Monday, July 5, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 41


Sebaik sahaja sampai ke banglo tangan Ariana laju sahaja membuka pintu. Namun langkahnya terhenti sebaik sahaja melihat kereta Zairil melangkah masuk. Jam tangan dilirik. Pukul 7.00 pagi. Fikirannya ligat berfikir kemana Zairil pergi semalam sehingga baru pulang. Namun sebaik sahaja melihat Zairil yang keluar dari keretanya dia cepat cepat ingin berlalu. Tidak mahu bersoal jawab dengan lelaki itu.
“Pergi mana.. baru balik?” Zairil bertanya biarpun dia sudah tahu. Dia pasti Ariana pasti baru bangun dari tidur sebaik melihat wajah tidak bermaya itu.
“Jangan cakap saya. Awak pun sama!” Ariana memerli kembali. Terasa geram apabila disoal pada waktu fikirannya sedang rungsing begini.
Tubuh Ariana ditolak masuk kedalam rumah. Zairil memandang Ariana lama. Hatinya terasa  geram apabila diperli begitu. Langsung tiada rasa menyesal kah di hati gadis itu? Sehingga tetap juga berlagak selamba setelah apa yang terjadi kepadanya itu.
“Ary pergi mana semalam??” Zairil bertanya lagi. Dia mahu tahu. Dia mahu Ariana memberitahunya kemana gadis itu pergi malam tadi.
Ariana hanya diam.
Melihatkan itu Zairil merentap tangan gadis itu. “Abang tanya ni. Tak reti nak jawab ker.. dah bisu!!”
“Awak jangan sibuk boleh tak” Bibirnya diketap menahan dari air matanya menitis. “Please.. jangan kacau saya” Ujarnya separa merayu. Dalam fikirannya yang sedang rungsing begini pasti sahaja dia tidak punya apa apa senjata untuk menepis segala kata kata zairil.
“Ary pergi mana malam tadi. Ary keluar dengan jantan mana sampai tak ingat jalan balik kerumah.. hah??” zZairil menengking pula.
Ariana mengetap bibirnya kuat. Air matanya menitis. Terkedu dengan kata kata yang dilemparkan Zairil kerana sememangnya apa yang dikata Zairil adalah benar belaka. “Memang memang saya keluar dengan lelaki semalam. Saya dah tidur dengan lelaki tu.. puas!! puas hati awak!!” Ariana menepik nyaring. Tubuh zairil dipukul dek kerana rasa geram apabila kenyataan disuakan. Ya .. dia akui dia sudah ternoda. Dia bukan gadis suci lagi.. bukan!!
“Apa maksud Ary.. cakap dengan Abang. Apa yang Ary dah buat?” Zairil bertanya lagi. Dia tidak pasti sama ada Ariana berkata begitu kerana menyesal atau sebaliknya. Sakit dibahunya langsung tidak dipedulikan. Apa yang dia mahu tahu adalah apa makna kata kata Ariana itu.
“Saya dah tidur dengan lelaki lain.. awak faham tak!! Atau awak nak saya ulang lagi” Ariana menepik lagi.
“Kenapa Ary? Langsung tak de rasa menyesal ke dihati Ary?” Zairil mengoncang tubuh Ariana. Kepalanya mengeleng perlahan tidak percaya Ariana segila itu.
Ariana yang sudah bengkak matanya akibat menangis hanya tersenyum sinis. Menyesal?? Dia kini terasa bagaikan orang gila. Pahit!! Hidupnya terasa pahit apabila menyedari kesuciannya yang sudah tercela itu. Memang. Memang dia akui dia mahukan keseronokan kerana mahu membalas dendam dek ditinggalkan Ilham selama ini. Kerana Ilham menginginkan perubahannya. Dia mahu Ilham merasa menyesal kerana meningalkannya sendirian. Biar lelaki itu punya rasa kesal seumur hidupnya itu apabila melihat dirinya yang musnah. Tetapi, tetapi tidak pernah terlintas difikirannya untuk menyerahkan tubuhnya kepada mereka semua. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menjual tubuh badannya itu. Ahh..  perit! Hidupnya memang memeritkan. “Tak.. saya tak menyesal. Saya gembira..” Dia berkata sinis. Ketawa dalam tangisan.
Zairil mengetap bibirnya. Tidak percaya Ariana sanggup berkata begitu. Tubuh Ariana terus ditarik naik keatas.
“Awak nak buat apa ni. Lepas la”
Sampai sahaja dipintu bilik. Tubuh Ariana ditolak ke katil. “Ary gembira kan.. Ary gembira bila tidur dengan lelaki lain”
Dia menindih tubuh gadis itu. kesabarannya benar benar teruji. Puas dia ‘menjaga’ Ariana selama ini. Berharapkan Ariana akan menyesal lalu berubah.Tapi sayang.. Ariana buta. Buta dengan permainan hidup. Buta dengan cinta. Buta untuk menghargai segala pengorbanannya itu.
“Aril.. lepas” Ariana merayu lagi. Sesak nafasnya akibat ditindih lelaki itu.Air matanya menitis semakin laju.
“Kenapa?? Tak suka?? Bukan Ary suka tidur dengan lelaki lain?? Abang suami Ary, abang berhak keatas Ary!!” Dia mencumbui pula tengkuk Ariana. Jiwanya benar benar dirasuk. Langsung tidak dipedulikan tangisan Ariana. Butang baju gadis itu dibuka satu persatu.
Ariana yang mendengar terasa sebak. Dia yang tadinya menjerit kini berdiam diri. “Buat la apa yang awak nak. Saya memang tak berguna pun. Dah tak de nilainya.” Suaranya lirih. Dia benar benar sudah berputus asa untuk meneruskan kehidupannya itu.
Kepalanya digeleng gelengkan beberapa kali. Airmatanya menitis laju. Kesal apabila kesuciannya sudah dinodai oleh Taufiq dan sekarang suaminya pula yang mengambil giliran. Air matanya menitis lagi. Dia merasakan dirinya tidak ubah sepeti seorang pelacur. Ya pelacur!!
Gerakan Zairil terhenti. Wajah Ariana dipandang lama. Dia mengucap panjang. Mukanya diraup berkali kali.
“Kenapa berhenti.. teruskan.. teruskan niat awak. Musnahkan hidup saya.. sebab hidup saya dah lama musnah. Teruskan” Ariana menangis lagi.
Zairil hanya mengeleng gelengkan kepalanya. Tidak sedar bagaimana dia boleh bertindak rakus sebegitu. Wajah Ariana dipandang lagi. “Abang minta maaf!!” Tuala ditepi katil dicapai lalu dia membalut tubuh Ariana. Sayu hatinya disaat itu.
“Abang minta maaf..” Seusai berkata Zairil melangkah keluar.
Ariana menyeka airmatanya. Kenapa tak diteruskan niat awak Aril.. teruskan!! Hancurkan hidup saya. Hancurkan!! Biar hidup saya hancur. Hancur sepertimana hancurnya hati saya sebaik ditinggalkan Ilham. Teruskan Aril !! Teruskan!! Hati Ariana merintih sayu.

