Saturday, October 2, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 65

Airmata Shireen menitis. Sungguh dia tidak menyangka begini akhirnya. Tangan doctor dihadapannya masih dipegang kejap. “Macam mana keadaan mereka semua doctor ?”
“Cik Ariana Cuma cedera ringan, Encik Zairil berada dalam keadaan stabil, Cuma kaki dan tangannya retak. Kami akan pindahkan mereka berdua ke ke wad biasa” Doctor yang bernama Ahmad itu menerangkan.
“Abang Ilham..”
“Err.. dia” Suaranya teragak agak
“Kenapa? kenapa dengan Ilham doctor” Ariana bertanya sebaik keluar dari bilik rawatan. Kepalanya yang sakit tidak dihiraukan. Dia benar benar ingin tahu keadaan Ilham.
“Encik Ilham.. masih tidak sedarkan diri!!”
“Kenapa? kenapa abang masih tak sedar doctor?” Shireen bertanya lagi. Air matanya diseka.
“Maaf.. dia berada dalam keadaan kritikal kerana kecederaan teruk dikepala. Sekarang ni Encik Ilham masih berada di unit icu. Kami harap Cik berdua dapat bersabar” Dia menenangkan.
Tak!!tak mungkin. Kepala Ariana tergeleng. Tidak mahu percaya. Air matanya menitis laju.. Abang.. tak mungkin kan..
Shireen menatap Ariana yang sedang duduk sambil menangis itu. Kasihan dia melihatnya tetapi lagi kasihan abangnya. Rasa kasihannya tiba tiba terasa hilang. Bukankah Ariana penyebab abangnya itu menjadi begitu?? “Kau.. semua ni gara gara kau”
Ariana terpaku. Wajah Shireen dilihat. Apa maksud Shireen apabila mengatakannya begitu?
“Kau.. pasti sebab kau abang jadi macam tu. kenapa Ariana? Kenapa? kenapa kau buat abang macam tu? Dulu aku biarkan kau memilih. Bila kau pilih Zairil aku biarkan biarpun aku tahu Abang ngah menderita. Bertahun dia tunggu kau.. dan aku ada kat situ. Aku tahu perasaan dia, aku sayangkan abang ngah aku sayangkan abang long, dan aku sayangkan kau Ariana sebab aku tahu abang sayangkan kau. Tapi kenapa kau buat macam tu?”
Ariana mengeleng kepalanya. Dia ingin menyatakan sesuatu. Namun tidak terluah dibibirnya.
“Kau jangan ganggu abang ngah lagi..”
“Kenapa?” Bibirnya bergetaran.
“Kau balik la pada Abang long. Kau jaga dia. Kau jangan ganggu abang ngah. Aku tak rela abang ngah disakiti. Pergi.. pergi jauh dari sini” Rayunya sambil teresak.
“Tapi saya sayangkan Ilham.. Ilham perlukan saya.” Dia bersuara lagi.
Shireen mengeleng. “Kau sayangkan Abang ngah. Tapi kau tetap isteri abang long. Kehadiran kau Cuma akan melukakan hati dia” Shireen melurut di kaki Ariana. “Aku mohon.. jangan.. jangan sakiti abang ngah lagi. Kau pergi la.. pergi pada Abang long” Dia merayu.
Ariana menjauh. Dia bukan malaikat yang perlu Shireen merayu begitu. Lagipula tegarkah dia meninggalkan Ilham. Ariana mengeleng tidak mahu.
“Reen rayu.. kalau Kak Ary sayangkan abang ngah. Kak Ary pergi jauh.. cukuplah.” Suaranya sudah kembali sebak. Tidak lagi kasar seperti tadi.
Ariana menutup matanya. Tidak percaya. Untuk melihat Shireen terusan merayu begitu dia tidak mampu. Dalam keterpaksaan dia menganguk. Dia melangkah menjauh namun terhenti sebaik melihat ada doctor yang menyapa Shireen. Dia mahu mendengar. Mahu tahu keadaan Ilham.
“Macam mana doctor?”
“Maaf.. Encik Ilham koma!!”
Ariana terjelepok dilantai. Tidak! Tidak mungkin!
“Tapi keadaan dia sudah stabil, kami akan pindahkan dia ke unit jagaan rapi” Ujar doctor Ahmad seraya berlalu.
Abang.. Ariana memejamkan matanya. Dia menangis tersedu di lantai. Ya semua ini pasti gara garanya. Jikalau bukan Ilham yang menyelamatkan dia pasti dia sudah tidak bernyawa di muka bumi ini. Dia masih mengingati kedudukan kereta mereka. Treller yang berada dihadapan mereka berdua membuatkan dia menjerit nyaring. Sebaik mendengar suaranya Ilham terus menyerongkan pemanduan. Dan.. dan.. sepatutnya mereka berdua yang berlanggar dengan kepala treller tapi disebabkan Ilham menyerong kenderaan hanya belah pemandu yang berlanggar dengan sipi kepala treller itu. Itupun mereka bernasib baik kerana treller itu sudahpun mengelak dari bertembung dengan mereka menyebabkan kereta yang dipandu Ilham terbabas ke penghadang jalan. Air matanya menitis.. Ilham!!
“Abang cintakan Fea”
Itu! Itu jeritan terakhir yang didengari dari Ilham seiring dngan kereta mereka yang berlanggar. Selapas itu kereta Zairil turut sama terbabas demi mengelak turut berlanggar dengan mereka. Aah.. abang disaat genting begini pun abang masih ingatkan Fea, tapi Fea.. Fea .. Akhirnya dia tersedu lagi. Sudah tidak mampu memikirkan apa apa lagi.
“Ya ALLAH.. Ariana bangun” Amyra memekik apabila melihat Ariana yang sudah tersedu disitu.
“Myra” Ariana yang melihat tubuh Amyra mara kearahnya terus memaut bahu temannya.
“Syh.. sabarla..” Amyra memujuk.
“Ilham macam mana?” Haikal bertanya pula.
Ariana menangis tersedu. “Ilham.. Ilham koma”
Ya ALLAH! Haikal terduduk. Untung saja dia berdiri berhampiran dengan kerusi jikalau tidak pasti dia turut terjelepok di lantai bersama Amyra dan Ariana.

