abang cakap nak bagitahu Fea something.. apa?” Keningnya diangkat berulang kali. Tak dapat sakat Amyra, Ilham pun jadi la.
            “Dekat dengan hujung tahun ni, Company abang buat trip ke Agro Resort, Terengganu.. sayang nak ikut?”
            “Eii.. hutan apa tu abang?” Ariana menyampuk. Amyra dan Haikal yang melihat sudah tergeleng geleng.
            “Ish.. bukan hutan lah. Resort.. sayang ni jangan la wat malu abang dekat sini..” Ilham menahan geram. Jikalau diturutkan hati pasti sudah diramas ramasnya bibir yang berbicara itu.
            Ariana menutup mulut. “Apa nama company tempat you all kerja ya. Nak jumpa Pengarah dia boleh?”
            “Kenape awak nak jumpa Pengarah dia pulak..” Amyra bertanya pelik. Ye la tak pasal pasal.
            “Hehehe.. Nak ngorat”
            Mata Amyra dicerlangkan. Tidak berpuas hati. Dalam masa yang sama Ilham sudah mengengam tangan Ariana kuat. Haikal masih seperti tadi tergeleng geleng kepalanya.
            “Ala la.. Saya gurau la. Saje je nak tanya pada dia apa kejadahnya pergi buat trip ke .. ermm.. never mind..” Pandangannya ditala pada Ilham pula “Takpe ke Abang kita orang ikut. Kita orang bukannya staff company abang?”
            “Eh.. apa pulak kita orang? Awak sorang jer Ariana..” Amyra menyampuk apabila merasakan perkataan ‘kita orang’ tidak sesuai untuk digunakan. Ye la.. Ariana seorang je kan..
            “Awak pun dijemput jugak Myra!!” Haikal memberitahu.
            “Hah betul la tu KITA..” Dia mengerakkan keningnya ke arah Amyra. Gembira apabila kata katanya tadi benar.
            “Ermm.. kita orang ajak you all berdua. About your question tu sayang.. its ok.. Our Pengarah ni Sporting sangat sangat..” Ilham mengiyakan sambil matanya dikenyit sebelah kearah Haikal. Meletus tawanya disaat melihat Haikal mencebik.
            “Ouh.. so macam mana Myra? Awak nak ikut..”
            “Entah.. bila tu ya?”
            “Hujung bulan 12 ni”
            “Ermm nantila saya fikir dulu..”
            “Ala naper? Kalau awak tak nak pergi saya pun tak nak pergila. Segan lah..”
            “Aii.. abang ingat perangai macam budak budak dah takder dah perasaan segan. Itu yang main terjah je tu” Ilham memerli sebaik mendengar kata kata Ariana
           “Uit.. abang perli erh..” Ariana mengaru kepalanya yang tidak gatal. “Nak buat macam mana, dah memang itu perangai Fea” Seusai berkata dia tersenyum Cuma. Wajah temannya itu dipandang lagi. Menagih jawapan.
            “Err.... saya ingat nak kerja part time” Amyra memberitahu perkara sebenar. Waktu cuti begini harus digunakan untuk mencari wang bukannya menghabiskan wang. Al maklumlah dia bukannya seperti Ariana yang mempunyai wang yang banyak.
            Ariana terdiam.. “Ermm bagi kita orang time erh abang. Nanti Fea bagitahu abang”
            “Fea nak kerja jugak ker?” Tanya Ilham tidak percaya. Mana tidaknya Ariana biarpun kelihatan ceria dan berdikari sebenarnya seorang yang agak manja. Jikalau gadis itu bekerja. Apa dia mampu bertahan akan tuntutan kerja itu? Paling tidak dia percaya hanya seminggu Ariana mampu bertahan. Lebih dari itu dia sendiri tidak mahu Ariana bekerja. Tidak mahu Ariana bersusah payah diketika ini kerana gadis itu benar benar disayanginya.
