Monday, April 5, 2010

andai Itu Takdir Cinta (38)


Seperti biasa sebelum masuk kekelas Ariana melirik jam. Dia hanya tersenyum apabila meyedari yang dia sudah terlewat untuk ke kelas business. Tidak berasa gentar biarpun lewat kerana kelas itu adalah kelas Zairil, suaminya. Dia yakin Zairil tidak akan melakukan sesuatu yang melampaui batasan memandangkan dia isteri kepada lelaki itu. Pintu kelas diketuk perlahan sebelum pintu dikuak dari luar.
Zairil memandang Ariana tajam. Kesabarannya terasa teruji. Bukan kali ini sahaja Ariana lewat. Malahan  berkali kali. Semenjak Ariana memegang title isterinya yang baru mencecah 2 minggu ini pun rasanya sudah lebih tiga kali gadis itu masuk ke kelas lewat.
Sory sir” Ariana berkata selamba biarpun matanya dapat menangkap renungan tajam lelaki itu. Namun dia yakin Zairil tidak akan berkasar dengannya apatah lagi sepanjang dua minggu ini Zairil dilihatnya tidak pernah berkata kasar dengannya. Sebaliknya hanya memandangnya sahaja. Malahan Zairil tidak mampu untuk menghalangnya keluar setiap malam.
“Kenapa lewat?” Zairil bertanya juga biarpun tahu mungkin gadis itu bangun lewat. Manakan tidak  semalam Ariana pulang apabila jam mencecah pukul 2.00 pagi. Langsung tidak menghiraukannya yang tercegat di sofa dek kerana menunggu Ariana pulang setiap malam.
“Err.. lewat bangun!!” Ariana menjawab perlahan. Dia pasti Zairil tahu mengapa dia bangun lewat kerana Zairil dilihatnya menunggunya malam tadi. Sepanjang dua minggu bergelar isteri sepanjang tempoh ini jugalah Zairil dilihat menunggunya pulang setiap malam.
“Kenapa lewat bangun?” Zairil bertanya lagi. Sengaja!!
Ariana hanya mengerakkan bahunya. Tidak kuasa dia menjawab soalan yang boleh dianggap sebagai kura kura atas perahu pura pura tak tahu itu.
“Assigment saya awak dah siapkan?” Zairil bertanya pula sebaik sahaja teringatkan Assigment yang diberikan kepada pelajar pelajarnya itu.
Ariana yang ketika itu sedang berjalan untuk menuju ketempatnya kembali berpaling kearah Zairil kemudian  menekup mulutnya. Tersenyum lalu bibirnya diketap perlahan “Tak lagi?”
Zairil mengerutkan dahinya. Tidak berkenan dengan cara Ariana itu. “Habis bila awak nak siapkan?”
“Relax la sir!! Due date dia esok kan. Nanti saya siapkan” Ariana menjawab kembali.
“Sempat siap ker?” Zairil memerli. Tidak yakin gadis itu mampu menyiapkan Assigment jikalau terus terusan keluar malam.
Ariana hanya tersenyum. Dia tahu Zairil memerlinya. “ Entah!! Maybe!!”
“You all kena ingat asigment tu merangkumi 10 percent cary mark you all” Zairil memberitahu Ariana sekaligus memberitahu pelajar pelajarnya yang lain. Dia hanya memandang pelajar pelajarnya yang menganguk tanda faham namun Ariana dilihatnya hanya slumber tanpa reaksi.
“Pastikan esok awak hantar Assigment saya.. faham!!” Kali ini dia bersuara tegas. Malas mahu melayan keselumberan pelajarnya yang merangkap isterinya itu.

Ariana mengaru kepalanya beberapa kali. Tangannya diketap ketapkan. Lenguh pula rasanya apabila terus terusan menaip. Screen laptop dilihat lagi. Assigmentnya itu baru selesai sebanyak lima soalan sedangkan soalan yang perlu dijawab ada sepuluh. Dia mencebik. Badannya dibaringkan di atas katil. Baru sahaja dia mahu terlena handsetnya bergetar menandakan ada pesanan ringkas yang baru diterima. Tidak menunggu lama handsetnya terus dicapai.

