Wednesday, January 13, 2010

AnDaI ItU TakDiR CiNta (20)


Ariana memandang langit lama. Ilham yang sedang lena disebelah ditoleh lagi. Bas persiaran yang mereka naiki untuk ke Agro Resort Terengganu sudah hampir satu jam memulakan perjalanan. Matanya tercari cari kelibat Amyra pula. Temannya itu tadi dilihat duduk bersama Haikal di seat sebelah kiri. Hadapan sikit dari tempat duduk dia dan Ilham yang berada di sebelah kanan. Dia menghembus nafas perlahan. Bosan kerana di ketika ini hanya dia yang masih terpinga pinga sendirian sedangkan orang lain di ketika ini sedang enak melayan mimpi.
“Tak tidur lagi..” Ilham bertanya sambil meraup mukanya beberapa kali. kepenatan setelah seharian bekerja.
“Tak lah. Malas.. boring..” Ariana menjawab bersahaja.
“Hmm.. penat ker?” Ilham bertanya lagi
“Tak delah. Abang tu yang penat bukan Fea..”
“Sory la sayang. Serius abang penat sangat tadi” Dia menerangkan. Setelah dipersetujui oleh kakitangan yang lain dia memutuskan supaya mereka semua bertolak untuk ke resort pada pukul 9.00 malam. Tadi dia hanya punya beberapa jam sahaja selepas waktu bekerja untuk merehatkan diri kerana dia terpaksa keluar dari pejabat pada pukul 7.00 petang disebabkan terlalu banyak kertas kerja yang perlu disiapkan.
“Sofea..” Nama Ariana dipanggil apabila gadis itu hanya diam membisu.
“Ermm..”
“Kenapa ni sayang.. hmm”
“Tak der apa la Abang. Fea bosan. Abang nak tidurkan? Tidurlah…”
Mendengarkan itu mata Ilham yang tadi pejam kembali celik. Kasihan pula mendengar luahan gadis itu. Tubuh Ariana dipaut supaya bersandar di bahunya. Manakala tangannya erat melingkar di bahu gadis itu. Muka Ariana ditatap lama.
“Fea menyesal ikut abang?”
Ariana yang sudah lenguh memandang langit merebahkan kepalanya di bahu Ilham. “Tak der lah. Hapy ada la”
Hapy?? Sebab??” Ilham mengusik.
Tangan Ilham yang sememangnya sedari tadi dipegang digenggam erat. “Because of you. Ahh.. dah tak payah nak fikir lebih lebih. Kenapa pergi dengan bas yer. Pelik la??” Ariana bertanya lagi.
“Ouh.. saja je sayang. Selalu sangat drive car jer. So kali ni nak bagi all company staff rasa trip percutian tu..” Ujar Ilham memberitahu.
“Ouh.. tak menyusahkan erh” Ariana bertanya seakan teruja.
“Takder la sayang. Semua staff dah berbincang pun. Kenapa tanya..” Pelik pula Ilham apabila Ariana bertanya soalan sebegitu kepadanya.
“Saja.. nanti boleh buat trip macam ni jugak dekat papa punya company?”
“Company papa?? Maksud Fea..” Ilham bertanya lagi. Tidak pula dia tahu kekasihnya itu mempunyai Company sendiri.
“Company papa la kenapa..”
“Maksud abang siapa yang uruskan. Abang tak tahu pun Fea ada company sendiri.”
“Alaa.. company arwah papa la. Fea ni pewarisnya jer. Abang Haziq yang uruskan..”
“ Fea tak pernah masuk office la kiranya.”
