Sunday, January 17, 2010

AnDaI ItU TakDiR CiNta (21)

Mata Ariana tunak memandang Amyra yang masih duduk itu. “Myra, cepat la. Kata nak gi memancing. Pagi tadi bersemangat sangat..” Dia menjerit nyaring sambil tangannya mengikat tinggi rambutnya yang panjang itu. Tidak sabar untuk menyertai aktiviti yang pertama iaitu memancing ikan. Semalam mereka semua tiba tepat jam 5.00 pagi di Agro resort Terengganu. Dia bersama Amyra ditempatkan di sebuah bilik yang mana dibawahnya terdapat air tasik. Memang unik dan lawa.

“Ala relax la. Tak sabar sabar” Amyra turut menjerit lantang. Dia yang ketika itu sudah siap memakai kasut bagai tidak cukup tanah berlari mengejar Ariana yang sudah jauh kehadapan.

“Ala saya dah tak sabar ni. Cepat la, kata nak beat.” Ariana memerli pula. Pagi tadi setelah diberitahu mereka semua akan memancing dia dan Amyra terus saja membuat taruhan. Taruhannya Siapa yang dapat tangkap ikan paling banyak akan menang dan yang kalah akan ikut apa je permintaan si pemenang. Dan itu jugalah salah satu sebab kenapa dia tidak sabar sabar menuju ke tempat memancing ikan apatah lagi Ilham sudah pun berada di sana.

“Eleh ye la. Dah cepat la, yang tercegat lagi tu kenapa” Seusai berkata terus ditarik tangan Ariana menuju ke tempat itu. Setibanya mereka berdua disana tempat itu sudah pun dipenuhi dengan staff Putra Holding. Terpingga pingga mereka berdua mencari sesusuk tubuh yang dikenali.

“Tu hah.. jom la” Ariana menunjuk setelah terlihat kelibat Ilham bersama Nisha dan beberapa pegawai yang lain. Dia berjalan perlahan lahan menuju ketempat mereka berdua.

“Kalau macam tu, nanti saya akan uruskan Ten..”

No.. just call me Ilham. Yups nanti apa apa hal awak boleh bagitahu saya ataupun Anisah.” Ilham menyampuk sebelum sempat lelaki itu menghabiskan kata katanya sebaik sahaja terlihat kelibat Ariana yang sedang mara kearah mereka.

“Baik Tuan Ilham.. err.. saya pergi dulu..”

Ilham hanya menganguk. Tangan lelaki itu dijabat erat. Dia menghalakan pandangannya kearah Ariana.

“Nisha , you want to join us??” Ilham bertanya Nisha pula.

“err.. boleh ker? Lagi pun I tak berapa rapat ngan staff lain..”

“Yups.. come join us. Jom pergi arah sana” Ilham mengunjuk kearah Haikal yang duduk di hujung tasik itu.

“Siapa tu abang. Formal gila cara dia cakap dengan Abang. Abang ni pegang jawatan apa sebenarnya dekat Putra holding?” Ariana bertanya sambil berjalan, tangannya sempat menunjuk kearah lelaki tadi. Sedari tadi dia perasan ramai yang memberi hormat kepada Ilham. Malah seingatnya pagi tadi kedatangan mereka disambut oleh pegawai besar resort ini sendiri biarpun ketika itu waktu masih dinihari.

“You tak tahu ke Ilham ni..” Nisha ingin menerangkan namun tidak sempat dia menghabiskan kata katanya Ilham terlebih dahulu menyampuk.

“ Alah biasa la tu. Bila orang luar datang sini, tu kan tandanya hormat..”

Ariana hanya menjungkitkan bahunya. “Cepatla Abang. Tak sabar dah nak kalahkan Amyra ngan Haikal ni..” Tangan Ilham ditarik supaya cepat sampai.

Sebaik sahaja tiba di tempat Haikal terus sahaja dia memasang umpan dan membaling kailnya ke tengah tasik.

“Wow.. besarnya. Abang cepat la tarik.. berat ni” Ariana terjerit kecil apabila jorannya terasa berat dan bergerak gerak. Sedari tadi mereka menunggu ini kali pertama kailnya mengena.

Ilham yang ketika itu sedang berbual dengan Haikal terus sahaja menerpa. Menolong Ariana menarik kailnya itu.Membulat mata gadis itu disaat melihat seekor Ikan sebesar lengan yang tersangkut di mata kailnya.. “Wow.. abang.. Myra.. Haikal.. kak Nisha.. saya menang..“ Dia meloncat loncat. Gembira.

