Sunday, July 18, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 47

Ilham berkeluh kesah di tempat duduknya. Terasa bagai menanti buah yang tidak gugur pula dikala ini. Wajah sahabatnya dipandang lagi. “Mana Amyra?”
“Kau ni sabar la sekejap.. on the way la tu kot” Haikal berkata lagi. Geram pula dia melihat Ilham yang bagai cacing kepanasan itu. Sudahlah tadi dia dikejutkan dengan kedatangan Ilham di Putra holding sedangkan sedikit pun tidak pernah sampai ke pengetahuannya bahawa Ilham sudah kembali ke Malaysia.
“Aku tak boleh sabar dah. Rasa macam nak gila” Mukanya diraup beberapa kali. Setelah mendengar kata kata Ariana hari itu dia benar benar ingin mengetahui apa makna kata kata itu. Ingin tahu apa yang terjadi selama ketiadaanya. Dan disebabkan itulah dia kini berada di Restoren Kirana itu bertujuan untuk berjumpa Amyra.
“Ilham” Amyra terjerit kecil. Tidak percaya Ilham kini berada dihadapannya. Bila pula lelaki ini kembali ke Malaysia? Lalu apa pula yang membawa Ilham datang untuk berjumpanya. Tadi dia mendapat panggilan Haikal menyuruh mereka bertemu di restoren itu. Setelah sekian lama tidak berjumpa baru hari ini mereka bersua muka. Itu pun kini dia dikejutkan pula dengan wajah kelam kabut Ilham.
“Oh my god.. awak tahu tak berapa lama saya ngan Am tunggu” Haikal membebel panjang. Tangan Amyra ditarik supaya duduk di kerusi disebelahnya.
“Kenapa ni?” Kelam kabut langkahnya akibat ditarik laju begitu.
“Minum air ni” Tangan Ilham menyua segelas air ke hadapan gadis itu.
Amyra tersenyum Cuma. Sepatutnya dia yang menghulurkan lelaki itu air bukan sebaliknya, kerana lelaki itu yang kelihatan semput lagaknya bukannya dia biarpun agak terkejut dengan pertemuan yang tidak diduga itu.
“Ok sekarang ceritakan pada saya .. apa yang jadi pada Sofea selama ini” Ilham terus mangajukan soalan. Tidak dihiraukan Haikal yang memandangnya tidak berkelip.
Amyra mengerutkan dahinya. Dia tidak tahu hendak menceritakan apa. Sudah lama dia tidak bertemu temannya itu biarpun ada rasa rindu mendengar suara itu, tetapi mengingatkan Ariana yang sudahpun mengusir nya jauh dari hidupnya dia rela. “Bila awak balik?” Soalan diajukan dengan soalan.
“One week. Apa yang jadi selama ni Myra?” Suaranya lirih pula.
“Saya tak tahu Ilham..”
“Awak dah tak contact dengan Sofea” Dia bertanya pelik.
“Selepas awak pergi Ariana jadi tak tentu arah, terlalu kecewa. Entah lah dalam masa satu hari je dia berubah” Amyra memulakan cerita. Masih diingat lagi Mak Ilah yang tergesa gesa menuju ke tingkat atas setelah dipanggil Ariana. Kemudian muncul pula dengan membawa pakaian yang seingatnya dibeli oleh Ilham.
“Kemudian” Ilham bertanya lagi.
