Tuesday, July 20, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 48

Ariana melihat jarinya lama. Sesekali matanya melirik melihat Ilham yang kaku dihadapannya. Terasa menyesal pula dia turun keruang tamu ini. Tadipun dia turun akibat terpaksa apabila Ilham mengugutnya supaya cepat turun. Tapi sekarang mengapa lelaki itu hanya diam membisu?
“Kalau nak cakap.. baik cakap sekarang before Zairil balik” Dia bersuara akhirnya. Ketika ini Zairil masih belum pulang dari keluar entah kemana. Tidak pula dia tahu. Dan sememangnya dia tidak pernah ambil tahu.
“Kenapa?? Fea takut Zairil tahu” Ilham turut mengikut rentak gadis itu membahasakan Abangnya dengan pangilan Zairil bukan Abang long. Wajah Ariana ditatap sedalam dalamnya.
“Kalau tak de apa apa saya naik dulu” Badannya digerakkan. Tidak mahu berlama disitu. Bimbang Shireen melihat. Gusar apa kata adik iparnya nanti.
“Abang dah tahu semuanya..”
Mata Ariana tunak memandang Ilham. Apa maksud lelaki itu apabila mengatakan dia sudah tahu semuanya. “Maksud awak?”
“Kenapa Fea? Kenapa Fea buat semua tu..” Ilham bersuara lirih. Namun tetap tenang. Dia sudah nekad. Dia akan menceritakan segala galanya kepada gadis itu.
“Sudahlah..” Seakan mengerti apa yang ingin disampaikan Ilham Ariana pantas menghalang. Dia tidak mahu mendengar tentang kisah lalunya. Biarpun hatinya berdetak ingin tahu siapa yang menceritakan kepada Ilham akan kisahnya itu.
“Tak usah awak ceritakan kisah lalu saya .. sebab saya yang mengalaminya. Apa yang awak tahu tak sama dengan apa yang saya rasa dan takkan dapat tandingi pedih hati saya yang terluka kerana awak”
“Kenapa .. kenapa Fea tak halang abang? Kenapa Fea tak minta penjelasan abang? Kenapa Fea tingalkan klia tanpa dengar penjelasan abang?” Dia bertanya pula. Kalau la dia tahu Ariana mencarinya di Klia pasti dia akan terus bertahan disisi gadis itu. Paling tidak dia akan menyuruh Ariana menunggunya kembali.
“Kalau saya tanya.. awak ada jawapan untuk soalan saya?” Ariana menyoal kembali. Dadanya turun naik menahan getar pelbagai rasa.
“Abang cintakan Fea. Seumur hidup abang cuma cintakan Fea. Tak boleh Fea bertahan sepertimana abang bertahan selama ni? Kenapa mesti hancurkan diri sendiri Fea? Kenapa?”
“Awak tunangan orang Ilham. Awak fikir macam mana saya dapat terima kenyataan tu sedangkan hari hari saya dijamu dengan kata manis awak. Pedih Ilham. Hati saya tersayat bila kenyataan disuakan didepan mata” Air matanya menitis. Ketenangan di wajah Ilham dipandang lama.
“Abang memang bertunang dengan Nisha. Tapi bukan atas kerelaan hati abang. Abang terpaksa.. atas permintaan umi dan papa dan atas wasiat ayah nisha. Abang terpaksa.. Fea faham tu?”
“Hakikatnya still sama kan? Awak still menipu saya.”
“Fea.. abang terpaksa pindah ke Uk untuk uruskan syarikat sebab Abang Zairil tekad nak pindah sini.. sebagai pertukaran abang kena pergi sana. Tambah tambah Umi turut sama desak abang supaya balik Uk..”
