Friday, September 24, 2010

AnDaI itu TaKDiR CiNta 63

Zairil berdiri disisi tubuh yang sedang lena itu. Wajah Ariana yang sedang lena ditatap lama. “Maaf kan abang Ary.. maafkan abang” Dia merintih kesal.
Ya ALLAH apa yang aku lakukan. Wajah Ariana yang masih bersisa air mata itu ditatap lagi. “Abang cintakan Ary. Abang sayangkan Ary, abang rindukan Ary” Dia merayu perlahan biarpun dia tahu Ariana ketika itu masih lena. Polos. Wajahnya benar benar polos.
Melihatkan pipi yang masih merah tanda tapak tangannya itu air matanya menitis perlahan. Sukar mempercayai bahawa dia yang melakukan itu. Ahh.. mengapa aku sekejam itu? Ary.. abang cintakan Ary. Abang rindu saat kita bergurau senda dulu. Abang rindu nak dengar ketawa Ary. Hati abang sakit bila tahu Ary tak cintakan abang.
Hati abang lebih sakit bila Ary berpelukan dengan Ilham. Abang tak dapat terima Ary. Apatah lagi abang tahu Ary cintakan orang lain. Abang akui pernikahan kita bukanlah berasakan cinta. Tapi abang sayang Ary.
Zairil mengusap lembut bibir yang bengkak itu. Tubuh Ariana yang sedang lena dipeluk erat dari belakang. “ Maafkan Abang.. maafkan abang”
Ariana terkesima. Titis air mata yang jatuh dimukanya membuatkan dia tersedar dari lenanya. Dia mendengar dengan jelas kata kata zairil. Air matanya turut sama menitis. Dia tahu zairil cintakan dia. Dia tahu itu. Berulang kali juga dia mengatakan pada lelaki itu bahawa dia turut menyayangi Zairil tapi mengapa Zairil tidak mahu mengerti. Tetap juga menyakiti hatinya.
YA ALLAH mengapa sesukar ini untuk mengapai bahagia?

“Sudahlah tu Ril..” Nisha menenangkan. Wajah kusut Zairil dipandang. Tersentap benarkah Zairil dengan kenyataan yang baru diketahuinya itu.
“I tak sangka.. Ilham kekasih Ariana..” Fikirannya kusut. Setelah seminggu kejadia di villa itu hatinya bagai tertarik tarik untuk mencari makna kata kata Ariana itu. Dia mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi diantara Ilham dan Ariana.
“Dia orang memang dah lama bercinta. Salah I. I yang pisahkan diaorang.” Nisha mengaku kesalahannya. Benar. Memang dia yang salah.
“Kenapa you tak bagitahu I dari dulu Nisha..” Zairil merintih sayu. Sesayu hatinya disaat mengetahui memang dia penyebab Ilham dan Ariana berpisah. Dia tidak dapat menerima itu.
“You sayangkan Ariana” Nisha bertanya pula . Dia ingin tahu.
Zairil menutup matanya. Ariana? Isterinya itu sebenarnya seorang yang mulia hatinya. Teringat malam dia memeluk Ariana sambil meminta maaf rupanya gadis itu sudah berjaga. Dan Ariana dalam tangisannya turut menyatakan kalau dia akan kekal menjadi isterinya. Tapi setelah mengetahui cerita sebenar bolehkah dia terus berbuat tidak tahu akan kisah hidup Ariana itu?
“ I sayangkan dia Nisha.”
Nisha menutup matanya. Berharap jikalau dia tidak mendengar itu kerana dia masih lagi berharap pada Zairil. Berharap agar Zairil kembali ke pangkuannya.
“Jadi you akan terus bersama dia” Mulutnya masih gatal mahu bertanya.Wajah Zairil yang kusut dipandang lagi.
Kepalanya digeleng lesu. “Entah lah .. I tak tahu. I tak mampu tengok dia bila teringatkan salah I pada dia” Zairil mengaku jujur. Selepas hari itu juga dia sudah melayan Ariana baik. Malahan Ariana turut dijaga sehingga sembuh. Hampir menitis air matanya yang melihat Ariana tersenyum gembira apabila dilayan baik. Tidak tahukah gadis itu dia sebenarnya penyebab kepada merananya hidup Ariana. Tahu! Ariana sebenarnya tahu. Tapi memilih untuk melupakan. Ahh.. mulianya hati itu.
“Kalau macam tu you lepaskan dia” Nisha memujuk pula.
Zairil tetap mengeleng juga. “I sayangkan dia. I sayangkan Ariana.” Ya dia sayangkan Ariana. Dia tidak mampu untuk hidup bersama Ariana namun untuk melepaskan dia tidak rela.
“Errmm.. payahlah macam tu. You tak kesian pada Ilham dan Ariana”
“Ahh.. kepala I pusing. You hantar I balik.” Zairil mengarahkan. Lemah. Dia benar benar lemah disaat ini. Sebaik mengetahui cerita sebenarnya pagi tadi dia bergegas ke kondo Nisha. Berharap gadis itu membantunya.
“Ermm ye lah” nafasnya dihembus perlahan. Tidak tahu harus berbuat apa, membiarkan Zairil kekal bersama Ariana ataupun mengunakan peluang yang ada itu. Kunci kereta diambil lalu dia memaut tangan sasa itu.
Sebaik sampai di rumah Zairil dia memperlahankan kereta. Zairil yang sedang berbaring menenangkan diri di sofa sebelah pemandu dipandang. “I cintakan You Ril” Suaranya perlahan. Hanya cukup untuk santapan pendengarannya sahaja.
“Jom I hantar you ke atas” Ujarnya pula seraya membuka pintu rumah Zairil. Pasti Ariana belum pulang. Hatinya berkata sendiri disaat melihat keadaan banglo itu yang sunyi sepi.
Zairil hanya menganguk. Dia bukanlah lemah untuk berjalan sendiri tetapi fikirannya benar benar kusut. Pautan tangan Nisha hanya dibiarkan. Pintu biliknya dikuak perlahan.
“You berehat lah” Nisha berkata seraya menyuruh Zairil berbaring dikatilnya itu sambil matanya meliar memerhatikan bilik Zairil yang dikongsi bersama Ariana itu.
Ralat memerhatikan entah bagaimana Nisha turut terjatuh sama lalu terbaring diatas badan zairil. Hatinya berdebar. Mata mereka saling menatap lama. Disaat Tubuhnya dipaut zairil, Nisha hanya memejamkan mata. Lena dalam dunia sendiri sehingga terlupa bukankah di antara dua manusia yang berlainan jantina akan ada insan yang ketiga?? Ariana ….