“Sejak hari tu dia berubah. Dia pergi clubbing, balik lewat pagi. Dia dah berubah..” Lirih suara Amyra. Sungguh dia sayangkan Ariana tapi siapa sangka persahabatan mereka tidak bernilai di hati gadis itu.
“Awak tak nasihatkan dia” Haikal menyampuk.
Amyra tersenyum hambar. Airmatanya terasa ingin menitis mengingati saat dahulu. “Puas saya nasihatkan dia, dia terlalu kecewa bila awak tinggalkan dia Ilham.. dan dia.. dia.. dia halau saya.”
“What!!” Mereka berdua bersuara serentak. Terkejut. Tidak menyangka Ariana tergamak menghalau teman baiknya sendiri.
Amyra hanya menganguk “Ya.. dia halau saya. Saya pindah sehari sebelum dia kahwin..”
“Ariana dah kahwin?” Haikal bertanya tidak percaya.
“Erm.. ngan lecturer kita orang..”
“Siapa?”
“Sir Zairil.. Tengku Zairil Iskandar.”
“Abang kau?” Haikal bertanya Ilham pula. Dia kenal akan Abang Ilham biarpun hanya sekali mereka bersua muka. Kerana lelaki itu pernah sekali datang ke Putra Holding. Hanya sekali.
“Apa?? Abang awak..” Amyra menekup mulut. Tidak percaya.
Ilham hanya menganguk. “Kenapa mereka kahwin. Diaorang bercinta ker?”
Amyra mengeleng lagi. “Keadaan Ariana terlalu teruk. Dia keluar saban malam, dengan lelaki yang berlainan.. you just imagine. Hidupnya dah tak berarah. Sir Zairil risau tengok keadaan dia.. lagi lagi bila dia nampak Ariana.. Ariana” Bibirnya terketar ketar menyudahkan kata. Dahulu Zairil pernah memberitahu jikalau dia selalu terlihat Ariana berpeleseran dengan lelaki yang berlainan dan sesekali berpelukan juga. Temannya itu benar benar sudah sesat. Lantaran itu, biarpun dia tidak suka namun jauh disudut hati dia mengizinkan Zairil menjaga Ariana biarpun dia tahu cinta Ariana hanya untuk Ilham.
“Ariana berpelukan dengan lelaki kan..” Haikal bertanya pula. Dulu dia pernah terserempak dengan Ariana. Tapi hanya dari jauh. Lalu diyakinkan hatinya itu bukan Ariana apatah lagi melihat pakaian gadis itu yang bukan seperti Ariana yang dikenali selama menjadi kekasih sahabatnya itu.
“Awak dah bertunang kan Ilham?” Amyra mengaju soalan pula.
Ilham hanya menganguk. Tidak lagi mampu bersuara sebaik mengetahui cerita itu. Pantas saja Ariana mengatakan dirinya tidak ubah seperti pelacur. Ahh.. sofea mengapa harus memilih jalan yang salah? Dia juga turut kecewa tetapi bukan begitu caranya. Hatinya mula menyesal.
“Kenapa? Kenapa awak mainkan Ariana? Awak tahu dia pergi klia untuk cari awak.. tapi.. dia terkejut bila tahu awak dah bertunang. Dan akhirnya.. awak yang menyebabkan hidupnya merana Ilham.” Wajah Ilham ditentang berani. Padanya Ilham adalah penyebab mengapa Ariana berubah menjadi begitu.
Ilham mengeleng Cuma. Hatinya sebak. Tidak mahu menjawab soalan dia terus berlalu pergi. Ahh.. Fea.. maafkan Abang!! Patutlah Sofea membencinya. Mengapa begini takdir cinta mereka. Sudah benar benar cintakah Sofea kepada Zairil?? Abangnya itu.

