Wednesday, August 4, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 52 and 53

BAB 52


Melihat Ariana yang bersendirian di laman rumah Ilham menerpa. Selagi mampu dia akan terus merayu Ariana kerana dia tahu Ariana cintakan nya bukan Zairil. Dia mahu menebus salahnya. Dia mahu Ariana berada di sisinya kerana dia cintakan gadis itu seumur hidupnya.
“Apa lagi yang awak nak? Tolongla pergi jauh dari hidup saya” Ariana merayu lirih. Dia benar benar rawan apabila hari hari dikejar lelaki itu. Tidak penatkah Ilham mengejarnya.
“Abang akan terus seru Fea. Sampai Fea kembali pada abang” Ilham bersuara perlahan. Namun masih jelas untuk ditangkap oleh telinga Ariana.
“Saya takkan kembali pada awak, biar beribu kali awak seru pun. Saya tak cintakan awak” Dia bersuara lagi. Memohon pengertian. Bimbang hatinya yang sudah retak pecah berderai.
“Gerakan badan Fea tak seiring dengan kata kata Fea. Percayalah Fea, cinta Fea hanya untuk abang”
“Saya tak cintakan awak Ilham. Tak, saya tak cintakan awak” Dia bersuara lagi.
“Kalau tak cintakan abang kenapa rantai yang abang bagi Fea masih pakai. Dekat dileher Fea. Menunjukkan cinta kita lekat dihati Fea” Ilham menunjuk pula pada rantai loket yang terletak kemas dileher Ariana. Tidak cukup lagi kah bukti yang ditunjukkan bahawa gadis itu turut punya perasaan yang sama dengannya.
Ariana mengetap bibir. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak pernah mencuba untuk membuang jauh rantai itu dari lehernya. Biarpun selepas ditegur Zairil dahulu. Dengan gerakan longlai dia menanggalkan rantai itu. Berat hatinya namun dia harus melakukannya juga.
Sebaik rantai ditanggalkan dia menarik tangan Ilham lalu diletakkan ditelapak tangan lelaki itu. “Ambillah..”
“Fea.. jangan macam ni sayang..” Tangan Ariana digengam erat.
“Pergilah Am.. pergi” Ariana merayu perlahan. Apatah lagi dia bagai dapat mendengar suara Zairil yang memanggilnya dari dalam rumah.
“Fea..” Ilham mengetap bibirnya. Benar benar keraskah hatimu sayang? Pegangan tangannya terlerai.
“Apa yang Ary ngan angah buat kat sini?”
Mendengarkan suara itu. Ariana berpaling. Wajahnya pucat melihat Zairil yang sedang tunak berdiri beberapa langkah dihadapannya. “Err.. saya ambil angin..”
“Ouh..” Langsung tidak mengesyaki apa apa Zairil menerpa ke tempat Ariana. Tetapi dahinya kembali berkerut sebaik melihat rantai Ariana berada di tangan Ilham. Dan wajah adiknya itu kusut semacam. “Kenapa rantai Ary ada dengan angah? ”
“Err.. angah nak tengok rekaan dia tadi. Nak hadiahkan buat girlfriend dia” Suaranya diceriakan sambil mendatar memberi alasan yang dianggap logic.
“Ouh.. angah dah baik dengan kekasih angah ya..” Zairil bertanya pula. Langsung tidak perasan riak wajah yang sudah ketara berubah itu.
“Eh.. bukan la. Rantai tu sebenarnya Reen yang nak” Shireen menyampuk sebaik mendengar kata kata abang longnya.
Ariana terpinga pinga. Sandiwara apa yang dimainkan adik iparnya itu?
“Ouh..” Zairil menganguk pula. “Abang ingatkah angah nak bagi pada kekasih baru dia tadi” Dia berselorah.
Ketawa Shireen lepas. Wajah abangnya dipandang “Wow.. abang ngah ada kekasih baru ya..” Dia turut menyakat. Sengaja mahu memeriahkan suasana yang suram.
“Seumur hidup, abang hanya akan cintakan seorang perempuan Reen.. hanya seorang” Seusai berkata dia berlalu pergi.
Shireen mengetap bibir. Terasa serba salah apabila terasa dia sudah terlampau mengusik abangnya itu.
Zairil yang mendengar terpinga pinga. Tidak faham mengapa adiknya perlu berkata serius begitu.
Air mata Ariana mengalir perlahan. Tersentap dengan pengakuan Ilham yang tidak diduga itu. Ahh.. Ilham benar benar cintakah awak kepada saya??

