Wednesday, July 7, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 43

“Bangun Ary.. makan ubat” Zairil mengejutkan Ariana buat kesekian kalinya. Tangannya ditekap ke dahi Ariana. Panas!!
“Ermm” Ariana mengeluh lemah. Dia tersenyum sebaik menatap wajah itu. “Saya boleh ambil sendirilah ubat. Tak payah awak ambilkan” Mulutnya mengomel sebaik dihulurkan ubat beserta segelas air.
Zairil tersenyum apabila mendengar lembut suara yang meluncur laju dibibir isterinya itu. Bersyukur apabila Ariana sudah mula menunjukkan perubahan yang positif setelah hampir beberapa bulan berlalu. Dia yakin sikit masa lagi semangat Ariana akan pulih seperti sedia kala.
“ Sakit kepala lagi” Zairil bertanya kembali.
Ariana mengeleng pula. Sakit kepalanya sudah berkurang memandangkan sudah agak lama juga dia merehatkan dirinya itu.
“Ary nak makan? Abang masakkan ya..”
Ariana tersenyum mendengar pertanyaan Zairil. Zairil begitu baik terhadapnya. Ahh.. mengapa hatinya buta selama ini. “Takpelah.. kalau Saya nak makan. Nanti saya masak” Dia menolak. Terasa tidak wajar berterusan menyusahkan Zairil.
“Tak pelah. Abang masak. Ary berehat dulu. Nanti abang kejutkan” Zairil berkata seraya berdiri lalu keluar dari bilik Ariana.
Ariana terkedu. Tidak tahu harus berkata apa. Sebaik sahaja melihat bayang Zairil menghilang. Dia turut turun dari katil. Lalu menuju ke cermin dikamarnya itu. Mukanya yang pucat diteliti lama. Tidak mahu terlalu melayan perasaan dengan langkah perlahan dia turun ke tingkat bawah. Mahu menuju ke dapur.
“Lah, kenapa turun?” Zairil menegur. Terkejut pula dia melihat Ariana yang sudahpun landing di atas kerusi di ruangan dapur itu.
“Saja.. nak tengok.. bosan..”
“Pergila tengok tv” Zairil memberi cadangan. Kesian pula melihat wajah monyok Ariana.
Ariana mengeleng lagi. Dia malas mahu bergerak kemana mana. Dia ingin berada di dapur menemankan suaminya itu.
Zairil tersenyum Cuma. Sakit sakit pun degil ker! Sebaik sahaja bubur nasi itu masak, tubuh Ariana dipaut supaya berdiri. “Dah jom keluar. Kita makan kat luar ya..”
“Saya boleh jalan sendiri la awak” Ariana menolak perlahan tangan yang memegang bahunya itu. Tidak betah apabila dilayan bagaikan puteri.
“Syh.. demam demam jangan melawan cakap suami. Tak baik” Pipi Ariana dicuit perlahan. Sengaja mahu mengusik. Lagi pula dia langsung tidak merasa susah akan perbuatannya itu.
Ariana menjuihkan bibirnya. Tersenyum melihat Zairil yang tersenyum gembira apabila melihatnya yang mengalah. Bahagiakah lelaki itu menerimanya sebagai isteri? Hatinya sempat bertanya sendiri. Entah kenapa hatinya terasa gembira menerima layanan sebegitu. Terasa diri disayangi. Terasa gembira kerana dapat membuatkan Zairil tersenyum setelah lama menyiksa lelaki itu dengan kerenahnya.
“Hah.. berangan pulak. Duduk sini” Zairil menyuruh apabila melihat Ariana yang hanya membisu.
“Mana ada.. awak tu hah yang berangan kata orang pulak.” Ariana menyakat kembali.
“Ye la tu.. Abang jugak yang kena..” Sudu yang berisi bubur nasi disua ke mulut Ariana
Ariana mengeleng perlahan. “Saya makan sendiri erh”
“Takpe abang suapkan.”
“Ala..seganla..” Dia memberitahu jujur. Bibirnya menghadiahkan senyuman buat suaminya itu.
“Nak segan apa. Abang kan suami Ary. Bukan orang lain. Cepat bukak mulut. Dah lenguh tangan Abang ni.. Ary tak kesian ker” Zairil memujuk lagi sambil mengeleng perlahan. Kelakar memikirkan kerenah isterinya itu.
Ariana menjuihkan bibirnya. Geram apabila berterusan disakat begitu. Rambutnya yang terjuntai ditolak ketepi lalu dia membuka mulut perlahan. Terasa seperti baby pula apabila disuap begitu. Namun senyumannya mati sebaik melihat Zairil melangkah ke tingkat atas.
“kenapa?” Dia bertanya apabila Zairil kembali duduk ditepinya dengan sepit rambut ditangan.
“Ni hah.. rambut tu..” Zairil bersuara seraya meguak rambut Ariana lalu dikepit tinggi.
Ariana mengeleng lagi. “Awak jangan la baik sangat.” Ariana mengeluh perlahan. Terasa bebanan dosa yang dahulu kembali menghimpit diri sebaik menerima layanan demi layanan dari lelaki itu.
“Biarla.. biar Ary jatuh hati dengan Abang.” Zairil mengusik. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia melakukan itu semua. Yang pasti dia bahagia dapat melayan Ariana sebegitu.
Ariana tersenyum pula. Tangan zairil digengam erat. “InsyaALLAH.. saya takkan berpaling dari awak. Berikan saya masa” Dia menuturkan janji. Yakin hatinya hanya untuk Zairil sekarang. Setelah sekian lama lelaki itu berkorban, tidak tergamak rasanya dia untuk berpaling lagi. Dia yakin dia mampu setia. Benarkah??
Zairil tersenyum senang. Sudah benar benar jatuh cintakah aku kepadanya? Lalu bagaimana pula dengan ‘Dia’ ?? Biarkan.. biarkan bekas kekasihnya itu bahagia bersama pasangannya..
“Awak.. nak tanya sikit boleh??” Ariana bertanya setelah suasana kembali sepi.
“Apa??”
“Where your family..” Sudah lama dia ingin bertanyakan itu.
“Dah lama kita kahwin.. baru sekarang Ary nak tanya”
Ariana menjuihkan bibirnya. Geram apabila pertanyaannya dijawab dengan sindirin.
“ Family abang kat oversea..”
“Oversea?? Kenapa??”
“Saja. Family abang memang tinggal kat sana..”
“Ouh..” Ariana menganguk lagi. Dia memandang Zairil. Berharap Zairil meneruskan cerita tentang keluarganya itu.
“ Abang anak sulung, ada adik lelaki dan perempuan”
“ Adik adik awak pun tinggal kat sana?”
“Actually dulu angah tinggal sini. Abang papa, umi ngan adik tinggal kat sana.. tapi..” Zairil teragak agak. Tidak tahu sama ada wajar menceritakan segala kisah kisah lalunya kepada isterinya itu. Perit!
“Tapi apa??” Ariana bertanya perlahan.
“Tak de apa.. Angah yang uruskan company kat sini. Abang pulak kat Uk.. bila abang balik sini. Angah transfer ke uk”
“Ouh.. habis kenapa jadi lecturer. Apa nama company awak?” Pelik. Aneh bila seorang lelaki yang sudah punya kedudukan stabil didalam hidup memilih untuk hanya menjadi lecture.
Zairil terdiam. Dia memilih untuk menjadi lecturer tanpa dirancang. Akibat terlalu kecewa dengan kekasih hatinya dia berkeras untuk pulang ke Malaysia lalu memaksa adiknya kembali ke Uk untuk menguruskan company disana. Malahan Syarikat yang sepatutnya diuruskan olehnya diserahkan bulat bulat kepada orang lain. Tidak pernah sekali pun dia mengambil tahu hal company dek kerana terlalu melayan perasaan kecewa.
“Hello..awak!!” Ariana menepuk bahu lelaki itu perlahan. Sedari tadi dia menunggu tapi Zairil dilihatnya hanya membisu.
Zairil mengaru kepalanya perlahan. “Sory.. ermm.. Putra Holding”
Putra Holding? Ariana mengerutkan dahinya. Terasa pernah mendengar nama company itu. Teringat sesuatu dia mengetap bibirnya perlahan. Ilham?? Ahh.. tempat Ilham bekerja rupanya. Dia berkeluh kesah.. kecil benar dunia dirasakan. Soalnya sekarang apakah Zairil mengenali Ilham?
“Siapa nama adik awak??”
“Tengku Alisha ngan Tengku Fakrul …” Nyaring bunyi telefon menyebabkan Zairil berpaling. Dia langsung mengangkat telefon tanpa menyudahkan kata katanya itu. Setelah selesai berbicara dia menutup phonenya kembali.
“Kenapa” Ariana bertanya pelik.
“Adik abang??”
“Kenapa dengan adik abang?” Ariana bertanya sebaik mendengar kata kata suaminya itu
“Family abang akan pindah balik sini!!”
Ariana hanya menganguk. Hairan melihatkan wajah pucat Zairil tetapi tidak pula dia mahu bertanya lebih lanjut.

