Friday, August 6, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 54 dan 55

BAB 54


Zairil mengetap giginya. Geram. Tidak menduga Ariana akan bertindak senekad itu hanya untuk membutakan matanya. Tubuh Ariana ditolak kuat.
“Jangan Ary ingat bila Ary buat macam ni abang akan percaya pada cinta palsu Ary..”
Ariana hanya memandang. Apa sebenarnya yang dimahukan lelaki itu dia tidak tahu. Ahh.. Tuhan benarkah jodoh ku bersamanya? “Apa yang awak nak sebenarnya Aril? Awak nak bukti yang saya cintakan awak kan? So ini buktinya, saya serahkan diri saya pada awak. Tak cukup lagi?”
Tubuh Ariana ditolak pula supaya jatuh ke katil. Ariana memejamkan matanya. Tidak sanggup menghadapi semua itu.
“Huh.. Ary tak ikhlas. Jangan buat perkara bodoh Ary” Zairil merengus geram. Dia tidak sebodoh itu untuk mengambil isterinya dalam keadaan begini. Dia bukannya manusia yang bertuankan nafsu. Cuma hatinya yang retak sebaik mengetahui Ariana tergamak berpaling darinya.
Ariana berdiri. Tubuh zairil dihadap supaya bertentang dengannya. “Saya relakan diri saya untuk bersama dengan awak Aril..saya relakan.” Dia cuba menyakinkan. Namun matanya tetap terpejam rapat. Ya Allah redhakan ketulusan hati.. hatinya sempat memohon.
Prang!! Berderai bunyi kaca jatuh sebaik sahaja tubuh Ariana mengena frame di atas almari apabila tubuhnya sekali lagi ditolak Zairil. Menitis air matanya disaat melihat darah merah keluar dari kakinya. Ya ALLAH sakitnya.. Ariana menyeringai seketika. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Wajah zairil ditentang berani. “Awak dah gila ker?”
Zairil hanya tersenyum sinis. Langsung tidak ada rasa kasihan di matanya. Padanya Ariana tidak layak dikasihani kerana sudah ‘berpaling’ darinya. “Memang , memang abang dah gila.. dan abang gila sebab Ary. Ary!!”
Dalam kesakitan Ariana cuba berdiri. Tidak betah bercakap sedangkan Zairil membelakangkannya. “Apa yang saya dah buat pada awak??”
“Jangan pura pura tak tahu Ary, Jangan pura pura jadi isteri yang baik kalau diri memang tercela!”
“Aril!!” Tangan zairil dipaut. Dia ingin mendapatkan penjelasan mengapa lelaki itu mengamuk secara tiba tiba. Tapi lain pula angapan Zairil kerana mengangap Ariana mencuba menguji kesabarannya. Tidak semena semena tangan itu melekap dipipi Ariana. Ariana terduduk. Terketar ketar tubuhnya akibat terlalu terkejut dengan tamparan yang tidak diduga itu. Mukanya ditekup ke lantai. Air matanya mengalir laju. Ya Allah seumur hidupku tidak pernah aku mengharapkan perkahwinan ku berakhir begini.. hatinya terasa sayu. Silap langkah kah dia kerana tegar bersama Zairil.
Bedebuk!! Zairil terjatuh sebaik pipinya ditumbuk oleh seseorang. Matanya tajam sebaik melihat Ilham mara ke arah Ariana.
“Ya ALLAH.. Fea bangun ya sayang kita pergi dari sini..” Tubuh Ariana yang sedang menunduk ditepuk beberapa kali. Sebak hatinya melihat Ariana begitu. Seumur hidupnya tidak pernah biarpun sekali tubuh itu dikasarari. Ahh.. tergamaknya kau Abang.
Ariana mendongakkan wajahnya. Tidak pasti bila Ilham masuk ke biliknya. Membuntang matanya disaat melihat muka Ilham yang sedikit lebam.
“Kau tak payah nak buat drama kat sini. Itu isteri aku. Kau lepaskan tangan dia” Zairil membentak geram. Ya inilah yang membuatkan dia naik angin. Sungguh tidak disangka isterinya sanggup bermain kayu tiga dengan adiknya sendiri.
“Fea.. ikut abang ya” Ilham tidak menghiraukan . Pipi Ariana ditilik lagi. Darah yang mengalir dipinggir bibir mulus itu disapu perlahan.
“Apa yang jadi Am.. kenapa muka awak lebam?” Digagahkan juga hatinya bertanya dek terasa terlalu ingin tahu.
“Lepaskan dia!! Jangan kau ingat aku akan benarkan untuk kali ni. Dulu kau rampas Nisha dari aku dan sekarang kau nak rampas pulak bini aku. Huh aku takkan benarkan” Tubuh Ilham ditarik lalu ditumbuk bertalu talu.