“Achum!!” Ariana bersin buat kesekian kalinya. Hidungnya digosok perlahan. Lemah badannya dirasakan apabila tiba tiba badannya mendadak diserang panas.
“ Ary ok tak ni” Zairil bertanya lagi. Bimbang pula dia melihat isterinya itu.
“Saya ok” Dia berkata sambil tangannya mengurut perlahan kepalanya yang sakit. Pening! Kepalanya benar benar pening.
“Tak payah pergi kerja la ya, kita pergi klinik” Zairil memujuk pula. Sedari tadi dia memberitahu Ariana supaya tidak usah ke pejabat namun gadis itu tetap berdegil. Tetap mahu berkerja seperti biasa.
Ilham memandang dengan riak bimbang. Ingin turut serta bertanya namun kata katanya tidak terluah. Lagi pula apa kata Zairil nanti apabila melihatnya yang beria menjaga Ariana itu.
“Saya.. saya..” Tidak sempat Ariana menghabiskan kata katanya dia yang tadi berdiri kembali jatuh melurut ke lantai. Pengsan akibat didesak rasa yang teramat sakit dikepalanya.
“Ya Allah Ary” Tubuh Ariana dipaut lalu Zairil membawanya ke sofa. Pipi Ariana dditepuk perlahan. Bertujuan untuk menyedar kan Ariana yang pengsan tiba tiba.
“ Reen ambil air…” Zairil menjerit nyaring.
Shireen yang baru sahaja tiba terus pergi kedapur lalu kembali dengan segelas air ditangan. Sebaik gelas bertukar tangan dia melihat wajah Ariana yang pucat bagaikan mayat hidup itu. Demamkah Ariana? Sama seperti Ilham. Begitu kuatkah kasih mereka sehingga sakit Ilham turut dapat dirasa Ariana? Hatinya berdesis kecil. Dia tahu Ilham turut demam ketika ini. Malahan demam lelaki itu masih tidak kebah hingga ke saat ini cuma abang ngah nya itu yang tetap mahu bekerja. Sama degil seperti Ariana.
Wajah Ilham dipandang pula. Pucat?? Pucat kerana melihat Ariana yang terbaring lemah di sofa itu. Terlalu sayangkah abangnya itu kepada Ariana? Jikalau benar cinta mengapa begini akhirnya.
Zairil? Zairil yang sedang mengelus lembut pipi Ariana bagi menyedarkan isterinya itu dipandang pula. Lalu bagaimana pula dengan Zairil andainya Ariana kembali kepada Ilham? Ahh.. benar benar cintakah Zairil kepada Ariana .
Buntu. Dia yang melihat pun terasa sukar untuk memihak kepada siapa. Tidak tahu mahu melihat abangnya yang mana bahagia. Apatah lagi Ariana. Ahh.. Ariana siapa sebenarnya yang engkau cintai?
Pelik!! Aneh. Jika dihitung kira Zairil lebih berhak keatas Ariana kerana abang long nya itu suami kepada Ariana sedangkan Ilham. Ilham hanya cinta pertama gadis itu. Masih ada peluangkah untuk Cinta Ilham dan Ariana bersatu??
“Angah.. hantar abang pergi klinik. Abang nak bawak Ary pergi klinik.” Tubuh Ariana didukung. Dia sudah tidak sabar menanti isterinya itu sedar.
Ilham hanya menganguk. Hanya mampu memandang Zairil mendukung Ariana erat. Ahh.. mengapa bukan dia ditempat itu. Mengapa TUHAN??

