Tuesday, February 16, 2010

AnDaI ItU TakDiR CiNta (27)

Ariana berlari laju. Airmata yang mengalir dipipinya sesekali diseka perlahan. Kain baju kurung diangkat sedikit tinggi supaya mudah untuk dia berlari. Dia harus cepat. Ya dia tidak mahu terlewat walau hanya untuk sesaat. Dia tidak mahu Ilham hilang dari pandangannya. Dia yakin Ilham tidak bersalah. Dia yakin kasih lelaki itu hanya untuknya. Dia yakin Cinta mereka berdua utuh.. dia yakin itu semua. Ya dia yakin itu semua.

Pandangannya dihalakan ke board klia. Kemudian dihalakan pula kearah hadapan kiri dan kanan. Bayang Ilham dicari diseluruh pelusuk lapangan terbang Klia itu. Jam ditangan dilirik. Dia masih punya waktu untuk mengejar Ilham. Dia masih boleh menghalang lelaki itu dari pergi jauh darinya. Ahh.. Ilham.. mana awak? Hatinya bertanya lagi. Tidak dihiraukan pandangan mata yang melihat. Tidak Dihiraukan tubuh tubuh yang dilanggarnya akibat terlalu laju berlari.

Dalam kegembiraan dia menyeka air matanya yang semakin laju keluar apabila terlihat sesusuk tubuh itu.. Langkahnya dilajukan. Dia mendekat..

“Wah lawa awak hari ni. Nak gi jumpa Ilham erh?” Amyra menegur apabila melihat Ariana yang ayu berbaju kurung beserta selendang putih yang dipin kemas dikepalanya. Pastilah selendang yang diberi Ilham hari itu. Ahh Kuasa cinta Ilham kepada Ariana memang hebat sehingga mampu membuatkan Ariana mengikut kata katanya. Dan pastilah tudung itu dipakai setelah Ariana menimbang tara nasihat yang diberi Ilham itu.

Ariana hanya tersenyum. Entah kenapa jiwanya tenang sebaik sahaja mendengar penjelasan Ilham itu. Itupun setelah berhari hari dia menyelidik surat itu. Dan demi itu juga dia kini mahu memulakan langkah baru dan mengambil keputusan untuk menutup auratnya itu. Dan dia teramat yakin, Ilham pasti akan gembira dengan perubahannya.

“Awak rasa betul ker Ilham tak tipu saya? Semua tu salah faham” Ariana bertanya lagi.

“Saya yakin 100 percent. Ilham sayang awak.” Amyra menyakinkan.

“Saya pun harap macam tu. Saya nak pergi jumpa dia malam nanti. Saya nak minta maaf ngan dia. Saya nak terima dia balik. Awak rasa dia maafkan saya?” Ariana memberitahu. Memang hatinya luka dengan perbuatan Ilham. Namun jauh disudut hatinya dia sayangkan lelaki itu.

“Ilham akan maafkan awak sebab dia sayangkan awak, dia cintakan awak” Amyra memberitahu lagi. Dia benar benar gembira dengan keputusan yang diambil Ariana.

“Saya pun harap macam tu..”

“Err.. tapi kenapa malam ni? kenapa bukan sekarang?”

“Lepasni saya ada kelas. So malam ni la.. kenapa?”

“Err.. tapi bukan ke flight dia pagi ni ker”

Flight.. apa awak cakap ni” Ariana bertanya pelik. Perasaanya sudah tidak menentu.

“Abang buntu, tapi untuk pergi tanpa memberi penjelasan untuk Fea.. mustahil bagi Abang.”

“untuk pergi tanpa memberi penjelasan untuk Fea.. mustahil bagi Abang”

“Yups kali ini Abang akan pergi jauh dari Fea.. hingga mungkin kita takkan mampu untuk berjumpa lagi..”

“kali ini Abang akan pergi jauh dari Fea.. hingga mungkin kita takkan mampu untuk berjumpa lagi..”

Perkataan itu bagai tergiang giang ditelinganya. Ariana memandang Amyra lama. Memohon penjelasan.

“Semalam, Haikal call. Dia kata diorang akan bertolak ke oversea pagi ni. Ilham akan stay kat sana.. dia maybe takkan balik sini lagi”

Ariana mengeleng gelengkan kepalanya. Tidak mungkin Ilham pergi meninggalkan dia sendirian.. “Awak bohong kan?” Bahu Amyra digoncang berkali kali.

“Saya tak bohong Ariana..” Amyra menyakinkan lagi

No.. tak mungkin..” Ariana terduduk.

