Tuesday, July 6, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 42


Ariana memandang langit lama. Sesal. Ya dia menyesal kini. Hatinya terasa pedih. Terasa tidak mahu hidup lagi. Ahh.. apa yang aku mahukan sebenarnya? Kenapa aku biarkan tubuh aku dipermainkan oleh lelaki binatang itu? Kenapa Ariana? Kenapa?
Buat kesekelian kalinya airmatanya tumpah lagi. Bunyi ketukan pintu yang bertalu talu membuatkan Ariana berpaling. Dia hanya memandang Zairil yang dilihatnya sedang menuju ke arahnya.
“Jom turun makan?” Zairil mengajak lagi. Sudah berhari hari Ariana berkurung di dalam biliknya itu. Dia tidak pasti sama ada gadis itu bersedih kerana menyesal atau sebaliknya kerana Ariana dilihatnya sudah lama  tidak bereaksi. Hanya membisu.
Ariana hanya memandang. Tidak lama kemudian dia berpaling melihat langit biru kembali. Tidak ada apa apa yang harus disuarakan.
 “Kenapa ni? Bagitahu abang?” Zairil memujuk lagi. Dia mahu tahu isi hati Ariana ketika itu. Tidak boleh tidak hatinya tetap gusar melihat wajah murung itu.
Ariana hanya membisu.
“Ary cakap pada abang kenapa ni??”
“Ary sakit?”
“Ary nak keluar ke club lagi?” Zairil bertanya pula. Tubuh Ariana direntap supaya berhadapan dengannya. Geram pula dia apabila melihat Ariana yang membisu begitu.
“Ary tak puas hati lagi?”
“Ary tak menyesal ke Ary?”
Ariana yang mendengar terpana. Dikala ini dia hanya dapat melihat wajah Zairil yang berkata sinis kepadanya. Ketawa di atas kesilapannya. Gembira di atas kesedihannya.
“Pergi.. aku benci engkau pergi!’ Tubuh zairil ditolak menjauh. Dia tidak mahu melihat Zairil berada di hadapannya. Dia benci kan wajah yang bagai sedang ketawa di atas perilaku bodohnya itu.
“Ary abang cuma tanya? Kenapa dengan Ary ni?” Zairil mula tidak berpuas hati. Sebal pula hatinya melihat Ariana yang tidak tentu pasal mengamuk dengannya itu.
“Tanya? Atau ketawa? Puas hati? Puas hati tengok aku macam ni?” Ariana bertanya kembali. Dia tidak akan pernah percaya bahawa Zairil tidak suka akan keadaannya itu. Zairil pasti gembira melihat dirinya begitu.
“Mengucap Ary!! Mengucap!!” Zairil mencuba untuk menenangkan.
Hahaha.. Ariana ketawa pula. Dia mencebik. “kau suka kan? Suka bila tengok aku macam ni. Kau suka kan” Bahu Zairil ditumbuk lagi. Dia meronta ronta apabila tubuhnya didekati suaminya itu.
“Sabar Ary.. jangan macam ni. Cakap dengan Abang kenapa?” Zairil bertanya lagi. Perit bahunya akibat dipukul langsung tidak dihiraukan.
“Cakap apa?” Ariana bertempik nyaring.
“Cakap kalau aku dah kotor. Cakap kalau aku dah tidur dengan lelaki lain.. itu? Itu yang kau nak tahu?” Dia menjerit lagi.
Zairil melihat lama. Rasa menyesalkah yang membuat gadis itu bagai hilang arah. Dalam diam dia mengucap lega.
“Kenapa? Kenapa kau senyum? Kau suka kan?” Ariana bertanya pula apabila melihat Zairil hanya diam memandangnya.
“Sudahla tu pergi berehat!!” Zairil mengarah pula. Tubuh Ariana dilepaskan perlahan.
“Kau suka kan? Kau suka?” Ariana menangis pula. Ahh.. sudah hancurkan hidupnya?
Zairil hanya tersenyum. Biarkan!! Biarkan gadis itu menangis kerana menyesal. Kerana dia sudah lama menunggu saat itu.
Sebaik sahaja melihat senyuman Zairil, Ariana bagai kehilangan arah. Sungguh hatinya kecewa. Rasa terhina apabila Zairil masih lagi tersenyum memandangnya yang bagai orang gila itu.
“Kau pergi.. aku tak nak tengok muka kau lagi!”
Melihat Zairil yang tidak mahu berganjak. Handset yang berada ditepinya diambil lalu dibaling. Tepat mengena tepi dahi lelaki itu.
Zairil yang terpana langsung tidak mampu mengelak kerana semuanya berlaku dalam masa yang pantas.
Ariana yang melihat darah keluar terus terduduk. Menyesal?? Tidak.. dia rasa gembira!! Benarkah??
Zairil mengetap bibirnya. Sakit didahinya hanya dibiarkan biarpun darah merah sudah laju menitis di dahinya itu.
“Pergi!! Pergi!!” Ariana menjerit lagi. Dia mencapai pula pasu bunga yang berada ditepinya berniat untuk membalingnya. Dia benar benar tidak mahu melihat wajah itu dihadapannya.
Zairil yang melihat gerakan tangan Ariana cepat cepat beredar. Sebelum pergi sempat wajah itu dilihat lagi. Tidak kecewakah Ary?? Sampai hati Ary buat abang macam ni!!
Pasu yang dipegang dihempas ke lantai. Ariana berbaring lemah di atas katilnya. Maafkan Fea!! Maafkan Fea!! Hatinya menjerit kecil.