“Berehat ya. Nanti abang call Haziq bagitahu Ary tak sihat” Zairil berkata seraya mencium perlahan dahi isterinya. Dia harus ke university kerana studentnya exam hari ini. Jikalau tidak pasti dia mengambil cuti untuk menjaga Ariana.
Ermm.. Ariana mengangguk perlahan. Tubuhnya sudah terasa sedikit segar sebaik balik dari klinik tadi.
Dahi isterinya diusap sekali lagi. Selimut ditarik untuk menutupi tubuh Ariana yang pasti sedang kesejukan itu. Selepas itu wajah Shireen dipandang pula. “ Reen jaga kak Ary ya.. pukul lima abang balik”
Shireen hanya menganguk. Menghantar Zairil pergi dengan pandangan matanya. Sebaik melihat mata Ariana yang terpejam rapat dia turut keluar. Tidak mahu menganggu lena Ariana.
“Dia dah tidur” Ilham menyapa Shireen sebaik adiknya itu tiba diruang tamu.
Dahi Shireen berkerut. Bukankah Ilham sepatutnya sudah ketempat kerja? “A`ah.. abang tak pergi kerja lagi?”
Ilham hanya mengeleng. Dia tidak sampai hati meningalkan Ariana sendirian. Matanya dipejam sambil menyandar di sofa.
Shireen mendekat. Dia seakan dapat membaca apa yang ada difikiran Ilham ketika itu “Abang ngah, kalau benar kak Ary bahagia dengan abang long.. kenapa tidak abang biarkan je”
Ilham menjengilkan matanya. Terasa tidak percaya Shireen berkata begitu. Pandangannya tajam melihat adiknya itu
“Reen keliru abang. Tak tahu nak berpihak pada siapa. Abang long atau abang ngah, dua dua Reen sayang. Kalau betul kak Ary cintakan abang long dan sebaliknya kenapa tidak abang biarkan. Sekurang kurang abang tahu orang yang abang cintai bahagia.. bukan itu definisi cinta?”
Argh… Ilham terasa bagai ingin menjerit. Kenapa mereka semua menyuruhnya melepaskan Ariana. Tidak tahukah mereka bahawa cintanya terlalu kuat buat Ariana. Wajah Shireen ditatap lama “Kalau benar Fea bahagia disisi Zairil abang akan lepaskan dia, tapi sampai ke saat ini abang yakin cinta kami kukuh dik. Abang akan terus berusaha sehingga abang yakin yang Fea bahagia dengan pilihannya sama ada abang atau abang long..”
“Abang nak pergi tengok dia kejap” Ilham berjalan menuju ketingkat atas. Dia mahu menjenguk Ariana.
“Abang..” Shireen menjerit perlahan. Gusar.
Ilham memandang wajah Shireen kembali. “Abang tahu apa yang abang buat. Reen jangan risau..” Melihat senyuman Shireen, Ilham kembali melangkah. Pintu bilik Ariana merangkap bilik abangnya itu dikuak perlahan.
Kepala Ariana diusap lembut . “Abang sentiasa cintakan Fea biarpun Fea cakap Fea dah tak cintakan abang..” Wajah Ariana yang lena ditatap lama.
“Kenapa Fea? kenapa begini jadinya? Kalau betul Fea cintakan Zairil beritahu abang yakinkan pada abang kalau Fea benar benar memilih Zairil bukan abang.” Hatinya bergetar menahan seribu rasa.
“Kalau dapat diputarkan masa pasti akan abang lakukan hanya untuk Fea. Bangkitla Fea.. beritahu pada abang. Yakinkan abang yang Fea tak cintakan abang..” Ilham merayu pula.
“Kalau benar Fea cintakan Zairil dan tak perlukan abang lagi, beritahu abang. Supaya abang dapat pergi jauh dari hidup Fea” Wajahnya diraup perlahan. Ahh.. dia benar benar tertekan dikala ini. Tangan Ariana dicapai lalu digengam erat.
