Friday, September 3, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 61

p/s:- saya rasa macam bab 60 tu ader yang tak kena la.. mungkin saya ader terdelete sedikit entry yang hadapan kowt.. huaaa.. sedihnya.. takperasan la pulak haritu.. hurm.. takperlah..

btw sory ta sempat nak rep komen2 semua.. heee.. selamat membaca.. mungkin akan post satu atau dua entry jerk lagi.. if sempat la.. coz lusa saya da nak balik kampung.. kat kampung takder internet.. heee..btw SElamat Hari raye juga..

******************************

Wajah umi Zairil yang baru sahaja keluar dari balai itu dipandang lama. Cantik. Mungkin sebab itu Shireen kelihatan cantik bergaya. Tangan wanita itu dicium perlahan. Sebaik tubuhnya dipeluk erat dia bersyukur di dalam hati. Ternyata dirinya diterima mertuanya.
“Umi” Shireen menjerit kecil. Tubuh uminya dipaut erat. Setelah itu dia menyalami pula papanya yang masih segak bergaya itu. Gembira akhirnya keluarganya sudah bersatu di bumi Malaysia biarpun..
“Angah kamu mana?” Engku Farida bertanya apabila kelibat Ilham langsung tidak kelihatan di lapangan terbang untuk menyambut kepulangannya itu.
“Errr..” Shireen terkaku. Tidak tahu mahu memberi alasan apa.
“Angah mana Ril” Tengku Farizal bertanya pula.
Ariana hanya berdiam diri. Ahh.. kasihan lelaki itu. Pasti kerana tidak mahu muncul dihadapannya membuatkan Ilham tidak ada disini. Maafkan.. Fea.
“Err.. abang ngah outstation umi. Nanti nanti umi jumpa la dia.” Shireen memberi alasan yang logic. Sedangkan tadi puas dia memujuk abangnya itu turut serta ke lapangan terbang. Tetapi abangnya itu berkeras tidak mahu. Kerana Ariana kah? Tidak pula dia tahu.
“Errmm.. ye lah. Ni menantu umi. Senyap je kenapa? kamu pun sama Ril.. kalau angah ada mesti kecoh sikit” Engku Farida membebel panjang. Dia yakin keadaan pasti berlainan bila Ilham turut ada sama.
“Jom balik rumah.. papa mesti dah penat kan” Ariana menyapa. Sebaik melihat Zairil dan Tengku Farizal menganguk dia turut berjalan menuju kekereta yang diparkir diluar. Merasakan ada seseorang yang memerhati dia berpaling. Namun dahinya kembali berkerut saat melihat tiada sesiapa pun yang sedang melihat mereka semua. Ilham kah??
Ilham disebalik dinding lot parking hanya mampu tersenyum hambar. Bukti apa lagi yang mahu ditunjukkan bahawa mereka punya hati yang sama? Jikalau tidak pasti Ariana tidak akan merasa kehadirannya itu?
“Ril buat apa sekarang?” Engku Farida bertanya sebaik tubuhnya mencecah sofa rumah anak sulungnya itu.
“Kerja la umi.. buat apa lagi” Zairil berselorah.
“Maksud umi kamu tu, kamu kerja apa sekarang..” Tengku Farizal bertanya kembali.
“Lecturer umi”
“Ril.. kamu balik la kerja kat company. Buat apa kamu jadi lecturer..” Engku Farida tidak berpuas hati. Buat apa ada syarikat keluarga jikalau anaknya masih bekerja dengan orang?
“Angah kan ada. Biar la dia yang uruskan” Zairil bersuara mendatar sambil memujuk tenang. Mana mungkin dia duduk satu bangunan dengan Ilham setelah apa yang diperlakukan adiknya itu.
“Ril.. umi minta maaf pasal dulu. Maafkan umi ya” Engku Farida berkata kesal. Jika dia tidak berkeras mahu menunaikan wasiat ayah Nisha pasti Zairil dan Ilham tidak merana begitu. Dia tahu dulu Zairil merajuk dengannya lalu membawa diri ke malaysia dan memilih untuk tidak lagi bekerja di Putra Holding.
“Sudah lah.. umi benda dah lepas. Ril pun dah bahagia dengan Ary..” Pandangannya dihalakan kearah Ariana yang sedang menyediakan makan malam buat mereka. Ahh benarkah dia bahagia??
Shireen turut sama melihat. Benar benar bahagiakah pasangan ini. Ahh.. kasihan abang ngah..
“Kamu dah call angah. Bagitahu kami dah sampai” Tengku Farizal bertanya pula pada Zairil. Dia kepingin benar melihat Ilham anaknya yang kedua itu.
Zairil tidak menjawab sebaliknya memandang Shireen. kerana dia tahu Shireen pasti kerap berjumpa Ilham. Adiknya itu walaupun tinggal dengannya tapi lebih rapat dengan Ilham berbanding dirinya.
“Ermm dah.. nanti abang ngah jumpa umi” Shireen berbohong. Namun dia tetap juga mempamerkan muka selamba. Melihatkan makanan siap terhidang dia memandang umi dan papanya. “Makan malam dah siap.. makan jom!!”
“Wah rajin betul Ary. Pandai Ary masak” Tengku Farizal memuji. Bauan masakan kampung itu benar benar menambat seleranya. Sangkanya Ariana tidak pandai memasak tadi memandangkan wajah itu nampak kemodenan biarpun baju kurung tersarung kemas ditubuhnya.

