Sunday, March 13, 2011

Korban Kasih 5

Hampir seminggu berlalu namun Suraya masih tidak mampu menerima hakikat bahawa dia sudah kehilangan deria penglihatan itu. Pantang ada masa terluang pasti air matanya laju meluncur keluar. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Puan Zaleha sendiri sudah tidak mampu melihat keadaan suraya yang bagaikan mayat hidup. Masakan tidak semenjak hari itu Suraya hanya kaku membeku. Sepuluh patah yang ditanya hanya sepatah yang dijawab. Itupun jikalau mood Suraya berada didalam keadaan baik. Adakalanya berhari hari dia hanya membisu. Makan dan minumnya turut terabai. Buntu puanZaleha memikirkan anak gadisnya.
“makan Sue” Puan zaleha memujuk buat kesekalian kalinya. Didalam hati sempat berdoa supaya Suraya mahu makan kali ini.
“bila boleh keluar Hospital?” Suraya bertanya kembali. Kata kata puan zaleha dibiar beransur pergi. Seleranya sudah hilang sebaik mengetahui bahawa hidupnya sudah tidak bererti.
“seminggu dua lagi. Kalau sue tak makan macam mana nak sembuh. Sue makan Ya?”
“kenapa lama sangat?”
“badan sue lemah lagi. Luka pun tak sembuh lagi. Macam mana nak keluar.”
Suraya hanya membisu.
Melihatkan Suraya yang tidak membalas Puan zaleha menyambung kembali. “ Sue.. jangan la macam ni nak.. sedih ibu tengok sue macam ni.kita..
“Sue nak tidur.” Seusai berkata dia terus merebahkan badan. Selimut ditarik menutupi seluruh muka menandakan dia tidak mahu diganggu sama sekali.
Puan zaleha mengeluh lemah. Ya Allah bala apakah sebenarnya ini? Suraya anak yang baik. Tidak mungkin dia ditimpa musibah ini sebagai balasan diatas dosa dosanya. Hatinya berbicara lagi. Seketika kemudian Puan Zaleha mengucap panjang. Merasa berdosa setelah mempersoalkan takdir yang terukir didalam kehidupan Suraya. Tidak mahu memanjangkan lamunan dia bingkas bangun.
Sebaik sahaja melewati pintu wad kelihatan Haikal sudah berdiri memandangnya. Senyuman hambar dihulurkan ke arah anak muda yang tidak jemu jemu mencuba untuk menziarahi anaknya.
“apa khabar makcik” haikal bertanya seraya menghulurkan tangan untuk menyalami orang tua suraya yang kelihatan begitu sungul sekali. Sempat juga dia titipkan bunga untuk diberikan kepada Suraya.
“Macam ni la Haikal. Haikal datang sini nak jumpa Suraya ke?” puan zaleha cuba beramah mesra. Sengaja bertanya biarpun dia tahu memang itu tujuan haikal datang kemari.
Haikal menganguk Cuma. “ Keadaan dia macam mana Makcik. Dah bertambah baik?”
“Fizikal nampak baik. Tapi macam tu la jugak keadaannya. Risau makcik dibuatnya Kal” berderai air mata yang cuba ditahan. Puan Zaleha akhirnya kalah ditelan emosi.
Haikal mengusap bahu puan Zaleha lembut. Sudah tidak mampu berbuat apa apa. Sedangkan dia sendiri pun sehingga ke saat ini masih tidak berpeluang berjumpa dengan Suraya kerana Suraya enggan berjumpa sesiapa. Panggilan yang dibuat melalui cellphone juga langsung tidak pernah berjawab.
“tak perlah haikal. Makcik tak apa apa.. err haikal datang sini nak jumpa Su ker?”
Haikal menganguk laju. dalam hati tidak putus putus dia berdoa agar suraya sudi menerima kunjungannya kali ini. Biarpun kedatangannya tidak mampu mengubah hakikat yang sudah terjadi tetapi sekurang kurangnya dia mampu menenangkan kekasih hatinya itu. Ya ! dia masih mencintai Suraya. Cintanya kepada Suraya tidak berkurang biarpun sedikit dek kerana peristiwa itu.
