Friday, December 25, 2009

AnDaI ItU TakDiR CiNta (14)


Ariana menutup buku yang ditatapnya tadi. Dia lantas berdiri. Badannya dipusing pusingkan ke kiri kekanan bertujuan untuk menghilangkan lenguh di badan setelah mengadap buku sedari tadi. Masuk hari ini sudah Tiga minggu dia menempuh minggu Final. Hanya tinggal lagi satu Subjek untuk dia menuju ‘kemerdekaan’. Dia kemudiannya berbaring sambil berangan jauh. Tidak sedar entah bila waktu dia akhirnya terlena.
            Ilham yang ketika itu masih berada dipejabat menatap jam dinding lama. Pukul 9 malam. Frame gambar yang memuatkan gambarnya dan Ariana dipandang lagi. Rindu pula dia mahu mendengar suara gadis itu. Tangannya kemudian spontan  mendail number Ariana. Tapi hampa kerana panggilannya tidak bersahut. Ahh.. kemana la Sofea ni pergi? Hatinya bertanya sendiri.
            “Am, you tak nak balik lagi ker” Nisha bertanya sebaik memasuki pejabat Ilham. Baru sahaja dua minggu bekerja disini dia sudah terpaksa ‘stay’ di Putra holding bersama kakitangan yang lain untuk menyiapkan kertas kerja yang memerlukan perhatian segera. Mereka perlu membentangkan kertas kerja Projek perumahan Taman Setia Indah itu pagi esok. Kelam kelibut Warga Putra Holding apabila mendapat arahan sebegitu.
            “Lepas ni kot. I nak check kertas kerja yang lain dulu”
            “Ermm.. k lah kalau macam tu. I balik dulu” Nisha berkata seraya menuju ke pintu.
            “Ok..” Tanpa memandang Nisha dia meneruskan kerja kerjanya. Sesaat kemudian dia mendongak ke pintu biliknya kembali . Dilihatnya Nisha masih berdiri di pintu pejabatnya itu.
            “Nisha, ramai lagi ke staff kat luar?”
            Langkah Nisha  terhenti apabila mendengar pertanyaan Ilham yang hampir tidak kedengaran kerana terlalu perlahan.
            “Tinggal dua je lagi, itu pun dia orang tengah bersiap nak balik..”
            “Am.. I think better you pun balik. I tengok you pun dah menguap tu” Nisha berkata seraya menguak pintu untuk keluar.

Ariana mengeliat beberapa kali. Matanya digosok gosok. Jam didinding yang  menunjukkan pukul 11 malam dipandang lama. Hilang sudah rasa mengantuknya dek kerana tidur terlalu lama. Terus dia berdiri dan menuju ke bilik mandi, mengambil wuduk dan bersolat. Seusai bersolat Ariana menuju ke tingat bawah tapi hanya sepi yang menyambutnya di bawah. Ahh.. awal la pulak dia orang tidur. Hatinya membebel sendiri.
            Selepas meneguk segelas air Ariana menuju ke kamarnya kembali. Menatap buku seketika. Tiba tiba dia terasa bosan mana tidaknya sudah Lima hari menatap buku yang sama. Handset yang diletakkan diatas meja study diambil.  Number Ilham  didail setelah melihat 3 miscall dari lelaki itu. Mungkin panggilan yang dibuat sewaktu dia tidur tadi.
            “Assalamualaikum sayang” Kedengaran suara Ilham menyapa sebaik sahaja talian disambung.
            “Abang tengah buat apa? Fea bosan la..” Ariana mengadu lirih. Mengharapkan Ilham menemaninya ketika ini.
            “Abang tak de buat apa pun. Dah habis study ker?” Ilham bertanya kembali sambil membuka pintu rumahnya. Di ketika itu dia baru sahaja sampai ke apartmentnya. Kot dan briefcase dibaling ke atas katil. Kemudian dia menyandar kan badannya di sofa di dalam biliknya itu untuk mengurangkan rasa penat.
            “Bosan la Fea menghadap buku tu..”
            “Dah habis baca ke belum?”
            “Dah. Kan ada lima hari selang before last paper esok..”   Ariana mengingatkan. Masakan lelaki itu lupa.
            “So.. sayang tidur la. Besok  ada tenaga sikit nak jawab exam”
            Ariana mengaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana nak tidur kalau baru je bangun. “ Fea.. baru jer bangun. Tadi Fea dah tidur. Macam mana ni abang. Fea bosan ni..”
            Ilham memicit micit kepalanya. Rasa yang biasa melandanya setiap kali kepenatan akibat terlalu banyak kerja. “Ermm.. kawan sayang dah tidur ker? Kalau belum pergila kacau dia” Ilham memberikan idea. Kesian pula dia mendengarkan  aduan Ariana itu.
            “Semua dah tidur la..”
            “So Fea nak abang buat apa sekarang..”
            “Entah lah. Abang baru balik kerja ker? Penat eh..” Ariana bertanya kembali. Tidak senang pula dia sekiranya Ilham kepenatan setelah seharian bekerja.
            “Tak der la sayang. Ni kan dah pukul 11 lebih..”  Ilham memberitahu setelah menimbang  tara kewajaran dia memberitahu Ariana perkara sebenar. Mengenali Ariana dia yakin gadis itu pasti tidak mahu menganggunya sekiranya tahu dia penat bekerja. Sedangkan bagi dirinya dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya itu.
            “Ok lah.. macam ni. Abang temankan sayang study erh. Tapi bagi setengah jam abang nak mandi and solat dulu k..”
            “Okeys.. tq.. nanti abang call tau. Bye” Senyuman gembira terlakar diwajah. Senang hati kerana Ilham mahu menemaninya.
            “Bye..” Setelah talian dimatikan. Dia mengambil tuala lalu menuju kekamarnya. Berharap rasa mengantuk dalam dirinya hilang sebaik sahaja rambutnya mencecah air.

