Saturday, March 20, 2010

andai Itu Takdir Cinta (35)


Ariana termenung sendirian bosan. Ketika ini dia masih berada di Diz`z Cafe. Untuk pulang ke rumah dia tidak mahu. Malas mendengar bebelan temannya itu. Mahu keluar dengan Zakuan atau Taufiq bayang kedua lelaki itu dilihatnya tiada. Malas mahu berfikir akhirnya matanya dipejam rapat cuba untuk lena seketika.

“Tuh..aku nak kau ayat dia” Amirul menunjuk kearah gadis yang sedang lena itu.

Denial mendongak. Mencari arah tangan Amirul. Dari jauh dia melihat seorang gadis yang sedang menyandarkan tubuhnya ke sofa. Mungkin tidur barangkali.. “Siapa tu?”

“Ariana Sofea.. alah dulu.. setahun yang dulu dia pernah muncul kat sini tapi lama jugak dia menghilang. Sekarang ni dah ada balik.” Amirul menerangkan.

“Ouh.. Ariana sofea.. aku kenal. Kau nak aku buat apa dengan dia?” Denial bertanya bangga. Pantang bagi dia apabila tidak menyahut cabaran sesiapa sahaja.

Nothing.. kau ajak dia couple ngan kau..” Ujarnya bersahaja. Dia bukannya mahu temannya itu berbuat apa pun. Cuma sekadar mencuba nasib untuk menjadi kekasih Ariana. Hanya itu.

“Kenapa?” Denial bertanya pelik.

“Ramai yang cuba nasib tapi tak dapat. So best man win.. try your luck!!” Amirul mengejek temannya. Benar. Ariana dilihatnya rapat dengan ramai lelaki. Namun setakat ini masih tiada siapa pun yang berjaya mengambil hati gadis itu. Mengambil hati supaya dapat dijadikan kekasih, seterusnya? Tahu sendiri la kan.

Denial mencebik. Dengan langkah perlahan dia menuju kearah Ariana. Sampai sahaja ditubuh itu, dia mengusap pipi gadis itu perlahan.

Ariana mengerutkan dahinya. Ilham!! Matanya celik.. oh my gosh.. lelaki disebelahnya direnung pelik. Ahh.. bagaimana sahaja dia tersasul mengangap Ilham yang berada ditepinya ketika ini? Hatinya berdesis kecil. Tidak suka apabila bayangan Ilham masih tetap berada di ingatannya sesekali. Bukankah tujuan dia datang kesini untuk membalas rasa sakit hati akibat ditinggalkan? Sekali gus melupakan lelaki itu!

“Nak tidur bukan kat sini.. kat rumah!!” Denial memerli selamba. Tubuh gadis itu dilihat lama. Jauh disudut hati dia mengakui Ariana memang mengancam sesiapa sahaja yang melihat. Apatah lagi dengan pakain yang menjolok mata itu.

“Suka hatilah. You sibuk buat apa..” Ujar ariana separuh geram. Tidak ada angin tidak ada ribut. Entah dari mana sahaja lelaki itu muncul. Kini mahu menasihatinya pula.

“Of course la I sibuk. You mengoda orang dengan gaya tidur you tu..” Denial mencuit pula hidung gadis disebelahnya itu. Dia tersenyum cuma apabila Ariana menepis tangannya.

“Huh.. whatever” Ariana mencebik. Matanya melilau mencari sesiapa yang dikenali. Sesiapa yang mampu menghilangkan keboringannya disaat ini.

“I Denial.. you!!” Denial memulakan langkahnya. Tangannya dihulurkan kearah gadis itu.

“Ryan..” Ariana membalas perlahan.

“Ermm.. lembut tangan you”Denial memuji pula. Tangan lembut Ariana diusap perlahan.

Whatever..”

“Garang nya..”

“Suka hati la..” Ariana mencebik.

“You dah tak kenal I ya..”

“Who are you..” Ariana bertanya kembali. Muka itu ditatap lama

“Denial lah.. your best friend dulu” Akhirnya dia berterus terang. Sengaja tadi dia mahu mengusik Ariana sedangkan wajah temannya itu sudah lama dicam sebaik Amirul menunjuk kearah Ariana tadi.