Maafkan Fea abang. Fea bodoh. Fea lupa pada janji Fea… Fea.. Fea?? Airmata Ariana menitis lagi. Semua dendamnya dahulu sudah berlalu pergi yang ada sekarang hanyalah rasa penyesalan dan hatinya yang sarat dengan rindu terhadap lelaki itu.
“Ilham!! Balik la.. balik!!” Ariana merayu pula. Sungguh dia bagaikan orang yang hilang arah.
“Fea janji ngan abang.. walau kemana abang pergi.. sayang kena jaga diri.”
“Ingat jangan buat kerja tak elok.”
“Jaga diri baik baik.”
“Mengucap bila ada masalah.”
“Abang … maafkan Fea abang. Fea gagal untuk jaga diri Fea yang macam abang nak.” Ariana merintih sayu sebaik sahaja teringat kata kata Ilham dahulu. Pedih hatinya.
“Abang cintakan Fea sampai mati..”
“Fea pun cintakan abang.. sampai mati!!”..
“Maafkan Fea!!”
“Sayang abang ni kenapa termenung ni.. hmm..”
“Saja.. terfikir kalau tiba tiba Abang pergi macam mana!!”
“La sayang nak suruh abang pergi ker.. sampai hati sayang..” Ilham bersuara lirih. Sengaja.
“Alaaaa.. mana ada.. abang tu ha.. yang nak tinggal Fea tak pasal pasal” Ariana memujuk lembut.
“Takkan.. abang takkan tinggalkan Fea kecuali itu yang sayang nak..” Ilham berjanji pula.
“Ya ker??” Ariana bertanya pula. Mahukan kepastian.
“Ya sayang.. abang janji.. tapi Fea pun kena janji jaga diri.. jaga cinta kita biarpun abang jauh dari Fea”
Ariana hanya tersenyum.. “Fea janji Fea akan jaga cinta kita.!!”
“Fea masih pegang pada janji kita, tapi.. tapi.. Fea dah kotor abang. Hidup Fea dah hancur!!”
Ariana menangis lagi. Langsung tidak dihiraukan keadaan yang kembali sunyi di tasik putrajaya itu. Yang dia tahu dia hanya ingin bersendirian. Mencari khilaf diri. Mengingati Ilham hanya itu.
Zairil?? Dia tersenyum sinis. Sempat tubuh itu ditolak hingga jatuh dari tangga apabila Zairil berniat menghalangnya keluar. Sakit hatinya apatah lagi apabila teringatkan Zairil yang tersenyum sinis kepadanya. Gembira hatinya apabila melihat dahi lelaki itu yang berbalut akibat terkena balingannya tiga hari lepas. Ahh.. benar benar bencikah dia dengan Zairil?? Tapi mengapa?? Bukan kah dia yang menyedarkan aku?Bukahkah dia yang ada dengan ku selama ini? Hati Ariana bertanya lagi.
Tidak!! Kepalanya mengeleng geleng. Zairil memang wajar dilakukan begitu. Lelaki itu bahagia melihat penderitaannya. Jikalau hidupnya musnah mengapa tidak lelaki itu juga? Ariana mengetap bibir. Fikirannya rungsing.
Loket di leher dipegang lagi. “Maafkan Fea Abang. Maafkan Fea sebab menjadi orang yang kejam”
Pada masa yang sama zairil yang sememangnya mengekori gadis itu terpana. Siapa Ilham sebenarnya? Terlalu cintakah gadis itu kepada Ilham? Terlalu bencikah Ariana kepadanya? Ahh.. ini bukan masanya. Yang penting dia harus mengajak Ariana pulang. Terlalu bahaya untuk gadis itu bersendirian di senja begini. Kakinya yang terseliuh akibat jatuh tangga ditolak Ariana digerak gerakkan. Menghilangkan kesakitan. Dengan langkah yang terjungkit dia menuju kearah Ariana.
“Jom balik.”
Mata Ariana membutang.. “kau lagi? Boleh berambus tak?” Ariana berkata kasar. Benci!! Dia benci melihat wajah yang tersenyum kemenangan itu.
“Dah lewat ni jom balik” Zairil memujuk lagi. Tidak dipedulikan kata kata kasar isterinya itu.
“Aku tak nak.. kau boleh berambus dari sini” Ariana menempik lagi. Nyaring.
“Bahaya Ary kat sini sorang sorang..”
“Tidak.. aku benci kau. Kau pergi” Tubuh lelaki itu ditolak supaya menjauh.
Zairil ingin mendekati namun langkahnya mati sebaik sahaja melihat tiga orang lelaki yang menerpa kearahnya dan Ariana.
“Kenapa ni?” Salah seorang lelaki itu bertanya sebaik sahaja sampai di hadapan mereka berdua.
“Dia kacau saya..”
“Ary.. abang..” Zairil cuba menyampuk. Seakan dapat menghidu perkara yang tidak baik, yang akan berlaku selepas ini.
“Pergi!! pergi jauh.. aku benci kau.”
“Adik kenal ke?” Lelaki yang lain bertanya pula.
Zairil yang melihat mengetapkan bibirnya. Bala apakah ini?
“Tak!!” Ariana menjawab tegas.
Sebaik sahaja mendengar kata kata itu ketiga tiga lelaki itu memandang Zairil tajam. Zairil cuba berdiri untuk menerangkan tetapi tidak sempat apabila perutnya ditumbuk bertalu talu. Dia yang tidak bersedia langsung terjatuh. Sayu hatinya apabila melihat Ariana hanya melangkah pergi tanpa langsung melihatnya yang sudah rebah akibat dipukul bertalu talu oleh ketiga lelaki itu. Kejam benarkah hatimu Ary?

