Sunday, January 24, 2010

AnDaI ItU TakDiR CiNta (24)

Ilham yang ketika itu sedang lena tidur terjaga apabila telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang diterima.

+Am.. tolong.. I ..

From :- Nisha

Berkerut dahinya disaat membaca mesej nisha itu. Tanpa berlengah dia yang sememangnya memakai jeans dan tshirt bergegas keluar untuk menuju ke chalet nisha yang terletak selang lima buah chalet darinya. Risau pula dia apabila menerima mesej sebegitu.

Sebaik saja tiba pintu bilik nisha diketuk perlahan. Tidak sampai beberapa minit kemudian terjengul muka Nisha yang pucat bagaikan mayat hidup.

“ya ALLAH You ni kenapa..”

“Am.. sakit..” perutnya yang sakit ditekan kuat. Dalam keadaan lemah dia duduk di meja kopi yang terletak di ruang bilik.

“You ni kenapa Nisha.. tell me why” ilham mengesa lagi..

“I tak tahu la.. mungkin salah makan kot tadi” Nisha menerangkan lagi.

“You pergila salin baju.. I bawak you pergi klinik..” Ilham mengarah apabila melihat nisha yang hanya memakai bathrobe. Kesian pula dia melihat muka Nisha yang sudah pucat itu.

“Ermm..” nisha hanya mengiyakan. Tanpa sengaja Air nescaffee yang dibancuh tadi terkena tangannya dan jatuh mengenai baju Ilham.

Terloncat ilham apabila terkena air panas itu.

“Ya Allah.. sory sory.. I tak sengaja Am maaf”

“Tak pelah.. I balik salin baju dulu.. you bersiap” Ilham mula berjalan menuju ke pintu utama.

“Kat luar tu hujan.. macam mana you nak pergi..”

“Ouh my god ness bila masa hujan pulak ni” Ilham merungut kecil. Memang sebelum dia keluar chaletnya tadi cuaca berangin tapi tidak pula dia sedar jikalau awan sudah memuntahkan isinya.

“You salin la baju dulu.. Tadi I ada beli shirt untuk abang i.. you boleh guna..nah ni towel.. toilet kat dalam bilik tu..” Nisha menunjuk sambil menyerahkan tuala dan tshirt kepada Ilham.

Melihat ilham yang menuju ke bilik air nisha menuju pula ke almarinya untuk menukar pakaian.



Ariana menguap panjang. Ketika itu jam menunjukkan baru pukul dua pagi. Entah kenapa malam ini dirasanya terlalu panjang. Dia melangkah ke balkoni. Bertujuan untuk merasa kedinginan malam. Apatah lagi diketika ini waktu sedang hujan. Bagai teringat ringat pula dia akan kenangan indahnya bersama Ilham malam tadi, dia tersenyum sendiri.

Prangg!!! Kuat bunyi itu mengejutkan Ariana dari lamunanya. Dia memandang sekeliling. Tiada apa apa yang pelik. Tiba tiba matanya tertacap pada chalet yang didiami Nisha.selang sebuah darinya. Berkerut dahinya disaat melihat chalet itu bercahaya terang dengan pintu yang separa terbuka. Risau pula hatinya disaat itu. Tidak menghiraukan hujan yang sedang mengila. Lantas dicapai sweater lalu disarungkan ditubuhnya. Sempat dia mengambil payung lalu melangkah perlahan menuju ke chalet Nisha.

Sampai sahaja disana. Matanya mencari cari kelibat nisha namun hanya sepi yang menyambut kedatangannya. Dengan teragak agak dia masuk juga ke dalam rumah itu. Kakinya melangkah perlahan lahan menuju ke bilik Nisha.. sampai sahaja dipintu langkahnya mati. Lidahnya terasa kelu untuk bersuara. Langkahnya diundurkan kembali. tidak sedar entah bila tangannya terkena pasu yang diletakkan di meja tepi pintu bilik itu. Berdesing telingannya disaat pasu itu jatuh kebawah lalu pecah..

