Sunday, December 20, 2009

aNDaI itU taKdIR CiNta ( 11 )



Ilham mundar mandir dihadapan pintu kamar Ariana. Puas dia mengetuk pintu bilik itu namun hanya sepi yang menjawab pangilannya. Handset gadis itu turut tidak dapat dihubungi. Tok tok tok. Dia mengetuk lagi.. “Fea bukak la pintu ni. Saya minta maaf  ok.  Saya tak bermaksud macam tu pun. Awak jangan la salah faham..”
            ‘Fea.. please la sayang jangan buat macam ni’ Hatinya merintih sayu. Terasa benarkah Ariana dengan tegurannya tadi.
            “Sofea please
            Ariana yang mendengar dari dalam bilik hanya diam membisu. Tidak sudi untuk menjawab panggillan Ilham. Handsetnya sengaja dimatikan. Kesudahannya dia bangun lalu menuju ke balkoni biliknya. Menatap bintang dilangit sambil melamun jauh.
             “Ya Allah Sofea, bukak la pintu ni. Awak buat apa kat dalam tu?” Tangannya mengetuk pintu beberapa kali.
            “Ish sudah sudah la tu. Jangan la awak kacau dia. Bagi dia masa” Amyra menyampuk dek kerana tidak tahan mendengar ketukan pintu diselangi rayuan demi rayuan lelaki itu. Dah tahu Ariana tu sensitive cakap lain kali berlapik kata. Ini main cakap jer. Hatinya membebel sendiri.
            “No.. kalau saya biarkan makin lama dia menjeruk rasa kat dalam tu..” ujarnya pula. Dia tidak mahu hari hari Ariana dipenuhi air mata kerananya. Dia yakin gadis itu menangis tadi. Jadi  mana mungkin dia membiarkan Ariana bertemankan Air mata. Tidak kerana dia.
            “Habis awak nak buat apa lagi. Yang awak pergi sakitkan hati dia tu kenapa”
            “Saya mana tahu dia terasa. Saya tak sengaja. Ader faham” Ilham sedikit membentak. Geram pula dia bila sedari tadi diperli oleh Amyra. Bukannya nak ditolong, makin ditambahkan resah dihati aku ni ada la.
            “Hish.. kalau saya tak kenal awak, dah lama agaknya saya baling awak ke laut tahu.” Amyra turut membalas mendatar.
            Ariana berpaling kepintunya. Bunyi ketukan sudah tiada. Sudah pulangkah Ilham?  ahh… sampainya hati awak Am. Air matanya menitis kembali. Dia terduduk dihujung balkoni. Terselindung dari pandangan mata mana mana manusia.
            Ilham memandang Amyra yang sedang menyelongkar almari yang terletak ditepi tangga itu. Tidak lama kemudian gadis itu kembali mendekatinya.
“Ni.. kunci pendua bilik Ariana. Tapi ingat jangan buat tak senonoh ya. Sebab saya kenal and saya percayakan awak saya bagi ni. Kalau jadi apa apa, siap awak.” Suaranya sedikit mengugut. Bimbang pula untuk membenarkan Ilham dan Ariana berduaan di dalam bilik itu. Bimbang akan terjadi sesuatu yang tidak baik. Apatah lagi bukankah diantara dua manusia yang berlainan jantina itu akan pasti ada yang ketiga?
            Ilham mengucapkan syukur dihatinya. Lega. Alahai macam la aku ni budak kecil. Dia membebel sendiri. Terasa malu pula bila terus terusan dileteri olah Amyra sedangkan umurnya ketika itu sudah 24 tahun. Beza empat tahun dari mereka berdua. Lebih dari itu dia bukanlah lelaki jahat yang akan melakukan perkara perkara tidak senonoh itu apatah lagi Ariana adalah gadis kesayangannya.
            Dengan langkah perlahan pintu kamar Ariana dibuka dari luar. Matanya tunak mencari si gadis. Tapi hampa bila bayang Ariana langsung tidak kelihatan. Terdengar esakan halus dia menuju pula ke balkoni. Terhenti langkahnya sebaik melihat Ariana yang sedang menangis sambil menyembamkan mukanya itu.

