Friday, March 26, 2010

andai Itu Takdir Cinta (37)

Ariana memandang sekeliling. Seluruh kawasan luar banglo itu diperhatikan. Cantik! Desis hati kecilnya. Terasa berbaloi apabila dia bersetuju tinggal dengan lelaki itu. Masakan tidak jikalau rumah lelaki itu biasa biasa sahaja adalah lagi bagus jikalau dia tinggal di banglo mewahnya itu.

“Masuklah” Zairil mempelawa Ariana masuk ke banglonya apabila sahaja mereka sampai ke rumahnya, sebaik melihat Ariana yang masih membeku dihadapan banglonya itu.

“Tak payah jemput, I boleh masuk sendiri sir Zairil” Ariana memerli sinis. Sekalipun lelaki itu tidak mempelawanya masuk dia tetap juga akan melangkah masuk. Tidak perlu Zairil sibuk sibuk mempelawanya masuk.

“ I ni rakyat Malaysia. Penuh dengan budi bahasa, TETAMU datang, mestila I kena jemput.” Zairil turut membalas. Tidak mahu kalah. Sengaja ditekan kan perkataan tetamu itu. Setiap perkataan yang keluar darinya pasti ada sahaja balasan sinis dari Ariana. Langsung tidak pernah membalas kata katanya dengan perkataan yang enak didengar.

“Hahaaha.. yes.. berbudi bahasa la sangat!!” Ariana memerli kembali. Bukan dia tidak dengar perkataan tetamu yang ditekan Zairil itu tetapi dia malas mahu membalas. Jikalau difikirkan kata kata itu ada benarnya. Bukankah sekarang ini mereka sedang bermain ‘game’. Sebaik sahaja pemenang sudah diumumkan tidak perlu dipinta sama ada Zairil atau dia yang menang kakinya tetap sahaja akan melangkah keluar dari banglo ini.

“Jangan cakap banyak boleh tak? Yang you tercegat tu kenapa tak reti nak masuk!!” Tubuh kecil itu ditolak sedikit. Geram pula dia dengan Ariana itu. Langsung mahu menyakitkan hatinya. Tidak malukah gadis itu apabila dilihat jiran tetangga.Sekalipun Ariana tidak malu dia tetap punya perasaan itu. Apatah lagi dia sudah lama menginap di banglo itu. Ahh.. Ariana langsung tidak pernah tahu untuk menjaga diri biar dimana pun gadis itu berada.

“Ish.. sibuk betul” Ariana mencebik. Sandal nya dibuka. Sekeliling Banglo itu dilihat lama. Besar biarpun tidak sebesar banglo papanya. “So where my room” Soalnya berterus terang. Dia tidak punya masa untuk berlama lama diruang tamu itu. Lebih baik dia merebahkan badannya di atas tilam. Berehat! Penat pula badannya dirasakan apabila seharian mengemas baju bajunya tadi.

Baju? Ah.. bukan banyak mana pun. Setakat yang perlu sahaja. Lagi pula bukankah dia hanya tetamu?

“Bilik you.. atas la” Zairil menunjuk.

Tidak menunggu lama. Ariana berlari ke tingkat atas “Mananya?” Dia bertanya sebaik menyedari terdapat tiga bilik di tingkat atas.

Zairil hanya melihat gerak geri Ariana. Malas mahu berbicara tubuh kecil Ariana didorong masuk ke kamarnya. Kamar utama yang berada di banglo itu.

Ariana mengerutkan dahinya. “So bilik you mana pulak” Tanya nya yakin bilik ini pasti bilik Zairil memandangkan dia melihat ada beberapa barang di dalam bilik itu. Pasti kepunyaan lelaki itu.

“Ini la.. bilik I bilik you.. sama je” Zairil menerangkan.

Ariana membuntangkan matanya. “What!!.. I don’t want share my room wif you..I nak bilik lain!!” Suaranya tegas. Huh. Mana mungkin dia sebilik dengan lelaki itu, biarpun Zairil suaminya. Suami? Tidak jauh disudut hatinya lelaki itu tidak pernah dinobatkan sebagai suaminya.

