Saturday, January 9, 2010

AnDaI ItU TakDiR CiNta (19)


Majlis yang bermula selepas solat isyak dimulai dengan bacaan yassin untuk kedua arwah orang tuanya disusuli dengan bacaan doa selamat tamat tepat jam 10.00 malam. Atas cadangan Ilham, Ariana menjemput jemaah masjid untuk bacaan doa tidak terkecuali sahabat papa dan mama dan saudara maranya. Puan Aisyah, mak longnya pula menguruskan catering untuk menyediakan makanan untuk para tetamu jemputan yang diangarkan 300 orang.
‘mama..papa.. berbahagialah kalian disana. Ariana dah tunaikan permintaan mama ngan papa. InsyaALLAH Ariana akan menjadi manusia yang baik’ Hatinya berdetik kecil sambil memandang bintang di langit. Yakin kata hatinya dapat didengari oleh kedua orang tuanya.
Selesai sahaja majlis bayang Ilham dicari lagi. Ketika itu hanya tinggal ahli keluarganya iaitu keluarga maklong iaitu kakak kepada ibunya dan keluarga maksu adik kepada papanya. Kedua orang tuanya hanya mempunyai dua beradik mungkin disebabkan itu lah dia menjadi anak tunggal kepada Puan Salina dan Tuan Hadi. Tiba tiba matanya tertacap pada tubuh itu. Ilham dan Ariana yang hari ini memakai pakaian sedondon berwarna krim kelihatan serasi bergandingan. Dia mengamit Ilham perlahan. Hari ini Ariana ingin mengenalkan Ilham dengan ahli keluarganya yang lain.
“Mak long, ni Ilham” Tubuh Puan Aisyah dipaut sebaik sahaja sampai di hadapan ibu saudaranya itu.
“Ehh.. Ilham. Bila sampai? Tak nampak pun tadi” Puan Aisyah bersuara sebaik sahaja terlihat kelibat anak muda itu.
“Lepas isyak tadi Auntie.” Ilham menjawab sopan.
“Hah.. mak long dah kenal Ilham ker?” Ariana bertanya pelik.
“Dah la. Dulu masa kamu masuk hospital. Dah pernah makan sekali pun!!” Puan Aisyah memberitahu. Dalam diam dia sudah lama merestui hubungan anak saudaranya bersama Ilham walaupun ketika itu Ilham dan Ariana hanya kawan biasa. Tapi tadi dia sudah diberitahu oleh Mak Ilah akan hubungan cinta anak saudaranya itu.
“Lor.. abang tak bagitahu pun?” Ariana bertanya Ilham pula. Tidak berpuas hati.
“La.. dah sayang tak tanya” Ilham membela diri. Dia dan Puan Aisyah hanya ketawa melihat riak ketidak puasan hati Ariana itu.
“Ilham jaga la Ary ni baik baik. Nakal ni. Tak terlayan kami semua nak layan karenah dia” Puan Aisyah menambah. Anak saudaranya yang seorang ini memang banyak perangai tapi paling mudah untuk dijaga.
“Hah betul tu! Abang sokong. Silap hari bulan nanti kamu yang dikerjakan si Ary ni” Haziq menyampuk. Dia yang juga anak sulung maklong cukup arif akan perangai Ariana itu.
Ilham ketawa lagi “InsyaALLAH jika diizinkan Tuhan saya akan jaga Sofea baik baik. Pasal perangai dia tu, nak buat macam mana kan. Redha je lah” Ilham berselorah sambil menuturkan janji.
Mata Ariana membuntang. Geram bila disindir begitu. Tangannya sempat mencubit Haziq yang dilihatnya sudah ketawa mengekek mendengar jawapan yang keluar dari Ilham.
“Ouch.. Ary sakit ok! Kau tengok la tu perangai dia macam budak budak!!” Haziq menambah. Perit tangannya dek dicubit sepupunya itu.
“Abang menjawab la, nanti Fea cubit abang pulak?” Ariana mengugut apabila dilihatnya Ilham seakan ingin mengatakan sesuatu.
Ilham hanya membuat muka selamba. “Biasa la tu abang Ziq. Hari hari saya kena..” Dia turut memanggil lelaki itu abang setelah mendapat tahu umur Haziq lebih tua darinya iaitu 26 tahun.