Ariana terkedu. Langsung tidak menyangka Zairil kini sedang memukul Ilham. Ilham yang langsung tidak bersedia hanya mampu menepis seadanya.
“Sudah la tu.. kenapa ni??”
“Kenapa??” Berdesing telinga Zairil sebaik mendengar perkataan itu. Tidak mengertikah isterinya itu bahawa dia sedang baran akibat kecewa apabila melihat Ariana berpelukan dengan Ilham, adiknya sendiri. Tidak ada rasa sesalkah di hati gadis itu.
Rambut Ariana ditarik kuat menyuruh gadis itu berdiri. “Kenapa kau tanya.. kau curang dengan aku. Kau ni kan memang dasar perempuan murahan. Aku selamatkan kau. Aku jaga kau, tapi tergamak kau curang dengan aku ..”
Curang?? “Lepasla Aril.. bila masa saya curang dengan awak?”
“Kau ingat aku tak nampak kau berpelukan dengan Ilham hari tu!! Dasar perempuan pelacur” Tubuh Ariana ditolak tepat mengenai bucu katil.
Air mata Ariana menitis. Pelacur?? Zairil mengangap dia pelacur?? Tidak! Dia tidak mahu mendengar itu.
Ilham terkesima. Tersayat hatinya mendengar tuduhan Zairil terhadap Ariana. Langsung sakit hati dia menarik pula tubuh Zairil. “Kau jangan sesekali hina Sofea macam tu.. “ Tangan Zairil direntap lalu ditolak menjauh.
“Fea, kita kena pergi dari sini. Fea ikut abang ya” Ilham merayu lagi. Dia tidak sanggup melihat Ariana disakiti begitu. Tidak untuk seumur hidupnya.
Ariana hanya kaku membeku. Dia masih tidak percaya dengan ayat yang keluar dari mulut Zairil. Tidak walaupun hanya sekali.
Ilham menarik tangan kecil itu supaya berdiri. Dia mahu membawa Ariana keluar dari situ. Sudah tidak ada gunanya Ariana bertahan disitu. “Fea ikut abang ya sayang.. tak guna Fea tinggal kat sini, abang akan jaga Fea.
Mata Zairil memerah. Perkataan ‘Abang’ dan ‘sayang’ yang meniti dimulut Ilham benar benar membuatkan dia baran. Untuk menumbuk lelaki itu dia terasa tidak mahu mengotorkan jarinya. Akhirnya dia tersenyum sinis menatap Ariana dan Ilham yang berada sedikit jauh darinya. “Jangan kau orang berangan nak hidup bersama. Huh!! Dengar sini, bersaksikan kau” Tangannya menunjuk ke arah Ilham. “Perkahwinan aku dan Ariana aku gantung. Biar padan muka dengan perempuan macam kau” Tangannya menujuk pula pada Ariana. Seusai berkata dia ketawa perlahan. Puas hati.
Pegangan Ilham di tangan Ariana terlepas. Dia beku melihat Ariana yang sudah terkedu. ‘Abang kau kejam’ Tubuh zairil ditarik. Kolor baju itu dicekak. Padanya kini sudah tidak ada istilah adik dan abang di dalam hidup mereka. Dia ingin menghadiahkan penumbuk kepada lelaki yang kakinya sudah tidak injak ke bumi kerana dicekak olehnya itu. Zairil sudah melampau. Melampau!!
“ Ilham” Ariana menjerit nyaring sebaik tangan lelaki itu ingin mencecah muka Zairil. Dia mengeleng perlahan. Tanda tidak membenarkan Ilham memukul Zairil.
“Kenapa Fea? Biarkan abang pukul dia, dia tak layak buat Fea macam ni” Ilham merengus geram. Pegangannya di badan Zairil masih tidak dilepaskan.
“Sudahlah abang. Pergilah.. pergi.. biarkan Fea.. biarkan” Airmatanya luruh laju.
“Tidak.. abang tak kan puas hati selagi dia tak tarik balik hinaan dia pada Fea..” Ilham bertegas.
Ariana berdiri. Tubuh Ilham dan Zairil dihampiri. Sakit. Perit untuk dia melangkah namun digagahkan jua. Tangan Ilham yang memegang Zairil dipegang kejap. “Pergila abang. Biarkan Fea. Fea tak layak untuk abang. Apa yang Zairil kata semuanya betul. Biarkan biarkan.. Fea mohon.”
Pegangan Ilham terlepas. Kepala Ariana dipegang dengan kedua belah tangannya. “Fea.. ikut abang. Abang terima Fea walau apa pun yang jadi. Fea bukan macam tu sayang. Jangan percaya cakap dia”
Tangan Ilham ditolak perlahan. Dia mengeleng lemah. “Fea takkan tinggalkan Zairil.. abang pergilah.. pergi..”