            Ariana tersenyum Cuma. Kerja?? Entah tidak pernah terlintas difikirannya. Ahh.. mungkin cuti nanti dia boleh mengambil tahu tentang perkembangan Syarikat papa yang diuruskan oleh Haziq, abang sepupunya itu sejak peninggalan arwah papa. Biarpun dia pemilik sebenar company HS HOLDING, namun dia Cuma akan diberi kuasa apabila dia tamat belajar itu kata papa padanya dahulu.. dan dia masih ingat itu.

Friday, December 25, 2009

AnDaI ItU TakDiR CiNta (14)


Ariana menutup buku yang ditatapnya tadi. Dia lantas berdiri. Badannya dipusing pusingkan ke kiri kekanan bertujuan untuk menghilangkan lenguh di badan setelah mengadap buku sedari tadi. Masuk hari ini sudah Tiga minggu dia menempuh minggu Final. Hanya tinggal lagi satu Subjek untuk dia menuju ‘kemerdekaan’. Dia kemudiannya berbaring sambil berangan jauh. Tidak sedar entah bila waktu dia akhirnya terlena.
            Ilham yang ketika itu masih berada dipejabat menatap jam dinding lama. Pukul 9 malam. Frame gambar yang memuatkan gambarnya dan Ariana dipandang lagi. Rindu pula dia mahu mendengar suara gadis itu. Tangannya kemudian spontan  mendail number Ariana. Tapi hampa kerana panggilannya tidak bersahut. Ahh.. kemana la Sofea ni pergi? Hatinya bertanya sendiri.
            “Am, you tak nak balik lagi ker” Nisha bertanya sebaik memasuki pejabat Ilham. Baru sahaja dua minggu bekerja disini dia sudah terpaksa ‘stay’ di Putra holding bersama kakitangan yang lain untuk menyiapkan kertas kerja yang memerlukan perhatian segera. Mereka perlu membentangkan kertas kerja Projek perumahan Taman Setia Indah itu pagi esok. Kelam kelibut Warga Putra Holding apabila mendapat arahan sebegitu.
            “Lepas ni kot. I nak check kertas kerja yang lain dulu”
            “Ermm.. k lah kalau macam tu. I balik dulu” Nisha berkata seraya menuju ke pintu.
            “Ok..” Tanpa memandang Nisha dia meneruskan kerja kerjanya. Sesaat kemudian dia mendongak ke pintu biliknya kembali . Dilihatnya Nisha masih berdiri di pintu pejabatnya itu.
            “Nisha, ramai lagi ke staff kat luar?”
            Langkah Nisha  terhenti apabila mendengar pertanyaan Ilham yang hampir tidak kedengaran kerana terlalu perlahan.
            “Tinggal dua je lagi, itu pun dia orang tengah bersiap nak balik..”
            “Am.. I think better you pun balik. I tengok you pun dah menguap tu” Nisha berkata seraya menguak pintu untuk keluar.

Ariana mengeliat beberapa kali. Matanya digosok gosok. Jam didinding yang  menunjukkan pukul 11 malam dipandang lama. Hilang sudah rasa mengantuknya dek kerana tidur terlalu lama. Terus dia berdiri dan menuju ke bilik mandi, mengambil wuduk dan bersolat. Seusai bersolat Ariana menuju ke tingat bawah tapi hanya sepi yang menyambutnya di bawah. Ahh.. awal la pulak dia orang tidur. Hatinya membebel sendiri.
            Selepas meneguk segelas air Ariana menuju ke kamarnya kembali. Menatap buku seketika. Tiba tiba dia terasa bosan mana tidaknya sudah Lima hari menatap buku yang sama. Handset yang diletakkan diatas meja study diambil.  Number Ilham  didail setelah melihat 3 miscall dari lelaki itu. Mungkin panggilan yang dibuat sewaktu dia tidur tadi.
            “Assalamualaikum sayang” Kedengaran suara Ilham menyapa sebaik sahaja talian disambung.
            “Abang tengah buat apa? Fea bosan la..” Ariana mengadu lirih. Mengharapkan Ilham menemaninya ketika ini.