“umi , papa berehatlah dulu. Esok kita sambung lagi. Dah lewat malam ni, mesti penat kan” Zairil berkata setelah melihat jam yang sudah mencecah pukul 12 malam itu. Terlalu lama tidak berjumpa orang tua itu terasa bagai banyak pula yang hendak diperkatakan.
Melihat semua sudah berlalu Ariana turut bangun. “Saya naik dulu”. Sebaik sahaja sampai ke biliknya dia mandi lalu menyalin pakaian nya kerana sedari tadi baju kurung itu melekap kemas dibadannya.
Sebaik sahaja siap. Dia menuju ke katil. Mahu tidur. Penat tetap jua terasa biarpun dia gembira berjumpa dan berbual dengan mertuanya. Namun gerakannya terhenti sebaik terasa pingangnya dipeluk erat.
Ariana berpusing. Wajah Zairil dipandang.dia tersenyum cuma. “Awak tak nak tidur lagi.. suka jumpa umi ngan papa” Dia bertanya pula.
Hidung Ariana dicuit perlahan. “Sepatutnya abang yang tanya Ary macam tu.. Ary suka” Rambut Ariana dicium perlahan.
“Ermm.. suka sangat” Ariana menanti penuh debar. Apakah malam ini kesengsaraan nya akan berakhir? Tapi apakah dia rela? Matanya dipejamkan. Malas bahu berfikir. Bukankah keputusan sudah dibuat lama dahulu
Zairil memeluk erat tubuh Ariana. Dia benar benar teringin bersama isterinya hari ini. Apatah lagi apabila uminya memuji dia bertuah punya isteri semacam Ariana. Lalu apa lagi yang diharapkan. Dia juga turut gembira. Gembira kerana dia adalah suami Ariana bukan Ilham mahupun kekasih gadis itu dahulu.
Wajahnya disembamkan ke tengkuk isterinya itu. Kemarahan semalam terasa bagaikan pergi begitu sahaja apabila merasa Ariana turut membalas pelukannya.
Ariana masih berdiam diri,masih juga berdiri seperti tadi. Sempat dihatinya memohon mudah mudahan ini yang terbaik buatnya. Mudah mudahan cintanya kepada Ilham mampu beralih kepada Zairil.. Mudah mudahan….