Ariana memandang langit lama. Itu jugalah yang dilakukan berhari hari ini. Langsung tidak dihiraukan makan dan minum. Aktiviti sehariannya hanyalah melihat langit. Tidak cukup dengan siang hari dia menatap bintang pula di setiap malam.
Air mata yang mengalir dipipi hanya dibiarkan. Dia sudah tidak larat menyeka air mata itu lagi kerana dia tahu selepas ini pasti akan ada lagi air yang mengalir dipipinya. Dia benar benar sudah tidak larat. Biarkan sahaja. Biarkan air itu kering sendiri.
Rindu. Dia sebenarnya rindu dan terlalu teringin menatap wajah Ilham tapi rayuan dari Shireen membuatkan langkahnya kaku. Ada ketikanya dia mencuba juga. Cuba menyusup masuk ke bilik rawatan yang menempatkan Ilham. Tapi entahlah mungkin Tuhan tidak mengizinkan lantaran itu dia sememangnya tidak pernah berjaya berjumpa Ilham.
YA ALLAH peritnya hati menahan rindu. Apakah Ilham juga merinduinya. Dia tersenyum hambar. Tidak mungkin Ilham merinduinya kerana lelaki itu sudah berminggu minggu tidak sedarkan diri. Masih juga koma. Ahh.. Tuhan mengapa bukan dia saja yang berada di tempat Ilham.
“Ariana.. sudah lah tu” Amyra bersuara memujuk. Ariana dilihatnya hanya menangis sedari tadi. Dia sendiri sudah buntu untuk berbuat apa. Jauh disudut hati dia tahu hanya Ilham yang mampu menghentikan tangisan itu. Masalahnya sekarang lelaki itu masih tidak sedarkan diri. Masih juga lena.
“Saya rindukan dia Myra. Saya nak jumpa dia” Ariana merayu buat kesekaliannya biarpun bukan pada Amyra sebenarnya patut dia merayu.
“Saya tahu, jom awak ikut saya kita pergi tengok dia”Amyra mengajak pula. Selama ini pun bukan dia tidak pernah mengajak cuma Ariana yang tidak mahu mengikutnya melawat Ilham.
“Saya tak boleh pergi, Reen tak bagi saya jumpa dia” Dia merintih. Sayu.
“Awak tak payahla ikut kata dia, jom ikut saya kita pergi”
Ariana mengeleng lagi. Seperti kata Shireen kedatangannya pasti akan menyakiti Ilham kerana biar apa pun yang terjadi dia masih isteri Zairil. Tidak akan berubah.
“Kalau macam tu awak ikut saya pergi jumpa Zairil. Dia nak sangat jumpa awak” Ujarnya pula. Keadaan zairil sudah semakin stabil. Biarpun marah namun kakinya tetap juga melangkah masuk ke wad untuk melawat Zairil. Apatah lagi Zairil juga merupakan lecturernya dahulu. Hiba pula dia melihat Zairil yang berterusan merayu untuk berjumpa dengan Ariana. Seperti Ilham, Ariana juga tidak pernah memunculkan wajahnya di hadapan Zairil. Hanya menangis di dalam bilik nya di apartmentnya. Hanya itu.
Ariana mengeleng perlahan. Dia benar benar sudah tidak mahu berfikir apa apa lagi. Tekadnya selagi Ilham koma dia tidak akan kemana mana. Biarkan saja dia meratap sendiri.
“Sampai bila Ariana? Sampai bila awak nak macam ni?” Amyra bertanya lirih.
Ariana memejamkan matanya. Melihat Haikal yang masuk kebiliknya dengan wajah yang berseri membuatkan dia bertanda tanya.
“Ilham dah sedar!!”
Ariana menekup mulutnya. Air matanya menitis lagi. Syukurlah!!

