Friday, July 16, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 46

Ariana yang tadi sedang berbaring santai kini kembali berdiri sebaik mendengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah mereka. Dia kemudian menuju ke pintu utama. “Lambat Awak balik” Dia menegur sebaik melihat Zairil bersama Ilham dan Alisha. Waktu ini jam sudah menunjukkan angka 11. Entah kemana tiga beradik itu pergi tidak pula dia tahu.
“Abang ada kerja la Ary. Sory” Pipi Ariana dicium perlahan. Seterusnya dia menarik tubuh itu lalu dibawa ke sofa.
Ilham membuntangkan matanya. Tidak berpuas hati. Geram pula dia melihat muka Ariana yang langsung tidak beriak apabila menatap wajahnya itu.
“Kerja apa??” Ariana bertanya lagi.
Tubuh Ariana dipaut lalu bahu gadis itu dipeluk erat. Tidak dihiraukan kedua adiknya yang sudah duduk dihadapan mereka.
Ariana terpingga pingga. Merasa tidak selesa diperlakukan begitu namun untuk menolak serasanya tidak wajar pula. Sudahnya dia hanya membiarkan.
“Adela kerja sikit.... Ary dah makan.. ”
“Amboi abang tak sabar sabar.. relax la baru pukul 11. Kak Ary makan jom!!” Shireen menegur. Wajah Ilham yang sudah berubah dijeling. Ikutkan hatinya dia mahu melambakkan ketawanya disaat itu juga. Manakan tidak baru kini dia tahu abangnya itu punya sikap cemburu yang mengalahkan anak kecil. Pantang melihat Ariana bersama Zairil muncung sahaja mulutnya itu. Sudahnya dia menuju kedapur sambil menarik tangan abangnya itu.
“Ermm.. kak Ary pun dah lapar ni.. awak nak makan” Dia menawar pula. Kuih pisang goreng yang berada di atas meja kecil dihadapannya itu ingin dicapai. “Ish.. lepasla.. nak makan ni” Ariana merungut sedikit. Tidak sampai tangannya apabila bahunya kemas dipaut Zairil.
Melihatkan itu Zairil melepaskan Ariana perlahan. Namun belum sempat Ariana mencapai makanan di atas meja tubuhnya sudah ditarik kembali “Ary naik.. abang nak mandi.. jom!!”
Ariana terkedu. Sebaik sahaja tiba dibilik Zairil terus menuju ke bilik mandi. Badannya terasa melekit akibat kepanasan tadi. Sengaja diajak Ariana menemaninya.
Ariana hanya memandang. Bosan menunggu dia kembali keluar untuk keruang tamu. Namun langkahnya terhenti sebaik melihat Ilham yang berada di anak tangga. Mungkin mahu naik ke biliknya barangkali. Matanya lama menatap wajah itu. Ada rasa rindu yang bertandang.
“Sayang sihat” Ilham bertanya perlahan.
Airmata Ariana jatuh. Mengapa lelaki itu masih memanggilnya sayang. Jikalau sayang mengapa dia tinggalkan sendirian. Tidak.. Air matanya diseka. Dia tidak boleh melayan kenangan lama.
“Saya sihat.. awak?”
Ilham terkelu. Ternyata panggilan Ariana untuknya juga sudah berubah. “Tak.. abang rindukan sayang..rindu sangat” Dia mendekat. Tangan Ariana dicapai.
Ariana mengeleng perlahan. Dia berlari menuju kebiliknya kembali. Hatinya tersayat pilu setiap kali melihat Ilham. Ahh.. benar benar tiada rasa cintakah dihatinya untuk Ilham?

