Thursday, March 18, 2010

andai Itu Takdir Cinta (34)


Ariana tergesa gesa menuju ke kelasnya. Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi sedangkan kelasnya bermula pada pukul 8.00 pagi hari ini. Ahh.. kenapa la kelas sir Zairil semuanya selalu pagi. Dia membebel lagi. Geram!! Mana tidaknya apabila lewat bangun pasti la kelas itu yang akan menerima akibatnya. Seingatnya sudah tiga kali dia lewat ke kelas gara gara bangun lewat. Bangun lewat pula kerana dia balik lewat. Semalam pukul  tiga pagi baru dia sampai kerumah. Itupun puas dia memujuk Taufiq supaya menghantarnya pulang. Tapi entah bagaimana dia yang menyangka Taufiq ingin menghantarnya terus mengikut, tapi lain pula jadinya apabila lelaki itu membawanya ke Club. Sudahnya dia menghabiskan malamnya disitu dengan menemani Taufiq berkaroeke.

Sebaik sahaja sampai ke dewan kuliah dia mengetuk pintu perlahan.

Zairil memandang Ariana dengan pandangan tajam. Harus diapakan lagi pelajarnya yang seorang ini? “Kenapa awak lambat?” Dia bertanya serius. Ariana dilihatnya semakin ligat. Semakin tidak berdisiplin. Semakin berubah menjadi liar. Hatinya berdesis kecil apabila teringat peristiwa dua hari lepas dimana dia terserempak Ariana bersama zakuan. Berpelukan bagai orang yang sedang mabuk cinta. Benar benar seperti perempuan murahan!

“Err.. sory..” Ariana memohon maaf. Dari jauh dia melihat teman temannya yang lain sedang mengerakkan jari telunjuknya ke kiri kanan. Sengaja. Kerna mereka semua  itu pasti tahu dia menghabiskan masanya bersama teman baru semalam.

I don`t demand with your apologizes. What I want to know is why?” Zairil bertanya lagi.

Ariana mengaru kepalanya. Harus alasan apa yang diberi. Masakan dia mahu memberitahu yang semalam dia seronok bergembira bersama Taufiq sehingga lupa jalan pulang ke rumah?

“Awak ada alasan ke tak ni hah?” Zairil menengking kuat. Terkedu mereka semua yang berada didalam kelas. Tidak menyangka barangkali. Kerana semua tahu Sir Zairil selalu melebihkan Ariana di dalam segala hal.

“No..” Ariana menjawab sepatah. Dia mencebik. Tak takut pun!

“Jumpa saya selepas class!! Pergi duduk tempat awak. Sekarang!!” Zairil mengarahkan. Untuk menghalau Ariana itu tidak mungkin dia lakukan. Dia bimbang jikalau Ariana mengambil kesempatan itu unjuk enjoys di luar pula.

 

“Wei kau tak nak jumpa sir ke” Ana bertanya. Ketika itu mereka semua sedang lunch di café kampus. Suasana bingit di café membuatkan dia meningikan sedikit nada suaranya supaya teman dihadapannya itu mendengar soalannya.

Ariana hanya mengangukkan bahunya. Tanda tidak tahu. Dia sebenarnya tidak punya sebab pun untuk berjumpa sir Zairil. Selebihnya dia menjadi benci pula untuk melihat wajah yang berubah garang tanpa sebab itu.

“Kau semalam pergi mana?” Hani bertanya pula. Ariana dilihat sekarang lebih ligat dari mereka berempat. Al maklumlah orang hot. Kedatangan kembali Ariana ke Diz`z café memang menjadi isu hangat di tempat mereka melepak itu. Masakan tidak gadis itu muncul setelah setahun menghilang.

Lebih dari itu Ariana dilihanya semakin daring dengan pakaian nya yang selalu sahaja seksi dimata mata lelaki yang normal. Malahan Ariana dilihatnya kini selalu sahaja berduaan dengan Zakuan. Entah apa hubungan mereka berdua tidak pula dia tahu.