 “Fea”
            Ariana memangung kepalanya. Hampir terloncat dia dek kerana terkejut melihat Ilham yang sudah pun berada di hadapannya ketika itu.
            Diam..
            Melihatkan Ariana yang kaku membeku Ilham turut melabuhkan punggungnya disisi Ariana. Tunak matanya memandang Ariana  disisinya. Tangan Ariana digengam kemas. Makin kemas pegangannya bila terasa gadis itu menarik narik tangannya. Huh degil betul. Sempat dia mengomel melihatkan aksi Ariana itu.
            “Saya minta maaf k.. Saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak” Dia memulakan kata.
           Diam.
            “Ok fine.. memang saya tak suka awak pakai baju macam tu, seksi” Ujarnya pula apabila kata katanya tadi tidak mendapat reaksi. Seksi? Benar Ariana kelihatan seksi apabila berpakaian begitu. Bodohkah dia apabila tidak menyukainya. Tidak! Dia bukan bermaksud begitu. Dia juga suka melihat Ariana lawa begitu. Tetapi cukuplah hanya untuk pandangan matanya. Bukan mereka yang lain. Opss! Terlebih pulak! Akhirnya Ilham tersenyum sendiri. Entah apa saja difikirannya diketika ini.
            Senyap.
            “Ye  saya mengaku saya suruh awak tukar baju tadi..”
           Sunyi.
            “Ok ok saya tahu saya salah..” Dia beralah pula. Namun masih juga seperti tadi. Ariana dilihatnya hanya membeku tanpa reaksi.
            Ilham menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan.
            “Fea awak ingat awak pernah tanya pada saya pasal permintaan kedua saya?” Ilham memulakan cerita pula. Berharap agar Ariana mengingatinya.
            Ariana membisu lagi. Biarpun dia diam telinganya masih mampu menangkap satu persatu kata kata yang keluar dari bibir lelaki itu.
            “So.. nilah dia yang saya nak. Saya tak nak awak pakai seksi seksi lagi.” Ilham berterus terang. Sangkanya Ariana akan sudi menurut permintaanya itu. tetapi..
            Ariana mencebik. Macamla pakaian yang dibeli lelaki itu tadi menutup aurat. Hatinya membebel sendiri. Namun tidak disuarakan kepada Ilham. Sekadar mendengar sambil menatap langit kelam.
            “Yer saya tahu gaun yang saya beli tu pun bukannya menutup aurat pun, tapi at least melepasi paha..” Paha awak yang putih melepak tu..
            Aii.. macam tahu tahu je apa yang aku fikir. Tapi apa kena mengena pulak..
            “Ok saya mengaku saya tak suka lelaki lain tengok paha awak..”
            “Kenapa awak diam awak dah bisu erh..” Ilham bertanya pula. Mana tidaknya sedari tadi dia bercakap. Tapi Ariana masih juga kekal bisu begitu.
            Eii.. ni nak pujuk ke nak mengutuk.. Ariana membentak geram di dalam hatinya.
            “Baiklah saya mengaku awak lawa. Saya tak nak orang terpikat ngan awak bila tengok awak pakai macam tu”
            “Fea.. sayang. Look at me” Muka Ariana ditarik  menghadapnya. Menyuruh Ariana bertentang mata dengannya. Biar dari mata turun ke hati.
            “Last saya mengaku saya jelous. Cemburu bila  lelaki pandang awak. Cemburu bila orang lain dapat tengok awak lebih lebih. Saya nak awak jadi wanita terbaik dalam hidup saya. Hanya untuk saya. Saya sayangkan awak Sofea. Saya cintakan awak.. dalam bahasa Inggeris I love you. Bahasa cina woo ai ni. Bahasa Korean.. err… tak sempat belajarlah. Awak faham tak !!” Ujarnya separa berselorah. Menangani gadis yang separa matang seperti Ariana membuatkan dia terpaksa bersikap sedikit kebudak budakan. Berbeza terus dengan sikapnya yang serius selama ini. Tetapi demi gadis itu dia sangup melakukannya.
            Ariana mencebik. 
            “Sayang.. jangan wat muka kesian macam tu boleh. Karang abang buang sayang ke laut kang.” Ilham mengugut apabila dilihatnya Ariana sudah mencebik ke arahnya.
            “Sayang cakap la. Abang dah penat cakap sorang sorang ni..”
            “Ok fine.. saya tahu saya bukan siapa siapa pada awak. Awak tak nak maafkan saya kan? Saya balik dulu, jaga diri..” Seusai berbicara dia berdiri tegak. Sudah kehabisan idea untuk memujuk Ariana yang hanya membisu sedari tadi. Kakinya mula melangkah menuju kepintu bilik.