“Awak pergi kejar dia. Saya rasa sempat lagi..”

Ariana mendongak mengharapkan penjelasan temannya itu.

“Kata Haikal flight pukul 11. Sekarang ni pukul 9 lebih. Sempat lagi ni. Awak pergila kejar dia..”

“Betul Ariana.. pergila cepat..” Amyra mengesa apabila dilihatnya Ariana hanya memandang jam lama.

Thanks…” Seusai berkata keretanya dipecut laju menuju ke klia. Tidak mungkin dia membiarkan Ilham pergi dari hidupnya.



Ilham melirik jam ditangannya lama. Sesekali matanya mencari cari sesusuk tubuh itu. Kata Haikal dia sudahpun memberitahu Amyra akan keberangkatannya hari ini. Dia yakin Amyra pasti memberitahu Ariana. Dan jikalau gadis itu masih mempercayainya, Ariana pasti menghalang kepermergiannya itu.

“Apa yang you tengok lagi tu Ilham..”

Please give me time..” Ilham bersuara perlahan namun masih jelas dipendengaran Nisha.

“ Ariana takkan datang. Hubungan you ngan dia dah berakhir. Dah berakhir! Can you understand that” Suaranya sedikit meninggi. Geram dengan sikap Ilham yang hanya mementingkan Ariana semata mata. Cukuplah dia sudah tidak mampu untuk menahan perasaan nya lagi. ‘Rahsia’ dan janji yang terikat, yang selama ini dirahsiakan dari pengetahuan semua orang akan diungkit dan dirungkai dihadapan Ilham pada hari ini. Biar lelaki itu sedar akan segala galanya.

Ilham menjengilkan matanya kearah Nisha. Perasaan marahnya datang membuak apabila Nisha berkata begitu kepadanya. “You shut up!.. please leave me alone.”

Leave you alone.. eh I tunang you ok.. and I remind you again that we will fly back to uk.. uk.. that mean apa je yang terjadi kat sini you kena hentikan semuanya..”

Stop it Nisha.. sape yang bagi you kebenaran untuk mengaku I tunang you.. you kena ingat..

“Ingat! Ingat apa! Ingat kalau I tak boleh beritahu pada sesiapa yang I tunang you. Ilham walau seribu kali pun you suruh I rahsiakan siapa I sebenarnya.. tapi pada hakikatnya you tetap tak boleh nak nafikan kalau I tunang you.. Tunang you..” Puas, puas sudah hatinya kerana dapat mengingatkan Ilham tentang kenyataan yang satu ini. Selama ini dia hanya membiarkan statusnya dirahsiakan kerana menurut segala kata kata Ilham. Dia maklum Ilham tidak mencintainya rentetan pertunangan yang diikat diantara mereka bukanlah kerana perasan cinta diantara kedua pihak. Namun demi meraih hati lelaki itu dia sanggup merahsiakan hubungan mereka dan membiarkan Ilham bermain cinta dengan Ariana kerana dia yakin cinta Ilham kepada Ariana hanyalah perasaan yang muncul sementara semata mata. Dia berharap dengan peluang yang diberi buat Ilham akan menyedarkan lelaki itu bahawa cinta mereka berdua tidak akan kekal lama seterusnya Ilham akan kembali kepadanya semula.

“Diam Nisha diam..”Ilham memintas sekali lagi. Tidak! Dia tidak mahu mendengar hakikat itu. Tidak walaupun sekali. Cintanya hanya untuk Ariana. Dulu mahupun sekarang. Tentang bagaimana ikatan pertunangan mereka disimpul biarlah ia menjadi rahsia dikala ini. Dia sudah tidak mampu untuk merungkaikan segala galanya lagi. Apa yang dia pasti dan apa yang dia tahu dia tidak pernah menganggap Nisha sebagai tunangnya dan dia tidak pernah dan tidak akan pernah mencintai gadis itu kerana cintanya hanya untuk Ariana.

“No.. I takkan diam lagi. Cukup I bagi you masa. Cukup I tengok sandiwara you dengan Ariana. Cukup I telan hati tengok tunang I bercinta dengan orang lain. Mahu atau tidak you ngan I akan balik ke uk hari ni… and it`s all over! over!” Nisha bersuara nyaring. Ya sama ada Ilham mahu atau tidak dia akan memastikan mereka akan tetap berangkat ke Uk hari ini.

“Huh.. tunang?? I tak pernah cintakan you Nisha.. and I remind you for once.. don`t you dare to declare yourself as my fiancees.. even for once I never love you..

