Saturday, July 24, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 49

Ariana tekun menatap kertas kerjanya. Masuk hari ini sudah hampir seminggu dia memulakan tugasnya di HS Holding. Serasa tidak cukup tangan pula dia untuk memahami perjalanan syarikat yang dibimbing abang sepupunya itu.
“Hello.. rajinnya dia” Haziq menegur sebaik melihat wajah berkerut Ariana. Apa saja yang difikir sepupunya itu pun dia tidak tahu.
“Nak mengacau la tu” Ariana membidas laju. Sudah tahu akan aktiviti kesukaan Haziq yang tidak betah membiarkan dia bertenang biarpun hanya untuk seketika.
“Ala.. usik sikit pun tak boleh. Ary.. abang nak mintak tolong ni” Suaranya tergesa gesa. Dia sememangnya berharap akan pertolongan Ariana ketika ini.
Ariana memangung kepalanya. Mahu memberi perhatian buat lelaki itu “Ada apa?”
“Abang kena attend meeting sekejap lagi. Ary tolong ganti tempat abang boleh tak” Rayunya perlahan.
Ariana mengerutkan dahinya. Bimbang. Bagaimana dapat dia menguruskan meeting sedangkan dia baru sahaja mahu belajar selok belok pentadbiran company mereka itu. “Mana boleh abang Ziq.. Ary kan baru kerja..”
“Ala.. senang jer. Meeting tentang projek pembinaan Perumahan Taman Indah tu jer. Kan minggu lepas abang dah terangkan?” Haziq memintas laju.
Ariana merengus geram. Memang dia sudah punya maklumat terperinci tentang itu. Tapi masalahnya yakinkah dia untuk bermesyuarat sendirian tanpa Haziq disisinya. “Abang Ziq nak pergi mana?”
“Adahal la. Lagipun Ary kena ingat Ary pemilik company. Ary kena biasakan diri dengan semua ni” Haziq mengingatkan. Dia hanyalah timbalan pengarah di syarikat itu. Tugasnya sudah selesai sebaik sahaja Ariana melangkah masuk ke pejabat. Namun tidak pula dia berniat untuk meletak jawatan. Cukup jikalau dia memerhati Ariana dalam pentadbiran syarikat.
“Lagi lagi itu yang diungkit. Adahal tu apa” Ariana bertanya lagi. Benar benar tidak berpuas hati.
Haziq mengaru kepalanya. “Abang nak jemput kak Ila.. dia balik hari ni”
Makin membuntang mata Ariana mendengar alasan sepupunya itu. Shahila yang dipanggil kak Ila itu merupakan tunang Haziq. Geram pula dia apabila Haziq lebih memilih untuk menjemput tunangnya dari menguruskan meeting mereka itu. “Penting sangat ker?”
“Siapa tak sayang tunang cik adik oi” Hidung Ariana dicuit sambil buat muka kasihan. Dia benar benar berharap sepupunya itu akan setuju.
Ariana mencebik. “Iye lah.. meeting dengan siapa ni..?”
“Dengan pengurus projek ni lah.. Aidil!”
Aidil? Tidak pernah pula dia mendengar nama itu. “Ermm.. ye lah. Pukul brapa..”
“Ok bagus..” Haziq berdiri. Bertujuan untuk keluar dari pejabat Ariana. “Pukul 11.. two hour from now. Abang keluar dulu. Apa apahal tanya Syazmeen” Tombol pintu dipulas.
Ariana hanya menganguk. Namun seketika dia menepuk dahinya perlahan. Terlupa pula dia untuk bertanya projek itu dilaksanakan dengan Syarikat mana. Intercom ditekan untuyk menghubungi Syazmeen. Setiusahanya itu.
“Ada apa cik Ariana?”
“Meen syarikat mana yang uruskan projek perumahan Taman Indah?” Dia bertanya sebaik mendengar suara yang menyapa di talian sebelah sana.
“Putra holding Cik Ariana..”
Putra holding? Dahi Ariana berkerut. “Meeting selama ni Encik Haziq buat kat mana?”
“Pun di Putra Holding cik Ariana..”
Nafasnya terasa sesak pula. Mana mungkin dia menapak ke Putra Holding. Apatah lagi setelah tahu Putra Holding adalah tempat Ilham bekerja. Masih bekerja disitukah lelaki itu? Ceo? Siapa ceo putra holding sebenarnya? Ilham kah?? Ahh.. untuk apa dia takuti akan pertemuan itu. Sedangkan mereka kini sudah tidak punya hubungan apa apa. Lagi pula dia akan bermesyuarat dengan pengurus projek bukannya dengan lelaki itu.