Air tasik yang tenang dipandang lama. Biarpun dia tahu hatinya tidak setenang itu. Gusar dia memikirkan mengapa begini berakhirnya kisah mereka. Ilham mengeluh. Siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan. Bodohkah dia kerana menghambakan dirinya kerana cinta.
Fea salah abang tinggalkan Fea.. tapi tahukah Fea abang turut merana bila kita berpisah? Kenapa harus Fea musnahkan diri sendiri? Kenapa bukan Fea bertahan demi cinta kita?
Ilham tersandar lesu di kerusi tasik putrajaya itu. Tasik yang menjadi saksi cintanya dan Ariana. Sebak hatinya apabila mendengar cerita dari Amyra. Langsung tidak berpuas hati dia bertemu pula dengan Mak Ilah. Hancur hatinya ketika mendengar cerita perempuan tua itu.
Sofea..bukan itu caranya sayang. Ahh.. terlewat benarkah dia kembali ke Malaysia?
“Ariana memang dah berubah.. keadaan dia betul betul teruk sejak kamu tingalkan dia”
Kata kata Mak Ilah masih segar di ingatannya. Tidak tergamak rasanya dia untuk melihat keadaan huru haru gadis yang dicintainya itu.
Ahh.. siapa sebenarnya yang bersalah? Dirinya sendirikah? Tapi bukankah dia sudah berjuang habis habisan demi mempertahankan cinta mereka.
Sofea?? Tidak!! Biar sampai mati pun dia tidak akan pernah menyalahkan gadis yang dicintainya itu. Cuma jauh di sudut hati dia benar benar terkilan kerana Sofea lebih memilih untuk melupakan dia dengan cara yang menghambakan diri kepada dunia hiburan.
Zairil? Abangnya itu kah yang harus dipersalahkan?? Tapi bukankah abangnya itu yang membawa Sofea kembali kepada jalan yang benar?? Biarpun dia terpaksa berpindah ke Uk gara gara abangnya yang sudah berpatah arang dengan pertunangannya dengan Nisha. Tapi tahukah abangnya itu bahawa dia sedikit pun tidak pernah mencintai Nisha? Tidak walau sebesar kuman. Hubungan yang diikat hanya disebabkan dia terpaksa menurut perintah umi dan papa di atas wasiat ayah Nisha.
Nisha?? Ahh.. dia malas mahu memikirkan bekas tunangnya itu. Sudah jelas dia tidak pernah mencintai Nisha. Tentang kejadian di resort itu dia sendiri tidak pasti sama ada ia dirancang ataupun tidak. Yang pasti dia tidak pernah curang kepada Ariana. Tidak pernah dan tidak akan.
Tapi mengertikah hati gadisnya itu? Tidak Ariana lebih percaya kalau dia sudah melakukan perbuatan terkutuk itu dari percaya pada kata katanya. Lalu siapa lagi yang harus dipersalahkan?
Umi? Papa? Tega benarkah dia menyalahkan kedua orang tua yang sudah lama berbakti kepadanya itu. Biar pun umi yang memaksanya kembali ke Uk sekaligus meninggalkan Ariana tapi tergamakkah dia?
Atau segala yang terjadi itu sebenarnya adalah takdir cinta. Takdir cinta diantara mereka berdua. Takdir cinta yang memaksa mereka berpisah. Atau sememangnya sudah tertulis di lut mahfuz bahawa manusia yang bernama Nur Ariana Sofea Bukanlah ditakdirkan untuk bergandingan dengan nya yang bernama Tengku Fakrul Ilham??
Jikalau benar begitu mengapa rasa cinta itu tidak pernah berkurang biarpun mereka sudah berpisah lama. Malahan lewat pertemuan mereka kembali rasa cinta yang tertanam di hatinya semakin mekar biarpun gadis yang dipujanya itu sekarang sudah menjadi isteri orang.
Isteri?? Ahh.. dari dulu hingga sekarang dia benar benar berharap untuk menjadikan Ariana sebagai isterinya. Supaya dapat dia luruhkan segala kasihnya buat gadis itu.
Tetapi kini.. “Arghhhh….” Ilham menjerit kuat. Dia benar benar sudah buntu dikala ini. Berharap segala masalah hilang dalam sekelip mata. Paling tidak putarkan kembali masa supaya dia dapat bersama Ariana buat selama lamanya.