Ilham memandang adiknya lama. “Macam mana dapat call” Dia bertanya seraya melihat telefon yang sudah bertukar tangan.
Shireen hanya menganguk. “Abang tak sabar ya nak balik Malaysia” Dia menyakat.
Ilham hanya tersenyum. Dia menutup mata perlahan. Bagai ternampak bayang Ariana di wajahnya ketika itu.
“Abang ngah ni berangan pulak..” Shireen menepuk kasar bahu abangnya.
“Sakitla dik..” Ilham mendengus geram. Terlerai segala bayangan apabila ditepuk kasar begitu.
“Alah.. sensitive betul. Abang rindukan dia ya..” Shireen bertanya lagi. Wajah abangnya dipandang lama. Kasihan abangnya itu. Terlalu mencintai gadis yang sudah lama ditinggalkan hanya kerana terpaksa menurut perintah kedua orang tuanya itu.
“Cinta Abang pada dia tak pernah berkurang dik” Ilham menerangkan. Frame gambarnya dan Ariana ditatap lama. Gambar yang sudah hampir setahun menemani hari harinya itu.
Shireen hanya tersenyum. Dia tahu cinta abangnya itu tidak akan pernah berkurang buat perempuan yang bernama Ariana Sofea itu. Dan disebabkan Ariana Sofea itu jugalah Abangnya bagaikan mayat hidup. Menghabiskan waktunya hanya dengan kerja.
Lebih parah apabila uminya dahulu bagai memberi hukuman buat abangnya apabila berani memutuskan pertunangannya dengan Nisha. Tapi setelah beberapa bulan berlalu akhirnya uminya akur apabila melihat hidup abangnya yang sedikit nanar itu. Lalu keputusan dibuat dia dan abangnya akan kembali ke Malaysia dan akan disusuli umi dan papa beberapa bulan nanti.
“Pasni abang ngah boleh jumpa dia.. jangan lupa kat adik pulak”
Ilham hanya tersenyum. Tidak sabar menanti waktu untuk kembali pulang ke Malaysia. Dia yakin cintanya dan Ariana utuh biarpun hampir setahun dibiarkan sepi tanpa berita.

