Wednesday, January 27, 2010

AnDaI ItU TakDiR CiNta (25)

“Ariana dah turun??” mak Ilah bertanya Amyra setelah dilihatnya hanya gadis itu yang turun ke ruang makan.

Amyra hanya mengelengkan kepalanya. “Ariana kata dia tak lapar”

“Hah.. dah tiga hari dia tak makan.. takkan tak lapar l sahaja pulang dari bercuti haritu.

“ entah lah mak Ilah.. saya pun dah tak tau nak buat apa lagi” Amyra mengeluh perlahan. Sungguh dia keliru kenapa Ariana tiba tiba berubah menjadi begitu.

“ dah call ilham.. mungkin dia boleh tolong??”

“ saya dah call.. tapi saya rasa dia bergaduh dengan Ilham kot” Amyra mengagak. Hari itu sewaktu pulang dari Terengganu temannya itu hanya berdiam diri. Malahan tidak seperti waktu datang ke resort, Ariana duduk di dalam bas bersama dengannya.

“Ish tak mungkin lah.. mereka berdua tu mana pernah bergaduh” Mak Ilah tidak percaya. Yakin hubungan Ariana dan ilham baik baik sahaja.

“ entahlah Mak ilah.. pusing jugak kepala saya menengoknya..”

“Ariana tak de cerita apa apa pada kamu” mak Ilah bertanya lagi. masih tidak berpuas hati selagi tidak mengetahui duduk perkara sebenar.

Amyra mengeleng lagi. Seingatnya pagi sebelum balik itu dia melihat Ariana bangun dengan mata bengkak. Apabila ditanya kenapa hanya gelengan yang menjawab soalannya itu.

“ tak pelah mak ilah saya nak bawak sarapan ni naik ke bilik dia..” sarapan ditangan ditunjuk. Lalu dia berlalu ke tingkat atas.

Ariana memandang langit lama. Bosan. Dia bosan berkurung seperti ini. Tapi untuk keluar ke ruang tamu dia tidak mampu. Matanya sudah tidak mampu mengeluarkan air jernih itu lagi. mulutnya sudah tidak mampu bersuara. Otaknya sudah tidak mampu berfikir. Sudahnya dia hanya terperap di dalam kamarnya itu.

Dia seakan sudah lama terputus hubungan dengan dunia luar. Bosan menatap langit dia menuju pula ke sofa yang terletak di kamarnya itu lalu mengambil remote tv, mencari siaran siaran menarik namun hampa apabila cerita yang dipaparkan hanya menambah kebosanan yang sedia ada.

“Ariana.. bukak la pintu ni.. saya bawak breakfast untuk awak”

Suara Amyra dari luar mematikan lamunanya. Saya tak lapar awak.. dia ingin menjerit itu namun suaranya tidak terkeluar. Rayuan demi rayuan yang keluar dari bibir temannya itu memaksanya bangun lalu membuka pintu. Terjengul wajah Amyra bersama dulang yang berisi bihun dan segelas jus orange.. ahh.. dia bukannya orang sakit yang memerlukan perhatian sebegitu rupa..

“Jom makan” sarapan ditangan diletak diatas meja yang terdapat di balkoni bilik Ariana .

Ariana mengeleng kepalanya beberapakali.

“Eh tiga hari lagi kampus dah nak bukak tau..saya dah tengok dah result.. awak dah tengok” Amyra bertanya lagi.

Ariana hanya menganguk.

“Awak dapat berapa pointer” sengaja dia bertanya itu dan ini dengan harapan Ariana akan bersuara nanti.

Tangan Ariana digerakkan menunjuk angka tiga.

“Ouh.. awak lulus semua tak??”

Ariana menganguk lagi.

“Awak tak nak shoping baju baru ker.. bukan awak kata hari tu nak shopping kan before masuk kampus”

Ariana mengeleng kepalanya pula.

“Kenapa..”

Bahunya diangkat beberapa kali memberi maksud tidak tahu kenapa.

“Ala.. boring la cakap ngan awak.. macam cakap ngan orang bisu” amyra mencebik.geram pula dia apabila Ariana langsung tidak bersuara.

Ariana hanya tersenyum.

“Awak.. saya panggil ilham datang sini erh” Amyra bertanya pula. Berharap kedatangan ilham mampu megubat duka Ariana yang tidak diketahui sebabnya itu.

“No.. saya tak nak jumpa dia” Ariana menjawab pantas.