Zairil menekur lantai lama. Bagaikan terdapat bayang Ariana disitu. Entahlah dia sendiri tidak pasti perasaan apa yang sedang membelengunya kini. Memang diakui layanannya kepada isterinya itu masih sama. Layanan Ariana terhadapnya pun masih sama. Masih hambar. Adakalanya ceria. Biarpun tidak sedikit pun berubah.
Ahh.. sudah jatuh cintakah dia? Lalu bagaimana pula dengan cinta hatinya yang pertama? Jikalau bukan cinta yang menyapa mengapa dia terasa ingin membelai Ariana biarpun gadis itu tidak pernah sudi menerima sentuhannya.
Dia juga manusia biasa. Sudah lumrah bagi seorang lelaki apabila berduaan dengan seorang perempuan. Pasti mereka punyai perasaan dan keinginan yang sama.
Masalahnya apakah wajar dia melakukan itu sekiranya tiada rasa cinta dia kepada Ariana. Yang lebih serius apakah Ariana mencintainya sekiranya dia benar benar jatuh cinta kepada Ariana?
Kusut. Fikirannya benar benar kusut. Jikalau dia diberi peluang untuk mencintai isterinya itu pasti dia akan benar benar menjaga Ariana. Tapi sayang seribu kali sayang dia tidak diberi peluang itu biarpun jelas dimatanya layanan Ariana semakin baik untuknya
Masalahnya sekarang dia bukan buta untuk menilai hati wanita itu. Dia yang berada disisi Ariana. Melihat sendiri Ariana menghancurkan hidupnya gara gara cinta yang tidak kesampaian. Melihat sendiri betapa Ariana tega memilih untuk menghambakan diri pada lelaki hanya kerana orang yang dicintai sudah membuangnya jauh.
Syukur. Dia bersyukur kerana sempat menyelamatkan Ariana dari terlanjur jauh. Dia akui jauh disudut hati dia sayangkan Isteri yang dinikahi atas rasa tanggungjawab untuk menyedarkan gadis itu. Masalahnya sekarang sampai bila mereka harus begini?
Perkahwinan itu langsung tiada ertinya jikalau mereka berdua langsung tidak punya gerakan yang sama. Langsung tidak seirama. Tapi untuk melepaskan Ariana mampukah dia?
Sudah lebih setahun dia dan Ariana menjadi suami isteri tapi sayang hubungan yang Nampak ceria di mata semua hanya palsu semata mata. Ariana? Biarpun isterinya itu sudah berjanji akan setia bersamanya. Melupakan kisah lalu dan tidak akan berpaling darinya. Tapi mampukah dia membutakan mata melihat betapa hambarnya hubungan mereka?
Dia sendiri biarpun sudah berjanji tidak akan meninggalkan Ariana. Akan terus setia menjadi suami Ariana, dan berjanji akan terus membimbing isterinya itu apakah mampu untuk terus mengotakan janjinya?
Jikalau isterinya itu tidak dicintai mengapa pula dia menghadiahkan ciuman dipipi dan dahi gadis itu saban hari. Tanda kasihkah? Dan sesekali tubuh itu tetap dipeluk erat biarpun hanya kaku. Ah.. mengapa dia melakukan itu semua?
Tidak peritkah hatinya untuk jatuh cinta. Jikalau benar cinta. Lalu bagaimana pula dengan Nisha Elissa? Bukankah dia pernah berjanji akan setia menunggu Nisha. Apatah lagi setelah diketahui pertunangan antara Nisha dan adiknya sudah terlerai.
Ahh.. cinta. Begitu hebat mempermainkan manusia. Nisha meninggalkannya tanpa langsung menghalang ikatan pertunangan yang diatur kedua orang tua mereka berbeza langsung dengan adiknya yang berhabisan mencuba meleraikan ikatan yang tidak dipersetujui nya itu.
Sudahnya, Ilham merana disebabkan terpaksa bertunang dengan Nisha, itupun dia tahu dari Shireen. Nisha? Nisha kini kembali merayu cintanya. Memohon maaf diatas keterlanjurannya kerana berpaling tadah dengan cinta mereka. Namun masih cintakah dia terhadap kekasihnya itu?
Ariana? Kini menjadi isterinya biarpun dulu ikatan yang dipaut langsung tidak berkaitan dengan cinta. Tapi bukankah isterinya itu turut parah dikerjakan cinta.
Dia? Dia pula dahulu pernah berharap keajaiban akan menjelma. Dia benar benar cintakan Nisha. Tapi kesudahannya? Ahh.. bukan kah dia sudah punya isteri. Ariana Sofea. Dia akan memastikan gadis itu sentiasa bahagia bersamanya. Harus. Dia harus memupuk perasaan cinta diantara mereka berdua kerana sememangnya hubungan mereka sudah terpatri lama.

10 comments:

epy elina said...

hohooh...
trlalu konflik hbngan cnta ni...
klu zaril xblh mncntai ari...
lepskan je lah....

Unknown said...

bahagia kn ary, zairil,,,
jgn biarkn ary terkapai kapai lg spt mana ilham prnh lakukn pd ary dulu,,,
andai itu takdir cinta,,,,

keSENGALan teserlah.. said...

aiyaarrkk...
aril cintakan ary..cume masih dalam tahap keliru sbb ary pun masih tak bagi apa2 respon...
sungguh la complicated dorang nie..
pape pon,aril tak deserve untuk nisha sbb nisha tak setia..

Hafia Hana said...

adoyai...
xmo la ary ngan ilham
nk zaril gak!

luv' said...

complicated!! dilema~~xble nk agak ary ngan sapa nnti~~kasihan ilham=.=

Unknown said...

xtau nk ckp apa lagi
takdir takdir

fara said...

hahaha.. keliru yerp??? thanks for da comment...=p

::cHeeSeCaKe:: said...

complicated!
ape2 pon still nk aril n ary..

Anonymous said...

Jimmie, yea right :)

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik