Thursday, January 27, 2011

Korban Kasih 3

Suram suasana di laman hospital Ukm seolah olah menceritakan suasana kelam yang menyebulungi jiwa pasangan itu. Najwa disebelah Farhan sudah teresak sendiri. Erat gengaman lelaki itu ditangannya masih tidak mampu menenangkan jiwa yang kian resah.
“Han.. I takut” suaranya berdesah kecil. Kerisauan dihati bercambah ke tahap maksima apabila wajah yang ditunggu tunggu tidak kunjung tiba.
Farhan hanya mampu mengusap lembut tangan Najwa. Dia sendiri tidak mampu meluahkan kata kata disaat ini. Sedang tangan kanannya meraup mukanya seketika. Turut menenangkan diri sendiri.
“kalau dia mati macam mana Han?” Najwa bertanya kembali. Masih terlihat lihat insiden beberapa jam yang lalu. Akibat terlalu terperanjat Farhan tidak sempat memberhentikan keretanya lalu kereta perdana v-6 yang dinaiki mereka melanggar sekujur tubuh yang sedang melintas dijalan. Masih juga terbayang bayang diwajahnya keadaan gadis itu yang tidak sedarkan diri. Pasti cedera parah sementelah raut muka dan tubuh badannya sudah dilitupi darah yang bukan sedikit. Hampir saja dia mahu pengsan disitu melihat keadaan ngeri itu.
“Ya Allah.. You jangan pikir bukan bukan ok. Budak tu akan selamat. Insyaallah.” Farhan lantas berdiri. Mundar mandir dihadapan unit rawatan rapi yang menempatkan gadis yang dilanggarnya tadi. Hampir 1jam mereka menunggu tetapi sedari tadi kelibat seorang doktor pun tidak terlihat dihadapan mereka. Ahh parahkah dia??
“Doktor macammana keadaan budak tu?” Farhan terus menyapa sebaik kelibat seorang doktor yang memakai tag nama ‘Khairul’ keluar dari unit rawatan rapi. Sungguh dia sudah tidak mampu bersabar lagi.
“Maaf, Encik Ni siapa dengan pesakit?”
Farhan dan Najwa terkaku sendiri. haruskah diberitahu bahawa mereka yang melanggar gadis tersebut? Namun baru sahaja dia ingin bersuara kelihatan suara lain terlebih dahulu menyapa doktor dihadapan mereka.
“Doktor macam mana dengan Suraya doktor? Kami keluarga dia” Aiman yang tiba bersama Puan Zaleha terus bertanya akan keadaan Suraya. Terkejutnya bukan kepalang sebaik mendapat pangilan dari pihak hospital mengatakan adiknya ditimpa kecelakaan. Puan Zaleha yang mendengar berita itu terus terjelepok dilantai. Langsung tidak menduga akan berita malang yang diterima.
“Keadaan Cik Suraya Kritikal. Kami perlukan darah untuk dimasukkan ke badannya. Soalnya sekarang pihak hospital kekurangan jenis darah yang sesuai dengan Cik suraya. Jadi sekarang kami pihak hospital...
“Ambil darah saya doktor. Ambil seberapa banyak yang doktor mahu.” Farhan mencelah laju. rasa bersalahnya kian mencengkan jiwa. Jikalau terjadi apa apa kepada gadis yang bernama Suraya itu pastilah hidupnya tidak akan pernah aman lagi.
“Farhan..” Najwa terkelu. Tidak menyangka Farhan akan bertindak senekad itu.
“It`s okay wa.. I kena selamatkan dia. I bertanggungjawab pada Suraya. Kalau bukan sebab I, Suraya takkan jadi macam ni”
“Tapi..”
“Maaf. Encik dan cik berdua ni siapa?” Aiman terlebih dahulu bertanya. Pelik pula dia melihatkan betapa kalutnya pasangan dihadapannya itu.
Farhan menghela nafas panjang. “Saya.. saya yang pandu kereta yang melanggar Suraya”
“what!” Aiman terpempam!
Dr Khairul yang melihat suasana yang seakan mahu bertukar rentak. Cepat cepat mencelah. Dia risau Suraya tidak mampu bertahan lama sekiranya mereka disini bertegang urat sesama sendiri. “Encik..
“Farhan. Panggil saya Farhan.”
“Encik Farhan ikut saya untuk pemeriksaan darah. Kita nak tengok sesuai atau tidak. I akan bawa u ke lab darah.” Seusai berkata dia memandang ahli keluarga Suraya pula. “Saya nak bercakap dengan ahli keluarga dia. Sila ikut saya sekejap” Dr khairul meminta pengertian seraya bergerak menuju ke arah pejabatnya.
“Han..”
Farhan tersenyum hambar. “Wa.. you pergi pejabat polis. Report. I akan menyusul you lepas ni.”
Dalam keterpaksaan Najwa menganguk Cuma. Apa lagi yang mampu dikatakan disaat ini. Hendak menyesal pun sudah tidak berguna. 