            “Abang tak de buat apa pun. Dah habis study ker?” Ilham bertanya kembali sambil membuka pintu rumahnya. Di ketika itu dia baru sahaja sampai ke apartmentnya. Kot dan briefcase dibaling ke atas katil. Kemudian dia menyandar kan badannya di sofa di dalam biliknya itu untuk mengurangkan rasa penat.
            “Bosan la Fea menghadap buku tu..”
            “Dah habis baca ke belum?”
            “Dah. Kan ada lima hari selang before last paper esok..”   Ariana mengingatkan. Masakan lelaki itu lupa.
            “So.. sayang tidur la. Besok  ada tenaga sikit nak jawab exam”
            Ariana mengaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana nak tidur kalau baru je bangun. “ Fea.. baru jer bangun. Tadi Fea dah tidur. Macam mana ni abang. Fea bosan ni..”
            Ilham memicit micit kepalanya. Rasa yang biasa melandanya setiap kali kepenatan akibat terlalu banyak kerja. “Ermm.. kawan sayang dah tidur ker? Kalau belum pergila kacau dia” Ilham memberikan idea. Kesian pula dia mendengarkan  aduan Ariana itu.
            “Semua dah tidur la..”
            “So Fea nak abang buat apa sekarang..”
            “Entah lah. Abang baru balik kerja ker? Penat eh..” Ariana bertanya kembali. Tidak senang pula dia sekiranya Ilham kepenatan setelah seharian bekerja.
            “Tak der la sayang. Ni kan dah pukul 11 lebih..”  Ilham memberitahu setelah menimbang  tara kewajaran dia memberitahu Ariana perkara sebenar. Mengenali Ariana dia yakin gadis itu pasti tidak mahu menganggunya sekiranya tahu dia penat bekerja. Sedangkan bagi dirinya dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya itu.
            “Ok lah.. macam ni. Abang temankan sayang study erh. Tapi bagi setengah jam abang nak mandi and solat dulu k..”
            “Okeys.. tq.. nanti abang call tau. Bye” Senyuman gembira terlakar diwajah. Senang hati kerana Ilham mahu menemaninya.
            “Bye..” Setelah talian dimatikan. Dia mengambil tuala lalu menuju kekamarnya. Berharap rasa mengantuk dalam dirinya hilang sebaik sahaja rambutnya mencecah air.

“Eleh ye la tu. Janji kalau Fea dapat pointer tinggi abang belanja.. pergi melancong.. ok tak..” Ariana tergelak riang. Sudah sejam dia bergayut sambil sesekali matanya melirik pada buku disebelah. Walau sebenarnya bukan masuk pun apa yang dilihatnya mana tidaknya dia sedang berbaring ketika itu. Sekadar ingin mengunakan pepatah sambil menyelam minum air. Walaupun sebenarnya langsung kata kata itu tidak boleh di guna pakai.
            “Ok deal. Tapi kalau sayang repeat, sayang yang kena belanja abang” Ilham mengugut. Tika itu dia sedang membuat Nescaffee. Sengaja diminumnya untuk menahan ngantuk.
            “Abanggggg.. jahat saja la tu nak doakan Fea repeat..” Ariana menjerit nyaring. Geram pula dia bila diugut begitu. Sudah lah sekarang dia sedang bergayut dengan lelaki itu sedangkan Esok last paper final exam. Bimbang juga dia andai kata kata Ilham menjadi kenyataan.
            “Mana ader.. abang cakap jer” Ilham ketawa rancak. Kelakar pula dia mendengar nyaring jeritan Ariana  dari talian sebelah sana. Gabra betul..
            “Kata kata itu satu doa tau abang..” Ariana memberi syarahan.
            “Iye la sayang. Abang minta maaf.. so where do you want to go..” Ilham bertanya seraya kembali berbaring di atas katilnya itu.
            “Paris.. menara Eiffel” Ariana tersengih sengih. Ada peluang nak melancong luar Negara ni.
