Saturday, July 31, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 51

“Siapa Nisha” Ariana bertanya Zairil apabila lelaki itu hanya tunak memandang wajahnya. Biarpun dia tahu siapa Nisha tetapi dia ingin tahu dari mulut Zairil sendiri. Biar jelas dihatinya. Biar jelas dimatanya apa sebenarnya yang berlaku.
“Nisha??” Zairil mengulang nama itu. Hairan bagaimana nama Nisha boleh timbul secara tiba tiba.
“Ermm.. Nisha”
Zairil tersenyum Cuma. “Nisha bekas tunang angah.. kenapa?” Merasakan Ariana tidak mengetahui apa apa dia menjawab begitu.
“Kenapa mereka putus tunang? Apa hubungan awak dengan Nisha? Berterus terang dengan saya Aril..” Suaranya separuh mendesak. Tidak usah Zairil berpura pura dengannya kerana dia sudah tahu. Dia Cuma ingin mendengar buat kali kedua biar jelas. Hanya itu.
“Nisha tunang angah. Tapi sebelum tu abang bercinta dengan Nisha. Sebelum ayah Nisha meninggal dia mewasiatkan supaya Angah ditunangkan dengan Nisha..”
“ Awak tak marah.. awak tak cintakan Nisha” Ariana bertanya lagi.
“Siapa yang tak marah bila kekasih sendiri jadi tunang adik kandung. Tapi semua kisah tu dah berlalu. Kenapa Ary tanya??” Zairil bertanya kembali. Pelik.
“Awak tak marahkan Ilham.. err.. maksud saya angah” Tergagap dia menyusun kata.
“Mula dulu abang marah jugak.. tapi tak boleh nak salahkan angah seratus peratus sebab Nisha pun salah jugak, dia Cuma menerima. Langsung tak pertahankan cinta kami. Lagi pula Abang tahu angah cintakan orang lain. Reen dah ceritakan segala galanya pada abang..”
Ariana menganguk Cuma. Wajah zairil dipandang lagi. “Awak cintakan Nisha?”
Mendengarkan itu Zairil mengengam tangan Ariana kejap. Lalu dielus lembut. “Abang dah ada Ary. Abang tak perlukan Nisha..”
Ariana memejamkan matanya. Bibirnya bergetaran. Namun dia mahu bertanyakan soalan lagi. Supaya hatinya tidak berpaling daripada Zairil. Biar rasa bersalah dan sebak terus mengepung hatinya supaya dia sentiasa kekal bersama lelaki itu. “ Awak.. awak cintakan saya??”
Zairil tersenyum. Tubuh Ariana yang sedang duduk berhadapan dengannya di bawa ke dalam pelukan. “Abang cintakan Ary. Ary takkan tinggalkan abang kan..?” Dia bertanya pula. Bimbang sebenarnya, bimbang Ariana meninggalkanya setelah dia benar benar cintakan isterinya itu. Biarkan. Biarkan Ariana tidak mencintainya asalkan gadis itu setia bersamanya.
Airmata Ariana menitis. Jikalau sudah begitu kata Zairil. Apa mampu hatinya berpaling untuk melihat Ilham. Tidak. Dia tidak sanggup melukakan Zairil biarpun hatinya tidak pasti akan perasaanya buat lelaki itu. Yang pasti dia tidak akan sesekali berpaling dari Zairil. “Saya takkan tinggalkan awak.. saya janji..”
Ilham?? Biarlah. Biarpun dia tahu lelaki itu kecewa kerana semua yang berlaku bukan atas permintaanya. Namun dia tiada kuasa untuk merawat hati lelaki itu. Dia tidak mampu kerana dia terikat dengan janjinya sendiri…pergilah Ilham.. pergi..