“Alaaa.. baru satu..” Amyra mencebik. Geram pula dia bila melihat Ariana yang meloncat kegembiraan itu.

“Ala, tadi awak janji siapa dapat dulu dia menang.Betul tak kak Nisha” Ariana bertanya sambil memandang Nisha. Dia yang sudah beberapa kali bercakap dengan staff Ilham itu sudah mula rapat apabila melihatkan sikap Nisha yang sporting. Yakin Nisha tidak mempunyai apa apa hubungan dengan Ilham.

“Alaa itu tadi. Kita ikut janji yang pagi tadi la. Siapa dapat banyak dia menang” Amyra mencuba nasib lagi.

“Ala sama je tu. Yang besar pun saya. Yang banyak pun saya jugak. Ye la awak mana dapat ikan lagi..hahaha” Ariana ketawa lepas.

“Eii.. awak ni teruk la. Relax la, tunggu la lepas ni” Amyra sudah bercekak pinggang. Geram.

“Abang, tengok la ni. Tak nak mengaku kalah.. sengaalll betul” Ariana mengadu kepada Ilham pula.

“Abang tak masuk campur” Ilham mengangkat kedua belah tangannya. Tidak mahu masuk campur dengan pertempuran ‘dua budak’ itu.

Ariana membuntangkan matanya. Tidak berpuas hati. “Ala.. abang pun sama sengalll. Malas la kawan ngan Abang. Myra, aya tak kira.. awak kalah.. saya menang..” Pandangannya kembali dihalakan kearah Amyra.

“Ala.. tak nak. Hah nengok ni, kail saya gerak la. Haikal cepat la tolong..” Amyra menjerit kearah Haikal pula.

“Yes yes saya dapat. Sama besar ngan awak.. so kita seri..” Amyra meloncat loncat dek kerana terlalu gembira.

“Eiiiiiii.. teruk betul. Perangai macam budak kecik. Awak dah kalah tadi” Ariana tidak berpuas hati. Memang diakui Ikan di tangan Haikal itu sama besar dengan ikannya. Tapi dia yang dapat dulu tadi.

“Apa pulak awak la perangai cam budak kecik” Amyra mencekak pinggangnya lagi.

“Myra jahat… tak kira saya jugak yang menang..”

“Saya” Amyra bersuara lagi.

“Saya la” Ariana tidak mahu mengalah.

“Sayaaaaaaaaa”

“Saya.. la awak….”

“Masyaallah” Ilham sudah mengucap pangjang. Kelakar pula dia melihat karenah dua ‘budak’ dihadapannya itu.

“Dah dah dah. Abang tahu siapa yang menang” Ilham menyampuk.

“Abang Siapa yang menang?” Ariana bertanya kembali.

“Awak Siapa yang menang?” Amyra pula bertanya kepada Haikal.

Haikal Dan Ilham menunjuk ke tangannya.. “Kita orang berdua. You see kita orang punya ikan lagi besar. So you all kalah” Ilham berkata serius.

“Abangggggggggg..ish.. ini tidak adil” Ariana mengeleng tidak bersetuju. Hairan pula dia bila masa ikan itu berada di tangan kedua dua lelaki itu.

Amyra turut mengiyakan.. “Betul la. Tak adil. Satu ikan untuk dua orang..”

“Ye betul betul” Ariana menambah lagi.

“Yes.. saya sokong” Amyra mengangukkan kepalanya.

Sudahnya Ilham dan Haikal hanya mengelengkan kepalanya sambil ketawa terbahak bahak. Dia orang pula yang bingung bila budak berdua itu sudah sekepala.


“Awak belanja” Ariana memberitahu Amyra sambil menunjuk kepada buah yang berada di hadapan mereka. Sesudah mengail tadi, mereka berdua berjalan pula disekitar resort itu. Terdapat banyak buah buahan aneh yang dijual, sungguh mengagumkan.

“Kenapa pulak” Amyra bertanya pelik. Takder angin takder rebut. Tiba tiba dia yang kena belanja.

“Ye la, tadi awak kalah kan.” Ariana mengusik lagi.

“Eh eh eh… bukan awak ke yang kalah” Amyra membalas apabila memahami maksud temannya itu.