            “Tembok besar china.” Dia menambah lagi sebelum Ilham sempat menyampuk.
            “Australia.. ker”
            “Amboi.. itu dah masuk kategori honeymoon dah tu. Sayang kahwin ngan abang je la macam tu..” Ilham mengusik.
            “Abang!! Tak nak la cakap ngan dia. Orang serius la..” Ujarnya menahan geram. Kahwin? Bagus jugak tu. Hehehe. Akhirnya dia tergelak sendiri. Masakan umur begini dia sudah mahu kahwin.
            “Taman bunga je la..” Ilham menambah lagi. Pasti seronok jikalau dapat melihat muka Ariana yang  merah padam  menahan geram.
            “Taman permainan ker..”
            “Elehh. Kedekut..” Ariana mencebik.
            “Ok .. nanti abang bawak sayang pergi oversea. Kita tinggal je terus kat sana. Tapi sayang kena kahwin ngan abang dulu. Macammana tawaran terbuka ni” Ilham berkias. Mahu melihat reaksi Ariana ketika itu. Seandainya Ariana bersetuju dia juga tidak punya masalah. Yakin diri  sudah bersedia kearah itu.
            “Bila?”  Ariana turut bermain tarik tali. Yakin Ilham ingin bermain kata kata dengannya.
            “Tahun ni la..”
            “Uit.. tak nak la Fea. Fea nak study la abang. Lagipun Fea tahu abang tu main main. Suka main main. Macam budak budak..” Ariana membalas selamba. Masakan Ilham mahu mengahwininya tahun ini juga. Mana tidaknya kurang dari tiga bulan sahaja lagi tahun baru akan menjengah. Ahh..  Ilham suka benar bergurau dalam hal hal sebegini.
           “Hahaha.. ye la abang la tu cam budak budak. Sayang dah macam mak budak..” Ilham mengalah. Ariana? Gadis itu terlalu muda untuk masuk kealam perkahwinan. Kerana itulah dia hanya berkias dahulu.
            “Wekk.. abang Fea ngantuk la..” Ariana berkata Seraya menguap beberapa kali. Jarum jam sudah menginjak ke angka dua pagi. Tapi matanya tetap degil tidak mahu pejam.
            Ilham yang mendengar hanya tersenyum.. “Tidurla sayang, abang teman..”
            “Macam mana nak tidur mata tak mau lelap..”
            Ilham mengeleng geleng. Mendengar rengekan Ariana terasa bagai melayan anak kecil. Matanya yang turut mengantuk dikelip kelipkan bagi menghalang rasa mengantuk itu. Ish.. apa ni minum Nescaffee pun tak jalan ker. Hatinya membebel sendiri.
            “Abang tak ngantuk ker? Esok kerja kul brapa..” Mulutnya masih riang bertanya walaupun mata sudah terpejam.
            “Pagi macam biasa. Fea exam pukul berapa esok”
            “Kul sepuluh..”
            “Sayang ngantuk kan.. tidur la.. tidur..tidur “ Ilham menyeru beberapa kali. Dengan harapan dapat membuat mata Ariana terpejam.
            “Abang..”
            “Tidurla sayang.. tidur.” Ilham menyeru lagi
            “Hmmm…” Tanpa disedari Ariana akhirnya terlena. Telefon digengaman  terlepas.
Ilham yang menyedari suasana bisu disebelah talian menyebut nama Ariana berkali kali. Yakin gadis itu sudah terlena. Dia berbisik perlahan.. “Tidurla sayang.. good nite.. I love you” Talian dimatikan. Tidak sampai lima minit kemudian dia turut terlena.

AnDaI ItU TakDiR CiNta (13)



“Encik Ilham, cik Nisha di talian”
            Suara seorang perempuan yang  mencecah pendengarannya membuatkan lamunan Ilham terhenti. Tunak matanya memandang Anisah, setiausahanya itu. “Sambung..”. Dia menganguk mengizikan Anisah menyambung talian Nisha ke taliannya.
