Friday, January 22, 2010

AnDaI ItU TakDiR CiNta (23)

Malam itu Ariana hanya mengenakan gaun berlengan pendek separa lutut berwarna kuning lembut. Rambutnya dilepas bebas. Selendang berwarna senada dengannya turut disilangkan di kedua belah tangannya. Setelah itu dia menyemburkan pula wangian dior disekitar tubuhnya. Setelah berpuas hati dia mengambil pula high heel setinggi 4 inci lalu disarungkan di kakinya itu. Dia dan Amyra kemudian menuju pula ke tempat dimana majlis penutupan itu berlangsung. Seperti biasa bayangan dua lelaki itu dicari.

“Excuse me.. Miss Aryana Sofea??”

Ariana hanya menganguk apabila namanya disebut oleh seorang gadis yang berdiri dihadapan dewan itu. Mungkin mereka yang bertugas untuk menunjukkan laluan kepada staff staff Putra Holding. Seterusnya dia mengikut pula gerak langkah gadis itu yang membawanya ke hadapan dewan. Terpana pula dia apabila diarahkan duduk di meja hadapan sekali.

“ Haikal.. ilham mana??” Ariana bertanya setelah dilihatnya hanya haikal bersama nisha dan beberapa pegawai lain dimeja yang didudukinya itu.

“Tu..” haikal menunjuk ke atas pentas.

Ariana mengerutkan dahinya disaat melihat Ilham yang sedang memberi sepatah dua kata sebagai pembukaan majlis diikuti oleh beberapa pegawai lain.

Setelah selesai memberi ucapan Ilham menuju kearah Ariana. Tangan Ariana yang berada di bawah meja diusap lembut. Sungguh dia terpana melihat penampilan sofea yang persis seorang puteri itu.

Ariana membulatkan matanya. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga lelaki itu.. “gatal erh??”

“Ngan Fea sorang jer” Ilham turut membalas tenang. Tidak dihiraukan pandangan pandangan yang melihat aksi mereka berdua.

“Baiklah.. sekarang kita umumkan nama nama pemenang cabutan bertuah”

Kedengaran suara Anisah dari atas pentas membatalkan hasratnya untuk membalas kata kata lelaki itu

Setelah usai cabutan bertuah diberi pula anugerah kepada pekerja pekerja cemerlang. Mereka semua hanya mendengar sambil menjamu makanan yang disediakan diatas meja diselangi dengan persembahan nyanyian oleh beberapa staff Putra holding yang lain.

“Ok nows.. acara kemuncak.. tarian bersama pasangan masing masing.. so let dance..” serentak dengan itu lampu dipadamkan. Hanya cahaya samar yang menerangi mereka semua. Manakala diatas pentas pula diterangi dengan lampu berwarna warni yang digunakan bagi menghasilkan suasana romantic. Disaat itu Ariana sudah mengerutkan dahinya apatah lagi apabila melihat semua orang sudah berdiri ditemani pasangan mereka.

Ilham berdiri tegak. Tangannya dihulurkan dihadapan Ariana. Ariana yang pada mulanya teragak agak akhirnya menyambut huluran tangan ilham sambil menghadiahkan senyuman manis buat lelaki itu.

----------------------------------------------------

“ sayang Nampak comel malam ni..” Ilham berbisik perlahan di telinga Ariana. tangannya yang memaut pinggang Ariana semakin dieratkan.

“ Abang pun Nampak cute malam ni..” Ariana mengusik Ilham. Ilham dilihat sungguh bergaya malam ini namun untuk memuji lelaki itu dia tidak pandai.

“Ada ke abang dikata cute..” Ilham mengerutkan dahinya.

“Ok ok.. abang hensem.. smart.. apa lagi erk” bibirnya sudah menahan tawa. Kelakar melihat reaksi lelaki itu.

“Saja la tu.. mengusik je kerjanya.. Abang cium baru tahu..”

“Berani ker??” Ariana mencabar. Sengaja.. kerana tahu lelaki itu tidak mungkin melakukan itu.

“Sayang nak ker”

Ariana tersenyum lagi..

“Sayang kita kahwin..” Ilham mengaju pertanyaan.

“Abang serius..??”

“Abang betul betul cintakan sofea..” Ilham menyakinkan. Nalurinya benar benar bergetar apabila Ariana bersamanya. Dia sendiri tidak tahu sampai bila mampu bertahan setiap kali berdekatan dengan gadis itu.

“Fea pun cintakan Abang.. tapi fea kan study lagi..” Ariana mengajukan soalan pula. Jikalau diturutkan hatinya dia sendiri mahu. Sudah tidak mampu menahan rasa cinta yang membuak itu tetapi mengenangkan dia yang masih belajar itu terasa sukar pula. Apatah lagi perangainya yang agak tidak matang itu pasti menyukarkannya untuk menjengah kealam perkahwinan.

“Apa salahnya.. Abang akan bantu fea sampai berjaya..” ilham berkata seakan mengerti.

“Abang betul betul cintakan fea..” Ariana bertanya pula. Dia mahu tahu betapa dalam cinta Ilham buatnya.

“Ye la sayang.. Abang dah tak sabar nak kiss sayang tau..” Ilham berkata mengusik.

“Hah.. nak kahwin untuk kiss je buat apa.” Ariana bertanya lagi. merah mukanya disaat mendengar kata kata Ilham itu.

“Sayang nak lebih ker.. boleh ajer..” Ilham mengusik lagi. Wajah Ariana ditatap lama. Pelukan yang sememangnya erat makin dieratkan lagi.

“Abang ni.. fea serius tau..” ujarnya manja.

“Betul la.. tak sabar nak peluk Fea hari hari.. abang betul betul cintakan Fea.. sayangkan Fea.. Fea janji dengan Abang.. biar apa pun jadi.. Fea takkan tinggalkan Abang..” Ilham menagih janji.

“Fea janji.. cinta Fea hanya untuk Abang.”

Ilham tersenyum mendengar janji kekasihnya itu. Lama dia menatap wajah itu. Beralih ke mata , hidung, dan bibir mongel Ariana. Jauh disudut hatinya Ilham sudah nekad dia akan melamar Ariana sebaik sahaja mereka kembali ke kuala lumpur.

4 comments:

Hafia Hana said...

hahahaah,,,,

cpt smbung ea

xnk la ada pgcau dah

+_^

epy elina said...

hohoho...
romantiknya part ni...
sweet...
nak fea kawen ngn ilham...
best2x smbng2x...

akira_bita said...

gilerr romantik!!! wah bestnya!! sweet sgt!!! fara... sambung lg erk...

Fara said...

hehehe.. akn disambung.. tapi kena la bersedia dengan kemungkinan2 yang bakal berlaku coz leretan cerita dia da dirancang..
btw thank for lawrian, epy elina n akira bita for that komen..
selamat membaca.. ~ngee~