Zairil mengusap lembut kepala Ariana yang terletak di ribanya itu. Dia rasa gembira kerana sudah meluahkan cintanya kepada Ariana biarpun hubungan mereka masih tiada perubahan. Ahh.. sekurang kurangnya dia tahu gadis itu tidak akan berpaling darinya. Biarpun hingga saat ini bibir itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan Abang apatah lagi mengungkapkan kata kata yang senada dengannya.
“Cerita dah habis” Ariana bersuara perlahan sebaik sahaja cerekarama yang ditonton tamat. Dia yang tadi berbaring santai kini sudah duduk menegak di atas sofa di ruang tamu itu sebaik melihat Shireen dan Ilham mara ke arah mereka.
“Tengok cerita apa kak Ary??” Alisha menegur.
“Suraya!!” Ariana menjawab sambil menunjuk kearah screen tv di hadapan mereka.
“Angah dah sihat?” Zairil menegur pula Ilham yang dilihatnya masih sedikit pucat. Wajah adiknya yang susut dipandang lama. Masih tidak selesaikah masalahnya itu?
Ariana turut melihat Ilham biarpun fikirannya melarang namun gerakan tubuhnya sudah terlebih dahulu beraksi. Tidak dapat tidak wajah pucat lelaki itu mengundang sayu dihatinya.
“Dah kurang sikit..” Ilham memberitahu lemah. Luluh hatinya melihat Ariana yang sedang bersandar di bahu Zairil. Ah.. mengapa bukan dia yang berada di tempat itu. Tidak teringatkan Ariana akan kenangan mereka dahulu?
Zairil hanya menganguk. Dia ingin bertanya lagi. Namun handsetnya yang berdering minta diangkat membuatkan dia berlalu ke luar rumah. Mahu menjawab panggilan itu sendirian.
Melihatkan Ariana yang turut berdiri Ilham pantas menarik tangan itu setelah bayang Zairil hilang disebalik dinding. “Jangan macam ni Fea.. Fea tak cintakan dia”
“Siapa awak untuk tentukan sama ada cinta saya untuk siapa” Bibirnya menahan getar suara. Bimbang ada yang mendengar.
“Abang, abang orang yang Fea cintai seumur hidup Fea. Jangan musnah kan diri macam ni”
“Saya tak cintakan awak.. lepas Ilham..”
“Tak.. Fea bohong. Kalau Fea tak cintakan abang, kenapa Fea risau bila abang sakit hari tu? Jangan butakan mata dan hati Fea hanya untuk membalas budi yang Zairil taburkan”
“Cinta tak penting dalam hidup saya Ilham, lepaskan saya”
“Sayang.. buka mata hati. Kembali pada abang ya? Kita mulakan semula” Ilham merayu lagi. Tangan Ariana dipegang kejap.
“Tidak! Saya tak nak.. lepas” Tubuh Ilham ditolak menjauh. Air mata yang mengalir diseka perlahan. Selagi mampu bertahan dia akan terus bertahan, itu janjinya.

7 comments:

Unknown said...

ary,,,please....
jgn tinggal kn zairil
nisha da prnh tinggal kn zairil,,,
jgn ade lg insan laen yg tinggal kn zairil,,

nk lg,,,

Anonymous said...

jgn tinggalkn zairil
nk ary kekal ngn zairil

saadiah~~ said...

btol2..
nak ary ngan zairil..
cian zairil kalo ary berpaling kat ilham..mcm2 zairil dh wat utk ary..
smbg cpt2 ek..

epy elina said...

hohoho...
rumitnya hbngn dorng ni...
kcian mrk brtiga...

Unknown said...

jgn tinggalkan zairil...
bina la hidup bersama dia
cewahh...bagi nasihat la plak

aqilah said...

payah......payah................

Nur Faizah said...

ilham..
pergila cri pompuan lain..jgn la gnggu idup ary n zairil agy... huhuu..
nak ary ngn zairil!!
ary tolonglaaa ske la ngn zairil..
xnak la buat zairil dikecewakan agy..
huhuu..
ksian zairil da kecwa ngn nisha.. pastu kecewa agy ngn ary.. hoho..
xsanggup lor :(