“Tak!!” Dia menjawab selamba. Sememangnya dia tidak pernah masuk office.
“Kenapa??” Ilham ingin mengetahui alasannya pula.
“Fea kan study lagi. Lagi pun papa dah amanahkan Abang haziq jaga company sampai Fea habis belajar..” yups.. itu kata kata papa kepadanya dari dahulu dan dia masih ingat akan kata kata itu.
“Ermm.. Berapa share fea dalam Company? Eh apa nama company papa sayang tu ya..”
“HS holding.. entah! Kata encik Azrul 70 percent..” HS holding adalah gabungan nama Hadi dan Salina iaitu nama kedua orang tuanya.
“Saper Encik Azrul??” Ilham mula pelik, terasa bagai banyak rahsia yang baru diketahui hari ini. Hs holding? Dia kenal akan syarikat itu. Syarikat pembangunan yang berdiri maju dengan berbekalkan ahli pemegang saham yang hanya terdiri dari kalangan ahli keluarga. Dan serasanya dahulu HS Holding pernah bekerjasama dengan Putra Holding di dalam pembinaan Hotel di Dubai ketika papanya masih menguruskan company iaitu sebelum papanya pindah ke Uk. Ahh.. tidak disangka pula kekasihnya itu merupakan pewaris empayar  besar itu. Hatinya berdesis kecil. Tidak percaya. Sangkanya Ariana seorang gadis manja semata mata.
Lawyer papa la Abang”
“70 percent? Banyak tu. So abang Haziq ada braper pulak” Ilham bertanya lagi. Hairan bagaimana Haziq boleh menjadi timbalan pengarah dengan saham 70:30. Terlalu berbeza untuk seseorang itu memegang tampuk pemerintahan sesebuah company. Apatah lagi company yang berdaya maju seperti HS holding.
“10 percent. Abang shah pun 10. Fatin pun sama..”
“Ouh..” Ilham hanya menganguk tanda faham.
“Abang apa nama company tempat abang kerja tu yer..” Ariana kembali bertanya setelah sedari tadi asyik disoal sahaja.
“Putra Holding!!”
“Abang, apa kata abang berhenti kerja jer.. Kerja kat company papa?” Ariana mengusulkan cadangan. Jikalau benar Ilham mencintainya. Suatu hari nanti mereka pasti akan bernikah. Jadi tidak ada salahnya jikalau Ilham dapat membantunya untuk menguruskan syarikat papa.
Ilham hanya ketawa perlahan. Kekasihnya itu masih belum cukup matang untuk mengetahui permainan kerjaya. Lagipula macam mana dia mahu berhenti kerja jikalau company itu milik keluarganya. Hatinya berdetus kecil. Ahh .. entah bila rahsia kekal menjadi rahsia. Dia sendiri pun tidak pasti mengapa sukar untuk dia memberitahu akan kedudukan dirinya yang sebenar. Mungkin kerana merasakan Ariana tidak perlu tahu tentang semua itu memandangkan umur gadis itu yang masih muda membuatkan dia tidak pernah membuka cerita. “Tak per la sayang..”
Ariana memandang Ilham lama. Akhirnya dia mengangkat bahu. Tanda tidak kisah. Dia membuka topic lagi bertanya itu dan ini dan Ilham seperti biasa tidak pernah jemu melayan celotehnya biarpun jelas di wajah lelaki itu rasa mengantuk yang teramat. Hampir dua jam berbual entah bila masa  Ariana turut terlena.