Tuesday, January 25, 2011

Korban Kasih 2

BAB 2

Najwa Syakilla merengus kasar. Kesabarannya sudah berada ditahap maksima melihatkan sikap kekasih hati yang tidak memahami. Bila bila masa sahaja lahar kemarahannya bakal meletus. Sebal! Hatinya benar benar sebal disaat ini.
“Farhan Ezaril! I`m talking with you ok” Najwa bersuara nyaring membelah kesunyian malam direstoren tempat mereka menjamu selera. Langsung lupa akan keadaan sekeliling.
“I`m listening!” Farhan  membalas selamba. Senyuman masih sempat terlakar dibibirnya. Sememangnya marah bukan sifatnya. Dan hari ini pun lahar kemarahan Najwa terletus pun dek kerana geramkan dirinya yang bersikap selamba dari tadi.
“Ouh Yeah! You are listening, but your mind are not here. Melayang entah kemana. Berulang kali I bercakap tapi you keep dengan diam you tu. Penat I membebel sorang sorang tahu” Najwa merungut pula. Wajah Farhan dihadapan mata dilihat dengan pandangan yang maha tajam.
“Then you should just keep quiet.”
Sekali lagi Najwa terpana. Terkedu pun mungkin. Perasaan sebal bertukar menjadi kecewa. Wajah yang tadi terukir dengan riak marah kini bertukar mendung pula. tidak percaya. Tunang tercinta sanggup mengeluarkan kata kata yang menyentap jiwa. Ouh okey. Mungkin dia sudah berlebihan dengan mengatakan kata kata Farhan menyentap jiwa tetapi sungguh dia benar benar kecil hati dengan sikap Farhan itu. Titik!
Farhan tersengih Cuma. Wajah kecewa Najwa dihadapan mata ditatap lama. Alis mata, hidung, pipi, semua terletak cantik. Sungguh dia bertuah mendapat kekasih hati yang serba sempurna seperti Najwa Syakilla. Tetapi  bibir mungil yang tidak berhenti berceloteh itula yang adakala nya membuatkan dia rimas seketika. Hilang terus kecantikan Najwa bila wajahnya mulai berkerut sambil mulut tidak berhenti henti berkata kata. Lajunya dia bercakap kalah kereta api.
“Merajuk ke ni?” suaranya selamba bertanya. Tangan Najwa ditarik lalu digenggam kemas.
Najwa menjeling tajam. Tangan yang berada digengaman Farhan ditarik laju. Perasaan sebal masih beraja dihati. Wajahnya dipalingkan ke kanan sebaik menyedari Farhan leka merenungnya. Tidak! Dia tidak mahu kalah hari ini. Selama ini rajukannya tidak pernah lama. Masakan tidak. Dia tidak mampu menahan diri dari tersenyum apabila terus terusan ditenung begitu. Rasa marah yang berbuku pasti menghilang. Itulah istimewa Farhan dihatinya. Hanya melalui pandangan mata hatinya yang beku mampu mencair.
“Aik.. palingkan muka nampak. Dah tak sudi pandang muka I ker? Atau tak sudi i pandang muka you lagi”
Najwa mencebik Cuma.  
“Cantik you kalau mencebik macam tu. Macam budak budak! Cute lah”
Mata yang kecil kian terbuntang. Cute? Sawan agaknya mamat ni!
“wah mata you pulak bulat.. bertambah tambah cute you”
Hampir ternganga Najwa dibuatnya. Sah. Tunangnya itu sudah terjangkit sawan gila. Memuji entah apa apa jerk! Silap hari bulan dengan aku aku sekali terkena sawan. Sawan perasan lebih! Hati Najwa bermonolong lagi.
“You tahu tak..” Farhan berjeda pula. Tubuhnya yang tadi tegak kini bersandar pula. kelihatan santai dan tenang sekali. Bibirnya mengukir senyuman.
Najwa hanya diam membisu. Lama dia menunggu Farhan menyambung kata kata. Hampir lama masa berlalu dia maklum Farhan sengaja mengantung kata kata. Sengaja mahu membuatnya tertanya tanya. Dan sengaja mahu dia membuka suara untuk bertanya! Dek kerana tidak sabar dia akhirnya memalingkan wajah menghadap Farhan. Keningnya dijongketkan sedikit. Menghantar pertanyaan mengapa? Sesungguhnya hati yang masih rawan membuatkan dia berat untuk menuturkan kata kata.
Farhan yang melihat hanya tersengih Cuma. Berjaya! Namun dia masih berdiam diri. Tekadnya selagi Najwa tidak bersuara bertanya selagi itulah dia akan berdiam diri.
Huh! Sengaja! “ Tahu apa?” dalam keterpaksaan Najwa melontar pertanyaan.
“You nak tau ker?”
“Tahu apa? Cepatla cakap!”
“Mata you.. mulut you.. muka you.. bila buat macam tadi.. sebijik macam .. macam patung barbie doll anak sedara I punya” meletus tawanya sebaik menuturkan kata kata. Gembira kerana berjaya mengenakan Najwa yang dilihat sudah cemberut kembali mukanya. Pasti kerana sakit hati dengan kata kata nya itu.
“ I nak balik! SEKARANG!!”