            “Ada apa Nisha?”
            “U busy ker? lunch?”
            Ilham memandang calendarnya yang sudah tercatat jadual Exam Ariana. Senang untuknya berjumpa Ariana sebaik sahaja gadis itu habis exam nanti. Mana tidaknya dia sudah berjanji akan keluar lunch bersama gadis itu sekiranya Ariana habis exam pada ketika waktu lunch. Sengaja berbuat begitu kerana tidak mahu mengajak Ariana keluar pada malam hari kerana tidak mahu mengganggu kekasih hatinya itu menelah pelajaran.
            “Ermm twelve thirty should be fine!!”
            “See you at your office?”
            “No. See you at Restoren  kirana. I will drive by myself” Ilham memberi arahan lagi.  Tidak mahu menyusahkan Nisha untuk datang ke pejabatnya sedangkan bukannya dia tidak boleh memandu sendiri.
            “Ermm.. ok.”
            Talian dimatikan. Talian Anisah didail.
            “Ya Encik Ilham. Boleh saya bantu?”
            “Booking tempat di Restoren Kirana..pukul 12.30..and one more thing. Remember me about that before my lunch time.”
            “Baiklah. Encik Ilham mereka semua sudah siap sedia di bilik mesyuarat”
            “Ok. Give me five minutes” Selesai berbicara dia lantas mengambil beberapa dokumen penting untuk dibawa ke bilik mesyuarat. Sempat dia mencapai Kot yang terletak di tepi kerusinya itu.

“Ader apa you nak jumpa I” Ilham bertanya sebaik sahaja tiba di Restoren Kirana. Dilihatnya Nisha sudah pun menghadap air kosong yang sudah suku diminum. Mungkin terlalu lama menunggunya.
            “Duduk la dulu, tak menyempat nyempat” Nisha hanya tersenyum. Malas menyesakkan fikirannya dengan perubahan Ilham terhadapnya.
            “Order sir .. miss..”
            Kehadiran waitress diantara mereka menyebabkan niat Ilham untuk membalas kata kata Nisha dimatikan. “Fresh orange and spagethi bologness. You Ilham menanyakan Nisha pula.
            “Sama..”
            “Ok.. thank you sir.. miss” Pelayan itu berkata seraya berundur pergi.
            “Bila you nak balik Uk?” Ilham mengaju pertanyaan.
            “Bila you nak balik?” Nisha turut menanyakan soalan yang sama.
            “I Tanya you. Bukan suruh you tanya I” Dia bersuara kembali. Sedikit serius. Bengang pula dia bila disoal soalan yang sama kembali.
            Nisha menarik nafas keras. Lelaki di hadapannya itu tidak akan pernah beralah dengannya “I akan balik bila you balik. Kita akan balik sama sama..”
            “Kalau I kata I takkan balik?” Ilham menyoal lagi. Mahu mendengar jawapan dari mulut Nisha seandainya dia benar benar tidak akan pulang ke Uk. Lagi pula sehingga ke hari ini dia masih bermain tarik tali dengan uminya tentang keputusan sama ada dia akan tinggal di Uk ataupun tidak biarpun uminya sudah memberi tempoh sehingga ke hujung tahun ini sahaja.
            Nisha memandang lelaki itu. Dalam renungannya. Ahh.. lelaki ini cukup segalanya, tapi sayang terlalu degil sehingga memaksanya supaya selalu mendesak.
            “Ermm.. I belive you will back. Tu makanan dah sampai. Makanla..” Nisha mengakhiri kata. Tidak mahu memanjangkan cerita. Lama mereka berdiam diri. Dia akhirnya bersuara lagi. “Papa suruh I kerja skali ngan you..”
            “What?” Sudu di tangan Ilham hampir terlepas. Pandangannya dihalakan kearah Nisha. Tegang. Menunjukkan betapa dia tidak suka akan kata kata yang baru meluncur di bibir gadis itu. Ahh.. sampai bilakah dia harus menurut segala ‘percaturan’ yang diaturkan keluarganya itu?
