Saturday, January 30, 2010

AnDaI ItU TakDiR CiNta (26)

Seusai mendaftar untuk semester baru Ariana menuju ke keretanya sambil menunggu Amyra disitu. Hari ini dia ingin keluar ke mall itupun setelah dipujuk Amyra berkali kali. Dek kerana tidak mahu menghampakan temannya diturut sahaja keinginan temannya itu.

“Kenapa lambat..” Ariana bertanya sebaik sahaja terlihat kelibat Amyra yang sedang mara kearahnya. Sudah hampir lima belas minit rasanya dia menunggu Amyra tapi baru kini wajah itu muncul.

“Opss.. sory.. terborak panjang pulak.. hehehe” Amyra memberi alasan. Lama tidak berjumpa rakan sekampus yang lain membuatkan dia leka berborak itu dan ini.

“Ye lah. Dah jom” Enjin kereta dihidupkan lalu dihalakan ke arah bandar. Malas mahu menyoal. Lagi pula dia sebenarnya tidak kisah pun mahu menunggu temannya itu. Tadi pun dia sekadar bertanya sahaja.

“Can I ask something” Setelah lama berdiam diri Amyra memberanikan dirinya untuk bertanyakan sesuatu.

“Yups..what..”

“Dah hampir seminggu kita balik dari resort. Awak dah banyak berubah.. kenapa Ariana? Awak bergaduh dengan Ilham.” Dia bertanya juga soalan yang sudah lama disimpan dalam kotak memorinya itu sebaik melihat Ariana yang berubah begitu. Selebihnya dia tidak mahu melihat muka Ariana yang mencuka begitu. Benar benar bergaduh barangkali.

“Apa awak cakap ni Myra. Saya biasa je la..” Ariana menjawab selamba. Dia tidak punya rasa pun untuk meluahkan masalahnya itu kepada Amyra biarpun temannya itulah yang selalu menjadi tempat dia meluahkan rasa hati.

“Ariana, saya dah lama kawan ngan awak. Saya tahu siapa awak. Tak payah la awak bohong dengan saya..” Amyra memberitahu jujur. Dia dan Ariana sudah kenal semenjak di matrikulasi lagi iaitu ketika bersama sama mengambil diploma, jadi mana mungkin dia tidak dapat membaca ‘aksi’ temannya itu.

Ariana hanya tersenyum. Pintu kereta ditutup sebaik sahaja mereka sampai di Times Square. “Tak de apa apa la Myra.. saya ok..”

“Kalau awak bergaduh ngan Ilham awak bagitahu la saya. Saya boleh brainwash awak..” Ujarnya selamba.

Ariana tertawa kecil. “kenapa awak nak brainswash saya?” Tanya nya pelik.

“Ye la.. dalam bercinta kena ada tolak ansur”

“Awak bercakap macam awak pernah bercinta jer..” Ariana memerli pula. Mana tidaknya cara Amyra bercakap seolah olah gadis itu benar benar arif dengan kemelut dunia cinta.

“Jangan terlalu percaya dengan pandangan mata. Jangan terlalu percaya dengan pendengaran telinga. Nanti awak akan menyesal..” Amyra memberi nasihat. Tidak dihiraukan perlian temannya itu. Dalam kata katanya. Berharap agar Ariana memahami maksud yang tersurat di sebalik kata katanya.

“Apa maksud awak..” Ariana mengerutkan dahinya. Tidak faham.

“Ilham dah cerita pada saya. Awak tak percayakan dia?” Ujarnya pula. Semalam Ilham sudah menerangkan dari A ke Z kepadanya.

“Ouh.. I see.. patut la. Jadi awak pilih untuk percaya kata kata dia dari pandangan mata..” Ariana bertanya sinis. Tidak percaya Amyra lebih mempercayai Ilham dari nya.

“Ariana.. dah lama awak kenal Ilham. Dah hampir setahun. Kami semua boleh tengok betapa baiknya dia layan awak. Awak fikir dia tergamak buat awak macam tu..” Amyra menerangkan maksudnya pula. Bukanlah dia tidak mempercayai Ariana namun melihatkan layanan baik Ilham kepada Ariana, apa sanggup Ilham melakukan Ariana begitu? Hanya orang bodoh sahaja yang tidak akan nampak betapa sayangnya Ilham kepada Ariana

“Saya nampak Myra. Bukannya saya buat cerita..” Ariana menegakkan kebenaran. Yakin Amyra tetap lebih mempercayai Ilham darinya.

“Dia dah bagitahu kan. Dia Cuma tolong Nisha. Nisha sakit..” Amyra menyakinkan. Itulah yang diberitahu Ilham hari itu.