Didalam kereta Najwa hanya melayan perasaan sendiri. Perasaan sebalnya usah dikata lagi. Geram betul dia dengan lawak bodoh Farhan tadi. Ya Allah.. geram! Geram! Geram! Hatinya memberontak sendiri. Tanpa disedari air matanya laju meluncur dipipi.
Terpana Farhan sebaik melihat Najwa teresak esak sendiri. keterlaluankah gurauannya tadi? Bukan niat dia menyakiti hati Najwa. Dia hanya mahu mengembirakan hati gadis itu. Agar tidak menyambung rajuknya. Mana mungkin dia menyakiti hati orang yang dicintainya itu.
“Sory..”
Bisu! Najwa hanya membisu.
“Najwa.. I`m sory k.. tak terniat di hati I nak sakitkan hati you.. I Cuma”
“Cuma nak wat lawak bodoh macam tu.” Najwa menyampuk laju. Sebal hatinya usah dikata.
“Nope.. that nope what I mean to do. I just tak nak you fikir bukan bukan. I just wanna make you happy.” Iklas tuturnya memberitahu akan niat dihati.
“ I kecewa Farhan. You langsung tak pernah faham I. I tahu you jenis yang tak ambil kisah. Slumber semedang. Tapi I pun ada hati ok. I tak mintak apa apa . I Cuma mintak pengertian you, salah ker?”  dia mengungkit kembali topik yang membuatkan dia membebel panjang didalam restoren tadi.
Farhan terdiam. Tangan gadis itu sekali lagi digengam erat. Sangkanya Najwa menangis kerana ‘lawak bodoh’nya itu tetapi rupanya kerana isu yang dibebelkan direstoren tadi rupanya. Isu yang mengatakan dia senantiasa busy mengalahkan perdana menteri sehingga mengabaikan kekasih hati merangkap tunang yang bakal dikahwini tahun hadapan. Nafas dihela perlahan.
“Wa.. I mungkin sedikit sebanyak melebihkan kerjaya I sehingga mengabaikan you. Tapi percayalah. Pengertian I sentiasa ngan you. Dan tak pernah sedetik pun I lupakan you. I sayangkan you. Just remember that. Just give me time. I janji after siap kerja I ni I akan bagi two hundred persen komitment untuk you. Just for you” bibirnya mengukir janji pula.
Najwa tersenyum mendengar bicara yang baru didengarinya. “Betul?” ujarnya seolah tidak percaya. Bukan dia tidak mengenali Farhan. Mereka berteman hampir lima tahun lamanya. Komitednya Farhan pada kariernya memang tidak mampu disangkal lagi.
“Yups betul. I promise!”
Akhirnya.. Najwa tersenyum gembira bercampur lega. Air mata kesedihan yang meluncur laju kini bertukar rentak pula. Dia terharu! Sungguh sayangnya pada Farhan terlalu dalam. Dan kerana itu air mata kegembiraan kini meluncur dipipinya.
“Lah.. menangis lagi?” Farhan bertanya pelik. Perempuan memang aneh! Marah pun menangis. Kecewa pun menangis. Gembira pun menangis? Hatinya bertanya sendiri. namun dia masih tenang memandu. Membawa kereta meluncur laju membelah malam yang kelam bersama hujan yang masih renyai renyai.
“I .. I gembira sangat. Kata kata U tu amat bermakna pada I Han.”  Suaranya sebak. Benar benar membuatkan Farhan terkesima sendiri. Benarkah dia terlalu sibuk sehingga mengabaikan perasaan Najwa selama ini?
Perasaan bersalah mula mencengkan jiwa Farhan. Mungkin benar dia terlalu sibuk. Jikalau tidak masakan najwa begitu sedih mendengar kata katanya. Tidak menunggu lama dia lantas menyapu airmata yang masih tidak berhenti mengalir itu. Wajah Najwa ditatap seketika. Kasihnya tumpah buat tunangnya itu.
Najwa hanya tersenyum senang. Pandangan mereka bersatu buat seketika. Sedetik masa berlalu akhirnya Najwa mengalah. Tidak larat rasanya bermain mata dengan Farhan Ezaril. Dia lantas membetulkan kedudukan. Memalingkan wajahnya kehadapan. Membiarkan Farhan leka sendiri.
“Ya Allah” Najwa terkaku seketika. Dalam renyai renyai hujan dia dapat melihat ada sesuatu yang melintas dihadapan kereta yang dipandu Farhan.
 “Han.. ada orang kat depan.. stop the car!!”