“Cepatla.. kata nak ajar” Ariana menepuk bahu Zairil yang dilihatnya hanya termenung sedari tadi. Peperiksaan akhir yang semakin dekat membuatkan dia sedikit kalut menyediakan dirinya dengan segala ilmu.
“Sabar la.. Ary..” Zairil berkata perlahan. Surat khabar yang dibaca ditolak ketepi. Wajah Ariana dipandang lama. Rasa sayangnya semakin hari dirasakan semakin bertambah apatah lagi melihat kaletah Ariana yang tidak ubah seperti anak kecil.
“Cepatla.. lambat la awak ni” Ariana mengeluh perlahan. Sudah lenguh dia duduk di tepi meja itu. Geram pula dia melihat Zairil yang masih selamba duduk diatas sofa.
“Alah.. comel la tu merajuk” Muncung mulut isterinya ditarik perlahan.
“Sakit tau”
“Ye la tu.. mananya” Buku Ariana ditarik kehadapannya. Mencari apa yang ingin ditanya.
“Ni?” Ariana menunjuk dengan tangannya. Buntu dia memikirkan soalan past year yang tidak diketahui jawapannya itu.
“Management??” Zairil mengerutkan dahinya. “Management kan ada empat proses takkan Ary tak tau kot.?”
Ariana membuntangkan matanya. Geram. Setakat empat proses yang disebut Zairil itu dia pun tahu. “Awak ni.. yang tu saya pun tahu..”
“Ya ke.” Zairil mengusik. Keningnya digerak gerakkan memberi pertanyaan apa.
“Eleh..” Ariana mencebik. “Ploc right.. planning, leading, organizing ngan controlling.”
“Salah!!”
“Apa pulak. Time dulu dulu kan dah belajar. Betul la tu.” Ujarnya yakin.
“Polc la Ary.. bukan ploc.. terbalik tu”
Buk!! Bahu Zairil ditepuk kuat. Geram. Bukan dia tidak tahu itu. Tapi padanya semua itu tetap sama. Hanya susunan huruf saja yang terbalik.
“Sakitla Ary” Zairil mengaduh. Sengaja.
“Saja la tu.. mengada ngada. Dah la nak bla la macam ni” Dia mencebikkan bibirnya.
“Ala gurau je.. sensitive betul. Mai sini buku tu.. nak tunjuk jawapan.” Zairil menarik buku di tangan Ariana. Sebaik sahaja terlihat jawapan dia menghulurkan kembali.
“Ni jawapan dia. Ubah ayat tu. Jangan dicopy je jawapan tu. Nanti abang potong markah..”
Ariana mengelipkan matanya beberapa kali. “Sampainya hati awak nak potong markah saya. Mentang mentang la Assigment dia yang bagi.” Suaranya dilirihkan sambil tangannya laju menyalin jawapan dari buku teks. Setelah tu dia menanya lagi.
Zairil menunjuk jawapan sekali lagi. “Sebab assignment abang la Ary kena buat betul betul..hehehe”
“Jahat.” Ariana merungut kembali. Jam ditangan dilirik sekilas. 11 malam. Sebaik sahaja siapa semua kerjanya dia berdiri. Membetulkan urat akibat terlalu lama duduk di atas permaidani itu.
Zairil menepuk perlahan bahu Ariana sebaik sahaja dia turut berdiri. “Dah siap kan pergila tidur. Nanti abang kemas”
Ariana tersenyum Cuma.. “Tak per saya kemas. Awak pergila tidur..”
“Ary pergila naik.. biar abang kemas” Seusai berkata Zairil menunduk. Mula mengemas buku buku yang berselerakan di atas meja kecil diruang tamu itu.
Ariana mengelengkan kepalanya. Degil betul. Sudahnya dia turut membantu mengemas buku buku itu. Setelah siap dia menghulurkan tangan kearah Zairil meminta buku yang dipegang lelaki itu bertujuan untuk menyimpan dirak buku. Namun sebaliknya pula yang berlaku apabila buku ditangannya diambil Zairil.
“Abang nak tutup lampu. Ary pergi naik dulu” Zairil memberi arahan. Dia menuju pula ke suiz utama.
Ariana hanya memandang. Malas mahu menjawab atau bertanya. Berniat untuk menunggu Zairil menutup lampu. Sebaik sahaja lampu terpadam dia mula memanjat tangga.
“La.. ingatkan dah naik” Zairil mengucap panjang. Terkejut apabila Ariana muncul disebelahnya.
“Saja tunggu.. jom naik. Saya dah penat ni. Nak tidur” Dia mengadu lemah. Mengantuk. Tangga yang tidak beberapa tinggi terasa terlalu tinggi pula. Sampai sahaja di kamarnya dia membuka pintu perlahan. Tangannya dihulurkan berharap buku yang berada di tangan Zairil diberi kepadanya.
“Tak per.. biar abang simpan.” Zairil memberitahu sambil menuju ke Almari buku. Lalu diletakkan buku buku itu.
Ariana hanya mengeleng lagi. Ahh.. prihatin benar lelaki ini terhadapku. Hatinya kembali sebak. Dia hanya berdiri memandang Zairil yang mula mara ke arahnya. Ariana mengetap bibir. Bimbang.
Dahi Ariana dicium perlahan. “Good ninght” Seusai berkata dia melangkah keluar dari kamar Ariana. Sempat dia berpaling melihat Ariana yang kaku ditempat berdiri tadi. Zairil tersenyum Cuma. Sesekali hatinya berfikir juga sampai bila keadaan akan berterusan begini.