“Sayang.. bangun” Ilham menepuk nepuk perlahan pipi Ariana. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 12.30 dan bas persiaran sudahpun menghentikan perjalanan di perhentian Rehat dan Rawat.
“Dah sampai ke?” Ariana bertanya dalam mamai disebabkan rasa mengantuk yang teramat. Sedangkan ketika itu matanya masih terpejam rapat.
“Tak lah. Berhenti makan. Jom la.. nanti lapar pulak” Ilham mengajak pula. Tangan gadis itu ditarik sedikit apabila melihat Ariana yang masih tetap memejamkan matanya.
“Erm, tak nak lah. ngantuk” Ariana bersuara perlahan. Dia benar benar mengantuk di kala ini.
“Serius ke ni. Nanti lapar pulak”
“Ermmm.. pergila” Tubuh Ilham ditolak supaya meningalkannya sendirian.
Ilham yang melihat hanya mengelengkan kepalanya. Dia menanggalkan Sweater yang dipakai lalu menyelimutkan tubuh gadis itu.
Ariana yang merasa tubuhnya diselimut dengan sweater hanya tersenyum senang. Senang dengan layanan baik Ilham kepadanya.
“Mana??” Haikal bertanya sebaik sahaja melihat hanya Ilham yang keluar dari pintu bas. Penat pula dia menuggu di depan pintu itu. Entah apa apa sahaja yang dilakukan Ilham dia atas bas tadi.
“Tidur lah.. ngantuk”
“Lor.. buat apa semalam sampai mengantuk tak boleh bangun..” Haikal membebel panjang sambil memerli.
“Banyak la engkau. Dah jom ar makan. Aku lapar ni. Ngantuk lagi” Ilham berjalan kehadapan tanpa menghiraukan bebelan temannya itu. Malas nak layan.
“Hah kau pun mengantuk sah semalam kau buat kerja ni”
“Kau kalau tak nak kena luku ngan siku aku baik kau diam” Ilham mengugut. Geram pula dia dengan mamat yang sorang ni.
“Wei ko buat apa semalam” Haikal bertanya lagi. Tidak berpuas hati.
“Ya Allah, buat apanya? Berborak jer. Berbual kosong faham”
“Hah dah agak dah. Ko ni layan sangat karenah dia. Banyak jugak si Sofea tu bercakap ya.” Dia memberitahu pula. Padanya Ilham terlalu melayan Ariana. Memangla tidak ada salahnya tetapi nampak macam tidak sesuai untuk Ilham melayan karenah Ariana yang manja kerana umurnya yang sudah mencecah 24 itu.
“Macam la kau tak tahu. Budak remaja katakan. Banyak yang dia nak cerita. Kita ni lain la kalau tak hal office hah hal bola la, manchester ker united ker. Tak pun kalo ko tip tip nak mengorat perempuan.. hehehe betul tak” Ilham memerli pula.
Haikal mencebik. Malas mahu melayan perlian temannya itu. “So kau tak tidur la semalam?”
“Tidurla sekejap. Kau ingat Sofea tu kejam sangat ke. Aku yang tak sampai hati biarkan dia sorang sorang.. ada faham??”
“Elehhh.. buat gaya sayang bini la tu” Haikal memerli.
“Sudah tentu. Yang engkau pot pet pot pet macam orang terlebih susu segar tu kenapa.” Ilham menjawab tenang. Dah memang dia sayang si Sofea tu, so nak buat macam mana lagi?? Betul tak??
“Boring siot” Haikal berkata dalam ketawa. Mananya tak segar kalau dah dia tidur sedari tadi.
“Apesal? Si Amyra kan sebelah engkau. Aii kekasih hati kat sebelah pun bosan lagi” Dia turut ketawa perlahan. Kasihan mendengar luahan temannya itu.
“Mula mula dia layan la aku. Pastu kau tahu dia cakap apa?”
Kening Ilham tergerak gerak bertanyakan kenapa?
“Awak ni tak reti diam ker? Banyak betul awak bercakap yer?” Haikal berkata sambil mengajuk kata kata Amyra semalam. Disaat itu hampir memerah mukanya dek ditegur begitu. Nasib baik ketika itu keadaan gelap. Jikalau tidak mahunya dia sembunyikan mukanya didalam baju.
“Hahahaha.. padan muka!!”
“Boleh join tak?”
Mendengarkan itu Ilham dan Haikal serentak berpaling. Ilham yang sedang ketawa hanya memberikan senyuman tanda membenarkan.
“Amboi sakan ketawa, apa yang lucu sangat.” Nisha bertanya sambil duduk di kerusi panjang disebelah Ilham. Sengaja dia merapatkan kedudukannya dengan Ilham.
“Tak de apa la Nisha, ni hah kawan kita ni hah. Buat lawak antarabangsa” Ilham berkata sambil berganjak sedikit. Serasanya terlalu dekat kedudukan dia dengan Nisha.
“Patut la pun dari jauh lagi dah dengar. So apenya cerita tu nak dengar jugak” Nisha bertanya dengan suara yang sengaja dimanjakan.
“Takder apa la nisha. You dengar la cakap si Ilham ni hah. You tak nak makan ker? Order la.. biar Ilham yang bayar.” Haikal yang menyedari situasi temannya itu hanya tersenyum. Pelik dia melihat Nisha yang kadang kadang tidak menunjukkan sebarang minat terhadap Ilham. Menjaga tingkah laku apabila berhadapan dengan temannya itu tapi kadang kadang boleh pula bertindak agresif seperti apa yang dilakukan sekarang.
“Tak pela I dah makan. Saja jer nak join you all” Nisha menolak perlawaan temannya itu. Entah kenapa di malam begini dia terasa ingin mendekati Ilham. Berharap jikalau Ilham sudi melayannya apatah lagi sedari tadi dia langsung tidak berpeluang berborak dengan lelaki itu. Hampa hatinya disaat tahu Ilham duduk dengan seorang perempuan lain didalam bas. Setelah berfikir beberapa kali hatinya nekad untuk merebut Ilham kerana yakin kasih lelaki itu walau tidak banyak pasti ada sedikit untuknya.