“Pagi pagi buta, dengan gaya orang baru lepas buat maksiat. Itu yang dikata tolong Nisha. Nisha sakit..” Ujarnya geram. Bayangan Ilham berpelukan dengan Nisha hingga ke hari ini masih segar di ingatannya. Dan pada dirinya? Sungguh dia tidak mampu menerima semua itu.

“Mengucap Ariana. Tak baik menuduh macam tu..” Amyra beriftifar sendiri. Tidak percaya Ariana tergamak berkata begitu.

“Ahh.. whatever.. saya tak nak dengar..” Ariana membalas laju. Malas mahu mendengar kata kata Amyra yang dilihatnya hanya memenangkan Ilham semata mata.



“U nak beli apa lagi ni nisha..” Ilham bersuara geram. Sudah la masalahnya belum selesai dan sekarang pagi pagi buta lagi dia ditarik gadis itu menuju ke mall. Sakit pula hatinya.

“Ala.. relax la. I nak beli cenderahati before balik uk. Kan kita dah nak balik..” Nisha berkata selamba. Lagi pula siapa suruh lelaki itu pandai pandai berjanji untuk menemaninya keluar hari itu.

“Ahh.. penat la I layan you ni. Banyak lagi masalah yang lebih penting dari shopping ni.!!” Ilham membentak geram. Pada waktu waktu genting begini ketenangan yang selalu terpamer diwajahnya bagaikan hilang dek ditekan dengan pelbagai rasa.

“Masalah apa? Masalah you ngan Ariana tak selesai lagi ker” Nisha bertanya lagi.

Ilham hanya diam. Tiada mood untuk menjawab. Masalahnya dan Ariana bukan masalah public . Masalah yang harus dijaja kepada semua orang. Selebihnya bukankah Nisha yang menyebabkan masalah itu terjadi? Namun mengenangkan Nisha yang benar benar sakit hari itu dia menyabarkan hatinya. Yakin nisha sebenarnya tidak bersangkut paut dengan masalah dia dan Ariana.

“Itu la.. I nak jumpa Ariana you tak bagi. I boleh terangkan pada dia..” Nisha bersuara bersunguh sungguh.

“Ahh.. tak payah. Masalah I biar I yang selesaikan” Ilham berkata mendatar.

“Suka hati you lah.” Lengan lelaki itu dipaut supaya bergandingan dengannya. Lagi pula dia juga bukannya tahu bagaimana cara untuk membantu Ilham. Sekadar bertanya dan menawarkan bantuan sahaja.

“Apa yang awak tengok tu..” Amyra bertanya apabila Ariana hanya membeku dari tadi. Pelik pula dia apabila melihat Ariana yang kaku itu sedangkan tadi beria Ariana berjalan laju kehadapan.

“Pandangan mata saya tak berbohong kan.” Matanya mengunjuk kearah Ilham dan Nisha. Tidak percaya. Apa sebenarnya yang dimahukan Ilham sebenarnya. Dan apa pula hubungan mereka berdua? Tidak pernah hiraukan masalah mereka berduakah Ilham sehingga tergamak bergandingan mesra dengan Nisha pada waktu begini?

“Err..mungkin dia orang Cuma pergi jalan jalan..” Amyra memberi alasan. Terkedu dia apabila melihat Ilham yang sedang bergandingan dengan Nisha. Terasa malu pula pada Ariana sedangkan tadi beria dia berpihak kepada Ilham. Menyuruh Ariana jangan percaya pada pandangan mata . Tapi kali ini?

“Yes..maybe ” Ariana berjalan menuju kearah pasangan itu. Sengaja dihentikan langkahnya di hadapan Ilham bertujuan agar lelaki itu nampak dirinya.

“Fea.. abang Cuma..”

“Cuma apa? Nak habiskan masa dengan kekasih hati..” Ariana memintas laju. Dia tersenyum sinis. Sakit hati pula dia melihat lengan yang berpaut erat itu. Entah kenapa jauh disudut hatinya dia mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Nisha. Dia mula merasakan jikalau selama ini Nisha hanya bermuka muka dengannya. Masakan tidak biarpun Nisha kini sedang berhadapan dangannya namun perempuan itu dilihatnya langsung tidak terkejut dan terus terusan jua memaut lengan Ilham. Lalu mengapa Nisha berbaik dengannya selama ini??

Lengan nisha yang memautnya direntap kuat. Ilham menerpa kearah Ariana. Dipegang kejap bahu gadis itu supaya menghadapnya.

“Lepas la Abang..” Ariana meritih kecil. Sudah tidak mampu berdepan dengan situasi itu. Satu demi satu kenyataan menjengah matanya. Cukup untuk kali ini. Dia sudah tidak mampu.