“Itu je yang awak nak cakap?”
           Ilham yang berdiri beberapa langkah darinya dipandang lama. “Berdiri situ biar saya pulak yang cakap..”. Melihatkan Ilham yang seakan ingin berbicara Ariana menyambung kata lagi.
            “Dengar jer. Tak payah nak menyampuk.” Paku buah keras dipulangkan. Tadi dia hanya mendengar jadi apa la salahnya jikalau Ilham pula yang mendengar kata katanya.
            “First..saya tahu awak tak berniat nak sakitkan hati saya..” Dia mengaku itu. Dia tahu Ilham tidak berniat begitu Cuma dia yang terasa dek ditekan rasa malu apabila Ilham menyuruhnya menukar pakaian.
            “Second, seksi pada awak bukan pada saya. Juga bukan pada lelaki luar sana yang dah terbiasa dengan top tank and  what so ever. Tapi demi awak, ok fine saya janji saya akan jaga pemakaian saya. Tak nak pakai seksi seksi dah. Takut awak pulak yang tergoda.. ..haru tu” Dia membuat janji pula. Bukankah dia menyintai Ilham biarpun lelaki itu tidak tahu. Jadi dia tidak pula berasa berat hati sekiranya Ilham menyuruhnya memakai pakaian yang sedikit menutup aurat.
            “Third,  saya dengar awak suruh saya tukar baju tadi.. my question is why? Not what?” Ujarnya pula. Memang dia tidak tahu dan mahu tahu mengapa?
            “Fourth, memang awak salah. Awak ni sebenarnya nak pujuk saya ker nak kutuk saya..” Suaranya memerli pula apabila mengingati kata kata Ilham tadi.
            “Fifth, apa kena mengena paha saya dengan lelaki lain. Diaorang pun dah ada paha sendiri lah.” Kini dia berkata selamba pula.
            “Six, kalau diaorang suka ker benci ker pada saya ada saya peduli dalam bahasa English What I care!!”
            “Jangan menyampuk saya bercakap kalau awak taknak saya buang awak ke laut..” Ariana mengugut lagi apabila terkesan dipendengarannya suara Ilham yang ingin berbicara.
Ilham terkedu. Terbantut niatnya untuk menyampuk kata kata Ariana tadi. Sudahnya dia hanya berdiam diri.
            “Seven, lawa tu ciptaan Tuhan Encik Ilham, bukan hak saya..”
            “Lastly,  tak perlu awak ulang banyak banyak kali perkataan saya cintakan awak tu sebab saya still faham bahasa melayu lagi. Tak payah susah susah belajar bahasa Korean.. ada faham..”
            “Hah! Addition, macam tu ker cara nak memujuk? Tak romantic langsung..” Ariana mengakhiri kata katanya sambil mencebik. Padanya Ilham langsung tidak romantic. Apa salahnya jika lelaki itu memberinya bunga. Hehehe.. terlebih pulak.
