Tuesday, February 1, 2011

Korban Kasih 4

Redup angin malam menampan wajah mulus Suraya. Dengan gerak geri  yang lemah dia mengerakkan seluruh anggota badan. Sakit. Sengal satu badan yang dirasa seolah memberi petanda betapa sudah lama anggota badannya itu tidak digerakkan.
“Doktor! Doktor!”
Suara itu? Suraya cuba mengamati suara itu. Aiman kah? Sejak bila pula abangnya itu berada disampingnya. Dalam kelemahan Suraya mencuba untuk bangun tetapi kali ini tubuhnya bagai dihalang oleh seseorang membuatkan dirinya tidak mampu untuk bergerak lagi.
“Sue jangan banyak bergerak. Badan Sue lemah lagi ni” Aiman bersuara separuh berbisik. Sebak melihat keadaan Suraya. Sudah tiga hari mereka sekeluarga menunggu Suraya sedar dari lenanya yang panjang.
“macam mana Suraya doktor?”
Dr. Khairul menghela nafas panjang sebaik memeriksa keadaan Suraya. “Dia ok. Tapi..” suaranya agak keberatan. Mengharapkan Aiman memahami maksudnya itu.
“its ok we will talk after this” ujar Aiman memahami. Dia kemudian mengiringi Dr khairul keluar bilik yang menempatkan Suraya. Tidak sampai setengah jam dia kembali ke kamar adiknya itu. Senyuman hambar terukir diwajah.
“Sue kat mana Abang long?” Suraya bertanya sebaik menyedari akan kehadiran Aiman disisinya. Matanya cuba untuk dibuka tetapi hanya kelam yang menyambut penglihatannya itu. Mengapakah?
“kat Hospital”
Dahi Suraya berkerut. Aku kat hospital? Tapi kenapa? “kenapa kat hospital?”
“Err.. Sue lupa ker? Sue tak ingat ke macam mana Sue boleh ada kat sini?” Aiman bertanya pelik. Masakan adiknya lupa akan peristiwa yang menyebabkan dia terlantar disini?
“Sue tak ingat. Sue..” Suraya tidak jadi bersuara. Dia diam seketika. Bayangan lalu melintas kembali dimindanya. Seingatnya hari itu selepas sesi meluahkan perasaan bersama Haikal dia terus pulang sebaik teringat janjinya kepada Puan zaleha untuk pulang sebelum pukul 11 malam. Sempat Dia dan haikal berbuat janji untuk kembali bertemu keesokan harinya. Juga sempat bibirnya bernyanyi riang rentetan dari rasa hati yang terbias gembira. Sedang dia melintas jalan untuk ke seberang iaitu tempat dia memarkir kereta tiba tiba kunci kereta yang berada ditangan tercicir. Disaat dia berdiri setelah mengambil kunci kereta dia terlihat.. sebuah .. sebuah kereta mara ke arahnya.. dan..
“Sue kemalangan...” hanya dua patah perkataan yang mampu disebut. Teringat sesuatu. Dia lantas bertanya kembali. “Hari ni hari apa?”
“Rabu Sue.. dah tiga hari Sue tak sedarkan diri. Semua orang risau. Tapi syukurlah Sue dah sedar sekarang.”
“Tiga.. tiga hari?” tiga hari aku tak sedarkan diri? Biar betul. Tapi kenapa? Kenapa keliling ni macam gelap semacam jerk? Hati Suraya bermonolong lagi.
“Pukul berapa sekarang ni Abang long?”
“Pukul 7.30 malam. Better Sue tidur lagi. Your body need rest. Tadi ibu yang nak jaga Sue. Tapi abang tengok ibu macam penat sangat so abang suruh ibu balik dulu. Pagi esok ibu mesti gembira bila datang sini tengok Sue dah sihat.” Aiman bersuara ceria bagi menyembunyi hampa. Jauh disudut hati dia seakan dapat mengetahui isi hati Suraya yang pasti keanehan melihatkan keadaan sekelilingnya yang malap sahaja.
“hurm.. sory menyusahkan abang.. tapi.. tapi kenapa gelap semacam jer abang long. Kenapa Sue tak nampak apa apa. Hospital ni tak bukak lampu ke”
“sudahla Sue.. tidur dulu” Aiman cuba mengelak dari menjawab soalan yang diutarakan. Kerisauannya berada ditahap maksima. Bimbang Suraya tidak mampu menerima hakikat yang nyata itu.
“Jawab la Abang. Kenapa gelap ni.. kenapa mata Sue berat sangat ni?”
“sue..
“Abang!!” dia membentak pula. teruji sungguh kesabarannya.
“Actually kepala Sue terhantuk kuat hari tu. Mata sue.. mata Sue.. err..”
“Maaf Encik Aiman. Saya nasihatkan Cik Suraya supaya tak banyak bergerak. Badan cik Suraya lemah lagi. Dan cik Suraya juga memerlukan tidur yang mencukupi. Supaya esok kita boleh bukak balutan mata Cik Suraya.” Sakina, Nurse yang bertugas hari itu terus menyapa sebaik melihat wajah kedua dua mereka. Dia yang baru sahaja menjejakkan kaki ke wad yang menempatkan Suraya langsung tidak tahu pangkal cerita akhirnya terpingga pinga melihatkan dua beradik yang seakan akan sedang bertegang urat sahaja tingkahnya.
“ouh mata Sue berbalut rupanya. Kenapa abang tak cakap. Patut la gelap!” Suraya bersuara lega. Bimbang pula dia tadi.