 “Kau kenapa terjengul kat depan aku tiba tiba?” Aiman bertanya sebaik sahaja melihat kelibat temannya itu.
“Nak datang pun tak boleh” Zairil memerli pula.
“Bukan tak boleh.. tapi takde angin tak de ribut tiba tiba kau muncul depan aku. Nyaris aku tak jalan tau!! Bila kau balik malaysia?”
“Hahaha.. kau kan doctor ada ubatnya untuk bagi lambat jalan. Dah lama lah.. 3 month!!” Zairil menerangkan. Wajahnya temannya itu dipandang lama.
“Banyak la kau.. so what ups.. hari tu call aku kata ada masalah!!”
Tidak menunggu lama Zairil terus menerangkan niat kedatangannya itu. Lama Aiman mendengar. Langsung tidak menyampuk. Cuba memahami jalan cerita. Sebaik sahaja habis wajah Zairil dipandang lama. Tidak percaya.
“Jadi kau dah kahwin la ya. Tak ajak aku pun?” Aiman bertanya sebaik sahaja mendengar kata kata temannya itu.
Zairil membulatkan matanya geram!! Sedangkan dia baru sahaja habis bercerita tentang pernikahannya itu. Lagi mau tanya?
“Ok..ok..tapi aku nak tahu jugak kenapa kau kahwin dengan dia?”
“Entah.. tanggungjawab. Aku tak tahu kenapa, aku rasa bertanggungjawab untuk ubah dia kembali. Ahh.. apa beza aku ngan dia. Dia berubah sebab cinta dan aku balik Malaysia sebab cinta? Tak de beza kan!!”
“Ouh.. sebab cinta la ni ya!!”
“Iya.. kau kan doctor. Mana tahu kau boleh tolong aku” Zairil mengajukan soalan pula.
“Aku mana ada ubat untuk orang putus cinta tapi berdasarkan apa yang kau kata tu.. I think wife kau tu dipress!!”
“Dipress!! Tekanan??” Zairil bertanya lagi.
“Yes!! kau dah tahu kenapa dia putus cinta?”
“Entah.. kata kawan dia budak tu tinggal dia dengan gelaran tunangan orang. Pergi oversea pulak tu. Langsung tak dapat terima kenyataan kot. Terus berubah jadi liar macam tu!!” Zairil menerangkan. Semua maklumat itu pun dia dapat dari Amyra. Teman serumah isterinya dulu.
“Ouh.. siapa mamat tu” Aiman bertanya lagi.
“Entah Ilham rasanya nama dia!!” Dia memberitahu lagi. Itu pun dia ingat setelah berkali kali mendengar Ariana mengigau menyebut nyebut nama lelaki itu. Masih segar diigatannya suara yang merintih memanggil nama itu didalam tidur selepas ditamparnya hari itu
“Ilham?? Fakrul ker??”
“Gila kau.. Fakrul tu adik aku. Ilham lain lah..”
Aiman hanya ketawa lepas. “Gabra betul.. mana la tahu Ilham ngan adik kau orang yang sama.. masin mulut aku nanti.. hahaha”
“Ye la tu.. so apa aku nak kena buat sekarang. Perangai dia semakin menjadi jadi.. rungsing pulak aku menengoknya??” Zairil bertanya lagi. Dia sudah buntu dalam memikirkan cara untuk mengubah Ariana. Dalam tempoh seminggu perkahwinan mereka Ariana dilihatnya langsung tidak berubah. Dia buntu sebenarnya.
Dia yakin Ariana mampu diubah lagi apatah lagi dia pernah melihat Ariana menangis di dalam tidurnya. Namun sebaik mencecah di pagi hari Ariana kembali bersikap agresif. Pada fikirannya pasti ada sesuatu yang mendorong Ariana berubah sikap begitu.
“Aku rasa cara kau tu akan buat dia lebih agresif!! Mana tidaknya senang senang je kau tampar dia ya”
“Ahh.. aku terpaksa.. tak sengaja.”
“Apa kata kau ikut dia?” Aiman memberi cadangan.
“What??” Zairil terjerit kecil. Mengikuti Ariana kemana?
“Ya kau ikut dia.. ikut dia pergi club..”
“Ala… nanti dia nampak pulak. Kadang kadang ader la jugak aku ikut dia. Tapi dari jauh jer. Lagi pun malas la aku nak jejak kaki ke tempat macam tu..”
“Kau menyamar la lol!! Hanya tu je cara untuk selamatkan dia. At least kau tahu dia buat apa, dia kemana. Paling tidak kau tumbuk je lelaki yang ambil kesempatan kat dia.. faham.. !!” Aiman berceramah panjang.
“Ouh.. betul jugak kan..” Zairil hanya mengiyakan.
“Eh kau amik berat betul ni. Kau cintakan dia ker?” Aiman merisik pula.
“Aku? Cinta?” Zairil mencebik. Dia sudah perit untuk jatuh cinta lagi.
“Kenapa still teringat pada ‘dia’ ”
Zairil hanya menjungkitkan bahunya. Tidak pasti. Yang pasti hatinya sakit setiap kali mengingati kecurangan si dia.
“Bukan salah dia. Kau ngan Rul yang terlalu ikut permintaan umi kau tu!”
Zairil mencebik pula. Tidak mahu mengulas panjang. Dia hanya mahu meneruskan misinya untuk merubah Ariana. Hanya itu.!!