            Tidak semena mena Ilham menghampirinya dengan renungan tajam. Ariana yang mula terasa gerun berundur setapak demi setapak. Dan akhirnya langkahnya terhenti sebaik saja badannya melekap ke dinding menunjukkan dia sudah tidak boleh melangkah lagi.. “Awak kenapa?” Ujarnya terketar ketar. Marah akan kata katanya kah?
            Tangan Ilham mengepung badannya dan tubuh lelaki itu didekatkan kearahnya sehinggakan setiap helaan nafas lelaki itu jelas ditelinganya. Hatinya mula terasa berdebar.         
Hah tahu pun takut. Ilham mengutuk pula. Wajah Ariana diamati dalam diam. Cantik. Teramat cantik. Matanya. Hidungnya. Bibirnya..bibir? Dia terasa bagai mahu sahaja mengucup bibir itu.
            “Am.. awak nak buat apa..” Ariana bertanya lagi. Cukup perlahan. Namun jelas di telinga Ilham yang sememangnya berada dalam jarak tidak sampai dua inci pun dengannya.
            “Syhhh.. Dengar sini. Saya cintakan awak.. I love you Sofea.. I love you” Ilham berbisik perlahan di telinga Ariana. Benar. Dia benar benar sudah jatuh hati dengan gadis yang berwajah polos itu. Dadanya yang terasa bergetaran apabila berada dekat begitu hanya dibiarkan.
            “Awak cintakan saya kan? Would you be my girlfriend and coming soon to be my wife? Saya akan cintakan awak sampai bila bila saya akan sentiasa sayangkan awak. Awak tak nak bagitau apa apa ker pada saya ermm” Dia mengusik pula.
            Ariana yang masih terkejut hanya mampu mendengar tanpa suara. Ilham cintakan aku? Ah.. benarkah? Dia bertanya sendiri. Terasa bagai tidak percaya pula. Mata lelaki itu ditentang berani. Cuba mencari sinar di sebalik mata yang cerah itu
            Sesaat..
            Dua saat..
            Tiga saat..
           “Hello what are you doing En. Ilham”
            Suara Amyra kedengaran sebaik sahaja pintu dibuka dari luar. Tunak matanya melihat Ariana yang terkunci didalam kedua belah tangan lelaki itu.
            Ilham yang melihat hanya mampu tersengih. Kantoi!! “ Saya tunggu awak kat bawah, salin baju pakai jeans jer. Hah jangan lupa bawak sweater skali..” Tangan yang tadi mengepung Ariana kini dijatuhkan perlahan. Langkah kakinya dihalakan ke pintu kamar. Berniat mahu berlalu dari situ. Sempat matanya dikenyit kearah Amyra yang jelas terkejut dengan aksi selambanya itu.