“Eleh ye la tu. Janji kalau Fea dapat pointer tinggi abang belanja.. pergi melancong.. ok tak..” Ariana tergelak riang. Sudah sejam dia bergayut sambil sesekali matanya melirik pada buku disebelah. Walau sebenarnya bukan masuk pun apa yang dilihatnya mana tidaknya dia sedang berbaring ketika itu. Sekadar ingin mengunakan pepatah sambil menyelam minum air. Walaupun sebenarnya langsung kata kata itu tidak boleh di guna pakai.
            “Ok deal. Tapi kalau sayang repeat, sayang yang kena belanja abang” Ilham mengugut. Tika itu dia sedang membuat Nescaffee. Sengaja diminumnya untuk menahan ngantuk.
            “Abanggggg.. jahat saja la tu nak doakan Fea repeat..” Ariana menjerit nyaring. Geram pula dia bila diugut begitu. Sudah lah sekarang dia sedang bergayut dengan lelaki itu sedangkan Esok last paper final exam. Bimbang juga dia andai kata kata Ilham menjadi kenyataan.
            “Mana ader.. abang cakap jer” Ilham ketawa rancak. Kelakar pula dia mendengar nyaring jeritan Ariana  dari talian sebelah sana. Gabra betul..
            “Kata kata itu satu doa tau abang..” Ariana memberi syarahan.
            “Iye la sayang. Abang minta maaf.. so where do you want to go..” Ilham bertanya seraya kembali berbaring di atas katilnya itu.
            “Paris.. menara Eiffel” Ariana tersengih sengih. Ada peluang nak melancong luar Negara ni.
            “Tembok besar china.” Dia menambah lagi sebelum Ilham sempat menyampuk.
            “Australia.. ker”
            “Amboi.. itu dah masuk kategori honeymoon dah tu. Sayang kahwin ngan abang je la macam tu..” Ilham mengusik.
            “Abang!! Tak nak la cakap ngan dia. Orang serius la..” Ujarnya menahan geram. Kahwin? Bagus jugak tu. Hehehe. Akhirnya dia tergelak sendiri. Masakan umur begini dia sudah mahu kahwin.
            “Taman bunga je la..” Ilham menambah lagi. Pasti seronok jikalau dapat melihat muka Ariana yang  merah padam  menahan geram.
            “Taman permainan ker..”
            “Elehh. Kedekut..” Ariana mencebik.
            “Ok .. nanti abang bawak sayang pergi oversea. Kita tinggal je terus kat sana. Tapi sayang kena kahwin ngan abang dulu. Macammana tawaran terbuka ni” Ilham berkias. Mahu melihat reaksi Ariana ketika itu. Seandainya Ariana bersetuju dia juga tidak punya masalah. Yakin diri  sudah bersedia kearah itu.
            “Bila?”  Ariana turut bermain tarik tali. Yakin Ilham ingin bermain kata kata dengannya.
            “Tahun ni la..”
            “Uit.. tak nak la Fea. Fea nak study la abang. Lagipun Fea tahu abang tu main main. Suka main main. Macam budak budak..” Ariana membalas selamba. Masakan Ilham mahu mengahwininya tahun ini juga. Mana tidaknya kurang dari tiga bulan sahaja lagi tahun baru akan menjengah. Ahh..  Ilham suka benar bergurau dalam hal hal sebegini.
           “Hahaha.. ye la abang la tu cam budak budak. Sayang dah macam mak budak..” Ilham mengalah. Ariana? Gadis itu terlalu muda untuk masuk kealam perkahwinan. Kerana itulah dia hanya berkias dahulu.
            “Wekk.. abang Fea ngantuk la..” Ariana berkata Seraya menguap beberapa kali. Jarum jam sudah menginjak ke angka dua pagi. Tapi matanya tetap degil tidak mahu pejam.
            Ilham yang mendengar hanya tersenyum.. “Tidurla sayang, abang teman..”
            “Macam mana nak tidur mata tak mau lelap..”
            Ilham mengeleng geleng. Mendengar rengekan Ariana terasa bagai melayan anak kecil. Matanya yang turut mengantuk dikelip kelipkan bagi menghalang rasa mengantuk itu. Ish.. apa ni minum Nescaffee pun tak jalan ker. Hatinya membebel sendiri.
            “Abang tak ngantuk ker? Esok kerja kul brapa..” Mulutnya masih riang bertanya walaupun mata sudah terpejam.
            “Pagi macam biasa. Fea exam pukul berapa esok”
            “Kul sepuluh..”
            “Sayang ngantuk kan.. tidur la.. tidur..tidur “ Ilham menyeru beberapa kali. Dengan harapan dapat membuat mata Ariana terpejam.
            “Abang..”
            “Tidurla sayang.. tidur.” Ilham menyeru lagi
            “Hmmm…” Tanpa disedari Ariana akhirnya terlena. Telefon digengaman  terlepas.
Ilham yang menyedari suasana bisu disebelah talian menyebut nama Ariana berkali kali. Yakin gadis itu sudah terlena. Dia berbisik perlahan.. “Tidurla sayang.. good nite.. I love you” Talian dimatikan. Tidak sampai lima minit kemudian dia turut terlena.

1 comment:

Anonymous said...

kalau diorg kawen awal lg besh!!