Shireen memandang Ariana lama. Dia ingin menegur tetapi terasa takut pula memandangkan wajah keruh Ariana itu. Puas berfikir akhirnya tubuh kak iparnya dihampiri. “ kenapa kak Ary?”
Ariana cepat cepat menyeka air matanya. Wajah Shireen dipandang. Lalu dia mengeleng perlahan. “Reen tak keluar”
Shireen mengeleng pula. Wajah sembab Ariana dilihat. Ahh.. benarkah akaknya itu bahagia? Kalau ya, mengapa pula harus mata itu mengalirkan air. Sudah lah begitu badan Ariana kelihatan susut sekali. Ahh.. Zairil apa sebenarnya yang dimahukan abangnya itu?
“Tapi lepasni Reen nak keluar. Nak bawa umi ngan papa keluar” Dia memberitahu pula. Tidak betah dengan suasana sepi di malam hari itu.
“Keluar ke mana? Tak ajak kak Ary pun” Dia berselorah. Tidak mahu terlalu melayan perasaan. Lagi pula gusar adik iparnya itu tahu akan isi hatinya yang sedang dirundung kecewa.
“Err.. nak bawak umi ngan papa jumpa abang ngah, kak Ary nak ikut” Dia bertanya teragak agak. Setahunya Ariana dan Ilham sudah lama tidak berjumpa. Desakan umi untuk berjumpa abang ngah hampir seminggu ini membuatkan di nekad mempertemukan umi dan papa dengan Ilham diluar. Kerana lelaki itu berkeras tidak mahu datang ke banglo ini.
Tanpa dapat ditahan air mata Ariana luruh jua. Ahh.. rindunya dia kepada Ilham. Mengapa Zairil tidak sebaik Ilham?
“Kak.. kenapa ni.. cerita pada Reen” Shireen menarik tangan Ariana. Air mata yang mengalir laju sebaik nama Ilham disebut membuatkan dia tertanya sendiri.
“Takde apa Reen. Baik Reen pergi sekarang sebelum umi ngan papa datang sini” Ujarnya separuh mendesak. Bimbang mertuanya pula yang melihat dia menangis begitu.
“Err.. ermm ye la ye la” Katanya teragak agak. “Umi jom..” Terus ditarik tangan Engku Farida masuk kekereta. Tidak mahu uminya turut bertanya itu dan ini. Kasihan melihat Ariana itu.
Abang.. Ariana menangis lagi. Perit. Hidupnya sebenarnya perit semenjak dia nekad meningalkan lelaki itu. Keindahan yang terpamir sebenarnya palsu semata mata. Malam itu dia menyangkakan dirinya benar benar sudah diterima Zairil. Kisah ngeri hidupnya akan berakhir. Dan nama Ilham akan lupus dihatinya. Tapi…
“Maaf.. abang tak boleh..”
Itulah ayat zairil yang didengarinya sebelum sempat mereka melakukan apa apa biarpun tubuhnya sudahpun dipeluk lelaki itu.Dalam rasa terkejut dia tetap juga bertanya kenapa..
“Aku tak kan sentuh isteri curang semacam engkau!!”
Berdesing telinganya disaat itu. Dan malam itu juga Zairil terus menyarung pakaian nya dan mengambil kunci kereta lalu meningalkannya sendirian. Perit. Pedih. Terhina!! Itulah yang dia rasakan. Apa sebenarnya yang dimahukan lelaki itu. Apa!!
Bengang! Geram! Jikalau diturutkan hati pasti Zairil sudah lama dibunuh. Lelaki itu sebenarnya langsung tidak mahukannya tetapi sengaja tidak mahu melepaskannya kerana berdendam dengannya.
Apa ini harga yang harus dibayar olehnya diatas pengorbanan Zairil dahulu. Tidak tahukah lelaki itu bahawa hidupnya cukup perit. Tidak cukup lagikah dengan segala apa yang dia lakukan selama ini.
Ilham!! Dia tega melihat Ilham terluka dari dia berpaling dari Zairil. Apa tidak cukup lagi segala pengorbanannya itu. Pergorbanannya yang akan memakan masa seluruh hidupnya itu. Ahh.. Zairil tegarnya engkau.