Saturday, January 22, 2011

Korban Kasih

*tekan lagu sebelum baca.. :-)
mekasih..=p



BAB 1

Cuaca yang sedari tadi redup kini mulai bertukar wajah. Awan putih yang sedari tadi gah berarak mula beransur pergi berganti dengan awan kelam yang berwarna kelabu. Pasti sungguh menakutkan bagi mereka yang kus semangat. Masakan tidak, Kelam warna kelabu seolah olah memberi satu petanda akan ada perkara yang tidak menyenangkan bakal berlaku. Hati Suraya merusuh sendiri. Seakan dilema. Mahu meneruskan niatnya yang satu itu ataupun membatalkan sahaja. Hurm.. dan buat kesekalian kalinya dia mengeluh lagi.
“Hai, tengok awan pun mengeluh ker?” Puan Zaleha menegur sambil mara kearah tingkap yang terbuka luas. Tangan tuanya cekap sahaja menarik kekunci tingkap lalu ditutup kemas. Melihatkan Suraya yang masih membisu, wajah anak bongsunya itu ditatap dalam. Hairan! Jarang Suraya membisu sekiranya ditegur melainkan jika hatinya sedang merusuh. Soalnya mengapa?
“Ibu.. hujan..”
“So?” Puan Zaleha bersuara selamba. Tidak mengerti.
“So?” bulat mata Suraya memandang ibunya. “Wah ibu dah pandai speaking.. hahahaha..” Gelaknya meletus. Hilang terus kerisauan yang beraja dihati. Tidak mahu berlengah terus sahaja tubuh tua itu dipaut erat lalu kepalanya diletokkan ke bahu ibunda tercinta.
“Sue nak keluarla ibu. Sue dah janji ngan kengkawan nak hangout hari ni. Tapi hujan..
“Jadi tak payahla keluar. Apa susah. Duduk je kat rumah teman ibu. Ada jugak teman ibu nak berbual nanti. Harapkat ayah kamu tu. Kerja ke tak ker. Sama jer. Sibuk semedang. Ibu sorang sorang jer kat rumah ni.. sesekali nak jugak berteman.” Puan Zaleha membebel pula. Masakan tidak memang begitulah rutin sehariannya. Harapkan suami, suami sibuk memanjang. Harapkan anak. Hurm! Dua kali lima sahaja. Busy berlibur diluar sana.
Sengihan Suraya semakin melebar. Sedikit pun tidak mengambil hati akan kata kata ibunya. “Ala Ibu.. bukan selalu Sue keluar. Ini last bu. Pasni dah tak jumpa dah ngan diorang semua. Kan kita orang dah habis belajar. Kira ni last pertemuan la. Pasni semua nak kerja jauh jauh dah. Hurm... so macam mana ni ibu..”
“Banyak sungguh alasan kalau nak membantah. pergi je la. Bawak kereta ibu. Tapi hati hati, hujan lebat ni. Karang jadi apa apa susah. Kamu tu lesen pun tak lepas lagi.” Seusai berkata Puan Zaleha berlengang ke bawah. Berlawan kata dengan anak gadisnya itu pasti takkan habis. Kalau satu katanya maka satulah jadinya. Kalau dah kata nak buat itu. Itulah jawabnya. Titik!
‘Yes!yes! akhirnya’ Suraya tersenyum teruja. Tidak menunggu lama almari baju diterpa. Tidak sampai satu jam wajahnya sudah siap dirias. Purse dan handset diatas katil disisip kedalam seluar jeans yang dipakai. Sekilas wajah yang tertera di cermin dijeling puas. Perfect!
“Ibu mana kunci kereta? Sue nak pergi dah ni” nyaring suaranya memecah kesunyian rumah banglo dua tingkat itu. Tidak sampai seminit wajah Puan Zaleha sudah terjengul disebalik dapur. Ahh... benar kata ibunya. Sunyi sungguh rumahnya. Kasihan ibunya yang selalu bersendirian dirumah. Ayah ayah.. dia mengeleng kepala seakan menyesali kesibukan seorang ayah sehingga membiarkan ibunya melayan lara dihati sendiri.
“Hati hati bawak kereta..ingat tu. Lagi satu balik sebelum pukul 11 malam kalau tak mahu ayah membebel. Faham” tangan Puan Zaleha mengunjuk kearah jam yang tergantung diruang tamu. Memberi nasihat kepada Suraya bak memberi nasihat kepada anak kecil. Sedangkan umur anak bongsunya itu sudah mencecah ke angka 20an.
“Ya ibuku yang tersayang. I`m promise” pipi Puan Zaleha dicium sayang. Tidak mahu berlengah lagi. Namun belum sempat pun lagi enjin kereta dipanaskan wajah Encik Haidir sudah terpacul dimuka pintu. Fuh kus semangat. Rasa hati yang berdebar cuba diredakan sebaik mungkin. “Ayah..”
“Kamu nak pergi mana hujan hujan ni.. dah tak reti nak duduk rumah. Merayau je kerjanya. Dah tak tau masa nak keluar?” Encik Haidir memerli laju. Wajah Suraya ditatap tajam.
“Err.. Sue nak jumpa kawan kejap ayah. Kita orang ada reunion.. kejap jer ayah..” bagai menagih simpati Suraya cuba memujuk. Tegas Encik haidir tidak mengira tempat. Baran! Silap hari bulan dia tidak dibenarkan keluar pula. Haru tu!