9 comments:

Hafia Hana said...

ary mcm try nk accept aril
biar la dorg bhgia b'dua
hope ary bole lupakan ilham
n ilham,please stay away from ary
u yg tgl dia dlu
then dont u ever to take her back
she deserve sumone better than u

*aku yg emo

epy elina said...

hohohoho....
hrp2 ilham bkn adik kndung kpd zairil...
adeh...
tkut bila ary dah bhgia ngn zairil..
ilham dtg mngih ksih...

Unknown said...

ape yg bleh ak ckp is nk lg,,,

hehehe,,,

akira_bita said...

comelnya ary!!! hahaha! aril pun sesangatlah sweet!!!

yes! mereka hampir bersama!! ilham.. harapnya bila dia tau ary dh kahwin, dia boleh undur diri.. hohoho.. mcm sian je kat ilham....

Anonymous said...

salam...
ksian ilham jd mangsa umi nya..
pada hal dia cinta sgt pd ariana...

Anonymous said...

cter ni mkin menarik
da nmpk flow..
haha..memg cian kat ilham..tpi
yg ade kat ary tyme susah ARIL..
so,aril la deserved ary...

heehee..kite tgu pilihan ary bile ilham balik..jeng2..

sakura88 said...

yezzer!! aril n ary dah bebaik.. sweet kapel la diorg ni.. ilham jgn dah nk dok kaco2 ary.. sian lak kt aril nnti...

Nur Farah said...

hahahaha.. kelakar la u al... hehehe. ( gelak ngegada).. ahaks..

actually.. saya tak bolh nak cakap apa apa.. kerana..
sesungguhnya citer ni da siap.. da hantar pada publisher untuk dinilai pun.. tapi sama ada one day akan jadi novel ke tak.. saya tak tahulah..
bergantung pada rezeki...

apa apa pun.. jikalau ada yang tak berpuas hati dengan entry.. bolehlah la komen2 supayajalan ceritanya dapat diedit..

tapi untuk terus mengatakan Zairil n ariana akan terus bersama atau ariana bersama Ilham.... tak jamin.. hahaha...
kerana sesungguhnya takdir cinta mereka da ditentukan..
muahahah...
terpanjang la pulak...

ok last.. thanks yerp sakura, akira, hana, miss ruha, epy elina , itu aku.... and annonymous...

keep reading n comment..
daa...

IVORYGINGER said...

im hoping Zaril will be with Ary for ever. Ilham plz let go Ary happy with ur bro. Bnyk dah sgt pngorbanan Zaril wat Ary. Its ur mistake bila x berusaha ptahankan hubungan dia dgn Ary sblm ni. ;P