Berderai lamunan Zairil sebaik sahaja telefonnya berbunyi. Dia menekan button on sebaik sahaja melihat nama Aiman.
“So macam mana?” Aiman menyapa sebaik panggilan nya dijawab.
“Nanti aku ceritakan. Kau datang rumah aku. Risau aku nak tinggal dia sorang” Seusai berkata phonenya terus diletak ketepi. Gusar memikirkan keadaan Ariana setelah kejadian semalam..
Zairil mengetuk pintu bilik hotel berkali kali. Atas cadangan Aiman hari itu dia bertindak mengekori Ariana kemana sahaja sebaik sahaja Ariana keluar semalam. Malah tanpa disedari gadis itu gerak geri Ariana memang sudah lama diperhatikan. Sakit hatinya sebaik sahaja melihat Ariana yang menuju ke bilik hotel. Namun disabarkan hatinya. Tidak mahu terus menerpa dia hanya mengekori.
Terpana dia sebaik sahaja pintu dibuka. Terus sahaja ditarik tubuh lelaki yang memeluk Ariana itu. Merentap tangan lelaki itu kuat. “ Apa kau dah buat pada Ary??” Dia bertempik nyaring.
“Err.. aku tak buat apa apa”
“Itu.. kenapa dengan Ary??” Dia bertanya lagi apabila dilihatnya batang tubuh Ariana yang sudah hampir tidak berpakaian itu.
Lelaki itu hanya diam.
“Kenapa Ary tak sedar. Apa yang kau dah buat pada dia” Zairil bertanya lagi. Perut lelaki itu ditumbuk buat kali kedua. Geram kerana lelaki dihadapannya itu hanya diam membisu.
“Aku bagi dia pil..”
Sebaik sahaja mendengar jawapan itu Zairil menumbuk pula pipi lelaki dihadapannya itu. Tangan lelaki itu direntap supaya berhadapan dengannya “Apa yang kau dah buat dengan dia.. hah!!”
“Aku tak sempat buat apa apa pun!!”
“Bagus!!” Tubuh lelaki itu dihempas kedinding. “Kau keluar dari sini sebelum aku bunuh engkau. Jangan kau dekat dengan Ariana lagi.. faham”
Lelaki itu dilihatnya hanya menganguk nganguk. “Dah tunggu apa lagi.. berambus!!”
Sebaik sahaja lelaki itu beredar dia menerpa pula kearah Ariana. Sakit hatinya disaat itu. Tetapi untuk memarahi gadis itu, tidak mungkin kerana Ariana sudah lama lena akibat pil yang ditelan. Sudahnya dia menutup tubuh yang separa berbaju itu dengan selimut. Kemeja gadis itu pula diletakkan dibirai katil. Lalu dia menanti disitu semalaman. Berjaga. Bimbang Ariana akan dipengapakan. Sebaik sahaja melihat Ariana bagai ingin tersedar cepat cepat dia berlalu keluar.
Zairil melepaskan nafasnya kasar. Tidak tahu kenapa dia bertindak mengasari Ariana tadi. Cadangnya tadi dia hanya ingin bertanya namun kesabarannya hilang apabila melihat wajah Ariana yang bagai tiada riak bersalah. Tidak dapat dia bayangkan bagaimana sekiranya Ariana benar benar ‘dikerjakan’ lelaki itu.