Ariana hanya memandang. Tidak berniat mahu menyampuk ataupun bertanya. Biar seribu kali diterangkan pun. Semuanya tetap tidak akan berubah. Kesuciannya sudah tercela. Dan dia? Dia sudahpun berkahwin dengan Zairil. Abang lelaki itu. Biarpun pahit untuk ditelan kenyataan itu. Dia tetap harus menerimanya.
“And bila sampai sana. Abang berhabisan menentang keputusan parent abang. Putuskan pertunangan abang.. hanya kerana nak pertahankan hubungan kita, tapi Fea..”
“Kalau awak sayang kan saya kenapa tidak awak kembali ke Malaysia? Kenapa tidak awak terangkan pada saya? Kenapa awak terus biarkan saya hanyut dalam menelan rasa kecewa dengan pemergian awak Am?”
“Fea..” Ilham menyeru perlahan. Bagaimana harus dia terangkan segala yang terjadi sekiranya reaksi Ariana hanya kaku bagai orang tidak berperasaan. Tenang. Biarpun sebentar tadi dia melihat ada tititsan air mata yang mengalir dipipi gadis itu. Berbeza dengannya yang melihat dengan hati yang berbuku dan kesal.
“Sudahlah.. biar beribu kali awak terangkan, kenyataannya tetap sama. Saya.. saya perempuan yang awak tinggalkan yang cuba melupakan awak dengan merosakkan diri sendiri. Saya menyesal. Awak tahu tak saya benar benar menyesal? Diri saya dah terpalit seribu satu dosa. Dan awak? Awak insan yang berjaya melukakan hati saya.. tahniah Am..” Dengan langkah perlahan dia menuju ke tingkat atas.
Ilham memaut tubuh Ariana perlahan.“Fea.. Fea kembali pada Abang. Kita mulakan hidup baru.” Dia benar benar sudah terdesak dikala ini. Ketenangan Ariana mengoyahkan ketenangan diwajahnya yang sedari tadi dipamerkan.
Ariana mengeleng perlahan. Mana mungkin dia melakukan itu sedangkan dia kini sudah punya suami. “Saya kakak ipar awak Ilham. Tolonglah.. jangan ganggu saya lagi.” Tangan Ilham yang memegang bahunya ditolak perlahan.
“Tapi Fea tak cintakan Zairil kan? Cukup Fea.. jangan hancurkan hidup sendiri. Abang cintakan Fea. Abang akan jaga Fea sampai bila bila.” Ilham bersuara yakin. Dia pasti Ariana mencintainya.
Sepi. Ariana hanya membisu.
“Fea.. abang minta maaf. Maafkan abang. Abang akan terima Fea biar apapun yang terjadi. Fea kembali pada abang ya..” Dia mendesak lagi.
“Takde apa yang akan berubah awak.. tetap sama” Tubuhnya ditarik supaya menjauh. Namun kembali berpaling kerana direntap Ilham.
“ Fea cintakan abang kan? Fea tak cintakan Zairil kan?”
Ariana tersenyum hambar. Tersenyum dalam tangisan. Biar apa pun berlaku dia takkan mungkin berpaling dari Zairil. Tidak mungkin. Wajah Ilham dilihat lama. Biar tersemat kukuh dihatinya kerana ini kali terakhir dia akan melihat wajah itu. “Saya cintakan Zairil. Saya tak cintakan awak” Air mata turut mengalir seiring dengan kata kata yang terluah dibibirnya.
Ahh.. air mata mengapa masih mahu keluar jikalau benar luahan kata katanya tadi. Mengertilah wahai hati. Jangan sesekali berpaling dari suami mu. Hatinya merintih sayu.
Ilham yang mendengar terkedu. Benar benar cintakah Ariana kepada abangnya. Lalu apa pula kesudahan cinta mereka?