Ariana mengetap bibirnya. Entah kenapa hatinya rasa tidak enak. Keadaan disekeliling dilihat lagi. Sunyi!! Sepi!! Tidak mahu mempedulikan perasaanya Ariana berjalan kembali namun langkahnya terhenti lagi. Hatinya berdebar debar. Dia terasa bagai diekori. Matanya tajam memerhati sekeliling. Namun sekali lagi hampa apabila keadaan masih sunyi.
“Aaaaa” Ariana terjerit kecil sebaik tubuhnya dipaut. Dia cuba meronta untuk melepaskan diri.
“Diam.. ikut aku” Lelaki yang tidak dikenali itu menjerit ketelinganya.
“Lepas..” Ariana menjerit lagi. Air matanya menitis.
“Diam.. cepat” Lelaki itu menekup pula mulut gadis dihadapannya itu.
“To..” Ariana  ingin menjerit lagi namun kata katanya terhenti sebaik sahaja mulutnya ditekup. Tidak!! Dia ingin menjerit lagi. Harus!! Namun baru sahaja dia ingin bersuara tubuhnya teras lemah. Dia bagai dapat mendengar deruman bunyi enjin kereta. Dia.. dia.. pengsan!!
Ariana mengosok matanya berkali kali. Tekaknya terasa perit. Dia yang ketika itu berbaring mencuba untuk berdiri. Berbaring? Pandangannya ditala ketepi? Di atas katil!! Ahh.. dimanakah dia. Ariana ingin bangun. Dia yakin itu bukan biliknya mahupun bilik Zairil.
“Kau nak kemana?”
Ariana berpaling. Ingin melihat wajah itu. Matanya membulat!! Dia kenal wajah itu.
“Kau.. kau nak buat apa dengan aku?” Ariana bertanya. Wajah Taufiq yang tersenyum kepadanya dipandang lama.
“Ermm.. buat apa ya? Agak agak??” Taufiq tersenyum sinis.
“Aku nak balik!!” Tubuh Taufiq yang menghampirinya ditolak.
“Relax la.. sayang.. apa kata malam ni kau teman aku?”Taufiq berkata lagi.
Ariana mengerutkan dahinya, seakan tidak mampu untuk berfikir. “Tak cukup dengan apa yang kau dah buat. Pergi jangan dekat!!” Ariana menjerit lagi apabila Taufiq mendekatinya.
“Apa yang aku dah buat??” Seusai berkata Taufiq menggeleng lagi. “Tak.. tak cukup.. aku nak engkau!”
“Binatang.. lepaskan aku. Fiq lepaskan..”
“Tidak untuk hari ini. Aku nak engkau” Tubuh Ariana yang meronta dipegang erat. Dia mahu menahluk Ariana malam ini. Hari itu dia  tidak sempat sudahlah begitu dia ditumbuk pula oleh lelaki yang entah dari mana datangnya.
“Lepas kan aku. Lepaskan.. tolong.” Ariana menjerit lagi. Tangan Taufiq ditarik supaya melepaskannya.
“Kau pegang dia..” Ujarnya kepada dua temannya yang lain. Wajah Ariana dipandang pula “Menjerit la sampai bisu pun.. takde orang kat rumah teres ni!!”
Ariana mengetap bibirnya. Rumah teres!! Dimana dia sebenarnya!! Dua tangan yang memegang tangannya itu dipandang sekilas. “Tolong..”
“Diam..” Pipi Ariana ditampar pula. Menyuruh Ariana diam.
“Lepasla Fiq” Ariana menempik lagi sebaik sahaja menyedari tubuhnya sudah dipaut ke katil itu. Dua lelaki yang memegangnya itu ditolak kasar. Lalu dia kemudian berlari ke pintu. Pipi yang perit akibat ditampar bagai langsung tidak terasa.