“Thanks” Ariana mengucapkan terima kasih sebaik sahaja Zairil menyapu ubat dipipinya. Peritnya bagaikan tidak terasa apabila dia dilayan baik begitu. Sudah sedarkah Zairil?
Zairil tersenyum Cuma. Pipi Ariana diusap perlahan. Selepas itu tubuh itu dipeluk pula. “Ary tidur ya.. abang minta maaf” Ujarnya pula. Ariana hanya menganguk. Senang dengan layanan baik itu. Tidak sedar entah bila dia akhirnya lena di bahu Zairil.
Zairil yang melihat Ariana sudah lena lantas membaringkan tubuh itu. Gebar ditarik untuk menyelimuti tubuh itu lalu dia melangkah keluar. Dia mahu mencari sesuatu. Mencari sesuatu yang boleh memberi jawapan kepada persoalan persoalan yang membelenggu antara dia dan Ariana.
Dia mahu masalah mereka selesai. Dia sudah tidak mahu menyakiti tubuh isterinya itu lagi. Selagi dia tidak mendapat jawapan itu selagi itulah dia tidak akan bahagia dengan Ariana. Itu tekadnya. Sehingga kini telinganya bagaikan tergiang giang kata kata Ariana di villa minggu lepas sebelum tubuh itu ditolak kasar.
“Ilham.. Ilham kekasih saya yang pergi tinggalkan saya dulu..”
Lebih dari itu dia mahu tahu apa makna kata kata yang sempat didengarinya dirumah ini hampir setengah tahun yang lalu. Kata kata yang diluahkan Ilham adiknya itu.
“You buat hidup I dan Ariana menderita.. seumur hidup I .. I takkan maafkan you Nisha.. tidak untuk kali ini”
Dia pernah mendengar ayat ini dulu. Tapi dia mengabaikan. Dia mengangap kata kata itu diluah berikutan Ilham baru mempunyai hubungan dengan Ariana. Keretanya dipecut laju. Mahu menuju ke banglo Ariana. Banglo peninggalan arwah keluarga isterinya itu.
Sebaik sahaja tiba dia terus melangkah masuk sebaik melihat Mak Ilah dan Elly membuka pintu. Pintu bilik Ariana dibuka. Matanya terpana disaat melihat bingkai gambar yang memuatkan gambar Ariana yang memakai gaun berwarna pink dipeluk oleh Ilham dari belakang. Dan tarikhnya? Dua setengah tahun yang lepas. Kepalanya mengeleng tidak percaya. Sememangnya dia tidak pernah menjejakkan kaki di bilik itu melainkan pada malam perkahwinannya apatah lagi keesokannya dia membawa Ariana tinggal di banglo nya. Tidak berpuas hati. Almari kayu itu dibuka pula.
Siapa sebenarnya Ilham Ary?” Zairil bertanya sendiri. Album gambar diambil. Sekali lagi dia terkesima. Melihat betapa banyaknya gambar Ariana dan Ilham di merata tempat. Tiba tiba matanya tertacap pula pada sekeping surat. Dek terasa ingin tahu dia membuka juga.