14 comments:

hana_aniz said...

fuh.. lega. ingat btol kena rogol td..cayalah zairil!!

zairil masih ada waktu utk btolkn keadaan. be more patience n jgn la berkeras.. huhu.. more conflicts! juga romance. huhu.. nk zairil dgn ariana. x mo ilham!!

epy elina said...

wahhhh....
ingtkan ari dah kna rogol td...
zairil ni abg sulung ilham ke???
mslh ni...

keSENGALan teserlah.. said...

fakrul ilham..
tu nama ilham..
dan fakhrul??
nama adk zairil..
aaaaaaaaaaaaaa

mmg adk fakhrul la niee..
uhuuhhkk..
nk zairil ngn ary..

Nur Farah said...

hana- tak moa Ilham.. wah sudah nekad ker... kita tunggu,,, hahaha...

epy- siapa yang kata zairil abang ilham??? hehehe...
memang masalah..
saya pun da keliru da ni.. hahahaa..
tapi kita tunggu dan lihat jer...=p

p/s :- tq for supporting n leave your comment.. :-)

Nur Farah said...

kesengalan...- eh cammana nma Ilham ada fakrul ni.. hahaha.. saya pun tak perasan..
baru jer perasan... sory..
takper.. just waiting...

IVORYGINGER said...

Huh leganya xde apa2 jd kat ary.
Apapun sy suka Zairil n Ary bsama.:)
Ilham campak jauh2. Klu dia benar2 cinta Ary dia spatut ptahankan hubungan diorg dl so skrg jgn dkesalkan. semak ja blik Malaysia. :P

aqilah said...

fuhhhhhhhhhhhhhhh....cayalah zairil!!!!!! forget it,ilham!!!! you're too late!!!!

akira_bita said...

yes!! sofea masih suci!!!

jgn ckp... ilham tu adik zairil??? oh no!!! sian sofea!!

ok... betul2 dlm dilemma.. zairil baik, ilham pun sme... huhuhu

Nur Farah said...

ouh tidakkk.. nampaknya anda semua vote zairil yerp...
hahaha..=p

p/s- thanks for the comment!!

Nur Farah said...

akira bita- itula saya yang writer pun da keliru antara ilham n zairil.. hahaha...
apa apa pun.. jalan crite dia da siap.. tinggal nak post jerk..
so kena tunggu jer la.. hehehe..
btw..tq =p

Anonymous said...

maybe zairil hanyalah anak angkat to parents ilham & that's why papa nisha wasiatkan ilham to marry with her eventho zairil & nisha already couple....

nway i hope ilham will end up with ary :-)

Anonymous said...

salam..
nsb baik ariana xkna rogol dgn si taufiq...
sy rasa ilham dgn zairil adik bradik kot...
zairil suka nisha, ilham suka ariana...
nk ilham dgn ariana gak..

Unknown said...

ooo okey,,,
byk da yg berteka teki nyer,,,
ak tgu je la ape suspen si penulis ni,,,,

hehehe,,,,

nasib baik xkene rogol,,,

nk lg,,,

bee said...

iye la tu..ilham adik zairil..
dlu zairil bercinta ngan nisha..
tp nisha bertunang ngan ilham..
mcm tukar couple la plak..
dlu nisha bercinta ngan zairil..ilham ngan ariana..but fate menukarkan psgn tersebut..
nisha-ilham..zairil-ariana..
lepas ni ape jd??hehee
best3..