Monday, October 11, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 68 (Last episode)

Ariana berlari laju. Lebih laju dari dahulu. Dia tidak mahu Ilham berlepas ke bumi Uk meninggalkan dia sendirian di bumi Malaysia ini. Sekalipun Dia dan Ilham tidak ditakdirkan untuk bersama dia tetap mahu menatap wajah itu.

Ya ALLAH berikan aku kesempatan itu. Hatinya merayu lagi. Tubuh tubuh yang dilangarnya hanya dibiarkan. Dia tidak mahu menghiraukan. Dia hanya mahu berjumpa Ilham. Hanya itu. Disaat melihat Haikal dan Amyra yang berada dihadapannya dia terus sahaja menerpa laju.

“Mana.. mana Ilham..??”

Amyra hanya mendiamkan diri. Tidak tahu mahu berkata apa.

“Cakap pada saya Ilham mana” Air matanya diseka.

“Dia dah masuk balai”

Ariana tergadah. Kepalanya digelengkan perlahan.. tak mungkin. Tak mungkin Ilham pergi. Dia berlari lagi. Hati mereka sama dia yakin Ilham pasti dapat merasa kehadirannya. Tidak dihiraukan pangilan Amyra yang menyuruhnya berhenti. Dia berlari lagi..

“Encik dan cik boleh masuk sekarang” Tiket itu dihulurkan kembali kepada mereka berdua. Ilham menatap wajah adiknya. Langkahnya terasa kaku.
Shireen turut memandang abangnya. Lalu dia menganguk perlahan. Meyakinkan. Sebaik melihat angukan itu Ilham membuka langkah.

Ariana berpaling lagi. Sekitar balai berlepas dilihat lama. Abang.. abang dah pergi ke? Hatinya merintih sayu. Matanya bersinar sebaik melihat Ilham yang berada jauh dihadapannya. Benar benar di pintu balai berlepas. Langkahnya kaku. Bagaimana harus dia mengejar Ilham sedangkan lelaki itu sudahpun masuk kesitu. Kepalanya tergeleng perlahan. Dia terduduk disitu.

Apa benar.. jodoh kita sememangnya tidak ada?? Hatinya sebak. Disaat dia masih kekal menjadi isteri Zairil lelaki itu masih ada bersamanya. Disaat dia lemah lelaki itu masih ada bersamanya. Disaat tubuh itu ditolak supaya menjauh darinya lelaki itu tetap ada. Tidak pernah walau sekali meninggalkannya. Terus terusan menyakinkan bahawa lelaki itu akan terus bersamanya. Tidak akan pernah
meninggalkannya. Lalu kini? Disaat dia mengharapkan lelaki itu. Mengapa gerak langkah lelaki itu sudah menjauh.

Matanya dipejamkan. Dulu dia akui dia tekad dia akan berterusan bersama Zairil kerana yakin cintanya pada Ilham akan pudar selari dengan masa. Namun sebaik hatinya dilukai oleh Zairil, Ilham memberitahu bahawa mereka berdua sememangnya ditakdirkan untuk bersama. Menyuruh dia menghentikan niatnya untuk terus terusan berkorban kepada Zairil demi membalas pengorbanan yang sudah dilakukan Zairil dahulu. Dengan secebis harapan dia kembali pada Ilham. Tapi.. tapi kemalangan itu memisahkan mereka sekali lagi. Atas desakan orang ketiga dia terpaksa menjauh. Akhirnya dia kembali kepada Zairil. Dalam rela dia akhirnya pasrah bahawa jodoh mereka sememangnya tidak pernah tertulis di Lut Mahfuz. Tetapi kini disaat ikatan sudah terlerai. Apakah jodoh mereka masih tidak ada?

“Abanggggg” Suaranya nyaring. Berharap Ilham mampu mendengarnya biarpun hanya untuk kali terakhir.

Langkah Ilham terpaku. Dia seakan dapat mendengar sesuatu. Wajah adiknya dipandang pula.

“Kak Ary tak mungkin datang abang.. tak mungkin”

Ilham menganguk lemah.

“Kalau abang sayangkan Fea.. abang jangan pergi.. tolong” Ariana menjerit lagi. Dia kini sudah pun berlari kembali . Benar benar berdiri berdekatan dengan pintu balai berlepas.

Ilham berpaling. Namun dia masih juga kaku disitu..

Ariana tersenyum dalam tangisan. “Abang jangan pergi.. Abang jangan pergi..”
“Sofea” Ilham menyebut perlahan.