“Abangggggggggg.. tak nak kawan. Merajuk!” Ariana memalingkan muka.
“Alah.. Abang gurau pun tak boleh. Kuat merajuk betul” Tangan Ariana ditarik supaya berdiri sebelahnya.
Puan Aisyah yang melihat sudah tersenyum. Tiba tiba datang pula Suami dan anaknya Shahrul.
Shahrul yang melihat Ariana terus menarik rambut sepupunya itu.
“Abang shah ni sakit la. Pak long tengok la tu. Abang Shah jahat..” Ariana mengadu pula kepada paklongnya. Rambutnya yang berserabai kerana ditarik abang sepupunya itu dibetul betulkan. Langsung tidak berpuas hati terus dikejarnya Shahrul yang sudah pun berpusing pusing di sekeliling meja hidangan.
“Dah la tu. Ok ok.. abang minta maaf. Umi, abah tengok la ni.. Ariana” Shahrul menjerit kearah kedua orang tuanya.
“Eii.. dia yang kacau orang, dia yang mengadu. Umur dah 23 tapi perangai macam budak kecik. Eeiii.. tak malu. Sengalll. Baling ke laut baru tahu” Ariana membebel panjang dek kerana geram dengan telatah sepupunya itu. Kakinya dihentak beberapa kali. Setelah itu dia melangkah pergi untuk menuju ke tempat Ilham kembali. Namun baru beberapa langkah rambutnya ditarik lagi. Terlerai selendang yang dipakai.
“Abaaaaggggggggggg……… jahat la. Sakit tahu..” Ariana menjerit nyaring.
“YA ALLAH kenapa pulak tu. Shahrul sudah sudah la tu!!” Tuan Helmi memarahi anaknya. Kesian pula dia melihat Ariana yang terkulat kulat dikerjakan anak bongsunya itu.
Ariana mengetap bibir. Air matanya hampir menitis dek kerana terlalu geram.
“Ala la.. abang Shah gurau je. Janganla touching..” Shahrul memujuk apabila dilihatnya muka Ariana sudah mendung.
“Abang shah jahat! Jahat jahat jahat!!” Seusai berkata kata dia melangkah kearah Ilham. Sempat tubuh sepupunya itu ditolak. Dek kerana tidak bersedia Shahrul langsung jatuh terduduk. Ariana yang melihat terus melambakkan ketawanya. PADAN MUKA!!
Sebaik tiba di tempat Ilham. Tangan Ariana terus dicapai dan diusap lembut “Nakal eh?” Ilham bertanya selamba.
Ariana mencebik “Padan muka dia.. huhuhu.. sukanya”
Ilham, Haziq, Tuan Helmi dan Puan Aisyah hanya mengeleng geleng melihat aksinya itu. Sudahnya mulut Shahrul pula yang membebel panjang kerana bajunya kotor.
“Ilham dah makan  ker? Kalau belum jom la makan?” Tuan Helmi mempelawa setelah keadaan kembali tenang.
“Eh.. Saya dah makan tadi uncle. Sekali dengan para tetamu tadi”
“Kalau macam tu jom la semua masuk rumah, sembang kat dalam. Biarkan pihak cater yang kemas semua ini” Puan Aisyah memberi cadangan seraya bangun diikuti yang lain.

“Wow.. lawanya. Thank you. Sayang maklong ngan paklong” Pipi Puan Aisyah dicium kiri dan kanan setelah hadiah pemberian ibu saudaranya itu dibuka.
“Maklong je.. paklongnya?” Tuan Helmi berselorah.
“Hehehe.. ingat nak kiss pak long jugak tapi takut mak long marah nanti.. hahaha” Ketawanya lepas. Tahu paklongnya itu hanya bergurau.
“Hah banyak la kamu..” Puan Aisyah turut menyampuk. Tidak tahan dengan kata kata anak saudara dan suaminya itu.
Setelah puas menilik gelang Kristal yang diberikan Puan Aisyah. Dia mengambil pula bungkusan yang lain.
“Ni abang Ziq eh yang bagi..” Tangannya memegang satu kotak hadiah yang berbalut warna hijau. “Macam baju jer..” Ariana serkap jarang. Dia tersengih sengih. Sudah biasa mendapat hadiah baju dari abang sepupunya itu setiap kali ulang tahun hari jadinya.
Haziq hanya tersenyum. Memang betul pun!  Dah tu nak beli apa lagi kan??