“Papa tak pernah bagi tahu I pun?”
            “Bila kali terakhir you call papa hmm. Dah lama tak kan?” Nisha menyoal kembali. Tenang. Biarpun dia nampak reaksi tidak suka yang terpamer jelas di wajah kacak lelaki di hadapannya itu. Tetapi dia tidak peduli kerana dia tahu biar dimana atau biar beribu alasan diberikan sekalipun Ilham tidak akan mampu menghalangnya dari bekerja dengan lelaki itu. Dan jauh disudut hati dia tahu Ilham pasti akan bersetuju apatah lagi segala kata kata lelaki itu sudah pun dituruti. Ilham pasti tidak mahu ‘rahsia’ yang selama ini digengam kemas diantara mereka berdua terbongkar begitu sahaja.
            “You kata nak ikut I balik. Tak lama pun lagi. Tak payah la kerja..”
            Nisha mengerutkan dahinya. Tidak berpuas hati. “Ilham please la, be professional ok. I tak kira I nak kerja jugak. Boring lah. Ada lagi tiga bulan lebih kan. Sempat la I kumpul duit dulu”
            “Bukan ker duit family you dah banyak. Tak habis pun untuk you sorang..” Dia berkata pula. Bukan dia tidak suka Nisha bekerja dengannya tetapi langkahnya akan sedikit sukar nanti apabila Nisha sering berada dekat dengannya biarpun gadis itu sudah berjanji mahu menuruti segala kata katanya.
            “Hish.. tolongla Ilham. Pusing kepala I cakap ngan you. Boleh tak ni”
            “Apa kelulusan you” Ilham bertanya lagi. Serius dek kerana terpaksa mengalah akan kehendak Nisha itu.
            MasyaALLAH.. sakit hatinya bercakap dengan Ilham. Berlagak seolah tidak mengenalinya. Sedangkan mereka berdua sudah kenal lama. Malah dia dan Ilham menyambung pelajaran di dalam bidang yang sama di University Melboure dulu.
            “Major business”  Tidak mahu memanjang cerita diturutkan sahaja kehendak lelaki itu.
            “Erm.. nanti I suruh Anisah buat offer letter untuk you. Makan cepat I nak balik pejabat pulak ni”
            Nisha tidak berpuas hati. Dia ingin bertanya sesuatu lagi. Namun tidak terkeluar suaranya apabila menerima jelingan tajam dari lelaki itu. Benar benar bencikah Ilham kepadanya. Lalu bilakah akan berakhir segala rasa itu?

“Hey brother ngah buat apa?” Haikal menyapa sebaik sahaja tiba di pejabat Ilham. Ilham ketika itu dilihatnya sedang menulis sesuatu. Kertas kerja barangkali?
            “Banyak la kau punya ngah buat apa. Ni apasal datang lambat. Aku pecat baru tahu?” Ilham mengugut temannya itu. Dah la salam tak bagi. Masuk pejabat lewat. Tak berdisiplin sungguh.
            “Woo.. takutnya. Aku pergi jumpa client lah. Bincang pasal project kerjasama ngan Mega Holding”.  Pen di meja Ilham diambil lalu dimain mainkan beberapa kali. Langsung tidak mengambil serius kata kata temannya itu biarpun dia kini sedang berhadapan dengan CEO syarikat tempatnya bekerja. Lagi pula mana mungkin Ilham akan memecat kawan baik sendiri. Yang lebih penting dia lewat masuk pejabat pun bukankah kerana tuntutan kerja?
            “So how?”
            “Well.. you know me. Beres.. pembinaan hotel tu akan start bulan depan”
            “Berlagak berlagak..” Ilham memerli laju. “Semua tu aku nak kau yang uruskan tau. Senang nanti bila aku takde kau jalankan je kerja kau macam biasa.”
            “Ok..ok.. no hal la..” Matanya kemudian tertacap pada frame yang diletakkan disudut hujung meja menghala kearah temannya itu. Aii.. dulu satu frame jer. Hatinya terdetik sendiri. Sambil tangannya pantas mencapai bingkai gambar itu.