Zairil memeluk tubuh Ariana erat. Dia benar benar berasa kesal. Dalam pada masa yang sama dia takut kehilangan Ariana setelah apa yang dilakukan. Reaksi Ariana yang hanya membeku hanya dibiarkan. “Maafkan abang. Abang cintakan Ary. Terlalu cintakan Ary”
Ariana hanya berdiam diri. Tidak mahu berkata apa apa . Hari ini pun dia memunculkan diri setelah mengetahui Ilham sudah sedar dari komanya. Tekadnya hari itu dia tidak akan menggangu Ilham lagi. Benar kata Shireen biar apapun yang terjadi dia masih juga isteri Zairil kakak Ipar Ilham biarpun cinta mereka utuh. Biarlah. Biar dia kembali pada Zairil.
“Ary maafkan abang ya? Ary takkan tinggalkan abang kan?” Zairil bertanya pula. Tangan Ariana digengam erat. “Abang cintakan Ary. Abang takkan mampu hidup tanpa Ary..” Dia merintih lagi.
Air mata Ariana menitis. Jikalau begitu apa lagi yang mampu dia katakan. Wajah Zairil ditatap. “Awak takkan pukul saya lagi? Awak takkan hina saya lagi?”
“Maafkan abang. Abang khilaf. Ary takkan tinggalkan abang kan?” Tangan itu digengam semakin erat.
Dalam rela Ariana menganguk. Biarkan. Biarkan dia terus bersama Zairil. Ilham? Ilham pasti akan bahagia tanpanya.

Zairil masih setia juga memegang tangan Ariana. Dia tidak mahu Ariana pergi jauh darinya. Hati isterinya itu akan dijaga. Itu tekadnya.
“Ary dah makan” Dia bertanya pula.
Ariana mengeleng perlahan. Dia tidak punya selera. Lagi pula dia datang kehospital ini Cuma untuk melihat suaminya itu. Zairil dilihatnya semakin sembuh Cuma masih tetap menginap di hospital memandangkan pihak hospital mahu keretakan di tangan dan kaki Zairil pulih sebelum lelaki itu keluar.
“Nanti Ary sakit. Dah seminggu Ary teman Abang tapi sekali pun abang tak pernah Nampak Ary makan.” Zairil bertanya pula.
Ariana hanya tersenyum. “Awak yang sakit bukan saya” ujarnya perlahan. Sudah seminggu? Ini bermakna sudah seminggu juga Ilham sedar. Ya ALLAH redhai kami semua. Ujarnya. Mengharapkan semua ini sudah selesai.
“Ary tak lawat Ilham” Zairil mengerutkan keningnya.
Ariana tersenyum. “Tak payahlah. Saya isteri awak, bukan isteri dia” ujarnya selamba. Cuba menahan hati.
“Maaf. Sebab abang Ary dan Ilham berpisah. Sebab abang, Ilham koma. Abang betul betul minta maaf”
Ariana melepaskan nafasnya perlahan “Sudah lah.. benda dah berlalu. Saya dah redha..”
“Ary tak nak kembali pada Ilham” Ujarnya bertanya.
Ariana mengetap bibirnya. Tangan Zairil dipegang. “Saya dah pilih awak. Saya isteri awak, dan saya akan kekal bersama awak”
Zairil memandang wajah isterinya itu. Benar benar tuluskah kata kata itu??