“Reunion? Tak payahla pergi! Duduk rumah jer.. setakat reunion tu apala sangat. Tak cacat majlis tu kalau tak der kamu..”
“Erh Encik Haidir oii.. biar la anak perempuan awak tu nak keluar. Bukannya dia jalan kaki.Bawak kereta saya. Sesekali dia nak keluar apa la salahnya. Eii.. awak ni la.. cubala toleransi sikit dengan anak tu. Jangan nak bertegas tak bertempat.” Puan Zaleha memintas laju. Kasihan melihat Suraya yang terkulat kulat disergah suaminya.
“Awak pun sama Leha. Dah tak tahu nak pikir mana salah mana betul. Malam malam buta ni awak nak bagi dia keluar. Dengan hujan yang tak reda reda ni. Kalau jadi apa apa siapa susah. Saya jugak!”
“Malam buta apanya? Baru pukul 8 malam” Puan Zaleha mengerling tajam. Wajah Suraya ditatap pula. “Pergi Sue.. tak payah hiraukan ayah kamu ni. Garang tak bertempat. Mengalahkan anak singa. Bapak singa pun takut” dia bercanda pula. Sekadar mahu mengurangkan suasana tegang yang mula tercipta.
“Err..” kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Keliru dan serba salah mula beraja dihati Suraya.
“kamu nak keluar pergi mana?” Suara encik Haidir kembali berlagu. Masih tidak berpuas hati.
“Reunion ayah” ‘aii.. ayah ni pekak ke. Tadi dah tanya. Dah nyanyuk agaknya’ Suraya tersenyum nakal melihat ayahnya yang seakan orang keliru.
“Tahula reunion. Tapi kat mana? Dengan siapa? Lelaki ker perempuan? Balik pukul berapa..
“Haish.. awak ni la. Soalan bak peluru. Sue pergi dulu. Lewat pergi lewat balik pulak nanti. Soalan ayah kamu tu biar ibu yang jawab” Tubuh kecil Suraya ditolak perlahan.
Sebaik mendapat lampu hijau Suraya terus menghilang disebalik pintu utama. Senyuman tulus sempat dilemparkan buat ibu tersayang. Seminit kemudian kereta Viva hitam meluncur laju membelah kesunyian malam.
Melihatkan Suraya yang sudah pergi wajah Encik haidir dipandang pula. “Abang ni dah kenapa? Angin tak menentu. Suraya tu bukan budak kecik. Tahu la dia menjaga diri.”
“Leha cakap senangla. Setakat terperuk dalam rumah ni apa tahu. Telinga saya ni hah! Dah separuh pekak dengar diorang cakap selalu jumpa Suraya duduk melepak kat mall tu hah. Kalau dengan kawan perempuan tak per juga. Ini dengan entah lelaki mana je dia buat perangai. Heii.. anak awak ni la memang nak kena dengan saya.” Suaranya merusuh. Masih tergiang giang suara yang bertanyakan tentang anaknya itu. Sebal pula hati apabila diingati.
“Diorang tu siapa? Ada bukti ker? Jangan cepat menuduh Encik Haidir oii. Jangan sebab kata kata orang anak ditangankan. Saya yang besarkan Suraya. Cukup didikan agama yang saya bagi. Dia takkan buat yang bukan bukan.” Puan Zaleha mengerling tajam.
“Eii.. cakap saya semuanya awak bangkang. Tak habis habis nak menangkan anak kesayangan awak tu..dah la keras kepala. Tak mendengar kata..
“Anak kesayangan saya tu anak awak jugak. Sikap tak mendengar kata dia tu diwarisi dari awak jugak!” laju Puan zaleha memintas. Geli hati mendengar bebelan yang laju bak peluru.
“Apa awak cakap?”
“kemana tak tumpah kuah kalau tak kenasi? Dah bapak borek anaknya rintik..” Suaranya selamba mengenakan.
“Haish.. sudah la saya nak naik dulu. Penat melayan awak bercakap. Tapi ingat kalau jadi apa apa pada Suraya lepas ni jangan kata saya tak nasihat. Apa apa tanggung la sendiri!” seusai berkata Encik haidir memanjat tangga. Meninggalkan Puan Zaleha sendirian diruang tamu.
Puan zaleha mencebik. ‘apa apa tanggung la sendiri? Bercakap tak serupa bikin. Ada jer yang tak kena ngan anak tu. Bila anak takder depan mata tahu pulak merindu. Tahu pulak nak bertanya khabar. Tahu pulak memuji. Tahu pulak kembang hidung bila ada yang memuji Suraya. Haih .. lelaki ego melangit..’ hatinya bermonolog sendiri sebaik ditinggalkan. Bukannya dia tidak tahu Suaminya itu teramat menyayangi anak anak mereka. Apatah lagi Suraya satu satunya puteri mereka. Tapi dah nama ketua keluarga. Sikap tegas Encik haidir memang dari dahulu dipamerkan dihadapan anak anak. Tidak mahu diri dianggap terlalu memanjakan anak anak sehingga aklak anak anak kelaut. Katanya.. 