Ilham mendongak. Matanya terpana.. “Fea” . Tubuh Nisha yang tadi dikendong dilepaskan.

Ariana mengeleng gelengkan kepalanya beberapa kali. Tidak percaya dengan pandangan mata.

“Fea.. abang tak buat apa yang Fea fikir..” ilham yang mula mengagak arah fikiran Sofea memberitahu.

Ariana mengeleng lagi.. saat itu dia hanya ternampak bayang Ilham yang hanya memakai jeans dan Nisha yang hanya berbaju tidur seksi dipeluk Ilham.

Ariana terduduk. Melihatkan itu ilham tergesa gesa menyarungkan bajunya kembali. dia kemudiannya mendekati Ariana. Ariana yang melihat ilham menuju kearahnya terus berteriak kecil.

“ jangan dekat” air matanya terasa menitis..

“ abang tak buat apa apa sayang.. percaya pada abang..” ilham menyakinkan. Tadi dia mendengar bunyi kaca jatuh . sebaik dia keluar dia melihat badan nisha yang melurut jatuh itu. sakit barangkali. Tidak berfikir panjang dia menerpa kearah nisha. Mahu mengangkat gadis itu untuk diletakkan di atas katil . Bukan seperti yang Ariana fikirkan.

“Kenapa abang.. kenapa..” Ariana bertanya lirih. Tidak percaya.

“Sayang..abang tak buat semua tu..” Ilham berkata lagi.

“Tak buat.. habis apa abang buat malam malam macam ni..” dia menyoal geram. Jikalau Ilham tidak bersalah apa pula lelaki itu buat di waktu pagi begini di bilik Nisha. Jangan jangan mereka baru sahaja melepas rindu.

“Sayang.. pandang abang.. abang tak buat semua tu..” muka Ariana dipegang supaya menghadapnya. Mengharapkan Ariana percaya pada kata katanya.

“Lepaskan..” air matanya diseka laju..” tergamak Abang buat fea macam ni”

“Abang tak buat semua tu.. percaya abang..”

“Tak !! fea takkan percayakan abang.” Seusai berkata dia berlari ke luar tidak dihiraukan hujan yang ketika itu semakin lebat.

Ilham yang melihat terus mengejar. Tangan Ariana dicapai. Tubuh gadis itu dipaut erat.. “ abang tak buat fea..abang tak buat..”

“Abang bohong abang tipu..” tangannya memukul mukul bahu ilham minta dilepaskan. Dia tidak sudi berada di dalam pelukan lelaki itu. Dia tidak rela Ilham menyentuhnya.

“Abang tak tipu sayang..”

“Bohong.. lepaskan..”

“Fea.. percayakan abang.. abang Cuma cintakan fea sorang..”

“Tipu bohong..abang tipu!! abang bohong!!.. tergamak abang buat fea macam ni.. tergamak abang tipu fea.” Ujarnya pula. Kata kata cinta ilham tadi hanya bohong semata mata. Sakit hatinya.

“Sayang.. abang tak buat semua yang fea cakap” Ilham memohon pengertian. Hujan yang lebat menyimbahi mereka berdua langsung tidak dihiraukan.

“Abang bohong.. abang curang.. lepaskan fea abang.. lepaskan..” hatinya memberontak geram. Peritnya hati apabila dikhianati.

“Tak.. abang tak kan lepaskan..” Ilham berkeras.

“Fea benci abang.. fea benci orang macam abang..” Ariana menjerit lagi. dada lelaki itu dipukul abgi melepaskan geram.

“Sayang.. dengar cakap abang.. itu semua salah faham..” ilham menerangkan pula. Lagi pula mana mungkin dia mencurangi Ariana setelah dia meluahkan kata kata cinta buat gadis itu. tidak sedarkah Ariana?

“Tidak.. mata fea tak buta abang.. fea Nampak abang.. nampak..”

“Abang Cuma tolong nisha sayang.. dia mintak tolong .. itu je,..”