“Hey come on la.. relax la..” Taufiq dan temannya yang lain menerpa.
Ariana berlari lagi. Namun langkahnya mati apabila pintu itu tidak boleh dibuka. Sebaik melihat mereka bertiga mara kearahnya jalannya mangundur. “Jangan dekat” Dia hanya kaku sebaik menyedari dibelakangnya kini hanyalah dinding semata-mata.
“Sakit la.. lepas ..” Ariana merayu pula apabila tubuhnya sudah dipaut. Dia terduduk di sudut dinding itu. Tidak!! Dia tidak mahu. Cukup sekali dirinya dipalit noda tanpa dia menghalang, hanya merelakan. Kali ini dia akan melawan. Harus!!
“Diam..lagi kau merayu lagi aku suka.” Taufiq berkata lagi. Tubuh Ariana dicium bertalu talu. Wajahnya tersenyum gembira apabila menyedari langkah Ariana yang sudah kaku itu apatah lagi dengan tangannya yang dikunci oleh dua orang suruhannya itu.
“Lepas..” Ariana merayu lagi. Airmatanya menitis. Tangannya yang dipegang digerak gerakkan. Berharap tangannya itu mampu dilepaskan.
“Kenapa ni.. relax k.. I will be there wif you” Butang baju Ariana itu dibuka pula. Tubuh Ariana yang gebu itu benar benar memukau matanya.
“Lepas la.. please.. aku rayu.” Ariana merayu lagi. Badannya digerak gerakkan bagi menghalang butang bajunya terus terusan dibuka. Tidak!! Dia tidak mungkin merelakan.. abang.. tolong…Aril!!
Zairil?? Maafkan Ary!! Maafkan Ary?? Ariana mula menyesal. Jikalau dia tidak melawan Zairil tadi pasti kesudahannya tidak begini. Ariana menangis lagi. Teruk benarkah kesudahan hidupnya?
“Bagus.. kau diam diam..I like your body” Taufiq mencium Ariana lagi. Puas!! Hatinya puas. Dia sudah menang!!
“Lepas..” Ariana menjerit lagi. Tidak dia tidak mahu semua itu. Bagaikan terdengar tolakan dipintu Ariana berpaling, matanya bersinar. Zairil!!
“Binatang kau.. kurang ajar” Zairil tidak menunggu lama. Lelaki yang sedang memeluk Ariana ditolak ketepi.
Ariana yang masih lagi terkejut terus sahaja menerpa kearah Zairil apabila pegangan ditangannya longgar. “Aril.. tolong.. saya takut” Dia merayu kepada Zairil pula. Tubuh Zairil dipeluk erat.
 “Ary” Zairil memanggil. Dia turut memeluk Ariana. “Jangan takut.. its ok”
“Wow.. jangan buat drama kat sini. Lepaskan Ryan .. bagi pada aku. Kau siapa ha ” Taufiq menjerit pula. Tangan Ariana ditarik kepadanya.
“Tak nak.. Aril.. tolong” Ariana merayu lagi. Dia kini berdiri dibelakang Zairil pula.
“Aku suami dia. Apa yang kau nak hah! Kau ni tak serik lagi ker” Zairil menengking pula. Dia cam wajah lelaki yang berdiri dihadapannya itu. Lelaki yang sama yang cuba merosakkan Ariana di bilik hotel hari itu.
“Kau pegang dia” Taufiq mengarahkan. Sebaik melihat tangan Zairil yang sudahpun berada di dalam pegangan orang suruhannya itu dia menumbuk perut Zairil. “Hari tu kau halang aku kan. So rasakan!” Ujarnya seraya menarik Ariana dekat padanya lalu wajah itu dicium bertalu talu.