“Bangunla sayang. Beritahu abang kalau Fea hanya cintakan abang supaya abang tetap mampu bertahan. Tetap mampu bertahan di sisi sayang” Sebak benar hatinya. Ya ALLAH lemahnya dia sebagai seorang lelaki.
“Awak..” Ariana memanggil perlahan. Tekaknya perit tetapi dia tetap mahu berbicara. Dia mendengar kata kata Ilham itu. Dia dengar segala galanya.
“ Fea dah bangun.. Fea nak air” Ilham bertanya pantas.
Air mata Ariana menitis. Cukup la Ilham .. cukup. Jangan dibelai hati yang sedia terluka ini.
“Jangan menangis sayang. Abang ada dekat dengan Fea” Tangannya menyeka air mata yang mengalir laju dipipi gadis itu.
Ariana mencuba untuk bangun. Dia menyandar disisi katil. Wajah Ilham ditenung. “Pergila Ilham..” Dia merintih sayu.
“Fea dah tak cintakan abang?” Ilham bertanya lagi. Merasakan ada sesuatu disisi katil dia berpaling. Berkerut dahinya melihat benda itu. Namun jauh disudut hatinya dia mengucapkan syukur. Yakin peluang buatnya masih ada.
“Saya tak cintakan awak”
“Sudah la Fea. Jangan bohong lagi. Itu apa maknanya? Mengaku la hati Fea hanya untuk abang dan sampai bila pun ia tetap tersedia untuk abang” Dia menunjuk comforter yang dilihat tadi. Dia yakin Ariana dan Zairil sebenarnya hanya berpura pura semata mata. Ceria yang terlakar di sebalik wajah pasangan itu hanya palsu semata mata
Air mata Ariana menitis lagi. Harus apa lagi yang dia katakan. Ya dia mengaku dia cintakan Ilham untuk seluruh hidupnya. Dan disebabkan itulah dia tidak mampu menyerahkan dirinya kepada Zairil biarpun suaminya itu punya hak. Biar berulang kali dia menjerit mengatakan dia sudah tidak cintakan Ilham namun cintanya tetap utuh malah makin bertambah. Tapi apa lagi yang mampu dia lakukan. Biar diputar seribu kali perasaanya pun. Dia tetap isteri kepada Zairil. Tetap menjadi kakak ipar kepada Ilham.
Zairil?? Dia tidak tergamak meninggalkan Zairil setelah apa yang dikorbankan lelaki itu untuknya. Dia tidak tergamak dan dia tidak mahu melukakan hati lelaki itu. Biarlah. Biarlah dia dan Ilham kekal terluka. Setidak tidaknya dia tahu dia sudah membahagiakan Zairil. Lelaki yang telah banyak berkorban untuknya. Biar kan. Biarkan semuanya berlalu.
“Fea kembali pada Abang ya” Muka Ariana dipegang dengan kedua belah tangannya.
Ariana mengeleng lagi. Tangannya turut memegang wajah Ilham. Lelaki yang akan dicintai seumur hidup. “Fea memang cintakan abang. Seumur hidup Fea, Fea Cuma cintakan abang.. tapi Fea mohon.. berilah pengertian hanya untuk sekali ini. Lepaskan Fea. Biarkan Fea kekal menjadi isteri Zairil”
“Tapi Fea tak cintakan Zairil kan” Ilham bertanya tidak mengerti.
“Fea cintakan abang. Zairil dah banyak berkorban untuk Fea. Fea tak nak dan tak sanggup lukakan hati dia, biar kan.. biarkan semuanya berlalu. Cukup kalau abang tahu cinta Fea hanya untuk abang..”
Ilham berdiri. “Abang akan berterus terang dengan Zairil. Biar dia tahu semuanya” Dia melangkah ingin keluar.
Ariana pantas memaut tangan Ilham. Lalu mengeleng perlahan. “Fea takkan kembali pada abang.. biar apa pun yang terjadi!!”