“Kenapa abang jadi lecturer? Kenapa abang tak uruskan company??” Ilham bertanya Zairil. Hanya malam ini mereka berpeluang bersua muka. Itupun kerana Ariana dan Shireen masih belum pulang dari keluar berjalan jalan.
“Abang bahagia?” Ilham bertanya lagi apabila Zairil tidak menjawab pertanyaanya. Dia benar benar berharap soalanya kali ini dijawab. Dan sememangnya itulah soalan yang ingin diajukan kepada abangnya sedari dulu.
“Maksud angah??” Zairil bertanya kembali. Tidak mengerti. Untuk soalan yang pertama sengaja tidak dijawab. Kerana dia tahu adiknya itu tahu yang dia benar benar berpatah arang dengan keputusan umi dan papa yang memaksanya pergi menjauh dari keluarganya itu.
“Abang cintakan Nisha kan? Kenapa abang berkahwin dengan..” Dia tidak meneruskan kata. Yakin abangnya itu tahu. Yang abangnya itu tidak tahu isterinya itu adalah kekasihnya hanya itu.
“Nisha bertunang dengan Angah.. bukan dengan abang…”
“Abang tahu kan angah terpaksa ikut kata kata umi ngan papa. Bukan kehendak angah. Angah tak pernah cintakan Nisha tapi yang angah hairan macam mana abang boleh kahwin dengan Ariana. Bukan ke abang cintakan Nisha??”
“Kisah abang dengan Ary biar lah hanya abang yang tahu. Kisah abang dengan Nisha biarkan berlalu. Mungkin tak de jodoh antara kami..”
“Abang bahagia” soalan itu diulang lagi.
Zairil hanya menganguk. Bahagiakah dia? Ya dia bahagia punya isteri seperti Ariana biarpun hubungan mereka tidak ubah seperti digantung tidak bertali. Tidak ubah seperti seorang kawan rapat. Hanya bergerak seiring dengan masa.
“Abang cintakan Ariana” Bibirnya bergetar untuk bertanyakan soalan itu. namun dia terpaksa. Dia ingin tahu sedalam mana hubungan Ariana bersama abangnya itu.
“Angah ni kenapa? Pelik betul soalan.. dah tu panggil la isteri abang tu kak Ary. Memang dia muda dari angah tapi dia isteri abang” Zairil menegur sambil ketawa perlahan. Kelakar melihat adiknya yang serius berkata kata.
Kak Ary? Bagaimana harus dia memanggil Ariana dengan panggilan kakak sedangkan hatinya terlalu mencintai gadis itu. Dan yang pasti Ariana adalah kekasihnya.
“Ermm.. pasal cinta tu..abang tak pasti. Tapi yang pasti cinta boleh dipupuk kan??” Zairil berkata lagi setelah melihat Ilham hanya membisu.
“Abang dah tak cintakan Nisha..”
“Angah.. berulang kali abang katakana, kisah abang dan Nisha dah lama berlalu. Abang dah punya isteri. Dan abang akan terus kekal bersama isteri abang..”
Ilham terkedu. Apakah dengan kata kata itu bermakna Zairil akan terus bersama Ariana. Lalu bagaimana pula dengan hatinya?
“Kenapa angah diam..so what about your girl. Adik cakap angah balik Malaysia because of her??” Zairil bertanya pula. Shireen pernah memberitahunya bahawa Ilham memutuskan pertunangannya dengan Nisha kerana dua sebab. Kerana dia dan kekasihnya itu.
“Entahlah .. rumit..” Ilham bersuara lirih. Tidak mengertikah abangnya itu bahawa ‘girl’ yang dikata abangnya itu adalah Ariana. Lalu bagaimana pula penerimaan Zairil sekiranya tahu tentang semua itu.
“Kenapa pulak?” Dia bertanya pelik. Tidak mengerti.
Bahunya hanya diangkat perlahan. Tiada jawapan. Sememangnya dia tidak tahu harus memberitahu apa lagi. Kenyataan sudah tersua di hadapan mata. Zairil sudah menerima Ariana sebagai isterinya. Dan peluangnya untuk memiliki Ariana terlalu nipis. Apatah lagi untuk terus pertahankan cinta mereka itu.
“Ary.. baru balik” Zairil menegur sebaik melihat Ariana masuk melalui pintu utama.
Ariana berpaling perlahan. Wajah Ilham dipandang sekilas. Kemudian dia menuju kearah Zairil perlahan. Lalu tangan suaminya itu dicium. “Ermm.. keluar kejap”
Ilham mengetap bibirnya perlahan. Pedih hatinya melihat situasi dihadapannya itu. Ayu wajah Ariana yang berbaju kurung dengan tudung yang dipin kemas dipandang lama,
“Ary dah makan” Zairil bertanya lagi. pucat wajah isterinya ditenung. Pelik pula dia melihat betapa pucat wajah itu.
“Belum!!” Dia menjawab sepatah.
“Kenapa tak makan lagi? Tu muka pucat kenapa .. sakit” Teguran diberikan sambil tangannya menekap ke dahi Ariana perlahan. Risau pula dia melihat keadaan Ariana itu.
Tangan Zairil ditolak perlahan. senyuman hambar terukir dibibirnya. “Saya ok.. takpelah.. saya tak lapar..”
“Angah pergila naik tidur. Selesaikan masalah elok elok. Dah lewat malam ni” Zairil menegur Ilham apabila dilihat adiknya itu hanya berdiam diri. Sayu wajah adiknya itu direnung. Dia tidak tahu apa masalah Ilham tapi dia yakin adiknya itu pasti punya masalah yang besar. Mungkin berkaitan dengan kekasihnya itu. Ahh.. hebat benarkah perempuan yang bisa mengucar ngacirkan hidup adiknya itu kerana setahunya Ilham seorang yang tenang selama ini.
Ilham hanya tersenyum hambar. “Abang naik dulu.. angah nak ambil angin kat luar jap”Dia beralasan. Sedangkan hatinya ketika ini hanya tuhan yang tahu apabila melihat tangan Zairil erat merangkul bahu Ariana.
“k lah.. abang naik dulu” Bahu Ilham ditepuk perlahan. Wajah Ariana dipandang pula. ‘”Jom la naik tidur.. mesti dah penat kan” Hidung isterinya dicuit perlahan.
Ilham melihat dengan pandangan yang berpinar. Tidak percaya cinta yang dibina dan dipertahankan selama ini terlerai begitu sahaja. Dan tidak tergamak memikirkan Ariana yang menuju ke biliknya bersama Zairil. Kepalanya dipicit perlahan bagi mengurangkan rasa sakit. Ahh.. Tuhan peritnya hati menahan rasa cinta.