 “Woii!! Lambat.. awatnya?” Murni menyapa sebaik wajah Suraya muncul disebalik pintu Hard Rock cafe. Tempat reunion mereka diadakan. Sempat jam ditangan dilirik seketika. Jarum jam yang sudah mencecah 8.45 malam menunjukkan bahawa temannya itu sudah lewat hampir 15 minit dari waktu yang dijanjikan.
Suraya tersengih sendiri. “Sory guys.. ayah aku tu hah. Banyak tanya! Nasib baik lepas! Kalau tak niaya!” suara gelaknya meletus kecil. Kelakar mengenangkan betapa sukarnya jalan yang terpaksa ditempuh untuk keluar berlibur bersama teman teman.
“Hadoi.. lupa kawan aku ni anak bapak. Anak emak!” Murni ketawa mengekek! Memerli Suraya yang sememangnya diketahui setiap pergerakannya sentiasa dicatu.
“Banyak la kau! Mana yang lain. Dah sampai ke belum?” Suraya mencebik pula! Wajah teman teman sematrik dahulu dipandang. Ada lebih kurang 15 orang semuanya. Tetapi..
“Hoi.. cari aku ker?”
Mata suraya membuntang! Haikal!! Yaa.. itu dia. Patutlah takder. Baru sampai rupanya cik abang ni. Hurm segak bergaya sungguh dia hari ni. Tak tidur malam dibuatnya aku malam ni. Suara hatinya berbisik nakal. Haikal teman sematrik yang sudah lama dipuja didalam diam dahulu dan kini merupakan teman baiknya.  Walaupun hanya memegang tiket sebagai teman baik tapi lagak mereka berdua sentiasa kelihatan seperti mereka sedang hangat bercinta. Bergerak seiring dengan rentak irama dan lagu. Atau lebih tepat lagi. Teman tapi mesra!
“Kenapa pandang pandang? Terkejut ker teruja. Nampak macam rindu benar ngan aku” Haikal tersengih sendiri. Tidak menunggu lama dia pantas sahaja menarik kerusi disebelah Suraya lalu duduk disitu.
“Eii.. plissla. Tak teruja pun!” Suraya mencebik manja. sengaja mahu menyakat. Usik mengusik sudah menjadi permainan mereka dari dahulu. Mungkin itula yang menguatkan persahabatan mereka berdua. Dan mungkin kerana gaya mereka mengusik itu jugala membuatkan mereka kelihatan seperti pasangan yang hangat bercinta.
“Sudah sudah! Jangan buat drama swasta kat sini. Tahu la ngah dilamun cinta! Tapi kita kat sini nak bersuka ria ramai ramai ok!” Hanis mencelah pula.
Suraya dan Haikal berpandangan Cuma. Ahh .. Hanis buat kacau jiwa jer. Tahula jelous! Hatinya mengutuk sendiri. Bukan dia tidak tahu Hanis menyimpan perasaan pada lelaki disebelahnya ini.
“Relax relax apa ni kecoh kecoh. Kita datang nak enjoys bukan nak gaduh gaduh ok. Itu hah waiter dah datang. So masing masing boleh order sekarang. Lepas makan kita gi hangout tempat lain pulak.. okeys guys!” Syaza bersuara menyelamatkan keadaan. Hanis dan Suraya! Kedua duanya sama keras  kepala. Tidak boleh dibiarkan berdua. Silap hari bulan melayang segala pinggan mangkuk. Jelousnya Hanis terhadap hubungan baik Suraya dan Haikal melebihi rasa kasihnya terhadap teman sematrik yang sudah bersama sama sepanjang dua tahun menuntut! Huh! Parah!
Suraya hanya menjongketkan bahu. Tanda tidak kesah untuk meleraikan sengketa. Dia tidak mahu merosakkan suasana meriah yang hanya akan dikecapi hari ini. Selepas ini mereka semua masing masing akan membawa haluan sendiri. Lega!
Hanis mencebik pula. menyampah melihat panorama depan mata. Namun demi menghormati teman teman yang lain dia cuba meredakan perasaan sendiri.
Melihatkan keadaan yang kembali tenang. Masing masing membuat pesanan dan mula rancak menceritakan perancangan masa hadapan. Terukir keceriaan disetiap wajah yang terlakar. Siapa sangka cepat sungguh masa berlalu. Rasanya baru semalam mereka berkenalan di minggu induksi pelajar pelajar baru. Dan hari ini mereka berkumpul jua bukan untuk berkenalan  lagi tetapi untuk meraikan hari perpisahan beserta kejayaan menghabiskan pelajaran diperingkat matrikulasi.