Lelaki itu hanya dianggap sebagai mangsanya. Seseorang yang hidupnya akan merana kerana mencabar hidupnya. Seseorang yang akan kalah ditangannya.

“Kenapa pulak” Zairil bertanya kembali. Rasa mahu ketawa pula dia melihat muka yang terkejut beruk itu.

Sir please la.. I bukannya your wife yang dicintai yang kena sebilik dengan you, tidur sekatil ngan you..” Ariana memerli selamba. Apa lelaki itu ingat dia akan menyerahkan tubuhnya buat lelaki itu. Ohh.. please la. Dia tidak akan sesekali melakukan itu.

Not my wife? Habis tu perempuan simpanan I” Zairil berasa geram pula. Kalau bukan isterinya apa lagi? Akad nikah dua hari lepas itu apa maknanya? Bengang pula dia dengan gadis dihadapannya itu. Bercakap langsung tidak berlapik.

What ever.. I nak bilik lain.” Malas pula dia mahu melayan.  Angap lah dia perempuan apa pun hakikatnya dia tetap sama. Tidak akan ada yang berubah biar sedetik pun.

“Kenapa?” Zairil bertanya lagi. Dia sudah bersedia lama kerana dia tahu Ariana pasti tidak mahu sebilik dengannya. Dan dia.. dia pun tidak mahu. Cuma sengaja mahu mencabar gadis itu. Gadis seperti Ariana memang sukar untuk ditundukkan namun dia tetap juga ingin mencuba.

Ariana hanya mendiamkan diri. Tidak mahu membalas.

“Kenapa takut tergadai body ker? Dengan suami sendiri you tak nak, dengan orang lain boleh pulak you berpeluk sakan?” Zairil memerli. Batang tubuh gadis yang sudah sah menjadi isterinya meliang lintuk berpeluk dengan lelaki yang tidak langsung dikenalinya itu sehingga kehari ini dapat dilihat bayangannya. Ahh.. Ariana dia tidak tahu sebenarnya apa yang gadis itu mahu. Mahu mengatakan Ariana berdendam dengan lelaki dia melihat dengan jelas senyuman gembira setiapa kali Ariana bersama lelaki lelaki itu. Mahu mengatakan Ariana perempuan murahan. Gadis itu dilihatnya bagai terlalu menjaga diri.

Desas desus yang didengarinya bukan calang calang orang yang mampu mendekati gadis itu. Tetapi apabila orang itu terpilih mengikut definisi gadis itu boleh pula memaut tubuhnya itu. Langsung tidak bermoral.

“Body I suka hati I la. Siapa you yang kena amik peduli.” Ariana mencebik. Siapa lelaki itu yang mahu menentukan tubuh badannya untuk siapa. Lagi pula dia bukan bodoh untuk mengadai bodynya begitu sahaja. Seperti yang dikatanya dahulu. Hatinya sudah mati. Setakat peluk dan cium itu tidak akan ada kesannya bagi hatinya yang beku itu. Tiada! Langsung tiada!

“ I husband you cik Ariana.. And I warning you.. kalau nak hidup lama jangan buat pasal ngan I.. faham!!” Zairil berkata serius. Sudah tiba masanya dia memberi kata dua buat Ariana supaya gadis itu tidak lagi bertindak bukan bukan. Sekurang kurang jaga lah maruahnya sebagai seorang isteri. Hanya itu yang dipinta.

“You ingat I takut!! I tak takut la!!” Ariana membalas selamba. Dia yang sudah pun berdiri di balkoni bilik hanya memandang langit biru sambil menyilangkan kedua belah tangannya. Ahh.. Zairil bukan kau yang layak menasihati aku. Hatinya berdesis kecil.

 “I pun tak suruh you takut ngan I. Yang I nak you berubah itu jer!!”

Ariana berpaling menghadap Zairil. “Try la sedaya upaya you untuk ubah I balik sir.. itupun kalau berjaya. I tak halang pun. So where my room??” Ujarnya membalas. Mahu menamat kan perbahasan yang tidak ada penganjurnya itu.