Lama Ariana berdiri di balkoni biliknya. Air mata yang masih setia menitis cepat cepat diseka sebaik mendengar bunyi pintu bilik air dibuka. Namun tidak pula dia melihat sama ada Zairil benar benar sudah keluar dari bilik air atau belum.
Zairil yang ketika itu baru keluar dari bilik air hanya memandang Ariana yang tekun menatap langit. Selesai sahaja berpakaian dia menuju ke tempat isterinya itu. “Kenapa?”
Ariana hanya tersenyum. Hairan dengan pertanyaan yang tiba tiba itu “Kenapa apa??”
“Entah, abang rasa dah hampir seminggu Ary macam ni?” Zairil menegur. Manakan tidak sejak dua menjak ini Ariana dirasakan suka berdiam diri.
Ariana mengeleng pula. Tidak pula dia perasan yang sudah hampir seminggu dia melayan perasaan. Tangan zairil dipegang perlahan. “Tak de apalah awak penat kan.. pergilah tidur”
Zairil mendekat tubuh isterinya dipeluk. Langsung tidak perasan riak wajah Ariana yang sudah berubah. Sudah seminggu mereka tinggal sebilik namun keadaan masih sama. Dia tidak pasti sampai bila dia mampu bertahan. Perasaan cintakah itu?
“Err.. kenapa ni” Ariana bertanya perlahan, tubuh Zairil cuba ditolak lembut.
Zairil mencium pula tengkuk Ariana. Tidak tahu kenapa dia benar benar ingin bersama isterinya di waktu malam begini. Mungkin suasana malam yang dingin membuatkan dia rasa begitu.
“Awak.. jangan” Ariana menjerit pula sebaik terasa pelukan Zairil semakin kejap ditubuhnya. Tidak . Dia tidak mahu semua itu. Dia benar benar tidak bersedia.
Gerakan zairil terhenti. “Kenapa?” Dia bertanya perlahan. Sampai bila hubungan mereka harus begitu. Ahh.. dia benar benar tidak mengerti.
“Saya tak bersedia.. maaf”
Zairil mengetapkan bibirnya. Geram. Namun bila teringat akan janjinya yang tidak akan memaksa Ariana melakukan sesuatu tanpa relanya dia mengalah. Tubuh Ariana dilepas perlahan. “I`m sory” Seusai berkata dia mengambil comforter di tepi katil mereka. Dihamparkan di tepi lalu dia berbaring disitu. Ahh.. sememangnya begitulah keadaan mereka apabila tinggal sebilik. Langsung tiada perubahan. Entah kenapa ketika ini fikirannya terasa walang. Jikalau berkahwin dengan orang yang dicintai pasti bukan begini keadaanya?
Ariana menyeka air matanya. Lampu bilik ditutup lalu dia merebahkan badannya di atas katil lelaki itu. “Maafkan saya” Dia berkata perlahan. Yakin Zairil mendengar. Entahlah. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Biarpun dia sudah nekad hatinya hanya untuk Zairil ketika ini namun gerakan tubuhnya tidak seiring. Dia benar benar tidak bersedia dalam erti kata sebenarnya.
Matanya dipejam celik. Jam ditepi dilirik sekilas. Ahh.. fikirannya rungsing. Puas dia berbaring bergerak kiri dan kanan namun matanya tetap juga tidak mahu lelap. Dia bergerak ketepi Katil. Melihat Zairil yang sudah lena dia terus bangun. Dengan langkah perlahan dia menuju ke ruang tamu. Dia ingin kedapur mencari air untuk membasahkan tekaknya yang kering.
“Sofea”
Sebaik mendengar suara itu tangannya mengeletar. Dia kenal suara itu. Tubuhnya dipusingkankan. Dia ingin melihat siapa biarpun dia tahu itu suara siapa. Ah.. hati mengapa masih mahu bergetar setiap kali mendengar suara itu?