“Papa dah beli rumah baru untuk kita semua.. next week kita pindah. Macam mana?” Tengku Farizal bertanya sebaik melihat Zairil dan Ariana sudah berada di hadapannya.
“Err.. biar Ril ngan Ary tinggal kat sini je lah” Zairil bersuara laju. Dia tidak mahu tinggal serumah dengan Ilham. Wajah keruh Ariana dilihat sekilas. Tidak dia tidak akan membiarkan Ariana bersama Ilham. Isterinya itu akan digantung tidak bertali sampai bila bila!
“Kenapa pulak? Rumah tu lagi besar. Keluarga kita dah la kecil..” Engku Farida memujuk. Wajah Ariana dipandang. “Ary tak suka ke tinggal ngan umi”
Ariana mengeleng perlahan. “Ary tak kisah umi. Ary ikut jer” ahh.. benarkah? Mampukah dia berhadapan dengan Ilham. Melihat muka Zairil yang serius dia pasti Zairil tidak akan bersetuju. Namun dia hanya membuat muka selamba.
“Ril nak hidup berdikari la umi.. papa.. please” Zairil merayu pula. Dalam hatinya sudah membara melihat wajah selamba Ariana.
Tengku Farizal berdiam diri. Lama. “ ermm.. ye lah. Kalau dah itu kata kamu, tapi selalu selalu la kamu balik ya. Rumah tu ada tujuh bilik. Sunyi pulak bila kosong selalu.”
“Ermm.. yela” Dia mengalah.
“Minggu depan hari jadi abang ngah.. boleh la kita sambut kat rumah baru, betul tak umi!!” Shireen bertanya pula.
“Ye tak ya jugak abang. Mesti angah suka” Engku Farida berkata kepada suaminya pula. Melihatkan suaminya menganguk dia tersenyum kepada anak perempuannya pula.
Yes!! Shireen nak call abang.. nak bagitau..” Dia bergerak lalu mengambil phonenya.
“Masyaallah.. sabar sabar la. Macam la dia dah tak jumpa angah dia tu” Engku Farida mengeleng perlahan. “So minggu depan Ril bermalam la kat sana tau”
Zairil terpinga pinga. Belum sempat dia menjawab uminya itu bersuara lagi.
“Nanti Ary boleh tolong umi masak? Ary mintak cuti ya nanti”
Ariana ketawa perlahan. Makin meletus ketawanya disaat melihat mulut Engku Farida melopong gara gara mendengar kata kata Shireen.
“Nak mintak cuti apa umi.. kak Ary tu CEO. Tak datang pun sape nak marah”
“Hah betul ker ..”
Ariana hanya menganguk.
Engku Farida tersenyum pula. Kagum dengan menantunya itu. “Kalau macam tu boleh kita masak sama sama.. angah suka makan lontong..” Engku Farida memberitahu lagi.
Ariana hanya menganguk. Dia tahu itu. Bukankah lelaki itu yang pernah mengajarnya memasak lontong. Wajah menyinga Zairil hanya dipandang sipi. Sudahlah dia benar benar penat. Tidak terlarat lagi melayan karenah Zairil yang gila itu. Apa nak jadi pun jadilah. Hatinya berdesis kecil.

Tubuh Ariana ditarik lalu ditolak masuk kedalam setelah pintu biliknya dibuka. Barannya datang mendadak bila sedari tadi semua orang sedang membicarakan tentang persiapan hari jadi adiknya itu. Sebaik sahaja semua masuk kebilik masing masing terus sahaja tangan itu direntap supaya mengikutnya.
“Sakit la, lepas boleh tak?” Ariana menarik tangannya. Perit cengkaman zairil hanya Tuhan saja yang tahu. Wajah menyinga Zairil tidak dihiraukan. Dia benar benar penat. Penat!
“Huh, suka betul Ary bercakap pasal Ilham ya ” Dia berkata sinis. Pegangannya dilepaskan.
Ariana menghela nafasnya perlahan. Dia berlalu ke katil lalu duduk disitu. Wajah Zairil dipandang. “Apa sebenarnya yang tak kena dengan awak ni ha.. tolongla.. tolong” Matanya pejam. Mengharapkan pengertian.
“Tolong apa! Tolong lepaskan Ary supaya Ary boleh berpeluk dengan Ilham” Dia bertanya pula.
“Ilham adik awak ok. Dan dia tak seteruk itu. Saya minta pengertian awak. Tolong jangan buat saya macam ni. Saya dah tak larat Aril. Tak larat dengan semua permainan dan penyiksaan yang awak beri pada saya. Cukup!” Suaranya mendatar dan tegas.
“Ouh.. jadi sekarang ni Ary nak menangkan Ilham la” Rambut Ariana ditarik sehingga gadis itu berdiri. “Ary nak suruh abang layan Ary macam mana hmm.. bukanke itu layanan yang pantas untuk perempuan macam Ary” Dia menyindir geram. Langsung tidak menghiraukan rengekan Ariana yang sedang sakit itu.
Ariana mengetap bibirnya. “Apa maksud awak cakap macam tu.”
Zairil menolah tubuh Ariana hingga gadis itu terjatuh diatas katil mereka. Tangannya mengurai rambut Ariana. “Perempuan macam Ary, perempuan murahan macam Ary.” Sinis suaranya.
Aryana terkesima. Dengan sekuat hati tubuh Zairil ditolak sehingga menjauh dari tubuhnya. “Awak memang dah melampau Zairil.. jangan cabar kesabaran saya” Ariana bertempik nyaring.
Zairil ketawa kuat. Sinis. “Ingat sikit kalau aku tak selamatkan kau, Kau tak ubah macam sampah.. Ariana.!!”
Ya ALLAH. Nama itu diseru beberapa kali.
“Ya saya mengaku awak yang selamatkan saya dan disebabkan itulah saya masih kekal bersama awak. Masih lagi jadi isteri awak biarpun saya tak pernah rela untuk menjadi isteri awak..
Pang!!
Ariana mengetap bibirnya. Pipinya yang perit diusap perlahan.
“Awak yang musnahkan hidup saya Zairil. Awak!! Kalau awak nak tahu saya jadi macam tu sebab Awak. Awak paksa saya menghancurkan diri saya sendiri. Awak!! Bukan orang lain. Malahan hakikat yang paling nyata dalam dunia ni awak!! Awak yang memusnahkan keseluruhan hidup saya. Awak dan Nisha!!”
Tubuh Ariana ditarik. Rambut itu direntap sekali lagi. “Apa yang kau cakap ni hah? Aku yang selamatkan engkau, aku didik engkau, aku jaga engkau.. dan sekarang kau nak tuduh aku pulak. Perempuan jenis apa kau ni hah”
“Didik!! Apa yang awak didik saya??” Ariana membelakangkan Zairil. Hatinya tersayat pedih. “Didik saya dengan memukul saya, muka saya ni dah lali dengan tamparan awak tu. Dah tak beri maknanya pada saya. Memang. Memang saya perempuan murahan. Habis awak nak buat apa sekarang.??”
Melihat Zairil yang membisu tubuh itu dihampiri. “Kalau awak tak suka saya ceraikan saya Zairil. Ceraikan saya!!” Rasa marahnya benar benar memuncak.
Mendengarkan itu Zairil menolak tubuh itu sekuat hatinya.
Air mata Ariana menitis seiring dengan titisan darah yang mengalir dari dahinya akibat terkena bucu meja solek itu. “Awak kejam.. awak kejam!!”