“Fea cintakan abang.. terlalu cintakan abang..… jangan pergi” Melihat Ilham yang mara dia turut berlari. Tubuh itu dipeluk erat. “Abang jangan pergi.. abang jangan
tinggalkan Fea.. jangan”

Shireen tersenyum. Akhirnya.. Air matanya menitis laju disaat kedua tubuh itu saling bertatapan. Akhirnya bahagia milik mereka. Terima kasih ya ALLAH.

Air mata Zairil menitis. Melihat Ariana berada di dalam pelukan Ilham dia berpaling. Mahu memulakan langkah. Biarlah.. biar kisah mereka berakhir disini. Bukankah dia yang merelakannya tadi?

*****************************

Ariana berdiri menegak. “Apa awak buat kat sini” Dia bertanya sebaik Zairil menghampirinya. Binggung. Bukankah tadi Zairil sudah menuju ke klia untuk menghantar kedua adiknya itu. Lalu mengapa pula lelaki itu ada disini? Pada saat
ini?

Zairil mendekat. Batang tubuh yang menangis itu dihampiri. Tadi dia sememangnya sudah dalam perjalanan ke klia namun entah mengapa dia terasa ingin kembali pulang kerumah mereka. Dia sudah nekad dia ingin melakukan sesuatu. Buat kali terakhir.

“Pergilah Ary.. pergi halang Ilham dari pergi..” Ujarnya perlahan. Ya dia sudah membuat keputusan. Keputusan yang pasti akan membahagiakan mereka semua biarpun
hatinya luka parah.

“Apa maksud awak?” Bibir Ariana bergetaran. Tidak memahami maksud kata kata Zairil itu. Tidak semena mena dia disuruh menghalang Ilham dari pergi. Tidak!! Cukuplah.. Dia tidak mahu lagi terus terusan melihat Ilham berada dihadapan matanya. Apatah lagi menghalang lelaki itu dari pergi menjauh.

“Cinta Ilham dan Ariana terlalu utuh untuk abang rungkaikan.”

“Saya tak faham, apa maksud awak?” Dia bertanya lagi. Dia benar benar tidak memahami. Sebaik melihat sekali lagi pintu dikuak dan wajah Nisha terjengul di muka pintu hatinya bertambah binggung.

“ Nisha.. Zairil. Apa ni?”

Zairil masih diam membeku. Cuba mencari kekuatan sebelum meluahkan kata kata. Dia mesti benar benar bersedia.

“Zairil apa ni?”

“Nisha.. apa awak buat kat sini?” Tubuh Nisha dihampiri pula.

“Ary”

Ariana berpaling sebaik mendengar namanya dipanggil Zairil. Matanya tunak melihat wajah itu.

“Bersaksikan Nisha.. Abang ceraikan Ary dengan talak satu!”

Ariana tergadah. Permainan apa yang dicipta lelaki itu. Dia diceraikan setelah dia memilih untuk kekal menjadi isteri lelaki itu. Ya ALLAH.

“Pergilah Ary.. pergi kejar Ilham selagi Ary punya masa. Cinta kalian membuatkan abang sedar. Tidak ada sesiapa yang akan bahagia jikalau kita berterusan begini. Pergilah Ary!! Pergi!!”

37 comments:

Strawberi Comei said...

hahhh...npe jdi cmnie???
xtau nk kate ape..
sgt sedih...
pape pon xsabar nk tgu next n3..
saya harap n3 nie mmpi belaka...

p/s~sgt sedih ngn n3 nie..
npe zairil mengalah...huhuhu

Anonymous said...

suka2..kesian kat zairil..
tp cinta ilham n ariana terlalu sukar utk dipisahkan..biarkanlah mereka bahagia..

lemonade said...

bagus,, suke tindakan ary.. =)

imannuraisha said...

i like this...
sgt terharu....
mmg cinta dia org tak bleh dipisahkan...
aril kn ade nisha....
biarla ary ngn ilham bhgie sbb dah lme sgt diaorg mnderita....
love this.....=)

Anonymous said...

akhirnya...warghhh!!! hatiku puas huhu:)biarlah impian d realiti menjadi kenyataan d sini..a million thx to writer..