“Lepas” Ariana menjerit lagi. Dia berlari kearah zairil. Lalu tubuh Zairil dipaut erat biarpun ketika itu tangan Zzairil masih lagi dipegang dua lelaki yang tidak dikenalinya itu.
“Kau ni degil la. Apa masalahnya sekarang ni suami kau tu takkan kemana. Dia akan ada kat sini jer” Tangan Ariana ditarik lalu dibawa menjauh.
Zairil yang ketika itu memang sudah lemah hanya mampu memandang. Tenaganya benar benar sudah habis apatah lagi bukankah dia tadi baru sahaja dibelasah oleh orang yang tidak dikenalinya itu dek kerana Ariana.
“Kau belasah laki tu, Ariana biar aku yang uruskan” Ujar Taufiq pula. Melihat tubuh Zairil yang sedang dibelasah itu tubuh Ariana kembali dihimpit. “Sekarang kau rasakan..”
“Aril..” Ariana menjerit lagi.
“Lepaskan Ary” Zairil menempik. Pukulan demi pukulan itu cuba ditepis seadanya.
Bam!!
Ariana terkedu. Kuat bunyi tembakan menghentikan tingkahnya yang sedang meronta tadi. Melihatkan Taufiq yang juga terkedu dia terus sahaja berlari kearah Zairil. Tidak menyedari pihak polis sudahpun berada dihadapan mereka.
“Maafkan Ary.. maafkan Ary!!” Ariana menjerit sambil menangis teresak esak. Dia memeluk tubuh zairil kuat. Dia menyesal . Dia menyesal atas segala yang dilakukan.
Wajah Taufiq yang kini sudahpun digari oleh pihak polis itu tidak dipandang. Dia hanya mahu menumpukan perhatiannya kepada Zairil.
“Sudahlah Ary.. abang maafkan!!” Zairil memujuk. Tubuh Ariana dipeluk erat. Dia bersyukur kerana sempat memyelamatkan Ariana buat kedua kalinya. Dia yakin Ariana sudah sedar akan kesilapannya.
“Maafkan Ary maafkan Ary..” Ariana mengogoi lagi. Tidak dipedulikan mereka yang memandang. Dia hanya mahu meminta maaf. Mahu memohon kepada suaminya itu. Dia hanya mahu berada dipelukan Zairil. Dia berasa selamat di ketika itu. Wajah Zairil yang lebam dilihat. Pasti kerana dipukul di tasik tadi. Air matanya semakin laju melimpah.
Zairil hanya tersenyum. Tubuh badannya memang sakit. Tetapi keadaan Ariana lebih penting padanya. Air matanya menitis. Rambut Ariana diusap dan ubun ubun gadis itu dicium perlahan. Cuba menenangkan Ariana yang semakin kuat tangisannya.
“Kami keluar dulu Tengku. Saya harap Tengku dapat bawa isteri Tengku ke balai untuk membuat report.” Inspector Zafran menyapa sambil menghulurkan tangan.
Zairil menganguk. Tangan inspector muda itu disambut “Baik lah, terima kasih”
“Sudah menjadi kewajipan kami Tengku. Kami balik dulu”
Zairil menganguk lagi. Hanya menghantar dengan pandangan mata pemergian ketiga tiga polis yang dibawa tadi. Sebaik sahaja semua menghilang Zairil memandang  Ariana kembali. “Sudah lah tu.. jom kita balik..”