“Kenapa you jadi macam ni Ariana. You tak takut dosa?” Zairil masih mahu bertanya lagi. Dia benar benar yakin Ariana masih boleh dilentur. Dia yakin Ariana punya dua identiti yang berbeza. Dia pernah melihat betapa rapuhnya hati Ariana sehingga gadis itu mampu menangis biarpun hanya didalam hal sekecil kuman. Lalu sekarang dia mampu melihat betapa sinisnya setiap perilaku Ariana. Bagai orang hilang arah. Bagai orang yang mahu melepaskan ‘sesuatu’ kerana ‘sesuatu’. Yang juga tidak diketahui olehnya. Namun dia akan mencari tahu suatu hari nanti.

“Ahh.. bosan la cakap ngan sir ni..” Ariana berlalu pergi dengan wajah selamba. Geram sebenarnya bila berterusan dileter begitu.

 

Seusai sahaja mandi Ariana membuka almari.  Malam ini dia memilih untuk memakai jeans separa lutut bersama t-shirt lengan pendek. Rambutnya yang panjang diikat satu. Lalu dia mengambil kunci kereta. Hari ini dia mahu keluar ke club Seperti biasa. Cuma dia harus memandu sendiri. Bimbang pula orang tahu yang dia sudah pun punyai suami apatah lagi suaminya itu adalah sir Zairil. Seperti yang dirancang, tiada majlis yang dilakukan. Hanya keluarganya dan Amyra sahaja yang tahu. Zairil? Entah setahunya lelaki itu hanya ditemani temannya sewaktu akad nikah mereka.

“You nak pergi mana?” Zairil bertanya sebaik sahaja terlihat kelibat Ariana. Tadi sewaktu diajak turun makan tidak pula Ariana mahu. Sekarang ini kemana pula Ariana mahu pergi pada waktu waktu begini?

“Keluar” Ariana membalas sepatah. Masakan Zairil tidak tahu dia bukannya betah berlama dirumah. Tadi dia memang penat. Setelah tidur beberapa jam sudah pastilah rasa penatnya itu sudah hilang. Sekarang ini dia mahu keluar pula. Mahu mencari keseronokan diluar.

“Kan dah malam ni” Zairil menyoal lagi. Jam ketika ini sudahpun menunjukkan angka 10. Menunjukkan sekejap lagi malam hari pasti menjelma. Langsung tidak takutkah Ariana keluar di waktu waktu begini?

“Sebab malam la I nak keluar” Ujar Ariana selamba. Sempat dia memberikan senyuman manis buat ‘suaminya kesayangannya’ itu

“Tak payah la keluar duk rumah jer” Zairil memujuk. Baru dua hari mereka berkahwin Ariana sudah menunjukkan belangnya. Langsung tidak punya perasaan untuk berubah!

Ariana mencebik. Senyuman yang terlakar dibibirnya tadi mati. “Bosan lah duk rumah. Baik pergi club” Dia memberitahu pula. Sekalipun dia tidak memberitahu dia yakin Zairil pasti tahu. Ahh.. mengapa lah dia membazirkan air liur dan masanya memberitahu lelaki itu?

Zairil mengetap bibir. Mendidik Ariana memang bisa mencabar kesabarannya “Esok ada class kan?” Soalan diajukan pula. Cuba melengah lengahkan Ariana dari meneruskan niat ‘murninya’ itu.

“Yups.. kenapa??” Ariana bertanya lagi. Pelik. Tadi tanya pasal nak gi mana? Sekarang tanya pasal kelas pulak? Bukankah lagi bagus andai lelaki ini menjadi wartawan saja. Ufh.. mesti salah profesion ni. Hatinya sempat mengutuk sendiri. Terasa bagai mahu ketawa pula dia memikirkan apa yang terlintas di fikirannya ketika itu.

“ You tak payah la keluar. Kan esok ada class”

“Apa masalahnya? Bukannya I tak pergi. Malam karang I balik la” Ujarnya bersahaja. Dia tidak pula terlihat ada sebarang masalah untuknya keluar sekiranya esok ada class. Langsung tiada kaitan!

Zairil menghampiri. Tangan Ariana dipegang. “You tak payah la keluar ya” Suaranya lembut. Berharap Ariana sudi mendengar kata katanya.