“Sekejap ya makcik pergi cakap ngan dia dulu” puan zaleha berkata seraya berundur masuk ke wad kembali. Wajah suraya yang sugul ditatap sepi.
“haikal datang nak melawat sue”
Bisu. Suraya diam sahaja. 
“ibu bagi dia masuk ya?” pertanyaan diutarakan sekali lagi. Jikalau mengikuthatinya pasti haikal sudah lama dibenarkan masuk berjumpa Suraya. Tetapi dia tidak mahu menambahkan lara dihati Suraya. Dia tahu akan perasaan anak gadisnya itu.
“sue.. ibu bagi haikal masuk ya” puan zaleha berkata sekali lagi sambil berlalu ke pintu. Namun baru sahaja dia melangkah kedengaran suara Suraya membuatkan gerakan kakinya terhenti.
“Jangan! Su tak nak jumpa sesiapa”
“tapi sue.. Haikal dah berulang kali datang sini. Kasihan dia. Jumpa la dia sekali.”
“untuk apa? Untuk apa dia datang”
“Haikal kawan Su kan?”
Suraya tersenyum sinis. Kawan? Tidak! Dia tidak mahu berkawan dengan sesiapa lagi. Dunianya yang gelap tidak memungkinkan dia berkawan dengan sesiapa lagi. Apatah lagi haikal. Sebak dihatinya mengenangkan perjalanan cinta yang tidak kesampaian. Baru sahaja hendak mula bercinta tetapi kemalangan itu merengut kebahagian yang bakal dimiliki. Dengan kecacatan yang dihadapi itu tidak mungkin haikal sudi menerimanya. Biarpun haikal sudi menerimanya dia sendiri tidak betah berdiri disamping jejaka itu. Ahh.. bukan masanya untuk berbicara tentang perasaan!
“sue..” puan zaleha memanggil lagi. Binggung dia dengan karenah suraya itu.
“sue tak nak! Muktamad!”
“sue jangan macam ni nak. Dia beria nak jumpa Sue. Hari hari dia datang. Tapi sekali pun sue tak hiraukan. Kasihan dia..”
“Kalau ayah sendiri pun tak pernah nak jumpa anak dia. Untuk apa orang lain bu?”
Pertanyaan Suraya menyentak Puan zaleha.
“ayah.. kenapa ayah tak pernah datang bu? Ayah bencikan Sue kan? Ayah tak dapat terima yang anak dia dah buta kan Bu?”
“Sue..
“sudahlah ibu. Sue penat nak tidur” Suraya lantas berpaling kesisi. Membiarkan puan zaleha terpingga sendiri menyesali sikap suaminya yang tidak mampu menerima hakikat bahawa anaknya sudah cacat penglihatan. Hati anak mana yang tidak sedih apabila ayah sendiri bagaikan tidak mahu menerima dirinya disebabkan takdir yang tidak dijangka.
Bukan sekali dua dia mengajak Encik haidir menemui Suraya tetapi Encik haidir hanya tersenyum sinis. Malahan hubungannya dengan encik haidir turut berantakan. Lelaki itu tidak putus putus menyalahkan dirinya. Kata encik haidir jikalau dia tidak membenarkan suraya keluar malam itu pasti nasib suraya tidak akan begini.
“Sue tak nak jumpa saya?” haikal bertanya seraya melihat kelibat puan zaleha. Cuba berlagak tenang sedangkan dia mendengar dengan jelas kata kata Suraya tadi.
Puan zaleha menganguk Cuma. Wajah haikal yang sungul dek kecewa dilihat sekilas. Sedetik hatinya tertanya sendiri. apa hubungan antara Suraya dengan Haikal kerana kelihatan haikal begitu teringin berjumpa anaknya. Kekasihkah? Tidak pula dia tahu.
“kalau macam tu saya balik dulu makcik. Insyaallah ada masa saya datang lagi. Mungkin Sue perlukan masa. ” haikal memujuk diri sendiri. tangan tua puan zaleha disalami.
Puan zaleha menganguk Cuma. Ingin bertanya tetapi soalan yang ingin diutarakan tidak mahu keluar dari bibir. Lantas dia hanya memandang sepi langlah longlai haikal meninggalkan dia jauh kehadapan.