+ keluar sayang.. I tunggu you kat Diz`z cafe..
From:- Taufiq.

Ariana tersenyum. Tangannya laju sahaja membalas mesej dari lelaki itu kembali.

-ok wait 4 me!!

Sebaik sahaja mesej dibalas. Laptopnya ditolak ketepi. Assigmentnya itu hanya dipandang sepi. Lalu dia menuju ke bilik air berniat untuk mandi dahulu sebelum keluar. Selesai sahaja mandi almari bajunya dibuka. Gaun berwarna hitam diambil lalu disarungkan ke tubuhnya. Selesai sahaja bersiap dia berlari menuju ke tingkat bawah namun langkahnya diperlahankan sebaik sahaja melihat Zairil yang juga sedang mendaki tangga untuk naik keatas.
“Nak pergi mana?” Ujar Zairil bertanya.
“Diz`z ” Dia menjawab sepatah.
Zairil merenung Ariana dari atas  kebawah. Dia hanya dapat mengeluh apabila melihat gadis itu yang memakai gaun hitam separa paha yang menampakkan lurah dada gadis itu. Sesuatu yang tidak patut dilihat oleh orang lain apatah lagi lelaki lelaki di luar sana.
“Tak payah pergi la duduk rumah je!!” Zairil memujuk. Dia tidak mahu Ariana berterusan keluar malam.
“Ouh no.. I nak keluar!!” Ariana menolak. Apa kelas duduk dirumah pada waktu malam begini.
“Buat apa?” Zairil bertanya lagi.
“I ada date dengan Taufiq..” Ariana membalas selamba tidak dihiraukan wajah Zairil yang berubah ketika itu. Bukankah Taufiq sedang menunggu untuk mengembirakan hatinya. Itu pastinya lebih penting dari melihat muka Zairil yang tidak beriak serius itu. Lebih dari itu malam ini adalah gilirannya untuk membuat persembahan di Cafe.
“Assigment dah siap?” Zairil bertanyakan tugasan yang diberi pula. Berharap dapat menghalang Ariana dari keluar. Seingatnya tadi sewaktu di kelas Ariana memberitahu bahawa kerja yang diberi masih belum diselesaikan.
“Tak!!”
“Bila nak siapkan?”
“Entah.. !!” Ariana menjawab lagi.
“Tak payah keluar. Siapkan Assigment tu” Zairil memujuk lagi. Lembut.
“Not this ninght.. I want to enjoy.. bye” Ariana berkata sambil berlalu pergi. Dalam diam dia tersenyum sinis kerana yakin Zairil tidak akan mampu merubahnya, manakan tidak menghalangnya keluar pun Zairil tidak mampu. Nak merubahnya? Ufh.. dalam mimpi mungkin!!
Zairil yang melihat langkah Ariana hanya mampu mengeleng. Sudah tidak tahu harus berbuat apa lagi untuk menghalang Ariana keluar. Untuk berkasar dengan gadis itu dia tidak mahu. Bimbang Ariana bertindak lebih agresif. Tidak menunggu lama dia turut menukar pakaian. Mahu keluar. Tidak betah pula bersendirian begini.