BAB 53


Sebulan berlalu keadaan masih sama. Mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Tiada apa yang berubah. Hambar. Kehidupan mereka yang berada dirumah itu sememangnya hambar. Langsung tiada serinya.
“Ril” Nisha memanggil perlahan. Suasana rumah yang sepi membuatkan suaranya bagaikan bergema diserata banglo itu.
“You buat apa kat sini Nisha” Zairil bertanya nyaring. Geram pula dia melihat Nisha yang masih ingin bertemunya biarpun jauh disudut hati dia terasa sayu melihat wajah tidak bermaya Nisha.
“I nak jumpa you” Nisha bersuara lirih. Dia nekad dia ingin berjumpa Zairil. Dia ingin terus merayu. Hingga yakin Zairil bukan untuknya.
“Ada apa lagi Nisha?” Pandangannya dihalakan kepada gadis itu. Namun terlihat pula pada Ariana yang berada di tangga. Terus dicapai tangan isterinya itu. lalu dibawa ke hadapan Nisha.
“Siapa ni Ril.. apa yang you buat kat sini Ariana?” Jantungnya mula berdegup kencang melihat tangan yang bertaut itu.
“Ini isteri I.. Ariana Sofea!!”
Nisha terpempam. Terasa bagai dihumbam ke dalam lurah api. Hukum apa yang menimpanya sekarang. Dulu dia memisahkan Ilham dan Ariana dan sekarang.. Sekarang Ariana merupakan isteri Zairil?? Tidak. Dia tidak mahu percaya.
“Ariana??”
Ariana hanya menganguk dalam rasa terkejutnya melihat Nisha. Akhirnya mereka bertemu lagi. Apa pula tujuan Nisha datang kesini? Mahu bertemu Ilham atau Zairil? Hatinya tertanya sendiri.
“You isteri Zairil??”
Ariana menganguk lagi.
Sebaik melihat wajah Ilham, Nisha kembali berpaling. Tubuh Ilham dihampiri. Menatap wajah lelaki itu pula.. “Semua ni tipu kan Am”
Ilham hanya kelu tanpa suara. Tidak mampu untuk menuturkan hakikat yang sudah nyata.
“Kenapa? Bukan ker” bukan ker Ariana berkasih dengan Ilham. Suaranya bergetaran. Hakikat yang tersua menyakitkan hatinya.
“Abang naik atas kejap, phone call” Zairil yang tidak perasan apa apa terus naik sebaik melihat Ilham berada bersama dengan Nisha. Dia yakin Ilham dapat melayan Nisha sementara dia menjawab panggilan yang diterimanya itu.
“Kenapa? Kenapa awak jadi isteri Zairil bukan Ilham” Tubuh Ariana digoncang kuat.
Ariana hanya tersenyum. Sinis. Teringat kejadian diresort dia memandang wajah Nisha sedalamnya dia bukanlah berdendam. Cuma merasa aneh melihat wajah keruh Nisha. Dia cuma mahu menyedarkan gadis itu. “Bukan itu yang you mahu Nisha? Bukan you yang pisahkan I dengan Ilham? Jodoh I dengan Zairil.. bukan dengan Ilham”
Airmata Nisha luruh dipipinya. Menyesal. Dia menyesal. “I minta maaf.. sebenarnya Ilham tak bersalah. Semua tu I yang rancang” Ya peristiwa dulu memang dirancang. Sengaja dia menelan ubat tidur supaya dia dapat kelihatan seperti orang yang benar benar sakit dan dapat pengsan dengan mudah. Sengaja juga dia menumpahkan kopi dibaju Ilham. Sengaja juga dia memakai baju tidur lalu berpaut erat didada Ilham supaya kelihatan seperti mereka benar benar sedang memadu asmara. Semuanya dibuat kerana rasa cemburu. Dia mahu Ilham mengalihkan cintanya kepada dirinya. Selebihnya dia mahu Ilham meninggalkan Malaysia tanpa ada rasa kesal. Tapi dia lupa Tuhan maha adil. Cinta Ariana dan Ilham kukuh, biarpun mereka tidak bersama. Dan dia kini kembali merayu cinta Zairil.
“NISHA” Ilham menjerit kuat. Sungguh dia tidak sangka semua yang terjadi itu sudah dirancang oleh Nisha. Sangkanya apa yang terjadi adalah dugaan dalam hubungannya dan Ariana. Pernah juga dia berfikir begitu tapi ditolak sekeras keras oleh hatinya. Yakin Nisha benar benar sakit malam itu.
Ariana terkedu. Dia mengeleng perlahan tidak percaya. Jadi selama ini.. selama ini mereka terpisah gara gara perbuatan Nisha. Dulu dia pernah beranggapan Ilham memang melakukan perbuatan terkutuk itu namun tidak pula dia mengungkit kerana dia terlalu sayangkan ilham. Lalu dia memaafkan Ilham. Ahh.. Nisha kejamnya engkau. Gara gara engkau hidupku hancur.
“Maafkan I Ilham.. Ariana..” Nisha merayu sambil menangis. Tangan Ariana dipegang kejap.
“ I tak sangka Nisha, you sanggup buat macam tu.” Ilham menarik tangan Nisha yang memaut lengan Ariana. Dia tidak mahu Ariana disakiti lagi. Cukup lah. Tubuh nisha yang jatuh akibat ditarik kasar langsung tidak dihiraukan. Hatinya benar benar kesal.
“ Ilham.. I minta maaf..” Tangan Ilham digengam pula.
“You buat hidup I dan Ariana menderita.. seumur hidup I .. I takkan maafkan you Nisha. Tidak untuk kali ini” Ilham bersuara tegas. Nisha harus dihukum diatas kesalahannya.
Nisha terpempam. Badannya mengeletar mendengar kata kata tegas Ilham. Dia mahu merayu lagi tapi melihat Zairil yang mara kearah mereka membuatkan kata katanya terhenti.
“Kenapa ni?” Zairil bertanya sambil memandang satu persatu wajah yang berada diruang tamu itu.
Ariana terus berlari keluar. Dia tidak mahu mendengar apa apa lagi. Tidak. Cukuplah. Hatinya sudah hancur berderai. Selama ini dia kuat kerana yakin memang itu ujian dariNYA tapi sebaik tahu semuanya berlaku gara gara perbuatan Nisha. Dia terasa rebah. Betapa hidupnya dipermainkan oleh orang yang langsung tidak mempunyai kaitan dengannya.
Poooooonnnnnnnnn. Kuat bunyi hon kereta membuatkan langkah Ariana terpaku. Matanya terasa berpinar. Kepalanya terasa berat. Biarkan biarkan semuanya mati.. Biarkan semuanya berakhir disini..
“Ary”
“Fea”