“You gila” Nisha menempik nyaring. Tidak menyangka Ilham setekad itu. Mahu memutuskan pertunangan yang sudah diikat selama tiga tahun itu.
“ I tak gila, I tak pernah cintakan you nisha .. you sendiri tahu, kita bertunang kerana wasiat ayah you” Ilham berkata tenang. Keputusan sudah dibuat. Dia mahu kembali ke Malaysia hari ini juga. Selepas segala galanya selesai.
“Tapi kita dah bertunang lama am, I sayangkan you” Nisha memberitahu pula.
“Tak pernah ada rasa cinta antara kita nisha. You patut sedar tu”
“I dah buat apa je yang you nak Am.. I dah rahsiakan dari semua orang tentang siapa I dengan you.. malahan I biarkan je you bercinta dengan Ariana.. tapi hubungan you ngan Ariana dah lama tamat.. kisah cinta you ngan Ariana dah lama habis.”
“Biar apa pun yang terjadi cinta I tetap hanya untuk Ariana.. You kembalilah pada abang I, lagipula I yakin cinta you pasti ada untuk abang I kan. Kembalilah pada dia Nisha” Ilham merayu pula.
Air mata Nisha menitis. “Memang dulu  I cintakan abang you, tapi sekarang ni you yang jadi tunang I bukan abang you, I sayangkan you Am” Ujar Nisha meminta pengertian. Memang dia akui dia sudah semakin sayangkan Ilham. Disebabkan itulah dia hanya menurut segala permintaan Ilham. Mengharapkan suatu hari nanti Ilham akan kembali kepadanya semula.
“No.. I akan kembali pada Ariana.. I tak pernah sukakan you Nisha!” Ilham memintas pula.
“Ni kenapa bising bising ni”
Sapa satu suara itu mengejutkan mereka berdua. Langsung tidak mahu menunggu Nisha terus sahaja menerpa kearah Umi Ilham. “Ilham aunty.. Ilham nak putuskan pertunangan!”
“Apa yang kamu merepek ni angah”
“Saya tak pernah cintakan Nisha umi, umi dan papa yang paksa saya terima Nisha. Saya dah cuba tapi saya tak boleh, cukuplah umi, pertunangan ini harus dileraikan”
“kamu jangan nak mengarut’” Tegas suara itu.
“Saya tak mengarut umi.” Wajah Nisha dipandang pula. “Mulai detik ini kita putus tunang.. I ngan you bukan lagi sesiapa”Ujar Ilham tenang.
“Saya nak kembali ke malaysia umi. InsyaALLAH saya akan kembali ke sini selepas semuanya selesai” Ilham berkata lagi. Dia mahu bertemu Ariana. Menerangkan segala galanya. Dia tidak kisah seandainya harus terus menetap disini. Tetapi dia harus menjernihkan keadaannya dan Ariana dahulu.
“Baiklah, Umi setuju pertunangan kamu diputuskan! Tapi kamu jangan berangan nak tinggalkan Uk”
“Apa maksud umi” Ilham bertanya pelik. Wajah tenang Uminya dipandang.
“Passport kamu umi dah simpan. Ingat angah sekali kamu melangkah keluar dari uk, kamu  bukan lagi anak umi!”
Ilham terpelangah. Langkahnya kaku. Umi! Kejam!