Ariana mengemas barang barang Zairil lalu dimasukkan kedalam beg lelaki itu. Hari ini Zairil sudah dibenarkan pulang. Wajah girang suaminya itu hanya ditatap perlahan. Melihatkan Shireen yang masuk lewat melalui pandangan matanya dia hanya berdiam diri.
“Abang long dah sihat?” Shireen bertanya pula. Wajah abangnya yang tenang dilihat. Pasti gembira kerana Ariana sudah kembali kepadanya.
“Abang sihat. Reen?” Zairil bertanya kembali. Adiknya itu tidak pernah culas dalam melawatnya biarpun ada sendu di muka itu.
Shireen tersenyum Cuma. “Abang dah boleh keluar wad ya?” dia bertanya lagi. Ariana yang dilihat sedang mengemas barang membelakanginya hanya dipandang sepi. Salah diakah kerana menghalang Ariana berjumpa abang ngah??
“Ermm.. err.. angah?” Zairil bertanya pula. Biar marah dan berdendan dengan adiknya itu. Perasaan kasih seorang abang tetap ada. Apatah lagi dia yang menyebabkan Ilham koma. Dia tahu adiknya itu mencintai Ariana. Tapi entah lah. Hatinya benar benar tidak mahu melepaskan Ariana. Kerana dia juga mencintai Ariana.
“Abang ngah pun dah ok..lusa dia boleh keluar” Shireen memberitahu pula. Wajah abangnya dipandang lagi. “Abang tak bencikan Abang ngah kan? kita bertiga adik beradik kan?”
Zairil berdiam diri lama. Rambut adiknya diusap perlahan.
Shireen yang merasa sentuhan abangnya itu terasa sebak. Sudah bertahun abangnya itu tidak melakukan begitu. Jadi benarlah kata katanya. Sekurang kurangnya salah satu dari abangnya bahagia. Abang ngah? Biarkan masa mengubati luka abangnya itu. Dan dia akan menolong untuk menyembuhkan luka itu dengan membawa Ilham jauh dari sini. Jauh dari bumi Malaysia.
“Abang tak bencikan angah..” Ujarnya pula. Dia menganguk apabila Shireen tunak memandangnya. Dia ingin menyakinkan. Air yang dicincang takkan putus.
“Thank you abang..” Tubuh zairil dipeluk. “Maafkan Reen.. Reen sayangkan abang..”
“Abang sayangkan Reen. Abang sayangkan angah” Ujar Zairil pula.
“Reen.. Reen.. Reen dengan abang ngah akan berangkat ke uk dalam masa beberapa hari ni..” Ujarnya perlahan. Dia harus membawa abangnya pergi jauh dari sini. Dia mahu abangnya itu melupakan segala galanya yang berlaku di bumi Malaysia.
Tanpa sedar air mata Ariana menitis. Abang.. akhirnya abang pergi juga.. pergilah abang pergi….

14 comments:

Unknown said...

alahai...apa nk jadi ni..
knp hambar je citer?
ke sebab sy obses nk ariana dgn aril
sampai xleh nk terima perasaan dia kat ilham...
apapun x sabar nk tau ending..
malaas nk teka-teki lg

hana_aniz said...

sokong fard_kay

Anonymous said...

klau bley nk ary ngn ilham....
hehehe...
peace.....=)

Strawberi Comei said...

mmm...cter nie dh mkin sedih..
tp still nk ari ngn aril..:)
semoga ilham dpt bertemu jodoh dgn
lebih baik..n redhakanlh hbgn ari ngn aril..

p/s~4 aril,jgalah ari baek2 yea..

Strawberi Comei said...

mmm...cter nie dh mkin sedih..
tp still nk ari ngn aril..:)
semoga ilham dpt bertemu jodoh dgn
lebih baik..n redhakanlh hbgn ari ngn aril..

p/s~4 aril,jgalah ari baek2 yea..

anajoe said...

sedihnya,,kesian gila ilham...
tpaksa bkorban.

Nur Faizah said...

yeaaaahhhh :D
ary n aril dah ok cikit :)
lpas nie bagila diorg kebahagiaan :)
bagus sesangat la yg ilham tu balik uk.. biar die cari gf die kat sane..
jgn la die gnggu ary n aril balik :)
n aril!! tolong jga ary baik2 tau3!!
ary!! tolong buang perasaan awak kat ilham k :) mencintai aril seorg k :)

sakura said...

minta2 nisha gedik 2 x ganggu dah aril...
amin...

peminat setia AITC said...

Citer ni dah jadi berbelit-belit.. pandai Fara buat citer ni jadi tanda tanya kat pembaca..

Ada yang nak Ari dengan Aril, dan ada juga yang nak Sofea dengan Ilham...

Andai Ary bersama Aril... kesian Nisha dan Ilham yang terpaksa mengorbankan cinta pertama...
Andainya Sofea bersama Ilham... runtuhlah sebuah masjid yang telah didirikan...

Jadi, apa kesudahannya? Tak sabar nak tunggu... cepatkan publish endingnya...

Anonymous said...

Ary, Aril n Ilham...kesian dgn cinta mereka bertiga n kebahagian dan kedukaan di hati mereka bertiga sukar untuk di gambarkan...
TAHNIAH kepada penulis pandai memainkan watak dan perasaan...

Anonymous said...

Aiyooo..story macam never ending. Pfft!

nursya said...

cedeynyer...
cian kat ilham...
tp nk wat camner...
ari tetap hak aril...
huk huk huk...

imannuraisha said...

ermmmm...lmbt lg ke nk abes ni???
tak sbr nk tau ape ending nye....

Anonymous said...

BET365 Link Alternatives - How to create and use bet365
bet365 has a fantastic range rb88 of betting markets in India, the European and dafabet link the USA. This has enabled them to become the best bet365 vua nhà cái betting site