BAB 55

Sesekali Ilham menyeringai sakit. Tangan Haikal yang masih menyapu ubat diseluruh mukanya langsung tidak dihiraukan. Fikirannya kini hanya terarah kepada Ariana. Bagaimana agaknya keadaan Ariana sekarang?
Fea.. kenapa Fea degil. Kenapa terus bertahan disisi Zairil. Abang kenal Fea.. Abang tahu Fea tak sekuat tu sayang.
Hatinya merengus geram. Ada rasa geram dan ada rasa kesal. Geram! Geram kerana Zairil tega memukul Ariana sehingga tubuh gadis itu lebam begitu. Kesal! Kesal kerana Ariana tidak mahu mengikutnya.
Fea .. cinta abang pada Fea seluas lautan. Tak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Ahh.. mengapa Fea tak mahu mengerti sayang.
Pedih. Hatinya tersayat. Hiba. Dia tidak tergamak untuk melihat Ariana begitu. Tidak walaupun sekali dalam hidupnya. Gadis itu dicintai sepenuh hati. Dia terlalu mencintai Ariana.
Salah diakah yang membuatkan hidup Ariana penuh dengan duka? Ahh.. tidak mereka berdua adalah mangsa permainan Nisha. Nisha kau kejam!!
Fea sayang.. mata Ilham terpejam. Masih terbayang wajah yang menangis tersedu merayunya pergi tadi. Jikalau diturutkan hati pasti tubuh gadis itu turut dibawa keluar dari banglo itu. Namun melihatkan Ariana yang berkeras mahu kekal disitu dia akhirnya mengalah.
“Auch” Ilham terjerit nyaring. Tangan Haikal ditolak kasar. “Sakit lah” Geram pula dia apabila lamunanya berderai begitu sahaja.
Haikal tersengih sengih. “Alah sakit sikit pun nak menjerit jerit. Macam perempuan.” Ketawanya kedengaran mengejek.
Ilham menjengilkan matanya. Geram. Sudahlah dia kini punya masalah. Badannya sakit sakit akibat dipukul abangnya itu. Kini Haikal dengan muka tidak bersalah langsung terus terusan ketawa tanpa menghiraukan hatinya. Kejam betul!!
“Ok ok.. sory.. ni kau ni apehal. Macam zombie”
Bedebuk!! Kepala Haikal ditepuk perlahan. Namun dia kembali mengaduh sebaik selesai berbuat begitu. Terlupa pula tangannya itu turut perit.
“Tu la.. tangan tu jaga sikit kepala aku ni berdaulat tahu” Haikal memerli laju. Wajah temannya yang lebam teruk dipandang lama. Tak depasal cari pasal. Memang padan muka. Opss!! “Teruk betul abang kau pukul kau ya” Dia menegur pula.
“Maunya tidak.. dah macam orang gila aku tengok..” Ilham hanya mengiyakan. Dalam fikirannya pasti abangnya itu ingin membalas sakit hati dahulu. Dulu dia juga hampir ditumbuk Zairil sebaik lelaki itu tahu dia dan Nisha akan ditunangkan. Namun tidak sempat apabila Alisha berterusan menahan dan merayu. Sudahnya sebaik sahaja dia bertunang Zairil sudahpun berlepas ke Uk. Tetapi lewat kata kata Zairil tadi bahawa dia merampas Nisha membuatkan dia mula berfikir sendiri. Dahulu dia tidak pernah tahu bahawa Nisha dan Zairil bercinta. Dia Cuma tahu beberapa hari sebelum mereka bertunang. Itupun dia tahu dari adiknya. Tapi semuanya sudah terlewat. Biar dia menentang keras pertunangan itu tetapi umi dan papanya masih berkeras mahu dia bertunang dengan Nisha? Lalu apa pilihan yang dia ada? Dan kini Zairil mengungkit kisah lalu. Malahan kini abangnya itu mengubah fakta pula dengan mengatakan dia merampas Nisha. Sedangkan bukankah Zairil sudah jelas akan hal yang berlaku dahulu?
“Tu la kau, bini orang jangan dikacau” Haikal membuat lawak. Cuba berselorah tapi terhenti sebaik melihat wajah mencuka Ilham. Teruk benar kawannya itu dikerjakan cinta.
“Apa yang patut aku buat Kal?” Ilham bertanya tenang. Dia buntu harus berbuat apa sebenarnya. Mengharapkan Ariana kembali kepangkuannya lalu dijadikan isteri agak sukar untuk direalisasikan memandangkan perkahwinan Ariana sudah digantung tidak bertali.