“Awak.. bangunla. Saya nak gi toilet ni. Teman..” Amyra merayu rayu. Geram pula dia bila Ariana masih lena tidur biarpun sudah berkali kali dia mengejutkan temannya itu.
“Ngantuk la awak”
“Alaaa… bangun la..” Amyra memujuk lagi. Tangan Ariana ditarik berkali kali.
“Tak nak. Pergila sendiri..” Ariana menolak lagi. Sungguh dia benar benar mengantuk.
“Ok.. fine” Amyra mula mengalah. Namun melihatkan tiga bayang yang sedang bergelak ketawa dia tiba tiba mendapat idea “Awak tengok la tu. Ilham dengan perempuan mana tu? Amboi sakan nya dia ketawa. Awak tak jelous ker?”
“Hah! Mana mana..” Ariana membuka mata. Terkejut mendengar ayat temannya itu.
“Tu..” Amyra memuncungkan bibirnya. Menunjuk tempat dimana Ilham, Haikal dan seorang lagi perempuan sedang bergelak ketawa.
Ariana mencebik. Sedari tadi dia melihat perempuan itu namun tidak sempat pula untuk dia menyelidik dari Ilham siapa gadis itu. Selebihnya dia tidak mahu berfikir panjang. Yakin kasih Ilham hanya untuknya.
“Ala biar la dia. Jom la saya teman awak pergi toilet” Ariana mengajak Amyra pula. Malas mahu mengusutkan fikiran. Dia berjalan sambil mata terpejam. Tidak dihiraukan Amyra yang sedang membebel sedari tadi.
“Tu apehal tu. Jalan pun pejam mata” Haikal menegur Ilham setelah melihat Ariana yang berjalan sambil memejam mata lalu dihadapan mereka.
Ilham hanya ketawa. “Fea.. Myra nak gi mana?”
Melihatkan Ariana yang hanya berdiam diri Amyra hanya tersenyum. “Nak gi toilet tapi awak tengok la si Ariana ni. Awak buat apa sampai dia mengantuk macam ni” Sempat dia memerli. Geram pula dia bila Ariana sedari tadi masih memejam mata. Macam la ngantuk sangat.
Ilham hanya mengeleng geleng.. “Awak pergila dengan Haikal ya. Budak ni bagi pada saya” Sempat dia mengusik.
“Ermm.. yela. Jaga baik baik budak ni. Geram pula saya ngan dia. Hah Haikal awak cepat la.. nak gi tak” Sempat dia menyergah Haikal yang masih terpinga pinga memandangnya. Jikalau diturutkan hatinya dia sebenarnya tidak kisah pergi sendirian, tetapi memandangkan ini kali pertama dia menjejakkan kaki ketempat ini, terasa takut pula untuk berjalan sendirian apatah lagi untuk ke toilet.
Terkulat kulat Haikal dek disergah begitu. Namun laju saja langkahnya mengikuti Amyra.
“Sayang.. bukak bukak la mata tu. Makan minum” Ilham berkata setelah menyuruh Ariana duduk disebelahnya.
Nisha yang melihat hanya berdiam diri. Huh mengada ngada betul. Hatinya membebel sendiri. Gara gara perempuan itu dia terpaksa beranjak ke kerusi sebelah. Hancuz niatnya untuk berborak panjang dengan Ilham.
Mata Ariana yang sudah terbuka dikelip kelipkan beberapa kali. “Minum apa..”
“Sayang nak air apa? Ni abang punya.. nescaffee..” Dia menolak nescafee nya yang sudah separuh diminum kehadapan Ariana
“Ufh.. tak nak la kopi. Nak milo ais” Ujarnya manja. Selebihnya dia memang tidak mengemari nescaffee.
“Minum ais malam malam buta ni. Kalau sakit perut nanti macam mana” Dia bertanya namun tangannya laju sahaja melambai waitress membuat pesanan untuk  Ariana. Tidak sampai beberapa minit milo ais yang  dipesan sudah berada di hadapannya.
“Ala.. abang kan ader” Ariana tersenyum Cuma. “Itu siapa tu?” Dia bertanya pula apabila melihat perempuan tadi yang hanya melihatnya tidak berkelip. Macam tak puas hati je. Hatinya berdesis kecil. Serasa pernah melihat perempuan itu tapi tidak pula dia ingat dimana.
“Ouh.. tu Nisha. Satu company ngan abang. Nisha ni Sofea..” Ilham menerangkan sambil mengenalkan mereka berdua.
“Ouh.. hai..” Ariana hanya tersenyum. Membalas senyuman yang diberi perempuan bernama Nisha itu. Entah ikhlas entah tidak..
“Tak nak makan ker??” Ilham bertanya lagi.
“Entah.. macam malas jer. Tu myra..”
“Saya nak naik bas. Awak?” Amyra bertanya sebaik saja sampai di meja tadi.
“Nak nak.. awak tunggu la jap..” Milo ais tadi dihirup laju. Tidak sampai lima minit minumannya itu sudah habis diminum.
“Ala.. sayang tak yah la naik. Duduk sini jer..” Ilham memujuk.
“Ufh… tak nak lah. Abang borak lah. Fea nak sambung tidur. Bye abanggg.. Good nite.. jangan nakal nakal tau..” Sempat dia menyakat Ilham yang jelas tidak berpuas hati dengan matanya dikenyit sebelah.
Haikal hanya tersenyum Melihat aksi selamba Ariana itu. “Memang sah Sofea tu macam budak kecil kan.. manja!!”
Ilham tersenyum panjang.
“So.. that girl la yer” Nisha bertanya setelah sedari tadi diam.
“Yups..”