Najwa Syakilla diam menekur ruang pejabat Farhan Ezaril. Biarpun sudah berkali kali dia menghabiskan masa di ruangan pejabat tunangannya itu tetapi kali ini entah mengapa dia merasakan satu keanehan sebaik menginjakkan kaki kesini. Mungkin kerana ruang pejabat yang terasa sunyi kerana Farhan yang hanya diam berteleku dihadapannya sedari tadi atau mungkin juga kerana hatinya sendiri yang terasa suram menyebabkan keindahan dekorasi dibilik itu turut kelihatan hambar.
“you nampak tak sihat Han” najwa membuka bicara. Sudah tidak betah membiarkan masing masing melayan perasaan sendiri.
“I ok. You have to no worries” Farhan mencuba untuk tersenyum tetapi masih juga kelihatan hambar di pandangan mata .
“Bila you nak bertolak ke singapore?” teringat akan sesuatu dia lantas mengutarakan pertanyaan. Setahunya Najwa akan berangkat ke singapore untuk menguruskan kerjasama diantara syarikat mereka dan syarikat subsidiary yang berada disana.
“Malam nanti. Flight I pukul 9.00 malam”
“Barang barang semua dah kemas?”
Najwa menganguk Cuma.
“kenapa you still datang kerja. Kenapa tak ambil cuti je. Boleh you rest dulu before bertolak” Farhan bertanya lagi. Hairan! Kebiasaannya Najwa akan mengambil cuti sehari sebelum bertolak kemana mana.
“Ada kerja yang I tak selesaikan lagi. Plus I risaukan you”
“Risaukan I? Kenapa?”
“I rasa you banyak membisu lately ni. sejak.. sejak incident tu. You.. are you ok?”
“I ok just.. entahlah.” Farhan menarik nafas dalam. “I rasa bersalah pada Suraya dan keluarga dia”
“Tapi kita tak sengaja kan? Kita dah minta maaf right”
“Maaf takkan mampu membetulkan keadaan Wa..”
“yaay, I know. Tapi if you menyesal macam ni pun keadaan takkan berubah Han. Just forget it” Najwa memberi nasihat pula. wajah farhan yang dungul ditatap seketika. Pasti benar benar terkesan akan keadaan yang menimpa keluarga tersebut.
“I dah cuba lupakan.. tapi i keep remembering that. Hati I tak tenang” Farhan berterus terang akhirnya. Bukan sekali dua dia mencuba untuk melupakan apa yang terjadi. Tetapi semakin dia mencuba semakin kerap pula bayang raungan Suraya sebaik mengetahui dia tidak mampu melihat lagi terlintas difikirannya. Sehingga adakalanya bayangan itu hadir kedalam mimpi malamnya. Entah mengapa dia sendiri tidak pasti. “you tak rasa macam tu ke?”
Najwa mengeluh lemah. Benar! Hatinya turut tidak tenang. perasaan bersalah masih mencengkam jiwa. Tetapi mahu diapakan lagi?
“Hati I pun sama Han. Asyik terbayang benda yang sama.. tapi.. entahlah. Fikiran I buntu. I tak tahu nak buat apa lagi. Dan sememangnya dah tak der apa apa pun yang mampu kita buat lagi. Things that have been done cannot be undone.”
Farhan  hanya menganguk bersetuju dalam diam. Sudah tidak mampu berkata apa lagi.
“oh ya. You nak pergi lawat Suraya ke petang nanti?”
“a`ah . You?”
Najwa berdiam diri seketika. Kemudian dia mengeleng perlahan. “I tak boleh la Han. I takut tak sempat nak cacth flight. You tolong tengokkan suraya bagi pihak i sekali ya”
Mendengar permintaan itu Farhan lantas terus bersetuju. Tanpa Najwa meminta pun pasti dia akan melakukan itu.