“Hah .. da agak dah. Tapi lawa.. thank you Abang. Dalam bahasa melayu dia terima kasih daun keladi lenkali bagi la lagi… ahaks” Ujarnya berselorah.
Keluarga yang lain sudah tertawa melihat telatahnya itu. Kemudian dia berpaling menghadap Ilham disebelahnya yang berdiam diri sedari tadi. Contol cun la tu!! Hatinya sempat mengutuk Ilham.
“Mana hadiah?” Tangannya ditadah ke arah Ilham.
“Ish tak malunya mintak hadiah ngan orang” Shahrul menyampuk. Dia yang tadi memakai baju melayu kini sudah memakai jeans dan t-shirt.
“Eh .. sibuk lak Abang Shah ni. Suka hati la..” Matanya menjeling tajam Shahrul. Kemudian menghadap Ilham kembali “Mananya Abang. Takder ker?” Matanya dikelip kelipkan. Buat gaya nakal.
“Tak der la Fea. Abang tak beli pun!!” Ujar Ilham selamba. Sengaja buat tidak tahu akan keinginan kekasih hatinya itu.
“Hah..” Matanya membulat. Terkejut!!
 “Ok fine” Malas memanjangkan cerita Ariana menghadap kehadapan kembali. Niat dihati memang dia ingin merajuk tetapi melihat raut yang seakan kepenatan kerana membantu tadi dia hanya membiarkan. Sesekali bersikap seperti orang matang adalah tidak sukar bagi dirinya. Lagipula gaya nakalnya itu hanya wujud dikala dia bersama Ilham dan keluarganya sahaja.
“Akak Ariana bukakla hadiah tu. Itu Abang Shah yang bagi” Elly yang ketika itu turut serta menyelit memberi cadangan.
Ariana melihat arah yang ditunjukkan Elly. Tangannya pantas mencapai bungkusan kecil itu. “Kecik jer. Mesti hadiah tak best. Tak nak bukak lah” Dia berkata serius pula dek kerana masih berdendam dengan perbuatan abang sepupunya itu.
Ilham yang melihat membulatkan matanya. Tidak berkenan dengan kata kata yang keluar dari bibir Ariana “Tak baik la sayang ni. Bukak la. Abang pun nak tengok ada apa kat dalam” Dia cuba memujuk.
Shahrul yang mendengar kata kata Ariana hanya ketawa terbahak bahak. Langsung tidak menunjukkan kalau dia terasa dengan kata kata sepupunya itu “Tak nak bukak sudah. Abang Shah tak rugi pun..” Sempat dia menyindir. Kemudian dia menyambung lagi.. “Ala abang Am jangan tak tahu, Ariana ni cerewet. Selalu macam tu. Yang saya bagi ader je yang tak kena” Dia membahasakan Ilham dengan panggilan abang memandangkan lelaki itu tua setahun darinya.
“Bukak la kak, nak tengok” Elly merayu rayu sambil menarik tangannya.
“A`ah.. mak Ilah pun nak tengok.” Mak Ilah turut bersuara.
“Pasni la Mak Ilah. Saya masih TERASA lagi tau ngan apa yang abang Shah buat. So apa kata kita bukak last sekali. Sebagai HUKUMAN. Ini hadiah maksu kan..” Perkataan terasa dan hukuman sengaja ditekankan. Dia kemudiannya  mengambil hadiah lain pula. Lalu dibuka perlahan lahan. Langsung tidak dipedulikan pandangan penuh mengharap dari ahli keluarganya itu.
Shahrul hanya mengerakkan bahunya. Tanda tidak kisah. Kita tengok la saper yang TERASA , TERANGKAT ngan TERKENA HUKUMAN lepas ni? Hatinya sempat mengutuk sepupunya itu.
“Mak long, kenapa maksu ngan paksu dah balik erh? Kenapa tak tidur kat sini jer” Ariana membuka cerita. Tidak sempat dia mahu mengenalkan Ibu saudaranya itu kepada Ilham apabila mereka sekeluarga tergesa gesa untuk pulang sebaik sahaja dia masuk ke rumah tadi.
“Entahlah.. ader kerja kot..”
Ariana hanya  tersenyum. Memang diakui dia tidak rapat dengan adik ayahnya itu berbanding ibu saudaranya yang ini. Entah dimana silapnya dia dan anak maksunya, Fatin turut tidak sekepala.