“ Fea doakan abang bahagia. Fea akan cintakan Abang sampai bila bila pun..” Seusai berkata dia melangkah pergi. Dia akui cintanya untuk lelaki itu tidak pernah kurang. Malahan tidak mungkin akan berkurang. Dan dia tahu Ilham mencintainya, tapi itu dulu. Sekarang hatinya sudah tidak yakin dengan kata kata cinta yang saban hari melekap di pendengarannya itu.



Amyra hanya menganguk beberapa kali. Setelah pintu ditutup dia menuju ketingkat atas. Mahu berjumpa Ariana yang pasti sedang bertapa dibiliknya itu. “Ariana, ini ada bungkusan untuk awak” Amyra menghulurkan bungkusan kotak ditangannya kepada Ariana

“Apa ni..” Ariana bertanya sambil mengoyangkan kotak ditangan beberapa kali. Pelik!

“I don`t know.. bukaklah. Saya nak turun bawah” Amyra berkata sambil menjungkitkan bahu tanda tidak tahu. Dia hanya menyampaikan pesanan orang.

Ariana membuka bungkusan itu setelah dilihat Amyra keluar dari kamarnya. Berkerut dahinya disaat melihat terdapat sehelai selendang berwarna putih bersama sepucuk surat. Surat itu diambil lalu dibuka perlahan.


Salam sayang buat Ariana sofea,

Jujur abang tak tahu apa lagi yang harus abang buat. Fea langsung tak nak dengar kata kata Abang. Abang buntu, tapi untuk pergi tanpa memberi penjelasan untuk fea.. mustahil bagi Abang.

Abang minta maaf jikalau semua kelakuan Abang menyakitkan hati fea.. tapi abang mohon pengertian Fea… cuba sekali Fea renungkan waktu kita bersama. Pernah abang sakitkan hati Fea.. tak pernah kan??.. Apa pun sanggup abang lakukan untuk Fea.. hatta nyawa sekali pun.

Tapi mata Fea terlebih mendahului ingatan Fea terhadap kenangan kita bersama. Fea lebih rela percaya pada pandangan mata dari penjelasan Abang… so.. apa lagi yang harus abang katakan.. Fea pernah mintak abang pergi jauh kan..

Yups kali ini Abang akan pergi jauh dari Fea.. hingga mungkin kita takkan mampu untuk berjumpa lagi.. Fea.. Ingat pesanan Abang.. Ingat kata kata Abang.. Abang sentiasa cintakan Fea..

Ingat fea.. jaga diri..Jangan lupa solat..mintak petunjuk pada Tuhan kalau Fea ada masalah..Jangan lupa breakfast sebelum pergi campus..Belajar betul betul.. oh ya.. dulu abang pernah janji nak bawak Fea pergi melancong kalau Fea dapat result ok dalam final kan.. tapi sayang.. Abang tak dapat tunaikan semua tu..

Ketahuila sayang.. seumur hidup abang.. hanya Sofea dihati abang.. dan untuk terakhir kali abang jelaskan pada Fea.. Abang dengan Nisha tak de apa apa.. apa yang Fea pandang.. Apa yang Fea lihat.. itu semua hanya salah faham..

Hanya itu yang Abang ingin katakan.. ahh.. surat ni pun entah Fea baca atau tidak.. tak pela sayang.. Andai itu takdir TUHAN.. Abang terima.. demi kebahagiaan Fea..

Pergila Sofea.. Pergi sejauh mungkin dari hidup Abang… Selamat berbahagia.. I will always remember and loving you..

Salam sayang..

Mohd Ilham..

P/s:- selendang ni khas untuk Fea. Bila saat hati Fea terbuka untuk memakai tudung.. Abang harap tudung ni yang first Fea pakai..


Ariana mengetap bibirnya. Hatinya terasa sebak.Air matanya meluncur laju.. ahh.. benarkah Ilham tidak bersalah? Abang betul keapa yang Fea nampak tu semua bohong? Apa yang harus Fea lakukan Abang? Tolong Fea Abang. Tolong beri keyakinan pada Fea!! Buktikan pada Fea kalau Abang tak bersalah!! Hatinya merintih sayu. Benar benar buntu akan segala galanya.

4 comments:

epy elina said...

hohohoohoh....
nak fea ngn ilham brsama....
smbung2x...
best2x....

Hafia Hana said...

arghhhhhhhhh

nape jd mcm ni?

x mo la fea gado2 lg ngan ilham..

please fea..

+_*

keSENGALan teserlah.. said...

waaaaaaaa..sedey plak..ngeeeeee..

faridahmuslimah said...

sedihnya....
sian ilham...
fea maafkan ler ilham...dia x salah..
best2....
nak lg nak lg hehehe...