“ Kau lepaskan dia”
Mata Ilham sekali lagi terjegil. “Kau nak suruh aku lepaskan dia? Depan mata aku Sofea dipukul dan diherdik. Aku pun tak pernah pukul dia apatah lagi mama dan papa dia. Zairil memang dah melampau” Dengusan kasar dilepaskan.
“Teruk benar ke keadaan Ariana tu?” Haikal bertanya lagi. Ada rasa tidak percaya yang menghuni fikirannya. Manakan tidak Zairil sorang lecturer. Apa pantas seorang lecturer berkelakuan begitu?
Ilham memejam matanya. Pedih. “Teruk tak teruk, luka dikaki, bibir. Lebam pulak tu.. eii.. geramnya aku”
“Tak sangka aku dia buat macam tu. Abang kau tu sebenarnya cintakan Ariana ke tak. Bingung kepala aku ngan kau orang dua beradik ni” Haikal merungut kesal.
“Entahlah. Kepala dia tu yang bodoh. Suka suka hati lempang Sofea..” Hatinya mula bertunas demdam. Dia tidak kisah luka dibadannya bertambah asalkan jangan sesekali hati Ariana apatah lagi tubuh gadis itu disakiti. Dia tidak rela. Biar atas alasan apa pun dia tidak rela.
“Mungkin dia cemburu bila tahu hubungan kau dengan Ariana, itu maknanya dia sayangkan Ariana. Suami mana tak jelous bila isteri ada hubungan dengan adik ipar.”
“Pembetulan. Lelaki mana tak sakit hati bila kekasih jadi isteri abang sendiri. Kau kena ingat Kal.. aku dan Sofea dah kenal dulu.”
Haikal merengus. Temannya ini memang tidak mahu mengerti. “Memang kau dan Ariana pernah bercinta tapi kalau dari segi hak, Zairil lebih berhak keatas Ariana sebab dia suami Ariana. Kau.. kau hanya orang yang dia cintai. Ikatan perkahwinan tidak semudah itu untuk dileraikan. Kau ingat dengan membawa Ariana jauh dari Zairil kau dan Ariana akan hidup bahagia? Tidak Am!! Sampai mati pun kau takkan mampu menyentuh Ariana selagi Ariana masih bergelar isteri orang. Apatah lagi nak membahagiakan dia..”
“Kalau benda tu mudah untuk dileraikan.. tak payah aku susah susah pujuk Sofea tinggalkan Zairil.”
“Aku nasihatkan kau sebagai kawan Am. Bukan aku tak suka kau dengan Ariana. Tapi jalan yang akan kau tempuh dengan Ariana terlalu rumit. Silap hari bulan hidup Ariana merana dek terus terusan dibenci oleh suami sendiri.”
“Sebab itulah aku nak Sofea balik pada aku. Aku tak rela Zairil sakiti dia, apatah lagi dengan gantung Ariana tak bertali macam tu”
“What!! Gila!! Cinta memang gila. Kau yakin Ariana akan tinggalkan Zairil. kalau kau je yang berusaha tapi Ariana tak.. tak der guna jugak”
“Ahh.. pusing cakap dengan kau. Aku cintakan Sofea dan Fea cintakan aku. Kalaupun suatu hari ditakdirkan Sofea bukan untuk aku, aku akan tinggalkan dia tapi sehingga aku pasti jikalau dia benar benar bahagia. K lah.. aku nak tidur. Lenguh badan aku ni. Kau pergila naik tidur. Dah lewat malam ni. Howewer thanks you sebab sapu ubat kat aku.. nanti aku belanja cendol jiran sebelah.”
Mulut Haikal ternganga. Ahh.. Ilham selalu begitu. Dia sudah kenal temannya itu. Jikalau mulut becok begitu pasti temannya itu mahu ditinnggalkan sendirian. Nak melayan sendu. Tak brutal langsung. Namun dia akur hati insan mana yang tidak terluka melihat orang yang dicintai dilukai. Melihat Ilham yang sudah terpejam di sofa empuk itu dia terus memanjat tangga mahu menuju kekamarnya.
Ilham membuka matanya sebaik bayang Haikal tidak kelihatan. Ahh.. akukah yang bersalah? Maafkan abang sayang. Dia merintih perlahan sebaik mengingati sebab mengapa abangnya itu baran dengannya dan Ariana