Ariana tergesa gesa masuk sebaik sahaja bangunan yang tersergam indah itu berjaya dijejakinya. Lelah dia mencari alamat syarikat Putra Holding itu. Geram pula dia mengenangkan abang sepupunya itu yang pasti kini sedang bermanja dengan tunangnya. Sebaik terpandangkan wajah seseorang disitu terus sahaja dia menyapa. Bertanyakan di mana pertemuannya dengan lelaki yang bernama Aidil itu.
“Meeting diadakan di bilik mesyuarat. Saya akan bawa cik Ariana ke sana”
Ariana hanya menganguk. Ralat dia melihat susun atur syarikat yang baru pertama kali dijejakinya itu. Sebaik masuk dia menegur lelaki yang membelakanginya itu. Difikirannya pasti itu adalah Encik Aidil. “Morning Encik Aidil..”
“Morning..” Ilham terpana melihat Ariana yang berdiri dihadapannya.
Ariana mengetap bibirnya. Dia berpaling kearah perempuan yang membawanya tadi. “Saya nak jumpa Encik Aidil bukan dia. Meeting saya dengan Encik Aidil.”
“Maaf cik Ariana. Encik Aidil mc hari ini. Meeting tentang projek perumahan Taman Indah Akan diuruskan oleh Tengku Fakrul..” Shima memberitahu lagi.
“Awak boleh pergi” Ilham menyampuk apabila melihat Ariana yang ingin bertanya lagi. Tidak berpuas hati barangkali. Dia pun hari ini hanya mengantikan tempat Aidil. “Duduk la Fea”
“Maaf... Tengku.. kita mulakan meeting sekarang” Ariana bersuara serius. Hatinya sebal menahan geram akan pertemuan yang tidak dirancang itu.
“Fea..” Ilham ingin menegur. Dia tidak suka Ariana memanggilnya begitu. Bagai terasa ada beban yang menghempap pundaknya dikala itu.
“Tengku Fakrul Ilham. Saya tak tahu pun nama awak TENGKU FAKRUL ILHAM. Ahh banyak benar rahsia kan..” Dia bersuara mendatar. Sememangnya itu yang ingin ditanya sebaik dia diperkenalkan dengan insan yang bernama Tengku Fakrul Ilham itu. Cuma dia tidak berkesempatan.
“Fea.. abang..” Ilham ingin menerangkan. Bukan sengaja dia merahsiakan. Lagi pula apa ada pada nama Tengku. Nothing! Disebabkan itulah dia tidak pernah memberitahu Ariana. Kerana sangkanya itu semua tidak penting.
“Jadi tengku la Ceo Putra Holding ya..ermm not bad” Mulutnya memerli lagi. Melihat riak wajah Ilham yang berubah Ariana tersenyum sinis. “Why not kita mulakan perbincangan kita sekarang”
Ilham terkedu pula. Namun melihatkan reaksi Ariana yang serius dia hanya mampu menganguk. Tidak mahu mengeruhkan keadaan yang sedia keruh.
“Ok.. thank for your information. Apa apa hal akan diuruskan oleh Encik Haziq nanti..” Tangannya dihulurkan untuk bersalam tanda perbincangan sudah tamat setelah hampir sejam mereka berbincang .
Ilham menyambut dengan hati yang sebal. Sudah tidak punya hatikah gadis itu?
“Tangan saya Tengku” Ariana menegur apabila tangannya digengam kemas bagai tidak mahu dilepaskan. Menyesal pula dia menghulurkan salam tadi. Tadipun dia melakukan sekadar menghormati Ilham tanda perbincangan mereka sudah termenterai. Perkara biasa yang dilakukan oleh mereka semua.
“Kenapa Fea berubah macam ni? Fea tak sayang kan Abang..” Ilham menegur. Rontaan tangan kecil itu langsung tidak dihiraukan.
Dengan sekuat hati Ariana menarik tangannya. “Maaf.. saya balik dulu” Serentak dengan kata kata itu dia membuka pintu. Ingin melangkah keluar. Namun tiba dipintu Ariana kembali berpaling. Wajah keruh Ilham dipandang lama. “Belajar menghormati saya Tengku Fakrul Ilham, walau hanya sebagai kakak ipar Tengku!”