“Dance!!” Ujar Ariana tersengih sengih. Semalam dia bergembira bersama Taufiq Badri. Lelaki yang baru sahaja dikenali dua hari lepas.

“Ouh.. so siapa guys untuk kali ini??” Adilla bertanya memerli. Sudah diketahui Ariana suka bertukar pasangan keluar.

“Wow.. silly question.. hahaha..ngan Taufiq” Dia ketawa lepas. Memang dia akui dia selalu sahaja bertukar pasangan keluar. Entahlah. Dia tidak mahu tahu siapa mereka itu. Yang pasti sesiapa yang membawanya keluar itu haruslah orang yang bisa membuat hatinya bergembira.

“Ouh.. mamat tu. So dia bawak kau pergi mana?” Ana bertanya lagi. Ingin tahu. Dia kenal siapa Taufiq. Play boys terhangat dipasaran.

“Biasa la.. Club..”  Ujarnya pula.

Just that..??”  Hani bertanya pula. Taufiq? Lelaki itu pantang melihat gadis berdahi licin. Pasti ingin dicuba.

“Ye la.. nak bawak pergi mana lagi..” Ariana bertanya pelik.

“Kau hati hati. Jangan tergadai body!!” Adilla menasihati.

Ariana tersengih.. “Ini Ariana sofea la.. pandai pandai la aku jaga diri aku” Dia berkata bangga. Dia pasti tahu menjaga dirinya itu.

“Ikut saya sekarang!!”

Mendengarkan suara itu Ariana berpaling. Ahh.. sir Zairil rupanya. Malas mahu bersoal jawab dia lantas mengikut langkah lelaki itu yang menuju ke bilik discussion. Apa apa sahaja la yang lelaki ini tidak berpuas hati. Menyibuk betul. Hatinya membentak geram.

“Ada apa sir nak jumpa saya?” Ariana bertanya sebaik sahaja duduk. Wajahnya masih juga selamba seperti tadi. Tiada riak takut biarpun melihat wajah tegang lecturernya itu.

Menyinga wajah Zairil ketika itu.. “Apa yang awak cuba buat Ariana?” Dia menyoal tegas. Dia sudah tidak mampu untuk melihat Ariana berubah begitu. Selebihnya dia dapat mendengar dengan jelas perbualan Ariana dengan pelajar kelasnya yang lain di café tadi. Jijik! Jijik dia mendengar kata kata tidak bermaruah begitu.

“Buat apa” Ariana bertanya pelik. Apa yang dia buat?

“Bertukar teman lelaki setiap malam. Balik lewat malam. Lewat datang kelas !! apa tu??” Zairil menyoal lagi. Kesabarannya benar benar teruji melihat riak selamba di wajah Ariana.

“Tentang lewat datang kelas tu saya minta maaf. Memang salah saya tapi tentang hal lain saya rasa sir tak perlu masuk campur. Itu hal saya..” Dia menjawab selamba. Wajah sir Zairil dilihat sekilas. Akhirnya dia tersenyum sinis. Sir Zairil dilihatnya sekarang sudah cuba cuba untuk memasuki campur urusan hidupnya. Tidak dia tidak akan benarkan itu. Lagi pula siapa lelaki itu untuk menghalang segala tingkah lakunya?

“Menjadi tanggungjawab saya untuk mendidik pelajar saya yang tersasar jauh..”

Ariana mencebik.. “Saya tahu siapa saya. Pandai pandai la saya jaga diri saya sendiri. Sir tak payah la sibuk..” Dia mendengus seusai berkata kata. Padanya sudah tidak ada istilah lecturer dan pelajar apabila sir Zairil dilihatnya cuba melawan dirinya.

“Ariana Sofea.. saya mohon hentikan semua kerja gila awak. Tak berbaloi langsung..” Zairil memujuk dengan suara yang tegas. Dia tidak mahu melihat gadis dihadapannya itu hancur.