Ariana berpusing kiri ke kanan. Tidak berpuas hati dia beranjak pula kedudukannya. Sudah hampir sejam bas memulakan perjalanan setelah berhenti di perhentian rehat dan rawat tadi. Matanya yang tadi berat dek kerana terlalu mengantuk kini sudah segar semula.
“Abang, bangunla..” Dia mengejutkan Ilham.
“Kenapa ni..” Ilham bertanya sambil membuka mata. Wajah Ariana ditatap menagih jawapan.
“Lapar..” Ariana merengek kecil. Perutnya mula terasa sebu kerana tidak menjamah sebarang makanan sedari tadi.
“Ermm.. kan Abang dah cakap. Itula tadi degil” Ilham membebel panjang.
“Lor.. tadi tak lapar. Abang, ketepi sikit” Tubuh Ilham ditolak ketepi.
“Nak buat apa” Sambil bertanya dia beranjak ketepi.
“Nak cari biskut snek ni. Dalam paper beg bawah ni. Abang ketepi la.. orang nak amik ni.. ish..” Ariana membebel sambil tangannya meraba raba isi di dalam paper bag. Mencari snek yang dibeli sebelum bertolak tadi.
“Tak payah nak mengada ngada. Ni nasi goreng kampung.. makan la…” Tangan nya menghulur bungkusan nasi yang dibungkuskan tadi.
“Eh.. amik kat mana ni?” Ariana bertanya pelik. Ye la tak pasal pasal muncul sebungkus nasi. Macam magic pulak.
“Tadi abang tolong bungkuskan kan. Dah tahu sayang memang macam tu.Tapi da sejuk la. Da sejam da kan..” Ilham menerangkan. Sempat dia memerli Ariana yang ketika itu sedang membuka bungkusan makanan itu.
“Sejuk pun sejuk la.. thank you tau..” Ujarnya gembira. Ilham tidak pernah  tewas walau sekalipun dalam bab bab membantunya yang sering kalut itu. Dan dia benar benar menghargainya.
“Ni boleh makan ke tak tu.. gelap ni..”
“Habis takkan la nak suruh driver tu bukak semua lampu. Apa la Abang ni. Orang lain kan tengah tidur. Apa Abang ingat Fea ni kejam sangat ker” Mulutnya laju berceloteh sambil menyuap nasi kemulutnya.        
Ilham hanya tersenyum. Gembira bila Sesekali Ariana menunjukkan kematangannya dalam berbuat sesuatu.
Seusai makan dia memandang Ilham lama. “Thank you tau..”
Thank you jer.. bagi la kiss ke aper ker” Ilham mengusik. Matanya dikenyit sebelah.
“Nih.. penumbuk nak” Ariana menunjukkan tangannya yang dikepal. Sesuka hati jer nak mintak kiss. Ingat orang barat apa. Hatinya membebel sendiri.
Ilham yang mendengar hanya melepaskan tawanya mendengar jawapan yang keluar dari bibir Ariana. Sedangkan tadi dia hanya bergurau.

2 comments:

epy elina said...

hohohoh...
romantiknya...
tp mcm ada smthing hapen je ngn dorang ni..
best2x...
x sbr apa yg akn brlaku nnt...

Anonymous said...

Hi all. How are you?