“Abang dah kenal dengan mak su?” Dia bertanya Ilham pula.
Ilham hanya mengeleng geleng. Sewaktu di hospital dulu dia hanya sempat berkenalan dengan Puan Aisyah dan Tuan Helmi sahaja.
“Ouh.. hah dah habis pun semua hadiah. So now kita bukak Abang Shah punya.” Hadiah yang ditolak ketepi tadi diambil kembali. Matanya sempat menangkap reaksi Shahrul yang mengerak gerakkan keningnya beberapa kali. Ariana mengerutkan keningnya. Hairan pula dia melihat abang sepupunya yang asyik tersenyum dari tadi. Seolah olah ada yang melucukan.
Didalam hati Shahrul membilang waktu untuk menghadapi kemungkinan kemungkinan yang terjadi..
Satu saat..
Dua saat..
Tiga saat..
“Opocott.. mak engkau..meloncat ” Hadiah ditangan terus dibaling. Ariana yang ketika itu duduk diatas sofa terus mengangkat kakinya lalu mencangkung di atas sofa dek kerana terkejut.
Quek quek quek…
Hahahah.. Shahrul ketawa kuat. Puas hati!
Quek quek quek..
“Abanggggggggggggggggggg.. jahat gila! Abang bagi itik buat apa… eeeeiiiiiiii  sengal..” Ariana terjerit jerit. Ketika itu itik yang dilihatnya itu sudah pun berjalan terkodek kodek di bawah meja.
“Aftarfirullah halazim.. Shahrul, apa dibagi hadiah binatang kat orang..” Puan Aisyah mengucap panjang.
“Ala umi relax la” Itik dibawah meja diambil “Ini bukan itik betul pun..”
Ariana menjeling tajam. Geram. Dia yang mencangkung tadi sudah kembali bersimpuh. “Ya ker.. tu lembut semacam jer bulu dia” Dia bertanya tidak berpuas hati. Mati mati dia percaya itu itik betul apatah lagi bila binatang itu bergerak sendiri.
“Hah amikk…quek quek quek..”
“Eiiiiiiiiiiiii….. geli… jangan la. Buat pergi jauh..” Tangannya menepis nepis Itik yang disua di depan mukanya.
“Teknologi masa kini la umi. You see” Tangan Shahrul menunjuk remote di tangan. Remote yang digunakan untuk mengawal binatang itu. Tadi sewaktu Ariana mengeluarkan binatang itu cepat cepat dia menekan butang sound supaya itik berbunyi. Kemudian apabila binatang itu jatuh dek dibaling Ariana dia menekan pula butang khas untuk mengerakkan itik itu.
Ariana yang tadi pucat mukanya, sudah kembali pulih kini menjerit kembali. “Jahat beetull.. Tak habis habis nak kenakan orang..”
“Ala.. abang Shah bagi ada makna. You see again..” Quek quek quek.. Itik ditangan dibunyikan sekali lagi.
“Sama kecoh ngan Ariana. Hah sesuai la tu. Boleh buat kawan.. hahaha..”
“Mammaaaaaaaaaaaaaaaaaa..”

“Abang betul ke tak nak tidur sini??” Ariana bertanya lagi. Seusai membuka hadiah dan berborak kosong tadi Ilham meminta diri untuk pulang. Sedangkan kedua ibu dan bapa saudaranya sudah mempelawa lelaki itu supaya bermalam sahaja dirumahnya. Badannya disandarkan di kereta Ilham sebaik sahaja sampai ke tempat parkir yang menempatkan kereta lelaki itu.
“Tak pe la sayang. Segan pulak Abang..” Ilham turut bersandar di pintu keretanya.
“Hah.. segan?? Alaa.. macam tak biasa pulak..” Ariana memerli laju. Bukannya tidak pernah Ilham tidur dirumahnya itu?
Ilham hanya tersenyum..
“Erm.. k lah Abang .. hati hati erh drive!! Fea ngantuk dah ni” Ujarnya sambil meraup muka beberapa kali. Benar benar kepenatan.
“Ok..” Ilham menjawab sepatah.
Ariana hanya mengerakkan bahunya. “Fea masuk dulu erh.. bye” Seusai berkata dia membuka langkah untuk masuk ke rumahnya. Namun terhenti bila tangannya digengam lembut.