“Yes.. I Tahu semua tu lama dulu. Tapi please.. tak boleh ke you bagi pengertian pada I mahupun diri you sendiri.. yang kita dah bertunang. Yang I tunang you.. and mahu atau tidak you and me , we will get married sooner or later!”

Ilham yang mendengar hanya mampu menelan kenyataan pahit itu. Matanya dipejamkan. Dia mahu membalas lagi tetapi fikirannya sudah tidak mampu berfungsi lagi membuatkan dia terdiam sendiri. Sudah tidak mampu mengulas lanjut. Biarlah. Perkara itu tidak penting buat masa ini. Apa yang penting hanyalah kekasih hatinya itu.

Ahh.. Fea.. puas menunggu akhirnya Ilham menghembus nafas perlahan. Tahulah dia kini Ariana takkan pernah diketemuinya lagi. Jikalau diturutkan hatinya pasti dia akan terus menunggu. Menunggu hingga gadis itu datang kepadanya. Tetapi desakan dari keluarganya yang menyuruhnya kembali ke Uk menyebabkan segalanya seakan terhenti di sini. Waktu yang diberikan keluarganya sudah pun tamat. Mahu atau tidak dia terpaksa melangkah pergi meninggalkan Ariana dengan segala salah faham dan ‘rahsia’ yang sehingga kini tidak mampu dirungkaikan lagi. Ahh.. Apa benar ini kali terakhir dia di bumi Malaysia?

Ariana terkedu. Dia yang berada disebalik tiang tidak mampu melangkah lagi. Telinganya berdesing. Dia tidak berapa memahami akan butir bicara kata kata mereka berdua tetapi telinganya masih mampu menangkap dan memahami sesuatu. Sesuatu kenyataan yang membuatkan hatinya luluh sendiri.

‘Tunang??’

‘Ilham bertunang ngan Nisha?’

‘Nisha tunang Ilham??’

Tak mungkin.Silap mendengar kah dia? Tidak! Tak mungkin telinganya silap mendengar kali ini. Jalannya mengundur. Tidak percaya. Air mata merembes laju. Hatinya terluka dengan kenyataan yang baru sahaja didengarinya itu.

“Ilham..” Dia menyeru perlahan nama itu. Tanpa sedar dia terduduk di salah sebuah kerusi disitu.

‘Tunang??’

‘Ilham tunangan orang??’

‘Tak mungkin..’

‘Tak mungkin abang tipu Fea kan..’

‘Tak mungkin’ Ariana berlari laju. Terus kehadapan.

“Ouch sakit..” Kedengaran suara lelaki dihadapannya mengaduh sebaik sahaja tubuh mereka berlaga. Ariana yang jatuh hanya menunduk. Dia menangis teresak esak. Tidak!! Dia tidak percaya Ilham sudah bertunang!! Tak mungkin..!!

“Cik.. awak tak apa apa??”

Pemuda dihadapannya bertanya. Tidak tahu kenapa gadis bertudung dihadapannya itu menangis hiba.

“Tak mungkin” Ariana bersuara lirih..

“Err.. cik awak ok tak ni.” Dia bertanya lagi. Hairan melihat muka gadis itu yang sudah memerah. Selebihnya dia pelik dengan gadis itu yang dilihatnya terus terusan mengeleng gelengkan kepalanya beberapa kali. Seolah olah tidak ingin menerima kenyataan tentang sesuatu.

Ariana menangis lagi. Hatinya luluh . Hatinya hancur. Setelah mendapat kekuatan dia berlari lagi. Tidak dihiraukan manusia yang bertanya itu dan ini tadi. Sebaik sahaja kakinya keluar dari lapangan terbang langkahnya semakin perlahan. Tanpa dapat ditahan akhirnya dia terduduk disitu. Melepaskan tangisan yang bernada sendu tanpa menghiraukan mereka semua yang sedang memandangnya itu.

5 comments:

Hafia Hana said...

where de xplanation...

xmo la cm ni!~

Hafia Hana said...

where de xplanation...

xmo la cm ni!~

Anonymous said...

akan menyusul suatu hari nanti.. hehehe
actually citer ni fara da banyak update coz nak antar kat publication untuk dinilai.. tp fara tak update kat sini..
tak sempat.. so sila sila la beri komen yer.. harp2 dpt membantu.. =p

Anonymous said...

salam... adakah org yg fea terlanggar tu tengku zairil??
hmmm...nk fea dgn ilham gak...

Anonymous said...

tengku Zairil??? rahsia... hehehe...