“Nak jugak!! Ini malam minggu ok.. apa hal I nak duduk rumah. Baik enjoys” Ariana membalas sambil tersenyum pula. Suaranya turut sama lembut. Mengikut rentak Zairil barangkali.

“Ariana please?”

Ariana tersenyum lagi. Tangannya direntap. “I nak keluar.. bye” Sambil melangkah tangannya digerak gerakkan lagak orang melambai. Sengaja.

“Ariana you nak keluar ke mana” Zairil bertanya separuh menjerit apabila melihat Ariana yang sudahpun berlari menuju ke muka pintu.

“Club!!” Ujarnya turut sama menjerit.

“Sorang??” Zairil bertanya ingin tahu. Dia datang mendekat.

Of course no.. you know me??” Ariana menjawab sinis. Masakan soalan yang sudah tahu jawapannya ditagih jawapannya.

“Siapa?” Zairil bertanya lagi. Ingin tahu gadis itu ingin keluar bersama siapa.

“Entah.. Zakuan or Taufiq maybe!!.. k lah chow” Dia tersenyum. Lalu pintu rumahnya ditutup. Langsung tidak menghiraukan Zairil yang sudah memandangnya serius.

 

Ariana berjalan dengan gaya seorang model menuju ke hadapan.  Suasana disco yang sedikit gelap menyukarkan pencariannya namun dia tidak kisah. Dia ingin mencari seseorang. Seseorang yang mampu membuat hatinya yang terluka itu terhibur. Sebaik melihat wajah itu dia terus sahaja menerpa. Langkahnya dihentikan benar benar di hadapan Taufiq dan dua perempuan yang berada di tepi lelaki itu.

You all boleh pergi sekarang” Ariana bersuara angkuh. Tangannya dibuat gaya menghalau. Hampir tergelak dia apabila melihat Sue dan Bella yang menjengilkan mata kepadanya sebaik Taufiq turut mengarahkan kedua perempuan itu pergi menjauh.

“Why you late .. hmm” Taufiq menegur sebaik melihat Ariana yang sudah berdiri dihadapannya. Tangan Ariana ditarik supaya duduk ditepinya. Gembira dia apabila Ariana menghubunginya tadi berkata mahu berjumpanya.

“Siapa tu” Ariana menyoal kembali. Selama mereka berhubung ada ada sahaja perempuan disisi Taufiq. Dia tahu siapa mereka berdua apa yang dia ingin tahu adakah Bella dan Sue juga spare part lelaki itu. kenapa? Saja. Dia tidak punya sebab pun untuk tahu.

“Alah.. budak budak sini jer..” Ujar taufiq  selamba. Sue dan Bella adalah teman malamnya. Namun melihatkan Ariana dia menyuruh dua gadis itu pergi. Berbanding dengan kedua mereka Ariana pasti lebih berharga. Andai disuruh melepaskan semua spare part nya itu pun dia tidak kisah sekiranya Ariana sanggup bersamanya.

Ariana memandang taufiq. Dia mencebik. Taufiq? Dia tahu siapa Taufiq sebenarnya. Tetapi dia sengaja mahu mencabar dirinya dengan memilih untuk bergandingan dengan lelaki itu apabila Taufiq selalu sahaja mengayat dirinya. Bukanlah bermakna dia cair dengan kata kata lelaki itu. Tidak! Dia Cuma mahu berseronok dengan orang yang bisa membuat hatinya terbuai di awangan. Hanya itu.

“Ouh…. What ever. So kenapa you suruh I datang sini” Ariana bertanya kembali. Memang dia yang menghubungi Taufiq tadi. Tapi lelaki itu yang menyuruhnya datang kesini.

“Enjoys.. jom” Tangan Ariana ditarik menuju kebawah sinaran cahaya lampu yang berkilau itu.

Ariana hanya tersenyum. Lalu menganguk. Tubuhnya turut sama bergerak kiri dan kanan mengikut rentak lagu hip hop yang membuatkan suasana di dalam club meriah. Langsung lupa pada bebelan Zairil yang menjengah ketelinganya sebelum dia keluar tadi.