-wanie-

Nur Faizah said...

huhuhuhu..
xske ary ngn ilham :((
hguhuhuhu..
nak ary ngn aril :((

Anonymous said...

x suka macam nie...

keSENGALan teserlah.. said...

oh may godness,,!
tataw nk ckp pe..
speechles..
tekaku.
terkedu,terkujat semua ade..

but zairil,kau sgt..urrmm let say mulia kot,sanggup undur demi orang2 yg kau syg.

aaaaaaaaaa..
nak nanges lahh..

mesty hard untuk dorang nnty.
kekasih or maybe isteri adik bekas isteri abg.
better aril mati je macam ni..
huhu.

epy elina said...

wah....
bnyk kjutan dlm crta ni...
ni bkti cnta sjati...
brlah zairil mngalah...
klu dia sygkn ary...
mst dia nak ary bhgia...

Anonymous said...

sedihnyer huhuhuu..sian arilllll......x best r...huhuu..frust r....

nina falina said...

akhirnya, Zairil lepaskan Ary... gembiranya... nk sgt Ary dgn Ilham... mrk bdua sama2 menderita... biarlah mereka pula berbahagia..

Anonymous said...

N3 paling sedih skali...cian sgt kat aril..hope semua nie mimpi je..
aril & ary 4 ever, they deserve 2 b 2gether..

sinichies_girl88 said...

semoga ar sempat jumpa ngn ilham...
semoga bahagia ada bersama mereka...
zairil biarla ngan nisya semula...
uhuhhu
:(

DARLENECONFESSION said...

sgtttt sedih naknya dgn theme song dia ni.... xboleh terima hakikat aril lepaskan ary... ksian aril... ni klu cerita india, sure cinema dah kena bakar... yg penting N3 kalinya buat rasa nak nangis n terharu dgn ary..

Anonymous said...

x suke x suke nape ler gini akhirnyer.....

Bezz said...

wt je cm ni..on da way balik dr airport tu,they oll die in a car xcident...sad ending,but kinda worth it ^_^

Nur Farah said...

you alsss...

thanks for da comment..
wah!! ada yang menangis ker.. hahaha.. kalo baca waktu pagi2.. time sepi ni harus ada yang meraung kan..heee..

btw i tengok ada yang tak suka ada yang suka.. heee.. yang suka.. bagus bagus.. coz i also love ilham and Ary.. hahaha.. ilham memang watak utama cerita ni..

tema cerita saya actually..
nak mengatakan..

biar sebaik mana lelaki yang datang after orang y kita cintai..
biar sekuat mana kita cuba nafikan perasaan yang sebenar..
biar serumit mana percaturan cinta yang kita aturkan hanya kerana cinta yang pada mulanya tidak kesampaian..

but at last.. "cinta" tu datang balik..
bcoz janji tuhan..
andai betul dia jodoh kita..
biar macam mana pun..
at last still sama sama..

btw saya bukan nak mendajalkan watak zairil..

saya cuba untuk pertahankan kebaikan dia..
tapi satu saat saya rasa..
macam mana saya nak endingkan ary n ilham kalo zairil terlalu baik..
imposible..

tapi demi nak capai tema cerita ni..
i terpaksa jahatkan dia..
in reality pun..
1-lelaki takkan mampu bersabar if kesabarannya diuji(like y ary buat)
2- dayus lelaki yang simpan wife bila dia tahu wife dia takkan bahagia ngan dia..

chewah..
tak caya tanyala semua lelaki.. imposible!! lagi pun u all kata zairil baik.. biarla dia berkorban.. hehehe...

ouh.. ada juga yang nak bakar panggung nampaknya (dalam hati ucap syukur nasib baik kat malaysia).. hehehe...

sory guys coz ada y i tak dapat nak penuhi jalan citer yang korang mahu..

insyaallah zairil and Nisha akan bahagia jua.. hohohoh0 (macam la mereka tu wujud) :p

btw ni last episode yer coz atas tu ada y komen yang berharap ini semua mimpi.. ouh tidak.. bukan mimpi.. its reality.. heeee..

btw ada satu entry lagi but itu epilog jerk..

ok itu saja!!! .. daa~~~

Unknown said...

slm cik fara,
mmg sy x stuju dgn ending dia...
menyampah betul (kata-kata peminat fanatik zairil)

tapi sy suka la penjelasan awk tu...
ok la, boleh diterima
buat sy fikir la jgk...

papun bnyk rasa time baca citer ni
teruskan berkerya cik fara
suka sy baca

Anonymous said...

TAK SUKA ENDING CAMNI!!!!!!!

Anonymous said...

sian kat zairil,,xsuke ary ngan ilham..pentingkn dri..hehe

saadiah~~ said...

tp kalo bole syer ttp nk ary n aril..
mmg laaa ilham n ary byk menderita, tp aril pon samer gak
cian ok kat aril..huhuhuhu..

tp kalo dh writer nk wat ary n ilham gak, redha je laaa..hihihi..

cik.kaki novel said...