Amyra ternganga. Tidak sangka akhirnya temannya itu bersuara jua. Tapi kenapa tidak mahu berjumpa ilham pula??

“Kalian bergaduh ker??” Amyra bertanya lagi tidak berpuas hati.

Ariana mengelengkan kepalanya lagi. bergaduh?? Ahh.. dia tidak pernah mengangap jikalau mereka berdua bergaduh.

“Habis tu baik la ni yer.. kenapa awak tak nak jumpa dia??”

Ariana mengeleng lagi. Dia tidak ada rasa untuk menceritakan kejadian hari itu kepada sesiapa.



“Fea..” Ilham memanggil gadis itu perlahan.

Ariana berpaling. Sebu hatinya disaat melihat wajah itu. Ahh.. terlupa pula dia untuk mengunci pintu kamarnya sebaik sahaja Amyra keluar tadi. Dia hanya membisu.

“sampai bila fea nak hukum abang macam ni..abang tak salah fea .. semua tu salah faham.” Ilham menerangkan sekali lagi. berharap agar gadis dihadapannya itu faham.

Ariana diam. Tidak mahu bersuara. Majalah ditangan dibelek belek malas.

“Fea tak percayakan Abang??” buntu apabila penjelasannya tidak bersahut dia menanyakan soalan pula.

Ariana masih diam.

“Fea.. jawab soalan Abang..” Ilham mengetap bibir menahan geram apabila dirinya tidak dipedulikan.

Ariana menjeling tajam.

Langsung tidak berpuas hati dengan reaksi Ariana, Ilham melibas pula majalah ditangan gadis itu hingga jatuh ke permaidani.

Ariana tersentap. Namun seperti tadi mulutnya masih lemah untuk bersuara.

Ilham terduduk di sofa. Luluh hatinya untuk menyakinkan Ariana. Apa lagi yang harus dikatakan untuk menyakinkan gadis itu. Wajahnya diraup beberapa kali. Berharap kesabaran masih bersamanya di saat itu.

“Fea tak percayakan Abang kan..abang tak sangka Fea tak percayakan Abang..”

“Abang tak sangka Fea sanggup tuduh abang macam tu”

“Hukum abang tanpa sebab”

“Fea kejam dengan abang..”

“Tak adil dengan abang..”

“Jangan jangan Fea memang tak pernah cintakan Abang..”

“Fea kejam!!” Ilham menambah lagi. geram dengan reaksi kaku Ariana terhadapnya mendorong Ilham supaya meluahkan kekesalan dihatinya itu.

Air mata Ariana yang sedari tadi ditahan gugur jua. Terpana dia dengan tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan Ilham..

“ fea atau abang yang sanggup buat Fea macam tu..”

“Abang tipu fea..”

“Fea tak sangka abang.. tergamak abang kan..” Tangan Ilham ditarik supaya tubuh itu berdiri. Kemudian dia menarik Ilham ke muka pintu.

“Abang keluar sekarang.. Fea tak perlukan Abang.. tak perlu dengar penjelasan Abang..”

“Fea Abang..” Ilham cuba bersuara mahu menyakinkan Ariana sekali lagi.. tadi sewaktu dia meluahkan kata kata dia berharap agar Ariana sedar tapi lain pula jadinya sekarang.

“Get out from my room.. get lost.” dia menolak tubuh lelaki itu kuat. Entah dari mana kekuatannya untuk menolak lelaki itu dia tidak peduli. Yang pasti Ilham harus hilang dari pandangannya sekarang. Setelah itu pintu dihempas kuat.

4 comments:

epy elina said...

hohohohoh...
ilham ni xpjuk btul2 lak..
ckp bkn2, mstlah fea mkin mrh..
brusahala twan ati fea....
jika cnta awk iklas mst fea jd mlik awk...
smbung2x...

akira_bita said...

tau xpe....setuju ngn epy elina.. pujuklah betul2 ilham.... tawan tol2.. wat benda yg ilham yakin yg fea akan terharu....fea.. dengar lah dlu... ish.. geram lak.. hahahah!!

fara, sambung!! hahahahah!!

keSENGALan teserlah.. said...

haisssyyy..
ketegaq btol laa fea nieh..
hope ilham pujok fea sungguh2..
jgn dua-dua ego dah bla..
susa cmtu..

khasyikelvin_ said...

baiknya amyra...
daku pun nak bekpes gak,
dihantar dlm bilik...