You hapy ker?” Taufiq bertanya sambil mengamit Ariana dekat kepadanya.

“Apa?? Tak dengar” Ariana menjerit kuat. Suasana yang riuh itu tidak memungkinkan dia mampu mendengar suara Taufiq yang tengelam dengan lagu rancak itu.

“ I Tanya… You hapy ker?” Taufiq turut menjerit sama.

Ariana hanya menganguk. Lama mereka begitu akhirnya dia mengalah. Penat pula dia mengikut rentak musiz itu. “Dah la. I penat.. jom duduk”

Mendengarkan itu Taufiq memaut tubuh Ariana lalu dia melabuhkan punggungnya ditempat tadi. Ariana turut rebah di sebelah Taufiq. “Wuuhuuu… sukanya” Dia menjerit kuat. Tangannya diangkat tinggi. Gembira kerana dapat menghiburkan hatinya sendiri. Dua hari tidak dapat keluar. Dia terasa bagai gian pula untuk terloncat loncat di bawah sinaran lampu itu.

“Wah.. suka gila” Taufiq mengusik. Tubuh Ariana dipaut supaya dekat dengannya.

Ariana tersengih Cuma. Dia turut menyandarkan badannya di bahu Taufiq. Wajah lelaki itu ditentang. “Memang pun. Dah lama tak enjoys. Asyik menyanyi jer.. penat jugak” Ujarnya memberitahu. Bersama Zakuan tempat melepaknya hanyalah Diz`z Café dan sekali sekala dia dibawa menikmati angin malam di merata kuala lumpur. Bersama Taufiq lain pula ceritanya lelaki itu selalu sahaja membawanya menjelajah club di seluruh kl ini.

“You budak baru ker? I tak pernah nampak pun you selama ni” Taufiq bertanya lagi. Dia sudah lama mahu bertanya Ariana di pertemuan mereka yang terdahulu. Tetapi tidak berkesempatan. Masakan tidak apa yang membuatnya hairan adalah dia selalu juga ke Diz`z Café tapi tidak pernah pula dia melihat Ariana. Hanya kebelakangan ini sahaja wajah itu kerap berada disana.

“Ouh.. tak lah. Dulu I berhenti kejap” Ujarnya selamba.

“You baru putus cinta ya” Taufiq menyoal lagi. Ariana walaupun baru sahaja muncul di Diz`z Café tetapi cerita tentangnya sudah tersebar merata. Ramai mengatakan Ariana dulu selalu juga melepak disitu tetapi menghilang. Dan sekarang dia dikatakan muncul kembali setelah putus cinta.

“Hahaha.. yes you are right. So sekarang ni I nak enjoys..” Dia menjerit lagi. Putus cinta? Tidak tahukah mereka semua yang dia sudahpun bergelar isteri? Suara hatinya sinis. Ahh.. mereka semua tidak perlu tahu. Tak penting pun.

“I akan buat you enjoys.. don’t wory.. so sekarang you dah lupa bekas boyfriend you tu la ya” Dia masih ingin tahu lagi.

Ariana tersenyum. “Dia dah mati la. Tak usah sebut pasal dia lagi. Yang penting sekarang kita enjoys” Ujarnya sambila tersenyum senyum. Padanya Ilham benar benar sudah mati dari hidupnya. Zairil pula memang tidak wujud dalam kamus hidupnya. Kedua dua lelaki itu perangainya hampir sama. Sesuai benar menjadi adik beradik. Hatinya bersuara nakal. Tidak pula dapat dia bayangkan sekiranya Zairil dan Ilham benar benar  menjadi adik beradik.

Manakan tidak kehendak Zairil dan Ilham hampir sama sahaja. Cuma yang berbeza cara penerimaanya. Itu sahaja. Dengan Ilham dia hanya menurut kerana dia benar benar cintakan Ilham, tapi kesudahannya? Dengan Zairil, jangan harap dia akan menurut biarpun dirinya akan dijaga baik atau dilayan lembut oleh lelaki itu. Sudah tidak akan dapat merapuhkan hatinya yang keras itu.