“Mintak tolong.. atau buat maksiat..” Ariana menengking kuat.

“Sayang abang tak buat semua tu..”

“ abang ingat fea bodoh.. lepaskan fea abang.. lepaskan..”

“Takkan …abang takkan lepaskan…” tubuh Ariana dipaut semakin erat. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Tidak walaupun hanya untuk satu saat.

“Lepaskan fea abang.. Fea benci abang.. benci…… abang boleh berambus dari hidup fea..”

“Mengucap sayang.. mengucap..fea dengar sini.. abang Cuma cintakan sayang sorang..”

“Tak guna .. tak guna cinta abang tu.. kalau abang sangup tidur ngan perempuan lain..”

“Abang sanggup tipu fea..”

“Abang khianati kepercayaan fea..”

“Abang tak buat semua tu sayang..” pantas ilham memintas. Perit hatinya dituduh bertalu talu begitu hanya tuhan sahaja yang tahu.

“Bohong.. tipu.. pergila abang.. pergi dari hidup fea..”

“Fea.. jangan cakap macam tu.. abang sayangkan fea..”

Ariana mula terasa lemah.. dia yang sedari tadi meronta ronta supaya dilepaskan dari pelukan lelaki itu mula melurut ke bawah. Pedih hatinya saat itu. Lemah seluruh badannya untuk berdiri..

“Fea sanggup berikan seluruh hidup fea untuk abang.. Fea abadikan hati fea untuk abang. Tak pernah terniat pun dihati fea untuk membelakangkan abang. Fea ikut semua kata kata abang. Fea ubah diri fea untuk abang. Hatta tubuh fea pun mungkin fea sanggup bagi untuk abang. Tak pernah fea terniat untuk tinggalkan abang. Fea cintakan abang. Abang tahu tak? Tergamak abang buat fea macam tu…” Ariana merintih sayu.

“Abang tak pernah curang dengan sayang.. itu semua salah faham..”

“Kalau betul abang dah kemaruk sangat. Bagitahu fea. kita boleh nikah.. fea sanggup serahkan diri fea untuk abang. Bukan dengan abang buat maksiat macam tu..” Ariana menambah lagi. Dia yakin ilham terlalu menurut nafsu gilanya itu.

“Sayang.. abang tak terniat pun nak macam tu.. bukan body fea yang abang nak.. abang betul betul cintakan sayang..” ilham menyakinkan sekali lagi. tidak terniat pun dihatinya untuk berfikiran begitu.

“Ahhh.. abang bohong.. cinta abang takder nilai bila abang tergamak buat macam tu pada fea..”

“Sayang berulang kali abang katakan abang tak buat semua tu.. pandang abang sayang.. bagitahu abang kalau fea percayakan abang..”

“Percaya.. memang fea berharap kalau fea masih ada kepercayaan tu.. tapi takder..”

“Percayakan abang sayang.. abang tak buat semua tu.. percaya kata hati fea..”

“Hati fea dah mati saat fea tengok abang dengan nisha..” Ariana merintih sayu. Wajah ilham dipandang lama. Tangannya menyentuh muka Ilham.. sungguh biar terluka sekalipun sayangnya buat lelaki itu terlalu kuat.

“ fea sayangkan abang.. tapi abang khianati fea. Dan fea tak mampu untuk terima semua tu..”

“Sayang.. abang..” ilham terkelu. Sayu hatinya disaat melihat air mata Ariana yang mencurah laju.

“Jangan ganggu fea lagi.. mulai hari ini kita bukan siapa siapa.. abang pergi jauh dari hidup fea..”

“Fea.. abang..”

“Fea benci abang… benci” seusai berkata kata.. dia menolak tubuh Ilham dan berlari masuk ke chaletnya. Luluh hatinya disaat itu. Hancur hatinya disaat itu.