Salam sayang buat Aryana sofea,

Jujur abang tak tahu apa lagi yang harus abang buat. Fea langsung tak nak dengar kata kata Abang. Abang buntu, tapi untuk pergi tanpa memberi penjelasan untuk fea.. mustahil bagi Abang.

Abang minta maaf jikalau semua kelakuan Abang menyakitkan hati fea.. tapi abang mohon pengertian Fea… cuba sekali Fea renungkan waktu kita bersama.. pernah abang sakitkan hati Fea.. tak pernah kan??.. Apa pun sanggup abang lakukan untuk Fea.. hatta nyawa sekali pun.

Tapi mata Fea terlebih mendahului ingatan Fea terhadap kenangan kita bersama. Fea lebih rela percaya pada pandangan mata dari penjelasan Abang… so.. apa lagi yang harus abang katakan.. Fea pernah mintak abang pergi jauh kan….

Zairil terduduk. Tidak percaya. Namun digagahkan juga dirinya untuk membaca semua isi surat itu. Tarikhnya?? Beberapa hari sebelum Ilham berangkat ke uk.
Uk?? Fikirannya teringat sesuatu. Bukankah kali pertama dia berjumpa Ariana ketika dia di klia. Dia yang ketika itu mahu berjumpa adiknya sebelum Ilham berangkat ke Uk. Dan dia .. dia berlanggar dengan Ariana kerana gadis itu dilihatnya sedang menangis. Apakah Ariana menangis kerana Ilham? Itu dia tidak tahu kerana mereka berjumpa hampir dengan pintu gerbang lapangan terbang itu. Apa mungkin??
Malam itu dia hanya menginap di bilik Ariana. Menjelang keesokannya dia menuju pula ke villa papanya. Ketika itu Ilham sudah pun ketempat kerja. Bilik Ilham diselongkar dan nyata rantai loket itu masih berada di dalam Almari bilik adiknya itu. Dengan teragak agak tangannya membuka pula loket berbentuk hati itu.
ILHAM LOVES SOFEA
Kata kata itu terukir kemas disebalik rantai itu. Didalamnya pula terdapat gambar Ilham dan Ariana. Satu lagi bukti?
Sebaik melihat turut terdapat surat disitu dia membukanya. Jelas tulisan Ariana disitu membuatkan dia tergadah sendiri.

Jikalau Fea ada kuasa pasti Fea akan putarkan masa, paling tidak Fea akan hentikan masa supaya kita kekal bersama. Tapi entahlah, Fea sebenarnya kecewa. Teramat kecewa.. bertahun kita bersama tapi ini kesudahannya..bukan jodoh kita abang..

Salah Fea.. bukan salah abang. Sepanjang kita bercinta tidak pernah abang berbuat salah pada Fea..Cuma Fea yang bodoh.. malangkan? Mungkin itu satu sebab mengapa kita tidak lagi bersama hari ini.

Mungkin ada yang terbaik untuk abang.. dan fea.. fea akan teruskan hidup fea dengan zairil.. maaf..
Abang…
Jikalau diberi pilihan pasti Fea akan memilih abang tapi .. Fea tak punya pilihan itu abang.. Fea lepaskan abang.. Fea bebaskan abang.. tolong..jangan cari Fea lagi. jangan munculkan diri abang dihadapan fea buat seketika. Berikan Fea ruang waktu untuk merawat hati sendiri.

Mulai saat ini juga Nur Aryana Sofea dan Tengku fakrul Ilham bukan lagi sesiapa.. dan Disaat kita berjumpa suatu hari nanti.. hubungan kita hanyalah sebagai ipar.. doakan fea bahagia Abang.. itu jugalah doa fea buat Abang.. moga masa mampu menjadi nurse yang terbaik buat kita berdua..

