Monday, December 21, 2009

AnDaI ItU TakDiR CiNta (12)




Hari minggu begini Ariana dan Amyra hanya berehat di rumah. Masing masing sedang bertungkus lumus menyediakan diri dengan teori teori yang dipelajari selama empat bulan setengah untuk dijawab pada hari ‘Final exam’ nanti. Lama Ariana memandang buku dihadapannya itu. Tepu otaknya dek kerana terlalu lama membaca. Melihat Amyra yang masih tekun menekan calculator membuahkan kerutan di dahinya. Tidak penatkah temannya itu mengadap buku setiap hari?
            “Dah habis baca belum tu? Ralat benar saya tengok awak mengira?” Ariana menegur Amyra setelah melihat tiada tanda tanda gadis itu akan berhenti seketika untuk berbual dengannya.
            “Uit, senyap nak siapkan ni dulu. jangan kacau” Amyra menjawab selamba sambil matanya tunak memandang buku dan tangannya ligat menekan calculator. Takut mengganggu konstenterasinya terhadap pengiraan yang sedang dilakukan.
            Ariana mencebik. Namun tidak pula dia menganggu. Perlahan lahan dia berdiri. “Awak saya nak ambil air ni. Awak nak?”
            Amyra mengangguk nganguk. “Fresh orange eh”
            Terlopong mulut Ariana mendengar permintaan temannya itu. Rasa nak gelak pun ada. Mana tidaknya dalam kelam kelibut temannya itu sempat lagi memberi ‘order’ sedangkan niat dihatinya tadi hanya ingin mengambil air biasa sahaja. Hehehe..Hatinya bersuara nakal. “Ok”
            Sambil bernyanyi riang dia menuju ke ruangan dapur. Berkerut dahinya sebaik melihat Mak Ilah yang sedang memasak di dapur. Jam didinding dilihat sekilas. Pukul 3.30 petang. Pelik pula dia setiap kali melihat wanita itu sentiasa ada di dapur. Sepanjang hari pulak tu “Mak Ilah, ada kat dapur lagi? buat apa?”
            “Mak Ilah tengah buat adunan ni hah. Untuk makan masa minum petang nanti”
            “Mak Ilah, tak payah buat semua tu. Kesian pulak saya tengok. Hari hari sediakan makan minum kami. Sesekali tu bawak la berehat Mak Ilah. Kalau kami nak makan pandai pandai la kami cari nanti” Ujarnya sambil mengambil beberapa biji buah orange di dalam peti. Sambil sambil itu tangannya ligat mengupas kulit buah itu untuk dibuat juice orange.
            Mak Ilah berpusing menghadap Ariana. “Mak Ilah dah biasa Ariana. Kalau waktu petang petang kan kamu suka..”
            “Teruskan mak Ilah.. I`m ok.. da lama da kan” Dia menyampuk apabila melihat Mak Ilah yang teragak agak untuk menyambung kata. Pasti berkaitan dengan papa dan mama nya.
            “Eerr.. kamu suka bersantai dengan tuan dan puan. Mama kamu selalu pesan pada Mak Ilah buatkan kuih muih ni untuk kamu makan petang petang. Selalunya mama kamu sendiri yang buat. Mama pernah cakap, dia suka sangat bila tiba waktu petang.. ye lah.. time tu kamu, papa ngan mama suka bergurau senda dekat tepi kolam tu hah”
            “Saya ingat tu. Rindu la kat mama ngan papa. Tapi Mak Ilah tak perlulah setiap masa sediakan makanan. Bagi jer makanan ringan kat kami. Biskut snek tu banyak Mak Ilah. Nanti karang, gemuk pulak kami berdua nanti. Mak Ilah kalau masak dah le sedap.” Ariana menambah lagi. Tidak mahu mengulas panjang peristiwa lama yang mampu membuatkannya bersedih. Masih diingat pesan mama dahulu ‘kita boleh hidup dalam kenangan, sebab kenangan mendewasakan kita.. tapi ingat jangan sesekali menangisi kenangan.. kerna kenangan bisa membuat hati yang rawan kembali terluka’.
            “Banyak la kamu. Tak dernya badan kamu tu nak naik, kurus macam tu jugak”
            “Hehehe.. k lah Mak Ilah air dah siap ni. Saya keluar ya” Ujarnya sebaik sahaja fresh orange yang sudah siap dimasukkan di dalam gelas diletakkan di dalam dulang.
            “Hah.. kamu nak keluar pergi mana. Nak keluar dengan Ilham lagi?”
            Ariana  mengerutkan dahinya sekali lagi sebaik mendengar kata kata Mak  Ilah. Pelik. “Keluar ke laman depan la Mak Ilah. Bukan keluar rumah”
            “Ouh.. ingatkan kamu nak keluar tadi” Mak Ilah tersenyum pula. Sangkanya Ariana mahu keluar bersama Ilham kerana Serasanya sudah dua tiga hari Ilham tidak datang ke rumah ini .
            “Tak lah Mak Ilah. Ini kan minggu exam. Dia suruh saya study jerr. Dia pun busy dengan kerja dia tu. Langsung tak der masa nak jumpa saya Mak Ilah.. sian..” Ariana meleretkan suaranya. Sengaja mahu memancing simpati wanita tua itu. Sedangkan dia sudah maklum Ilham menyuruhnya focus pada study ketika itu. Tidak mahu menggangu nya. Kata Ilham dia tidak mahu kekasihnya itu repeat paper disebabkan terlalu angau dengannya. Agak agak kejam tak alasan lelaki  itu?
            “Hah bagus la tu. Tahu jugak Ilham apa yang terbaik untuk kamu. Bagus budak Ilham tu yer”  Mak Ilah memuji senang. Gembira kerana dalam pada rasa hangat bercinta Ilham masih tahu apa yang terbaik untuk mereka berdua.
            “Mak Iiiiilah.. orang mintak dikesiankan. Mak llah lagi puji Ilham buat apa..hehehe.. k lah mak Ilah. Byeeee.. sayonara” Sempat dia mengenyit mata buat Mak  Ilah yang tidak berpuas hati dengan alasannya itu.
            “Nah air awak” Ariana menghulurkan gelas yang berisi Fresh orang ke kearah Amyra.
            “Thanks. Ariana, you start exam pukul brapa esok??”
            “11 pagi… kenapa??”
            “Saya start awal.. so how?” Amyra bertanya dengan riak bimbang. Al maklumlah, dia mana ada kenaikan jika disuruh pergi ke kampus sendiri esok.
            Tidak membalas kata kata itu Ariana terus masuk kedalam rumah. Ingin mengambil sesuatu untuk temannya itu.
            Terpinga pingga Amyra apabila ditingalkan terkebil sendirian. Dia mula terasa ingin menangis. Ahh..apa yang harus aku lakukan sekarang?
            “Nah” Ariana menghulurkan sesuatu buat temannya itu.
            “What that?”
            “Kuih” Dia menjawab selamba. Sudah jelas benda yang dihulurkan tadi ialah ‘kunci’
            “Ish.. wat lawak pulak. So nak buat apa?” Amyra bertanya lagi. Blur..
            “Mulai esok awak drive sendiri k”
            “Why?  So what about you?” Sekali lagi pertanyaan terlontar dari bibirnya. Hairan. Lagi pula jikalau dia memandu kereta Ariana. Temannya itu mahu naik apa untuk ke kampus?
            “Miss Amyra can`t you see in front of you?” Ariana mengunjuk ngujuk ke tempat parkir kereta yang menempatkan tiga buah kereta itu. Kereta arwah papa, mama dan dia.
            “I can drive that vios, so you guna la my myvi.. apa susah” Ujarnya selamba. Lagipula jikalau kereta papa dan mama tiada pun dia tetap boleh pergi ke kampus kerana Ilham pasti akan menghantarnya. Selama seminggu dua ini pun bukankah Ilham yang menghantarnya ke kampus?
            “Are you serius?” Amyra bertanya lagi. tidak percaya. Selebihnya dia segan. Asyik menerima jer.
            “Yups. And one more thing.. sejak bila kita bercakap I, you  ni. Siap speaking lagi” Ariana akhirnya tergelak sendiri. Mana tidaknya tidak pasal pasal pula mereka berkomunikasi mengunakan bahasa orang putih itu.
Amyra mengaru garu kepalanya yang tidak gatal. Ya tak ya jugak ya. Akhirnya dia turut tertawa sendiri. “ Thanks”
“Welcome!!”