Ilham yang melihat sudah membuntangkan matanya. Ariana yang tadi berdiri disebelah Amyra ditarik supaya berdiri disebelahnya. Pandangannya dihalakan ke arah Haikal pula. “Kal, kau bawak Myra pergi jalan. Biar aku brainwash si Sofea ni. Duduk dekat asyik berlawan je kerjanya. Geram pulak aku menengoknya”

Ariana yang mula mengetahui duduk niat sebenar Ilham kembali berdiri di sebelah Amyra. Lengan temannya itu dipegang.. “Tak nak! Nak dok ngan Myra jugak.”

“Sayang ikut abang..”

“Tak nak..” Ariana mencebik lagi.

“Awak pergila ikut Ilham. Dia nak berduaan ngan awak tu..” Amyra mengusik Ariana pula. Sengaja mahu menyakat temannya itu.

Sepantas kilat Ariana menarik tudung yang dipakai Amyra. Kemudian dia berdiri bersembunyi di belakang Ilham. “Padan muka. Halau orang lagi”

“Eiii.. sakit tahu” Amyra menjerit nyaring. Tudungnya dibetul betulkan. Tangannya cekap sahaja mencari sasaran untuk mencubit temannya itu. Sedang kan Ariana sudah memaut lengan Ilham cuba mengelak dari dicubit. Entah dimana silapnya tangannya terkena juga cubitan temannya itu. Tidak mahu mengalah Ariana mencari tangan Amyra pula. Bertujuan untuk membalas tapi tidak sempat apabila lengannya dipaut erat oleh Ilham.

“Sudah la tu sayang. Eii.. geram betul. Kal kau bawak Myra pergi sekarang. Cepat sikit” Ilham mengarahkan lagi. Tubuh Ariana dipaut erat. Biarpun dia tahu Ariana dan Amyra hanya bergurau senda namun sengaja dia menyuruh Haikal membawa temannya itu menjauh dek karana sudah tidak tahan melihat gelagat mereka berdua. Rasanya sudah hampir putus urat ketawanya dek kerana terlalu kuat ketawa melayan dua budak dihadapannya itu

“Eii.. sayang ni kan. Nakal tak habis habis. Nak kena cubit erh”

“Alaa, relax la. Gurau senda mengeratkan silaturahim. Mencambahkan kasih sayang. Betul tak abang.. hahaha” Ketawanya lepas.

“Ye la tu. So sekarang ni jom bergurau senda ngan abang pulak. Kata mencambahkan kasih sayang..” Ilham mengusik. Ada ada je alasan yang diberikan gadis itu.

“Tak nak lah. Abang kan dah tua. Mana boleh bergurau senda macam kita orang.. hahaha” Ariana ketawa lagi.

“Amboi.. mulut.. dia yang perangai macam budak budak. Kita pulak yang dikata tua. Dah jom jalan jalan..” Tangan Ariana digengam dan dibawa melihat sekeliling resort itu.

Ariana hanya menurut. Seperti biasa senyapnya tidak lama.. “Lawa kan tempat ni. Selalu ke buat trip ke sini..”

“Takdelah.. ini first time. Selama ni ada jugak tapi selalunya ngan flight.. or else.. ikut tempat la sayang..” Ilham menerangkan.

“Ouh.. CEO syarikat tak turun padang ke? Abang tak nak kenalkan kita orang ker.. hehehe” Ariana tersengih sengih. Sengaja bertanya.

“Nak buat apa nak ngorat..” Ilham menyoal kembali.

“Hahahah.. yes you are right. Abang jelous ker” Hidung lelaki itu dicuit sambil dia berjalan mengundur. Senang untuk dia melihat wajah lelaki itu. Selang dua tiga langkah dari Ilham.

“Tak jelous pun.. pergila..” Ilham mengejek.

“Eleh.. Abang tak sayang Fea erh. Ye la. Abang tu kan hensem itu pasal la tak kisah kan. Hah tengok tu.. makcik tu pun pandang pandang Abang” Ariana tersenyum sambil mengunjuk kearah seorang perempuan tua yang juga pengunjung Resort itu.

“Fea panggil dia erh.. makcikkkkkkk” Dia menjerit perlahan.

“Sayang jangan nak usik Abang lebih lebih ya..”

“Nak jugak nak jugak..” Ariana ketawa lagi apabila melihat muka Ilham yang sudah memerah. Entah bila masa tidak sedar pula mereka sudah berjalan hingga ke kolam renang.

“Sayang…” Ilham memanggil lagi. Geram pula dia..

Ariana yang sememangnya berjalan mengundur semakin melajukan langkah apabila Ilham dilihatnya semakin mendekat. Ideanya tiba tiba datang.

“Abang..bawak dompet tak..”