Salam ingatan..
Nur Ariana sofea

Air mata Zairil hampir menitis. Betapa dia seorang yang tidak pandai menghargai isterinya itu. Bukan Zairil tidak tahu betapa kuatnya cinta Ariana kepada kekasih yang meninggalkannya itu.Cuma apa yang dia tidak tahu Tengku Fakrul Ilham adiknya dan Ilham yang pernah disebut isterinya sewaktu mengigau dulu adalah orang yang sama. Bodohkah dia??
Kertas yang terselit disitu turut dibuka. Dia ingin mengetahui segala galanya.

Fea pulangkan lagu ini pada abang.. Maaf.. Fea tak mampu untuk mengisi ruang kosong itu.. Sudah itu takdir cinta kita ….
Teringat selalu wajah kekasihku
saat ku menuai lalu
coba engkau dengarkan..
ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
ku ceritakan kisah tentang kita
Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
saat kau mulai terjatuh
aku datang menyelamatkanmu
ini surga kita tiada yang menguasainya
tempat kita bersandar dan bertahta
tenang sayang, ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu
Tenang sayang, ku tepati janjiku
karna kau wanita terhebat
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu
……………………………….
………………………………..
jangan menangis, hapus air matamu
………………………………/ yakinkan ku tetap milikmu

Yang akan kekal setia selamanya
Tengku Fakrul Ilham & Nur Ariana Sofea
Kali ini air mata Zairil benar benar menitis. Apatah lagi melihat nama Ariana yang dipotong itu. Pasti lah Ariana sudah nekad memilih untuk hidup disisinya biarpun dia mencintai orang lain. Ya ALLAH kejam benarkah aku ini.
Patutlah Ariana mengatakan dia penyebab kepada hancurnya hidupnya itu. Tapi dia?? Dia menambahkan kesakitan di hati Ariana dengan kata kata yang sinis. Mengata Ariana pelacur biarpun sebenarnya kenyataan itu sebenarnya jauh panggang dari Api. Ariana bukan begitu. Hanya dia yang saja menyebut begitu kerna mahu hati Ariana sakit seperti mana hatinya.
Belakang lirik lagu itu dilihat pula. Pasti tulisan Ilham. Hatinya berdesis kecil.

Fea tegar memilih zairil biarpun Fea cintakan abang.. abang bebaskan Fea abang lepaskan Fea hanya jika Fea bahagia.. YA ALLAH bahagiakan insan yang kucintai SOFEA & ZAIRIL….. sampai bila bila pun cinta ini akan abang kenang.. pergilah sayang.. pergi

Jadi ini bermakna Ilham juga rela melepaskan Ariana kepadanya. YA ALLAH apa yang aku lakukan.
Diserang rasa bersalah dan sedih dia menuju ke rumah Nisha . Berharap agar gadis itu bisa membantunya.