Zairil menyapu perlahan air jernih yang mengalir dipipi isterinya itu. Masuk hari ini sudah hampir seminggu Ariana menangisi hidupnya. Menyesal barangkali. Dan dia juga masih setia menunggu sehingga gadis itu pulih kembali. Luluh hatinya melihat Ariana yang masih teresak kecil. Rambut Ariana yang menutupi sebahagian muka ditebak ke tepi. “Sudahlah tu Ary.. semuanya dah selesai..”
Ariana mengetap bibirnya. Sungguh dia benar benar tertekan dikala ini. Mula menimbang tara segala perbuatan dan dosa dosanya selama ini. Dia yang ketika itu berdiri kemudian jatuh melurut dikaki Zairil dia mahu memohon ampun. Dia sudah tidak larat menanggung segala dosa dosanya itu. “Maafkan saya.. maafkan saya”
Tidak menunggu lama Zairil memaut tubuh Ariana. Padanya tiada apa yang harus diungkitkan lagi. Semuanya sudah berlalu. Dia gembira kerana Ariana sudah sedar akan kesilapan lalunya. “Sudah lah Ary.. abang maafkan..!!”
Ariana hanya membeku, tidak dihiraukan tangan Zairil yang menariknya supaya berdiri. “Saya kalah!! Saya berdosa. Saya  minta maaf!!” Ariana bersuara lagi.
“Saya khilaf.. saya kalah awak menang!! Maafkan saya !!”
“Ary kan abang dah kata. Kita lupakan semua tu!!”
Ariana mengetap bibirnya. Dia berdiri. Mengambil satu dokumen lalu diletakkan ditangan zairil.
“Ceraikan saya!!”
“What!!” Zairil terkejut. Tidak menyangka akan permintaan isterinya itu. Borang cerai ditangannya dipandang sepi.
 “Ya ceraikan saya. Saya kalah! Awak menang! Tapi semuanya dah berakhir kan? Ceraikan saya!” Ariana berkata lagi. Mengingatkan Zairil tentang cabaran diantara mereka berdua iaitu sebab mengapa ikatan perkahwinan itu disimpul.
“Tidak Ary.. abang takkan ceraikan Ary!” Zairil berkata perlahan.
Ariana tersenyum. Hambar. “Kita nikah bukan atas dasar cinta. Awak berniat untuk mengubah saya kan? Ceraikan saya. Saya janji saya akan berubah. Saya menyesal!”
Benarkah tiada cinta dihatinya untuk gadis itu? Benarkah pernikahan mereka hanya berada di atas kertas semata mata?
 “Cinta boleh dipupuk Ary. Kita mulakan hidup baru”
“Tak mungkin. Hidup saya dah hancur. Saya..saya..saya dah kotor Aril..” Bibirnya diketap. Menahan sebak setiap kali mengingati dirinya yang sudah ternoda.
“Tak Ary. Ary masih suci!!” Zairil menerangkan pula.
“Apa maksud awak?”
Zairil menarik Ariana ke sofa lalu menceritakan segala galanya. Peristiwa di bilik hotel dulu. Peristiwa yang bisa membuktikan bahawa Ariana masih seorang gadis yang suci. Tidak seperti yang disangkanya.
Mendengarkan itu air mata Ariana semakin menitis laju.  Gembira kerana dia sebenarnya masih suci. Terasa bodoh kerana tidak pandai menghargai lelaki dihadapannya itu.
“Tapi saya tetap masih kotor..” Ya biar beribu kali pun dia tetap tidak dapat menafikan tubuh badannya sudah dipalit dengan dosa. Membiarkan lelaki memeluk dan mencumbui tubuhnya beberapa kali  beberapa bulan yang lalu. Ahh tega benar kau Ariana!
“Lupakan segala - galanya Ary. Semua manusia buat silap..”
“Tapi saya bodoh. Saya kalah Aril! Lepaskan saya. Biarkan saya dengan hala tuju hidup saya sendiri..”
“Selepas apa yang kita lalui bersama sama.”
Ariana hanya menganguk. “Ceraikan saya! saya janji saya akan berubah!”
Zairil mengeleng lagi. Tidak. Dia tidak akan menceraikan Ariana. Dia menyayangi Ariana biarpun tiada rasa cinta diantara mereka. Dia yakin perasaan cinta diantara mereka boleh dipupuk. Tangan Ariana digengam erat. “Abang takkan ceraikan Ary. Kita mulakan hidup baru. Kita sama sama berubah” Dia mengangguk beberapa kali menyakinkan Ariana yang dia benar benar ikhlas menerima Ariana sebagai isterinya. Biarpun setelah apa yang berlaku tidak pernah terlintas dihatinya untuk menceraikan Ariana.
Ariana mengetap bibirnya. Bersyukur kerana Zairil masih mahu menerimanya setelah apa yang dia perlakukan. Terharu kerana masih diberi peluang untuk berubah. Akhirnya dia menganguk perlahan. Mulai hari ini dia akan setia bersama zairil. Itu tekadnya sebaik sahaja Zairil menerimanya kembali. Penat! Lelah! Dia sudah lelah menangisi kehilangan Ilham. Dia kini ingin memulakan hidup baru. “Terima kasih. Saya janji.. saya akan berubah. Saya akan setia dengan awak..” Ariana menuturkan janji. Sebak bertandang dijiwa sebaik melihat zairil menganguk lagi.