Tubuh kaku Ariana yang terbaring di atas katil di Hospital Pantai dipandang tidak bertepi. Ilham masih setia menunggu. Berharap jikalau Ariana akan sedar.
Tangan kaku Ariana dipengang kejap. Sesekali tangannya membelai rambut Ariana. ‘Fea bangunla sayang..’ Semalam dia terasa bagai mahu rebah disaat melihat Ariana yang terbaring kaku dengan darah yang keluar laju. Dan hari ini?
Hari ini Ariana masih lena. Tiada tanda tanda mahu bangun. Matanya dipejam kejap. Cuba meneliti seraut wajah yang sendu itu.
Zairil?? Dia tidak tahu kemana abangnya itu pergi. Setahunya abangnya masih tidak memunculkan wajahnya dihospital ini.
Sebaik melihat Ariana tersedar Ilham lantas berdiri. Ya ALLAH syukur ke hadratmu! Ilham berdesis kecil. Gembira apabila gadis itu sudar sedar.
“Fea dah sedar?”
Ariana menutup matanya kembali. Sebaik mengingati apa yang terjadi air matanya kembali menitis.
“Kenapa ni Fea??” Ilham bertanya lembut. Mujur saja abangnya itu tidak ada. Jadi dia boleh menjaga Ariana buat seketika ini.
Ariana menyembamkan wajahnya di dada Ilham. Pedih. Hatinya benar benar tersayat. Sekujur tubuh Ilham dipeluk lama. “Abang..”