21 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

eiiiiiiiiii...
apa ni...

alahaii...
mmg penulis nk kasi ilham ngn ary yee??
kalau gini gayanya kan..bia due2 tak dpt ary...
baru puas hati..sume merana...
geram nieh..

but kalau bleh,bia ary still ngn aril..hoho..kalau tak,due2 tak dpt..

Nur Fara said...

hahahaha..

tidak.. jangan salahkan saya..
huaaa...

entah saya pun tak tau kenapa jadi macam ni..
nak ubah citer pun da tak sempat..

so anda semua layan jer lah.. hak2.
puasa2 ni tak baik marah2.. ngeh3..=p

p/s:-erh erh.. ilham ary saper kata mereka bersama.. wee~~

keSENGALan teserlah.. said...

haha..layan mmg sgt sentiasa layan..\
tp geram bebeno ni haa..haissyhh..

vote for ary n aril..
HAHA..

Nur Faizah said...

:(
sedih gile!!
kenape jadi mcm nie??
kenape perlu terjadi mcm nie??
xsanggup la bce cite nie..
sedih gile :((
penulis please jgn tulis smpai ary terseksa mcm tu.. sedih gile :(
nak ary n aril bahagia :)
xnk aril n ary sedih2 mcm nie :((
nak diorg hidup bhagia :)
please penuulis..

Anonymous said...

Waa....mau nangis baca cite ni....penulis,bwt lar ary ngan zaril...

miz ruha said...

dulu mmg nk ary ngan aril,,,

tp skrg kalu dua2 xdpt pn lg bgs,,

geram tol ngan aril nie,,,

eeeiiiii,,,,

tp,, still nk lg fara,,,,

^_~,,, slmt ari raye,,,,

Anonymous said...

x nak ary ngan ilham!
nak ngan aril..
harap aril berubah

Anonymous said...

alaaa...
xnak la ary clash ngan zairil...
pleszzzzz....
-die hard fan-

Anonymous said...

kenapa ary tak nak beritahu perkara sebenar dgn zairil...just tell him the truth...yg ilham lah ex boyfriend dia....

epy elina said...

geram ngn zairil n ary...
eeeee.....
blh pula zairil mcm 2...
x ada belas kasihan....
sy stuju...
br dua2 x dpt...
jgn maafkn zairil...
mcm mna ary mnolak ilham...
pas ni mcm 2 jg ary mnolak zairil....