“Dah kenyang. Banyak Fea makan.” Ilham bertanya apabila dilihat makanan yang berada di pingan licin disapu gadis itu. Benar benar lapar barangkali setelah merajuk tadi.
            Ariana mencebikkan bibirnya. Tak habis habis nak perli orang. Saja la tu nak malukan aku. Dia mengutuk dalam hati.
            “Ni kenapa diam ni.. malu” Ilham menyakat lagi. Pipi yang sudah bertukar warna kemerah merahan itu dipandang.
            “Elehh.. tak der maknanya nak malu malu ni. Ingat malu malu kucing apa” Ariana membalas selamba.
            Ilham yang mendengar hanya ketawa perlahan. Perangainya dah datang balik la tu. Kuat mengomel. “Jom, kita pergi sana” Ujarnya seraya menunjuk kawasan tasik dihadapan mereka. Tadi sebaik sahaja Ariana masuk kekeretanya terus dihidupkan enjin kereta dan dibawa gadis itu ke Tasik putrajaya. Ingin menikmati panorama malam bersama kekasih hati.
            Ariana hanya menganguk sambil melangkah. Kejap tangannya yang berada erat di genggaman Ilham menimbulkan debar dihatinya.. ahh.. perasaan cintakah itu?
            “Awak..” Dia memulakan bicara. Tidak betah dengan suasana diam diantara mereka.
            “Ya Fea” Ilham menyahut tenang.
            “Kenapa awak bawak saya pergi sini?” Ariana bertanya pula. Pelik mengapa Ilham memilih Tasik Putrajaya sebagai destinasi mereka berdua.
            “Sayang…” Ilham tidak menjawab sebaliknya dia memanggil Ariana perlahan. Panggilannya turut diubah. Sudah tidak teragak agak memanggil Ariana dengan pangilan itu memandangkan Ariana kini sudah menjadi kekasih hatinya.
            “Ermm..”
            “Apa kata kalau sayang panggil ABANG.. sweet sikit..” Ujarnya meminta.
            Ariana mencebik. Tidak sampai 24 jam pun lagi hubungan mereka, Ilham sudah memintanya memanggil abang..agak agak romantic la tu.
            “Kenapa?” Soalan dilontarkan kembali.
            “Entah! Terasa macam you are mine. Sayang dengar sini..” Muka Ariana dipalingkan menghadap ke arahnya. “Janji dengan Abang, Sofea hanya bahasakan ‘Abang’ dengan abang sorang jer…” Ujarnya meminta.
            “Lol.. kalau saya kahwin ngan orang lain nanti macam mana? Saya nak panggil dia apa..” Ariana mengusik pula. Sengaja mahu menyakat Ilham yang dilihatnya serius berbicara. Tidak usah meminta kerana dia pasti akan melakukannya.
            Diam…
            “Hah.. saya tahu! Nanti saya panggil la dia hubby.. bie.. darling.. betul tak?” Riak wajah tidak bersalah sehabis daya cuba dipamerkan.
            “Fea, abang serius k. Nak main main pulak. Lagi satu.. ‘Sofea’.. nama tu Cuma untuk abang je.. ok…”
            Ariana hanya tersenyum cuma lalu menganguk perlahan. Ahhh bahagiakah dia menjadi kekasih lelaki itu? Ya dia bahagia. Terasa kasih sayang dan perhatian mama dan papa yang lama pergi kini kembali kepadanya.
            “Abang, abang takkan tingalkan Fea kan? Abang akan setia ngan Fea kan?” Ariana bertanya lagi. Dia tidak mahu Ilham hilang dari pandangannya setelah kasihnya benar benar tumpah buat lelaki itu.
            “Yups, abang janji sayang. Abang janji takkan tinggalkan Fea” Tangan Ariana digenggam erat. Ariana turut membalas pegangan tangan itu. ‘Mama, papa. Tengoklah puteri mama ngan papa sekarang. Ariana rindu dengan mama.. papa. Ariana yakin Ilham mampu menjaga Ariana. Restui kami ya mama .. papa..’ hatinya berbicara sendiri berharap jikalau detik indah ini dapat dikongsi bersama kedua orang tuanya yang telah lama ‘pergi’ jauh darinya.
            Hampir sejam mereka berdiri memandang langit hitam dan ditemani desiran air tasik Ilham akhirnya menghantar Ariana pulang setelah dilihat jam sudah hampir ke pukul 11.00 malam. Bimbang juga dia seandainya masih berlama dengan Ariana. Yakin kasihnya tumpah buat gadis itu. Bimbang seandainya tidak mampu mengawal diri apatah lagi makhluk tuhan yang ketiga itu sentiasa ada dimana mana. 


2 comments:

Anonymous said...

nk tanye.. mane prolog citer ni ? ke da batal? kalo lay btl je la ea.. xmo am d tunang

Fara said...

prolognya ader.. tp prolog tu actually untuk diletakkan dlm novel je kan.. kalau letak kat sini tak gempak ar kiranya hehehe.. cerita ni actualy dah siap semuanya cuma tak upload je lagi.. saya akan upload dari masa ke semasa.. coz tak sempat..