+Good luck for your exam..
sayang buat baik baik tau..love u

            Sebaik sahaja bangun dari tidur Ariana sudah mendapat pesanan ringkas dari Ilham. Gembira hatinya usah dikata. Semakin bersemangat dirinya untuk menjawab soalan ‘Final Exam’ itu. Yakin dengan kemampuan diri ditambah dengan sokongan kuat dari Ilham. Mesej Ilham segera dibalas sebelum dia menuju ke bilik mandi.

-tq.. pray 4 my luck.. love u 2..

Dalam pada masa yang sama Amyra yang sedang bersiap sedia untuk keluar menuju ke kampus tergesa gesa mengambil phone nya sebaik handsetnya nyaring mendengdangkan ring tone ‘good bye’ menandakan ada pesanan ringkas yang masuk.

+try hard for your exam.. good luck J
From:- Haikal

            Dahinya sedikit berkerut. Pelik! Macam mana la mamat ni tahu aku nak exam? Serasanya ketika Haikal menghubunginya dua hari lepas tidak pula dia memberitahu lelaki itu bahawa dia akan menempuh exam minggu ini. Cuma dia sempat berpesan kepada lelaki itu supaya tidak menganggunya dalam tempoh sebulan ini memandangkan Haikal kerap juga menghubunginya. Atas tujuan apa? Tidak pula dia mahu ambil tahu. Tiba tiba dia teringat sesuatu. Tangannya terus sahaja mengetuk kepalanya sendiri. Reaksi spontan  Ariana ketika teringat sesuatu sekarang turut menjadi ikutannya. ‘Ouh my goodness of course la dia tahu. Dia kan kawan Ilham. Apa la bengap aku ni’ Hatinya membebel sendiri.
            Dibiarkan mesej itu tanpa berjawab.. ahh tak penting pun. Namun kembali berfikir sesaat dia memutuskan untuk membalasnya. Yer la orang dah mesej, sian pulak nanti kalau tak balas. Kan ? kan?

-Ok.. tq..


1 comment:

Anonymous said...

qwumkqegpinjszgwwrrw, http://yahooscanner.net yahoo Scanner, unGbqBR.