Pintu bilik Ilham dikuak kasar. Sebaik melihat Ilham yang sedang berdiri dihadapannya dia terus menerpa. “Aku nak kau jauhkan diri kau dari isteri aku”
Ilham mengerutkan dahinya. Dia yang baru sahaja selesai solat isyak benar benar tidak tahu apa yang membuatkan abangnya masuk kebiliknya lalu berkata kasar begitu “Apa yang abang cakap ni”
“Jangan berpura pura dengan aku. Dulu kau rampas Nisha dari aku. Sekarang kau nak rampas Ariana dari aku. Apa yang ada dalam kepala kau sebenarnya hah!!” Ujarnya baran. Dikala ini segala fakta mula diputar belitakan. Biarpun dia tahu Ilham terpaksa bertunang dangan Nisha tetapi Fikirannya yang waras sudah berubah songsang sebaik mengetahui Ilham mempunyai hubungan dengan Ariana. Isterinya itu. Hubungan apa dia tidak tahu. Tapi dia yakin hubungan itu pasti akan diketahuinya nanti.
“Abang” Ilham turut terjerit nyaring. Tidak percaya Zairil mengherdiknya begitu. “Kau sendiri tahu, aku tak pernah dan tak hingin bertunang dengan Nisha dan sampai mati pun aku tak pernah hingin perempuan macam tu!! Aku terpaksa.” Bahasanya turut bertukar. Mengikut rentak Zairil yang sudahpun memandangnya garang.
“Huh.. terpaksa. Terpaksa apa kalau kau selalu berulit dengan Nisha. Kehulu kehilir dengan Nisha. Menyesal aku dengar kata Reen” Dia meluahkan kekesalanya pula kerana percaya kata adiknya itu bahawa Ilham tidak bersalah. Kalau tidak pasti Ilham sudah lama makan penumbuknya itu.
“Kau jangan menuduh aku yang bukan bukan ya. Gara gara kekasih kesayangan kau tu lah.. hidup aku merana. Aku hilang segalanya dalam hidup. Dan sekarang kau nak salahkan aku pulak.”
“Diam.. aku bagi amaran pada kau jangan hampiri Ariana. Kalau tak kau boleh berambus dari rumah ni” Dia mengugut.
“Apa maksud kau.. kenapa pulak aku kena jauhkan diri aku dari Ariana?” Kesabarannya turut memuncak. Kalau inilah akhirnya. Memang sudah lama dia membawa Ariana keluar dari rumah itu.
“Itu isteri aku kau faham”
“Masalahnya sekarang.. apa yang aku dah buat hingga aku kena jauhkan diri aku dari dia?” Dia masih ingin bertanya.
“Kau jangan ingat aku tak tahu.” Buk!! Penumbuknya tepat mengena Ilham. Geram. Dia benar benar baran melihat muka tidak bersalah Ilham itu.
Ilham hanya terpaku. Tidak berniat untuk membalas pukulan abangnya. Biar dimanapun abangnya itu tetap dihormati. Cuma yang dia ingin tahu sekarang mengapa?? Mengapa abangnya marah begitu. Sudah tahukah abangnya mengenai hubungan dia dan Ariana? Kalau ya tidak ada belaskah di hati lelaki itu untuk melepaskan Ariana kepadanya?
“Apa yang abang tahu” Pinggir bibirnya diusap perlahan. Sakit. Perit. Tapi dia tetap ingin bertanya.
“Kau ingat jangan hampiri Ariana” Zairil tidak mahu menjawab soalan itu. pintu bilik Ilham dihempas dengan kasar. Meluahkan rasa tidak puas hatinya.
Ilham hanya mampu memandang. Kelu! Lama selepas itu dia mendengar bunyi berdesing kaca jatuh membuatkan langkahnya laju menuju ke bilik abangnya. Terpana dia melihat Ariana yang kaku begitu. Langsung geram terus sahaja lelaki itu ditumbuk.