Puan zaleha menyeka air mata yang laju menuruni pipi. Sekilas dia sempat melihat Encik Haidir yang kaku membeku. Najwa Syakilla dan Farhan Ezaril turut sama sebak sebaik melihat keadaan suraya yang meraung bagai orang kehilangan arah. Perlahan lahan dia menyusup keluar dan berdiri disebalik pintu wad yang menempatkan Suraya.
“Ibu semua ni tipu kan bu. Sue .. Sue tak buta kan bu” Suraya meraung lagi. Dia bingkas bangun untuk berdiri. Tetapi posisi badan yang lemah membuatkan dia jatuh tersungkur di tepi katil. Terkejutnya bukan kepalang sebaik menyedari hanya kelam yang menyambut pandangannya sebaik pemabalut mata dibuka. Dia tidak boleh melihat. Dia buta! Itu kata dr khairul! Ya Allah. Benarkah?
“Sabar cik Suraya.. mata cik Suraya sebenarnya..
“sabar?”
Dr khairul tersentak. Belum sempat dia menghabiskan kata kata Suraya terlebih dahulu mencelah. Buntu dia seketika.
“apa yang nak disabarkan. Aku dah buta! Buta!! Butaaaaaaaa!!” suraya menjerit lagi. Mata digosok berulang kali. Tidak! Tidak mungkin dia buta. Kali terakhir dia membuka mata dia masih mampu melihat. Melihat dirinya. Melihat ibunya. Melihat alam sekeliling, tidak mungkin dalam sekelip mata dia sudah kehilangan deria penglihatan itu.
Suraya mengelengkan kepalanya buat seketika. Aku tak buta. Mata aku tak buta. Hati nya bermonolog lagi. Perasaan berkecamuknya usah dikata. Tidak! Tidak dia takkan mungkin mampu menerima hakikat ini. Dengan tenaga yang ada Suraya terus berdiri. Tubuh Aiman disisi digoncang laju. “ abang Sue tak buta kan. Ini satu kesilapan kan?”
Aiman yang sebak hanya mengeleng perlahan. Suaranya sudah tidak mampu berbicara lagi. Hancur luluh melihat Suraya begitu.
“Ibu.. Sue tak buta kan bu. Tak mungkin Sue buta kan bu?” suraya menerpa Puan zaleha pula.
“Tak sue tak buta sayang. Mata sue boleh pulih. Sue jangan macam ni” puan zaleha berusaha memujuk. Air mata suraya diseka. Tubuh gadis itu dibawa kepelukan.
“Ibu.. Sue tak buta kan bu..tak mungkin kan bu ..”Suraya mengeleng lemah. Suara yang tadi nyaring beransur pergi. Dia akhirnya terjelepok di lantai bersama raungan yang panjang.

1 comment:

MaY_LiN said...

o-o..
camana ni..