Mereka duduk. Mata bertentang mata. Namun sehingga kini masih tiada satu suara pun yang memecahkan kesunyian waktu dinihari begini. Jam yang menunjukkan sudah pukul 3.00 pagi ditatap sekilas. Ahh.. apa sebenarnya yang dia lakukan. Mengapa harus dia berada disini pada waktu begini??
Ilham memandang Ariana lama. Sinar mata gadis itu ditatap sedalam dalamnya. Cuba mencari makna tersirat di sebalik renungan mata itu. “Fea bahagia?” Pertanyaan itu akhirnya terluah jua.
Ariana membetulkan duduknya di atas sofa di ruang tamu itu. Kemudian dia mengetap bibirnya pula. “Awak rasa?” Dia menyoal kembali. Tidak tahukah lelaki itu betapa hidupnya merana dalam meniti kehidupan seharian diatas muka bumi yang dianggap bertuah itu.
“Bahagia” Ilham menjawab sepatah. Dia bagai dapat melihat sinar kebahagiaan di wajah gadis kesayangannya itu. Apatah lagi apabila melihat hambarnya pandangan Ariana terhadapnya. Tidak seperti ketika mereka bercinta dahulu. Malahan layanan manja abangnya terhadap Ariana menguatkan lagi telahannya apatah lagi melihat Ariana yang turut melayan abangnya dengan baik.
Ariana ketawa dalam tangisan. Bahagiakah dia? Ya dia bahagia apabila dilayan baik oleh Zairil sehingga hatinya tidak mampu untuk berpaling walaupun hanya untuk menatap wajah Ilham, lelaki yang pernah dicintai separuh mati olehnya dahulu. Cuma yang dikesalkan sikapnya yang bodoh, terus terusan menyiksa hati Zairil biarpun diketahui Zairil tidak pantas dilukai setelah apa yang dikorbankan lelaki itu untuknya.
“Bila Fea bercinta dengan Zairil” Ilham bertanya lagi. Tidak berpuas hati.
“Bila awak bertunang dengan Nisha” Ariana mengajukan soalan pula.
Ilham terkedu. Tidak pula dia tahu Ariana sudah mengetahui rahsia yang kemas disimpan itu. Tapi tidak tahukah gadis itu rahsia yang disimpan kemas itu bertujuan untuk menjaga hatinya. Kerana dia benar benar mencintai Ariana. Terlalu cinta. Ah.. bodohnya seorang lelaki kerana menghambakan diri dengan cinta.
“Kenapa diam Am..” Ariana menyoal lagi. Raut wajah Ilham yang berubah dipandang lama.
“Mana Fea tahu?”
“Ilham” Ariana bersuara sedikit kuat. Dia mahu lelaki itu sedar. Jangan berterusan bertanya itu dan ini kepadanya sedangkan apa yang terjadi adalah permainan lelaki itu.
“Cukup.. tak usah awak tanya saya macam mana saya tahu. Tak usah awak tanya apa apa pada saya sebab semua jawapan ada pada awak. Permainan yang awak ciptakan ni hanya awak yang mampu selesaikan .. bukan saya”
“Permainan? Fea tahu hidup abang menderita sepanjang waktu hanya disebabkan Fea. Dan sekarang ni Fea tuduh semua yang terjadi disebabkan abang” Tergamaknya gadis itu menuduhya yang mencipta permainan ini. Tahukah Ariana segala yang berlaku itu bukan atas kehendak mereka. Tahukan gadis itu dia turut menjadi mangsa permainan yang langsung tiada penganjurnya itu.
Ariana tersenyum sinis. Entah kenapa rasa rindu dan cinta yang membeku dihatinya selama ini bertukar menjadi rasa marah. Geram. Benci. Sebal. Jikalau diturutkan hatinya sudah pasti Ilham tidak lagi bergembira di atas muka bumi ini. “Menderita? Apa maksud menderita bagi pembohong macam awak Am? Bukan awak sepatutnya bergembira di atas pembohongan awak..”
“Sofea!” Ilham menengking pula. Tidak dihiraukan ketika ini dia berada di mana. Tidak dihiraukan ketika ini dia sedang berbicara dengan Ariana yang sudah pun menjadi isteri abangnya bukan lagi kekasih hatinya. Padanya kata kata gadis itu terlalu melampau. Tidak dia tidak akan membiarkan Ariana mempermainkan cinta nya itu.
“Abang berjuang habis habisan demi Fea. Abang ingkar perintah papa dan umi. Hidup abang tak ubah macam mayat hidup. Menghitung hari untuk berjumpa Fea.. dan sekarang Fea tuduh abang semudah itu.. ”
“Sekarang abang nak kata Fea yang salah la. Abang bertunang dengan Nisha dalam masa yang sama abang bercinta dengan Fea, abang tinggalkan Fea dengan kisah kecurangan abang, depan mata Fea abang berpelukan dengan Nisha. Bertahun abang pergi.. pernah abang fikirkan Fea..” Kepalanya digelengkan perlahan. Dek kerana terlalu marah tidak pula dia perasan panggilan mereka sudah berubah seperti sedia kala. Sakit hatinya.
“No.. abang tak pernah fikirkan Fea. Kalau abang rasa hidup abang tak ubah macam mayat hidup, macam mana pula dengan hidup Fea? Hidup Fea yang tak ubah macam pelacur? Pernah abang fikir kalau hidup Fea akan hancur sebaik sahaja Fea tahu abang tunangan orang..” Tidak! Ilham tidak pernah fikirkan itu. Tidak pernah.
Ilham tersentap. Pelacur?? Apa maksud Ariana apabila mengungkap kata sebegitu. Tubuh Ariana dihampiri. Bahu gadis itu dipegang kejap “Apa maksud Fea cakap macam tu? Cakap pada abang? Cakap Fea” Tubuh Ariana digoncang berkali kali.
“Lepas..” Tubuhnya dipalingkan. Menatap pintu utama. Itu lebih baik dari menatap wajah Ilham. “Tak perlu abang tahu apa yang terjadi, cukup kalau abang tahu, hidup Fea hancur sebaik abang melangkah masuk ke balai berlepas dengan gelaran tunangan orang. Cukup kalau abang tahu Zairil yang selamatkan Fea. Cukup kalau abang tahu semua tu. Cukup!!” Dia ingin melangkah pergi.
Melihatkan itu tangan Ariana direntap kuat. Sehingga wajah itu berada benar benar berhadapan dengan wajahnya. “Fea dah tak cintakan Abang?”
“Cinta je tak cukup dalam hidup ni Abang..”
“Cakap dengan abang Fea.. Fea dah tak cintakan abang?”
“Tidak!! Fea cintakan Zairil. Dan Fea akan pastikan cinta Fea hanya untuk Zairil. Itu sumpah Fea” Seusai bekata dia naik ke tingkat atas. Tidak dihiraukan Ilham yang terpana mendengar kata katanya.
Ilham hanya mampu memandang. Air mata lelakinya jatuh jua. Sebelum ini dia yakin cinta Ariana masih ada untuknya. Tetapi mendengarkan sumpah gadis itu hatinya luluh. Sebelum ini dia masih bersemangat untuk mencari kisah di sebalik perkahwinan Ariana tetapi kini??