11 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

aaaaaaaaaaa..
suke suke..
tanak la ilham dtg blk dan huru harakan aril n ary..
bia aril n ary..
huhu

anajoe said...

betul3...jgn biarkn ilham dgn ary..
nk aril dgn ary jugak..heee

Anonymous said...

nak zairil wit ary jugak..pls...

Unknown said...

may be ary akn bahagia wif aril,,,

nk lg,,,

Hafia Hana said...

btl2
x nk ilham dh
biar ariana ngan aril..
bg diorg bhagia plak!~

hana_aniz said...

yes!! episod cinta ary n aril bermula! weeeeuuuu~~

x mo ilham!

hana_aniz said...

episod cinta ary n aril bermula!! weeeuuu~~

x mo ilham!
no. no.

Anonymous said...

geram ngan ary ni.. kejam!!

cian aril... kene tanggung cam2 kesakitan sbb die...

2 pon nk cerai g, xhargai aril...

akira_bita said...

okey, thats mean... ary tol2 ngn zairil?? walau kesian pd ilham.. tp terpaksa!! ilham kenelah tanggung kesilapannya sndiri...

Anonymous said...

sukanya cerita ni...ya,tak mahu ary jumpa ilham lg.mulakan hidup baru ary dgn Zairil. thanks writer!

Hafia Hana said...

yess
lupakan kenangan lama
mmg ilham x slh tp dia jgak x ambik
kesempatan utk explain kat ary
Ary...
tlg la padamkan kenangan lama
try to built ur new life ngan aril
he's the best man u ever met
yg xkn tgl ary wlau keadaan mcm mane sekalipun