“Macam mana keadaan Suraya makcik” Farhan bertanya sebaik masuk kedalam wad yang menempatkan suraya. Biarpun kedatangannya tidak diterima Aiman, abang kepada Suraya tetapi rasa bersalah yang mencengkam jiwa tidak memungkinkan dia lepas tangan. Disebabkan itulah dia menguatkan juga langkah kakinya menapak kebilik itu.
Untung sahaja Puan zaleha sudi memafkan dia dan najwa yang menjadi penyebab akan kecelakaan yang terjadi.
“macam tu la Farhan. Err.. Farhan datang seorang je ke?” wajah najwa Syakilla dicari. Kebiasaannya Farhan akan bersama tunangannya.
“Najwa tak dapat datang hari ni makcik. Dia ada kerja.”
“ouh.. Farhan tak kerja ke?”
“kerja jugak makcik. Ini pun baru balik dari kerja”
Puan zaleha menganguk Cuma. Tidak tahu mahu bertanya apa. Sepi yang berlalu membuatkan farhan tidak betah. Suraya yang sedang lena ditatap seketika. Ahh.. kasihan gadis itu. Pasti hidupnya hancur. Hatinya terdetik sendiri. biarpun suraya tidak menerima kunjungannya tetapi dia terpaksa menebalkan muka. Jikalau gadis itu sedang jaga kini pasti telinganya akan mendengar sumpah seranah Suraya. benci sungguh gadis itu kepadanya.
“kata doktor suraya mungkin boleh tengok balik..”Farhan berjeda sendiri.
“dah ada penderma mata ker makcik?”
Puan zaleha tersenyum hambar. Ya suraya pasti boleh melihat kembali jikalau organ matanya diganti. Tetapi soalnya dimana dia mahu mendapatkan penderma? Menurut dr khairul organ mata adalah organ yang paling sukar untuk didapatkan. Orang yang masih hidup tidak boleh menjadi penderma. Orang yang mendaftar sebagai penderma organ pun turut berkurang. “belum lagi. Pihak hospital sedang sedang cuba usahakan untuk cari penderma yang sesuai”
“mudah mudahan ada ya makcik. Kasihan Suraya kalau dia terus terusan macam ni”
“insyaallah ada..”
“err.. pakcik ngan Aiman tak datang melawat ke?” Farhan bertanya lagi. Selama dia datang melawat kesini sekalipun dia tidak pernah berjumpa Encik haidir. Aiman pula sebaik dia menjejakkan kaki ke wad pasti akan berlalu pergi. Menyampah! Benci! Itu kata Aiman kepadanya.
“aiman baru je balik. Pakciknya pulak. Sampai ke hari ni. macam tu la jugak. Masih marahkan makcik ngan Suraya. Dia tak mampu terima..”
Farhan tersenyum hambar. Dia yang tadi duduk berhadapan Suraya bingkas berdiri dan menghala kearah tingkap. Panaroma alam dilihat seketika. Nafas dihembus perlahan.
“semua ni salah saya makcik. Kalau saya berhati hati masa memandu hari tu pasti suraya tak macam ni. saya dan juga bagi pihak najwa minta maaf banyak banyak.
Puan zaleha hanya diam menekur lantai. Sudah takdir. Keadaan tidak akan berubah biarpun dia menyesali. Dek kerana itu dia ikhlas memaafkan farhan dan najwa walau dihati dia turut mengakui betapa marahnya dahulu  dia dengan pasangan yang telah merentap kebahagiaan Suraya itu. Tetapi mahu diapakan lagi? Perasaan marah dan benci itu tidak memungkinkan keadaan suraya kembali kepada keadaan asal.
“saya berjanji saya akan bertanggungjawab dengan apa yang menimpa suraya sehingga dia sembuh sepenuhnya. Tentang segala bayaran bil perubatan suraya pun akan saya biayai. Saya harap makcik dapat terima. Hanya ini yang dapat saya lakukan untuk menebus salah saya pada Suraya dan makcik sekeluarga.”
