Saturday, December 19, 2009

aNDaI itU taKdIR CiNta ( 10 )



Tepat pukul lima petang Ariana tiba di hadapan banglonya. Puas diajak Ilham turut serta masuk ke dalam rumah tetapi katanya tidak mahu. Keburuan waktu barangkali. Entah apa yang dikejar lelaki itu pun dia tidak tahu. Hairan betul.
            Paper beg yang bertimbun di atas sofa dipandang lama.
            “MasyaALLAH kak Ariana banyak gila” Elly menjerit sebaik sahaja turun dari tingkat atas. Terpana dia melihat betapa banyaknya paper beg yang terdampar comel disofa itu. Jeritan kuat Elly mengundang perhatian Mak Ilah dan Amyra yang sedang berbual di dapur.
            “Eh bila kamu balik Ariana? Ya ALLAH apa tu banyak nya” Mak Ilah terjenguk jenguk akan barang yang berada di atas sofa.
            Ariana mengaru kepalanya yang tidak gatal. Tiada apa yang hendak dikatakan. Sudahnya Mak Ilah kembali kedapur meneruskan gorengannya tadi untuk disediakan sebagai makan petang.
            Hanya Amyra yang masih memandangnya tanpa suara. Sedangkan Elly sudah pun menyelongkar paper beg itu.
            “Awak ni dari mana? kenapa blur semacam ni? Dah solat ke belum?” Amyra bertanya seraya duduk disebelah Elly. Hairan pula dia dia melihat Ariana yang kaku semacam.
            “Banyaknya” Perkataan itu terluah dibibir Ariana . Perlahan. Tetapi cukup untuk didengari Amyra. Sudahnya dia turut terduduk. “Saya dah solat dah. Tadi we all singgah surau. Awak, kenapa banyak sangat ni?”
            “Masya ALLAH dia yang pergi shopping. Kita pulak yang ditanya nya. Ni .. banyak awak shopping. Durian runtuh keapa. Lawa lawa la. Pandai awak pilih.” Amyra memuji pula.
            Ariana mengeleng geleng. “Bukan saya yang pilih, semuanya Ilham yang pilih!!”
            “Meaning…” Amyra bertanya lagi. Apa mungkin lelaki itu juga yang turut membayar semuanya? Hatinya tertanya sendiri.
Ariana menganguk nganguk sambil bercerita tentang kejadian yang berlaku di mall tadi.

 “Ilham, dah banyak kita shopping. Dah la tu.. Habis duit awak nanti” Ariana berkata sebaik sahaja Ilham membayar t-shirt yang dibelinya itu. Serasanya hampir seribu duit lelaki itu melayang untuknya.
            “Alah. apa salahnya. sekali sekala. Jom kita pergi tengok tempat lain pulak” Ilham berkata selamba. Setakat seribu tak luak pun duitnya itu.
Ariana berdiam diri. Namun bila sampai ke butik yang menjual baju kurung. Dia sudah tidak boleh bertahan lagi. Mana tidaknya Ilham membelinya lima helai baju kurung. Dengan alasan dia teringin melihat Ariana memakai baju kurung. Disaat dan ketika itu matanya hampir kelabu bila melihat sekali lagi hampir seribu wang lelaki itu melayang. Ye la harga standard sebuah butik terkenal. Sehelai baju kurung moden sahaja sudah mencecah harga RM180 ringgit.
Akhirnya dia menjerit nyaring. Geram betul dia bila Ilham langsung tidak mengendahkan rayuannya. Bukan dia tidak suka shopping tapi nanti apa pula kata orang apabila tahu dia banyak menghabiskan wang lelaki itu sedangkan bukannya dia tidak mampu membeli semua pakaian itu.

“Can I ask something” Sebaik sahaja mendengar cerita Ariana,  Amyra bertanya lagi.
Ariana hanya menganguk perlahan.
            “Ilham kerja apa? Saya rasa dia..” Ujarnya teragak agak. Ilham? lelaki itu dilihatnya seperti anak orang berada. Lebih dari itu dia dapat merasa Ilham terlalu menyayangi Ariana barangkali. Mana tidaknya padanya tidak akan ada seorang lelaki pun yang sanggup berhabisan wang kepada orang yang tidak punya kaitan dengannya. Apa mungkin?
            “Entahlah. Tak pernah tanya. Saya pun pelik jugak. Banyak betul duit dia” Ariana turut berasa pelik. Tadi sempat juga dia bertanya Ilham dia bekerja sebagai apa apabila melihat lelaki itu yang boros berbelanja. Tapi Ilham dilihatnya hanya tersenyum dan menyuruhnya jangan bimbang. Katanya dia tidak akan pokai setakat membeli baju baju itu untuk Ariana. Ahh.. siapa Ilham sebenarnya ya?
            “That mean he love you” Amyra membuat kesimpulan. Masakan tidak mana mungkin seorang lelaki sanggup berhabis beribu hanya untuk seseorang yang dipanggil kawan. Pakaian itu dilirik sambil dibilang dengan mulut. Baju kurung lima pasang, Gaun empat pasang, jeans dua helai dan baju t shirt tiga helai.. banyak gila.
            “I don`t know.. he never tell me!!” Itulah yang membuat Ariana bertanda tanya. Tetapi mengingatkan pelukan Ilham tadi dia seakan yakin lelaki itu turut mempunyai perasaan yang sama terhadapnya.
            “ Awak cintakan dia”
            “Sepenuh hati..” Dia menjawab jujur. Sememangnya dia menyintai Ilham biarpun lelaki itu mungkin tidak menyintainya. Mungkin sekadar menyukainya sebagai seorang teman. “Awak lawa tak..??” Tangan nya menunjukkan sehelai gaun kuning pula.
            “Exactly.. tinggi betul taste dia ya.. awak…” Amyra ingin bertanya lagi namun kata katanya terhenti sebaik sahaja mendengar bunyi phone.