“Ya ker?? Memang.. memang tak berbaloi! Tapi hati saya puas!! Puas!!” Seusai berkata dia berlalu pergi. Dendam yang berada di hati semakin marak menyala.

 

Amyra memandang jam lama. Puas pula dia menunggu Ariana. Sudah lama temannya itu tidak dijumpai biarpun satu rumah manakan tidak ketika Ariana pulang menjelang pagi, dia sudah pun lena tidur. Sewaktu pagi pula, Ariana masih lagi belum bangun. Risau dia melihat perubahan temannya yang sudah berlangsung hampir sebulan itu.

Sebaik sahaja dia ingin naik kebilik. Tiba tiba pintu dibuka dari luar. Kelihatan wajah Ariana terjengul dari muka pintu. Dia hanya tersenyum.

“Lambat awak balik Ryan. Awak pergi mana?” Amyra bertanya seraya duduk berhadapan dengan temannya itu yang sudahpun merebahkan dirinya di atas sofa diruang tamu itu. Matanya sempat melirik jam. Pukul 1.00 pagi. Ahh .. Ariana memang sudah keterlaluan.

“Lepak!! Kenapa awak tak tidur lagi??” Ariana bertanya pula. Ahh..terawal la pulak dia balik hari ni. Hatinya berdesis kecil. Jikalau dia tahu Amyra menungunya tadi pasti dia meneruskan keseronokannya tadi.

“Malam malam macam ni? Awak lepak mana??” Amyra bertanya lagi biarpun dia sudah tahu kemana hala tuju temannya itu. Pakaian Ariana dilirik pula. Hampir terbeliak biji matanya apabila melihat batang tubuh yang hanya memakai baju bertali halus dibahu yang mengikut bentuk badan itu.

“Club la.. k lah saya nak naik dulu erk?” Ariana melangkah pergi. Berniat mahu berlalu sebelum temannya itu membebel panjang. Lagipula telinganya tidak mungkin dapat menerima segala bebelan temannya itu. Cukuplah hanya sir Zairil sahaja yang membebelnya bagai seorang pesalah.

“Ariana.. kenapa awak buat semua ni? Tak baik Ariana..” Ujar Amyra menasihati. Ariana dilihatnya semakin teruk dari hari kehari. Dia gusar sebenarnya.

“Urusan saya awak tak payah la masuk campur.” Ariana menjawab lagi. Dia berlari menuju ke tangga untuk naik keatas. Malas mahu menuggu lagi.

“Saya kawan awak. Saya cuma nak menegur..” Amyra menyakinkan. Tubuh Ariana yang tercegat ditepi tangga dihampiri. Dia mahu menyedarkan Ariana sebelum terlambat.

“Urusan saya hak saya. Jangan masuk campur!” Ariana berkata tegas sambil menuju kekamarnya. Bosan !!

4 comments:

Unknown said...

ariana berubah coz ilham tiggalkn dia,,,,

ariana xpatut cm tu,,,

sian kwn2 ariana yg kesian kn dia,,
tp dia xkesian kt diri sndiri,,,

epy elina said...

hhohoho...
adakah cnta bgitu buta...
shingga mbutakan mnusia....
kcian ari....
dia nak bls dndm tp x kena ngn cranya...
mlh tndkn 2 memakan diri sndiri...
ari x iklas brubah...
sbb 2 bila ilham tnglkn dia brubah kpda asl....
hrp2 ari dpt ptujuk hidayah...

aqilah said...

mungkin sir zairil one of kawan ilham kot!!! ari hanya melepaskan perasaannya yg bengang dgn ilham dgn berperangai lama balik...........apapun, akak followwwwwwwww

bee said...

zairil tu mesti abg ilham yg bertegas nk dok mesia tu..sbb dlu de org tersasul nk pggil ilham tenku..sengal la ariana ni..
semata2 kerana cinta..ntah pape..
tp btol ke org ptus cinta bley smpai jd cmtu??
jwpnnye..boleh jer..klau die cintakn hamba Allah lebih dr cintakn Penciptanya sndri..