 “Love is always unexpected. They goes around and they come around” suara Haikal mencecah ke pendengaran sebaik sahaja Suraya mara kearahnya yang dilihat sedang ralat melayan perasaan sendiri.  Haikal! Teman nya itu memang tidak banyak bicara. Dia lebih suka melihat dan memerhati sebelum berbuat keputusan atau mengeluarkan kata kata. Tetapi ‘love is always unexpected. They come around and they goes around’ apa maknanya?
“ Kenapa pandang aku macam tu?” Haikal bertanya sebaik menyedari Suraya begitu asyik merenungnya. Seolah olah pelik mendengar kata kata yang baru terluah dibibir.
Darah merah menyerbu ke muka sebaik ditegur begitu. Aduh! Kantoi! “Kau tu la. Tiba tiba berfalsampah pulak. Seriau bulu roma aku dengar” akal yang bijak cepat menyusun kata kata. Risau isi hati dibaca oleh si dia. Tidak ke haru?
“Ah.. merepek la kau Sue. Baru sikit aku cakap kau dah berdiri bulu roma. Kalau aku luahkan cinta aku kat kau. Maunya kau pengsan kat situ” Haikal mengusik pula.
Suraya hanya tersenyum senang. Luahkan cinta kat aku? Bukan setakat pengsan masuk icu pun mungkin! “Merepek arh kau ni..”
“Pulak dah! Orang cakap tak nak percaya.”
“Apa yang aku tak nak percaya?”
“Apa yang aku cakap la!”
“Apa yang kau cakap”
            “Entah!” Haikal mula mengalah. Tidak berguna berkias bahasa dengan Suraya. Dia tidak akan mengerti. Sekalipun dia mengerti dia akan berlagak seolah seolah olah tidak memahami. Penuh madah berhelah dengan gaya nakal yang tersendiri.
            Suraya tersengih Cuma. Haikal sudah terkena. Hati yang sarat dengan rasa cinta membuatkan dia merasa bahagia apabila melihat Haikal mengalah begitu.
            “Sue..”
            “Apa?”
            “kau dah ada teman lelaki?”
Dahi Suraya mulai berkerut! Semacam jerk soalan! “Banyak .. teman lelaki? A.k.a kawan lelaki right. So kau salah sorang dari koleksi teman lelaki aku tu.” Suaranya bersahaja menuturkan kata kata.
“I`m dead serious Suraya. Main main la kau ni!”
“La aku pun serious la Kal! Mana main main!Dah kau tanya ada teman lelaki tak. Jawabnya ya la. Kau kan teman lelaki aku. Tu..” tangannya mengunjuk kearah teman teman lelaki yang sedang meluncur ski nun dihadapan mereka “pun teman lelaki aku jugak. Question kau tu yang tak jelas.”
“Ok ok. Aku mengalah. So kau ada Special boyfriend tak?”
“Special.. kau rasa..?”
“Takde!”
“So takde la jawabnya.”
Haikal menghela nafas panjang. Suraya dipandang dengan wajah yang bersahaja demi mematikan rasa berdebar didalam jiwa “Kalau ada orang lamar kau ntuk jadi suri hidup dia kau nak tak?”
Senyuman yang meniti dibibir Suraya mati! Suri hidup? A.k.a isterikah? Mana mungkin dia menjadi suri hidup seseorang dikala usia yang masih muda. Tetapi soalnya siapa “Suri hidup? Siapa? Aku tak paham la Kal..”
“Betul betul tak faham atau kau sengaja buat tak faham?”
            “Serious aku tak faham!”
            “Direct to the point Sue. Aku rasa kau faham apa yang aku nak cakap. Kalau orang lain boleh rasa takkan kau tak mampu nak rasa Sue..”
            “Maksud kau?”
“Aku nak lamar kau..”
Lamar aku? Ya Allah benarkah? Benarkah  Haikal ingin melamar dirinya?
Haikal menghela nafas sekali lagi sebelum menyambung kata kata. “untuk Hakimi..”
Hakimi? Suraya terpempam! Ha.. Hakimi? Serentak dengan kata kata itu dia menoleh ketempat teman teman mereka berkumpul. Wajah Hakimi dicari disegenap pelusuk. Dari jauh dia dapat melihat Hakimi tersenyum tanda menyapa. Sepantas kilat dia memalingkan wajah. Mulai menghadap raut Haikal kembali. “Hakimi?”
“Yups Hakimi.. aku rasa kau dah tahu. Hakimi memang suka kan kau dari dulu lagi” Haikal bersuara tenang. ‘maafkan aku Sue. Aku pun cintakan kau jugak. Tapi aku tak setanding Hakimi untuk merebut hati kau’.
Suraya hanya berdiam diri. Hakimi! Teman sekelasnya! Ya dia tahu Hakimi menyukaiinya kerana lelaki itu pernah meluahkannya. Tetapi dia tidak pernah membalas perasaan itu. Kerana hatinya hanya terukir nama HAIKAL bukan Hakimi. Soalnya mengapa Haikal yang mendi orang perantaraan? Dan tidak faham kah Haikal akan isi hatinya sehingga tergamak menjadi orang ketiga didalam perhubungan dia dan Hakimi yang tidak akan mungkin pernah terjalin?