Ariana menilik muka itu lagi. Astaga.. “Lol.. kau ker? Lama aku tak nampak kau” Tubuh lelaki itu ditolak. Baru menyedari Denial adalah teman baiknya dahulu. Teman sekolah menengah.

“Kau makin cun erh!!” Denial mengusik.

Whateverlah.. engkau ni!!”

“Kau buat apa kat sini? Sorang jer?”

“Itu la pasal.. entahlah mana diorang”

“Jom la aku teman kau..”

“Kau nak teman aku. Tak marah ke awek awek engkau tu” Ariana mengejek. Bukan dia tidak tahu sikap playboy lelaki itu. Ahh.. playboys? Semua yang bertandang di café ini pasti sahaja Play boys ! Jadi dia tidak hairan akan semua itu. Bukankah dia juga dikenali sebagai play girs!!

“Tak per hari ni.. I`m yours..”

 

Sebaik sahaja kereta sport itu masuk keperkarangan rumah di Bukit antarabangsa itu Ariana terus sahaja membuka pintu. Lalu melangkah keluar.

“Masukla cepat!!” Denial menolak gadis itu supaya masuk kerumahnya. Bimbang pula dia kalau ada jiran yang melihat. Biarpun rumah disitu jauh diantara satu sama lain tetapi bukankah parah jikalau dilihat oleh orang yang lalu lalang. Reputasi keluarganya juga harus dijaga.

“Takder orang ke kat rumah engkau” Dek kebosanan tadi diikutkan saja perlawaan Denial untuk menghabiskan masa mereka dirumah lelaki itu. Bosan pula dia tercongok sendirian di Diz`z Café.

“Takder.. parent aku gi oversea. Bibik aku ada la” Ujar Denial memberitahu. Jikalau rumah itu tiada orang dari dia membawa Ariana lebih baik dia membawa spare partnya balik kerumah. Sekurang kurangnya ada juga habuan yang diperolehi. Hatinya berdesis kecil.

“Ouh.. ok” Sandalnya dibuka. Terkagum dia seketika melihat banglo keluarga lelaki itu. Besar. Ahh.. manakan tidak. Bukankah kebanyakan kawan kawannya berlatar belakangkan keluarga yang kaya raya termasukla Denial.

“Apa yang kau tengok? Sama besar je ngan rumah engkau” Denial memerli. Ariana biarpun bukan anak Da`to tetapi statusnya tetap sama sahaja. Manakan tidak bukankah gadis itu mewarisi segala harta kekayaan papanya itu. Setakat banglo sebegini dia yakin Ariana pasti mampu membelinya.

Ariana mencebik. Dia merebahkan badannya disofa itu. Malas mahu membalas perlian temannya itu.

“Kau duduk la baik baik. Jangan nak goda aku pulak” Sekali lagi perlian diutarakan buat temannya itu. Jikalau Ariana bukan temannya pasti tubuh itu sudah dibelai mesra. Ariana adalah kawan satu sekolahnya dahulu. Masakan dia mahu memakan kawan sendiri. Tidak. Dia kenal siapa Ariana sebenarnya. Dia tahu Ariana tidak semurah itu. Lebih dari itu dia sendiri tidak mahu Ariana berbuat maksiat biarpun dia melakukannya.

Sebab? Ariana gadis lincah lagi comel yang selalu menceriakan hati teman teman yang lain. Sepanjang mereka berkenalan Ariana dilihatnya selalu sahaja ketawa. Ahh.. dia sendiri tidak tahu mengapa Ariana menjadi daring begitu. Dia bagai terlihat api dendam yang marak setiapa kali melihat Ariana berdampingan dengan lelaki. Dia yakin itu! untuk bertanya dia tidak punya masa lagi. Entahlah mungkin nanti sahaja?

“Huh tak da masa la..” Ariana memerli kembali. Tidak perlu dia mengoda sesiapa. Dengan gaya selambanya sahaja sudah ramai lelaki yang cair dengannya. Lagi pula dia buka perempuan murahan untuk mengoda lelaki datang dekat dengannya. Apatah lagi teman sendiri. Tak der kelas langsung.

“Kau nak minum air apa??”

“Entah.. juice orange la. Mananya cd korea tu.. kata ada” Ariana mencebik lagi. Tadi Denial mempelawanya untuk menonton cd dirumahnya. Al maklumlah flat screen. Ala ala panggung wayang la kononnya.