Ariana memandang beberapa dokumen yang berada dihadapannya itu lalu diambil dan diteliti. Dia mahu menyiapkan kerja kerjanya segera. Entah kenapa hari ini dia rasa mahu pulang awal. Sudah bosan barangkali menatap semua kerja kerja itu. Intercom yang berbunyi ditekan pantas.
“Ada apa Syazmeen?”
“Maaf cik Ariana. Ada orang nak jumpa dengan cik Ariana tapi dia tak buat appointment!!”
“Siapa?” Ariana bertanya pelik. Jarang ada yang mahu berjumpannya tanpa temu janji.
“Encik Fakrul Ilham!!”
Ilham!! Ada apa lelaki itu datang berjumpanya disini. Setahunya Ilham tidak pernah datang ke HS HOLDING. “Suruh dia masuk” Ujarnya seraya memandang pintu bilik. Menanti pintu itu dikuak dari luar. Saat wajah Ilham menerpa pandangannya dia tersenyum perlahan. “Ada apa?”
Ilham menghampiri lalu mengikut langkah Ariana kesofa. Dalam diam tubuh Ariana ditilik. Mencari perubahan. “Fea sihat..”
Ariana menganguk. wajah sirna Ilham dipandang. Kerana itukah lelaki itu datang kesini?? “Awak sihat??” Pertanyaan diutarakan. Panggilan turut diubah memandangkan dia adalah kakak ipar Ilham. Sudah tidak pantas membahasakan Iham dengan panggilan itu lagi.
Ilham terkesima. Awak?? Ahh.. benar benar dia sudah dibuangkan dari hati gadis itu?
Wajah Ilham yang berubah dipandang oleh Ariana. Sebak namun dia cuba bertahan. Seminggu ini hubungannya dengan Zairil sudah semakin elok. Oleh itu dia tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan. Cukuplah berakhir disitu.
“Abang datang cuma nak tahu Fea sihat ke tak. Kalau Fea dah ok takpelah. Abang balik dulu” Suaranya hambar . Benar benar berputus asa. Dia bangun.
Ariana menghampiri. Melihat Ilham yang berterusan berjalan ke pintu dia memanggil nama itu. Tahu hanya itu yang mampu membuatkan Ilham berpaling kepadanya. “Abang!!”
Ilham memandang Ariana. Redup pandangannya. “Fea benar benar bahagia.. Zairil dah tak pukul Fea lagi? Fea nekad nak hidup dengan Zairil? Apa abang langsung tak bermakna dalam hati Fea?” Ilham berkata lirih. Harus apa lagi yang dia lakukan.
Ariana menarik tangan itu menyuruhnya duduk. “ Abang.. maafkan Fea. Lepas hari tu Zairil dah tak pukul Fea lagi. Malah dia yang rawat Fea, Fea dah tak nak keruhkan keadaan. Abang dan Zairil tetap adik beradik. Dan Fea? Fea tetap isteri Zairil. Kita takkan mampu ubah hakikat tu” Dia sudah benar benar redha untuk kali ini. Semalam dia lena sambil bersandar di bahu zairil dia yakin keadaan pasti akan jernih semula. Untuk apa dia mengharap lagi sedangkan statusnya sebagai isteri kepada Zairil tetap tidak akan berubah meskipun baik atau buruk layanan yang diterima.
“Fea boleh mintak cerai..”
Ariana tersenyum hiba. “ kalau Fea bercerai, abang sanggup terima Fea? Diri Fea dah kotor abang. Dah kotor, abang tak rasa jijik ke dengan Fea” Dia mengharapkan pengertian. Entahlah. Hatinya benar benar binggung diketika ini. Ingatan tentang masa lalunya membuatkan dia rasa dirinya kotor. Orang sepertinya layak kah bersama Ilham??
“Fea.. abang sikit pun tak rasa macam tu. Sudahlah Fea. Tak usah dikenang kisah lama. Kita boleh mulakan hidup baru. Abang sudi terima Fea biar apapun yang terjadi..” Ilham menyakinkan.
Ariana mengeleng lagi. “Fea tak layak untuk abang.. tak layak. Biarkan Fea terus begini. Abang sayangkan kan Fea kan? Doakan Fea ya..”
Ilham melepaskan keluhan. Ah.. apa ini pengakhirannya? Akhirnya dia menganguk perlahan.
“Ada apa abang Ziq..” Ariana bertanya sebaik handsetnya berbunyi. Wajah Ilham sempat dipandang. Berharap agar Ilham menunggunya buat seketika. Masih ada yang ingin dia katakan kepada lelaki itu.
“Kenapa Fea?” Ilham bertanya sebaik melihat wajah keruh Ariana. Ada berita tidak baikkah?
“Fea tak sedap hatila abang. Fea nak balik, tapi kereta tak der. Abang Ziq pinjam” Ujarnya. Dia tidak tahu mengapa. Tapi dia benar benar ingin pulang.
“Abang hantar Fea ya..”
Wajah Ilham dipandang. Dia mengeleng perlahan. Bimbang sebenarnya. Bimbang jikalau Zairil mengetahui dan mengangap yang bukan bukan.
“Kalau Fea sayang kan abang, izinkan abang hantar Fea untuk kali terakhir” Ilham membuat permintaan. Dia tidak mahu Ariana pulang sendirian. Biarpun Ariana sudah memilih Zairil dia tetap dan akan sentiasa menjaga kebajikan gadis itu. Kerana Ariana akan dicintainya seumur hidup.

12 comments:

Hafia Hana said...

best
ada brape episode lg?

hana_aniz said...

mesti terkantoi nnt.

Anonymous said...

abih arr..msti ari dpt terima zaril lgi...arrr xsuke2

Anonymous said...

x le buat ape..rasanye penulis mmg nak ari n ilham.nmpak sgt coz ade je yg tk kena ngan zaril...

Strawberi Comei said...

alaaa..dh agak ape akn jadi...msti ari dh xcye ngn zaril dh...pls..nk ari ngn zaril..harap ari percaya kat zaril..harap nisya jgn wt perangai gedik die tue...wawawa.