12 comments:

akira_bita said...

ala........... sedihnya... sian kat fea ngn ilham.. benci gilerr la ngn si nisha tuh... eee!! farah.. sambung lah lagi erk... hahahha!!

epy elina said...

ohohohhoho...
hmmmm slh fhm lak...
x nak fea ngn ilham brpsh...
2 smua rncngn nisha jer...
x mau dorng brpsah....

rubisya said...

fara.. nk lagi!!


bengongnye nisha.. cian nye fea

Anonymous said...

fara, ley x kalo pasni wat jarak2 jauh2 ckit.. susa la nk bc kalo ceni.. pening sikit...

Fara said...

ok ok.. sory sory ingatkan da ok da jarak dia.. btw tq for all komen!!
insyaallah akan disambung secepat mungkin.. tq...

Hafia Hana said...

alaalalalalala...

sian kt ilham jg mangsa keadaan...

sian gak kt Fea..


xmo la diorg gaduh2...

Hafia Hana said...

alaalalalalala...

sian kt ilham jg mangsa keadaan...

sian gak kt Fea..


xmo la diorg gaduh2...

Unknown said...

ala...

jahat nyer nisha...

dengki btol...

kesian kt am...

kepercayaan fea da berkurang....

huhu...

xmo la diorg berpisah....

nk lg...!!

Sinar Lania said...

gila la..tibe2 lagu yg ade dlm blog nih sesuai gile2 dgn part kali nih...part die nangis tuh lgu tuh kte 'hapuskanlah air matamu'...fuhhhhh...air mateku trhapus dohhhhh...huhuhu
nice2...smbg2

khasyikelvin_ said...

isk2...
mengira perkataan bohong.
ekekee nape taknak dengar
penjelasan neh fea?
nak kene cobet neh!

Anonymous said...

salam..
watak tengku zairil iskandar tu sape ek?
sy bc dr episod 1 tp xjumpa lak watak tengku zairil iskandar.. sape tau, blh tlg bg tau x?

BCS said...

salam..

memang cerita ni menyentuh hati sesiapa saje yang membacanya tapi tak terkecuali saya..
namun apa yang mahu saya komen disini adalah sikap arianna..
tak dinafikan wanita memang mudah terpengaruh dan kaget apa yang dilihat dengan mata kasarnya sendiri namun apa yang terjadi adalah sebaliknya... situasi berdua-duaan amat cukup menghiris hati mana-mana hati seorang wanita yang begitu menyintai seorang lelaki yang amat dipercayainya dalam hidup.. tp bila berlaku situasi berkenaan adakah wanita itu sanggup mendengar penjelasan yang harus dijelaskan seorang lelaki?????? tak mungkin kan.. kerana disaat itu hati wanita sudah hancur dan terluka.. namun masa yang terbaik tuk menjelaskan segala terjadi apabila wanita(kekasih lelaki itu) sudah dalam keadaan tenang.. mungkin pada saat dia menerima penjelasan dalam keadaan emosi tidak menjernihkan keadaan tp mengeruhkan lagi keadaan.. oleh itu nasihat saya kepada ilham.. cubalah menjelaskan keadaan sebenar walaupun perhubungan diambang perpisahan.. atleast,dengan penjelasan yang diluahkan mampu mengubati hati yang lara.. walaupun tidak bersalah..

buat arianna "fea" .. saya harap anda cuba sedaya-upaya memahami penjelasan ilham sekiranya hati anda sudah lebur.. anda berhak menentukan nasib hidup anda.. berfikirlah secara rasional dan tanpa mengikut emosi kerana keputusan dalam emosi membuat kita sengsara.. semoga perhubungan anda berkekalan..

buat nisha, saya memang tak nafikan anda seolah-olah mahu meruntuhkan hubungan seseorang namun saya tak menyalahkan anda juga.. kerana anda dalam situasi yang kemudaratan.. kesihatan anda terganggu dan perlu ada bantuan .. kenapa anda mencrai ilham??????? ya memang ilham salah seorang orang yang boleh menolong.. tp anda harus menjaga perasaan orang lain juga..

saya harap anda dapat menjelaskan situasi sebenar kepada arianna..

k tq.