p/s- sory sory tak sempat nak rep komen anda.. insyaallah nanti sayer reply.. btw saya nak tutup blog sebab after posting semua bab sal cerita ni.. saya tak rasa nak buat cerita baru lgi.. tak sempat.. that why nak tutup.. but no worries.. hanya akn ditutup after habis post.. n saya akan beritahu tarikhnya.. so jangan risau.. korang mesti sempat baca cerita ni till the end,..=p

thanks for comment yerk..
nanti ada time saya rep... hehehe.. tq..=p

8 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

hailohh..
ape sbnrnye yg aril tahu niee??
terseksanya hidup aril n ary..
yg si ilham plak,tade rasa nk menyerah kee?
kesian la kat ary n aril..
adoiii

aril salah paham...
someone,please make things clear..

nak aril n ary jugak..
hohoh

Anonymous said...

errrrrrrrrr,,,mengapakah writer seolah2 nk tunjuk the bad side of zaril?

and nak tunjuk yang the so-called ilham tu so baik?mengapa?huwaa~

epy elina said...

adeh....
apa jadi ni.....
napa jd brantakan....
klu zairil or ilham cntakan ariana....
mst mrka nak ariana bhgia ngn plihan dia....
tp napa cnta ni mnykitkan...
bilalah smua ni akn brakhr???

Anonymous said...

please....nak zaril dan ari jugakkkk =(

Anonymous said...

nk zaril n adriana jgk
ilham undurlah diri..

Nur Faizah said...

hohoho..
ape nak jadi nie??
penulis pleaseee jgn pisahkan ary ngn aril :( huhu..
nak cite diorg bahagia :)
xnk diorg gdo2 n sedih2.. huhuhu..
sedih je :(

akira_bita said...

rasa2 nyalah kan, semua kekacauan ni berpunca dari mak bpaknya si ilham and zairil tu.... kan?

ala, sis, xnk wat cter baru ke? sayangnya!!

Anonymous said...

nk diaorg brsama...
nk ary n zaril bahagia...
penulis pleaseee jgn pisahkan mereka...