Tiga hari berada di hospital bayang Zairil masih tidak kelihatan. Pelik pula dia. Kemana perginya suaminya itu tidak pula dia tahu. Melihat Ilham yang mara dia tersenyum Cuma. Beberapa hari ini hatinya bahagia kerana Ilham berada disisi.
“Fea nak makan buah?” Ilham bertanya lembut.
Ariana hanya menganguk. “Thanks” Ujarnya sebaik sahaja buah disuakan dihadapannya.
“ Fea sakit lagi?” kepala Ariana yang luka berbalut dibelek perlahan.
“Tak dah ok.” Tangan Ilham yang memegang kepalanya digengam. Sebak hatinya apabila tahu kisah sebenar. Lagi sebak hatinya apabila dilayan baik begitu.Tuhan.. mengapa jodohku bukan dengannya?
“Jangan sedih sedih, nanti sakit. Abang tak nak Fea sakit, sebab abang sayang Fea..” Ilham berkata jujur. Sebaik melihat ada air mata yang bergenang di tubir mata Ariana. Dia faham akan rasa yang dialami Ariana itu kerana dia turut punya rasa yang sama. Ahh.. Nisha? Perempuan itu pasti akan menerima pembalasan kerana telah memisahkan mereka.
“Zairil mana?” Ariana bertanya pula. Tidak mahu melayan perasaan. Bimbang dia akan berpaling dari suaminya itu.
“Abang tak tahu.. Fea” Wajah Ariana ditatap. “Fea kembali pada abang ya” Dia merayu lagi buat kesekian kalinya.
Ariana mengeleng. “Fea dah berjanji pada dia Fea takkan berpaling dari dia. Tak der jodoh kita abang. Abang doakan Fea bahagia” Hatinya masih berkeras tidak akan sesekali kembali kepada Ilham. Ya dia akui hatinya pedih apabila mengetahui hakikat cinta mereka yang berkecai adalah disebabkan oleh orang lain. Bukan salah Ilham tapi biar dimanapun bukankah semuanya sudah terlambat? Sudah tidak ada jalan untuk dia kembali kembali kepada Ilham. Biarlah. Dia sudah redha kini.
Ilham hanya menganguk. Pedih. Tapi dia cuba memahami. Andai itu keputusan Ariana siapa dia untuk menghalang. Tidak mahu menatap wajah lembut itu dia menuju ke tingkap pula. Membelakangkan Ariana. “Kalau itu yang Fea mintak. Cuma apa yang abang nak Fea tahu, seumur hidup abang hanya Fea yang abang cintai..” Kata katanya mati sebaik terdengar pintu dikuak. Dia berpaling. Wajah Zairil ditatap. Engkau bertuah Abang..desis hatinya kecil.
“Awak sihat?” Ariana bertanya ramah. Hairan melihat wajah Zairil yang serius.
“Sepatutnya abang yang tanya Ary.. Ary sihat”
Ariana menganguk. Tangan Zairil dicapai lalu dicium perlahan.
“Angah keluar dulu.. lepas ni Reen sampai” Ilham bersuara seraya keluar. Tidak mahu berlama disitu. Bimbang tangannya naik ke muka abangnya sendiri. Biarpun dia tahu abangnya itu tidak bersalah.
Setelah menghantar Ilham pergi dengan pandangan matanya Ariana memandang Zairil pula. Pelik dia melihat Zairil yang hanya membeku melihatnya. “Kenapa??”
“Abang sayang Ary!!”