Sebaik melihat Taufiq yang menganguk dia menarik Taufiq kembali ke bawah sinaran cahaya lampu itu. Mahu meneruskan tariannya. Mahu melepaskan segala duka dan lara hatinya. Dia lupa. Lupa akan segala galanya. Lupa pada janji janjinya. Yang ada dihatinya hanya hangatnya dendam yang membara apabila ditinggalkan begitu sahaja. Biarpun tanpa dia sedari dia sudah melangkah ke jalan yang sukar apabila menerima Zairil sebagai suaminya.

 

Ariana melirik jam ditangannya. Pukul 3.00 pagi. Kunci di dalam poket diambil lalu dia membuka pintu perlahan. Suasana gelap diluar rumah langsung tidak menakutkannya biarpun jelas suasana benar benar sepi di sekeliling kawasan perumahan banglo itu.

“Baru balik?” Zairil menegur. Jam di dinding dirumah dilihat. Melampau! Hatinya berdesis kecil. Tidak menyangka Ariana akan pulang selewat ini.

Oh my gosh.. buat terkejut orang je. Sir tak tidur lagi” Dia bertanya selamba setelah perasaan terkejutnya hilang. Dadanya diurut perlahan. Lemah semangat pula dia apabila disergah begitu.

“You buat apa tadi?” Zairil bertanya pula. Letih menunggu Ariana diruang tamu. Rasa kantuknya langsung tidak dilayan. Dia ingin menunggu dan melihat sendiri pukul berapa gadis itu pulang.

“Buat apa.. enjoys la” Ariana menjawab pula. Takkan jual ikan kot dekat club. Pil estacy ada la. Ujarnya menjawab di dalam hati.

Zairil mengeleng gelengkan kepalanya. Langsung tidak ada rasa hormatkan dihati Ariana buatnya?

“Lelaki mana pulak yang peluk tubuh you hari ni” Zairil memerli pula. Tubuh yang berdiri dihadapannya itu dilihat. Pasti baru lepas meliang lentok bersama lelaki di club itu. Hatinya berdesis geram.

“Wow.. you ikut I ke? Apa you kisah, tubuh I biar la..” Ujar Ariana selamba. Mukanya sengaja dimimikkan menunjukkan betapa dia benar benar tidak kisah akan perlian Zairil itu. Namun sempat pula dia berfikir soalan yang sedari dulu menerjah di fikirannya itu. Saat ‘diserang’ di bilik discussion dahulu. Dia ingin tahu sebenarnya bagaimana Zairil tahu akan tingkah lakunya itu. Setahunya hanya dua tiga kali sahaja dia benar benar berpeluk sakan dengan lelaki. Iaitu zakuan di klcc hampir sebulan yang lalu.

Selebihnya dia hanya menyandar sahaja dibahu lelaki itu. Dan kadang kadang pingganya dipaut oleh Zakuan ketika dia menyadar padanya. Tidak pula mereka bercumbu seperti kata kata Zairil dahulu. Memang dia akui selain Zakuan dan Taufiq dia turut keluar dengan lelaki lain. Keluar bersiar siar di jalan raya. Tapi seperti biasa dia hanya membenarkan pinggannya sahaja yang dipaut lelaki itu.

Zakuan? Ya mungkin dia sudah bertindak keterlaluan apabila membiarkan sahaja lelaki itu menyentuhnya sesuka hati. Tapi entahlah. Dia benar benar tidak kuasa mahu menghalang tingkah laku Zakuan itu. Biarkan sahaja. Lagipula hatinya sentiasa sahaja terbuai sebaik bersama dengan zakuan. Lalu apa pula halnya dia mahu menolak. Betul tak?

Soalnya sekarang apakah Zairil mengekori gerak gerinya? Kalau ya? Adalah bagus jikalau dia turut menjadi pemain di dalam permainan Zairil itu. Hehehe.. hatinya kembali menakal bersama dendam yang hangat membara.

“Disebabkan tubuh you la I kena ambil kisah. You jangan keterlaluan Ariana” Zairil memberitahu serius. Jikalau tubuh orang lain tidak usah la dia mengambil tahu. Buang karan sahaja.