“Maaf Kal! Aku rasa kau cukup tahu hati aku. Dan kau cukup tahu aku takkan mungkin terima dia dalam hidup aku. Aku ..” Aku cintakan kau Kal. Bukan dia! Hatinya memberontak geram.
“Aku tahu hati kau..” suara Haikal hampir tidak kedengaran namun masih mampu difahami oleh Suraya.
“Habis kenapa kau tetap nak jadi orang ketiga yang cuba menyatukan dua hati yang tak mungkin bersatu Kal.” Pedih. Sungguh hatinya kecewa.
Haikal terdiam. Rasa sesal bertandang dijiwa. Bukan sengaja dia mahu menjadi pengantara. Tetapi dia terpaksa. Atas dasar belas kasihan kepada Hakimi yang datang meminta pertolongan. Kata Hakimi, Suraya pasti mendengar nasihat darinya kerana mereka teman baik. Biarpun hancur luluh hatinya sebaik tahu teman sendiri menyimpan hati kepada ‘teman baik’nya namun tetap juga dia menganguk bersetuju untuk membantu.
“Aku Cuma nak menyampaikan amanah orang Sue. Dah dia datang mintak tolong suruh aku lamar kau bagi pihak dia. Jadi apa lagi yang mampu aku buat Sue?”
“Wah.. mulianya hati kau sehingga sanggup mengorbankan perasaan sendiri. Macam tu?”
Haikal kaget. “Apa maksud kau Sue?”
“Aku sangka kau paham hati aku Kal. Aku tak mungkin terima orang lain sebab aku..”
“sebab apa?”
“Sudahla .. Aku balik dulu. Katakan pada Hakimi. Aku takkan mungkin terima dia. Kerana aku tak pernah dan takkan mampu untuk menerima dia. Kirim salam pada semua” tas tangan yang terletak diatas bangku diambil. Dia berkira kira untuk beredar dari situ. Bimbang lahar perasaan terluah tidak tepat pada waktunya. Bukan prinsipnya perigi mencari timba. Jikalau benar jodohnya tiada bersama jejaka itu buat apa dia mengharap  lagi.
“Sue..” tangan Suraya ditarik menghadap wajahnya.
“kenapa kau tak terima dia?”
“Aku tak cintakan dia kal!” Suraya membentak geram. Tangannya ditarik dari gengaman Haikal. Tapi mana mungkin dirinya yang lemah itu mampu mengalahkan tenaga lelaki Haikal yang sudah pastinya lagi kuat darinya.
Redup pandangan mata Haikal membuatkan segala aksinya terhenti. Suraya turut merenung tajam wajah itu. Benci , sebal , kecewa. Segala perasaan bermain didalam jiwanya ketika ini.
“kau cintakan aku Suraya?” Haikal bertanya memecah kesunyian diantara mereka. Dia tekad kini. Kiranya benar Suraya turut punya perasaan yang sama maka untunglah dirinya. Jikalau tidak dia tetap lega. Sekurang kurang isi hati nya sudah diluahkan.
Suraya tersentap! Bagaimana Haikal tahu isi hatinya itu?
“Aku cintakan kau Sue! Aku sayangkan kau. Kau dah tolak lamaran hakimi kan? So macam mana ngan lamaran aku? Kau still nak tolak jugak?”
“err.. aku..” Suraya tergagap gagap menyusun kata. Seriuskah Haikal? “kau serius ker Kal?”
“Of Course!!”
“err..”
“Just say yes Suraya..” Haikal memberi tekanan dalam diam. Melihatkan cara suraya dia yakin peluangnya untuk memenangi hati gadis itu 99% bakal berjaya.
Suraya hanya berdiam diri. Tampang Haikal direnung lama. Dia mahu mencari jawapan dari riak wajah itu. Seolah olah pasti dengan kata hati, bibirnya akhirnya mengukir senyuman. Dia turut menganguk beberapa kali bagi menyakinkan Haikal akan penerimaannya itu.  Duhai hati.. bahagianya rasa. Suraya  tersenyum senang sambil berlalu pergi. Cukuplah terungkainya perasaan mereka hari ini. Dia perlu pulang kerumah sebaik melihatkan jarum jam yang sudah menginjak ke angka 11 malam. Selebihnya dia perlu pulang kerumah bagi meredakan perasaannya yang masih berdebar dengan luahan cinta yang tidak terduga.



Friday, January 7, 2011

Adakah blog ini masih ada pengunjungnya???

sila jawab??
haa... sila jawab.. =p

rasanya dah berbulan bulan kowt blog ni tinggalkan kesepian..
chewah..
bukan sengaja nak tinggal dia..
tapi balik kampung kan..
almaklumlah duk dalam hutan..
internet takder.. wee~~

so tertiba tertanya tanya jugak apakah blog ni masih ada yang tengok..
passst?? ada orang baca novel lagi ker???
:-)

tapi aii tengok kadang2 follower numbernya meningkat ??
apakah???

apa apa pun.. blog ini akan terus dibiarkan bersawang.. lalalala..
sementara blog personal akan terus dihupdate..
dan sementara menunggu idea baru untuk novel baru..
chewah!! ada ker???? =p
btw.. sila klik  http://nurfaraain.blogspot.com untuk pergi my personal blog ya..

kowt2 la nak tengok whether tuan punya blog ni masih hidup atau tidak.. hehehe...

ok...daaa....

mekasih ...:-