Ariana yang baru sahaja keluar dari bilik air terus menerpa Zairil yang dilihatnya leka memandang ke bawah. Entah apa saja yang menarik di balkoni itu dia sendiri tidak pasti untuk bertanya hatinya tiada rasa kearah itu. Penat.
“Awak buat apa kat sini?” Pandangannya turut dihalakan kearah pandangan yang sama dengan Zairil.
“Itu..”
Ariana hanya tersenyum. Zairil sedang memerhatikan Ilham rupanya. Mengapa pula dengan lelaki itu? “Kenapa dengan dia?”
“Abang risau tengok dia.” Zairil bersuara sambil memandang adiknya yang sedang tekun bersandar sambil memejam mata di laman rumah mereka. Hairan pula dia melihat betapa berkerutnya muka yang selama ini hanya tenang itu.
“Risau? Kenapa?” Sakitkah Ilham. Tapi tadi lelaki itu dilihat baik baik sahaja.
“Entah.. abang rasa dia ada masalah..”
“Awak tak tanya?” Dia menyoal pula. Bagai terasa ingin turut tahu apa masalah lelaki itu.
Zairil berpaling. Wajah Ariana ditatap sedalamnya. “Dia tak jawab.. tapi abang rasa mungkin tentang girlfriend dia. Dia tak cerita pada Ary”
Ariana hanya mengankat bahunya. Tanda tidak tahu. Dan sememangnya dia tidak mahu ambil tahu. Benarkah? “Buat apa dia cerita pada saya..”
“Mana tahu.. Ary kan akak ipar dia”
Ariana tersenyum lagi. kakak ipar? “Awak rapat dengan dia sebelum ni?”
“yups..” Hanya ketika sebelum Ilham bertunang dengan Nisha. Sebaik dia tahu akan permintaan uminya itu, hampir saja adiknya itu ditumbuk namun di tahankan hatinya apatah lagi mengenangkan betapa eratnya hubungan mereka sebelum ini.
Shireen! Adiknya itu yang berulang kali memberitahunya bahawa Ilham tidak bersalah. Sudahnya dia menjauh dari keluarganya itu. Itupun selepas bertahun pertunangan antara Nisha dan Ilham diikat. Tidak disangka pula Ilham berani memutuskan pertunangannya itu. Dan atas sebab itulah rasa marahnya kepada Ilham sudah semakin berkurangan, membuatkan hubungan mereka agak baik kini.
“Awak sebenarnya tak pernah tahu isi hati Ilham, Zairil” Perlahan suara Ariana. Bertujuan untuk memberitahu diri sendiri.
“Apa Ary cakap” Zairil bertanya kembali. Dia bagaikan dapat mendengar kata kata Ariana itu. Namun tidak pula jelas ditelinganya.
“Saya tak cakap apa apa pun” Dahinya dikerutkan. Tidak mahu Zairil bertanya lagi. “Ermm.. saya tidur dulu” Dia berlalu. Seperti biasa comforter ditepi katil dibuka lalu dihamparkan. Mahu menyediakan tempat tidur lelaki itu. Dia malas mahu menyesakkan fikirannya lagi. Biar beribu kali difikirkan keadaan tidak akan berubah.
Zairil hanya memandang gerakan Ariana. Sesekali matanya melirik pula kepada Ilham yang sedang termenung dibawah. Ah.. rumit. Mengapa rumah itu bagaikan tiada serinya. Seperti terkena sumpahan pula apabila setiap orang disekelilingnya punya masalah biarpun tidak jelas di matanya.

9 comments:

Unknown said...

zairil xtau lg sape makwe ilham,,,
kalu die tau cm ne eh,,,??
kecewa kn,,,??or rase berslh,,??
ape2 pn,,,

ak still nk lg,,,
hehehe

Unknown said...

ariana n zairil dh buat yg terbaik utk perkahwinan mereka...


nk guess2 pon payah gak
dah main hati, perasaan dan juga hukum tuhan

aisyyy

hana_aniz said...

dalam hal ni, ary n ilham kena look forward la. past is past. kalo aril leh nk terima hubungn dia dgn ary. ni kan ary n ilham.

Hafia Hana said...

btl2
pastis past
let left it behind
walk for future
nk aril ngan ary gak!

Ana Joe said...

kesian kat zairil...
bilalah diorang nk betul2 baik...

epy elina said...

hohoho...
rumitnya mslh ni...

Anonymous said...

JANGAN AR ARY NGAN ILHAM.........
SEMOGA ILHAM DPT LUPAKAN ARY N ARY TETAP NGAN ARIL.........

Queen.Permaisuri / Suri Ryana said...

go aril n ari! :)

budakbachok said...

aik???nape template asyik tukar2 ni??