Ariana mengaru garu kepalanya yang tidak gatal.. “Bosan la you ni. Asyik membebel je..” Ujarnya bersahaja. Mood cerianya utuk berbalas kata sudah kembali berkurang. Baik naik tidur jikalau begini caranya.

“I membebel sebab I tak nak you tersesat.. faham!”

“Alah.. peluk je. Tak luak pun sir Zairil..” Ariana membalas pula. Kecoh pulak lelaki dihadapannya itu. Jikalau sudah mahu bilang sahaja. Cari sahaja perempuan diluar dia sendiri pun tidak pernah kisah. Siapa Zairil padanya? Nothing! Sesat? Malas mahu fikir. Suara hatinya berbicara lagi. Geram barangkali apabila terus terusan dibebel begitu.

“Sekarang ni peluk. Lepasni entah dengan jantan mana you tidur?” Zairil menjawab serius. Kata kata Ariana terlalu menjengkelkan dirinya.

Like I said sir zairil. That my body.. biarla. I nak berpeluk ker.. nak bercium ker or nak tidur dengan lelaki mana sekalipun, ada I kesah” Ujarnya membalas.

“Aftarfirullahalazim..” Zairil meraup mukanya beberapa kali. Tidak percaya Ariana sanggup mengeluarkan kata kata sinis sebegitu. “You tak pernah buat semua tu kan?” Zairil bertanya pula. Risau jika Ariana memang benar benar sudah tidur dengan lelaki. Ini bermakna harapannya untuk membawa gadis itu kembali ke jalan yang terang sudah tidak ada gunanya. Maruah Ariana sudah pun tercela.. ah benarkah??

“Buat apa?” Ariana bertanya lagi. Sengaja.. bukan dia tidak faham akan maksud soalan itu.

“You tak pernah tidur dengan lelaki lain kan?”

Ariana ketawa sakan. Kelakar “I bukan pelacur sir Zairil. I tak buat semua tu” Ujarnya pula.

“Alhamdulillah” Zairil mengucap lega. Yakin Ariana mampu diubah lagi. Yakin Ariana tidak akan melakukan perbuatan yang dilaknat Allah itu biarpun sudah jelas keadaan gadis itu sekarang pun sudah melanggar perintah Tuhan.

Ariana yang melihat terasa geli hati. Entah kenapa dia terasa ingin mengusik lelaki itu. Sengaja mahu mencabar kesabaran lelaki di hadapannya itu. “But.. I think.. maybe coming soon!!” Dia berkata sambil tersenyum. Buat muka tidak bersalah.

Zairil membulatkan matanya. Tidak percaya. Tubuh Ariana direntap. “You jangan cuba cuba Ariana..” Ujarnya separa mengertak.

“Kenapa pulak??” Ariana bertanya kembali.

Zairil tidak menjawab sebaliknya tubuh kecil Ariana ditolak sehingga terduduk disofa. Lalu dia menuju ke biliknya.

Ariana yang melihat hanya mencebik. Zairil.. Zairil.. dia tidak bodoh untuk menyerahkan tubuhnya kepada lelaki lain. Setakat peluk dan cumbuan semua itu langsung tidak memberi kesan kepadanya. Dia hanya ingin berseronok. Hanya ingin membalas dendam. Hanya itu!!

 

3 comments:

Unknown said...

mampukah zairil mengubah ariana kembali,,,??

ak pn nk tau nie,,,

hehehe,,,

n ke mane ihlam menghilang,,,??

aqilah said...

risau dgn tingkahlaku ariana.......cepat2lah zairil bertindak!!!!!!!

Anonymous said...

kenape cite ni makin lame makin cam xde arah tujuan..

menjatuhkan maruah perempuan je watak aryana neh..dulu berubah jadi baik skit demi ilham, bile ilham da xde, lagi sosial dari dulu.. berubah kerana cinta ni lgsg xbermakne.. murah betul aryana ni,

si zairil lak, dayus btl sbg seorg lelaki,suami n lecturer..

xmmp nk sekat aryana drpd kua dgn mcm2 jantan..

dulu sy suke sgt cite ne... but skg, rase kecewa..

xkn nk lepaskan kekecewaan dgn kelua dgn sume jantan yg die knl...