Ariana tersenyum sambil melambaikan tangannya kearah Hani yang sudah menungunya di hadapan Diz`z Café. Sebaik sahaja tiba di hadapan temannya dia mengankat tangannya. Memberi high five buat temannya itu. Bibirnya melakar senyuman.
“Kau kenapa lambat? They all dah tunggu tu” Hani bertanya geram. Ariana sudah berjanji untuk membuat persembahan malam ini. Jam tangan dilirik . Lewat 15 minit dari waktu yang dijanjikan.
“Ala.. relax la.. they all mesti tunggu punya.” Ariana berkata bangga. Malas mahu memanjang bicara dia terus sahaja naik ke atas pentas. Dia pasti mereka semua tidak akan marah kepadanya. Bukankah kedatangannya sentiasa dinantikan. Sempat dia melambai kepada Taufiq yang dilihatnya sudah menungunya di tempat biasa.
“Hah.. nah datang pun Ryan. So Ryan you take over” Adrizal menyapa. Mikrofon dihulurkan buat temannya itu.
“Ok” Tangannya dibuat thumb ups. Sebaik sahaja muzik berbunyi dia memejamkan mata. Mahu menghayati  lagu yang bakal dinyanyikan. Tidak dihiraukan suara suara yang bersorak sebaik melihatnya itu. Serta merta bayangan lama menerpa lagi.. Ilham..

Sanggupkah ku bertahan
tanpamu disampingku
setelah kau memutuskan kita berpisah
serasa seumur hidupku selalu denganmu
haruskah ku relakan.. haruskah ku berjalan
terbayang wajahmu selalu dihati
kerna cinta yang dulu pernah kau beri
takkan ku lupa untuk selamanya..

Taufiq dari hujung sana hanya melihat dengan pandangan mata bersinar. Melihat betapa ayunya suara Ariana membuatkan dia benar benar tidak sabar untuk memiliki gadis itu di dalam erti kata yang sebenar benarnya. Saat matanya berlaga dengan Ariana dia hanya tersenyum. Membuat thum ups memberitahu betapa bagus nyanyian gadis itu. Ahh.. sabarlah wahai hati. Hatinya berdesis kecil.

cintai dan sakiti hatiku kalau itu
dapat membelenggu
kembali kepelukanku lagi
aku rela memberi segalanya.. untukmu..
malam yang dingin ini
membuat ku menangis
terlihat gambar kita yang dulu bahagia
kemana perginya masa indah itu
tuhan tolong kembalikan kisahku
cintai dan sakiti hatiku
kalau itu dapat membelenggu
kembali ke pelukanku lagi aku rela
memberi segalanya ..hoooooo…
cintai aku sakiti aku
kalau itu dapat membelenggu
cintai dan sakiti hatiku
kalau itu dapat membelenggu
kembali ke pelukanku lagi
aku rela memberi segalanya… haaa…
untuk selamanya
kembali kepelukanku lagi aku rela …
memberi segalanya untukmu……

Fewit!!.. lagi lagi!!
Suara orang ramai mula bersorak sebaik Ariana menghabiskan lagunya.
Ariana tersenyum Cuma. Bayangan ‘tadi’ kini mula menghilang. Lalu sekarang tangannya pula yang melambai lagak artis terkenal. Artis terkenal? Dia Cukup dikenali di Diz café. Apatah lagi sekembalinya dia setelah ‘menghilang’ setahun dahulu.
“Its enough I want to enjoys by myself pulak.. “ Ujarnya seraya turun dari pentas lalu menerpa kearah Taufiq. Sebaik sahaja sampai tangannya ditarik supaya duduk disebelah lelaki itu. Dan dia hanya tersenyum.
“Suara you so so mengoda” Taufiq memuji. Tangannya erat merangkul pinggang  Ariana. Peluang yang jarang diberikan buatnya. Kerana Ariana terlalu berhati hati dengannya. Mungkin itulah sebab mengapa ramai yang mahu mencuba Ariana. Mungkin kerana dia tidak ‘semurah’ perempuan perempuan lain termasuklah teman temannya itu.
Hani? Bukan dia tidak pernah tertangkap teman Ariana yang ketika itu sedang hangat memadu Asrama. Malahan tanpa disedari sesiapa dia sendiri pernah memadu asmara dengan gadis genit itu. Ahh.. mereka disini sebenarnya semuanya sama sahaja. saling ‘mencuba’ diantara satu sama lain.
Ariana? Mungkin akan turut mengikut jejak langkah teman temannya nanti. Dan dia akan pastikan gadis itu jatuh di ribaannya nanti. Hatinya bersuara jahat.
“You ayat I ker” Ariana menguji. Taufiq! Sama seperti Zakuan. Lelaki itu penuh dengan kata kata manis.
“Takdelah. I serius.. by the way you kenal ke lelaki tu..” Ujar Taufiq seraya menunjuk kearah seorang lelaki yang memakai cap dan cermin mata hitam itu. Sedari tadi dia perasan lelaki itu ralat melihat dan memerhatikan Ariana. Selebihnya dia pernah juga melihat lelaki itu di club club lain. Tapi tidak pula dia kenal siapa.
Ariana turut menoleh. Akhirnya dia mengeleng laju. “Geng geng baru kot” Ujarnya selamba. Kerana dia tidak cam wajah yang ditutupi disebalik cap dan cermin mata hitam itu. Tetapi dia pernah juga terserempak dengan lelaki itu beberapa kali. Berbeza? Yup lelaki yang tidak dikenalinya itu berbeza dari yang lain kerana hanya lelaki itu yang tidak pernah mencuba untuk bercakap dengannya. Ahh.. what so ever. Ujarnya Angkuh. Ada dia kisah jikalau orang tidak sudi dengannya, dia seribu kali tak ingin adalah!
“You kenapa” Ariana bertanya pelik. Hairan pula dia melihat Taufiq yang merenungnya begitu.
“Nothing.. you look so beautiful.. just that!!” Ujarnya berpura pura. Apa sahaja harus dilakukan untuk meraih kepercayaan Ariana. Memang diakui Ariana begitu cantik dimatanya.
“Ahh.. ada da je you ni” Ujarnya manja. Selebihnya dia yakin pandangan mata itu tidak punya maksud apa apa. Selama mereka berkawan Taufiq dilihatnya tidak seperti Zakuan yang rakus. Taufiq lebih bersikap selamba. Membuatkan dia percaya kepada lelaki itu. Membuatkan dia lebih suka menghabiskan masanya bersama Taufiq.
Namun sekali sekala tidak boleh tidak dia tetap juga keluar bersama Zakuan. Bukankah lelaki itu sekelas dengannya. Apakah lebih baik jikalau 24 jam masanya digunakan sebaik mungkin. Akhirnya dia tersenyum sendiri.

Zairil melihat jam ditangan. Kelasnya sudah bermula hampir setengah jam namun bayang Ariana masih lagi tidak muncul. Tidak datang kelas kah? Hatinya bertanya sendiri. Atau Ariana bangun lewat lagi lalu mengambil keputusan untuk tidak menghadirkan diri kekelasnya. Semalam Ariana dilihatnya pulang pukul 1.00 pagi awal sikit dari biasa namun tetap lewat baginya.
“Ariana tak datang hari ni” Zairil bertanya Hani kerana tahu Hani merupakan teman baik isterinya itu. Baik? Makin menghancurkan hidup gadis itu adalah!!
“Err.. dia tak datang.”
Zairil memandang pelajarnya dengan pandangan hairan. “Kenapa?”
“Tak tahu sir.. maybe sakit kot!!” Hani menjawab lagi. Sedangkan dia tahu Ariana tidak datang kekelas kerana malas. Semalam mereka bersama sama menghabiskan waktu di club selepas Ariana selesai membuat persembahan.
Sakit? Mana mungkin.. semalam ok jer? Hatinya membebel lagi. Untuk memberitahu Hani yang dia tahu gadis itu tidak sakit tidak mungkin dia lakukan memandangkan tiada siapa pun yang tahu Ariana adalah isterinya.
“Ermm.. ok.. kita teruskan pelajaran hari ni” Zairil beralah. Malas mahu bertanya lebih lanjut.
Hani hanya tersenyum. Kadang kadang dia hairan dengan Ariana manakan tidak Ariana hanya membuat ‘perangai’ apabila kelas sir Zairil. Setahunya Ariana tidak pernah ponteng atau lewat untuk menghadirkan dirinya kekelas lain.
Hampir dua jam kelas berlalu Zairil mengerahkan pula pelajarnya supaya menghantar Assigment yang diberi. Sebaik sahaja semua assigment dikumpul dia membilang. Seperti biasa untuk melihat berapa banyak pelajarnya yang tidak menghantar Assigment. Namun kiraanya terhenti sebaik sahaja ditegur oleh ketua kelas itu.
“Semua hantar kecuali Ariana sir” Lelaki itu memberitahu. Tadi sebelum menghantar semua Assigment kehadapan dia sudah mengira terlebih dahulu memandangkan Sudah biasa melihat lecturernya itu mengira Assigment mereka sebaik dihantar.
Zairil hanya berdiam diri. Tidak sempat dia membalas dia ditegur pula oleh Ana. Juga teman isterinya itu.
“Ryan cakap, assignment dia dah ada pada sir”
“What??” Zairil terjerit kecil. Bila masa pula Ariana menyerahkan Asigmentnya kepada dia. Ahh, gadis itu berbohongkah?
“Err.. dia cakap sir dah bagi mark pun untuk assignment dia..” Ana menambah lagi. Memang itu yang dikata temannya semalam. Dan dia disuruh menyampaikan kepada lecturernya itu sekiranya sir Zairil mengajukan pertanyaan tentang Assigmentnya.
Zairil hanya menganguk. Sudah tidak tahu untuk menjawab apa lagi. Bukan Ariana tidak tahu dia harus menghantar markah yang diperolehi pelajar pelajarnya pada petang ini. Ini pun sudah terlewat dari tarikh sebenar. Untuk memberi Ariana markah kosong tidak mungkin dia lakukan. Dia tidak mahu Ariana gagal lagi pula dia tahu Ariana hanya ‘teruk’ dikelas nya . Dikelas lain kedatangan Ariana cemerlang. Ahh.. Ariana dilihat semakin mengambil kesempatan keatas kebaikannya pula. Sedangkan padanya dia tidak mahu berkasar dengan Ariana kerana yakin Ariana mampu diatasi sekiranya dia berlembut sebab itu la dia hanya membiarkan gadis itu. Namun nampaknya dia harus menukar strateginya itu. Harus!!
Dalam pada masa yang sama Ariana yang ketika itu baru sahaja bangun tersenyum gembira. Gembira kerana dapat mencabar kesabaran zairil. Sengaja dia tidak menyiapkan Assignment lelaki itu selebihnya pula dia terasa malas. Lagi pula dia yakin Zairil pasti memberinya mark biarpun dia tidak menghantar assignment kerana lelaki itu pasti tidak mahu dia gagal di dalam pelajaran. Ahh.. Zairil..bersedia la untuk menghadapai kegagalan. Hatinya derdetik kecil apabila teringat tujuan utama mereka berkahwin.

6 comments:

epy elina said...

hhohohoh...
napa la ariana ni min truk....
kuat sngt tmpran ilham....
zarif lak knpa x gunakan kuasa veto untk tndukan ariana....
dia dah truk 2....
kdng2 grma ngn ariana...

rubisya said...
This comment has been removed by the author.
aqilah said...

kesian zairil.. ..............kena work out with something, untuk membuatkan ariana sedar daripada tidur..................make them fall in love!!!!!!!

hana_aniz said...

sakit hati dgn ariana.

Unknown said...

zairil masih mampu bersabar ngan perangai ariana,,,

nk lg ,,please,,,

Nur Farah said...

sabar sabar.. sabar itu separuh dari iman.. hahaha... no worries.. nanti saya sambung ya.. siapakah y bersalah dalam hal ni.. hehehehe.. ok =p