“Tak.. kenapa nak guna duit ker..” Ilham menyoal balik apabila tiba tiba disoal begitu.

“Handset bawak..” Ariana menyoal lagi.

“Ada ni hah. Kenapa?” Ilham menunjuk handsetnya yang diletakkan didalam poket sebelah kiri.

Ariana tersenyum.. “Abang.. Fea mintak number makcik tu eh. Kesian dia dari tadi tengok Abang. Boleh borak malam ni.” Ketawanya ditahan..

“Ya Allah.. memang nak kena betul..” Langkahnya dilajukan. Mengejar Ariana yang sedang mengelilingi Kolam itu.

“Ala.. nak kejar orang pulak. Tak dapat pun hahaha..” Ariana mengejek ngejek.

“Ouh.. tak dapat erh. Hah.. sekarang ni nak gi mana.” Tubuh Ariana yang ketika itu sudahpun berada dekat dengannya ditarik.

Ariana hanya ketawa geli hati. “Tak der gimana pun..” Dia turut mendekatkan tubuhnya kearah Ilham. Pinggangnya yang dipaut lelaki itu hanya dibiarkan. Dalam diam handset lelaki itu diambil.

“Abang.. gatal erh? Jelous mak cik tu tengok tau..” Dia mengusik lagi.

Ilham membulatkan matanya. Geram. Sengaja dia mendekatkan mukanya kearah Ariana yang nyata sudah resah. Bibir Ariana dipandang lama. Dia tahu akan kelemahan gadis itu. Mudah merah mukanya apabila direnung lama.

Ariana mengetapkan bibirnya apabila melihat muka Ilham yang semakin dekat dengannya. Dia membilang waktu.. gusar..

Satu..

Dua..

Tiga..

Bedebusss!! Ilham jatuh kedalam kolam akibat ditolak Ariana. Memercik habis air di dalam kolam.

Ariana yang melihat melepaskan ketawanya. “Padan muka, gatal lagi. Padan muka.. yes yes” Dia meloncat loncat gembira.

“Tuan tak apa apa..”

“Tuan ok tak..”

“Encik Ilham.. you ok..”

Pertanyaan demi pertanyaan yang singgah di pendengarannya membuat kan ketawanya terhenti. Hairan pula dia apabila melihat ramai yang bertanya.

No no.. i`m ok.. you all boleh pergi” Ilham membalas tenang..

Ariana melihat satu persatu orang yang bertanya tadi pergi. Dia hanya tersenyum apabila melihat mereka semua memandangnya dengan pandangan pelik. Ahh.. siapakah Ilham sebenarnya. Kenapa mereka semua terlalu hormat kepada Ilham. Hatinya berdesis kecil. Hairan.. apatah lagi apabila mendengar panggilan panggilan formal orang lain terhadap Ilham. Tidak seperti rakan sepejabat yang lain. Tidak menggunakan aku engkau seperti dengan Haikal.. atau pun I and you apabila berbicara dengan Nisha.

Ariana memandang Ilham pula. Ketika itu Ilham sedang menyapu air dimukanya beberapa kali. Tiada riak marah diwajahnya.

“Kenapa pulak tu? Tak puas hati lagi? Sampai hati sayang tolak abang erh..”

“Alaaa.. abang tu hah yang gatal. Fea Cuma nak kurangkan kegatalan abang je.. hehehe” Dia tersengih lagi.

“Ye la tu. Ni tak nak tolong abang naik ker” Tangannya dihulurkan. Mengharapkan Ariana menariknya untuk ke daratan semula.

Ariana yang tidak berfikir panjang terus menghulurkan tangannya juga bertujuan untuk membantu Ilham naik ke atas.

Bedebuss!! Sekali lagi Air kolam memercik apabila Ariana pula yang jatuh ke dalam kolam. Diketika itu Ilham sudah melepaskan ketawanya. Puas hati kerana dapat membalas balik.

“Abanggggggggggggg” Ariana menjerit kuat. “Habis basah tau………….”

“Itu la.. tadi buat abang kan. So..Padan muka.. yes yes” Ilham mengajuk kata kata Ariana tadi sambil melambakkan ketawa.

“Eii.. teruk betul..” Air didalam kolam dilibas libas kan. Sambil mulutnya mengomel panjang. Geram dengan telatah Ilham yang langsung tidak mahu mengalah dengannya.

1 comment:

epy elina said...

hohohho...
so funny la part ni...
hmmm ilham napa rhsiakan identity awk...
klu sofea thu mst dia mrjuk...
best2 smbg2x....