“tak usah lah farhan, kami masih mampu biayai segala bil perubatan suraya.” Puan zaleha menolak lembut. Dia tidak mahu farhan berterus terusan menyalahkan diri sendiri.
“makcik.. saya akan terus berasa berdosa kalau saya lepas tangan. sekurang kurang beri saya peluang untuk menebus kesalahan saya pada Suraya”
Puan zaleha mengeluh lemah. Hendak menolak terasa dia menghampakan harapan farhan yang begitu teringin mahu menebus segala salahnya. Untuk menerima terasa tidak wajar memandangkan dia sendiri masih mampu membiayai bil perubatan anaknya itu.
“ibu..”
Suara suraya mematikan perbualan mereka berdua. Puan zaleha lantas menghampiri suraya meninggalkan anak muda dihadapannya.
“kenapa Sue?”
“ibu bercakap dengan siapa? Sue dengar suara orang bercakap cakap tadi.” Suraya bertanya pula. diterpa rasa hairan kerana suara itu seakan akan asing ditelinganya.
“Farhan datang melawat Sue..
“suruh dia keluar bu.” Suraya memintas laju. Farhan. Lelaki itu yang menghancurkan hidupnya! Biarpun wajah farhan tidak pernah dilihat. Tetapi rasa benci mengenangkan lelaki itu yang menjadi punca membuatkan hatinya beraja dengan perasaan amarah bersama dendam yang berbeku dihati. Farhan dan Najwa tidak akan pernah dimaafkan kerana mereka itu punca segalanya.
“Suraya..” farhan menyapa lembut. Wajah gadis itu yang menyinga dipandang. Pasti benar benar berdendam.
“apa yang Encik farhan nak lagi. Tak cukup lagi Encik farhan butakan mata saya”
“suraya saya langsung tak berniat nak..
“tak berniat? Encik farhan boleh kata apa jer. Tapi hakikatnya encik farhan penyebab keadaan saya macam ni! sudah lah encik farhan boleh keluar sekarang! Saya benci encik farhan. Encik farhan dah musnahkan hidup saya.pergi!”
Farhan mengetap bibir. Melihat suraya yang meraung begitu mendatangkan sebak dihati. Jauh disuduh hati dia tahu Suraya tidak akan mungkin pernah memaafkan dirinya.
“Baik Farhan keluar dulu” Puan Zaleha meminta pula. dia tidak mahu keadaan suraya bertambah memburuk dengan kehadiran farhan.
Farhan menganguk Cuma. Sebaik pintu dikuak langkahnya lantas terhenti. Wajah suraya dan puan zaleha ditatap silih berganti.
“saya mintak maaf Suraya. Saya tahu salah saya. Tapi sungguh tak pernah terniat dihati saya untuk mencelakakan hidup suraya apatah lagi kita bukannya saling mengenali. Saya harap suraya tabah menerima segalanya. Saya akan pastikan penglihatan suraya akan pulih suatu hari nanti”
“aahhh.. pergi! Aku benci kau! Pergi ! berambus dari sini! ” Suraya menyumpah seranah. Tidak mungkin dia akan memafkan Farhan semudah itu.
“Ya Allah Sue.. bawak mengucap! Ingat Allah” puan zaleha mencuba menenangkan Suraya. Farhan dipandang pula. “balik la Farhan.. pergilah..” suaranya seakan merayu. Risau akan keadaan suraya yang meracau racau dengan butir bicara yang kasar sebegitu.

4 comments:

MaY_LiN said...

ala..
sedihnye..
lelama han mesti sayang sue
cian haikal

aNiS aNiSa said...

sdeynya...

dpt menyelami hati suraya..sob3 =(

latest entry : Kawen Sebelum atau Selepas Belajar???

Anonymous said...

Great posting. Tidak sabar untuk membaca yang berikutnya:)

leeya said...

follow u:) pliz follow me back
http://leeyaohleeya.blogspot.com/