Jalan cerita menarik
Phase yang berkesan dengan rentak yang berbeza

Ending yang boleh tahan superb!
Sayangnya terlalu mempertahankan cinta pertama... umpama dongengan dalam dunia realiti
Mudahnya sang suami melafazkan talak dan melihat rumah tangganya hancur berderai
Tegarnya hati seorang isteri... tak terlihatkah pengorbanan si suami?

Setuju dengan penulis: Kalau dah jodoh, memang tak ke mana kan?
Tapi cinta pertama tak semestinya cinta sejati...
Walau apa pun, tahniah untuk penulis kerana berjaya menghasilkan cerita ni...

ps: Zaril tetap hero di hati hahaha

Anonymous said...

rmai yg tak ske ending mcm ni sbb zairil tu baik or yg pegang watak zairil tu lee min ho yg bleh diktekan kacak uh???
plik sngguh...
just bygkan klau kite kt tmpt ary...
snggup ke kite idup ngn laki yg kite tak cinta??
mmgla cinta tu bleh dipupuk tp klau suami tu adk bradk ngn org yg kite cnta,cmne plak?
pndg mke dy,teringat kt ex kite...
klau kite mmpu jd tabah n kuat cm ary,tkpela...
klau kite tak mmpu,cmne??
nty ade plak kes nk bnuh diri la,ape la...mgkn ade yg smpai jd tak siuman...
so,fikir-fikir n renungkanlah...

Ainna Jalil said...

wanna invite u to join up this contest
CONTEST I LOVE ICT!!!
come come :)

Unknown said...

huhuhu,,,,
sgt sedey,,,
T_T....

nursya said...

hahaha...
da agak da akhirnya ilham ngn ary gak..
sbb epi yg lps tu da ader aura2 yg ilham ngn ary...
so kira hapi ending la nie wlwpn ary bkn ngn aril...
hihihi....

good job writer....

Strawberi Comei said...

cik fara...
saya terime penjelasan anda..huhuhu..
walaupun rase sedih n nk menangis pon ade..
pape pon aril still dihati saya..

p/s~aril semoga awk bahagia...hehehe..luv u laaa...

Ilham_Sofea said...

Yes!Yes!Yes!
Akhirnya Ilham dengan Sofea juga..

Tahniahlah pada Fara sebab buat novel yang sukar utk dijangka pengakhirannya...

In future, ada enovel baru tak?

Nur Farah said...

ilham_sofea

hee.. awak memmang fanatik ilham and sofea kan.. saya suke.. =p

enovel terbaru??
entahlah..

saya tengok ramai yang "hangat" ngan ending AITC buat saya takut lak nak conty menulis..
karang nanti ada yang buat "i hate fara coz pisahkan Aril and Ary" kat face book..
mampus i...
hahahha..(dramatik sungguh)
kuat jugak penangan Tengku Zairil ni.. huhuhuhu...

btw i memang akan terus menulis ..
just tak tahu sama ada nak conti menulis dalam blog ni atau tak..itu jer..

apa apa pun tq for da support..
:-)

Nur Farah said...

wanie

terima kasih juga sebab suka pada ending dia.. heee...

btw dari reaksi awak..
saya rasa macam betul2 sedih jugak kan.. bila cinta yang relate adik beradik ni..
huru hara hidup.. heee..

saya y menulis pun confius gak nak pilih antara dua beradik ni..

tapi da kata cinta.. in reality tak dapat..
so kita jadikan dia betul dalam fantasi..

betul tak... ;-)

Nur Farah said...

Fard kay/ Nur faizah and other

sorry2..
heee.. u all ni memang fanatik pada zairil kan.. hahaha..

i lak yang serba salah.. sebab tak dapat nak penuhi apa yang u all nak tu.. heee...

tapi itulah endingnya.. huhuhu... no worries Zairil bahagia jerk k.. hahahah.. ayat penyedap hati eventhought tahu u all ngah marah ngan cik writernya.. :p

Nur Farah said...

cik ANONYMOUS Kata

rmai yg tak ske ending mcm ni sbb zairil tu baik or yg pegang watak zairil tu lee min ho yg bleh diktekan kacak uh???
plik sngguh...
just bygkan klau kite kt tmpt ary...
snggup ke kite idup ngn laki yg kite tak cinta??
mmgla cinta tu bleh dipupuk tp klau suami tu adk bradk ngn org yg kite cnta,cmne plak?
pndg mke dy,teringat kt ex kite...
klau kite mmpu jd tabah n kuat cm ary,tkpela...
klau kite tak mmpu,cmne??
nty ade plak kes nk bnuh diri la,ape la...mgkn ade yg smpai jd tak siuman...
so,fikir-fikir n renungkanlah...