“Ada tu bawah tu..”

Ariana membelek belek lagi. Sebaik sahaja cd 100 Days With Mr Arrogant dijumpai terus dahaja dia memasang cd itu.

“Hah dah jumpa?” Dia menghulurkan segelas mug sambil duduk di sofa bertentangan dengan Ariana.

“Dah pasang dah pun..” Ujarnya sambil matanya tunak menonton drama tv itu. Tidak dihiraukan Denial yang duduk di kerusi bertentangan dengannya itu.

“Kemana kau menghilang selama ni erh??” Danial bertanya pula. Dia ingin tahu tentang cerita cerita yang heboh diperkatakan di Diz`z café itu.

 “Ada kat rumah. Berhenti sekejap..” Ariana menjawab selamba. Serasanya masuk kali ini sudah beratus kali dia ditanyakan soalan yang sama oleh orang orang yang dikenalinya. Malas pula dia mahu menjawabnya.

“Kau nak tidur sini ker?”

Ariana mengaru garu kepalanya.

“Tak payalah. Habis cerita ni kau hantar la aku balik..”

“Tidur la sini bukannya ada orang tahu pun” Denial memberi cadangan. Tergoda pula dia melihat batang tubuh itu. Ish apa aku ni fikiran tak static betul. Sempat dia mengutuk diri sendiri. Manakan tidak tadi beria dia mengatakan dia tidak akan sesekali `memakan` kawan sendiri. Tetapi sekarang sempat pula dia memberi cadangan sebegitu.

“Tak hingin aku. Entah selamat entah tidak. Habis ni kau hantar aku balik. Muktamad!!” Dia mencebik. Dia masih tahu dan mahu menjaga dirinya.

 

“Awak balik pukul berapa semalam?” Amyra bertanya. Hari ini hari Ahad jadi dia berpeluang berjumpa dangan Ariana hari ini. Itupun sekarang jam sudah mencecah ke pukul 2.00 petang. Pastinya temannya itu lewat bangun akibat balik lewat semalam.

“Pukul 3.00” Semalam sebaik sahaja habis cerita itu terus dikerahnya Denial menghantarnya pulang. Itupun dia meronda dulu dengan Denial dek kerana malas mahu pulang ke rumah awal.

“Ariana.. hentikan semua ni. Saya tahu awak terluka sebab Ilham tapi awak tak patut buat macam ni. Berdosa Ariana berdosa!!” Amyra berleter panjang. Dia tidak mahu temannya itu terus hanyut.

“Siapa Ilham saya tak kenal!!” Ariana berkata angkuh.

“Saya tahu awak cintakan Ilham tapi dah tertulis Ilham bukan jodoh awak. Jangan awak seksa diri awak dengan takdir Tuhan.” Amyra menambah. Dia yakin Ariana berubah kerana Ilham.

“Sudah la Myra. Jangan awak sebut nama tu lagi. Hidup saya biar saya tentukan. Kalau awak tak suka awak boleh pergi!!” Ariana berkata serius. Dia tidak mahu dileteri seperti anak kecil. Dia tahu menjaga dirinya itu. Sekalipun hidupnya musnah biarkan sahaja. Bukankah hidupnya sememangnya sudah tidak berguna lagi.

Amyra terduduk. Sampai hati awak halau saya Ariana. Sampai hati awak. Ilham.. balik la. Lihat betapa kucarnya hidup Ariana bila awak pergi.. Ya Allah.. hatinya merintih kesal.

3 comments:

Anonymous said...

arianna ni pompuan murahan btl.. sbb kecewa, sume laki die lyn, da x syok bc cte ni...

Anonymous said...

btol..mmg da xsyok bce cte nie coz arianna mcm terlalu mutah..bila la ilham nk muncul blk??maybe arianna ley berubah balik..

Anonymous said...

tak baik cakap Ariana perempuan murahan.. hehehe.. terasa dia nanti..
lor memang dia budak mentah pun lagi.. itu la tujuan saya skang.. tak semua boleh terima bila ditinggalkan secara tiba tiba right.. don`t wory citer ni ader pengajaranya.. situation ni memang wujud dalam dunia ni.. so just waiting... =p =p.. jangan marah okeys...
-Fara-