Strawberi Comei said...

alaaa..dh agak ape akn jadi...msti ari dh xcye ngn zaril dh...pls..nk ari ngn zaril..harap ari percaya kat zaril..harap nisya jgn wt perangai gedik die tue...wawawa.

bre_eze said...

nak zaril jgak!!!!!!!!

IVORYGINGER said...

im so so sorry writer i really objected this scene. I hope nothing happend between Zaril n Nisya. U try to destroy Zaril image so badly. Its hurts us who loves Zaril characters. Selama ni image Zaril bersih ja. Tp awk dah mskkan character kaki pukul kat dia ni plak nk libatkan dia ngan zina. Astagha mmg xpatut la. Sy mmg xsetuju part ni. huhuhu... ;( Ia mnampakkan awk berat sebelah padaq karakter. Awk cuba hapuskan 1 character yg baik ttiba jd jahat. org ssh nk terima camni.
Klu pun awk nk Ari ngan Ilham jgn la burukkan image Zaril smpai mcm tu teruk. Sedih la. I still want Zaril n Ari. Nama diaorg pun dekat2. Lg 1 xsemestinya 2nd love x leh bahagia.Reality pun rmai lg khidupan org kat luar bukan bkahwin ngan 1st love. tp bhagia. Tp yg bkahwin ngan 1st love rmai ja divorce. So jgn sempitkan jln ceta ni. huhuhu sorry to say this. but this my opinion.

Nur Farah said...

TO ITU AKU
ada 68 semuanya.. da nak habis da..

TO IVORY GINGER and ALL KOMENTAR

so sory if jalan citer memang tak menepati cita rasa ..

tapi kalau saya cakap ianya betul2 terjadi dalam life macam mana??
sory to says juga sebab cerita ni bukannya rekaan semata mata..
memang saya tak dapat tunjukkan bukti bahawa ada wujud cerita sebegini..

tapi atas apa rasa yang dilalui..
atas apa pemerhatian yang saya buat..
that happen..
lelakisebaik mana pun dia..
sayang mana pun dia pada perempuan tu..
tapi kalau ada orang ketiga..
kalo ada "syaitan" pulak(sememangnya tak leh avoid la syaitan ni)
so tak mustahil semuanya leh jadi..

lelaki semuanya sama jer awak..
sekuat kuat lelaki yang Tuhan ciptakan diaorang tetap akan lemah bila berkaitan dengan perempuan..

da banyak awak y saya tengok..
yeah.. actually zairil tak jahat pun..
tapi saya terpaksa menjahatkan dia..
because itu reality..

apa apa pun cerita ni actually ada tema nya yang tersendiri..
apa temanya??
last episode baru saya bagitahu

btw no need to sory lor..
all opinion are allowed..
malahan saya suka awak bagi opinion banyak2 sebab citer ni saya ada publish gak kat tempat2 lain..
so dapatla saya ubah ubah citer ni jika betul jalan citernya harus diubah..

thanks ya..

yang lain pun thanks juga.. hohoho.. tak dapat balas semua.. tapi thanks sesangat y baca n still komen n still support.. tak support pun takper..

tertiba terasa lakonan watak zairil yang dibuat menjadi sampai orang menyampah ngan watak.. (ker saya.. :P) cam dalam tv.. hak2.. okeyss.. daaa,, :-)

keSENGALan teserlah.. said...

aaaaaaaa..rasa nk nangis baca n3 nie...
kalau macam nie laa..baik salah sorang mati..
kalau aril lepaskan ary,n ary blk pd ilham,sah kucar kacir family tu..
better aril mati or ary yg mati.

bia tige2 redha tak dpt masing-masing.
hope aril sedar sebelum terlanjur dgn nisha..tersedar byg ary or pape jelah..jgnla smpai dorang berzinaaaaaa..nggaakk mahuu..
bad picture pada ary n ilham..
sian aril nanty..mangsa keadaan..=((

sungguh emo bce n3 nieh..
uwaaaaaaaaaaa

nursya said...

ala sedeynyer...
cian kat ary ngn ilham...
huhuhu...

pipvz devil said...

kalu nengok dr segi name n gambo2 watak cite ni..myb c ilham 2 ler hero nye..sian gak kt ilham y setia p ntah nape rse mcm xrela plak ary n aril dpisahkn..p kalu aril 2 de smting2 ngan nisha..die bkn le y tbaek n tcipta utk ary..waa so sad maa btul2 mnganggu emosi..cpt2 lah abiz cite ni xsabo nk tahu kesudahannye..hehe..