            Mulutnya separa terganga. Frame yang memaparkan gambar Ariana yang memakai gaun pink dipeluk oleh Ilham dari belakang dipandang lama. Lawa.. serasi. Pasangan yang fotogenik. “Am..” Dia ingin bertanya sesuatu pada Ilham namun bunyi ketukan pintu menghentikan kata katanya.
            “Encik Ilham panggil saya?” Anisah bertanya sebaik pintu dibuka dari luar.
            “Ermm, saya nak awak sediakan offer letter pada Nisha. Tawarkan posisi yang sesuai dengan kelayakan dia. Ni sijil sijil dia..” Tangannya menghulur satu fail yang berisi Sijil sijil Nisha yang diberi kepadanya tadi.
            “Baik Encik Ilham. Bila Encik Ilham nak dia start kerja?”
            “Awak buat je surat tu. Rasa saya esok dia dah start kerja kot. Jangan lupa prepare sekali pejabat untuk Nisha. Saya rasa awak bagi jer Nisha guna pejabat sebelah saya ni.”
            “Baik Encik Ilham. Ada apa apa lagi?”
            “Takder awak boleh pergi sekarang. Thanks!!
            Haikal yang sedari tadi mendengar perbualan temannya itu terpinga pinga.
            “Apa ni Am.. Sofea?” Gambar ditangan ditunjuk beberapa kali. “Nisha, offer letter? Apa tu?”
            “Papa suruh Nisha kerja kat sini. So..” Dia menjungkitkan bahunya. Apa lagi yang harus diperkatakan.
            “Ni gambar ni. Bila pulak kau take picture ni.”
            Gambar ditangan Haikal diambil. Ditatap dan dipandang lama. Gambar itu gambar yang diambil gadis inggeris hari itu. Selepas melihat Ariana Menuju ke Fitting room dia lantas meminta pertolongan gadis itu supaya dicucikan gambar itu untuknya sekali. Sempat dia menitipkan number phone nya kepada gadis yang bernama Luna itu supaya senang untuk menghubunginya apabila gambar itu sudah siap dicuci.
            “Salah ker nak ambil gambar dengan kekasih hati?” Ilham mengajukan pertanyaan.
            “Kau.. kau.. kau bercinta dengan Sofea” Suara Haikal tergagap gagap menuturkan kata kata. Tidak pula dia tahu Ilham sudah punya hubungan rasmi dengan Ariana. Lalu bagaimana pula dengan..
            “Kenapa” Ilham pelik melihat reaksi temannya itu.
            “Kau Gila ker. Nanti kau pergi Uk macammana ngan dia” Lain difikirannya lain pula yang ditanya. Mungkin kerana dia maklum Ilham memang tidak suka perkara itu diungkit dihadapannya.
            Ilham terdiam. Bukan dia tidak pernah terfikirkan itu.
            “Aku tak terfikir pun nak bercinta ngan dia dulu. Tapi entah perasaan and hasrat tu terluah dengan sendirinya. Aku memang cintakan dia. Salah aku ker?” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.
            “Nisha?” Akhirnya sebaris nama itu terluah jua dibibir Haikal. Setahunya Nisha menyukai Ilham walaupun jarang ditunjukkan secara terang terangan.
            “Aku malas nak fikir. Please jangan tanya. And for your information aku ngan Nisha tak der apa apa hubungan yang melibatkan perasaan ok.. tak de. Please remind that in your mind” Dia mengingatkan. Sekalipun Nisha menyukainya tetapi itu tetap bukan masalahnya kerana dia tidak pernah dan tidak akan pernah menyukai gadis itu. Baiknya hubungan dia dengan gadis itu selama ini adalah kerana terpaksa. Bukan kehendak hatinya.
            Haikal mencebik tidak berpuas hati. Ya dia tahu Ilham tidak pernah menyukai Nisha tapi masalahnya.. “Memang cari nahas!!”