“Sayang, Hapy besday..” Ilham mengucap lembut. Tangan Ariana digengam erat.
Thank you.” Ariana tersenyum senang.
“Pejam mata sekejap”  Ilham mengarah pula.
Ariana mengerutkan dahinya. “Kenapa? Tak nak lah.. entah apa apa je yang abang nak buat tu”
Ilham mengeleng kepalanya. Ariana.. Ariana.. ada ada saja ideanya untuk membalas balik. “Paling tidak abang kiss je, ni nak hadiah ke tak nak”
Ariana menjuihkan bibirnya. Suka benar lelaki itu mengusiknya begitu. Akhirnya dia menganguk Cuma. Sebaik terasa rambutnya ditolak ke bahu dia bersuara pula.  “Abang nak buat apa tu? Potong rambut Fea ker? Jahatnya”
Ilham tersengih sengih. Jikalau ikut hatinya yang nakal pasti sudah lama bibir itu dikucup supaya diam untuk seketika. Ada ada saja yang diomelkannya. “Fea.. kalau tak nak kena cium baik dok diam..”
Ariana mencebik lagi. “Abang nak cium ker? Boleh jer..” Ariana berkata selamba. Namun matanya masih tetap dipejam rapat.
“Cium apa? Cium Fea” Ilham bertanya kembali. Rambut Ariana yang ditebak ke tepi tadi sudah dibetulkan kembali.
“Bukan Fea tapi cium itik tadi. Mesti best kan.. hahaha” Ketawanya sudah terbahak bahak. Kelakar.
Ilham turut sama ketawa. Tubuh Ariana dipalingkan menghadapnya pula.
“Abang lambatnya. Mata Fea dah nak buta ni tau. Kalau tertidur kat sini macam mana?” Ujarnya lagi. Lama pula rasanya dia memejam mata.
“Sayang senyap boleh tak. Sekejap je lagi” Ilham menjawab pula. Geram pula dia dengan mulut yang tidak berhenti membebel itu.
“Abang..” Ariana memanggil lagi.
“Apa yang abang buat ni? Geli la” Badannya sudah bergerak ke kiri kanan dek terasa geli apabila terasa sesuatu di tengkuknya.
Ilham hanya tersenyum perlahan bagi menghalang ketawanya lepas dek kerana aksi Ariana itu. Sebaik sahaja siap dia memandang Ariana dan hadiahnya itu lama. Sesuai pun. ujarnya bangga. “Dah bukak la mata tu. Nampak tak abang ni? Kot kot la mata dah tak nampak, lama sangat kan pejam” Ilham memerli pula.
Ariana mencebik. “Apa yang abang buat ta..” Kata katanya terhenti sebaik melihat rantai loket yang tergantung kemas dilehernya. Tangannya menyetuh loket itu. Wajah Ilham dipandang. Mengharapkan penjelasan.
For your besday.. Hapy besday sayang..”
“Betul ni?” Ariana bertanya lagi tidak percaya.
Ilham hanya menganguk. Tangannya turut sama memegang loket berbentuk love itu. Bersulam dengan tangan Ariana yang sememangnya melekat sedari tadi di loket itu. Jari nya kemudian membuka loket perlahan.
Ariana memandang wajah Ilham. Ilham turut sama memandangnya. “Untuk sayang. Gambar kita berdua. Dekat ngan leher Fea, maksudnya dekat dengan hati Fea..” Ujar Ilham lembut. Tangannya kini memegang pipi Ariana pula. “Jangan tanggalkan tau.. whatever happen
Ariana hanya menganguk “Ermm.. thank you.. I love you..” Ujarnya jujur. 
“Love you too..” Ujar Ilham membalas seraya mencium tangan yang berada digengamannya itu lembut. Tanda kasihnya buat gadisnya itu. “Abang balik dulu..”
Ariana menganguk lagi. Tergamam sebenarnya apabila tangannya dicium lembut begitu. Ahh.. aku benar benar sayangkan dia Ya Allah! Hatinya bersuara tulus. Sebaik melihat bayang kereta Ilham menghilang dia berlalu masuk ke rumah sambil tangannya mengenggam erat loket dirantainya itu.

1 comment:

aqilah said...

auw, bstnye, tapi ayat ilham yg terakhir tu, merisaukan aje..........................