“Ariana?” Haikal menegur sebaik menapak masuk ke bilik Ilham. Tadi dia seakan akan terlihat bayangan seseorang yang menyerupai Ariana, itupun ketika gadis itu melewati pintu keluar Putra Holding.
Ilham hanya menganguk. Wajahnya diraup beberapa kali.
“Kenapa dia kat sini.. jumpa kau?” Haikal bertanya lagi .Tidak berpuas hati.
“Attend meeting projek usahama perumahan Taman Indah” Suaranya hambar. Tertekan dengan sikap Ariana apatah lagi apabila mengingati kata kata terakhir gadis itu.
“Ouh..” Hanya itu yang mampu dikatakan Haikal. Dia sememangnya sudah tahu Ariana pemilik HS Holding kerana pernah diberitahu Ilham dahulu. Ketika mereka balik dari bercuti dahulu.
“Yang kau kenapa kusut sangat ni??”
Ilham memejamkan matanya perlahan. Tubuhnya disandarkan. “Dia dah tak berperasan Kal.. aku tak sangka” Hatinya kesal melihat kedinginan Ariana.
“Tak berperasaan.. maksud kau?”
“Hatinya beku.. aku kesal tengok dia macam tu”
“Entah lah.. aku tak tahu nak kata apa. Kau betul betul cintakan dia ker? Kau lepaskanje dia..”
“Kau gila apa Kal? Setelah apa yang terjadi antara kita orang.. berbaloi ke.. lagipun aku cinta kan dia.”
“Hati dia macam mana?? Lagipun dia isteri Zairil abang kau. Kalau betul dia bahagia dengan Zairil.. tergamak kau hancurkan kebahagiaan dia?” Haikal memberi nasihat pula. Serasanya tidak ada salah Ilham berkorban untuk Ariana jikalau benar cintanya buat gadis itu betul betul tulus.
“Ini masalah perasaan Kal. Bukan boleh ditolak ketepi macam tu je, kalau betul dia bahagia aku pun rela hati lepaskan dia. Masalahnya sekarang betul ke dia cintakan Zairil. Mata aku tak buta untuk lihat betapa hancurnya hidup dia bila aku pergi. Sama hancurnya hidup aku bila terpaksa tinggalkan dia”
“Layanan dia pada kau macam mana?”
“Huh.. beku bisu sepi. Macam orang yang takder perasaan..” Ilham merungut kecil. Bayang Ariana yang beriak tenang tadi bagai terlihat dimatanya.
Haikal mengerutkan dahinya. Bagai orang yang takder perasaan? Serasanya tadi dia sempat melihat Ariana menyapu sesuatu dimukanya. Air mata barangkali.
“Apa yang dia cakap pada engkau tadi?”
“Hormati dia sebab dia kakak ipar aku”
Haikal menganguk pula tanda mengerti. “Gerakan badan dia tak seiring dengan kata kata dia. Aku rasa dia masih cintakan kau” Dia memberitahu pula. Mungkin hati Ariana tersentap apabila menuturkan kata kata sebegitu. Dan pastilah kata kata yang diluahkannya itu sebenarnya turut memakan dirinya. Jikalau tidak mengapa pula Ariana harus menangis?

6 comments:

miz ruha said...

ala,,,
jgn la ambil ari dri zairil,,,
nk ari ngan zairil,,,
huhuhuhu,,,

pe2 pn,,,
nk lg,,,

itu_aku +_^ said...

ahahahha
pape pun xnk ilham ngan fea
nk zaril gak!

keSENGALan teserlah.. said...

nak ril jugak untuk fea..!
hohohoh..

epy elina said...

hohoho...
alallhhh...
napa ari ni...
klu x cntkan ilham napa mngis...
napa x try cntai zairil...

fard_kay said...

susah2 macam ni
hati dan perasaan bukan senang nak buang jauh2...

ikatan yang terpateri lagi merumitkan keadaan

Anonymous said...

aril & ary 4 ever....
xnak ilham, nak aril...
sian aril x tau hal sebenar