+ dinner mlm ni??
From :- Ilham

            “Siapa??” Dia bertanya sebaik melihat wajah Ariana yang berseri seri.
            “Ilham”
            “Nak apa?” Pelik pula dia dengan lelaki seorang itu. Tadi dah jumpa. Sekarang ni mesej pulak. Nak kata bercinta tidak. Kalau dah suka tu mengaku je lah apa susah..
            “Ilham ajak keluar dinner.. yes yes.. I like it!!!” Ariana terjerit kecil. Gembira. Suka . Hapy. Bahagia. Semuanya ada. Hahaha… tapi… nak jual mahal sikit boleh??

-aii.. td dh jmpa.. awk x
bsan ke tngk muka Fea hr2..

+ x pun.. nk x??

-okeys.. pkl brapa??

+After magrib k. 8.00 pm..

Amyra yang melihat hanya tergeleng geleng. Kelakar benar reaksi temannya itu. Sudahnya dia menolong Ariana mengangkat paper beg itu dan meninggalkan Ariana terkebil sendirian didalam biliknya itu

Seusai solat magrib Ariana terus mengambil gaun berwarna krim yang memang sudah lama dimilikinya itu. Nak pakai baju baru tadi.. ermm takkan la kot.. segan la pulak baru je beli terus pakai. Hatinya mengomel sendiri.
            Rambutnya dilepas bebas. Wajah yang sedia berseri dek kerana terlalu gembira hanya dihias dengan lip balm. Malas nak bersolak tebal - Tebal takde faedahnya pun.
            “Mak Ilah ngah buat apa” Ariana bertanya sebaik sahaja tiba di dapur.
            “Tengah buat karipap ni hah. Kamu nak keluar lagi? Dengan siapa?” Mak Ilah bertanya pula. Pelik sebenarnya. Kerap pula Ariana keluar sedangkan baru petang tadi gadis itu pulang. Tidak penatkah?
            “Dengan Ilham la Mak Ilah siapa lagi!! Mak Ilah tak makan nasi ker, karipap jer..”
            “Takdernya. Mak Ilah tak boleh tahan kalau tak makan nasi. Maunya sebu perut ni. Karipap ni kan yang makan petang tadi, kamu tertidur tadi itu yang tak sempat nak makan tu.”
            “Ouh..Mak Ilah pergi dulu erh”. Sambil berjalan mulutnya laju sahaja mengunyah karipap berintikan sardine yang sempat diambil sebelum melangkah keluar tadi. Bunyi kereta yang jelas dipendengarannya membuatkan dia melajukan langkah..
            “Hai”
            “Hai.. jom awak dah siap??”
            “Dah” dia menganguk nganguk.
            Ilham mengaru garu kepalanya. Ini yang dia tidak suka. Dia tidak suka melihat Ariana memakai gaun separas paha. Sakit hatinya nanti melihat mata mata lelaki yang singgah dipaha gebu gadisnya itu.
            “Macam ni”
            “Yer la.. kenapa?” Ariana bertanya pelik. Serasanya tidak ada yang salah dengan pemakaiannya itu.
            “Boleh tak awak tukar pakaian lain” Ilham bertanya lembut.
            Ariana yang mendengar terus terduduk. Kurang apa dia hingga Ilham menyuruhnya memakai pakaian lain. Teruk benarkah rupannya ketika itu. Hatinya mula tersa sebu. Rasa gembira yang singgah dihatinya tadi beransur hilang diganti dengan berbagai rasa. Rasa malu apabila ditegur sebegitu, rasa malu apabila dia merasakan Ilham memandang rendah terhadap dirinya, Ilham malu untuk berjalan dengannya dan yang penting dia rasa terhina..
            “Kenapa?” karipap yang berada ditanggannya digigit kuat. Geram.
            “Err.. tak pelah kalau Fea tak nak” Ilham serba salah sebaik sahaja melihat muka Ariana yang sudah keruh.
            “Saya Tanya kenapa? Kenapa?” Ariana bertanya lagi. Tidak berpuas hati, namun tanpa disangka dia matanya terasa panas. Sungguh dia tidak menyangka Ilham akan menyoal cara pemakaiannya.
            “Awak malu kan. Malu jalan ngan saya. Teruk sangat ker saya? Hina sangat ker saya? I hate you” Tubuh Ilham ditolak kuat sebelum dia berlari menuju kekamarnya. Pedih hatinya disaat itu. Sampai di kamarnya dia terus memanjat katil ,mukanya disembam ke atas tilam. Dia menangis teresak esak kerana ditekan dengan pelbagai rasa. Sampainya hati…