.................

Fara says:

betul betul kata awak.. memangla ramai yang cakap.. mudahnya meruntuhkan sebuah rumah tangga!!

tapi bukan itu maksud saya..

bukan juga nak jadi hamba cinta..

bukan juga nak belakangkan agama dengan mengangungkan cinta..

tapi in fact,.
reality.. suami terlalu mudah lafazkan talak...

btw mereka berpisah bukanla sebab saya nak tunjuk mereka mengangungkan cinta..

cuma nak menunjukkan walau serumit mana jalan cerita cinta yang kita tempuhi.. tapi kalau da tuhan kata itu jodoh kita.. so dia still our jodoh right..

pengajarannya satu jer yang paling utama..

- jangan rosakkan diri sendiri (like g disco atau bermain ngan guys like ariana buat) sebab kecewa apabila ditinggalkan..

kalau dah jodoh.. tak kemana..
=p

erh2.. betul ker.. heee.. pendapat i jerk!! :-)

Anonymous said...

sad:(
tak tahu nak kata apa.heheheheh.
cam tak sampai hati nak baca but life must go on.tak semua yang kita nak kita dapat kan.hehehehe.
anyway writer good work:D

faridahmuslimah said...

Salam...

Alhamdulillah akhirnya novel ni dah habis.,..x sabar nak tunggu epilog dia plak hehhee...

Terus terang ckp kite suke gaya penulisan fara...penuh dgn rempah ratus,,gembira+sedih+tabah dam mcm lg ler,...suke2 sgt sebab kite memang suke dgn watak ilham hehehe,..

dan kite paling suke ayat fara yg ni..

"biar sebaik mana lelaki yang datang after orang y kita cintai..
biar sekuat mana kita cuba nafikan perasaan yang sebenar..
biar serumit mana percaturan cinta yang kita aturkan hanya kerana cinta yang pada mulanya tidak kesampaian..

but at last.. "cinta" tu datang balik..
bcoz janji tuhan..
andai betul dia jodoh kita..
biar macam mana pun..
at last still sama sama..

teruskan berkarya,,,

pipvz devil said...

akhirnye saat y dnti2kn tlh tiba..hemm..spt pa y aku rse..haha..walau dhati rse tkilan p pa kn daya.aku hnya sorg pmbce bkn pnulis cite ni so redha e2 milikku..hahaha(gelak xikhlas ni..).stat bab 64 or 65 kot aku xnk komen cite ni..cz aku xsngup nk bteka-teki..walau dhati nk sgt2 dorg bstu tp nmpk nyer pratus ilham lebih besar dr zairil..so xsnggup nk komen..wlu jiwa meronta2 ceh..ceh..ceh..to zairil : cinta prlukn pngorbnan n cinta x smstinya bsatu wlu rndu e2 ada..pisahkn ary n ilham bkn kbhagiaan hakiki.hjt dhati xksmpian..smemngnya hdup xseindah mimpi,xsmanis impian..p mngalah bkn berti kalah..andai e2 bisa mbhagiakn smua.. to ary n ilham : bhgia lah..cinta xpnah mminta krna ia sntiasa mberi..cinta mbwa pnderitaan tp tdk pnah bdendam n xkn mbls dndam..dmna ada cinta dsitu da khidupan.. to nur fara : good job cz cite ni bisa mgubah rasa..da benci,geram,manis,pahit,marah,happy(wlupn sktika cuma),sakit,bhagia mungkin n sbgainye..truskn bkrya k..

Anonymous said...

Thanks :)
--
http://www.miriadafilms.ru/ купить кино
для сайта teratakcahaya.blogspot.com

Anonymous said...

harap2 ni cume mimpi... ZAIRIL, don't give up perjuangkan rumah tangga awak, Don't be a freak guy.. jgn mengalah hanya kerana cinta adikmu yg utuh itu..
Ariana plak belajarlah mencintai suamimu.
Ilham ! jgn retakkan rumah tangga yang sedang mengecapi bahagia itu ... Don't Be A Bad Guy ...
I hope its only a DREAM ,ONLY A DREAM
~Miss_BZbody~