Zairil mundar mandir. Hatinya rawan apabila hakikat tersua didepan mata. Wajah Ariana yang berdiri dihadapannya ditatap. “Ary cintakan abang? ”
Ariana mengetap bibirnya. Tidak pasti mengapa soalan itu yang berulang kali ditanya Zairil semenjak dia keluar hospital. “Saya sayangkan awak” Dia bersuara yakin. Dia sememangnya menyayangi Zairil. Budi yang lelaki itu taburkan tidak akan dia lupa sampai bila bila.
“Abang tanya sama ada Ary cintakan abang atau tidak?”
Ariana mengerutkan dahinya. Cintakah dia pada lelaki itu?? Malas mahu memanjangkan cerita dia hanya menganguk. Pusing kiri atau kanan dia tetap milik Zairil. Tidak akan berubah.
Zairil tersenyum hambar. “Kalau Ary cintakan Abang, kenapa Ary tak bahasakan abang dengan panggilan abang?” Dia menyoal lagi.
Ariana terkedu. Sukar memberi jawapan yang pasti. Tidak lama kemudian dia tersenyum pula. “Mulai hari ini saya akan panggil awak abang..”
“ Ary tak cintakan Abang kan??” Tubuh Ariana digoncang bertalu talu.
Ariana mencuba menahan tangan kekar itu dari mengoncang dirinya. Sakit pula kepalanya bila dibuat begitu. “Awak ni kenapa? Saya isteri awak. Sama ada cinta atau tidak saya akan tetap kekal menjadi isteri awak”
Zairil ketawa perlahan. Sinis ketawanya di pendengaran Ariana “Huh.. Ary memang tak pernah cintakan abang!!”
Ariana memandang pelik. Kalau diturutkan hatinya dia malas mahu melayan. Namun disabarkan hatinya. Dia sudah nekad akan kekal menjadi isteri Zairil. “Saya sayangkan awak”
“Lagi lagi itu yang Ary sebut tapi pernah Ary kata Ary cintakan abang? Tak kan?”
“kenapa dengan awak ni” Ariana bertanya kembali. Zairil dilihatnya sedikit kasar dan mendesak. Sedangkan lelaki itu dulu tidak pernah menyebut apa apa berkaitan perasaan. Cuma beberapa kali sahaja telinganya dijamu dengan kata kata bahawa lelaki itu sayangkannya. Cintakannya dan meminta dia supaya tidak berpaling darinya. Lalu apa lagi yang tidak kena.
“Kalau Ary cintakan abang, itu apa maknanya…” Tangan Zairil menunjuk comforter ditepi katil tempat tidurnya itu. Tidak perlu dia ungkapkan. Dia yakin Ariana faham akan maksudnya.
Sekali lagi Ariana terkedu. Dia berdiam diri.
Gagal mengawal diri tubuh isterinya itu ditolak sehingga terduduk di katil mereka. Zairil lantas keluar. Dia ingin bersemuka dengan seseorang. Dia mahu membuat perhitungan
Ariana yang melihat langkah Zairil hanya mampu memandang sayu. Air mata yang mengalir diseka perlahan. Abang.. maaf.. Fea terpaksa. Doakan Fea bahagia. Hatinya berdesis kecil.


p/s:- starting from today saya akan post dua tiga entri sekali.. dalam masa y terdekat.. selepas novel ini tamat .. blog ini akan ditutup serta merta.. so sila baca secepat yang mungkin yerp...=p

14 comments:

epy elina said...

wah...
crta smkn smp kemuncak...
x sbr nak thu ary plih sape....

keSENGALan teserlah.. said...

arrghhhhhhhhhhhh
tekanannyeeee.
still nk aril n ary...
pffttth..
but ilham?
alahaii..

btw,napa nk ttp blog?

Anonymous said...

nk ary nk zaril jgk...bairlah ilham mengundur diri...

Anonymous said...

nk aril nk aril bersama...biarlah ilham mengundur diri..

Anonymous said...

biarlah ary ngan ilham...diorang patut bersama...biarlh zaril ngan nisha...

faridah said...

Salam.//
nak ary dgn ilham...
nak ilham dgn ary...(>_<)

nape nak tutup blog?

akira_bita said...

owh! kenapa aku merasakan ilhan+sofea dan zairil+nisha? xnak!!!! aril lebih berhak.,, huhu..

tp klo dh tak cinta.. nak ckp apa lg? x sabar nak tggu new en3!

ala, sis fara, nape nak tutup blog? xnak wat cter baru ke? huhu.. jgnlah...

fard_kay said...

cik fara
knape lak nk tutup blog?

citer dh makin hot ni
pepun x nk ilham dgn ary

Anonymous said...

still.nak ary and zaril.

dorg kan husband n wife.supppose to be together.

yep,ilham dulu yg bercinta ngan ary.but that doesn't mean they have to end up together.

i mean,be realistic.takkanlah senang 2 nak cerai juz becuz of love.boleh dipupuk an?

err..terEMO pulak :p

Anonymous said...

tempat isteri disisi suami.and love after marriage lagi baik kan?
so,go ary and zaril (:

~ada~

hana_aniz said...

nape nk tutup blog? huhu.. jgn la..

Nur Faizah said...

nak aril ngn ary!!
huhuu..
xnka diorg berpisah :(
nak diorg bersama :)

Anonymous said...

suami isteri patut bersama...
nk ilham undur diri...

Anonymous said...

ala knp n tutp blog ni
cerita kat blog ni best la