11 comments:

Hafia Hana said...

hahaha...
suke2
moga2 penantian zairil b'baloi
n ilham tlg la terima hakikat

anajoe said...

jgn menyibuk la ilham...hehehe

Hafia Hana said...

ilham x pyh sibuk2 la nk selongkar kisah org
just stay away from ary n zairil!~

Anonymous said...

nape rase ary syg ilham ag yer..
huhu agak2 aril berkorban ag ker??
tidakkkkkkkkk..
x mo ary ngn am...

keSENGALan teserlah.. said...

aaaaaaaa..
ary aril punye..!
ilham please...jgn rosakkn hubungan ary n aril..
huhu..

hana_aniz said...

harap apa yg ary ckp tu btol la..
huhu.. kesian aril..

akira_bita said...

a'ah la... npe rasa mcm ary sebenarnya sdg tipu hati dia dgn kata dia cintakan aril? padahal dia cintakan ilham?

adeh~ xnaklah ary ngn ilham... sob3.. sian aril.. nampaknya aril tol2 dh suka ary.. jd jgnlah ary lukakan lagi hati aril..

aqilah said...

apalah ilham ni!!!!!!!!! she's your sister in law!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
apapun, akak follow!!!!!!!!!!!!

epy elina said...

adeh...
sdihnya...

Unknown said...

hehehe,,,,,
suke2,,,
harap2 ary xkn berpaling dr zairil,,,

nk lg,,,

Anonymous said...

lamenyer....nape x d smbung2 lg ni...jenuh dah tggu.....pls....