IVORYGINGER said...
This comment has been removed by the author.
IVORYGINGER said...
This comment has been removed by the author.
IVORYGINGER said...

Writer its not fair la u bt kan watak zaril camtu. Gila kejam namanya. klu slama ni dia leh sabar berkorban tuk family dia n Ary. Xkan la watak dia seharus btukar jd camni. I want Aril yg asal plz. Yg terima kekurangan Ary n cuba ubah khidupan Ari. Ilham pengacau la. Suh dia berambus jauh2. Dia dah tau tu bini abg dia sibuk ja nk bharap bsama. Spatut dia suh Ari lupakan dia trs. Sanggup dia rosakkan perkahwinan abg dia. Nk runtuhkan masjid yg tbina.Adakah hidup semata2 dgn cinta shj? Shgga memutuskan silatulrahim adik beradik??? Klu Ilham fikir abih Aril pun xmngamuk camtu. Ni tgk la kesan bila btindak ikt hati. Ari yg menderita. ;(

Ari ni bila dia nk tau hargai Aril? Adakah shgga Aril dah xde br dia thegeh2 nnti. Lg pun sbb dia xcuba hapus kan kisah lama dr memory dia n Aril terasa ke ats ke xikhlas Ari tu tu sbb Aril mengamuk. Ari spttnya bila dah bt kputusan pilih Aril. Kisah lama harus dipadam trs. Cuba tackle Aril semula. Klu x Nisha akan cuba rampas Aril. Sedar2 la Ary.
Kdg2 tuhan dtg kan org yg salah tlebih dahulu sebelum temukan org yg betul2 bt kita. Cinta kedua xsemestinya xsehebat cinta pertama. Kdg ia lebih buat kita hargai kehidupan. Cam Ari n Aril diaorg dlm fasa cinta kedua. Suh Ary ceta kat Aril hbgn sbnr dia ngan Ilham sblm ni. Rs smua ni akan selesai. Klu betul Aril sgt mcintai Ary dia mgkn lpskan Ary bt Ilham sbb dia fikir cinta Ari kuat kat Ilham ni dia slh fhm n mgkn nisha akan cucuk jarum lg keadaan tegang nnti. Plz ya writer.
But writer I still wanted Ary n Aril together until end.

fard_kay said...

kenapa xnk berterus terang?
skrg sumer dh merana...

aril pun x sabar, suka buat konklusi melulu...
mana peginyer sifat baik awk tu..

hisyyy
geram betul

aqilah said...

dah banyak sgt komen, apapun, akak follow...................

nursya said...

wah panjang btl komen si ivoryginger tuh...
tp btl gak komen dia tuh...
naper aril berubah 360 darjah dr ari....

cian kat ari...
kejam tul la si aril nie...
geramnyerrrrrrrrrrrrr.........

Anonymous said...

pada sy ari mmg layak dilayan macam tu oleh aril..sbb aril da lama bersabar dengan ari..wpn dia bertekad utk kekal jd isteri aril tp hatinya x ikhlas..masih mengharapkan ilham..kalau dia perempuan yg baik dia xkan sesekali layan ilham sbb dia da bersuami..tp dia layan jugak..suami mn yg x saket ati..bila aril layan nisha tau pulak dia marah..mcm tu jugak la apa yg dirasakan aril..

writer dinasihatkan utk maintain the characteristic of each characters..sbb makin lama baca cerita ni makin terumbang-ambing lak wataknya..sekejap mcm tu sekejap mcm ni..sehinggakan pd pandangan mata sy watak ari x ubah mcm perempuan murahan..

sori kalau komen ini agak menganggu perasaan writer..

Sofea_Ilham said...

Kita masih nak sofea dengan ilham... tapi asyik semua nakkan Aril dan Ari...Bosan!!

malas dah nak ambil tahu ending... asyik semua nak ary dan aril...

hamzah ian said...

ko penulis novel eyh??

apesal takde selang?

perenggan sikit?

hehe.. sori2 komen camni.. just care

Anonymous said...

best2...
tp nk ending zairil n ari..

Anonymous said...

sy trlmbt bc ni... tp nak komen gak ..x stuju la ilham ngan ari. nak zaril+ari. nape writer wat karekter zaril kasar bia la cam mula2 sabar n sntiasa gntle ngan ari... bia la ending zaril still ngan ari yer....